PIBG Mesyuarat SABTU | 8 JUN 2024 DEWAN TERBUKA SMK BERCHAM 8.00pg-11.00pg TN. HJ. NIK MOHAMAD SUPIAN BIN NIK AWANG PENGETUA SMK BERCHAM Dirasmikan oleh :
1 TUAN HAJI NIK MOHAMAD SUPIAN BIN NIK AWANG PENGETUA SMK BERCHAM Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan perkenan dan limpah rahmat serta kasih sayang-Nya, kita semua dapat hadir dalam majlis yang cukup bermakna ini. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru-guru dan ibu bapa yang hadir pada hari ini sempena Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Bercham kali ke-22 bagi tahun 2024. Saya berharap agar setiap program yang dijalankan di peringkat sekolah, mendapat kerjasama dan sokongan padu daripada semua ibu bapa. Tanpa anda sekalian, sesuatu program sukar dijalankan dengan jayanya. Sekiranya pihak sekolah memerlukan sedikit bantuan atau sumbangan, hulurkanlah dengan hati yang terbuka kerana sumbangan tuan-tuan dan puan-puan adalah untuk kemajuan akademik dan masa hadapan anak-anak anda. Dalam SMK Bercham mendepani cabaran kini, saya ingin menekankan kepentingan anak-anak didik hadir ke sekolah pada setiap hari. Hal ini kerana, arus pendidikan kini yang mementingkan pencapaian PBD di dalam kelas. Pentaksiran dan penilaian PBD amat penting untuk menilai perkembangan serta kemajuan anak-anak sewaktu pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan. Kita tidak mahu anak-anak didik ketinggalan sekiranya kerap tidak hadir ke sekolah. PBD ini bukan sahaja mengukur keupayaan anak-anak dalam akademik, tetapi kemampuan berfikir secara kritis dan kreatif. Malahan, dapat melatih anak-anak membina keyakinan dan kemampuan mencipta sesuatu hasil projek. Justeru, pihak sekolah sangat berharap ibu bapa dapat memainkan peranan menggalakkan anak-anak hadir ke sekolah. Kita tidak mahu berlakunya masalah keciciran dalam kalangan murid-murid SMK Bercham.
2 Tonggak kejayaan sesebuah sekolah juga bergantung kepada pengurusan PIBG yang efisien, bertanggungjawab dan ikhlas dalam menjalankan amanah. Selain barisan jawatankuasa PIBG, pengetua dan guru-guru, ibu bapa turut menjadi nadi penggerak bagi mencapai kejayaan sesebuah sekolah dalam segenap aspek. Oleh itu, majlis pada hari ini amat bermakna kerana pihak sekolah dan ibu bapa dapat bersemuka, berbincang untuk mencari kata sepakat demi kepentingan dan masa depan anak masing-masing. Permuafakatan merupakan kunci kejayaan bagi membolehkan PIBG dan pihak sekolah menggembleng tenaga ke arah kecemerlangan yang diharapkan. Perlu kita sedar bahawa tanggungjawab utama dalam menentukan sahsiah dan kecemerlangan anak-anak adalah di bahu ibu bapa bukan dipikul oleh guru dan pihak sekolah semata-mata. Oleh itu, sama-samalah kita berbincang dan berdoa agar usaha kita untuk mencapai kecemerlangan sentiasa dirahmati Allah. Oleh itu, hubungan baik antara institusi keluarga, institusi sekolah, ibu bapa dan guru-guru perlu dipererat dari semasa ke semasa. Ingatlah bahawa tugasan yang dipikul dan tanggungjawab kita sebagai ibu bapa ataupun guru semakin hari semakin berat terutamanya pada zaman yang kian mencabar ini. Dalam kita meniti arus perubahan teknologi yang menjadi kayu pengukur pencapaian kemajuan sesebuah negara, marilah kita sama-sama bertekad untuk mengisi ruang-ruang kemajuan yang boleh kita capai melalui permuafakatan. Saya amat yakin, ibu bapa yang berada di hadapan saya ini merupakan ibu bapa yang prihatin dan berfikiran terbuka dan boleh menilai atau membezakan antara kaca dan permata. Yakinlah bahawa tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang sentiasa bermuafakat antara satu sama lain. Setinggi-tinggi penghargaan juga dirakamkan kepada barisan jawatankuasa PIBG yang banyak memberi sokongan baik dalam bentuk kewangan mahupun idea serta moral. Sesungguhnya, majlis pada pagi ini amat bermakna, di mana pihak sekolah, ibu bapa dan penjaga dapat bertemu untuk berbincang dan mencari kata sepakat demi kepentingan dan masa depan anak-anak kita. Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan sekolah. Terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa PIBG, guru-guru serta para waris pelajar SMK Bercham dan hadirin sekalian atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan bersama-sama berada dalam majlis kita hari ini. Saya menyusun jari memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap. Apa
3 yang saya perkatakan datangnya dari hati saya yang ikhlas demi melihat kemajuan anak-anak kita jua. Selamat bermesyuarat, semoga kita dapat mencapai kata sepakat dan persetujuan yang sama. Sesungguhnya, kehadiran ibu bapa dan penjaga pada hari ini membuktikan kesungguhan dan komitmen dalam mencapai kejayaan serta kecemerlangan anak-anak pada masa akan hadapan. Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi membina kemenjadian anak-anak kita sebagai insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjaya kepada agama, bangsa, dan negara. Sekian, terima kasih. TUAN HAJI NIK MOHAMAD SUPIAN BIN NIK AWANG PENGETUA SMK BERCHAM
4 EN. SYAHRUL HISYAM BIN ABDUL KARIM NAIB YANG DIPERTUA PIBG Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terlebih dahulu marilah kita sama-sama memanjatkan setinggitinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana telah memberikan kesihatan yang baik dan ruang masa kepada kita agar dapat bersama-sama menghadiri mesyuarat PIBG SMK Bercham pada kali ini. Jutaan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan atas kesudian hadir ke mesyuarat ini. Mesyuarat agung PIBG pada hari ini merupakan pembentangan perancangan dan pelaksanaan aktiviti sepanjang tahun 2023/2024 dan di samping itu dapat mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dan para waris. Selain dapat merapatkan hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa, perjumpaan ini juga membolehkan kedua-dua pihak berbincang serta memberi pandangan masing-masing untuk meningkatkan lagi prestasi sekolah mahupun dalam pembentukan sahsiah anak-anak serta pembangunan infrastruktur sekolah bagi mewujudkan zon selesa dalam kalangan anak-anak SMK Bercham. Dalam mesyuarat ini juga diharapkan dapat membuka peluang kepada kedua-dua pihak memberikan pemikiran dan tenaga bagi transformasi kemajuan pendidikan anak-anak kita. Adalah menjadi harapan saya selaku NYDP PIBG sekolah ini, agar ibu bapa dapat memberi sepenuh jiwa dan raga bagi membantu meningkatkan kemajuan sekolah dari semasa ke semasa bagi menempa nama sebagai salah sebuah sekolah yang terbaik di daerah ini khususnya. Kecemerlangan sesebuah sekolah bukan sahaja bergantung kepada hebatnya guru-guru mengajar, pakarnya pihak pentadbir mengurus sekolah, malahan perlu seiringan dengan kecemerlangan murid dari aspek akademik, sahsiah dan kokurikulum serta komitmen padu para ibu bapa dan komuniti setempat. Kita tidak boleh lepas tangan
