MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT FAKTA MENGGUNAKAN
TEKNIK 5 JARI DAN APLIKASI PETA TONY BUZAN DALAM MATA
PELAJARAN SEJARAH
Hazyani binti Abdul Hamed
ABSTRAK
Sejarah STPM / 940 merupakan salah satu kertas yang ditawarkan kepada calon-
calon STPM di seluruh Malaysia. Pada setiap semester, pelajar akan berdepan
dengan kertas Sejarah yang mencakupi silibus yang berbeza. Pernyataan masalah
saya berfokus kepada isu kesukaran mengingati fakta dan lemah untuk menjawab
soalan esei dengan baik. Segelintir pelajar juga tidak mampu membezakan
kehendak kata tugas atau kunci soalan dan seterusnya menulis esei mengikut
format yang betul seperti yang dikehendaki oleh MPM (Majlis Peperiksaan
Malaysia). Setelah mempertimbangkan beberapa isu, maka saya memikirkan
kaedah yang baharu untuk menyempurnakan kajian iaitu melalui kaedah
Mengingat Fakta Menggunakan Teknik 5 Jari Dan Aplikasi Peta Tony Buzan
dalam Mata Pelajaran Sejarah. Saya merasakan bahawa amat penting untuk
memupuk rasa cinta terhadap subjek Sejarah terlebih dahulu dalam kalangan
pelajar, sebelum saya memulakan langkah seterusnya. Kajian saya ini melibatkan
12 pelajar tingkatan 6 Atas. Durasi Untuk kajian ini, ialah selama 10 bulan.
Manakala Methodologi Kajian yang saya terapkan ialah melalui soal selidik,
ujian pra serta pos dan juga pemerhatian. Selain itu, saya telah mensasarkan
objektif umum kajian untuk memupuk minat pelajar agar rajin, dan berasa
seronok untuk menulis nota, serta mengulang ingat fakta sejarah melalui kaedah
yang tidak membosankan. Setelah kajian ini dijalankan mengikut tempoh
sasaran, maka saya memperoleh hasil dapatan yang sangat mengujakan saya serta
pelajar saya sendiri. Keputusan keseluruhan STPM yang diumumkan pada 25
Februari 2020 membuktikan bahawa teknik saya gunakan untuk pelajar telah
berjaya apabila pelajar biasanya gagal telah lulus dalam matapelajaran sejarah.
Sesungguhnya, kajian ini memberi impak dan sangat signifikan terhadap proses
PdP saya.
1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Analisis keputusan peperiksaan SPM pada tahun sebelumnya turut menerbitkan rasa
risau dalam diri saya apabila saya mendapati majoriti pelajar ini bukanlah pelajar yang
cemerlang pencapaiannya. Saya akan memastikan pelajar ini mencatat keputusan yang
lebih memberangsangkan dalam peperiksaan STPM Penggal 2 dan seterusnya 3 nanti.
Hanya terdapat beberapa orang pelajar yang mendapat gred A dalam peperiksaan Sijil
Pelajaran Malaysia, selebihnya adalah gred B, C dan D, namun adalah tidak adil untuk
membandingkan pencapaian sewaktu SPM dan juga STPM kerana format pentaksiran,
rubrik pemarkahan dan sukatan di antara kedua-dua tahap adalah jauh berbeza.
Seperkara lagi, rata-rata pelajar saya juga kurang mahir menjawab esei Sejarah.
Apabila diberi tugasan menulis esei, beberapa pelajar lelaki yang lemah akan terkia-
kial dan termenung seolah-olah mereka tidak tahu untuk memulakan jawapan. Saya
cuba mengkaji dan memikirkan kaedah yang mudah dan mesra pelajar bagi
membolehkan mereka menjawab esei Sejarah. Mereka tidak begitu menguasai teknik
menjawab esei dengan cekap. Seperkara lagi, terdapat segelintir pelajar khususnya
pelajar lelaki yang malas menghasilkan nota. Saya mengambil kira kebolehan dan
kecerdasan pelbagai pelajar saya adalah berorientasikan seni. Rangkuman daripada
permasalahan ini maka terhasillah Kajian Tindakan yang saya namakan Kemahiran
Mengingat Fakta Menggunakan Teknik 5 Jari Dan Aplikasi Peta Tony Buzan Dalam
Mata Pelajaran Sejarah untuk memudahkan pemahaman murid terhadap fakta.
