The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER SMK SUNGKAI, 2021-01-09 02:19:40

Kajian Tindakan : Peningkatan Pemahaman Tema Alam Sekitar Fizikal - Satu Kajian Tindakan Menggunakan Kaedah " Boost N Check" Bagi Mata Pelajaran Geografi STPM 942/2.

Kajian Tindakan Panitia Geografi

PENINGKATAN PEMAHAMAN TEMA ALAM SEKITAR FIZIKAL - SATU
KAJIAN TINDAKAN MENGGUNAKAN KAEDAH " BOOST N CHECK"
BAGI MATA PELAJARAN GEOGRAFI STPM 942/2.

Norida binti Mat Ail

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk membantu pelajar yang lemah dalam mentafsir
kehendak soalan esei kertas Alam sekitar Fizikal. Kemahiran memilih fakta dan
membuat huraian sangat rendah. Kumpulan sasaran adalah 15 orang pelajar dari
kelas 6 Semester 2 Ibnu Sina. Hasil pemerhatian menunjukkan mereka ini tidak
memandang serius pembelajaran dalam kelas. Kurang memberi maklumbalas
semasa sesi pengajaran. Keadaan yang agak mencabar bagi saya apabila
sebahagian besar pelajar saya gagal dalam peperiksaan semester 1. Peristiwa ini
betul-betul memerlukan saya menukar iklim pengajaran saya ke arah yang lebih
bermakna..Penulisan esei yang bertepatan sangat dititikberat kerana menentukan
pemarkahan calon seiring dengan soalan dan jawapan.Tindakan yang dapat saya
ambil untuk membantu pelajar adalah dengan mengubah pengajaran saya dengan
menggunakan kaedah “Boost and Check” bagi setiap fakta yang dibincangkan.
Kajian ini bermula Februari hingga Mei 2019. Walaubagaimanapun kajian ini
masih diteruskan lagi sehingga pelajar benar-benar menguasai semua tajuk dalam
Geografi.Penggunaan teknik ini berjaya mengubah budaya pembelajaran pelajar
secara amnya. Pelajar semakin focus dan mengambil berat setiap fakta yang
dipelajari. Hasilnya penulisan esei semakin mantap dan berkesan yang seterusnya
membawa kepada keputusan peperiksaan yang lebih memberangsangkan.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran
mempengaruhi penerimaaan pelajar terhadap maklumat yang disampaikan. Pendekatan
kaedah pengajaran yang konvensional memerlukan guru memainkan peranan besar
dalam menggerakkan keseluruhan kelas. Pembelajaran menjadi kurang menarik dan
berkesan kerana pusat tumpuan pelajar hanya kepada guru sepenuhnya. Pengajaran
subejk Geografi tingkatan enam memerlukan pelajar memberikan lebih tumpuan dan
fokus semasa sesei pembelajaran.

Semasa sesi pembelajaran, pelajar boleh memberikan maklumbalas yang baik
dan relevan dengan tajuk yang dipelajari. Walaubagaimanapun maklumat tersebut tidak
dapat diingat dengan baik dan ditulis semula dalam jawapan. Ketika menjawab soalan
peperiksaan pelajar gagal untuk mengemukakan idea yang tepat, huraian juga tidak
relevan dengan kehendak soalan. Walaupun pelajar dapat menulis sehingga beberapa
perenggan yang panjang namun sebahagian besarnya sudah tersasar daripada kehendak
soalan. Keadaan ini agak menghairankan saya kerana semasa dalam kelas pelajar dapat
memberikan respon yang baik dan terarah dengan soalan yang diberikan oleh guru.

Menurut Prof Diraja Ungku Aziz dalam jurnalnya" Human Resource
Development: The Key Towards A Developed and Industrial Society", menegaskan
bahawa kemahiran mengingat merupakan satu langkah yang amat berfaedah dalam
pembelajaran, namun langkah ini tidak diberikan tumpuan yang sewajarnya. Kesan
daripada kecanggihan teknologi dan ledakan maklumat dan perubahan yang berlaku
dengan begitu hebat, pelajar akan memerlukan kemahiran ingatan untuk menangani
maklumat dengan cepat dan berkesan.

