BIL 4/APRIL2021
PERANAN ICT DALAM
MENINGKATKAN PRESTASI PDP
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
Dari Meja Pengarang e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
.Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Sidang Redaksi
Ramadhan Al-Mubarak (Ramadan yang penuh ASPIRE@SMES
keberkatan). Alhamdulillah kita panjatkan
berbanyak kesyukuran terutamanya kerana Allah PENASIHAT
masih mengizinkan kita untuk berada di dalam Hajjah Siti Khadijah binti Ngosman
bulan Ramadan bulan yang mulia ini. Saya
terdengar ada yang berkata Ramadan tahun ini KETUA SIDANG REDAKSI
makin sayu dan sayu sebab tiada lagi kemeriahan Pn. Rosnah bt Taib
seperti dahulu. Oooh. Malah sebaliknya saya PENOLONG
merasakan Ramadan tahun ini sangat berharga
kerana dalam keadaan ramai orang yang pergi dijemput ilahi angkara covid 19, KETUA SIDANG REDAKSI
kita masih di sini masih diberi peluang bergembira dengan bulan yang mulia Pn. Mahalabiah bt Mohamad
dengan pelbagai ganjaran yang tidak terhingga. Nikmat apakah lagi yang ingin
kamu dustakan ? Pespektif. FOTOGRAFI
En. Mohd Suhazli bin Che Abdullah
Kami kembali lagi dengan tema baru iaitu information and communication
technology atau teknologi maklumat dan komunikasi dan lebih dikenali ARTIKEL BAHASA MELAYU
sebagai ICT. Pada hari ini tiada lagi agaknya orang yang tidak memahami Hj Rohim@Rahim bin Ngahat
ICT. Kita berhadapan dengan ICT hampir dalam seluruh aktiviti kehidupan
kita sama ada warga bandar atau desa. ICT sudah tidak dapat dibendung lagi Pn. Suhana bt Basil
lalu langkah yang terbaik ialah kita pilih untuk beradaptasi dengannya. ARTIKEL BAHASA INGGERIS
Sesuaikan diri dengan perkembangan ICT selagi sesuai dengan keperluan Cik Pratiba a/lp Velummailum
kehidupan kita.Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung.
GRAFIK KOMPUTER
Dalam konteks pendidikan , ICT sangat berguna dalam usaha menyelesaikan Pn. Nur Hidayah bt Taib
masalah pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan pengurusan dan pentadbiran
(PdT) sekolah dengan menggabungkan kaedah dan teori pengajaran dan
peralatan dan bahan teknologi maklumat dan komunikasi seperti internet (e-
mel, forum, portal, laman web) , video telesidang atau instruksi berasaskan
komputer. Literasi ICT seperti kebolehan mengakses, mencari, memilih,
menilai, menstruktur, membina dan menyusun maklumat untuk tujuan PdP
merupakan kemahiran yang perlu ada pada semua guru dalam zaman
maklumat ini.( Definisi ICT dalam pendidikan yang dipetik dari tulisan
Yusup Hashim dan Razman Man, 2006)
Di sisi Kementerian Pendidikan Malaysia, pelbagai usaha dilaksanakan untuk Diterbitkan oleh:
membudayakan ICT di sekolah kerana ICT adalah pemangkin untuk SMK Sungkai,
melengkapkan murid dengan kemahiran Abad ke -21. Manakala di sisi kita
para guru memandu murid menggunakan ICT ke arah yang bermanfaat bukan Jalan Pekan Lama,
mudarat. 35600 Sungkai, Perak.
Pn.Rosnah binti Taib Tel : 05-4386609
Ketua Sidang Redaksi ASPIRE@SMES Faks : 05-4386610
Laman Web : smes.edu.my
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 2
Aktiviti Semasa e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
Majlis Selaut Budi Segunung Intan
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
3
Aktiviti Semasa e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
Majlis Pelancaran Bulan Galakan Membaca
Majlis bacaan Yassin setiap Jumaat
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
4
Aktiviti Semasa e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
Majlis Bacaan Yassin Setiap Jumaat
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 5
Aktiviti Semasa e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
Majlis Auld Lang Syne Sixers 2019/2020
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 6
Aktiviti Semasa e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
Program Pengambilan Modul PDPR 4
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
7
Aktiviti Semasa e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
Program Persediaan Pembukaan Sekolah
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 8
Kongsi Ilmu e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
PUASA TERAPI KESIHATAN
Sempena bulan Ramadan kita mengambil peluang mengimbas sedikit fadhilat puasa dari sudut
kesihatan semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan lebih gembira. Pahala dapat sihat pun
dapat. Ramadan merupakan hadiah kepada dunia kesihatan kerana ia mampu meningkatkan taraf
kesihatan masyarakat. Melalui kajian sains didapati berpuasa akan menurunkan glukos darah,
tekanan darah, khasnya tekanan darah sitolik dan lipid darah. Puasa juga menurunkan berat badan.