Semenjak penjenamaan semula diperkenalkan, segelintir murid masih melabelkan mata
pelajaran Sejarah sebagai subjek yang kurang menarik, jumud dan membosankan.
Justeru saya selaku Guru Akademik Sejarah tingkatan enam yang berpengalaman
mengajar selama lebih 15 tahun berasa sangat tercabar dan mula memikirkan sesuatu
untuk mengubah persepsi murid terhadap mata pelajaran ini.
2.0 FOKUS KAJIAN
Saya akan mengadakan ujian soal selidik secara rawak sebelum menjalankan ujian
sebenar. Merujuk Model McBride dan Schostak (1994) yang berpendapat kajian
bermula dengan mengenal pasti masalah untuk pengumpulan data awal bagi melahirkan
hipotesis.Ujian ini dijalankan melalui edaran borang maklum balas ringkas bagi
mengenal pasti latar belakang dan kecenderungan peribadi murid yang diajar. Isu
keperihatinan atau fokus kajian saya adalah menjurus kepada masalah pelajar tidak
tahu menyusun isi dengan tepat sewaktu menulis esei. Segelintir pelajar saya juga malas
menulis nota dan sukar untuk mengingati fakta dan memahami huraian. Bagi mengatasi
masalah ini, saya cuba menggunakan pendekatan iaitu Teknik 5 Jari bagi membolehkan
pelajar menyusun isi, fakta dan huraian esei dengan tertib. Manakala untuk
meningkatkan pemahaman dan menguasai pemahaman fakta, saya perkenalkan pula
teknik penulisan peta minda Tony.
Saya turut mengambil kira pendekatan PdPc alaf ke 21 seperti ‘digital
classroom, google classroom dan lain-lain dalam menjalankan kajian ini. Oleh hal
demikian, penggunaan alatan serta teknologi Siber, berfokuskan murid perlu
diutamakan agar dapat menarik minat murid untuk menghayati mata pelajaran yang
dipelajari dan sekaligus memantapkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi
Mereka.(KBAT). Dengan erti kata lain, guru harus bertindak sebagai pembimbing,
pendorong dan penilai (merujuk SKPMg2) untuk memperkembangkan potensi murid
secara menyeluruh dan menghasilkan pencapaian secara optimum dan berterusan.
Tindakan awal saya sebelum memulakan kajian tindakan, saya akan mengadakan Ujian
Kecerdasan Pelbagai (MI) atas pelajar saya. Ujian tersebut dijalankan di dalam kelas
sahaja, dan prosesnya agak mudah serta tidak menyusahkan. Saya telah mengambil
langkah awal untuk mengadakan Ujian Kecerdasan Pelbagai, ataupun Multiple
Inteligence sebagai langkah untuk mengenal pasti, dan menganalisis minat serta
kecenderungan pelajar. Apabila perkara asas, atau profil kecenderungan, dan minat
pelajar telah dikenal pasti, akan memudahkan saya untuk memberi tugasan, dan
menetapkan bentuk arahan kerja kepada pelajar.
Teori Pelbagai Kecerdasan telah dikemukakan oleh Howard Garner (1983).
Beliau mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembang sepanjang
hayat. Menurut Garnder, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Beliau
membuat kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak
normal, kanak-kanak istimewa, dan penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa
(special population). Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah diwarisi.