Berdasarkan analisis peperiksaan Semester 1 2019, saya melihat betapa
pengajaran saya selama ini tidak dapat membantu kecemerlangan pelajar dengan baik.
Kelemahan utama pelajar dalam subjek Geografi peringkat STPM ialah tidak dapat
membezakan fakta/Idea utama/ isi penting dengan huraian fakta berkenaan. Malahan
juga pelajar tidak dapat membezakan dengan jelas antara faktor, kesan dan proses
dalam setiap tajuk. Kaedah pengajaran guru yang mengajar dengan agak laju untuk

menghabiskan sukatan dengan cepat menyebabkan pengukuhan sesuatu topik itu tidak
dapat dibincang dengan terperinci. Guru menganggap jika sukatan dapat dihabiskan
dengan cepat, masa untuk mengulangkaji akan lebih lama dan banyak soalan dapat
dibincangkan. Setelah mengenalpasti masalah, guru menyedari bahawa pendekatan ini
tidak sepatutnya diamalkan kerana walaupun sukatan dihabiskan dengan cepat berbagai
kekangan lain muncul juga. Selepas sukatan dihabiskan rupanya berbagai halangan dan
cabaran yang muncul menjadi halangan kepada penumpuan ulangkaji dijalankan secara
optimum. Halangan seperti kesihatan yang tidak mengizinkan , kerja-kerja lain yang
perlu disiapkan juga menyebabkan masa ulangkaji ini tidak dapat diisi secara
maksimum.

Pada semester 2 2019 saya mula berikhtiar mencari jalan penyelesaian kepada
masalah pelajar ini. Kekecewaan melihat keputusan semester 1 mengajak saya
bermuhasabah diri mencari ruang kosong yang perlu diisi dan perbaiki. Saya mula
menemubual beberapa pelajar sasar cemerlang, pelajar lemah dan potensi lulus untuk
mencari jawapan kepada permasalahan saya. Hasil dapatan daripada temubual
kebanyakan pelajar menyalahkan diri sendiri kerana menganggap tidak memberikan
tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru. Ada juga yang menganggap subjek
geografi mudah difahami ketika sesi pembelajaran tetapi susah memahami kehendak
soalan. Saya menyalahkan diri saya sendiri kerana tidak menyedari perkara ini.

Melalui soal selidik juga rata-rata pelajar Geografi tidak menganggap keperluan
kepada pemahaman istilah-istilah dalam Geografi sangat penting untuk memahami
keseluruhan topik.

2.0 ISU KEPRIHATINAN/ FOKUS KAJIAN

Refleksi kajian diatas didapati murid tidak dapat menjawab soalan esei dengan baik
kerana:

2.1 Tidak faham konsep dan istilah yang dipelajari. Murid kebanyakannya mencipta
maksud menggunakan pemahamaan sendiri.

2.2 Murid tidak boleh membuat hubungkait antara satu tema dengan tema yang
seterusnya. Murid menganggap semua tema saling terpisah antara satu sama lain.
Sebahagian besar pelajar tidak menguasai tema semester 1 menyebabkan mereka
gagal memahami tema semester 2.

2.3 Murid boleh memberikan maklumbalas yang baik semasa sesi pembelajaran
tetapi gagal untuk menjawab soalan peperiksaan dengan baik.

2.4 Kaedah pengajaran guru sebenarnya tidak membantu murid memahami fakta
dengan jelas.

Rata- rata murid menganggap subjek Geograf adalah subjek yang mudah. Lantas
tumpuan dan fokus tidak diberikan sepatutnya. Kesannya dapat dilihat pada skrip
jawapan pelajar, walaupun huraian panjang tetapi markah tidak diperoleh selayaknya.
Jika masalah ini tidak diatasi segera pelajar akan lebih tersasar dari kehendak soalan
peperiksaan sebenar .Lantaran itu untuk mngelakkan murid berada dalam zon selesa
saya telah mengambil langkah untuk menambahbaik kaedah pengajaran saya dengan
memasukkan soalan-soalan berkaitan secara langsung dalam setiap idea yang
dibincangkan. Saya menamakan pendedahan soalan ini sebagai “booster” bagi
memastikan pelajar tetap fokus terhadap pengajaran guru. Setiap fakta peru diteliti
supaya pelajar tidak kekeringan idea semasa dalam peperiksaan. “ Booster” ini sebagai
penggalak dan penguat kepada fakta yang dibincangkan . Saya juga melantik beberapa
orang “checker” sebagai pembantu guru menyemak jawapan yang betul. Checker ini
terdiri daripada pelajar yang sasar cemerlang yang sekaligus bertindak sebagai mentor
mereka.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 Objektif Am

Tujuan kajian ini adalah untuk meningkatkan kemahiran mentafsir kehendak soalan dan
menjawabnya dengan fakta dan huraian yang tepat.

