The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER SMK SUNGKAI, 2021-11-17 21:08:10

aspire@smes bil 11 nov

aspire@smes bil 11 nov

1

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

DARI MEJA PENGARANG EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 2

Sidang Redaksi Pertama kali dalam sejarah negara kita mengalami keadaan
ASPIRE@SMES persekolahan seperti hari ini. Pergi sekolah (bersemuka), tutup sekolah
(pdpr), buka sekolah semula , pengiliran. Tidak terfikir dek kita apa yang
Penasihat berlaku hari ini berlaku. Maka tidak hairanlah andaikata kelemahan
Hajah Siti Khadijah binti Ngosman berlaku di sana sini kerana keadaan yang baru dan banyak kali kita
berada di dalam ketidakpastian. Dalam keadaan sebegini kita sebaiknya
Ketua Sidang Redaksi banyakkan berlapang dada. Peka dengan keadaan semasa dan cuba
Rosnah bt Taib untuk tidak melawan arus. Kita sebaiknya menyokong sesama sendiri demi
kesejahteraan kita bersama.
Penolong Ketua Sidang Redaksi
Mahalabiah bt Mohamad Perkara utama yang seharusnya diberikan perhatian ialah emosi
Artikel Bahasa Melayu murid-murid. Adakah semangat belajar mereka masih kukuh atau sudah
runtuh? Berat cabaran memulihkan semangat yang lama tenggelam di
Hj Rohim@Rahim bin Ngahat rumah. Menurut kajian (Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa
Suhana bt Basil Bersatu)UNICEF dan Tabung Kependudukan Bangsa-Bangsa Bersatu
(UNFPA) peratusan murid menengah atas yang tidak hadir ke sekolah
Artikel Bahasa Inggeris agak membimbangkan semasa sekolah dibuka semula selepas tamat
Pratiba a/p Velummailum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) : 1 daripada 5 orang murid hilang
minat ke sekolah selepas PKP. Maka tidak hairanlah kalau keadaan yang
Grafik Berkomputer sama berlaku di sekolah kita. Keadaan ini semacam keadaan semulajadi
Nur Hidayah bt Taib yang pasti akan terjadi. Tugas seorang guru teruji lagi. Semasa PKP
banyak suara yang meragui , mempertikaikan kerja guru. Ada yang
Diterbitkan oleh: beranggapan guru bercuti semasa PKP. Selepas PKP cabaran lain lagi.
Sekolah Menengah Kebangsaan Memastikan pelajar hadir ke sekolah dan mengembalikan semangat
Sungkai pelajar untuk belajar seperti sebelumnya. Menurut kajian keadaan ini lebih
Jalan Pekan Lama buruk di kalangan keluarga ibu tunggal dengan 1 daripada 4 tidak
35600, Sungkai berminat umtuk belajar.
Tel: 05-4386609
Faks :05-4386610 Bersedialah wahai guru dengan cabaran baru, lepas satu , satu.
Laman web: smes.edu.my Walau bagaimanapun kita para guru percaya keadaan ini akan kembali
pulih seperti sediakala. Guru dan pihak sekolah perlu bekerja sama dengan
ibu bapa dalam menangani masalah ini. Baiknya ialah para ibu bapa juga
sangat menginginkan anak-anak mereka untuk kembali belajar di sekolah
semula. Faktor ini dijangka akan lebih mempercepatkan keadaan ponteng
sekolah berjaya diselesaikan dengan lebih mudah.

Pada bulan November kami sidang majalah sekolah suka
mengangkat isu kembali ke sekolah dan pengiliran yang melibatkan seluruh
pelajar sepanjang bulan November ini. Masa yang ditunggu-tunggu
akhirnya tiba . Di hati kami warga pendidik ini adalah perkara yang
sangat mengembirakan kerana kami seperti dapat menjadi cikgu yang
sebenar semula.

Selamat pulang diucapkan kepada semua murid-murid arus
perdana dan pelajar tingkatan enam ke sekolah kita semula. Punggutlah
sebanyak mungkin hikmah dan iktibar di sebalik pendemik yang melanda
negara dan dunia kerana tidak ada apa yang berlaku secara sia-sia.
Semoga musibah yang melanda kita ini akan membentuk kita menjadi insan
yang lebih baik daripada yang sebelum ini.
Wassalam.

