Disusun oleh:
Pn. Rosnah Binti Talib
Pn. Rahyu Binti Imrani
Orang yang bijak menemukan kebijaksanaanya
melalui kerasnya kehidupan
Hari ini, sama seperti hari sebelumnya, dan hari-hari sebelumnya. Matahari tetap
terbit dari mana dia biasa terbit. Burung-burung berkicau ribut seolah ingin mem-
beritahu pada dunia jika hari ini sudah pagi. Para kawanan tupai pun tak mau ka-
lah, mereka berlari dengan sangat kencang dari satu pohon ke pohon lainnya. Mu-
lai terdengar suara kendaraan orang lalu-lalang dan para tetangga sibuk
melakukan kegiatannya.
Seketika aku terjaga dari tidurku, tidur yang tidak begitu nyenyak sebenarnya. Aku
merasa seperti di atas awan, mengambang dan tak tentu arah. Aku duduk seben-
tar di pinggiran kasur, termenung melihat ke lantai. Lalu aku berjalan ke arah cer-
min.
Aku memandang sekeliling biliku. Berantakan seperti medan perang seolah ada
dua negara yang sedang merebutkan sebuah pulau. Banyak barang yang tidak pa-
da tempatnya. Botol minuman soda yang berserakan di lantai, padahal tempat
sampah hanya berjarak selangkah kaki darinya. Meja kerja yang dipenuhi kertas-
kertas, dengan lampu meja yang masih menyala. Baju kotor tertimbun seperti
gunung.
“Haish! Kalau abang ada ni mesti dia sudah memekak tengok keadaan bilik aku
ini”aku bermonolog. “Abang selalu berpesan agar menjaga kerbersihan diri ku,
bukannya aku malas mahu mengemas tetapi aku tiada masa,terkejar sana sini”
gumbalan aku.
“Abang!Abang! adik rindu abang!” teriak aku dalam keheningan pagi yang tiba-tiba
teringat akan abang.
Aku bangun dengan lemah longlai untuk mengemas bilikku yang seakan tempat
pembiakan tikus dan lipas. Kalaulah abang ada mesti dia yang akan menjaga aku
dengan teratur.
Abanglah yang menjaga aku setelah kami kehilangan kedua ibu bapa kami sema-
sa aku masih berumur 15 tahun akibat kemalangan. Sejak dari itu abang ber-
tungkus lumus berkerja untuk mengisi perut kami. Abang membuat bermacam-
macam kerja seperti menolong pak samad dipasar pada waktu pagi dan pada
sebelah petang atau malam abang mengambil upah cuci pinggan di gerai makan.
Abang!Abang! adik rindu abang!” teriak aku dalam keheningan pagi yang tiba-tiba
teringat akan abang.
"ukh...ukh..."
“Terdengar batuk yang agak keras dari arah dapur. Ternyata batuk itu datangnya
dari abang. Abang kelihatan sedang meniup kayu api untuk menjerang air. Air itu
digunakan untuk membuat kopi. Agak terkilan juga hati melihat kepayahan abang
aku itu. Terasa ingin sahaja aku melihat dia berehat meskipun dalam waktu yang
singkat. Namun, apakan daya, sudah nasib.
"Shahmi mari sini dik. Sarapan dah siap ni." Abang dengan suaranya yang agak
lantang memanggil aku untuk bersarapan. Menunya seperti biasa, iaitu kopi yang
kurang manis dan biskut kering. Aku berasa bersyukur kerana walaupun dalam
keadaan yang sangat susah, kami mampu juga mengisi perut kosong. Hidup kami
ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Tak mampu aku menahan keperitan ini,keperitan hidup bersendiri tanpa ada abang
yang aku cintai. “Abang kenapa kau pergi jauh dari aku?” rintih aku di bucu katil.
Ketika umurku mencecah 19 tahun,aku mendapat peluang kerja dekat kedai runcit
muthu. Sekurang-kurangnya ringan sedikit beban kami adik beradik. Abang lega
kerana aku boleh mencari duit untuk menyara. Sejak kebelakangan ini aku lihat
abang semakin tenat dan tidak bermaya tetapi dia masih melakukan kerja hariann-
ya. Aku risau akan kesihatan abang, ada juga aku menyuruhnya ke klinik tapi dia
memberi seribu alasan.
Pada suatu tengah hari yang begitu panas , entah mengapa aku terasa ingin sekali
cepat sampai ke rumah. Rumahku sudah kelihatan. Pelik kulihat banyak kasut di
hadapan rumahku. Sesekali terdengar bunyi ‘chain saw’ yang membingit telinga.
Aku mula berlari-lari anak. Perasaan ingin tahu di dalam hati semakin membuak-
buak. Kasut kutanggalkan secepat mungkin bagi merungkai perasaan yang sea-
kan cemas. Perasaan cemasku semakin menggila. Aku tergamam melihat sekujur
badan yang kaku, diselimuti kain putih seluruhnya. Tiba-tiba ustaz adam men-
dekatiku dan menyuruhku untuk bertenang.
"Shahmi, ustaz tahu kamu seorang anak dan adik yang kuat. Abang kamu telah
meninggalkan kita semua untuk selama-lamanya. " Dengan serta-merta, air mata
mula membasahi pipi. Kata-kata Ustaz sebentar tadi sentiasa terngiang-ngiang di
telingaku. Aku segera mendekati jasad abang yang sudah tidak bernyawa. Aku
menciumnya buat kali terakhir dan kutatap riak wajahnya puas-puas.
Mayat abang telah selesai dikebumikan. Ustaz Adam sedang khusyuk berdoa.
Terdengar sayup suara tangisan aku menyelubungi kawasan tanan perkuburan itu.
Aku sempat menitipkan doa untuk abang. Jauh di dalam lubuk hatiku, perasaan
kecewa menguasai. Abang pergi ketika aku baru berusia 19 tahun dan ibu bapa ku
pula pergi ketika usia ku 15 tahun. Belum sempat membalas segala jasanya yang
tidak terhingga. Aku mohon dikuatkan iman dan diberi semangat untuk menerus-
kan hidup, tanpa ibu, bapa dan abang yang sangat aku cintai.
Kini aku semakin tabah untuk teruskan kehidupan aku walaupun tanpa keluarga
yang aku cintai. Aku mula belajar berdikari dan mula mengenali likuk-likuk ke-
hidupan yang mencabar. Tetapi kata-kata nasihat abanglah menjadi penguat untuk
aku berjuang.
Kini aku semakin tabah untuk teruskan kehidupan aku walaupun tanpa keluarga
yang aku cintai. Aku mula belajar berdikari dan mula mengenali likuk-likuk ke-
hidupan yang mencabar. Tetapi kata-kata nasihat abanglah menjadi penguat untuk
aku berjuang.
Beruntung sungguh orang yang masih mempunyai keluarga. Boleh berkongsi
kasih dan perit yang dilalui. Walaubagaimana pun aku redha dengan ketentuan
ilahi. Aku menganggap ini semua hanyalah dugaan dan ujian dari Allah s.w.t.
Pada suatu hari,terdapat sebuah rumah yang sederhana terletak di
perkampungan kecil di kota.Rumah itu didiami oleh seorang gadis yang sangat
cantik iaitu Nana.Nana tinggal bersama dengan seorang wanita tua yang bernama
Ani iaitu ibu kepada Nana.Dia sangat menyayangi ibunya kerana setelah ayahnya
meninggal dunia ketika Nana masih berumur 2 tahun,ibunya menjaga dia seorang
diri sehingga sekarang.Nana sangat bersyukur kerana masih diberikan
kesempatan untuk berbakti kepada ibunya setelah kehilangan wira tersayang.
Nana sangat gembira untuk menjalani kehidupan hariannya.Dia sangat
disukai oleh rakan-rakannya kerana dia memilik sifat yang
baik,cerdik,bertanggungjawab dan disiplin diri.Nana banyak memenangi pertand-
ingan yang dianjurkan oleh sekolah.Nana amat bersyukur kerana memili seorang
ibu yang penyayang kerana ibunya sentiasa bangga dengan pencapaian yang di-
perolehnya walaupun pencapaian yang kecil.Pada suatu hari,Ani tiba-tiba jatuh
pengsan kerana mempunyai sebuah penyakit iaitu anemia.Tanpa melengahkan
masa,Nana segera membawa ibunya ke hospital untuk mendapatkan rawa-
tan.Puan Ani sudah menghidapi penyakit anemia semenjak Nana berrusia umur 2
tahun.Ini bukan kali pertama ibunya pengsan malah sudah beberapi kali ibunya
jatuh begini kerana sakit yang dihidapinya.Semasa ibu dirawat dalam wad
kecemasan,Nana hanya mampu duduk terdiam dan menangis tanpa mengualrkan
sepatah kata.Nana berdoa untuk ibunya terus sihat di dalam hati.
“Ya Allah...Ya Tuhanku…aku mohon kepadamu agar Engkau sembuhkan lah pen-
yakit yang dihidapi oleh ibuku.Janganlah Engkau mengambil nyawa ibu.Aku tidak
bersedia untuk kehilangan dirinya lagi…Engkau gantikan lah sakitnya kepadaku
“.Nana hanya mampu mengucapkan kata-kata itu dalam hatinya sambil menangis.
30 minit kemudian,doktor yang merawat ibunya keluar dari wad kecemasan
untuk berjumpa dengannya.Doktor memberitahu Nana bahawa ibunya Ani memer-
lukan darah yang sangat banyak.Lalu Nana berkata kepada doktor itu…
“Doktor,saya mahu dermakan darah saya untuk ibu saya.Saya mahu me-
nyelamatkannya…Ambil lah darah saya “ kata Nana kepada doktor sambil memo-
hon untuk darahnya diambil.
Apabila mendengar permintaan Nana,doktor tersebut terus memanggil juru
rawat untuk memeriksa jenis darah yang dimiliki oleh Nana.Adakah darah Nana
sama dengan darah ibunya Ani ? Setelah juru rawat itu memeriksa darah
Nana,ternyata darahnya berbeza dengan ibu Ani.Nana berasa sangat sedih kerana
tidak boleh mendermakan darah kepada ibunya.Tetapi dia tidak berputus asa,dia
dan mencari alternatif lain untuk menyembuhkan ibunya.Nana gigih mencari pen-
derma darah yang mempunyai jenis darah yang sama dengan ibu Ani.Nana
mengeluarkan duit yang banyak dari bank untuk mencari penderma yang sesuai
bagi menyelamatkan ibunya.Semasa Nana keluar dari bank,sebuah motosikal
yang dinaiki oleh dua orang lelaki menghampirinya lalu mengambil beg yang
mengandungi wang itu.Nana cuba bertahan tetapi dia terjatuh dan kepalanya ter-
hantuk di bahu jalan.Dia diragut dan wang itu hilang sekelip mata.Nana menangis
kerana duit untuk merawat ibunya telah hilang dalam sekelip mata.Dia hanya
memikirkan keadaan ibunya dan tidak menghiraukan keadaannya.Tanpa disedari
olehnya,kepala dia terus mengalirkan darah tanpa henti.Tiba-tiba datang seorang
lelaki yang baik bernama Zarul menolongnya.