5 menyerahkan bulat-bulat urusan mendidik anak-anak kita kepada pihak sekolah semata-mata. Amat molek kiranya kita boleh duduk berbincang tanpa ada rasa sangsi antara kita. Jika pihak sekolah mengambil tahu segala tindak-tanduk anak-anak tuan-puan dari sekecil-kecil laku umpama tidak menyiapkan kerja sekolah, membawa kepada masalah ponteng kelas atau sekolah kepada sebesar-besar masalah seperti pergaduhan sesama mereka malahan juga kes buli, itu menggambarkan kecaknaan guru-guru dan pihak sekolah terhadap anak-anak kita. Sewajarnya kita memberi kerjasama kepada guru-guru ini dan juga pihak sekolah. Sempena dengan mesyuarat PIBG kali ini, marilah kita menggunakan pendekatan musyawarah jika timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita. Kita jadikan diri kita, guru-guru dan masyarakat setempat sebagai satu komuniti yang saling melengkapi. Masalah disiplin dan tingkah laku anak-anak perlu kita tanganinya bersama. Masalah ponteng sekolah yakni tidak hadir ke sekolah mesti diambil tindakan segera. Jangan kita biarkan anak-anak kita tidak hadir tanpa sebab yang munasabah. Mereka mesti berdisiplin dengan peraturan sekolah. Untuk ini, kita perlu mendampingi dan selalu bertanya khabar dengan guru tentang anak-anak kita. Jangan ambil tindakan melulu berdasarkan maklumat daripada anak-anak kita semata.-mata. Akhir kata, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terutama kepada guru-guru dan ibu bapa atas kerjasama padu demi melihat kejayaan anak-anak pelajar. Saya tinggalkan tuanpuan dengan serangkap pantun buat renungan semua, semoga menjadi panduan dalam kita berusaha mendidik anak-anak kita menuju kecemerlangan akademik dan sahsiah. Sekian, terima kasih. EN. SYAHRUL HISYAM BIN ABDUL KARIM NAIB YANG DIPERTUA PIBG
6 08.30 Pagi Pendaftaran Ibu Bapa & Guru 08.35 Pagi Nyanyian Lagu Negaraku Bacaan Doa oleh Ust. Norhalis Syafiq Bin Baharudin Ucapan Alu-aluan oleh En. Syahrul Hisyam Bin Abdul Karim (NYDP PIBG SMK Bercham) Ucapan Perasmian oleh Tn.Haji Nik Mohamad Supian Bin Nik Awang (Pengetua SMK Bercham) 09.00 Pagi Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-22 11.00 pagi Majlis Bersurai
7 1. Ucapan NYDP 2. Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung Kali ke-21/2023 3. Membentangkan dan menerima Laporan Tahunan 2023 4. Membentangkan dan menerima Penyata Kewangan bagi tahun berakhir pada 31.12.2023 5. Menetapkan Sumbangan Dana PIBG 2024 6. Membahaskan usul-usul dan cadangan 7. Pembubaran AJK PIBG sesi 2022/2024 8. Pemilihan AJK PIBG sesi 2024/2026 9. Cabutan nombor bertuah 10. Ucapan penangguhan.
8 NAMA PENCADANG USUL PEREMA VISVAMBARAN • Saya cadangkan supaya mengadakan kelas tambahan bagi subjek teras selepas waktu persekolahan • Saya cadangkan supaya mengadakan minggu matematik..minggu sains and minggu bahasa Malaysia • Saya cadangkan supaya banyakkan aktiviti seperti presentation secara berkumpulan atau individual. ROZANA BINTI YAAKOB Saya berharap pihak sekolah meminta bantuan dari YB Ong untuk tar semula tempat parking di luar sekolah sebab banjir (air bertakung) bila hujan. NORHALIS SYAFIQ BAHARUDIN Cadangan menambah senarai AJK PIBG dari kalangan guru bagi jawatan penolong setiausaha dan penolong bendahari untuk memudahkan gerak kerja PIBG. ESVAREI • Kelas Tambahan bagi mata pelajar teras • Memberi peluang kepada ibubapa untuk menghadiri sukan. • Lebihkan Presentation pada setiap subjek SELVARAJOO memperkukuhkan keselamatan murid-murid di pintu masuk keluar sekolah utk mengelakkan sebarang kejadian yg tidak diingini. OOI MING CHIN • Cadangan menambah unsur Bahasa Cina/unsur cina di kawasan sekolah untuk memberi manfaat kepada pelajar dan guru kaum cina. • Mengadakan aktiviti tentang kaum cina. • Mengadakan Hari Kantin pada tahun ini. MANIKKUMARAN Meningkatkan disiplin murid-murid di sekolah ini.