Pn.Rsnah binti Taib
Ketua SidangRedakis
ASPIRE@SMES

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

FOKUS@SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 3

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

CORETAN MINDA EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 4

PdPR perlu diteruskan sehingga situasi
COVID-19 selamat

KUALA LUMPUR: Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi pelajar sekolah wajar
diteruskan sehingga situasi semasa jangkitan COVID-19 di negara ini berada dalam keadaan selamat,
sebelum sesi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka dapat dilaksanakan.
Walaupun sesi bersemuka masih diakui sebagai kaedah pendidikan terbaik, namun PdPR yang boleh
ditingkatkan lagi pelaksanaannya sama ada secara dalam talian atau luar talian, diakui sebagai
kaedah paling sesuai bagi memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam pendidikan, tatkala COVID-
19 masih menjadi ancaman besar negara.
Seorang guru yang ingin dikenali sebagai Din berkata melihat kepada kes positif harian yang masih
mencecah lima angka ketika ini, sesi PdPR yang sudah masuk tahun kedua pelaksanaannya adalah
inisiatif terbaik dan selamat bagi mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan warga sekolah.
"Eloklah sesi PdPR diteruskan sehingga keadaan betul-betul selamat. Walaupun amalan prosedur
operasi standard (SOP) boleh diperketatkan (jika sesi bersemuka dimulakan), kita masih berdepan
ancaman varian baharu. Ia agak merisaukan komuniti guru kerana ada dalam kalangan kami dan ahli
keluarga yang berisiko," katanya ketika dihubungi Bernama.
Guru Matematik di sebuah sekolah menengah di Bukit Baru Melaka itu berkata sesi PdPR yang telah
dilaksanakan sejak tahun lepas kini telah dapat diperkasa dalam kalangan guru melalui penggunaan
pelbagai kaedah agar sesi PdP berlangsung secara lebih efektif.
Katanya, golongan pendidik juga telah diberi pelbagai taklimat, input serta tunjuk ajar tentang
pelaksanaan PdPR yang berkesan.

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 5

Baru-baru ini, Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan sesi persekolahan secara PdPR diteruskan
hingga 31 Ogos tahun ini, mengambil kira situasi semasa pandemik COVID-19 serta perbincangan
bersama Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)
KPM juga telah membuat ketetapan bahawa sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk PdP
bersemuka mulai 1 Sept, mengambil kira kadar vaksinasi melibatkan guru, pentadbir dan kakitangan
sokongan.
Seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Zulkifli Muhammad di Slim River, Perak,
Noraini Osman berkata pengumuman KPM yang menyambung sesi persekolahan secara PdPR sehingga
31 Ogos itu pastinya demi keselamatan pelajar ekoran situasi kes COVID-19 di Malaysia yang masih
tinggi.
"Dalam keadaan COVID-19 ketika ini, saya akur pada arahan KPM kerana PdPR adalah untuk
memastikan murid-murid selamat dan (pada masa sama) tidak tercicir daripada pembelajaran. Guru-
guru mungkin kebanyakan sudah lengkap dua dos suntikan vaksin namun murid-murid masih belum (suntik
vaksin). Perkara ini juga dapat mengelakkan daripada kluster pendidikan atau kluster sekolah timbul,"
katanya.
Seorang ibu dari Taman Kenanga, Melaka Tengah, Shahidah Abdul Jalil, 34, berkata setelah hampir
dua tahun kaedah PdPR dijalankan, terdapat banyak manfaat diperoleh anak-anaknya dan beliau
sendiri dapat berperanan memantau sesi PdPR mereka.
"Saya dah mula teliti dan ambil berat tentang hal sekolah anak-anak. Ada ketika sama-sama bantu
mereka selesaikan tugasan atau kerja rumah yang diberikan cikgu mereka terutama subjek yang kurang
difahami...sama-sama cari penyelesaian, duduk berbincang dan secara tidak langsung dapat
meluangkan masa belajar bersama mereka," kata ibu kepada empat anak berusia sembilan hingga 15
tahun itu.
Shahidah yang bekerja sebagai tukang gunting rambut bersyukur kerana guru sekolah anaknya sentiasa
prihatin dengan semua sesi PdPR yang dijalankan mengikut kemampuan pelajar, dan pelajar tidak
terlalu dibebankan dengan tugasan di luar kemampuan, khususnya melibatkan peralatan perbelanjaan
tertentu.
Seorang pelajar SMK Lahat di Ipoh, Perak, Nurhaziqah Adilah Razmi, 16, berkata beliau kini sudah
biasa dengan PdPR walaupun mengalami sedikit kesukaran untuk subjek yang memerlukan uji kaji dan
penggunaan makmal.
"Guru banyak membantu dengan berkongsi video tambahan," katanya sambil menambah guru juga
akan memberikan pelajar permainan dalam talian seperti kuiz agar interaksi dan pembelajaran menjadi
lebih menarik.
-- BERNAMA