“Apa yang terjadi adik?Kenapa ?”. Tanya Zarul yang sedang menghentikan
keretanya di tepi jalan berhampiran tempat Nana kena ragut.
“Saya kena ragut ” jawab Nana sambil menangis.
“Macam mana boleh kena ragut?Duit yang kamu keluarkan itu untuk apa ye ?
Tanya Zarul sambil menatap wajah Nana yang kelihatan sedih”.
“ Mungkin kecuaian saya pegang beg dengan cara yang salah”.Duit itu saya mahu
gunakan untuk menyembuhkan sakit yang dihadapi oleh ibu saya.Saya mahu
membeli darah daripada penderma darah yang sudi menderma kepada ibu
saya.”Jawab Nana sambil menceritakan kejadian yang dialami oleh ibu tercinta.
“Adik sangat kuat harungi cabaran ini.Abang rasa sedih dengar kisah adikJika
adik tidak keberatan,abang mahu membantu adik dan Puan Ani”.Kata Zarul kepa-
da Nana.
“Terima kasih abang Zarul kerana sudi mambantu saya”.Ucap Nana kepada Zarul.
Zarul mengajak Nana menaiki keretanya untuk pergi ke hospital,tempat ibu
Nana dirawat.Semasa sampai di hospital,Nana bersa sangat bersyukur dan gembi-
ra kerana ibunya mendapat darah yang cukup untuk merawat sakitnya.Tanpa tidak
disedari,darah di kepala Nana terus mengalir tanpa henti dan Nana jatuh peng-
san.Zarul berasa terkejut kerana memirkan dia hanya sekadar pengsan disebab-
kan kealangan sebelum datang ke hospital.Juru rawat membawa Nana masuk ke
ruang ICU untuk pemeriksaan lanjut.5 minit kemudia doktor yang merawat Nana
keluar dan di berkata kepada Zarul bahawa Nana sudah meninggal dunia akibat
kecederaan di kepala.
“Maafkan kami Encik,kami sudah cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan nya-
wanya,tetapi kecederaan di kepalanya sangat serius”.Zarul berasa terkejut dan
sedih.
“Zarul memikirkan cara untuk memberitahu ibunya bahawa Nana sudah tiada”.Ujar
Zarul di dalam hati.
Zarul menemani Puan Ani setelah dia sedar.Zarul membawa Puan Ani ke ru-
mah dan merawatnya macam ibu kandungnya.Zarul sangat menyayangi ibu Nana
kerana dia sangat baik pada dia dan memperlakukan dia seperti anak kan-
dung.Setelah Puan Ani sembuh keseluruhannya,Zarul memberanikan diri untuk
menceritakan perkara sebenar yang berlaku kepada Nana.Puan Ani berasa sangat
terkejut dan hampit tidak boleh menerima kenyataan bahawa anaknya sudah ti-
ada.Zarul berbicara dengan lemah lembut untuk memujuk Puan Ani agar tabah
menghadapi dugaan sebegini.Apabila mendengar kata-kata Zarul,Puan Ani mula
redha dengan pemergian anaknya Nana.Akhirnya,Zarul dan Puan Ani tinggal ber-
sama seperti anak dan ibu kandung.
Angin damai menyapa pipi Cikgu Hamisah yang sedang termenung jauh. Dia
teringatkan perbualannya dengan anak-anak muridnya, Ah Lim dan Taufik.
“Cikgu, apa itu kemerdekaan?’. Tanya Ah Lim. Cikgu Kamisah tersentak namun
dia masih menjawab soalan anak muridnya itu.
“Kemerdekaan bermaksud kebebasan sesebuah negara daripada penjajahan,” ja-
wab Cikgu Kamisah. Dia gembira kerana ada juga generasi muda yang berminat
untuk mengetahui apa itu erti kemerdekaan. Cikgu Kamisah masih ingat lagi ketika
dia berjalan pulang dari sekolah dan terlihat sekumpulan anak muda berkumpul
sambil menyanyi, bersuka ria. Adakah anak muda ini mengerti apa itu ke-
merdekaan, apa itu keperitan hidup yang di hadapi sebelum kemerdekaan. Anak
muda zaman sekarang tidak pernah mengalami keperitan hidup , mereka sekarang
hidup dengan kemewahan pembangunan yang pesat dengan budaya yang terkini.
“Cikgu, kenapa kita perlu hargai kemerdekaan ?” Tanya Taufik. Cikgu Kamisah
tersenyum ke arah anak-anak muridnya yang berusia 19 tahun itu.
“Kita perlu hargai kemerdekaan sebagai tanda kita berterima kasih terhadap per-
juangan generasi terdahulu bermatian-matian merebut secebis kemerdekaan.
Mendapatkan kemerdekaan ini bukan mudah. Banyak kepayahan yang generasi
terdahulu perlu hadapi. Kita sebagai generasi muda perlulah memainkan peranan
bagi mengekalkan kemerdekaan ini” Cikgu Kamisah menerangkan dengan pan-
jamg lebar. Ah Lim dan Taufik mengangguk tanda paham.
“Tapi cikgu, ramai yang tidak ambil kisah tentang kemerekaan. Mereka seolah-olah
mengambil ringan tentang perkara ini.” Ah Lim meluahkan rasa kesalnya. Cikgu
Kamisah tersenyum.
“Sebab itulah kita sebagai rakyat prihatin perlu menunjukkan contoh terhadap
mereka tentang pentingnya merdeka ini. Cuba kamu berdua bayangkan jika nega-
ra kita ini sekali lagi dijajah,pasti berlakunya kerugian yang besar, bilangan
terkorban yang tinggi dan kerosakkan harta benda. Kamu berdua mahu perkara itu
berlaku?” Ah Lim dan Taufik segera geleng sambil menunjukkan reaksi muka
ketakutan.
“Sebab itulah kita kena jaga kemerdekaan kita ibarat nyawa kita,” Cikgu Kamisah
tersenyum.
“Kamu berdua tahu bagaimana cara nak menunjukkan kita sebagai rakyat yang
prihatin terhadap kemerdekaan negara?” Cikgu Kamisah bertanya dengan niat
ingin menguji anak-anak muridnya.
Angin bertiup dan daun-daun pokok rambutan jatuh berguguran di atas permukaan
tanah.
Ah Lim dan Taufik berfikir sejenak lalu menjawab pertanyaan guru mereka.
“Sebagai rakyat Malaysia, kita perlulah sentiasa peka dan tidak mudah ter-
pengaruh anasir-anasir luar seperti ideologi dan budaya barat yang boleh memba-
wa kepada keruntuhan akhlak. Negara akan runtuh jika kekurangan akhlak dan
nilai murni dalam diri rakyatnya. Maruah negara juga akan terjejas jika anak-anak
harapan negara gagal dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kerana ter-
jebak dalam kegiatan yang negative dan menyumbang kepada kerosakan diri
sendiri.” Taufik mengeluarkan hujahnya. Cikgu Kamisah kagum dan tersenyum. Ah
Lim mengangguk-anggukkan kepalanya lalu menepuk bahu Taufik sebagai tanda
puas hati terhadap jawapan bernasnya.
“Bagus jawapan kamu itu, Taufik. Bagaimana dengan pula dengan kamu, Ah Lim?”
Cikgu Kamisah mengalihkan pandangannya kepada Ah Lim pula.
“Kita perlulah mencurahkan sepenuh taat setia dan kasih sayang terhadap Malay-
sia agar sebarang penjajahan luar tidak lagi berlaku. Nikmat kemerdekaan yang
sedia ada ini perlulah kita kekalkan melalui penerapan sifat nasionalisme dan patri-
otism dalam kalangan anak-anak muda. Setiap pihak perlulah memainkan peranan
masing-masing dengn penuh tanggungjawab. Misalnya, pihak kerajaan hendaklah
sentiasa mengingatkan rakyat supaya mengambil berat tentang kemerdekaan me-
lalui media massa dan sebagainya. Pihak sekolah juga perlu menyediakan satu
slot pengertian kemerdekaan dalam aktiviti kokurikulum bagi menerapkan sifat
patriotisme dalam kalangan pelajar khususnya pelajar sekolah rendah. Melalui
semua ini, rakyat Malaysia akan lebih hargai kemerdekaan.” Ah Lim menghuraikan
jawapannya dengan padat. Cikgu Kamisah mengangguk-anggukkan kepalanya
tanda berpuas hati.
Angin bertambah kencang tetapi tidak menunjukkan sebarang tanda hujan ingin
turun. Cikgu Kamisah, Ah Lim dan Taufik menyambung perbualan mereka.
“Bagus sekali jawapan kamu berdua. Cikgu berbangga masih ada lagi generasi
muda yang mengambil berat tentang kemerdekaan ini. Cikgu harap lebih ramai
lagi generasi muda yang sedar akan kepentingan kemerdekaan ini seperti kamu
berdua. Dengan semangat dan kesetiaan kamu berdua ini, negara akan aman dan
harmoni. Rakyat juga akan hidup makmur dan saling berganding bahu tanpa
mengira kaum. Perpaduan negara juga semakin utuh.” Cikgu Kamisah tersenyum
sambil memandang keakraban Ah Lim dan Taufik yang salin tak tumpah seperti
adik-beradik.
“Kami akan ingat pesanan cikgu. Demi negara tercinta, kami sanggup lakukan apa
sahaja demi mengekalkan kenikmatan kemerdekaan.” Taufik dan Ah Lim menun-
jukkan semangat yang membara bagaikan api yang dicurah minyak.
“Semoga kemerdekaan ini akan diperjuangkan oleh generasi seterusnya.” Cikgu
Kamisah menyuarakan harapannya sambil tersenyum.
Menjelang lewat petang, Ah Lim dan Taufik pulang ke rumah masing-masing
dengan semangat yang berkobar-kobar dan membara untuk menyambung per-
juangan generasi terdahulu.