3.2 Objektif khusus
3.2.1 Meningkatkan peratus murid lulus penuh sebanyak 60 % pada peperiksaan
semester 2 2019.
3.2.2 Murid dapat mengenalpasti fakta dan huraian yang betul berdasarkan
kehendak soalan peperiksaan.
3.2.3 Murid mampu membezakan soalan proses, faktor dan kesan dengan betul.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Pelajar yang terlibat adalah seramai 15 orang dari kelas 6 semester 2 Ibnu Sina 2019.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah
Sebelum langkah seterusnya diambil dalam menjalankan kajian ini, tinjauan terhadap
masalah telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah
tersebut. Tinjauan dilakukan dengan menggunakan data seperti berikut:

5.1.1 Pemerhatian
Semasa pengajaran dan pemudahcaraan dijalankan pelajar kurang memberi
maklumbalas terhadap soalan-soalan guru. Jawapan pelajar hanya bersifat
umum sahaja, tidak menepati kehendak soalan yang diutarakan. Pelajar lebih
banyak menyokong jawapan rakan lain. Biasanya hanya terdapat beberapa
pelajar yang berada dalam kategori pakar berperanan menyelamatkan keadaan.
Sewaktu pengajaran saya, saya sangat menitikberatkan respon pelajar untuk
menilai sejauh mana pemahaman mereka terhdap isu yang dibincangkan.
Keseluruhannya menunjukkan pelajar tidak bersedia langsung setiap kali sesi
pengajaran berlangsung. Sebahagiannya menganggap Geografi adalah mata
pelajaran yang mudah sahaja, maka tidak perlu persediaan yang sepatutnya.
Terdapat juga pelajar yang memberikan jawapan yang baik tetapi mengambil

masa yang lama untuk menjelaskan satu-satu jawapan dengan terperinci.
Keadaan ini menyebabkan perjalanan kelas hari berkenaan terganggu hanya
kerana menyelesaikan satu persoalan. Umpuan kepada pelajar lain tidak dapat
diberikan sepenuhnya.

Saya merasa agak terkilan kerana seringkali pengajaran saya terganggu
dan terpaksa menyambung isu yang sama pada hari berikutnya. Saya mula
memikirkan kaedah yang sesuai dilaksanakan untuk mengatasi masalah ini.

5.1.2 Pra Ujian dan Ujian Pos

Pengetahuan murid diuji dalam setiap tema dengan beberapa siri ujian untuk
mengesan penguasaan secara menyeluruh. Saya telah menjalankan praujian
untuk menguji keberkesanan pelajar memilih fakta yang tepat beserta huraian
yang relevan dengan fakta. Soalan berbentuk esei yang memperuntukkan
markah maksimum 13 dan 12 markah. Jawapan pelajar kurang
memberangsangkan kerana susuan idea utama dan huraian tidak selari. Pelajar
tidak dapat membezakan idea utama dan huraian menebabkan berlaku
pengulangan isi yang sama. Walaupun pelajar dapat membuat huraian yang
panjang lebar tetapi tidak menepati atau menjawab soalan yang diberikan.

Saya mula mengubah kaedah pengajaran saya dengan memasukkan
soalan dalam setiap idea utama yang saya terangkan. Walaupun idea tersebut
Nampak mudah dan remeh tetapi saya tetap menyertakan soalan-soalan yang
terkait. Setelah beberapa sesi pengajaran menggunakan kaedah ini saya mula
membuat ujian pos untuk mengesan perubahan positif yang berlaku terhadap
pelajar. Jika masih ada pelajar yang tidak berjaya meningkatkan kemahiran ini
saya akan menggunakan kaedah yang meliputi semua tahap pelajar.