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

IKON @ SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 6

Kenangan Indah Sewaktu Di Sekolah Menengah Kebangsaan Biodata Mary Luching
Sungkai Nama: Mary Anak Luching
SMK Sungkai memberi peluang dan ruang terbaik kepada Bangsa: Iban (Bumiputera Sarawak)
saya untuk beramah mesra dengan guru-guru dan pelajar- Tarikh lahir: 18 Jun 1963
pelajar. Saya diminta mengajar mata pelajaran Bahasa Negeri asal: Bintangor, Sarawak
Inggeris walaupun opsyen saya adalah Sains Rumah Tangga. Menetap: Kuching, Sarawak
Kelas saya bukan sahaja ada pelajar Melayu malahan ada Latar Belakang Pendidikan
juga pelajar Cina, India dan Orang Asli. Di Sarawak saya Sekolah rendah: SK Tulai, Bintangor Sarawak
tidak pernah mengajar pelajar India dan Orang Asli – kita Sekolah Menengah rendah: Ting 1 – 3 (SMK
hanya ada pelajar Iban, Melayu dan Cina. Tiap-tiap tahun Sungai Paoh, Sarikei Sarawak)
saya dilantik menjadi Guru Kelas. Sekolah Menengah atas: Ting 4 – 5 (SMK
Walaupun terdapat pelbagai karenah dan disiplin pelajar, Meradong, Bintangor Sarawak)
namun pada keseluruhannya pelajar-pelajar berkelakuan 1984 – 1986 (Maktab Perguruan Batu
baik. Mutu atau kualiti pembelajaran adalah baik dan saya Lintang, Kuching Sarawak)
berasa seronok mengajar kerana itulah amanah dan 2006 – 2009 (OUM, Sibu Sarawak)
tanggungjawab saya. Saya bangga dan gembira kerana Pengalaman Mengajar
SMK Sungkai telah banyak menerima anugerah-anugerah 1987 – 1990 SMK Pakan, Sarawak
prestasi dari KPM dan JPN Perak. 1991 – 2000 SMK Saratok, Sarawak
2001 – 2012 SMK Meradong , Bintangor
Saya akan sentiasa mengimbau kenangan yang indah dan 2013 – 2021 SMK Sungkai, Perak
manis sewaktu mengajar di SMK Sungkai. Pergaulan yang Keluarga
baik dan hubungan silaturrahim dan persahabatan dengan Nama Suami: Profesor Madya Dr. Chemaline
pihak pengurusan sekolah dan guru-guru akan menjadi Anak Osup
kenangan dan catatan dalam sejarah kehidupan yang saya Bilangan anak: 4 orang (3 lelaki dan seorang
lalui di Semenanjung Malaysia. Coretan ini sahajalah yang
dapat menggambarkan rasa rindu saya terhadap saat-saat perempuan
dan kenangan indah yang pernah dilalui di SMK Sungkai ini. Bilangan cucu: 3 orang
Saya memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat bahasa
mahupun kata-kata yang mengguris perasaan guru-guru dan
pelajar-pelajar sekalian.
Saya sedar bahawa yang baik itu datang daripada Tuhan
dan yang lemah itu datang daripada diri saya sendiri.