Jika kedua-dua ibu bapa dikategorikan bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya
anak-anak mereka juga bodoh, dan begitulah sebaliknyaMenurut Gardner, walaupun
hampir semua kelapan-lapan kecerdasannya boleh diperkembang pada tahap yang
tinggi, namun kajian yang saya jalankan bukan untuk memperincikan konsep MI secara
menyeluruh, tetapi saya melakukannya untuk mengenal pasti bakat, kecenderungan,
dan minat pelajar saya secara asas sahaja. Berikut ialah analisis ‘Multiple Intelligences
Profile’ yang saya jalankan pada bulan Mac 2019.
Kecerdasan dominan Bil. Pelajar
Logik – Matematik 00
Visual – Ruang 02
01
Tubuh kinestetik 02
Verbal – Linguistik 02
02
Muzik Ritma 01
Interpersonal
Intrapersonal
Berdasarkan jadual di atas, seramai dua orang pelajar atau 16.7 peratus daripada pelajar
kelas ini mempunyai kecerdasan ruang atau spatial. Seorang pelajar atau 8.33 peratus
cenderung untuk mempunyai kecerdasan jenis kinestetik, dan dua orang pelajar atau
16.7 peratus jenis ritma muzik,.. Walau bagaimanapun, terdapat tiga orang atau
mewakili 25 peratus yang mempunyai kemahiran verbal seperti berpidato, petah
bercakap dan berkemahiran baik dalam seni penyampaian maklumat secara verbal.
Akhir sekali hanya dua orang pelajar atau 16.7 peratus pelajar kelas ini mempunyai
kecenderungan dalam interpersonal dan hanya seorang orang atau 8.33 peratus sahaja
yang memiliki kemahiran intrapersonal.
3.0 OBJEKTIF KAJIAN
3.1 OBJEKTIF UMUM
Kajian ini bertujuan untuk memupuk minat pelajar agar rajin, dan berasa seronok untuk
menulis nota, serta mengulang ingat fakta sejarah melalui kaedah yang tidak
membosankan.
3.2 OBJEKTIF KHUSUS
3.2.1 Meningkatkan kemahiran pelajar seramai 12 orang untuk menulis nota
secara lebih tepat.
3.2.2 Mengubah cara pemikiran pelajar seramai 12 orang terhadap mata pelajaran
sejarah yang kebiasaannya dianggap statik, dan membosankan
3.2.3 Meningkatkan daya ingatan pelajar melalui teknik menghafal dan
mengingat fakta yang lebih segar dan menarik
4.0 KUMPULAN SASARAN
Pelajar tingkatan enam semester dua, dan semester tiga tahun 2019 yang terdiri daripada
tujuh orang pelajar lelaki, dan lima orang pelajar perempuan. Jumlah keseluruhan 12
orang pelajar. Seorang guru terlibat dalam mengendalikan kajian tindakan ini.
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5.1 TINJAUAN MASALAH
Dalam pelaksanaan kajian ini, tinjauan masalah dibuat berdasarkan pemerhatian, ujian
pra dan pos, dan soal selidik.
5.1.1 Pemerhatian
Sepanjang pemerhatian saya, ke atas tingkah laku pelajar semasa proses
pengajaran dan pembelajaran berlangsung, sebelum dan selepas kajian. Beberapa
rumusan awal dapat dibuat. Sebelum kajian dijalankan pelajar kurang memberi
respons kepada proses pengajaran dan pemudahcaraan. Sebagaimana
kebiasaannya, pelajar perempuan yang lebih bersedia dan menunjukkan
kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang bersungguh dan kurang mengambil
bahagian di dalam aktiviti PdPc yang dijalankan. Pelajar lelaki kini lebih gemar
terhadap akviti pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang berkonsepkan santai,
terbuka dan tidak terlalu serius. Konsep pengajaran yang lebih alami dan praktikal
seperti yang terkandung dalam konsep PdPc alaf baru yang menekankan elemen
seperti Kerjasama, Pembinaan Pengetahuan, Pengaturan Kendiri, Penyesaian
kepada Masalah dunia sebenar dan komunikasi Berkemahiran ternyata perlu
diaplikasikan dalam situasi pembelajaran sebenar demi memenuhi tuntutan
pendidikan kini.
