The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabilazain53, 2021-05-18 09:09:15

efoliopengajian

efoliopengajian

GENJALA KERUNTUHAN AKHLAK :

GEJALA PLAGIAT AKADEMIK YANG
BERLELUASA DALAM KALANGAN

PELAJAR

1

KUMPULAN 1
SITI ZULAIKA BINTI MOHD ZAKI
16DPR20F1031

NUR FATIMAH NABILA BT MD ZAIN
16DPR20F1043

2

ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL PERKARA
1
1. PENGHARGAAN 2
2. PENGENALAN 3
3. MAKSUD PLAGIARISME 4-5
4. PUNCA BERLAKU PLAGIARISM 6
5. KESAN NEGATIF 7-8
6. CARA MENGATASI 9
7. KESIMPULAN 10
8. RUJUKAN

3

PENGHARGAAN

Saya dan ahli kumpulan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucap ribuan
terima kasih kepada Pensyarah kami iaitu Encik Iruwan Bin Idris dan rakan
seperjuangan saya atas kerjasama yang amat bagus untuk sama-sama menyiapkan
kerja kursus Pengajian Islam ini .

Terlebih dahulu , saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia
dan izinnya dapatlah kami menyiapkan kerja kursus pada masa yang telah ditetapkan .
Saya juga ingin berterima kasih kepada ahli kumpulan saya kerana telah berusaha
untuk sama-sama mencari idea dan siapkan kerja kursus ini .

Akhir sekali , saya berharap kerja kursus yang telah kami siapkan ini dapat
menepati apa yang diminta oleh Pensyarah saya .

4

PENGENALAN

Majalah ini merangkumi beberapa objektif seperti :
1. Majalah ini dilakukan untuk kita mengenal pasti masalah plagiat yang telah

dihadapi oleh pelajar-pelajar di Malaysia
2. Dalam majalah ini kami telah menguasai kemahiran mencari , mengumpul ,

merekod dan menganalisis maklumat tentang plagiat ini
3. Tugasan didalam majalah ini akan menambah ilmu pengetahuan kami tentang

kegiatan plagiarism di kalangan pelajar di Malaysia
4. Majalah ini juga dibuat untuk mengatasi masalah plagiat di dalam kalangan pelajar

di Malaysia

5

MAKSUD PLAGIARISME

Plagiat atau ciplak atau plagiarisme bermaksud perbuatan meniru atau mengutip
sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai
usahanya sendiri .

Plagiat itu sendiri berasal daripada Bahasa inggeris iaitu Plagiarism yang terhasil
daripada perkataan Latin, Plagiarius dan perkataan Greek Plagion . Perkataan Plagion
ini membawa maksud menculik atau mencuri sesuatu atau seseorang .

Plagiat biasanya akan berlaku dalam kalangan pelajar sama ada di sekolah mahupun
universiti . Terdapat beberapa punca berlaku masalah tersebut yang boleh
mendatangkan kesan yang negatif kepada mereka .

Oleh itu , kami akan menerangkan beberapa punca , akibat dan cara untuk
mengatasi budaya plagiat dalam kalangan pelajar .

6

PUNCA BERLAKUNYA AMALAN PLAGIARISM

Amalan plagiat ini berlaku apabila seseorang pelajar itu tengah kekeringan idea
untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi kepadanya . Sebagai contoh , pelajar ini
tidak didedahkan kepada kemahiran membaca serta mencari maklumat ia akan
mengalami masalah kesulitan untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan
kepada mereka . Situasi ini akan menyebabkan mereka lebih cenderung untuk mereka
melakukan amalan plagiat ini . Seharusnya , pelajar perlu didedahkan dengan
kemahiran mencari maklumat kerana kemahiran ini adalah cara mengkaji serta mereka
juga akan tahu objektif utama tugasan mereka bagi mendapatkan sesuatu fakta yang
tepat dan betul .

Sifat dalam penyediaan sesuatu tugasan ilmiah perlu ada dalam diri seseorang
pelajar . Kebanyakkan dari mereka yang melakukan amalan plagiat ini adalah terdiri
dari seseorang yang tidak mempunyai perancangan yang betul untuk menyiapkan
sesuatu tugasan . Sekiranya persedian tidak dilakukan terlebih awal , maka kerja yang
dihasilkan tidak akan memuaskan dan apabila diminta oleh pensyarah untuk

7

menunjukkan tugasan tersebut . Pelajar itu tidak akan merasa semangat untuk
menunjukkan tugasan tersebut . Malah mereka akan lebih cenderung ke arah
melalukan amalan plagiarism itu . Kerana , bagi mereka banyak lagi masa mereka
yang akan dihabiskan begitu sahaja untuk menghasilkan kerja yang bermutu . Pelajar
tidak boleh mengharapkan internet sahaja semata-mata kerana mereka juga boleh
mendapatkan bantuan daripada pensyarah tugasan tersebut .

Kebanyakkan pelajar tidak tahu akan maksud sebenar plagiarism . Bagi mereka ,
mencuri tugasan orang lain tidaklah menjadi kesalahan . Pelajar perlu kreatif dalam
menyiapkan sesuatu tugasan dan bukannya meniru bulat-bulat dari tugasan orang lain .
Tenaga pelajar mahupun individu yang terbabit dengan pelajar perlulah mewujudkan
satu sesi khas untuk membicarakan tentang isu dan masalah para pelajar yang suka
menimbulkan isu plagiat ini . Contohnya, pihak yang berkuasa perlu mengadakan
kempen ataupun ceramah tentang buruknya amalan plagiarism .