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 7

Pesanan Kepada Rakan-Rakan Guru
1. Sentiasa bersiap sedia utk menghadapi cabaran ledakan ilmu yang berbentuk global dan kuatkan

semangat utk membina budaya ilmu. Ini kerana ilmu membina kekuatan minda ke arah daya fikir
tinggi (high order thinking) dan daya kreatif di kalangan indidvidu dan bangsa.
2. Sentiasa mengembangkan budaya masyarakat Malaysia
Pendidikan perlu diseimbangan dengan kesejahteraan sosial, ketinggian rohani, kekuatan jiwa dan
budaya yang terpelihara utk menjadi sebuah masyarakat yang madani, iaitu suatu sistem sosial yang
subur yang diasaskan kepada prinsip moral yang menjamin keseimbangan antara kebebasan
perseorangan dengan kestabilan masyarakat.
3. Peranan Guru-Guru
Masyarakat menuntut guru-guru melahirkan ciri-ciri generasi yang kaya maklumat (termasuk sains
dan teknologi), kekuatan minda (kreatif dan proaktif), nilai-nilai luhur dan murni (termasuk
penyayang), semangat jati diri, jaya diri dan keusahawanan, dan ketrampilan. Justeru, guru-guru
perlu mainkan peranan spt menguasai subjek (kandungan kurikulum), mahir dan bertrampilan dalam
pedagogi (pengajaran & pembelajaran), memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi
mereka, memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology), memiliki kemahiran kaunseling,
menggunakan teknologi terkini, dapat menyaring dapatan-dapatan kajian dan penyelidikan
mutakhir, boleh bekerjasama dengan rakan sejawat dan orang lain dan memiliki keyakinan
terhadap peranan dan sumbangan sebagai pendidik.

Harapan Terhadap Dunia Pendidikan
a. Moga-moga sistem pendidikan yang berkualiti akan menjadi wahana usaha yang membangunkan
generasi alaf baru yang mampu meeningkatkan keupayaan ke tahap kecemerlangan yang tinggi
agar dpt menangani cabaran-cabaran semasa pada abad ke-21.
b. Diharap sistem pendidikan akan berubah sejajar dengan peubahan aspek ekonomi, budaya dan
politik supaya intellectual capital Negara akan menjadi asas yang kukuh daripada kekayaan yang
berupa tanah, wang atau bahan mentah.
c. Semoga prinsip dan nilai pendidikan akan menentukan kejayaan sesuatu institusi, organsisasi atau
negara. Pembangunan pendidikan mestilah seiring dengan pembangunan rohaniah agar
keseimbangan antaranya dapat memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat medani
menjadi “negara maju dalam acuan kita sendiri".

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 8

Harapan terhadap pelajar yang bakal ditinggalkan

a. Belajar bersungguh-sungguh dan beri tumpuan
sepenuhnya terhadap guru yang mengajar. Jangan
terlalu sibuk bermain dengan smartphone untuk
buka internet dan Wicet atau membaca komik.
b. Jangan suka membuang masa dan menangguh
kerja-kerja ulangkaji. Jika rasa bosan belajar,
ciptalah sesuatu secara inovatif dan kreatif.
Banyak bertanya kepada guru
c. Jangan ponteng kelas sebab anda sendiri yang
akan rugi. Rajin-rajinlah menimba ilmu.
d. Harus mempunyai disiplin diri yang tinggi. Ini
sikap yang terpuji dan guru-guru akan menjadi
bangga terhadap anda. Jangan timbulkan masalah
kepada guru dan ibubapa anda.
e. Rancang masa utk belajar dan bermain. Aktiviti-
aktiviti yang bermanfaat akan menjadi pengalaman
versi anda sendiri. Setiap apa yang anda lalui di
zaman sekolah memang akan menjadikan siapa
diri anda ketika ini.

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

KONGSI ILMU @ SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 9

Apa Itu Disleksia

Di Malaysia, lebih kurang 500,000 kanak-kanak mengalami disleksia. Kanak-kanak yang telah
disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang upaya (OKU) dan memperoleh bantuan
kewangan daripada Jabatan Pendidkan Negeri kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah
seliaannya.
Secara umum, disleksia diertikan sebagai gangguan kognitif yang berkaitan dengan membaca.
menulis dan mengeja serta masalah-masalah lain.
Antara tanda-tanda mudah dalam mengenali kanak-kanak yang mengalami disleksia ialah
kekeliruan antara kiri dan kanan, tulisan tangan yang agak teruk, dan pembentukan huruf yang
seringkali terbalik serta kesukaran untuk menyebut perkataan pelbagai suku kata seperti “hopsital”
untuk “hospital”.
Disleksia hanya dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas pesakit di bawah
pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penghidap disleksia lazimnya akan diberi
rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistik, berfikir dan sosial.