5.1.2 Ujian Pra dan Pos
Ujian pra dalam bentuk kuiz ringkas diberikan kepada kumpulan sasaran untuk
mengesan sejauh mana kefahaman dan ingatan terhadap tajuk awal pada bab 1
iaitu Sistem pemerintahan, pelajar merujuk nota yang dibuat secara konvensional
dan menghafal secara bersendirian
5.1.3 Soal selidik
Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk
mendapatkan maklum balas pelajar berkenaan teknik pengajaran guru serta
komen yang berkaitan dengannya.
Saya juga telah mengedarkan satu borang soal selidik kepada para pelajar dan rakan –
rakan guru yang turut mengajar mata pelajaran Sejarah bagi mendapatkan maklum
balas berhubung kaedah yang akan saya gunakan serta latar belakang Kecerdasan
pelbagai pelajar.
5.2 ANALISIS TINJAUAN MASALAH.
5.2.1 Analisis pemerhatian
Selepas kaedah baru diperkenalkan, saya mendapati:
Pelajar menjawab esei dengan lebih pantas. Sebaik sahaja soalan diberi, mereka
tahu apa yang perlu dilakukan. Natijahnya, proses Pdpc saya berjalan dalam masa
yang begitu pantas dan teratur. Mereka tahu bagaimana menyusun esei mengikut
urutan. Masa yang diberi selama 30 minit untuk menjawab esei juga
dimanfaatkan sebaiknya. Hal ini sangat mengujakan saya.
Pelajar lebih berkeyakinan untuk menjawab soalan yang diajukan oleh
guru secara lisan. Mereka menjawab dengan suara yang lantang dan tidak lagi
memberi respon yang kurang menyenangkan apabila guru menyoal. Majoriti
pelajar berjaya menyebut fakta dengan jelas dan yakin serta bersemangat untuk
menjawab soalan yang dikemukakan khussnya sewaktu sesi kuiz dijalankan.
Ukhwah antara pelajar lebih kukuh dan saling menghormati antara satu dengan
yang lain.
Pelajar lebih matang dan menghargai nilai persahabatan. Suasana
pembelajaran di dalam kelas lebih hidup, ceria dan interaktif.
5.2.2 Analisis Ujian Pra dan Pos.
Berikut merupakan Perbandingan pencapaian pelajar dalam Ujian Pra dan Pos
adalah seperti berikut :
Gred Jadual 5.1 Analisis Keputusan Ujian Pra dan Pos
Bilangan Pelajar
%
Ujian Pra Ujian Pos % Lulus Pos 2 lulus
A 01 1
A- 1 0 0
B+ 1 1 1
B 00 1
B- 1 2 83.33% 4 91.66%
C+ 2 4 2
C 12 2
C- 1 0 0
D+ 2 0 1
D 2 1 16.66% 0 8.33%
F 11 0
TH 0 0 0
Jumlah 12 12 12
50.00 % pra pos 91.66 %
Jadual 5.2 : Analisi Ujian Pra dan Pos dalam bentuk Grafik
Dapatan ujian (dalam bentuk esei) menunjukkan terdapat peningkatan dari segi
peratus lulus pelajar. Walaupun masih terdapat pelajar yang lulus sebahagian,
tetapi jumlah itu telah berjaya dikurangkan. Sebelum penggunaan kaedah teknik
5 Jari, peratus lulus yang dicatat adalah sebanyak 50 peratus. Namun dapat dilihat
perubahan peratus lulus melalui ujian pos iaitu sebanyak 83.33 peratus dan 91.66
peratus. Apabila ditanya secara lisan, pelajar memaklumkan bahawa Teknik 5
Jari Dan Aplikasi Peta Tony Buzan banyak membantu pelajar dalam mengulang
ingat dan menguasai fakta Sejarah. Aplikasi Teknik 5 Jari sungguh mudah
difahami dan membantu pelajar menulis esei dengan cepat, khususnya pelajar
yang lemah. Saiz nota yang bersifat kompak, yang terdiri daripada peta minda
Tony Buzan ternyata amat membantu. Ia ringkas, paduan warna yang menarik
serta senang di bawa ke mana-mana menyebabkan pelajar lebih bersemangat dan
rajin untuk membaca dan mengulang ingat fakta-fakta yang telah dibaca. Namun,
apa yang lebih penting ialah konsep adalah hasil kolaborasi dan inisiatif pelajar
itu sendiri dan sudah pasti menjadikan proses ulangkaji pelajaran mereka lebih
bermakna dan dihargai!.