Contoh hasil tinjauan:
Tujuan: Praujian untuk menguji keberkesanan pelajar memilih fakta yang tepat
beserta huraian yang relevan dengan fakta. Jenis soalan: esei , 13 markah.

Ulasan Jawapan pelajar :
Jawapan pelajar kurang memberangsangkan kerana susuan idea utama dan
huraian tidak selari. Pelajar tidak dapat membezakan idea utama dan huraian
menyebabkan berlaku pengulangan isi yang sama. Huraian yang panjang lebar
tetapi tidak menepati atau menjawab soalan yang diberikan.

5.1.3 Soal selidik
Sejumlah soalan soal selidik berkaitan pengajaran guru dan penerimaan pelajar
terhadap isu yang dibincangkan telah saya edarkan. Pelajar juga dikehendaki
mengisi borang mengesan kelemahan dan kekuatan mereka dalam sesuatu
topik. Borang kelemahan ini kekuatan ini untuk mengesan minat pelajar secara
individu berkaitan topik yang mereka suka. Lihat lampiran 1.

5.1.4 Temubual
Beberapa orang pelajar pelbagai tahap ditemubual untuk mengukuhkan data.
Temubual ini dijalankan secara tidak formal untuk mendapatkan pandangan
pelajar samada bertujuan menambahbaik pengajaran saya atau mengesan
permasalahan mereka.

5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH
5.2.1 Pemerhatian
Selepas kaedah dilaksanakan hasil pemerhatian saya mendapati pelajar lebih
berminat menyertai gerak kerja berkumpulan dan banyak menyuarakan pendapat
masing-masing. Walaupun sebelum kaedah ini dilaksanakan pelajar juga
memberikan respon tetapi respon mereka tidak tepat dan bercelaru. Checkers
yang berperanan sebagai pemeriksa semakin berkualiti dan boleh menghurai dan
mengulas jawapan rakan dengan baik.

5.2.2 Analisis Pra Ujian dan Ujian Pos

Pencapaian markah yang diperoleh mengikuti ujian ditunjukkan melalui jadual
di bawah.

BIL NAMA PU 1 UP1 UP2 UP3

PELAJAR 12/12
11/12
1. Pelajar 1 8/12 8/12 10/12 10/12
11/12
2. Pelajar 2 6/12 8/12 8/12 11/12
11/12
3. Pelajar 3 4/12 6/12 6/12 11/12
12/12
4. Pelajar 4 8/12 8/12 8/12 11/12
9/12
5. Pelajar 5 4/12 6/12 8/12 9/12
10/12
6. Pelajar 6 8/12 10/12 10/12 11/12
8/12
7. Pelajar 7 6/12 8/12 8/12 8/12
8. Pelajar 8
8/12 10/12 10/12

9. Pelajar 9 8/12 8/12 10/12

10. Pelajar 10 4/12 6/12 5/12

11. Pelajar 11 2/12 6/12 4/12

12. Pelajar 12 4/12 8/12 6/12

13. Pelajar 13 4/12 10/12 10/12

14. Pelajar 14 2/12 6/12 10/12

15. Pelajar 15 0/12 4/12 8/12

Jadual 1: Analisis pencapaian pelajar (Pra ujian dan Ujian Pos)

5.2.2.1 Ulasan jadual

Peningkatan dari segi pencapaian purata markah keseluruhan pelajar.
Rata-rata pelajar memperoleh markah yang agak memberangsangkan
dalam setiap ujian. Pada ujian pra hanya mendapat 4/13 markah
meningkat kepada 7/13 ujian Pos 1, 8/13 Ujian Pos 2, 10/13 bagi ujian
pos ketiga. Walaubagaimanapun tidak semua pelajar mencapai
markah maksimum 13/13.