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 10

Tips Mengajar Kanak-Kanak Disleksia
1. Gunakan Pendekatan Multi-Sensory Structured Language (MSL)
Kanak-kanak disleksia digalakkan guna semua deria mereka yang melibatkan sentuhan, penglihatan,
pergerakan dan suara melalui:

 Tulis kad nota. Ini memberikan sesuatu yang nyata untuk anak melihat dan menyentuhnya. Ibu ayah
boleh meminta mereka membaca kad nota dengan kuat bagi menggabungkan kemahiran motor dan
pendengaran.

 Menggunakan dulang pasir untuk mengeja perkataan atau melukis gambar di pasir bagi meransang
daya sensori.

2. Ulangi Perkara Yang Sama
Kanak-kanak disleksia bergelut dengan ingatan jangka pendek, dan mungkin agak sukar untuk mereka
mengingati apa yang ibu ayah ajarkan. Justeru, anda hendaklah mengulangi arahan, kata kunci dan konsep.
3. Manfaatkan Masa Dengan Bijak
Berikan masa lebih lama untuk mereka menyelesaikan tugasan. Sekiranya anda memberikan beberapa
soalan kuiz, pastikan tidak tergesa-gesa meminta mereka menyiapkannya
4. Perhatikan Diri Dan Emosi Anak
Berikan galakan dan sokongan moral untuk mereka membina kekuatan agar tidak mudah berputus asa
ketika melalui proses pembelajaran
5. Beri Galakan Terhadap Minat Mereka
Kebanyakan kanak-kanak disleksia amat gemar melukis. Ibu ayah hendaklan terus memberi galakan dengan
menyediakan kertas lukisan bersama pensel warna. Bualkan tentang lukisan mereka dan apa maksud di
sebalik setiap lakaran tersebut.
6. Sentiasa Mengawal Rasa Marah
Mereka mungkin lebih sensitif berbanding anak-anak normal, serta cepat hilang tumpuan dan minat
sekiranya ibu ayah sering kali naik angin dan mendenda sahaja.
7. Duduk Belajar Bersama-Sama
Ibu ayah boleh memberi kebebasan untuk mereka memilih buku kegemaran. Kemudian, sama-samalah
membacanya. Ketika mengeja, anda bantu untuk sebut. Jika si manja menulis secara terbalik antara huruf b
dan d, atau nombor 6 dan 9, ibu ayah hendaklah betulkannya dengan segera.
8. Berikan Kata Dorongan Dan Pujian
Setiap hasil kerja comot pada pandangan mata, ibu ayah pujilah. Ini secara tidak langsung mampu
membangkitan semangat mereka untuk terus belajar. Jauhkanlah kata-kata negatif seperti lembab kerana ia
hanya membuatkan si manja berasa tidak dihargai langsung.
9. Ubahsuai Jenis Tugasan
Kana-kanak biasa mungkin hanya memerlukan satu jam sahaja untuk menyiapkan tugasan dan menjawab
soalan. Namun kanak-kanak disleksia memerlukan masa sehingga 3 jam.

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

KARYA KREATIF @ SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 11

Kupohon Maghfirahmu
Karya Rohim Ngahat

Telah sekian lama kusembunyi
birat luka yang menyelirat di tubuh
aku tidak mampu membuka
duka silam yang mengering
membentuk corak corak warna
membeku bagai diam.
Saat kubelek satu-satu
jalur-jalur luka ini
tanpa sedar masih berdarah bernanah
kembali sakitnya
sama seperti dulu juga.
kuusap perlahan dan sabar
membiar lupa lama berlalu.
Tuhan, aku bagai hilang daya
saat melepaskan kenangan ini
aku mahu melakar potret baru
dalam suluh maghfirahmu.
Masih adakah ruang kasih untukku
yang kau hulur
di penghujung perjalanan ini.