5.2.3 Analisis Soal Selidik
Berdasarkan borang soal selidik yang telah diedarkan, dapatan berikut telah
diperoleh. Pelajar telah memberikan respons positif manakala guru-guru telah
memberikan komen yang membina. Berikut adalah analisis soal selidik yang
telah dijawab oleh pelajar
SOAL SELIDIK TENTANG KAJIAN KEBERKESANAN TEKNIK 5 JARI
DAN APLIKASI PETA TONY BUZAN
TING :……………………………………………………………………………….....
JANTINA :……………………………………………………………………………..
Assalamualaikum dan Salam sejahtera.
Jutaan terima kasih kepada para pelajar yang terlibat di dalam kajian ini. Diharap anda
dapat mengisi atau memberi maklum balas yang ikhlas dan tepat tanpa dipengaruhi oleh
elemen-elemen yang tidak berkenaan. Kerjasama anda amatlah dihargai.
Bahagian A : Tandakan / pada jawapan Ya dan X pada jawapan tidak
Bil Bil Skor
Deskripsi/Butiran Ya Tidak
12
1. Subjek Sejarah 940 merupakan subjek yang senang 11 1
difahami dan digemari 12
12
2. Sejarah ialah subjek yang sangat menarik,dan 12
mencabar dan sangat relevan sepanjang masa 12
12
3. Teknik yang diperkenalkan iaitu Teknik 5 Jari sangat 12
berkesan 12
4. Kaedah pengajaran yang digunakan oleh guru 12
menarik, kontemporari dan menarik perhatian 12
5. Guru memanfaatkan sepenuhnya penyaluran
maklumat daripada bahan laman sesawang
6. Guru Berjaya menerangkan tajuk dengan berkesan
7. Personaliti guru, gaya pengajaran dan pemudah
caraan meyakinkan pelajar
8. Guru menguasai topik yang disampaikan dengan baik
9. Kaedah PdPc melalui TEKNIK 5 JARI DAN
APLIKASI PETA TONY BUZAN Berjaya
“memupuk minat saya untuk lebih bersemangat untuk
belajar Sejarah
10. Teknik 5 jari satu kaedah yang praktikal, dan sangat
sesuai untuk disebar luaskan kepada kelas-kelas lain
11. Kaedah Peta minda Tony Buzan membantu pelajar
menguasai fakta Sejarah dengan lebih mudah dan
sangat efektif.
5.3 TINDAKAN YANG DIJALANKAN
5.3.1 Selepas pelajar menjalani Ujian Pra, saya telah meminta pelajar saya membawa
pen / pensil warna semasa kelas Sejarah kerana saya ingin memperkenalkan
satu teknik P & P yang dapat membantu mereka mendapat keputusan yang
lebih baik. Saya mengarahkan mereka untuk melukis tapak tangan masing-
masing di atas kertas A4. Saya menjelaskan dengan terperinci maksud atau
fungsi 5 Jari tersebut. Ibu Jari mewakili FAKTA, Jari Telunjuk mewakili
HURAIAN FAKTA, jari Hantu mewakili CONTOH, jari manis dirujuk kepada
HURAIAN CONTOH dan jari kelingking sebagai
PENEGASAN/KESIMPULAN. Saya memberikan soalan dan meminta pelajar
mengaplikasi kaedah tersebut untuk menulis esei secara individu. Pelajar
menjawab soalan dengan begitu yakin dan ceria. Saya memilih soalan dari
Tema 3 Sejarah Islam iaitu: Huraikan faktor penglibatan Kerajaan Turki
Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama (20 m).