Senyuman manis ayah masih aku ingati. Aku memandang ke setiap penjuru rumah
dan terbayang kenangan bersama ayah. Kenangan ini pasti akan ku ingati . Apabi-
la mengingati kenangan bersama ayah pasti mutiara jernih akan mengalir dari
mataku. Ayah merupakan seorang yang rajin berusaha dan tabah . Pelbagai
dugaan dilalui oleh ayah selama membesarkan aku seorang diri tanpa hadirnya
manusia yang bergelar ibu . Ya , ibuku telah pergi meninggalkan kami ketika aku
berusia 2 tahun. Kecil dan tidak mengenal erti hidup. Yang aku tahu hanyalah in-
san bernama ayah .
Ketika berada di rumah, ayah selalu berkongsi cerita tentang pengalamannya
ketika remaja. Tidak pernah sekalipun ayah membuka cerita mengapa ibu pergi
meninggalkan kani . Hatiku cemburu melihat kawan sekelas yang mempunya ibu
Ibu yang boleh menjemput mereka pulang dari sekolah
“ Ayah suka memancing berumpkan belacan yang digaul bersama tepung gan-
dum “ cerita ayah .
“ Dapat ikan ke ayah ?. Tanyaku .
Wajah ayah kembali tersenyum .
“ Ikan juga suka makan belacan “ . beritahu ayah .
“Ohh “.
Cuma itu perkataan yang keluar dari peti suaraku . Ketika itu , barulah aku tahu
yang belacan juga boleh dijadikan umpan .
Tiba - tiba lamunanku terhenti apabila doktor yang merawat ayah memanggilku un-
tuk melawat ayah . Kasihan ayah . Pelbagai dugaan yang harus dihadapi oleh
ayah . Dengan langkah yang lemah , aku masuk ke dalam bilik ayah .
Pada tahun 2008, ayah dikesan menghidapi penyakit jantung . Ketika itu umurku
baru mencecah 18 tahun . Sesekali aku berasa sedih akan nasib yang menimpa
ayah . Mana tidaknya , ayah yang kuat bekerja telah terlantar .
“ Ayah sabar ye , nanti ayah sihat kita boleh pergi memancing “
Aku tidak berputus putus memberikan ayah semangat setelah ayah menunjukkan
riak muka sedih . Sedih melihat keadaan ayah .
Aku termenung di sisi ayah . Pelbagai persoalan bermain di fikiranku . Rungsing
kepala memikirkan tahap kesihatan ayah .
Aku keluar dari wad ayah untuk menghirup udara segar . Aku menghembuskan
nafas lega . Fikiranku menjadi tenang apabila mengingatkan ada lagi manusia
yang diuji dengan tahap kesihatan yang bermasalah . Setiap makhluk pastu mem-
iliki masalah sendiri .
Setelah fikiran kembali tenang , aku melangkah masuk ke dalam wad ayah .
“Kamu pergi ke mana ?.” Tanya ayah .
“ Adik pergi jalan - jalan dekat luar tadi ayah . Kat dalam ni sejuk sangat “
“ Ayah rasa sudah sampai waktu ayah nak bagitahu satu rahsia “
“ Emak kamu sepatutnya ada menemani ayah . Tetapi apalah nasib ayah apabila
ibu kamu suda pergi tinggalkan kita . Ini semua kerana ayah tidak mempunyai har-
ta yang banyak . Hancur hati ayah . Ibu kamu tidak mahu hidup dengan ayah yang
miskin . “ beritahu ayah . Terbit mutiara jernih di kelopak matanya .
“ Adik teringin nak tatap wajah ibu “ balasku .
“ adik kena kuat demi ayah , ibu tetap ibu kandung adik “ balas ayah kepadaku .
Teringat dahulu betapa kasihnya ayah kepadaku bila aku teringin nak makan roti
canai telur . Awal awal lagi ayah sudah bersiap untuk membelinya . Ayah tahu aku
suka makan banyak . Dia membeli 2 keping roti canai . Tetapi aku tak dapat
menghabiskannya . Ayah sentiasa menemaniku , memberi kata semangat ketika
sedih .
Aku menggosok dada ayah bagi meredakan tangisannya . Aku faham keadaan
ayah yang ditinggalkan cinta hatinya . Tangisan ayah merobekkan hati ku .
Sungguh hebat dugaan yang tuhan berikan kepada ayah . Mujurlah ada aku untuk
menemani ayah .
Ayah dibenarkan pulang petang ini . Perasaan ayah gembira walaupun mukanya
muram . Sementara menunggu surat pengesahan daripada doktor , aku menge-
mas barang ayah untuk dibawa pulang .
“ Kenapa ayah ni ? “ aku menegur ayah yang menggelarkan dirinya seorang yang
cacat .
“ ayah tak boleh berjalan , ayah dh tk macam orang lain “ jawab ayah
“ ayah masih boleh sembuh , ayah tk cacat “ balasku perlahan .
Tiba - tiba aku tersedar dari khayalan . Doktor menghampiriku dan memberi surat
kebenaran untuk ayah pulang .
Masuk tahun ini sudah 2 tahun kenangan itu berlalu . Ayah kini semakin sihat ,
syukur kepada -Nya . Kini ayah mampu untuk berjalan tanpa bantuan sesiapa .
Namun gaya jalan ayah masih lemah dan memerlukan rawatan di hospital .
Ayah semakin bertenaga dan mampu meneruskan kerja tukangannya yang lama
ditinggalkan . Tetapi doktor tidak membenarkan ayah melakukan kerja yang berat .
Pada hari itu , ayah sudah bersiap untuk ke kebun . Hendak ambil pisang . Tetapi
hari ini awal ayah bersiap .
Usai bersarapan , ayah terus ke kebun dengan menaiki motorsikalnya . Selepas
itu , aku segera mengemas pinggan yang telah ayah gunakan .
Tidak lama selepas itu , datang seorang budak lelaki memberitahu bahawa ayah
rebah di sebelah pokok pisang . Aku segera ke kebun .
Setibanya di kebun , aku melihat sekujur tubuh terbaring di sebelah pokok pisang .
Aku yakin itulah ayah . Ambulans tiba tepat pada waktunya apabila ada orang
kampung menelefon . Unit bantuan segera mengangkat ayah untuk dibawah ke
hospital .
Sambil menunggu berita daripada doktor , aku tidak henti mengalun kan zikir . Aku
berasa sedikit gementar .
Sampai sahaja di hadapan aku , doktor itu mengucapkan takziah dan memohon
maaf kerana tidak dapat menyelamatkan ayah . Saat itu wajah ku bertujar sugul .
Ya , aku sudah menjadi anak yatim . Tinggal aku seorang diri .
Waktu itu kenangan bersama ayah kembali bermain di fikiranku . Ayah yang ku sa-
yang telah tiada . Tuhan lebih menyayanginya . Aku redha dengan ketentuan-Nya .
Suatu hari saat diriku masih kecil, ketika aku masih berumur 3-4 tahun. Aku belum
kenal sama sekali akan suara “burung”, hanya saja aku mengerti akan namanya.
Dihari pagi yang cerah ini, aku diajak oleh Ayahku keluar rumah, di pondok tepat-
nya. Duduk di pondok tersebut dengan merasakan kesejukan pagi hari yang cerah
ini.
Suatu ketika, Aku mendengar suara yang belum pernah dan belum Aku dengar sa-
ma sekali, Aku berasa hairan. Di sinilah Aku bertanya kepada ayahku..“Ayah, suara
apa ini?” dengan rasa hairanku. Ayah menjawab “Itu suara burung, nak”. Aku terdi-
am, dalam hatiku berkata “sungguh indah suara burung itu”, dan Aku
mengungkapkannya kepada Ayah apa isi hatiku tadi..
Setelah beberapa minit kemudian, Aku mendengar sebuah suara haiwan yang in-
dah, suara itu berasal dari atas langit. Aku pun bertanya kepada Ayah “Ayah, suara
apakah itu? suara itu sangat indah”. Ayah menjawab “Itu suara burung anakku”.
Aku dan Ayah masih berada di beranda. Beberapa minit kemudian Aku bertanya
lagi, karena Aku mendengar suara yang indah sekali “Ayah, suara apa itu?”
dengan penuh kehairanan. Dengan senang hati Ayah menjawab “Itu suara burung
sayang..” Aku terdiam, dan beberapa puluh-puluh kali dan pertanyaan Aku selalu
sama, Ayah selalu menjawab dengan penuh kesabaran dan kasih sayang seorang
Ayah.
Terasa sudah lama, Ayah mengajak aku pulang. Di rumah Aku selalu diberi kasih
sayang yang sangatlah besar sekali oleh kedua ibu-bapaku.
Setelah beberapa tahun kemudian, Aku menginjak umur 18 tahun. Kini aku lebih
dewasa, mengerti apa yang ada di dunia ini. Kini Ayahku telah menginjak umur
lanjut usia, Ayahku tak bisa melihat karena 3 tahun yang lalu Ayahku terlibat dalam
kemalangan ketika pulang dari tempat kerjanya, dan disitulah Ayahku kehilangan
matanya. Tetapi, setelah 1 tahun kejadian itu, Ayah tetap saja bekerja walau tak
secepat dulu. Ayah selalu dihantar jemput oleh pemandunya dan orang yang selalu
ada disaat Ayah bekerja.
Ketika Ayah sedang cuti, Aku mengajak Ayah untuk keluar rumah, seperti dahulu
ketika Aku masih kecil. Aku mengajak Ayah di sebuah pondok yang sangatlah
sejuk, karena Ayah sangatlah suka dengan keindahan dan kesejukan yang ada di
pondok itu. Aku duduk di samping Ayah dan menemaninya.
Suatu ketika ada segerombolan burung yang melewati di atas langit dan melewa-
tiku dan juga Ayah. Burung itu mengeluarkan suaranya yang sangat indah. Ayah
bertanya kepadaku “Nak, suara apa itu?” Aku menjawab seperti halnya Ayah dulu
“Itu suara burung, Ayah”. Ayah pun mengangguk. Tak lama kemudian, Ayah
bertanya kembali “Suara apa itu, Nak?” terdapat burung yang lewat, Aku
menjawabnya “Suara burung itu, Ayah” dengan agak sedikit kesal 2 kali Ayah
bertanya dengan pertanyaan yang sama.. Aku pun kesal dan marah membentak
Ayah. Dengan rasa keegoisanku, Aku masih mengendalikan amarahku itu. Tak la-
ma kemudian Ayah bertanya beberapa kali kepadaku dan akhirnya kesabaranku
hilang, Aku menjawab dengan penuh rasa kesal, amarah, egois dan nada tinggi
(campur aduk) “Ayah sudah diberitahu dari tadi itu suara burung Ayah, tanya
berulang kali. Penat tau tak Ayah jawabnya” dengan rasa penuh kesal Aku
meninggalkan Ayah sendiri di beranda, sedangkan Aku pergi ke suatu tempat dan
menangis di sana.