SMK Sungkai, 2021

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 12

Kembali ke Alam Abadi
(Buat Almarhumah Saliza binti Shari)
Karya Rohim Ngahat

8 November 2021
tiap saat bibir kami basah menitip
alunan zikir, doa dan Yaasin
agar kau tenang dan sembuh kembali
namun kau pergi juga meninggalkan
kami pun terfana dan tersendu menangisi
kehilangan seorang insan yang dikasihi.
Saat dilepas derita di hujung rembang mentari
kau tenang dan senyum bersemadi
menuju alam abadi
limpah rahmat dan kasihnya Illahi.
Moga berbahagialah di sana
di syurgawi al-firdausi.
amal baktimu setia memayungi
sedekah jariahmu teguh memagari
kebaikan dan ketulusanmu pasti melindungi
doa dan zikir kami tetap mengiringi.
Kami redhakan pemergianmu
kami abadikan segala memori
penuh keikhlasan dalam sanubari
sepanjang hayat ini.
Sungkai, 2021

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

TINTA NURANI@ SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 13

DIAM ITU EMAS

Memilih untuk 'diam' agar 'sakit' yang tidak terlihat dengan kasat mata mampu berkurang
dengan aliran masa.
Alhamdulillah ‘ala kulli haal.
Kerana tidak semua perkara perlu kita 'cerita'.
Kerana lebih baik berdiam daripada berkata-kata yang boleh menyinggung perasaan
orang lain,
Kerana lebih baik diam, daripada bersuara dan menonjolkan 'kebodohan' diri,
Kerana lebih baik tidak berterus terang jika itu lebih banyak manfaat daripada mudarat,
Kerana bila lisan tidak mampu melahirkan kebaikan, diam adalah pilihan yang tepat.
Diam itu EMAS!
"Menjadi kewajiban bagi orang yang berakal untuk sentiasa diam sampai kepada
kondisi yang mengharuskannya berbicara. Betapa ramai orang yang menyesal setelah
berbicara. Dan betapa sedikit orang yang menyesal tatkala diam."
Kerana diam, walaupun sakit ia mampu merawat.
Cepat atau lambat, cuma urusan waktu.
Keep moving
Mahalabiah Mohamad
Sungkai, 15 November 2021
~Diam Bukan Kalah

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

PROGRAM@ SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 14

MAJLIS MAKAN TENGAH HARI
KELAB GURU & AKP SMES 2021

TARIKH: 1 NOVEMBER 2021
TEMPAT: DEWAN MAKAN ASRAMA

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

PROGRAM@ SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 15

PROGRAM@ SMES

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

PROGRAM@ SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 16

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

PROGRAM@ SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 17

Majlis Bacaan Yaasin & Tahlil
Allahyarhamah Cikgu Siti Mariam binti Yahya

12/11/2021

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

PROGRAM@ SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 18

Pentaksiran Pusat Ujian Lisan
SPM Bahasa Tamil
Isnin (15 Nov 2021)
8.00 - 10.00 am

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

FOOD FOR THOUGHTS EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 19

The 8 Best Malaysian Youtube Channels for Learning How to Cook

Posted by You Jing Ng
Are you left scratching your head over figuring out what to eat or you’re looking for ideas on how to
make a simple meal with what ingredients you have? Guess what, here is your chance to pick up some
new cooking ideas from some of the top popular cooking channels on Youtube from Malaysians.

1. Kathrine Kwa
Before starting up as an online Baking Guru on Youtube, Kathrine began her journey by sharing recipes
in the form of “step by step” pictures on her Facebook page “Kathrine Kwa Baking Tutorial.” With 30
years of experience in making Malaysian dessert and Chinese-Western baking methods, you can find all
your favourite recipes, baking tips, how to’s, tutorial videos on her channel.

2. Buat Orang Lapo
If you want to cook local Malay cuisines, then look no further. Buat Orang Lapo mainly features Malay
dishes, desserts, snacks as well as other cuisines. This channel delivers new recipes 3 times every week.
3. iCookAsia
iCook Asia is the first online video recipe channel in Malaysia. Formerly known as TryMasak, in this
channel, you can find more than 2,000 videos of recipes from Malaysia and other Asian countries
created by various chefs of different backgrounds.
4. Che Nom
For its love of food and sharing, Che Nom has become one of Malaysia’s leading cooking Youtube
channels featuring famous Malaysian and Asian recipes. The channel showcases just how straightforward
it is to recreate your favourite dishes you mostly eat in restaurants.
5. Nyonya Cooking
Learn how to make local recipes like authentic Nyonya cuisines and many more when you tune in to
Nyonya Cooking, a Youtube recipe channel featuring your all-time favourite Malaysian dishes. With over
100 videos to choose from you’ll be an expert of these cuisines in a day!
6. Seminit Resepi
If you are all about making simple meals daily with loved ones, Seminit Resepi got you covered. By using
video recipes, the channels provide viewers with a glimpse of how easy it is to cook delicious meals like
homemade meatballs and ikan captain tempoyak.