Pelajar yang melakukan plagiarism ini adalah terdiri daripada mereka yang
mempunyai sifat ikut kawan . Mereka sudah terbiasa dengan sifat itu dari sekolah
rendah untuk meniru tanpa usaha mereka sendiri . Berjaya menjejaki ke menara gading

8

tanpa usaha mereka sendiri adalah perkara yang mensiakan hidup mereka . Hidup
mereka hanya akan bergantung kepada rakan yang berada disekeliling mereka sahaja .
Jika mereka meneruskan amalan ini mereka akan bawa sifat ini hingga ke universiti
mahupun dalam alam bekerja .

KESAN NEGATIF

Dalam banyak kes , pelaku plagiatrism hanya pertimbangkan kesan apabila mereka
tertangkap sahaja . Walaubagaimanapun , sama ada mereka tertangkap ataupun tidak
ini akan menyebabkan mereka akan dapat beberapa kesan yang negatif . Kesan yang
pertama adalah , mereka akan menafikan hak diri mereka sendiri . Sebagai pelaku
plagiat ini juga boleh merosakkan hubungan mereka dengan rakan sebaya dan
pengajar . Pelajar lain juga akan merasa kecewa jika mereka membuat sesuatu kerja
atau tugasan dengan hasil usaha mereka sendiri tetapi disebabkan adanya pelaku
plagiat ini hanya mengambil jalan mudah dan kesempatan untuk mendapatkan markah

9

yang tinggi maka pelajar yang berusaha dengan usaha mereka
sendiri ini juga akan terbabit dengan masalah ini .

Justeru , kegiatan plagiat ini juga memberi kesan yang buruk
kepada semua pihak sama ada pelajar sekolah , IPT , mahupun
penjawat awam . Kita hendaklah membendung gejala ini agar masa depan bagi
generasi akan datang akan lebih berkualiti .

CARA MENGATASI AMALAN PLAGIARISM

Tidak semua orang yang melakukan penipuan bermula dengan tujuan mencuri karya
orang lain . Kadang kala , plagiat ini hanyalah hasil dari perancangan yang tidak baik
dan menghasilkan beberapa keputusan yang buruk . Jadi ada beberapa langkah untuk
mengatasi masalah plagiarism ini .Langkah-langkah ini boleh diambil dari aspek
individu , masyarakat sesebuah kelompok akademik , penulis karya akademik dan
orang ramai .

10

Bagi seorang pelajar , kesedaran tentang betapa tidak bagusnya
melakukan plagiat perlu ada agar mereka tahu kesalahan ini serius
dalam dunia akademik . Mereka sedia maklum yang mencuri itu
salah , tetapi mereka tidak ambil tahu tentang mengambil karya
orang lain dan masukkan dalam penulisan sendiri tanpa
menyatakan sumber darimana itu amatlah salah . Pelajar perlu mempunyai sifat yang jujur dan
prihatin dalam menyiapkan apa-apa tugasan sekalipun .

Bagi pihak atasan pula , dalam institusi pendidikan sendiri contohnya pentadbiran tertinggi
bagi sesebuah universiti yang terdiri daripada profesor-profesor dan doktor-doktor , pensyarah
sendiri seharusnya memberikan panduan dan tunjuk ajar yang betul kepada pelajar-pelajar
mereka . Selepas sesuatu tugasan telah diberikan , mereka seharusnya mmberikan arahan yang
jelas dan menegaskan perlakuan plagiat adalah dilarang sama sekali .

Akhir kata , pensyarah juga boleh memberikan sedikit penghargaan kepada pelajar mereka

yang tidak melakukan sebarang aktiviti plagiarism sepanjang sesi kuliah dengan mereka . Ini
boleh menjadikan mereka percaya pada diri mereka sendiri dan yakin dengan
penulisan mereka .

11

KESIMPULAN

Kesimpulannya , gejala plagiarism ini bukanlah satu
perkara yang boleh dibuat main . Pelbagai kesan negatif
yang berlaku kepada seseorang yang melakukan perbuatan
plagiat ini . Tidak dapat dinafikan bahawa internet banyak
memberi sumbangan kepada manusia dalam pelbagai
bidang . Namun , dengan kesenangan yang sedia ada ini
akan menyebabkan pelajar mengambil kesempatan untuk
menyalahgunanya . Hal ini disebakan kurang kesefahaman dan konsep faktor-faktor
yang tertentu . Ini akan mendorong pelajar melakukan hal yang sedemikian . Justeru ,
permasalahan ini perlu dibendung dan ditangani dengan segera . Jika tidak , ia akan
memburukkan nama baik pelajar mahupun nama baik universiti mereka sendiri .

12

RUJUKAN
1. https://fliphtml5.com/vzzun/xnbx/basic
2. https://dokument.pub/e-folia-pi-flipbook-pdf.htm
3. https://fliphtml5.com/vzzun/xnbx/basic

13

Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa’ : ayat 29-30

Maksudnya: Hal orang-orang yang beriman , janganlah kamu saling
memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil , kecuali dengan
jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara
kamu . Dan janganlah kamu membunuh dirimu;Sesungguhnya Allah
adalah Maha Penyayang kepadamu . (29) Dan barangsiapa berbuat
demikian dengan melanggarhak dan aniaya , Maka kami kelak akan
memasukkannya ke dalam neraka . Yang demikian itu mudah bagi
Allah . (30)

TERIMA KASIH

14


Click to View FlipBook Version