Ayah yang sedang berada ditaman merasakan kepedihan yang sangat mendalam
di hati, Ayah menangis dalam hati berkata “Nak, maaf kalau Ayah membuat kamu
kesal dan menyusahkanmu. Andai kamu tahu beberapa puluh kali kamu bertanya
kepada Ayah, Ayah selalu menjawab dengan penuh kesabaran dan keikhlasan
agar kamu mengerti. Ayah minta maaf jika Ayah punya salah. Tolong maafkan
Ayah ya Nak”. Ucap Ayah di dalam hati.
Tak lama kemudian Ibu datang menghampiri Ayah di pondok itu karena Ibu risau
sudah beberapa jam belum pulang. Ibu melihat Ayah sendiri dengan pipi dipenuhi
dengan air terlihat seperti Ayah selesai mencuci muka. Ibu segera membawa Ayah
pulang ke rumah.
Setelah beberapa minit Ayah dibawa kembali ke rumah bersama Ibu, Aku kembali
di ke pondok Aku fikir Aku akan minta maaf kepada Ayah dan membawanya kem-
bali pulang ke rumah, ternyata sudah tidak ada Ayah di pondok itu. Aku berasa
panik, segera Aku mencari Ayah dan setiba di rumah ternyata sudah ada di rumah,
Ayah. Aku menghela napas dalam-dalam dan segera minta maaf kepada Ayah,
Ayah memaafkan Aku. Dan tak lama kemudian Ayah dipanggil oleh sang pencipta,
Aku menangis, Ibu, dan juga keluargaku lainnya. Dalam hatiku berkata
“Alhamdulillah.. Aku masih diberi kesempatan untuk meminta maaf kepada Ayah”.
Dan disaat itulah Aku diceritakan tentang masa kecilku oleh Ibu Aku. Aku me-
nangis, dan saat itulah Aku mulai selalu menjaga Ibu Aku dengan sebaik-baiknya.
Di situlah Aku mendapatkan sebuah pengalaman yang tak akan Aku lupakan da-
lam hidupku. Aku berjanji akan menjaga Ibu dengan sepenuh hati, membuatnya
bangga terhadap Aku.
Jangan pernah kau sekali-kali membantah kata kata kedua ibu bapa mu kerana
walau di manapun mereka berada mereka tetap menyayangimu.Oleh itu hargailah
selagi mereka ada di dunia ini sebelum kamu menyesal yang tiada penghujungnya
Bak kata pepatah nasi sudah menjadi bubur.
Aku termenung sejenak sambil lagu At Ease nyanyian Shafiyyah Raiedzali bermain
di corong pembesar suara. Sejujurnya bagi aku , liriknya sangat menenangkan dan
seolah-olah memujuk diriku sendiri.
Dalam meniti ke alam dewasa, aku yakin jalan yang tidak mudah, berliku dan ber-
duri. Tapi Alhamdulilah dengan ‘aku’ yang baru, aku akan hidup dengan lebih
menghargai apa yang aku punya. Aku rasa titik paling besar dalam hidup aku ber-
laku sebaik sahaja aku pilih untuk lebih menyayangi diri sendiri lebih daripada yang
lain.
Siapa sangka penangan kumpulan penyanyi Korea Selatan mampu menyuntik se-
mangat baru ke dalam diriku? Perjalanan aku untuk ‘Love Myself’ bermula sebaik
sahaja BTS , kumpulan korea menerbitkan Album Love Yourself. Walaupun
mendengar Bahasa yang asing ditelinga, namun mesej disebalik lagu-lagu yang
termuat dalam itu terpahat dalam hatiku. Kita sudah pun berada di dalam tahun
2020 dan bahasa bukanlah penghalang. Muzik juga bahasa yang universal.
Untuk menyayangi diri sendiri tidak semudah yang disangka namun ia boleh berla-
ku. Slowly but surely. Usually, great things take a lot of time. Aku mulakan perjalan-
an aku untuk menyayangi diriku sendiri dengan memaafkan. Memaafkan diri
sendiri. Aku yang dulu terlalu tamak dengan kejayaan besar sehingga aku tak
pernah menghargai kejayaan kecil. Aku kerap menyalahkan diri sendiri dan men-
gutuk diri sendiri.
“Kenapa kau ni bodoh?”
“Kenapa kau tak boleh capai 9A dalam PT3?
“Kenapa kau tak mati je dulu?”
Persoalan-persoalan itu dulu menyebabkan aku selalu rasa “ aku ni tiada apa yang
boleh dibanggakan”
Tapi Alhamdulilah , sekarang ini tanggapan negative sebegitu aku Berjaya atasi
dengan baik.Aku maafkan ‘aku’ yang lama dan mula hidup dengan ‘aku’ yang
baru. Soal perkara yang sudah berlalu tidak perlu dibicarakan kerana aku tidak
boleh mengubah masa lampau. Tapi aku boleh ambil pengajaran darinya. Aku mu-
la menghargai dan bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku juga memberikan
kata-kata semangat kepada diriku. Siapa lagi yang akan buat begitu untuk aku ka-
lau bukan aku sendiri kan?
“Ah bagusnya aku harini dapat siapkan kerja awal”
“ Pandainya aku dapat jawab soalan kuiz ni dengan betul”
Kini, kejayaan kecil seperti dapat belajar menjahit atau dapat siapkan kerja sebe-
lum dateline akan aku raikan. Misalnya, aku raikan dengan membeli makanan
kegemaran atau aku akan menonton drama kegemaranku. Self-reward bagi aku
tidak perlu sesuatu yang mahal namun cukuplah ia sekadar dapat membahagiakan
diri sendiri.
Love Myself merupakan perkara yang dianggap remeh. Aku rasa ramai yang
mengabaikan konsep itu. Bagi aku , dengan sayangi diri sendiri dapat membantu
seseorang untuk hidup dengan lebih baik dan lebih aman. Tidak perlu berperang
dengan pemikiran sendiri dan tidak perlu terlalu bergantung dengan orang lain se-
baliknya kita baik terhadap diri kita sendiri.
Dengan lebih menyayangi diriku , aku dapat buang mereka-mereka yang membu-
atkan aku rasa aku ini tidak bermakna atau yang sering memanipulasi diriku, atau
bahasa mudahnya yang mengambil kesempatan ke atas diriku. Sejujurnya aku
tak menyesal dan ini keputusan yang paling betul aku buat sepanjang hidupku. Ke-
napa? Kerana aku sedar melalui keputusan ini, aku lebih hidup dengan aman dan
Aku sangat berterima kasih kepada BTS kerana mereka pilih untuk mengeten-
gahkan konsep ‘Love Myself’ yang semakin dilupakan oleh masyarakat sekarang
yang sering dahagakan kasih sayang sehingga sanggup menyakiti diri sendiri. Kita
tidak sedar bahawa kurangnya kasih sayang terhadap diri sendiri itu merupakan
titik bermulanya pelbagai masalah mental.
Jadi sebelum kau pilih untuk menyayangi yang lain, aku betul-betul berharap agar
kau pilih untuk menyayangi diri sendiri terlebih dahulu. Semoga di kemudian hari,
bahagia itu datang kepadamu dengan sendiri.
Suasana perkampungan damai dan indah di sebuah kepulauan Kedah itu men-
jadi tarikan pengunjung luar. Pantai yang putih dan bersih serta air laut yang
berombak tenang. Tiada sebarang pencemaran seperti asap-asap kilang di udara.
Sisa buangan daripada kilang-kilang industri juga tidak kelihatan di laut. Namun,
tiada siapa tahu rahsia di sebalik gunung yang terletak di tengah-tengah hutan te-
bal itu.
Profesor Ealiya, Amar, Ain, Suraya, Profesor Rahmat, Nasir dan Idham berkum-
pul di tempat yang dijanjikan. Hari ini mereka akan mulakan ekspedisi arkeologi di
kawasan pedalaman Kedah. Jam menunjukkan jam 2.30 petang. Amar memer-
hatikan sekeliling. Di luar kereta, hanya kelihatan hutan tebal.
“Prof yakin ke ini tempat dia ?” Amar meneguk air liur. Suaranya agak bergetar.
“Nama pun kawasan pedalaman. Memang la sini. Dah jangan banyak bunyi. Jom
gerak.” Profesor Ealiya malas melayan rengekan dan aduan daripada Amar walau-
pun budak itu merupakan pelajarnya yang mendapat dekan pada setiap semester.
Profesor Ealiya mengambil beg dan barang-barangnya. Dia menyuruh Ain dan
Idham mengambil beg yang penuh alatan arkeologi dan kamera. Idham menda-
hului ekpedisi diikuti oleh yang lain.
Idham merupakan renjer hutan, jadi dia yang akan mendahului agar tiada seba-
rang masalah atau bahaya berlaku. Ain ditugaskan untuk merakam segala aktiviti
yang dilakukan mereka manakala Amar mencatat sebarang data dan info yang di-
peroleh.
Perjalanan mereka sudah memakan masa selama 4 jam. Idham memacakkan
parangnya di sebuah tempat yang agak lapang di tengah-tengah hutan.
“Kita rehat dulu di sini. Bahaya bergerak dalam hutan waktu malam. Kita boleh
pasang khemah di sini.” Idham mengeluarkan arahan.
Serentak dengan itu, semua ahli ekspedisi meletakkan beg galas mereka dan
mendirikan khemah masing-masing.
Esoknya, mereka sambung semula ekspedisi mereka. Tepat 5 petang, sebuah
istana kuno berdiri gah di hadapan mereka. Mata mereka terbeliak besar seakan
tidak percaya.
“ Ini… Ini.. Inilah istana yang kita cari!” Profesor Rahmat menjerit kegembiraan. Dia
tidak dapat sembunyikan perasaan terujanya.
Profesor Ealiya membaca ukiran yang terletak di ambang pintu.
“Istana Bima Sakti, kubinakan istana ini buatmu, wahai pelengkap hatiku, Uyang
Mergasari.
Setiap tiang di istana itu bersalut emas. Namun, mata mereka lebih tertumpu di
balairung seri. Pandangan mereka tertumpu pada satu tempat. Masing-masing ter-
tanya kenapa adanya keranda di situ. Mereka menghampiri.