Banyak kajian yang telah mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai
jenis penyakit.
4 FADIHLAT PUASA DARI SUDUT KESIHATAN
Dunia perubatan telah mengenalpasti empat penyakit yang paling kerap berlaku di dunia masa kini
iaitu:
(1) glukos darah tinggi
(2) tekanan darah tinggi
(3) lipid darah tinggi
(4) lebih berat badan atau obesiti
Dengan hanya meneliti penyakit utama dunia ini dan kesan puasa pada tubuh badan dapatlah kita
simpulkan bahawa puasa sangatlah bersesuaian untuk mencegah penyakit sindroma metabolic yang
melanda dunia pada ketika ini.
Selain itu sumbangan puasa yang sangat besar ialah membantu mengatasi masalah merokok. Ramai
perokok sering kali memikirkan untuk berhenti merokok dan ramai yang telah cuba berhenti tetapi
banyak yang gagal. Memang diakui bukan senang untuk berhenti merokok setelah perokok berada
ditahap ketagihan merokok. Walaubagaimanapun , pada bulan Ramadan Al-Mubarak seorang
perokok yang kuat sekali pun boleh berhenti merokok mulai dari sahur hinggalah masa berbuka yang
telah pun melebihi 12 jam. Ini sebenanrnya satu perkara yang tidak dapat dijawab dengan ilmu sains
kerana mengikut keadaan biasa setelah dadah nikotin dalam darah menurun beberapa jam , otak
akan memberi arahan meminta tambahan nikotin. Apabila otak memberi arahan kepada badan untuk
menambah nakotin perokok akan merokok tetapi perkara ini tidak berlaku pada bulan Ramadan.
Perokok tetap tidak merokok dan berjaya berhenti merokok melebihi 12 jam. Ini suatu keajaiban.
Sebenarnya faktor yang memudahkan umat islam untuk berhenti merokok pada bulan Ramadan
adalah suasana harian masyarakat Islam yang berubah pada bulan Ramadan. Suasana di tempat
kerja, di pejabat, di rumah pada waktu siang dan malam berbeza berbanding dengan bulan-bulan
lain. Oleh itu pada bulan Ramadan kita mendapati peluang yang lebih baik untuk berhenti merokok
kerana suasana yang biasa ada kepada perokok ini pada bulan-bulan lain telah tiada lagi pada bulan
Ramadan.
Diharapkan sepanjang bulan Ramadan seluruh umat Islam akan memanfaatkan bulan yang penuh
fadhilat ini dengan perkembangan kesihatan yang lebih baik sama ada mereka yang terlibat dengan
penyakit sindroma metabolic atau ketagihan merokok.
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 9
Kongsi Ilmu e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
LANGKAH DEMI LANGKAH CARA RAKAM GOOGLE MEET UNTUK PDPR
1. Buka Google Meet
2. Sign in menggunakan e-mel Gmail anda atau moe-dl
3. Pilih ‘Join or Start a Meeting’
4. Masukkan nama Meeting
5. Klik ‘Allow camera and microphone’
6. Klik ‘Join Now’
7. Tekan ikon 3 titik dan menu setting akan keluar di bahagian tepi kanan.
8. Pilih ‘Record Meeting’ untuk rakam video
9. Video sedang dirakam apabila ada butang ‘REC’ berwarna merah
10. Pilih paparan skrin yang sesuai. Ada 3 pilihan berikut:
- YOUR ENTIRE SCREEN – Untuk share bahan keseluruhan dalam laptop. Walaupun
windows meet minimize, tapi yang join meeting / rakaman nampak apa yang kita buka
dalam folder
- A WINDOW – akan nampak window tertentu yang buka seperti powerpoint
- A TAB – akan nampak kalau kita tab windows Google Chrome yang lain
11. Selesai merekod, anda boleh tekan butang ‘Stop Recording’ / ‘Stop Presenting’ / ‘Stop
Sharing’
12. Selesai rakaman, hasil rakaman akan disimpan di dalam Google Drive.
13. Boleh share link Google Drive dengan murid-murid, dan mereka bolehlah tonton pada
bila-bila masa.