9 JAWATAN NAMA PENASIHAT HAJI NIK MOHAMAD SUPIAN BIN NIK AWANG YANG DIPERTUA EN. ABDULLAH ISKANDAR BIN GOMES ABDULLAH (sehingga 24.6.2023) NAIB YANG DIPERTUA 1 EN. SYAHRUL HISYAM BIN ABDUL KARIM SETIAUSAHA KEHORMAT EN. NORHALIS SYAFIQ BIN BAHARUDIN BENDAHARI KEHORMAT PN. SITI NURTASNIM BINTI MAT ZUKI AJK IBU BAPA • PN. NUR ATIFAH BINTI ABDULLAH • PN. KAMALIATUL HIDAYAH BINTI PANDAK KAMAL • EN. SARAVANAN A/L DHANABAL • PN. NG HOOI NEE JURU AUDIT (IBU BAPA) PN. PUNITHA A/P KRISHNAN AJK GURU • EN. AZLI BIN KAMIRAN • EN. MOHD SHARIPUDDIN BIN MOHD NAWI • EN. WONG KUM FOOK • PN. PON AMARAVATHI A/P S.RAMIAH JURU AUDIT (GURU) PN. NORHIMAH KAMARUDDIN
10 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG SMK BERCHAM KALI KE-21 SESI 2023/2024 TARIKH : 24 JUN 2023 HARI : SABTU TEMPAT : DEWAN TERBUKA SMK BERCHAM DAN KEDIAMAN MASING-MASING MASA : 8.30 PAGI KEHADIRAN : 91 ORANG AGENDA: 1.0 UCAPAN YDP PIBG SMK BERCHAM 1.1 Encik Abdullah Iskandar Bin Gomes Abdullah selaku Yang Dipertua PIBG mempengerusikan mesyuarat PIBG pada kali ini. Beliau mengalu-alukan kehadiran barisan pentadbir, guru-guru dan ibu bapa dan mengucapkan jutaan terima kasih atas kehadiran semua di dalam Mesyuarat Agung kali ke-21. 1.2 YDP menyatakan tugas beliau selepas ini akan diambil alih oleh Naib Yang Dipertua PIBG, Encik Syahrul Hisham Bin Abdul Karim ekoran perletakan jawatan beliau. NYDP tidak dapat hadir mesyuarat kali ini kerana urusan rasmi. 2.0 MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-20 2.1 Minit Mesyuarat Agung PIBG bagi sesi 2022/2023 telah dibentangkan oleh Setiausaha PIBG, iaitu En. Norhalis Shafiq Bin Baharudin dari halaman 8-14. 2.2 Minit Mesyuarat Agung PIBG bagi sesi 2022/2023 telah diterima dan disahkan oleh: Pencadang : Puan Atifah Binti Abdullah Penyokong : Puan Punitha A/P Krishnan
11 3.0 MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA LAPORAN TAHUNAN 2022 3.1 Setiausaha PIBG, iaitu Encik Norhalis Shafiq Bin Baharudin membentangkan laporan aktiviti tahunan PIBG SMK Bercham bagi tahun 2022/2023. Laporan boleh dirujuk pada halaman 15. 3.2 Pengerusi memaklumkan bahawa sumbangan dari PIBG bagi guru bersara diberikan kepada semua guru bukan sahaja kepada pihak pentadbir seperti sebelumnya. 3.3 Pengetua berterima kasih kepada PIBG atas sumbangan kepada murid yang bertanding di Uzbekistan, projek NILAM, Taman Herba dan program keceriaan kelas. 4.0 MEMBENTANGKAN DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN BAGI TAHUN BERAKHIR 31 DISEMBER 2022 4.1 Bendahari Kehormat PIBG bagi sesi 2022/2024 iaitu Puan Siti Nurtasnim Binti Mat Zuki telah membentangkan Laporan Kewangan PIBG SMK Bercham bagi tahun 2022. Beliau memaklumkan hadirin untuk merujuk halaman 16-18. 4.2 Laporan Pendapatan dan Pembelanjaan PIBG SMK Bercham 2022 bertarikh 1 Januari hingga 31 Disember 2022: Jumlah Pendapatan 16 item ialah RM 100 452.72 Jumlah Perbelanjaan 67 item ialah RM 50 682.05 Baki pada 31 Disember 2022 ialah RM 49 770.67 4.3 Laporan kewangan tersebut telah diterima dan disahkan oleh: Pencadang : Puan Ng Hooi Nee Penyokong : Puan Kamaliatul Hidayah Binti Pandak Kamal 5.0 MENETAPKAN SUMBANGAN DANA PIBG 2023 5.1 Cadangan kutipan sumbangan bagi tahun 2023 dibentangkan oleh Pengetua SMK Bercham, Tuan Haji Mohamad Supian bin Nik Awang.