“Di sini bersemadi pencinta agung, pembina istana teragung… Istana Bima Sakti
untuk dihuni oleh pelengkap hati, Uyang Mergasari… Raja Maha Seri Inderawang-
sa… Ong Maha Perita Deria!”
Usai Profesor Rahmat habiskan ayat terakhir itu, semua orang menunjukkan
riak terkejut. Badan masing-masing menggeletar. Idham hairan kenapa mereka
semua memberi riaksi sebegitu.
“Kenapa ? Siapa dia ni? Idham bersuara setelah tiada siapa memberitahu dia
siapa pemilik keranda tersebut
“Dia ialah Raja Bersiong.” Nasir menjawab
“Jadi dia yang bina istana ni ? Tapi siapa Uyang Mergasari ? Nama tu tak pernah
ada dalam mana-mana catatan sejarah Langkasuka mahupun Kedah Tua.” Suraya
bingung.
Di satu sudut, Profesor Ealiya sedang berlawan dengan dirinya. Entah men-
gapa nama Uyang Mergasari terasa sangat dekat dengan dirinya. Matanya
memerharikan sepersalinan pakaian melayu kuno yang terletak elok di sebelah
keranda tersebut. Tangannya bergerak untuk menyentuh selendang di situ.
Tiba-tiba…
Raja Inderawangsa sedang beristirahat di sebuah singgahsana yang bersalut
emas. Baginda kelihatan tampan memakai ketopong. Kelihatan juga beberapa
orang dayang sedang sibuk menyuapkan Raja itu buah ke dalam mulutnya sambil
baginda menikmati hiburan di hadapannya.
Tarian si gadis begitu menarik minatnya. Oleh kerana pergerakan si gadis terla-
lu laju, hiasan di kepala gadis itu berjatuh lalu memperlihatkan wajah sebenarnya.
“Cantik…” gumam Raja Inderawangsa tidak percaya.
“Perdana menteri, siapakah gasis itu? Beta ingin tahu namanya.”
“Gadis itu adalah anak raja Indera Makna. Dia merupakan tawanan perang
selepas Indera Makna kalah dengan kita” ucap Perdana Menter
Si gadis selesai persembahannya. Dia menyembah si raja yang sedang berdiri.
“Bangkit kamu puteri..”
“Nama patik Uyang Mergasari, tuanku” balas Uyang Mergasari sambil tunduk hor-
mat.
“Kenapa kamu tunduk Mergasari? Kita setaraf. Kamu anak raja. Beta pernah be-
rada di tempat kamu juga dulu sebagai anak raja.” ucap Raja Inderwangsa
“Patik ialah tawanan Raja Maha Seri Inderawangsa. Manakan patik dengan tuanku
setaraf” balas Uyang Mergasari masih tidak berani mendongak
Raja Inderawangsa menyentuh dagu Uyang Mergasari supaya mendongak.
“Wajah secantik ini, tidak layak untuk terus menunduk. Perdana Menteri! Hantar-
kan rombongan perminangan pada Raja Indera Makna. Bilang beta sudi menjadi
menantunya.” titah Raja Inderawangsa yang membuatkan semua menteri dan da-
yang berbisik sesama sendiri, terkejut dengan keputusan baginda.
“Beta jatuh cinta pandang pertama pada kamu Uyang Mergasari” ucap Raja In-
derawangsa lagi.
Profesor Ealiya membuka matanya. Wajah Idham yang kerisauan dengan is-
terinya yang tiba-tiba pengsan setengah jam yang lalu jelas kelihatan. Fikirannya
kembali memikirkan visi yang dilihatnya tadi.
“Uyang Mergasari… saya rasa saya tahu siapa Uyang Mergasari” ucap Profesor
Ealiya tiba-tiba.
Semua memandang ke arah Profesor Ealiya, masing-masing inginkan jawapan.
“Uyang Mergasari ialah permaisuri Raja Inderawangsa dan istana ini dibina un-
tuknya. Abang, Liya rasa kita ada kaitan dengan Uyang Mergasari sebab..”
percakapan Profesor Ealiya terhenti di situ.
“Sebab apa Liya?” Idham mahukan jawapan.
“Sebab wajah Uyang Mergasari saling tak tumpah dengan wajah Liya”
“Apa yang Liya merepek ni ? Macam mana Liya tahu wajah Uyang Mergasari?”
Idham menunjukkan riak hairan.
“Abang cuba pegang keranda tu. Cepat! Cepat!” Profedor Ealiya mendesak. Idham
hanya menuruti kehendak isterinya.
Idham pengsan.
“Tuanku, patik tidak pernah meminta apa-apa sepanjang menjadi isteri tuanku. Ta-
pi kali ini patik mohon lepaskan patik bersama dengan Arjuna! Patik cintakan Arju-
na sepenuh hati patik” ucap Uyang Mergasari
Serta-merta pedang dihayunkan. Kepala Arjuna jatuh bergolek lalu berhenti tepat
di hujung kaki Uyang Mergasari.
“Uyang Mergasari hanya milikku! Tiada siapa yang lebih layak untuk memiliki dia
selain aku!” teriak Raja Inderawangsa sambil ketawa persis orang gila
Tangan Uyang Mergasari menggigil ketika mengangkat kepala Arjuna. Wajah
pemilik hatinya kini sudah tidak bernyawa? Tidak! Tidak!
Segera tangan Uyang Mergasari mencapai pisau milik Raja Inderawangsa lalu
berteriak.
“Raja Inderawangsa! Sampai kiamat pun aku takkan cintakan kau! Hati aku hanya
untuk Arjuna!” serentak itu, Uyang Mergasari menghiris lehernya sendiri. Darah
merah merembes keluar.
“Tidak! Tidak Uyang Mergasari! Jangan tinggalkan beta!” Raja Inderawangsa
memangku kepala Uyang Mergasari. Baginda menangis. Kemudian jeritan baginda
memecah kesunyian.
Idham terjaga. Semua mata memerhatikan dia. Profesor Rahmat segera
mengarahkan mereka meninggalkan istana tersebut. Dia tidak mahu ambil risiko
selepas apa yang jadi terhadap dua rakan baiknya.
Idham dan Profesor Ealiya memerhatikan kembali gerbang masuk ke Istana Bi-
ma Sakti. Kumpulan ekspedisi mereka sudah jauh meninggalkan mereka berdua.
Sepurnama selepas kematian Uyang Mergasari, Raja Inderawangsa titahkan
agar Istana Bima Sakti dibina. Baginda menghabiskan semua waktunya di sana.
Hinggakan baginda juga ingin dimakankan di istana tersebut Bersemadi dalam ke-
nangan bersama pemilik hatinya, Uyang Mergasari.
Termenung jauh di atas pusara, berteman rindu dan kesepian yang tidak terkira.
Ku mengangkat kaki membawa diri jauh dari pusara ibu tercinta. Dialah syurga, di-
alah nyawaku. Ku memimpin tangan isteri dan cahaya mataku ke sebuah laut yang
tenang, aman dan damai. Laut inilah yang sentiasa menjadi pilihan utamaku tat-
kala aku ingin menenangkan diri. Terlalu banyak suka dan duka yang ku lalui sela-
ma 25 tahun ini. Aku memandang ke arah laut dan mengimbau kembali perjalanan
hidupku yang penuh pancaroba.
25 tahun yang lalu,
'Abah, abah , kenapa ni abah?, Abah sakit ke?', 'Mak, kena dengan abah mak
kenapa dengan abah?', abah sejuknya badan abah ni, kenapa abah menggeletar
ni?'.
Pada situasi itu berlaku, akulah satu-satunya anak yang sentiasa berada di
samping abah dan mak. Abah mempunyai 5 cahaya mata bersama arwah isterin-
ya. Mak ialah isterinya yang kedua. Aku mempunyai 6 orang adik beradik. 4 da-
ripadanya lelaki dan 2 lagi perempuan. Salah satu dari abangku telah menghadap
Ilahi sebelum aku lahir ke muka bumi ini. Kata emak, abangku meninggal terkena
buatan orang yang cuba-cuba menggunakan ilmunya. Kerana tersilap langkah,
cubaan dia itu terkena pada abangku. Aku tidak pernah melihat abangku. Kata
emak wajah kami serupa. Seakan lahirnya aku dimuka bumi ini sebagai pengganti
kesedihannya kerana terlalu merindui abangku itu.
Kesemua adik beradikku sudah mendirikan rumah tangga. Aku merupakan anak
bongsu keluarga. Kata orang, anak bongsu ini manja. Mana mungkin manja kalau
semua masalah dan beban semua aku pikul seorang diri. Adik beradikku sibuk
dengan keluarga masing-masing. Tiada langsung masa untuk keluarga!. Ka-
dangkala aku berkecil hati juga. Aku juga bekerja. Aku juga penat. Tetapi takpa,
demi syurgaku aku sanggup melakukannya.
Anak-anak abahku bersama arwah isterinya tidak suka emak. Bagi mereka emak
itu perampas!. Adakah mereka lupa emak yang menjaga mereka tatkala mereka
masih kecil?. Emak yang masak untuk mereka. Menyediakan persiapan
persekolahan untuk mereka. Semua emak yang lakukan. Tetapi apabila mereka
sudah dewasa mereka melupai jasa emak. Mereka bersikap kurang ajar terhadap
emak!. Aku benci mereka!. Aku benci!. Dia syurga aku!. Jangan sakit dia!. Dia
kesayanganku!.
'Emak, sedapnya bau emak masak apa tu?', sambil aku mengucup pipi kiri dan ka-
nannya. 'Eh, adik . Ini emak masak tomyam ayam, kan ini kesukaan adik', 'pandai
mak ni kan. Ambil hati adik' , 'hehe, anak mak pastilah mak tau, buah hati emak
kan'.
Aku naik ke rumah tingkat atas. Aku bersiap untuk pergi ke kebun. Hari ini aku cuti.
Jadi aku ada masa untuk abah dan mak. Selepas aku siap memakai baju, aku
turun pergi ke arah dapur. Mengambil tempat berdekatan dengan emak . Men-
jamah masakan yang emak masak. Sedap, sedap seperti selalu. Air tangan yang
sentiasa menjadi pilihan utamaku.
Aku melihat ke arah abah, yang terlantar di atas katil. Abah sudah tua. Tetapi sea-
kan penyakitnya sangat rahsia. Sudah banyak kali aku dan mak membawanya ke
hospital. Kata doktor abah baik-baik sahaja. Sudah 5 tahun abah terlantar begitu.