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 20

7. Limau Nipis
Whether you’re crying for some local desserts such as caramel pudding cake or mango sago dessert,
Limau Nipis channel has a whole library of interesting recipes that will keep your day busy and stomachs
full. You can also find Malay and English versions for all recipes in this channel.
8. Azie Kitchen
Azie Kitchen serves up an assortment of classic and traditional Malay dishes on her Youtube channel. She
shares her day-to-day dishes on her channel, so if you would like to learn to make yummy dishes daily,
this is the channel to go to!

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

FOOD FOR THOUGHTS EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 21

10 of the Best Songs for Learning English

When summer comes and the weather gets hot, it can be difficult to stay inside and study English in the
traditional ways. That's why we've made a list of some of our favourite songs for learning English so that
you can practise your language skills even when you're relaxing by the pool!
1. Wake me up- Avicci
With plenty of repetition and a whole load of metaphors for more advanced learners to get to grips
with, Avicci's 'Wake me up' is a simple and effective tune to help you practise your English over the
summer.
2. Thinking out Loud- Ed Sheeran
This romantic ballad by Ed Sheeran has made it into our top 10 due to its slow pace and repetitive
chorus. The song also offers plenty of opportunities to practise the imperative. Practise the lyrics to 'Think
Out Loud.'
3. Budapest- George Ezra
Best for intermediate learners, Budapest by George Ezra is a list of all of the things the popstar would
leave for his partner. As well as giving you a great opportunity to practise the second conditional, this
song's quick pace can help you get used to the common English contraction 'I'd.' Practise the vocabulary
for George Ezra's Budapest.
4. Hello-Adele
This powerful song is so brilliant for learning English because of its slow start and clear lyrics. In fact, for
someone new to learning English, Adele's clear London accent is great for getting used to new words and
phrases. Learn the lyrics to Hello by Adele.
5. Someone you loved- Lewis Capaldi
With common idioms like 'let my guard down' and 'pull the rug,' Lewis Capaldi's 'Someone You Loved'
offers a great range of new phrases for upper-intermediate learners. Click here to learn the lyrics to
Lewis Capaldi.
6. All of Me- John Legend
John Legend's 'All of Me' is great for practising phrasal verbs like 'pin down' 'draw in.' For upper-
intermediate learners that would like a challenge, there's also great new idioms to learn too! Find out
how to learn English with John Legend.

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 22

7. Shallow- Lady Gaga & Bradley Cooper
From the soundtrack of the hit film, 'A Star is Born' this incredible song from Lady Gaga and Bradley
Cooper offers English learners a slow-paced intro, as well as a wide range of new vocabulary. Practise
the lyrics to Shallow here.
8. New Rules- Dua Lipa
Although its lyrics are somewhat fast-paced, New Rules by Dua Lipa is the perfect song for practising the
negative imperative as well as common abbreviations and slang terms like 'ain't' and 'em. Practise English
with Dua Lipa here.
9. Love Yourself- Justin Bieber
For students who have difficulties with negative constructions, Justin Bieber's 'Love Yourself' offers great
opportunities to practise the difference between 'did' 'didn't' 'do' and 'don't.' Just look out for
abbreviations like 'wanna' that might cause some difficulty for beginners. Learn the lyrics to Bieber's 'Love
Yourself.'
10. Just the Way You Are- Bruno Mars
Last on our list is 'Just the Way You Are' by Bruno Mars. For people new to learning English, this catchy
song by Bruno Marz allows learners to practise the simple present without difficult accents or phrasal
verbs. Practise your English with Bruno Mars.

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

FOOD FOR THOUGHTS EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 23

6 Reasons Why Friends Are Important

By Arlin Cuncic

Friendships can enrich your life in many ways. Good friends teach you about yourself and challenge you
to be better. They encourage you to keep going when times get tough and celebrate your successes with
you.

But friends do a lot more than give you a shoulder to cry on; they also have a positive impact on your
health. Some research even says friendships are just as important to your well-being as eating right and
exercising.1

So how do friendships contribute to your well-being?

1 Friends Are Good for Your Physical Health

It turns out that healthy relationships actually contribute to good physical health. Having a close circle of
friends can decrease your risk of health problems like diabetes, heart attack, and stroke.