Pencapaian pelajar melalui dapatan kajian setiap ujian adalah menunjukkan
peningkatan dari segi pencapaian markah keseluruhan. Rata-rata pelajar
memperoleh markah yang agak memberangsangkan dalam setiap ujian. Kaedah
“Boost and Check” ini membolehkan pelajar menilai setiap idea utama dan
huraian, Pentingnya setiap idea dianalisis dengan lebih terperinci. Pelajar lebih
terarah membuat pilihan huraian yang relevan dengan idea. Secara
keseluruhnnya murid tidak menguasai semua tema dalam mata pelajaran
Geografi. Tidak dapat membuat perkaitan yang baik antara Tema 1 dan Tema
2. Soalan aras tinggi seperti soalan sejauhmanakah, bagaimanakah tidak dapat
dijawab dengan baik oleh pelajar.

5.2.3 Analisis Soal selidik
5.2.3.1 Sikap pelajar Terhadap kertas Geografi secara umum.

5.2.3.2 Penerimaan pelajar terhadap kaedah “Boost n Check”

PENERIMAAN PELAJAR TERHADAP KAEDAH “ BOOST N CHECK “ DALAM PENGAJARAN GEOGRAFI

Bil Pernyataan Ya Tidak
B1. Mata pelajaran Geografi perlu lebih kreatif dalam persembahannya 100 0
B2. Persediaan awal topik adalah sangat penting sebelum pengajaran bermula 90 10
B3. Penumpuan terhadap idea utama adalah sangat penting semasa pengajaran berlaku. 100 0
B4. Saya merasa selesa mengikuti modul pengajaran dan pembelajaran Geografi dengan 90 10
bantuan kaedah “ Boost and Check” ini.
B5. Saya rasa seronok belajar geografi dengan menggunakan kaedah ini 100
B6. Saya dapat menyimpan banyak maklumat penting semasa sesi pembelajaran 90 10
B7. Saya lebih faham belajar Geografi melalui pendekatan ini 80 20
B8. Saya lebih bersemangat belajar Geografi menggunakan pendekatan ini. 100 0
B9. Kemampuan berfikir saya semakin meningkat semasa pembelajaran 80 20
B10. Suasana pembelajaran lebih ceria dengan menggunakan kaedah ini 90 10
B13. Saya sentiasa terlibat dalam aktiviti yang dilaksanakan dalam modul ini. 80 20
B14. Mengambil bahagian di dalam aktiviti modul ini adalah lebih menyeronokkan 80 20
B15. Saya sentiasa diberi peluang untuk membuat penilaian tentang hasil kerja yang telah 70 30
saya lakukan sendiri.
B16. Kaedah ini mampu memberi kesan positif terhadap perkembangan akademik, sahsiah 100 0
dan akhlak pelajar
B17. Saya diberi peluang untuk memberi pendapat semasa proses pengajaran dan 100 0
pembelajaran dalam modul ini
B18. Kaedah ini mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih terbuka. 100 0
B19. Kaedah ini mampu melahirkan pelajar yang kreatif dalam mencari ilmu 100 0
B20. Kaedah ini sesuai dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran 100 0

5.2.3.3 Analisis Penglibatan Pelajar dalam aktiviti ‘Boost n Check”

PENGLIBATAN PELAJAR DALAM AKTIVITI “ BOOST N CHECK”

Bil Pernyataan Ya Tidak
C1. Saya sentiasa bekerjasama dalam kumpulan untuk menyelesaikan 100 0

masalah. 100
C2. Saya kerap bekerjasama dengan rakan dalam mencari maklumat 90 10
C3. Saya suka mengambil bahagian dalam aktiviti perbincangan 100 0
C4. Saya sentiasa diberi sokongan oleh rakan dalam menyiapkan kerja kerja
90 10
dalam kumpulan 100 0
C8. Saya lebih yakin memberikan pendapat sendiri.
C10. Guru Geografi saya berjaya menghidupkan suasana pembelajaran

melalui modul ini

5.3 Tindakan(Rawatan) Yang Akan Dijalankan:

5.3.1 Hasil daripada pra ujian, penguasaan pelajar telah dinilai dalam
penulisan jawapan dan sesi bersemuka dengan guru. Hanya beberapa orang
pelajar yang boleh memberikan fakta yang tepat. Sebahagian besarnya tidak
berminat mencari idea yang betul tetapi hanya meneka jawapan yang sesuai
sahaja. Pelajar tidak serius dalam mencari jawapan yang tepat. Beberapa orang
pelajar bangga dapat menulis isi jawapan dengan panjang lebar tetapi sebenarnya
tidak mendatangkan markah yang sepatutnya.