Kadangkala abah suka meracau seorang diri. Suka menjerit tak tentu pasal. Suka
marah orang yang tak salah. Aku jugak tidak faham kenapa dengan abah ini.
Bagiku, mungkin abah sakit tua sahaja .
Selepas selesai menjamah selera. 'Emak, adik pergi kebun dulu ye?. Adik rindulah
dengan tanaman adik tu, dah lama tak jenguk', 'Pergilah nak, bawa motor hati-
hati' , 'Baik mak'.
Dengan hati yang girang aku pergi ke kebun. Semasa perjalanan aku ke kebun,
ada seorang makcik ini berkata kepada kawannya. 'Itulah anak Samaya, orangnya
segak,tetapi sayang bapanya sakit terlantar akibat menderhakai ibunya'. Hatiku
pedih. Samaya itu ibuku!. Aku memandang ke arah mereka. Mereka cepat-cepat
pergi dari situ apabila aku memandang dengan pandangan yang tidak puas hati.
Tiada mood aku nak ke kebun. Lantas aku pulang.
'Nak, kenapa pulang?' , tadi kata ingin ke kebun'. 'Tak jadilah mak, tetiba tidak
sedap badan. '
Keesokan harinya,
'Hey orang tua, kau dahlah perampas . Kau rampas suami arwah makku. Kau
sedar diri sikit. Kau tu miskin. Bapak aku tu kaya. Kau tentu kahwin dengan bapak-
ku sebab nak harta kan?. Kau jangan mimpilah . Satu harta pun tiada untuk kau
dan anak-anak kau lah perempuan tua!. Kata-kata itu seperti menikam jauh di lu-
buk hatiku. Aku pergi ke arah abang tiriku. Lalu menumbuk mukanya. 'Kau cakap
apa?, Kau cakap mak aku perampas?. Kau sedar diri sikit kalau bukan sebab mak
aku yang jaga pakai makan minum kau dan adik-beradik kau,siapa nak jaga ham-
pa?, Lain kali otak tu letak dekat kepala bukan dekat lutut bodoh!. ,'Dah nak, dah.
Mak okay .
Biar sahaja dia'. 'Kau pergi berambus!. Aku taknak tengok muka kau!. Kau jangan
jejak lagi kaki ke rumah ini!'.
Amarahku kian membara . Satu demi satu situasi yang menguji kesabaranku.
Dengan adik-beradik yang perangai macam entah apa-apa memang menguji
kesabaran sungguh!. Lantas aku mengambil telefon menghubungi kekasih hati ku,
Aznina. Gadis yang sentiasa menjadi idaman ku.
'Emak, maafkan Rahmat mak , maafkan Rahmat , Rahmat bersalah mak, Rahmat
derhaka dekat mak. !!'. Mak!!!!!!. Abah meracau. Sudah 5 hari abah meracau sep-
erti itu. Seperti dia menanggung akan suatu beban yang tidak terkira beratnya.
Abah berpeluh. Lantas aku pergi ke arahnya. 'Abah, kenapa ini abah?'.
Lantas abah terjaga dari igauannya. Abah terlantar tetapi dia boleh bercakap.
Aku:Abah, ada apa-apa nak bagitau adik ke?
Abah:Tak.Dah kau pergi sana aku okay.
Hari demi hari keadaan abah masih sama. Membuatkan aku semakin risau. Seper-
ti selalu aku menyiapkan diri untuk pergi bekerja. 'Mak, kalau ada apa-apa call je
adik, nanti adik balik ye?'. 'Yelah adik nanti mak call ye'. 'Insyaallah takde apa-apa
ni', kata mak kepada ku.
Aku pergi kerja dengan hati yang tenang. Aku pandang wajah abah. Aku rindu
abah yang dulu. Abah yang sentiasa menghabiskan masanya bersama kami anak
beranak . Sejak semua sudah berkahwin kecualiku semuanya berubah dengan
serta merta. Abah terlantar sakit. Tetapi dia masih boleh berbicara.
Jam 10 pagi,
Emak menelefon ku mengatakan abah sakit makin teruk. Aku bergegas pulang.
Setibanya aku di rumah ,abah di pangkuan emak. Aku pelik mengapa adik-beradik
ku yang lain tiada di rumah sedangkan rumah mereka tidak jauh dari sini. Emak
mengatakan bahawa sudah banyak kali dia menelefon abang dan kakakku .
Seorang pun tidak menjawab panggilannya.
Abah:Adik, sini jap.
Aku:Ye abah.
Abah:Abah ada amanat untuk adik. Sekiranya abah sudah tiada, segala harta
abah milik adik. Adik je jaga abah . Yang lain takde.
Aku: Abah, banyak sangat ni. Adik taknak. Adik ada harta adik sendiri.
Abah:Ambillah nak.
'Arghhhhh apii!!! Sakittt!! Mak, jangan buat Rahmat macam ni mak!!! Mak sakit
mak!! Mak maafkan Rahmat Makk!! Maafkan Rahmat!!. Aku menjerus sedikit air
pada muka abah supaya dia sedar dari racauannya. Kemudian datanglah Cik
Som jiran sebelah rumah ku ini untuk melawat abah. 'Adik, sini jap, mak ada ben-
da nak cakap ni' ,'Ye mak'.
Mak:Dulu abah tak jaga arwah nenek. Arwah isterinya, Rogayah sangat membenci
nenek. Bagi dia, nenek ni beban. Adik beradik abah saling menolak untuk menjaga
nenek. Ada satu ketika, pakngah kamu meninggalkan nenek di tepi jalan. Nenek
mngesot datang ke rumah ini. Waktu itu abah dan emak sudah berkahwin. Emak
yang menjaga nenekmu dengan baik. Ketika nenek disini, abah langsung tidak am-
bil tahu tentang keadaan nenek. Hinggalah nenek meninggal dunia abah tidak
mengambil tahu. Mungkin arwah nenek terasa. Mana mungkin anak yang di jagan-
ya anak yang di sayanginya membuangnya seperti haiwan jalanan,haiwan terbiar.
Itulah kesilapan abahmu nak.
Aku naik ke bilikku. Menenangkan diri dan juga hati . Inilah rupanya mengapa abah
sering meracau. Derhaka terhadap ibunya. Terlalu mendengar cakap arwah isteri.
Hatiku pilu. Retak seribu hatiku.
Hari menjelang subuh..
'Adik , bangun adik!. Abah teruk dah tu, adik bangun!'. Aku bergegas bangun dari
pembaringanku. 'Abah,abah,kenapa ni abah?, Abah sakit ke?, 'Mak,kenapa
dengan abah mak, kenapa dengan abah?, abah sejuknya badan abah ni, kenapa
abah menggeletar ni?.
Abah:Adik, maafkan abah ye. Ingat pesan abah. Abah dah nak pergi ni.
Sudah seminggu abah meninggalkan kami sekeluarga. Mak reda dengan keper-
gian suaminya itu.
' Woi orang tua! Buka pintu ni buka! Aku nak harta bapak aku! Bagi cepat bagi!
Kau dengan anak kau tak layaklah!, kata Abang Murad.
Aku dengan emak memekakkan telinga sahaja. Membiarkan dia terpekik terlolong
macam orang gila di luar itu. Pantas aku teringat akan kekasih hati ku, Aznina.
'Emak, orang ada benda nak bagitau emak ni. Orang ada berkenan dengan
seorang perempuan ni. Orang bawa dia jumpa mak boleh?', 'Bawalah nak, mak
nak jumpa dia'. Gembira hati aku.
3 hari kemudian..
'Assalamualaikum mak', 'Waalaikumussalam', 'Mak, inilah Aznina','Ouh, ini Aznina
cantik orangnya manis, marilah masuk nak'. 'Makcik sihat?', 'Alhamdulillah makcik
sihat nak'.
Berlangsunglah suai kenal di antara emak dan Aznina.
'Azman, mak suka Aznina. Orangnya baik pandai ambil hati mak. Mak tak pernah
salah menilai. Percayalah dia yang terbaik untukmu. Kalau kamu ingin menghalal-
kannya mak izinkan'. 'Alhamdulillah', gembira yang tidak terucap pada waktu itu.
Hujan turun dengan lebatnya..
Abang Murad dan adik beradiknya datang ke rumah ku. Mereka menjerit melolong
macam orang gila suruh emak dan aku keluar dari rumah. Mereka inginkan rumah
ini. Mereka menyumpah seranah emak. Aku mula naik berang. Emak suruh aku
bersabar. Kerana sikap mereka yang kurang ajar itu, mereka di panah petir.
Bummmm!!!!. Aku tersentak tidak mampu berbicara apa. Kelima-lima mereka mati
dipanah petir, jatuh rebah ke tanah. Aku seakan mahu pitam. Terkejut dengan
situasi yang terjadi sekelip mata ini. Aku mengucap berulang kali. Betapa besarnya
kuasa Allah . Menghukum insan yang penuh kesombongan dan biadab.
2 hari lagi perkahwinan ku dengan Aznina bakal berlangsung. Telah banyak perit
dan getir yang ku lalui. Semoga perkahwinan ini membawa sinar cahaya. Akan ku
bawa emak tinggal bersamaku di rumah baru kami kerana rumah ini dekat dengan
tempat kerja ku. Aznina sangat gembira apabila aku mengatakan ingin membawa
emak tinggal bersama. Aznina kehilangan ibunya ketika dia berusia 10 tahun. Ibun-
ya meninggal kerana barah otak. Oleh kerana itu Aznina sudah menganggap emak
sebagai ibunya.
Aku terima nikahnya Aznina Qaisara binti Samsul dengan mas kahwinnya
sebanyak RM 200 ringgit tunai. Sah! Sah!. Sah!. Alhamdulillah. Bermulalah perjal-
anan hidup Puan Samaya bersama dengan anak dan menantunya yang penuh
dengan riang dan kegembiraan yang tidak terkira.
5 bulan kemudian,
'Tahniah puan, awak disahkan mengandung 3 bulan. Jaga kesihatan dan bayi ini
ye puan. Jangan banyak bergerak. Kandungan masih lemah lagi. Jangan buat ker-
ja yang berat-berat'.Syukur Alhamdulillah Ya Allah atas nikmat yang tidak terkira ini.
Kesedihan yang kau berikan dahulu, kau gantikan dengan kegembiraan yang tidak
terucap. Emaklah orang yang paling gembira apabila mengetahui menantunya ini
mengandung. 'Aznina, jaga kandungan baik-baik ye', 'Mak yakin dengan hati nura-
ni mak dahulu, Aznina boleh jaga anak mak dengan baik, terima kasih ye nak'
'Emak, janganlah cakap macam tu , Aznina ikhlas terima abang'.
