RESENSI
BUKU
KUMPULAN
PEMIKIR 5
Sharul Azuan bin Che Ya
JUDUL/TAJUK
BUKU
Indahnya
hidup
bersyariat
PENGARANG
• Datuk Ustaz Ismail Kamus merupakan
seorang ustaz, pendakwah, ahli politik dan
juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri
Selangor kawasan N17 Gombak Setia atas
tiket PAS. Di dalam parti, beliau pernah
memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS
Pusat.
• Pada 22 November 2011, beliau terpilih
sebagai Tokoh Maal Hijrah 2011 Peringkat
Negeri Selangor.Sumbangannya besar
dalam menyebarkan syiar Islam .Tengku
Panglima Diraja Selangor, Tengku Sulaiman
Shah mewakili kekandanya Sultan Selangor,
Sultan Sharafuddin Idris Shah
menyampaikan anugerah itu.Majlis
diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul
Aziz Shah.Turut hadir ialah Menteri Besar
Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan
Mufti Selangor, Datuk Tamyes Abdul Wahid.
SAUDARA MOHD AZRUL dilahirkan di KEDAH
pada tahun 1981. Mendapat pendidikan awal di
Sek. Keb. Tengku Budriah, Arau Perlis sebelum
meneruskan pelajaran di Sek. Men. Keb. Agama
Arau, Perlis. Seterusnya melanjutkan pelajaran
di Kolej Islam Sultan Alam Shah pada tahun
1997. Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di
peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti
Islam Antarabangsa Malaysia pada tahun 1999
hingga 2003. Meneruskan pengajian dengan
Ijazah Sarjana (MA) dalam bahasa Arab di
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.Beliau
sekarang sedang menyambung pengajian di
peringkat PHD di Universiti Malaya. Kini
menjawat jawatan Pensyarah di Universiti Islam
Antarabangsa, Malaysia. Berpengalaman dalam
bidang motivasi dan kepimpinan. Aktif dalam
bidang penerbitan buku ilmiah serta artikel
majalah
PENERBIT
TAHUN TERBITAN
HALAMAN
SINOPSIS
•
Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri
(fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia
merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan
remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munahakat (nikah kahwin dan
rumahtangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran
dan hadis sahih.
• Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.
Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan
disampaikan mengikut turutan step by-step. Media fotografi warna penuh digunakan
untuk menunjukkan perkara yang realistik.
• Buku ini seharuskan menjadi kewajiban untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat
sumber, sekolah dan individu.
KETERANGAN PENGARANG
Menjadi rujukan institusi pendidikan, sekolah, pusat
sumber, masjid, surau, kumpulan pengajian, persatuan dan
NGO.
Modul fardu ain untuk seisi keluarga.
Dibaca lepas solat Subuh, Maghrib atau sebelum tidur.
Bahan fardu ain mingguan, tazkirah, usrah dan halaqah.
Bahan untuk mengisi laman web dan blogspot.
Hadiahkan buku ini untuk sambutan hari lahir dan hari
perkahwinan.
Jadikan hadiah atas kejayaan dalam peperiksaan atau kenaikan
pangkat.
Beri hadiah pada bos, kakitangan, suami, isteri, anak, ibu bapa,
guru dan murid.
ULASAN
• “ Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada
nabi SAW. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan
mulutnya) dengan sebiji kurma.” Hadis riwayat Abu Burdah daripada Abu Musa r.a.
• Itulah petikan daripada syariat kelahiran yang banyak mengupas tentang amalan
awal ketika kelahiran seperti azan , bertahnik, menamakan bayi dengan nama
yang baik, akikah dan berkhitan. Pendidikan awal kanak-kanak juga disentuh
dengan mengenal sifat Allah, rasul, solat dan adab-adab terpuji yang baik untuk
diamalkan. Syariat berkaitan remaja juga diulas dengan lebih mendalam
menyentuh kepentingan syahadah, erti iman dan islam serta sifat-sifat mahmudah
dan sifat mazmumah.
• Isu yang dikupas di dalam buku ini juga melibatkan fardu ain asas seperti bersuci,
bersolat seperti solat berjemaah, syarat-syarat solat, jenis solat dan doa yang
baik. Ilmu berkenaan dengan puasa, zakat dan haji serta umrah. Amalan
penyembelihan dan ibadah korban juga dibincang dengan lebih mendalam dan
difahami oleh semua pembaca. Ilmu berkenaan dengan munakahat sepert panduan
memilih calon isteri dan suami, pertunangan, poligami, talak dan doa serta amalan
berkaitan syariat juga diajar bagi membentuk keluarga bahagia.
• Buku ini juga mengupas isu berkaitan dengan syariat yang melibatkan budaya
bermasyarakat seperti adab berjiran, amalan ziarah, mengimarahkan masjid,
pengurusan jenazah, jenayah dan lain-lain. Bab yang membincangkan syariat
sunat harian sepanjang masa menjadi penutup kepada perbincangan buku ini.
Antara perkara pokok yang dibincangkan termasuklah amalan membaca Al-Quran,
istigfar, berselawat, berdoa, zikir dan doa-doa yang boleh membantu mengubati
penyakit (penawar).
•
KELEBIHAN buku ini
Buku ini mengupas tentang bagaimana kita melaksanakan
Fardu 'Ain dalam kehidupan kita sendiri dan juga Fardu
Kifayah dalam bermasyarakat. Cara penyampaian yang
sangat ringkas tetapi padat memudahkan kita menjalankan
fardu 'Ain dalam hidup kita bermula daripada kelahiran
sehinggalah kepada kematian. Setiap satu perkara
disertakan dengan hadis-hadis sahih dan ayat-ayat Al-Quran
sebagai bukti. Selain dari itu, kelebihan buku Indahnya Hidup
Bersyariat ini (dan juga buku-buku lain terbitan Telaga Biru)
adalah gambar-gambar yang dipaparkan adalah gambar-
gambar betul, dan bukannya lukisan.
KESIMPULAN
Secara keseluruhannya buku ini banyak mengupas
perkara berkaitan hidup berlandaskan syariat yang
memperkatakan tentang indahnya kehidupan ini sekiranya ia
saling melengkapi. Tiada penyelesaian melainkan dengan
merujuk kepada Al-Quran dan hadis Nabi SAW. Perkara pokok
perbahasan mengungkai segala persoalan yang adakalanya
mewujudkan kekhilafiah yang boleh membawa kepada
perpecahan dalam kehidupan. Buku ini amat sesuai menjadi
bacaan dan rujukan harian kerana banyak perkara
dibincangkan secara terperinci hingga menjadikan buku ini
menarik sekali buat yang inginkan ilmu duniawi dan ukhrawi.
Semoga semua pembaca dapat meluangkan masa menatap,
memahami dan menteladani apa yang menjadi pegangan dan
syariat supaya tidak tersesat di jalan yang terang.SALAM
MUHIBBAH.
SEKIAN,
TERIMA
KASIH