Kekecewaan timbul pada diri guru kerana tidak dapat membimbing pelajar
dengan baik. Bertitik tolak daripada itu saya telah mengambil langkah untuk
mewujudkan iklim baru dalam kelas saya . Kaedah pengajaran yang lebih terarah
saya perkenalkan untuk membantu pelajar lebih fokus terhadap semua tajuk yang
dibincangkan. Saya amat berharap pelajar ambil peduli setiap patah perkataan
yang diterangkan samada oleh guru atau dalam kumpulan perbincangan masing-
masing.

5.3.2 Saya telah memberi penerangan kepada pelajar beberapa perubahan
yang saya akan lakukan dalam pengajaran saya. Saya menerangkan langkah-
langkah yang akan dilakukan semasa pembelajaran berlangsung. Pandangan
pelajar juga saya titikberatkan untuk menambahbaik sesi pengajaran saya. Pelajar

diminta membuat persediaan terlebih dahulu sebelum sesuatu topik dibincangkan
dalam kelas. Persediaan awal sangat perlu memandangkan topik yang agak
banyak untuk dihabiskan sepanjang semester 2. Aplikasi yang saya gunakan
untuk menerangkan perancangan pelajaran, tugasan yang akan dilakukan dalam
kelas adalah melalui telegram.

5.3.3 Saya juga telah memberikan perancangan pengajaran saya kepada
pelajar seminggu sebelum sesuatu tajuk yang akan dibincangkan. Conth-contoh
soalan juga dibekalkan untuk pelajar bersedia. Saya telah melantik beberap
aorang pelajar yang agak cemerlang sebagai checkers dalam setiap tugasan yang
dibicangkan. Checkers ini berperanan sebagai mentor atau pemeriksa idea yang
diberikan oelh kumpulan masing-masing. Hasil pembelajaran yang saya harapkan
juga saya terangkan kepada pelajar terlebih dahulu supaya meraka jelas apa yang
hendak dipelajari. Teknik ini sebenarnya tidak lebih daripada teknik kerja
kumpulan tetapi ditambahbaik dengan soalan-soalan penting pada setiap
checkpoint. Saya memilih aktiviti kumpulan kerana pelajar lebih boleh
berinteraksi dengan baik sesama ahli. Menurut Sulaiman ( 2004) menyatakan
bahawa pengajaran koperatif adalah suasana pengajaran yang mana pelajar
terlibat secara aktif semasa pengajaran.

5.4 Pelaksanaan Tindakan dan Pemerhatian

Tindakan penambahbaikan ini telah saya jalankan dalam masa 2 bulan sebelum
peperiksaan semester 2 2019 berlangsung. Tujuannya agar pelajar dapat
mengaplikasikan kaedah ini dan memperoleh hasil yang diharapkan dalam keputusan
nanti. Semasa aktiviti “Boost n Check” ini dilakukan pelajar lebih ceria dan fokus
dalam setiap sesi pembelajaran. Penglibatan pelajar secara menyeluruh dalam aktiviti
kumpulan. Beberapa orang pelajar mula menawarkan diri menjadi checkers kepada
rakan yang lain. Pencapaian ujian pos 1 dan 2 sangat memberangsangkan. Saya cuba
menerapkan kaedah ini dalam sebahagian besar pengajaran saya. Kekangan yang saya
alami adalah kebimbangan terhadap keupayaan menghabiskan sukatan dalam masa
yang sepatutnya.

5.4.1 Langkah Tindakan Yang dilaksanakan
Langkah 1 :
i.Guru akan menerangkan hasil pembelajaran yang diharapkan dalam tajuk

berkenaan. Fakta yang akan dimaklumkan terlebih dahulu.
ii.Checkers akan memastikan semua pelajar ambil maklum isi pelajaran yang akan

dibincangkan.

Langkah 2:
i.Guru akan menerangkan idea utama dan mengaitkan dengan bentuk soalan yang

mungkin disoal dalam peperiksaan.
ii.Bentuk soalan boleh pelbagai seperti tentang konsep, soalan perbandingan atau

soalan factor, langkah atau sebagainya.

