The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nabilazain53, 2021-04-29 09:33:36

efoliopengajian

efoliopengajian

GENJALA KERUNTUHAN AKHLAK :

GEJALA PLAGIAT AKADEMIK YANG
BERLELUASA DALAM KALANGAN

PELAJAR

1

KUMPULAN 1
SITI ZULAIKA BINTI MOHD ZAKI
16DPR20F1031

NUR FATIMAH NABILA BT MD ZAIN
16DPR20F1043

2

ISI KANDUNGAN MUKA
SURAT
BIL PERKARA
1
1. PENGHARGAAN 2
2. OBJEKTIF KAJIAN 3
3. PENGENALAN 4-5
4. PUNCA BERLAKU PLAGIARISM 6
5. KESAN NEGATIF 7-8
6. CARA MENGATASI 9
7. KESIMPULAN 10
8. RUJUKAN

3

PENGHARGAAN

Saya dan ahli kumpulan saya mengambil kesempatan ini untuk mengucap ribuan
terima kasih kepada Pensyarah kami iaitu Encik Iruwan Bin Idris dan rakan
seperjuangan saya atas kerjasama yang tidak ternilai untuk sama-sama menyiapkan
kerja kursus Pengajian Islam .

Terlebih dahulu , saya bersyukur kepada Allah SWT kerana dengam limpah kurnia
dan izinnya dapatlah kami menyiapkan kerja kursus pada masa yang telah ditetapkan .
Saya juga ingin berterima kasih kepada ahli kumpulan saya kerana telah berusaha
untuk sama-sama mencari idea dan siapkan kerja kursus ini .

Akhir sekali , saya berharap kerja kursus yang telah kami siapkan ini dapat
memuaskan dan menepati apa yang diminta oleh Pensyarah saya .

4

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif-objektif seperti berikut :
1. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti permasalahan plagiat yang telah

dihadapi oleh pelajar-pelajar di Malaysia
2. Kami telah menguasai kemahiran mencari , mengumpul , merekod dan

menganalisis maklumat tentang plagiat ini
3. Tugasan ini akan menambah pengetahuan kami tentang kegiatan plagiarism di

kalangan pelajar di Malaysia
4. Kajian ini juga untuk mengatasi masalah plagiat di dalam kalangan pelajar di

Malaysia

5

PENGENALAN

Plagiat atau ciplak atau plagiarisme bermaksud perbuatan meniru atau mengutip
sebahagian atau keseluruhan karya orang lain tetapi mengakui karya tersebut sebagai
usahanya sendiri .

Plagiat itu sendiri berasal daripada Bahasa inggeris iaitu Plagiarism yang terhasil
daripada perkataan Latin, Plagiarius dan perkataan Greek Plagion . Kata Plagion ini
membawa maksud menculik atau mencuri sesuatu atau seseorang .

Plagiat biasanya akan berlaku dalam kalangan pelajar sama ada di sekolah mahupun
universiti . Terdapat beberapa punca berlaku masalah tersebut yang boleh
mendatangkan kesan yang negatif kepada mereka .

Oleh itu , kami akan menerangkan beberapa punca , akibat dan cara untuk
mengatasi budaya plagiat dalam kalangan pelajar .

6

PUNCA BERLAKUNYA AMALAN PLAGIARISM

Amalan plagiat ini berlaku apabila seseorang pelajar itu tengah kekeringan idea
untuk menyiapkan sesuatu tugasan yang diberi kepadanya . Sebagai contoh , pelajar ini
tidak didedahkan kepada kemahiran membaca serta mencari maklumat ia akan
mengalami masalah kesulitan untuk menyelesaikan tugasan yang telah diberikan
kepada mereka . Situasi ini akan menyebabkan mereka lebih cenderung melakukan
amalan plagiat ini . Seharusnya , pelajar perlu didedahkan dengan kemahiran mencari
maklumat kerana kemahiran ini adalah cara mengkaji serta mereka juga akan tahu
objektif utama tugasan mereka bagi mendapatkan sesuatu fakta yang tepat .

Sifat dalam penyediaan sesuatu tugasan ilmiah perlu ada dalam diri seseorang
pelajar . Kebanyakkan dari mereka yang melakukan amalan plagiat ini adalah terdiri
dari seseorang yang tidak mempunyai perancangan yang betul untuk menyiapkan
sesuatu tugasan . Sekiranya persedian tidak dilakukan terlebih awal , maka kerja yang
dihasilkan tidak akan memuaskan dan apabila diminta oleh pensyarah untuk
melakukan tugasannya pelajar itu tidak akan semangat dan lebih cenderung melalukan

7

plagiarism . Kerana , bagi mereka banyak lagi masa mereka yang akan dihabiskan
begitu sahaja untuk menghasilkan kerja yang bermutu . Pelajar tidak boleh
mengharapkan internet sahaja semata-mata kerana mereka juga boleh mendapatkan
bantuan daripada pensyarah tugasan tersebut .