'Uwek, uwek,uwekk', abang lihat ini bang ini anak kita. Emak lihat ini mak, ini cucu
emak. 'Comel dia macam kamu Aznina, jadi anak yang soleh ye. Patuh cakap ibu
bapa. Jadi orang hebat macam bapamu. Melindungi nenek setiap masa. Jaga sy-
urgamu dengan baik ye'.
Pada hari kelahiran bayiku bersama Aznina, emak disahkan menghidap barah hati.
Dia tiba-tiba pitam. Pandangannya kabur. Nafasnya semakin perlahan Lagi
mengejutkan dia menghidap barah hati tahap 4. Luluhnya hati aku ketika itu. Aku
tidak bersedia untuk kehilangan mak. Dengan wang yang aku ada aku berusaha
untuk pulihkan mak.
2 hari lagi,
Pembedahan mak bakal dijankan. Semoga dengan usaha yang aku lakukan ini,
emak akan sembuh. Dialah syurgaku. Akan ku jaga dia dengan sepenuh hati.
'Mak,mak jangan risau ye. Adik ada dekat sini. Aznina tak boleh datang. Dia kan
baru bersalin. Tengah berpantang. Adik suruh dia duduk rumah dulu sementara
adik teman mak. Nanti adik balik sekejap ye mak. Adik risau Aznina seorang je
yang menguruskan Raykal'. 'Terima kasih nak. Anak mak ramai tapi seorang ini sa-
haja yang berguna. Tidak sambung belajar semata-mata jaga emak dan abah dulu.
Sanggup kerja di kilang tu je sedangkan keputusan STPM kamu bagus. Maafkan
mak ye, kerana emak dan arwah abah kamu tidak dapat capai apa yang kamu
nak.' 'Mak, jangan cakap macam ni mak. Saya ikhlas mak jaga mak. Apa mak ni
cakap camni. Arwah abah saya sayang. Sebab itu saya tidak pergi jauh dari emak
dan arwah abah. Mak tenangkan diri dulu ye, nanti mak dah nak masuk bilik be-
dah.
Azman doakan pembedahan ini berhasil ye dengan izin Allah emak akan selamat
Insyaallah.
Alhamdulillah. Setelah 8 jam menunggu akhirnya pembedahan berjalan dengan
lancar. 'Encik, Puan Samaya masih perlu menjalani kemoterapi ye', 'Baik doktor
terima kasih ye doktor'.
Aku:Mak,jangan banyak bergerak ye. Mak kena banyak berehat. Mak kan baru bu-
at pembedahan.
Emak:Man ni risau sangat pasal mak. Janganlah macam ni Man. Mak ada je ni
Aku: Takpe mak. Nanti kita balik ye.
Emak:Ye Man. Gembira hatiku tidak terkata. Ada anak seperti ini. Ada menantu
yang baik. Ya Allah. Inilah rezeki yang engkau berikan kepadaku.
'kringgg, kringggg,kringggg'.
Doktor:Assalamualaikum Ini Puan Samaya ke?.
Emak:Ye,saya
Doktor:Saya Doktor Aidil dari Hospital Perdana Indah. Mengikut pemerhatian saya.
Keadaan Puan Samaya mungkin tidak boleh bertahan lama, kerana sel-sel kanser
masih membiak di tempat yang sama. Walaupun hati ku luluh. Aku reda. Ini masa
aku. Aku hanya bersedia. Aku tahu masaku tidak lama. Melihat anak,menantu dan
cucuku diruang tamu menonton televisyen , membuatkan hatiku sedikit gusar.
Mampukah Azman menerima kenyataan ini?. Dia sangat menyayangiku. Azman,
Aznina,Raykal. Mak sayang kamu semua. Mak sayang cucu mak. Hanya itu mam-
pu terucap di hatiku.
Sudah masuk waktu subuh ni, lebih baik aku persiapkan diri untuk solat. Aku pergi
mengambil air wudhu. Bersedia untuk menjalankan tanggungjawab ku sebagai
seorang muslim di atas muka bumi ini. 'Allahuakbar'. Di rukuk yang ketiga, kaki ku
terasa lemah. Kepala ku terasa pening. Aku rasa badanku tidak mampu menahan
diriku lagi daripada jatuh. Ya Allah adakah masaku sudah tiba. Masa untuk ku kem-
bali kepada MU ya Allah. Rupanya itulah sujud terakhirku, itulah solat terakhir ku
yang ku kerjakan selama hidupku ini.
'Mak,bangun mak bangun. Mak jangan tinggal Azman mak kenapa ni mak'. Azman
datang meluru ke arahku diikuti dengan Aznina dan Raykal.Mak tidak berdaya Az-
man. Masa emak sudah tiba. Jagalah Aznina dan Raykal dengan baik. 'Aznina, sini
nak'. 'Mak,janganlah macam ni Aznina sayang mak'. 'Mak pesan kepada kamu bila
suami kita ini masih ada emaknya, ajarlah dia patuh kepada emaknya sekiranya
dia lalai. Selagi suruhan emaknya itu tidak menyalahi perkara yang benar. Raykal
nanti besar jadi macam abah kamu ye. Mak pergi dulu'. Mataku terpejam.
Sekujur tubuh mak aku lihat. Aku pergi ke arahnya. Aku mencium dahinya. Inilah
wanita hebat yang menjagaku. Yang melindungi. Yang menyayangiku dengan se-
penuh hati. Ya Allah engkau tempatkan lah dia bersama orang yang beriman. Aku
reda dengan ketentuan ini. Aku,Aznina dan Raykal mengiringi jenazah emak ke ku-
bur sehingga semuanya selesai. Semua orang sudah pulang. Tinggallah aku, Azni-
na dan Raykal sahaja lagi di kubur itu. Kami saling berpandangan antara satu sa-
ma lain. Daripada berempat, sekarang kita bertiga. 'Abang reda sayang'.
‘ukh…ukh…”
Terdengar batuk yang agak keras dari arah dapur.Ternyata batuk itudatangnya dari
ibu.Ibu kelihatan sendang meniup kayu api untuk menjerang air.Air itu digunakan
untuk membuat kopi.Agak terkilan juga hati melihat kepayahan orang tua
itu.Terasa ingin aku melihat dia berehat meskipun dalam waktu yang sing-
kat.Namun, apakan daya,sydah nasib.
“Mus,mari sini nak.Srapan dah siap ni”.Ibu dengan suaranya yang agak lantang
memanggil aku untuk bersarapan.Menunya seperti biasa,iaitu kopi yang kurang
manis dan biskut kering.Aku berasa bersyukur kerana walaupun dalam keadaan
yang sangat susah,aku mampu juga mengisi perut kosong.Hidup aku ibarat kais
pagi makan pagi,kais petang makan petang.
Jam sudah menunjukkan jam enam pagi.Aku mencium tangan ibu dan ayah sebe-
lum berangkat ke sekolah.Aku mempercepat langkahku.Aku tidak ingin dating
lewat lagi seperti kelmarin.Jika tidak,berbekas merah lagi tangan aku.Sampai sa-
haja di sekolah,kelihatan kelibat seorang lelaki yang tinggi lampai.Oh,Cikgu Razak!
Aku sempat memberi salam kepadanyasebelum masuk ke kelas.
“Semua berdiri,Assalamualaikum,cikgu.”Kami semua hamper serentak memberi
salam kepada Cikgu Rosnah yang mengajar subjek Kesusasteraan Melayu Komu-
nikatif.Dia memulakan sesi pembelajaran tersebut dengan doa serta pujian-pujian
kepada Allah yang Esa.
“Hari ini kita akan membincangkan satu tajuk iaitu pengorbanan seorang
guru”,beritahu cikgu dengan nada yang halus.Mendengarkan pemberitahuan terse-
but,aku dapat merasa perbincangan ini menarik.
“Baiklah Mus,sekarang giliran kamu untuk berkongsi cerita dengan kawan-kawan
kamu tentang pengorbanan seorang ibu kamu”.Dengan kadar segera aku terus
meluru ke depan.Sebelum memulakan cerita,aku mengambil kesempatan memberi
salam dan penghargaan kepada Cikgu Rosnah serta rakan-rakan.
“Rakan-rakan,saya sangat bertuah mempunyai ibu seperti ibu saya.Bekliau sangat
prihatin terhadap pendidikan walaupun hidup dalam keadaan yang sangat
daif,namun dia mencuba sedaya upaya untuk memenuhi keperluan saya,Dia mam-
pu menjadi wanita,isteri dan ibu yang baik dalam satu masa,saya bangga
dilahirkan melalui rahimnya”,jelasku panjang lebar kepada kawan-kawanku.Tanpa
kusedari,air mat amula bergenang di mata.Ditambah lagi dengan hati yang sebak
menyebabkan tangisanku semakin menjadi-jadi.
Kring…kring
Bergema bunyi loceng yang menandakan waktu persekolahan telah berakhir.Entah
mengapa aku terasa ingin sekali cepat sampai ke rumah.Rumahku sudah
kelihatan.Pelil kulihat banyak kereta berbarisdi hadapan rumahku.Sesekali
terdengar bunyi chain saw sayng membingit telinga .Aku mula berlari-lari
anak.Kasut kutanggalkan secepat mungkin bagi merungkai perasaan yang seakan
cemas.Perasaan cemasku semakin menggila setelah melihat semua orang me-
nangis.
Aku tergamam melihat sekujur badan yang kaku,diselimuti kain putih se-
luruhnya.Tiba-tiba ayah mendekatiku.”Mus,bapa tahu kamu seorang anak yang
kuat .Ibu kamutelah meninggalkan kita semua selama-lamanya.”Dengan serta-
merta ,air mata mula membasahi pipi.Kata-kata ayah sebentar tadi sentiasa tengi-
ang-ngiang di telingaku.Aku segera mendekati jasad ibu yang sudah tidak bern-
yawa .Aku meciumnya buat kali terakhir dan kutatap riak wajahnya puas-puas.
Mayat inu telah selesai dikebumikan.Imam Haji Dzulqarnain sedang khusyuk
berdoa.Terdengar sayup suara tangisan menyelubungi kawasan tanah perkuburan
itu.Aku sempat menitipkan doa untuk ibu.Jauh di dalam lubuk hatiku ,perasaan
kecewa menguasai.Ibu pergi tatkala Ketika aku baru berusia 16 tahun.Belum sem-
pat membalas segala jasanya yang tidak terhingga.Aku mohon dikuatkan iman dan
diberi semangat untuk meneruskan hidup,tanpa ibu.