PASTIKAN
o Pastikan laptop / PC ada webcam
o Setting apps Google Meet dalam smartphone adalah terhad. Untuk merakam
video mesti guna PC / laptop
o Kalau nak rakam lagi video tapi nak gunakan link yang sama supaya murid tak
keliru, anda boleh rujuk Cara bina link Google Meet (hanya satu link yang sama)
yang boleh digunakan selama setahun atau selama-lamanya.
Semoga perkongsian ini dapat membantu guru-guru dan para pengajar untuk menyampaikan ilmu
dan mengendalikan pembelajaran online dengan lebih mudah dan berkesan.
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
10
Icon@SMES e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
MOHD ALIF FIRDAUS BIN ISMAIL
Ikon SMES keluaran April kali ini agak berlainan daripada yang sebelum ini. Pertama kali kita sampilkan
ikon yang masih muda belia. Saudara MOHD ALIF FIRDAUS BIN ISMAIL nama diberi. Kredit kepada
ibu bapanya yang telah menganugerahkan nama yang begitu indah kepada beliau. Beliau lahir di Pasir
Mas , Kelantan pada 5hb Febuari 1987. Anak ketujuh daripada sembilan orang adik beradik. Masih
muda. 34 tahun. Beliau memegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dari Universiti Pendidikan Sultan
Idris. Telah berada dalam perkhidmatan sejak 9 tahun yang lalu. Masih panjang perjalanan beliau
dalam dunia pendidikan. Beliau telah berkahwin dan mempunyai tiga orang cahaya mata. Murid-murid
SMK Sungkai mengenali beliau sebagai Cikgu Alif.
Kenapa kita memilih Saudara Mohd Alif Firdaus sebagai Ikon Smes untuk kali ini? Pemilihan ini sesuai
dengan tema ASPIRE SMES bulan ini iaitu Teknologi Maklumat Dan Komunikasi atau lebih dikenali
sebagai ICT. Saudara Mohd Alif Firdaus merupakan seorang guru yang sangat menyokong
perkembangan dan penggunaan ICT dalam pendidikan. Beliau sangat banyak mengaplikasikan ICT di
dalam pengajaran dan pembelajarannya. Mungkin orang muda memang serasi dengan ICT. Apabila
ditanya pendapat mengenai ICT dalam pendidikan dengan tegas beliau berkata, “Sangat penting. ICT
dalam pendidikan sangat penting”. Menurutnya ICT ini sudah tidak boleh dipisahkan lagi dengan dunia
pendidikan. Buku teks sekolah pun sudah ada dalam bentuk digital. Tambahnya lagi. Guru dan murid
mesti menguasai ICT supaya dapat seiring dengan perkembangan ICT yang begitu pantas bergerak
meninggalkan mereka yang menolak ICT. Jangan tinggalkan ICT kalau mahu maju dalam dunia
sekarang. Ujarnya lagi. ICT mempunyai kuasa luar biasa. Banyak perkara yang kita fikir mustahil
dahulu menjadi tidak mustahil lagi sekarang. Begitu sekali beliau menyokong penggunaan ICT dalam
kehidupan masyarakat manusia mutakhir ini.
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 11
Icon@SMES e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
Menurutnya besar peranan sekolah dalam memainkan peranan bagi menyediakan generasi celik IT
seterusnya generasi baru yang bergerak seiring dengan kemajuan ICT. “Peranan sekolah paling kritikal
dalam memandu murid menggunakan ICT ke arah kebaikan sebab ICT juga boleh membawa
kemudaratan yang besar sekiranya tidak dibimbing dengan betul”. Tambah beliau lagi yang mempunyai
cita-cita besar dalam melahirkan anak-anak pelajar yang holistik dan kalis masa hadapan.