Having strong social ties can also decrease feelings of loneliness, which evidence shows can take a toll on
your longevity. According to a 2010 review, people with strong relationships have half the risk of
premature death from all causes.2

2 Friends Encourage Healthy Behaviors

One possible explanation for those health benefits is that friendships can help you make lifestyle changes
that can have a direct impact on your well-being. For example, your friends can help you set and
maintain goals to eat better and exercise more.4   They can also watch out for you and give
a heads-up when any unhealthy behaviors (like drinking too much) get out of hand.

Additionally, people are more motivated and likely to stick to a weight loss or exercise program when
they do it with a buddy. It's much easier to get out and stay active when you have a friend by your side.

3 Friends Give You Emotional Support

If you find yourself going through a hard time, having a friend to help you through can make the
transition easier.

Research also shows that happiness is contagious among friends. One study of high school students found
that those who were depressed were twice as likely to recover if they had happy friends. Likewise, kids
were half as likely to develop depression if their friends had a "healthy mood."5

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 24

4 Friends Help Build Your Confidence
Everyone has self-doubts and insecurities every now and then. But having friends who support you plays
a big role in building your self-esteem, or how much you appreciate and love yourself.
Supportive friends can help you feel more confident by offering praise and reassurance when you're
feeling unsure. They'll shine a light on just how amazing you are and how much you have to offer others.
5 Friends Help You Beat Stress
Everyone goes through stressful events. If you know you have people you can count on, you may be less
likely to even perceive a tough time as stressful.
Spending time with friends can also help reduce stress. According to Harvard Medical School, "social
connections help relieve levels of stress, which can harm the heart's arteries, gut function, insulin regulation,
and the immune system."6  
Friends can also help you cope with stressful situations. According to one small study, when children hang
out with their friends during a stressful situation, they produce less cortisol, a hormone released when the
body is under stress.7  
As the song goes: “We all need somebody to lean on.”
6 Friends Push You To Be Your Best
Friends can also provide a positive influence. If you make friends with people who are generous with
their time, help others, or are ambitious or family-oriented, you are more likely to develop those values
yourself.9
Great friends have the power to mold you into the best version of yourself. They see you and love you
for who you truly are. They encourage you and push you to do better and be the person you want to
be—your "ideal self."
Friends can also provide a positive influence. If you make friends with people who are generous with
their time, help others, or are ambitious or family-oriented, you are more likely to develop those values
yourself.9
Great friends have the power to mold you into the best version of yourself. They see you and love you
for who you truly are. They encourage you and push you to do better and be the person you want to
be—your "ideal self."

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

SANTAI@SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 25

Selamat Hari Deepavali kepada
semua warga SMES yang
menyambutnya.Terima kasih kepada pelajar
yang sudi berkongsi kenangan mereka
meraikan Hari Deepavali yang telah
disambut pada 4 November 2021.

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

JENAKA MINDA@SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 26

JENAKA MINDA 1


JENAKA MINDA 2

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

UJI MINDA@SMES EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 27

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

BELANGSUKAWA EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 28

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN

EMAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES 29

Coretan buat teman…

OLEH:Pratiba a/p Velummailum

Masih ingat, Oktober 27, 2020 ternampak Yam, tepat jam 8.20am mencuba
mengambil selfie. Di cuba beberapa kali, tapi Yam tidak berpuas hati dengan
tangkapan selfienya.

Lalu saya bertanya, Yam buat apa ya?

Di jawab dengan senyuman, ayahnya ingin melihat wajah anak-anaknya yang lama
tak balik kampung.

Di minta oleh ayahnya mengambil gambar untuk melihat wajah anak - anaknya.

Masa itu saya tidaklah sibuk pun, lalu saya bertanya jika saya boleh tolong ambil
gambarnya dengan menggunakan mobile saya yang tak seberapa.

Yam senyum dan mengangguk.

Terus saya menyuruhnya posing dengan profesional agar gambar yang di kirim kepada
ayahnya nanti akan mengembirakan hatinya.

Yam gelak kecil melihat gambar yang telah saya ambil.

Di ucapkan terima kasih.

Lalu di hantar gambar - gambar itu buat tatapan ayahnya.

Hari ini gambar-gambar ini menjadi kenangan buat saya dan ingin saya berkongsi
gambar - gambar ini bersama keluarga SMES yang di sayangi

#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN


Click to View FlipBook Version