The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Sejarah Tingkatan 1 Bab 8

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by PUSAT SUMBER SMK SUNGKAI, 2021-08-23 04:13:00

TAMADUN ISLAM

Sejarah Tingkatan 1 Bab 8

Keywords: tamadun,islam,sejarah

OBJEKTIF KAJIAN

Di akhir pembelajaran, murid dapat :

1) Mengenalpasti sekurang-kurangnya 3 daripada 4 ciri-ciri masyarakat kaum
Jahiliah dengan tepat melalui kuiz yang dijalankan

2) Menjelaskan sekurang-kurangnya 3 daripada 5 adat dan kehidupan seharian
masyarakat Jahiliah di dalam kelas.



Latar Belakang Masyarakat Arab Sebelum
Kedatangan Islam

 Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab mempunyai petempatan dan cara hidup
yang berbeza dari segi pemerintahan, ekonomi dan sosial.

 Mereka tinggal di Semenanjung Tanah Arab yang dikelilingi :
a) Padang pasir di Utara
b) Laut Arab di Selatan
c) Teluk Parsi di Timur
d) Laut Merah di Barat
 Wujud beberapa wilayah seperti Najd, Hijaz, Yaman, Oman dan Hadramaun.
 Dalam wilayah Hijaz, terdapat 3 kota penting iaitu :
a) Makkah b) Madinah c) Taif

 Namun, selepas keruntuhan Maarib sekitar tahun 300 M :
a) Berlaku kemerosotan ekonomi dan kehidupan sosial menyebabkan masyarakat ketika itu

tidak diwarisi ilmu dari zaman sebelumnya.
 Oleh sebab itu, mereka tidak mampu membina semula Empangan Maarib

 Pada masa itu, masyarakat Arab mengalami masyarakat zaman kegelapan yang dikenali
sebagai Zaman Jahiliah

Jahiliah Berasal daripada perkataan bahasa Arab
Jahala

Jahil, tidak mempunyai ilmu

 Semasa Islam diperkenalkan, mereka juga menolak undang-undang Allah SWT dan nilai-nilai
Islam sebagai panduan hidup.

Sistem Masyarakat Jahiliah

 Masyarakat Arab terbahagi kepada dua :

Badwi Hadhari

- Hidup secara nomad - Tinggal di kota dengan
dengan memelihara menjalankan perniagaan dan
binatang ternakan memiliki binatang ternakan

Ciri-ciri Politik

a) Mengamalkan sistem Kabilah yang diketuai oleh seorang Syeikh.
b) Syeikh yang dilantik mestilah disukai oleh Kabilah, berani, matang, pandai berpidato, dan

sanggup mempertahankan puaknya.
c) Pernyatuan masyarakat berkabilah adalah berdasarkan keturunan yang digelar “semangat

assabiah”
d) Mereka bermegah dan taksub dengan kabilah masing-masing dan sering berperang untuk

merebut pengaruh, kuasa dan harta.

VS

 Di Makkah, -Ditadbir dan dimajukan
oleh Arab Quraish
Perdagangan
Diuruskan oleh
Pentadbiran jabatan Darun-
Nadwah

Sistem Ekonomi Masyarakat Jahiliah

 Masyarakat Jahiliah menjalankan kegiatan ekonomi yang berbeza.
 Kegiatan utamanya ialah pertanian dan perdagangan.

 Kegiatan ekonomi kaum Badwi :
a) Menternak Binatang (unta, kambing)
b) Menternak secara nomad (berpindah-randah) untuk mendapatkan rumput dan air

bagi binatang ternakan
c) Mengamalkan sistem tukar barang dengan menukarkan binatang dan hasil ternakan

dengan barangan keperluan seperti kurma dan pakaian.

 Kaum Hadhari berdagang secara kafilah, iaitu membawa barang dagangan merentasi padang
pasir. Perniagaan yang dijalankan hanya mementingkan keuntungan, mengamalkan riba dan
menipu timbangan.

 Kegiatan ekonomi berdasarkan kawasan :
a) Semenanjung Tanah Arab : Tanahnya kurang subur untuk pertanian
b) Yaman : Tanaman gandum dan kopi. Masyarakat Yaman memasarkan hasil dagangan dari

Hadramautdan India ke Syam dan Mesir.
c) Oman : Tanaman sekoi dan padi

Sistem Sosial Masyarakat Jahiliah

Aspek Agama dan Kepercayaan

1) Yahudi
• Dianuti oleh Bani Israel yang menetap di utara Semenanjung Tanah Arab
2) Hunafa’
• Terdapat penganut yang mengamalkan ajaran yang dibawa oleh Nabi Ibrahim as tetapi

dicampur adukkan dengan amalan tradisi
3) Majusi
• Agama yang berasal dari Parsi, iaitu menyembah api yang dianuti oleh penduduk di

Yaman, Oman dan Bahrain

4) Wathani
• Menyembah berhala seperti al-Latta, al Uzza, al-Manat dan Hubal. Terdapat 360 berhala

disekeliling Kaabah.
5) Animisme
• Percaya kepada roh dan kuasa ghaib
6) Nasrani
• Agama yang dianuti oleh Bani Israel dan dikembangkan di utara Semenanjung Tanah Arab

oleh penduduk Hirah dan Ghassan



Adat dan Kehidupan Seharian

o Mempercayai ahli sihir

o Melakukan maksiat seperti berjudi,
berzina, minum arak , bersifat
angkuh

o Mempercayai tilik nasib untuk meramal masa depan.
Contoh : sebelum memulakan perjalanan atau pekerjaan, mereka akan
memerhatikan keadaan sekeliling bagi menentukan nasib baik atau buruk

o Golongan hamba dipandang hina dan mempunyai status yang rendah dalam
masyarakat.

o Memandang rendah kepada kaum wanita dan memberi penghormatan lebih kepada
anak lelaki

Sikap baik yang diamalkan oleh masyarakat Arab Jahiliah

a) Memuliakan tetamu, menepati janji, menghormati tuan rumah dan menjaga
kehormatan diri

b) Gigih sanggup berkorban kepentingan diri untuk tetamu, golongan miskin dan
lemah. Contoh : memasang api di tempat tinggi untuk membantu pengembara
sesat

c) Pandai bersyair, bersajak, berpidato


Click to View FlipBook Version