Bercerita tentang pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang perkhidmatan beliau, saudara
Mohd Alif Firdaus menceritakan panjang lebar pengalamannya bertugas di daerah pedalaman Miri
Sarawak yang serba kekurangan. Di kalangan guru yang pernah bertugas di Sabah atau Sarawak
walaupun tidak bertugas di kawasan pedalaman masih boleh membayangkan apa yang dimaksudkan
oleh saudara Mohd Aliff tetapi kepada yang tidak pernah mengalaminya agak sukar untuk
membayangkannya. Situasi pedalaman di Sabah dan Sarawak hampir tidak wujud di sini. Nama
sekolah berkenaan ialah SMK Long Lama. Ini masih SMK . Bayangkan kalau SK tentu lebih
pendalaman lagi situasinya. Beliau mula mengajar pada tahun 2012. Ini lah sekolah pertama beliau.
Perjalanan masuk ke Pedalaman Long Lama hanya boleh dilakukan dengan menaiki kereta pacuan 4
roda kerana keadaan jalan balak yang licin dan sebagainya. Dari bandar Miri ke Long Lama mengambil
masa selama tiga jam. Tidak cukup dengan jalan balak ,pacuan 4 roda itu perlu menaiki feri untuk
menyeberangi anak Sungai Baram sebelum sampai ke Perkampungan Long Lama. Memang lama
sungguhlah perjalanan untuk sampai ke destinasi. Kemudahan infrastuktur serba kekurangan. Setiap
dua minggu beliau bersama rakan setugas perlu keluar ke bandar Miri untuk mendapatkan sebarang
perkhidmatan dan juga untuk membeli bekalan makanan.
Walaupun demikian pengalaman di Long Lama adalah pengalaman manis kepada beliau. Murid-murid
yang terdiri dari bangsa Iban, Penan, Kenyah, Cina dan lain-lain merupakan murid yang sangat
mematuhi peraturan dan arahan guru serta sangat berbakat dalam kesenian. Mungkin lembaran ini
akan membuatkan Cikgu Aliff merindui sekolah dan anak muridnya. Kalau Cikgu Mohd Alif Firdaus kata
beliau minat menjadi guru sedari kecil lagi, Saya percaya sahaja sebab sesiapa pun boleh melihat
bagaimana Cikgu Aliff sentiasa kelihatan sangat selesa dengan sekolah dan anak muridnya . Beliau
selalu kelihatan di sekolah pada masa di luar waktu sekolah bersama anak muridnya dengan pelbagai
aktiviti. Sebagai rakan sekerja beliau saya juga mendoakan semoga Cikgu Mohd Alif Firdaus Bin Ismail
akan terus maju dengan pantas ke hadapan terutama dalam dunia pendidikan setimpal dengan minat
dan keikhlasannnya dalam dunia pendidikan.
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
12
Santai@SMES e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
MEMORI KELAS ATAS TALIAN
Ruangan santai kali ini memaparkan beberapa tangkapan layar perbualan antara guru
dan pelajar dalam usaha memastikan PDPR secara maya berjaya dilaksanakan.
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 13
English Corner e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
10 ADVANTAGES OF SOCIAL MEDIA FOR THE SOCIETY
1:- Connectivity – The first and main advantage of the social media is connectivity. People from
anywhere can connect with anyone. Regardless of the location and religion. The beauty of social
media is that you can connect with anyone to learn and share your thoughts.
2:- Education – Social media has a lot of benefits for the students and teachers. It is very easy to
educate from others who are experts and professionals via the social media. You can follow anyone
to learn from him/her and enhance your knowledge about any field. Regardless of your location
and education background you can educate yourself, without paying for it.
3:- Help – You can share your issues with the community to get help and giddiness. Whether it is
helping in term of money or in term of advice, you can get it from the community you are connected
with.
4:- Information and Updates – The main advantage of the social media is that you update yourself
from the latest happenings around in the world. Most of the time, Television and print media these
days are biased and does not convey the true message. With the help of social media you can get
the facts and true information by doing some research.
5:- Promotion – Whether you have an offline business or online, you can promote your business
to the largest audience. The whole world is open for you, and can promote to them. This makes
the businesses profitable and less expensive, because most of the expenses made over a business
are for advertising and promotion. This can be decreased by constantly and regularly involving on
the social media to connect with the right audience.
6:- Noble Cause – Social media can also be used for the noble causes. For example, to promote
an NGO, social welfare activities and donations for the needy people. People are using social
media for donation for needy people and it can be a quick way to help such people.