'PUAN boleh kita bercakap sebentar. Saya ada hal penting nak beritahu puan ni soal
anak puan. 'Boleh doktor'. 'Begini puan anak puan sebenarnya mengalami
kerosakan pada kedua-dua belah buah pinggangnya. Jangka hayatnya pun tidak
lama. Saya harap puan boleh cari penderma dengan kadar segera ye.
b b k kb b kk
kk
BYE!. 'Siapa tu baby?. Entahlah sayang orang gila mana entah. Tidur-tidur'
Suzana terkejar2 membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan
di samping dia turut bekerja sebagai seorang akauntan. Walaupun dia bergaji
besar dan bekerja di sektor swasta namun gajinya itu tidak mampu untuk
menampung kehidupan mereka bertiga.
Suaminya jarang pulang ke rumah. Suaminya sendiri tidak lagi berikan nafkah
seperti dahulu. Dalam sebulan itu dalam 2,3 kali sahaja sebulan dia pulang.
Semua kemudahan Suzana yang k k kw
kk
Apalah nasib dia punya suami seperti itu. Call tak pernah nak angkat. Sibuk dengan
perempuan simpanan dia tu. Suzana letih nak hadap semua ini seorang diri.
Wang yang dia simpan pun semakin berkurangan. Kira kalau gajinya 5 Ribu
sebulan hanya cukup2 sahaja. Tiada lebih tiada kurang. Dia pun pening memikirkan
nasibnya. Hanya kepada Allah dia bermohon dan berlindung supaya dimurahkan
rezeki mereka dan anaknya pulih seperti sedia kala.
Termenung Suzana sendirian.
'KAU ni termenung sahaja. Kalau taknak kerja buat cara taknak kerja. Jangan
semakkan pejabat aku dengan orang macam kau !. Dah berapa puluh kali kau
minta cuti. Kau pikir ni office bapak kau ?. Terkejut Suzana dek herdikan itu. Dia
tahu takde sapa akan faham dengan keadaannya. Tapi ini sumber rezeki dia.
Terngiang dia kenangan indah bersama suaminya. Kehidupan yang sangat
bahagia. Namun semuanya hancur selepas seorang gadis datang melamar
jawatan kosong sebagai seorang PA di pejabat kerja suaminya itu. Hancur lagi
hatinya apabila mengetahui suaminya ada hubungan sulit dengan perempuan
itu. Gelap sudah kehidupan Suzana. Mana mungkin seorang isteri
bergandingan dengan seorang gadis sunti. Ingin berpisah dia tidak sanggup
kerana masih sayang dan cinta. Tapi itulah hakikatnya dia terpaksa menelan
segala kepahitan ini.
'TERMENUNG LAGI TERMENUNG LAGI'. Nanti kau datang office aku ambik
gaji kau bulan ni kemas barang kau berambus kau faham tak !
Merah padam muka Suzana diherdik bosnya di hadapan rakan sekerjanya .
Terus dia memikirkan Shahmi. Bagaimana keadaan anak dia. Dia tidak mampu
lagi mencari penderma buah pinggang untuk anaknya itu. Anaknya itu sekarang
berada di rumah sakit. Tiada siapa yang menjaga. Nak harapkan atuk dan
neneknya mereka sudah tua. Nak harapkan suami sendiri entahlah sampai
kiamat pun tak pernah muncul.
Suzana melangkah dengan perlahan . Berat rasanya setiap langkah ini.
Bagaimana dia ingin meneruskan kehidupan. Ingin mencari pekerjaan lain lagi.
Nak bayar itu nak bayar ini. Dia buntu. Dia sangat buntu.
Saat dia pulang tiba di rumahnya, hatinya girang melihat suami yang dirinduinya
itu berada di rumah. Namun semuanya hancur tatkala melihat sekeping kertas
berada di atas meja. 'SURAT CERAI?. Dia nak ceraikan aku ke?
Aku dah tak nak simpan perempuan macam kau. Dulu je kau lawa sekarang
tak. Ni aku tunggu kau dekat mahkamah. Aku nak kau isi surat ini. Lantas
Suzana memeluk kaki suaminya itu. Dia mohon suaminya agar tidak
menceraikan dia. Dia sanggup bermadu. Tapi dia tidak sanggup menjanda.
Suaminya menyepak dia kerana berasa geli dengan wanita itu. Kepala Suzana
terhantuk di bucu meja. Kepala dia berdarah. Dia mohon simpati lelaki
didepannya itu. Namun tidak dipedulikan.
k k kb
k kritikal sekarang puan segera datang ye?. Baik
doktor saya akan segera bergegas ke sana. Dia cepat-cepat bangun dan
meninggalkan lelaki itu. Dia pandu Hondanya itu dengan sangat laju. 160/km.
Tiba-tiba dia mendapat panggilan daripada pihak hospital. 'Assalamualaikum
puan, maafkan kami. Anak puan tidak dapat kami selamatkan. Salam takziah
buat puan sekeluarga'.
Hancurnya hati Suzana pada saat itu. Dia tidak dapat berfikiran dengan waras.
Akibat memandu dalam keadaan terlalu laju akhirnya kereta yang dipandunya
bertembung dengan sebuah lori.
Keretanya hancur. Dia meninggal di tempat kejadian.
Mayatnya di tanam di tanah perkuburan yang sama dengannya. Diletakkan di
bawah liang lahad yang sama. Ikram berasa kesal dengan perbuatannya. Kini
dia sedar hanya arwah isteri dan anaknya cinta hati dia. Kini dia kehilangan
kedua-duanya. Ikram disahkan menghidap AIDS tidak lama selepas arwah
isterinya mengalami kemalangan akibat sering melakukan perkara terkutuk
bersama perempuan simpanannya itu. Perempuan simpanannya itu
merupakan seorang pelacur yang acap kali bertukar pasangan. Kini Ikram
berhadapan dengan pembalasan di atas setiap perbuatan keji yang pernah dia
lakukan.
Dengan berbekalkan sehelai jaket yang tebal dan sebuah topi, aku berjalan
sekeliling sebuah kampung yang indah lagikan permai. Niat aku tidak lain tidak
bukan, untuk mencari seorang wanita yang amat kukenali.
"Nampaknya tempat ni dah banyak berubah.." monologku sambil berjalan
memerhati rumah- rumah yang tersusun disitu. Langkahku terhenti apabila aku
sampai ke destinasi yang dituju.
Aku pergi kehadapan pintu disebuah rumah dan menekan butang loceng yang
disediakan. Aku dapat melihat bayangan si dia berjalan kearah pintu dengan
pantas melalui tingkap.
"Iya, ada apa-apa yang boleh saya.... ban...tu...?" suaranya semakin perlahan
apabila dia sedar siapakah aku. Dia mengizinkan aku untuk masuk kedalam
rumahnya selepas lima minit dia memandangku dengan perasaan terkejut.
"Maafkan saya sekiranya awak rasa saya biadap, tetapi izinkan saya bertanya,
siapakah awak?" tanya dia kepadaku. Aku buka topiku untuk menunjukkan
wajahku sepenuhnya.
"Saya adalah awak dari masa lampau. Kedatangan saya kesini adalah untuk
menasihati awak dalam beberapa perkara." aku berhenti seketika untuk minum
air. Dia memandangku dengan pandangan pelik. Aku hanya mampu gelak.
"Saya tahu apa yang awak fikirkan sebelum awak ingin buka pintu." mata dia
mula berkaca setelah aku berkata sedemikian. Aku pegang tangannya
kemudian kuusap dengan lembut.
"Inilah sebabnya saya ingin jumpa dengan awak. Saya minta tolong sangat,
ingat nasihat ni sampai bila-bila." kelihatan dia berasa sedikit ragu-ragu setelah
mendengar ucapanku itu.
Apabila aku terima anggukan dia, aku mula berbicara.
"Pertama, jangan kau lupa untuk melaksanakan perkara-perkara yang kau
perlu buat dan tinggalkan perkara-perkara yang tak sepatutnya. Ianya akan
memberikan kesan buruk yang kau tak akan dapat lupakan selepas itu. Kedua,
jangan kau pernah lupakan siapa yang sentiasa berada disisi kau pada setiap
masa, jangan kau menjadi seperti kacang lupakan kulit, lupa akan jasa sahabat
serta manusia yang sentiasa ada apabila kau perlukan mereka." wanaita
dihadapanku hanya anggukkan kepalanya sambil cuba untuk ingat pesanan-
pesanan yang aku ucapkan sebentar tadi.
"Pesananku yang ketiga, berhati-hatilah dengan orang yang kau buat kawan.
Aku tak halang kau untuk berkawan dengan sesiapa, tapi jangan kau sesekali
ubah diri kau semata-mata untuk menjadi seseorang yang boleh diterima oleh
orang yang tak layak. Kawan yang sebenar akan layan kita
walaubagaimanapun keadaan kita, dan dia akan tolong apabila kita sesat jalan.
Keempat, kau juga ada hak untuk kata 'tidak' dalam setiap perkara, kau tak
perlu ikut telunjuk orang dalam setiap perkara sama ada perkara itu besar atau
kecil, walaupun ianya sekecil zarah. Dan yang terakhir, sayangilah diri kau,
jangan pernah rasa diri kau tak berharga. Setiap manusia yang hidup didunia
ini berharga, setiap perjalanan yang dilalui oleh setiap manusia berlainan,
maka janganlah kau bandingkan kehidupan kau dengan orang lain. Sekiranya
mereka pandang kau dengan pandangan pelik, ingatlah, dia tak hadap apa
yang kau hadapi dalam dunia ini. Itu sahaja yang aku ingin sampaikan." aku
pakai topi dan jaketku semula kemudian bangun dari sofa, diikuti olehnya.
"Kau yakin kau taknak tengokkan aku?" dia pegang pergelangan tanganku
dan tanya soalan tersebut. Aku pandang dia.
"Aku sentiasa perhatikan kau, kita adalah orang yang sama, cuma kau
adalah aku yang sekarang, dan aku hanyalah memori lama kau." aku usap
kepalanya. Dia mengiring aku keluar dari rumahnya.
"Aku doakan kau berjaya." Itulah perkataan terakhirku untuknya sebelum aku
pergi daripada pekarangan rumah tersebut, meninggalkan kampung itu dan
menghilangkan diri disebalik kabus yang tebal dikawasan itu.