Langkah 3:
i.Selesai penerangan guru , aktiviti berkumpulan mula dijalankan.
ii.Checkers tadi akan berperanan mengulas semula bentuk-bentuk soalan yang

diterangkan oleh guru.

Langkah 4:
i.Semua soalan yang terkumpul akan dibentangkan dihadapan kelas beserta

ringkasan idea utama dan huraian.

Contoh soalan
Faktor Edaran Air Tanah:
Hujan : Intensiti hujan, kapasiti hujan ,jangkamasa hujan.

Pecahan soalan :

1. Jelaskan faktor mempengaruhi edaran air tanih:

- Jawapan secara umum sahaja.

-Penegasan factor hujan sama dengan factor lain spt tumbuhan,

gradien, geologi dll. (1 IDEA HUJAN: 2 MARKAH)

2. Sejauhmanakah factor hujan mempengaruhi edaran air tanih.

Penegasan kepada factor hujan terlebih dahulu dengan menyertakan bukti-bukti
sebagai sokongan.

(TEGASKAN INTENSITI, KAPASITI DAN JANGKA MASA HUJAN)
IDEA HUJAN SAHAJA: 6 MARKAH

5.5 Refleksi Kajian

Sepanjang mengguunakan kaedah ini dalam pengajaran saya bebanan pengajaran tidak
hanya tertumpu pada guru sahaja. Sebelum sesuatu topik diajar semua pelajar sudah
bersedia terlebih dahulu. Kesan pengganda daripada teknik ini memberikan
tanggungjawab secara kelektif kepada semua pihak baik guru atau pelajar. Pelajar
seterusnya dapat memberikan komitmen seratus peratus sepanjang kelas berlangsung.
Kemahiran menapis maklumat difahami dengan baik. Keperluan membezakan idea
utama dengan huraian sangat dititikberatkan. Pemahaman teknik menganalisis
maklumat ini bukan sahaja memudahkan pelajar memahami bahasa georafi malah
boleh menggunakannya dalam semua tema geografi STPM. Saya sebenarnya mengajak
pelajar berfikir seperti cara saya untuk mendalami ilmu geografi ini dengan pendekatan
ini diharapkan mereka dapat mengaplikasikan kepada subjek lain juga.

6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA

Dapatan kajian ini saya dapat membuat kesimpulan bahawa masih pelajar perlu
dibimbing sepenuhnya dalam apa jua keadaan. Tugasan yang diberikan masih perlu
dipantau dengan bersungguh-sungguh. Komitmen masa dan tenaga sangat diperlukan
untuk menjayakan kaedah seperti ini. Tahap kesediaan pelajar dan guru adalah seratus
peratus. Penggunaan masa pembelajaran dapat dioptimumkan sepenuhnya. Saya akan
meneruskan penambahbaikan ini untuk tindakan seterusnya. Cadangan saya untuk
menggabungjalinkan kesemua tema alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia
menjadi lebih mudah. Semoga tindakan ini menjadi titik tolak kepada minat pelajar
memperbaiki sikap dan bersedia menghadapi peperiksaan STPM dengan sepenuh
komitmen.

BIBLIOGRAFI
Abu Bakar Nordin & Ikhsan Othman (2003). Falsafah Pendidikan dan Kurikulum.

Quantum Books, Tanjung Malim.

Marohaini Yusoff (1999) Bentuk Perlakuan dan Proses PraMenulis Karangan Pelajar
Tingkatan Empat. Pertanika.J.soc.Sci &Hum. Vol 7. No1 1999. Ms 31-41

Norida Binti Mat Ail (2007). Meningkatkan Kemahiran Menulis Esei Geografi melalui
Kaedah “Proejktif Thinking Pyramid”. Prosiding Kajian Tindakan Peringkat
Negeri Perak.

Othman Lebar (2011). Kajian Tindakan dalam Pendidikan.UPSI: Tanjong Malim.
Rusly Musa & Nurashikin Abdullah (2015). Teks Pra U STPM Geografi.

Sasbadi.Petaling Jaya.

Sukatan Pelajaran dan Kertas Soalan Contoh STPM. Geografi (2013). Majlis
Peperiksaan Malaysia.


Click to View FlipBook Version