5.3.2 Untuk mengukuhkan lagi ingatan terhadap fakta tersebut, saya meminta pelajar
menyediakan peta Tony Buzan. Sebelum saya membimbing pelajar membina
atau menyediakan nota dengan menggunakan kaedah yang sesuai, saya terlebih
dahulu memberi input dan menerangkan latar belakang kaedah ini sejelasnya
. Saya menunjukkan contoh di dalam kelas. Saya meminta murid menyediakan
nota mengikut tajuk yang berbeza-beza dan mengikut kreativiti mereka. Saya
juga telah memberi perkaitan dan rasional disebalik penggunaan kertas warna
dan kaitannya dengan proses mengingat fakta. Guru menerangkan latar
belakang Tony Buzan dan bagaimana konsep nota ini boleh dimanfaatkan.
Pelajar dimaklumkan tentang latar belakang Tony Buzan yang merupakan ahli
Psikologi British dan pengarang beberapa buku tentang cara menghafal serta
keberkesanannya. Beliau juga sangat dikenali sebagai pakar penciptaan
Pemetaan Minda. Dengan hasil penulisan lebih dari 100 buah buku, Tony Buzan
layak ditauliah sebagai pakar dalam bidang proses pemikiran, kreativiti dan
Inovasi. Saya sengaja memilih ikon pemikiran yang sangat dinamik dan hebat
untuk memberi inspirasi kepada pelajar saya sendiri.
5.3.3 Saya juga telah mencungkil idea dan pengetahuan sedia ada pelajar terlebih
dahulu. Hasil soalan yang dikemukakan kepada pelajar, kebanyakannya tidak
pernah menggunakan teknik ini di dalam pembelajaran mereka pada tahun
sebelumnya meskipun sudah didedahkan dengan maklumat berkenaan pada
tahun lepas.
5.3.4 Pelajar juga diminta berhati-hati memilih warna dan alatan yang akan
digunakan supaya tidak mengganggu proses menghafal maklumat.
5.3.5 Hasil kerja yang paling menarik dan menepati standard akan menerima ganjaran
yang bersesuaian.
5.4 PELAKSANAAN TINDAKAN DAN PEMERHATIAN / PENILAIAN.
Untuk makluman, Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 10 bulan.
Kaedah yang digunakan ialah Teknik Penulisan Esei 5 Jari dan Peta Minda Tony
Buzan.