7:- Awareness – Social media also create awareness and innovate the way people live. It is the
social media which has helped people discover new and innovative stuffs that can enhance
personal lives. From farmers to teachers, students to lawyers every individual of the society can
benefit from the social media and its awareness factor.
8:- Helps Govt and Agencies Fight Crime- It is also one of the advantages of the social media
that it helps Governments and Security Agencies to spy and catch criminals to fight crime.
9:- Improves Business Reputation – Just like it can ruin any business reputation, It can also
improve business sales and reputation. Positive comments and sharing about a company can help
them with sales and goodwill. Since people are free to share whatever they want on the social
media, it can impact positively when good words are shared.
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 14
e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
10:- Helps in Building Communities – Since our world has different religions and beliefs. Social
media helps in building and participating in the community of own religion and believes to discuss
and learn about it. Similarly, people of different communities can connect to discuss and share
related stuffs. For example Game lover can join games related communities, car lover can join
communities related to cars and so on.
These are some of the advantages and disadvantages of social media for the society. However,
these are the enough advantages and disadvantages to decide which way to go on the social
media.
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 15
English Corner e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
❖ YOU KNOW YOU'RE ADDICTED TO FACEBOOK IF…..
1. You check your facebook account more than one time every hour
2. You visit sites that list reasons about being addicted to facebook.
3. Your profile has so many applications that it takes several minutes to load
4. Your long distances boyfriend broke up with you by posting a comment on your
facebook page.
5. Your dreams involve people writing messages on your wall
6. You're one of the few people who actually use facebook chat
7. Your relationship status is only official if it’s been updated on facebook
8. You tag photos immediately after taking them with your camera phone
9. You have several facebook Friends that you've never actually met in person
10. Before you accept a job you have to find out about their Facebook policies!
11. People don't invite you out without facebooking you about it first.
12. You like to receive meaningless gift icons and you like sending meaningless
gift icons in return
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
16
Karya Kreatif e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
Taubat
Karya Rohim @ Rahim bin Ngahat
Bangunlah
usah dihirau lelah atau walah
usah dipeduli jemu atau lesu.
Bangunlah
saat malam kian menghening
saat mimpi menyelimut diri
saat dingin menghimpit sepi
tabir inayat terkuak kunci.
Bangunlah
himpun segala sesal
deraikan air mata sedar
satu persatu
leraikan berkas berkas noda
satu persatu.
ceraikan gugus gugus cela
Bangunlah
lempar jauh kuntum khilaf
ke belantara insaf
merayu mendakap taubat
menghimpun limpahan rahmat
menadah curahan berkat
gemerlap cahaya jalan ke akhirat.
Sungkai, 2021
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
17
Karya Kreatif e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
SYAIR TAAT KEPADA ALLAH
Kepada Allah dan Rasulllah,
dituntut amalan setiap hamba
taat laksana segala perintah
tinggalkan segala larang dan tegah
Setiap umat wajib setia,
tanpa sedikit rasa curiga,
kepada Allah dan Rasulullah,
kepada juga ibu dan bapa.
Dalam Quran diperintah manusia,
agar setia taat sentiasa,
rasa takut serta bertakwa,
kepada Allah maha pencipta.
Maka demikian wahailah hamba,
takutilah kamu akan murka-Nya,
awas jangan menyalahi segala,
perintah Allah juga Rasul-Nya,
Rasul telah sempurnakan dakwah,
menyampai perintah dengan amanah,
segala disampai jelas dan nyata,
bertakwalah kamu pada yang Esa.
Kepada Allah baiki hubungan,
jika benar kamu beriman,
dalam Quran Allah berfirman,
hidup berakhir dengan kemenangan.
Rohim Ngahat
Sungkai, 2021
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
18
Tinta Nurani e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
19
Biar Gambar Berbicara e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
20
Biar Gambar Berbicara e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 21
Jenaka Minda e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 22
Uji Minda e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
23
ICT Jokes e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
24
Album Kenangan e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
Merpati putih hinggap di dahan,
Dahan meranti di hujung taman;
Pergilah dara manis, pergilah jejaka tampan,
Ke medan juang melayari bahtera kehidupan.
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
25
Album Kenangan e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN
26
Mutiara Kata e-MAJALAH ASPIRE ZONE @ SMES
#SMKSUNGKAISENTIASAMAJUKEHADAPAN 27