Kebanyakkan pelajar tidak tahu akan maksud sebenar plagiarism . Bagi mereka ,
mencuri tugasan orang lain tidaklah menjadi kesalahan . Pelajar perlu kreatif dalam
menyiapkan sesuatu tugasan dan bukannya meniru bulat-bulat dari tugasan orang lain .
Tenaga pelajar mahupun individu yang terbabit dengan pelajar perlulah mewujudkan
satu sesi khas untuk membicarakan tentang isu dan masalah para pelajar yang suka
menimbulkan isu plagiat ini .

Pelajar yang melakukan plagiarism ini adalah terdiri daripada mereka yang
mempunyai sifat ikut kawan . Mereka telah terbiasa dengan sifat itu dari sekolah
rendah untuk meniru tanpa usaha mereka sendiri . Berjaya menjejaki ke menara gading
tanpa usaha mereka sendiri adalah perkara yang mensiakan hidup mereka . Hidup
mereka hanya akan bergantung kepada rakan yang berada disekeliling mereka sahaja .
Sifat ini akan mereka bawa hingga ke universiti .

8

KESAN NEGATIF

Dalam banyak kes , pelaku plagiatrism hanya pertimbangkan kesan apabila mereka
tertangkap sahaja . Walaubagaimanapun , sama ada mereka tertangkap ataupun tidak
ini akan menyebabkan mereka akan dapat beberapa kesan yang kritikal . Kesan yang
pertama adalah , mereka menafikan hak diri mereka . Sebagai pelaku plagiat ini juga
boleh merosakkan hubungan degan rakan sebaya dan pengajar . Pelajar lain akan
merasa kecewa jika mereka membuat sesuatu kerja atau tugasan dengan usaha mereka
sendiri tetapi disebabkan adanya pelaku plagiat ini hanya mengambil jalan mudah dan
kesempatan untuk mendapatkan markah yang tinggi pelajar yang berusaha dengan
usaha mereka sendiri juga akan terbabit dengan masalah ini .

Justeru , kegiatan plagiat ini juga memberi kesan yang buruk kepada semua pihak
sama ada pelajar sekolah , IPT , mahupun penjawat awam . Kita hendaklah
membendung gejala ini agar masa depan bagi generasi akan datang akan lebih
berkualiti .

9

CARA MENGATASI AMALAN PLAGIARISM

Tidak semua orang yang melakukan penipuan bermula dengan tujuan mencuri karya
orang lain . Kadang kala , plagiarism hanyalah hasil dari perancangan yang tidak baik
dan beberapa keputusan yang buruk . Jadi ada beberapa langkah untuk mengatasi
masalah plagiarism ini .Langkah-langkah ini boleh doambil dari aspek individu itu
sendiri , masyarakat sesebuah kelompok akademik , penulis karya akademik dan orang
ramai .

Bagi seorang pelajar , kesedaran tentang betapa tidak bagusnya melakukan plagiat
perlu ada agar mereka tahu kesalahan ini serius dalam dunia akademik . Mereka sedia
maklum yang mencuri itu salah , tetapi mereka tidak ambil tahu tentang mengambil
karya orang lain dan masukkan dalam penulisan sendiri tanpa menyatakan sumber
darimana itu amatlah salah . Pelajar perlu mempunyai sifat yang jujur dan prihatin
dalam menyiapkan apa-apa tugasan sekalipun .

10

Bagi pihak atasan pula , dalam institusi pendidikan sendiri contohnya pentadbiran
tertinggi bagi sesebuah universiti yang terdiri daripada profesor-profesor dan doktor-
doktor , pensyarah sendiri seharusnya memberikan panduan dan tunjuk ajar yang betul
kepada pelajar-pelajar mereka . Selepas sesuatu tugasan telah diberikan , mereka
seharusnya mmberikan arahan yang jelas dan menegaskan perlakuan plagiat adalah
dilarang sama sekali .

Akhir kata , pensyarah juga boleh memberikan sedikit penghargaan kepada pelajar
mereka yang tidak melalukan sebarang aktiviti plagiarism sepanjang sesi kuliah
dengan mereka . Ini boleh menjadikan mereka percaya pada diri senditi dan yakin
dengan penulisan mereka .

11

KESIMPULAN

Kesimpulannya , gejala plagiarism ini bukanlah satu perkara yang boleh
dibuat main . Pelbagai kesan negatif yang berlaku kepada seseorang yang
melakukan perbuatan plagiat ini . Tidak dapat dinafikan bahawa internet
banyak memberi sumbangan kepada manusia dalam pelbagai bidang . Namun ,
dengan kesenangan yang sedia ada ini akan menyebabkan pelajar mengambil
kesempatan untuk menyalahgunannya . Hal ini disebakan kurang kesefahaman
dan konsep faktor-faktor yang tertentu . Ini akan mendorong pelajar
melakukan hal yang sedemikian . Justeru , permasalahan ini perlu dibendung
dan ditangani dengan segera . Jika tidak , ia akan memburukkan nama baik
pelajar mahupun nama baik universiti mereka .

12

RUJUKAN
1. https://fliphtml5.com/vzzun/xnbx/basic
2. https://dokument.pub/e-folia-pi-flipbook-pdf.htm
3. https://fliphtml5.com/vzzun/xnbx/basic

13


Click to View FlipBook Version