Langkah 1: Teknik 5 Jari dan Langkah 2 (Peta Minda Tony Buzan)
Bil Kaedah Keterangan Cara Pelaksanaan Alat Bantu
(40 min) satu sesi pdpc
1. Teknik Penulisan Pada Imej 5 Jari Langkah 1 : (5 min) Kad Imbasan
Esei 5 Jari akan tertera: Kertas ini disediakan bergambar
Ibu Jari- Fakta secara manual sebagai lima Jari
Jari Telunjuk- contoh. Pelajar diminta yang
Huraian Fakta melukis tangan masing- dicatatkan
Jari Hantu- Contoh masing pada kertasA4 maklumat
Jari Manis-Huraian dan tandakan simbol pada hujung
pada setiap jari jari
Contoh Langkah 2: (8 min)
Jari Kelingking Guru memberikan soalan
Penegasan tugasan esei dan pelajar
kenalpasti fakta /isi dan
mula mencatat draft esei
Langkah 3(20 min)
Pelajar menulis esei
lengkap ( 5 isi beserta
pendahuluan, kesimpulan
mengikut teknik 5 Jari)
Langkah 4: (6 min)
/2 pelajar shj
Pelajar membentang dan
berkongsi maklumat
Penutup: Guru
melakukan pemurnian (1
min)
2. Teknik Penulisan Pelajar diminta Pelajar diminta Kertas A4,
nota Tony Buzan mengkaji nota Tony menyediakan nota
Buzan yang secara individu atau Pen
dikongsikan dalam berpasangan. Berwarna dan
telegram. Pelajar buku rujukan
akan membina Peta
minda baharu
berkonsepkan Peta
Tony Buzan
5.5 DAPATAN KAJIAN
Setelah menggunakan kaedah ini dalam sesi pengajaran dan pemudahcaraan, saya
dapati pelajar sangat seronok dan yakin terutama sewaktu saya memberikan tugasan
menulis esei. Esei yang dijawab mempunyai teknik dan isi yang dikehendaki. Lebih
berstruktur serta terpandu. Guru lebih bersemangat untuk meneruskan sesi pengajaran
dan pelajar pula yakin serta menikmati sesi pembelajaran dan pengajaran yang lebih
terarah. Sekiranya guru tidak berada di sekolah atau berkursus, pelajar sudah tahu apa
yang perlu mereka lakukan tanpa keberadaan guru. Tegasnya kaedah ini memang
memberikan impak dan signifikan terhadap proses PdPc saya. Saya tanpa ragu-ragu
berani menyarankan penggunaannya kepada rakan-rakan guru dari kumpulan atau
sekolah yang menawarkan subjek Sejarah STPM di daerah lain.
6.0 CADANGAN UNTUK KAJIAN SETERUSNYA
Hasil dari penyelidikan yang dijalankan, saya dapati terdapat perubahan yang positif
dari segi amalan pengajaran guru dan amalan pembelajaran pelajar . Semoga hasil
kajian saya ini dapat dimanfaatkan dan menjadikan proses P&P lebih menarik, berkesan
dan menyeronokkan. Saya juga menyimpan hasrat agar amalan penggunaan teknik
Penulisan Peta Minda Tony Buzan dan Teknik Penulisan 5 Jari dapat disebarluaskan
kepada seluruh warga sekolah. Namun begitu, pada peringkat permulaan kajian ini,
adalah cukup menggembirakan saya sekiranya modul sebegini boleh dimanfaatkan
dalam kalangan rakan-rakan tenaga pengajar tingkatan 6 terlebih dahulu. Untuk rangka
kajian yang seterusnya, saya berhasrat untuk mengaplikasikan model ini dalam subjek
Sejarah Penggal 1 2020 pula memandangkan saya turut mengajar subjek berkenaan di
tingkatan enam. Untuk cadangan penyelidikan seterusnya, saya akan menggunakan
teknik Listen To Digest sebagai amalan baik dalam mata pelajaran sejarah Tingkatan 6
di sekolah saya.
BIBLOGRAFI
Abd Rashid bin Omar (1999). Pancaminda Edisi Kedua.First Copy Sdn.Bhd: Ipoh.
Atan bin Long (1976). Psikologi Pendidikan. Adabi: Kuala Lumpur.
Gardner Howard. Multiple Intelligences : New Horizons,New York 2006
Jamilah Binti Abdullah (2006). Penggunaan Peta Konsep Dalam Meningkatkan Sikap
dan Minat Pelajar. Jurnal Klinik Penyelidikan .01. 186-200
Othman Lebar (2011). Kajian Tindakan dalam Pendidikan. UPSI: Tanjong Malim.
Buzan Tony.The Mind Map Book 1993
Lampiran 1
LAMPIRAN GRAFIK - LAKARAN PETA TONY BUZAN
LAMPIRAN GRAFIK – PENGHASILAN NOTA MENGGUNAKAN TEKNIK
5 JARI
Lampiran 2
Lampiran Grafik - Suasana Pdpc Sewaktu Kelas Berfokus