12 PERALIHAN DAN TINGKATAN 1 BIL PERKARA RM 1 Sumbangan kepada PIBG (Perkeluarga) 30.00 2 Bayaran Kecemerlangan Akademik 10.00 3 Bayaran Kebajikan 20.00 4 Bayaran Saham Koperasi 12.00 5 Sijil – sijil - 6 Majalah Sekolah (Perkeluarga) 12.00 JUMLAH RM84.00 TINGKATAN 2 BIL PERKARA RM 1 Sumbangan kepada PIBG (Perkeluarga) 30.00 2 Bayaran Kecemerlangan Akademik 10.00 3 Bayaran Kebajikan 20.00 4 Bayaran Saham Koperasi - 5 Sijil – sijil - 6 Majalah Sekolah (Perkeluarga) 12.00 JUMLAH RM72.00 TINGKATAN 3 BIL PERKARA RM 1 Sumbangan kepada PIBG (Perkeluarga) 30.00 2 Bayaran Kecemerlangan Akademik 10.00 3 Bayaran Kebajikan 20.00 4 Bayaran Saham Koperasi - 5 Sijil – sijil - 6 Majalah Sekolah (Perkeluarga) 12.00 JUMLAH RM72.00 TINGKATAN 4 BIL PERKARA RM 1 Sumbangan kepada PIBG (Perkeluarga) 30.00 2 Bayaran Kecemerlangan Akademik 20.00 3 Bayaran Kebajikan 20.00 4 Bayaran Saham Koperasi - 5 Sijil – sijil - 6 Majalah Sekolah (Perkeluarga) 12.00 JUMLAH RM82.00
13 TINGKATAN 5 BIL PERKARA RM 1 Sumbangan kepada PIBG (Perkeluarga) 30.00 2 Bayaran Kecemerlangan Akademik 40.00 3 Bayaran Kebajikan 20.00 4 Bayaran Saham Koperasi - 5 Sijil – sijil 10.00 6 Majalah Sekolah (Perkeluarga) 12.00 JUMLAH RM112.00 5.2 Pengetua selaku Penasihat PIBG menyatakan bahawa bayaran majalah sekolah (perkeluarga) sebanyak RM12.00 dikeluarkan daripada cadangan kutipan yuran kerana masalah audit yang dikira pada setiap hujung tahun sedangkan sesi persekolahan berakhir pada bulan Februari tahun seterusnya. 5.3 Encik Manik Kumaran A/L Ramalingam mencadangkan supaya sumbangan kepada PIBG iaitu RM30.00 dinaikkan kepada RM50.00. 5.4 Cadangan untuk menaikkan sumbangan kepada PIBG dipersetujui sebulat suara oleh ibu bapa yang hadir. 6.0 MEMBAHASKAN USUL-USUL 6.1 Pencadang : Puan Ng Hooi Nee Usul : Upgrade reference book (KSSM) in the library. Keputusan : Pengetua bersetuju dengan masalah kekurangan buku rujukan di pSS. Semakan akan dibuat dan buku akan ditambah mengikut sukatan yang terkini secara berperingkat. 6.2 Pencadang : Puan Rozana Binti Yaakob Usul : Pelajar tingkatan 1 kelas di tingkat 4 perlu turun ke bawah sekali untuk ke tandas sebab tandas di tingkat 4 dikunci pintunya. Anak Saya ada masalah kesihatan selalu mengadu masalah ini. Boleh tak tandas di tingkat 4 dibuka. Keputusan : Pengetua menyatakan bahawa penggunaan tandas adalah dikawal untuk mengelakkan kerosakan kerana tandas tersebut digunakan semasa waktu peperiksaan SPM. Namun, isu pembukaan tandas akan dipertimbangkan untuk kes-kes khas.
14 6.3 Pencadang : Encik Muhamad Rizal Bin Hassan Usul : Menaikkan nilai kutipan bayaran kutipan PIBG sebanyak RM12 untuk cetakan Majalah Sekolah. Keputusan : Cadangan cetakan majalah ditangguhkan. Surat akan dipanjangkan kepada ibu bapa jika mendapat maklumat jelas dari pihak jabatan untuk PIBG membuat kutipan bayaran majalah sekolah. 6.4 Pencadang : Puan Zakiah @ Zaidah Bt Ahmad Tajudin Usul : Mewujudkan mata pelajaran Bahasa Cina dalam kelas untuk pelajar Islam. Keputusan : Pengetua menyatakan bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam dijalankan serentak dengan Bahasa Cina dalam waktu PdP. Isu ini akan dipertimbangkan di luar jadual jika sambutan daripada pelajar. 6.5 Pencadang : En. Manik Kumaran A/L Ramalingam Usul : Mencadangkan agar pihak sekolah membenarkan kenderaan ibu bapa masuk ke kawasan sekolah semasa hari hujan. Keputusan : Pengetua memberikan maklum balas bahawa kenderaan ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan sekolah disebabkan isu keselamatan pelajar.
15 UCAPAN PENANGGUHAN Encik Abdullah Iskandar Bin Gomes Abdullah selaku Yang Dipertua PIBG memohon maaf di atas segala kekurangan dan kesilapan sepanjang berkhidmat kerana beliau telah meletakkan jawatan sebagai YDP dan turut merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada barisan pentadbir, guru-guru dan ibu bapa yang telah memberikan kerjasama. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.15 pagi. Disediakan oleh: ………………………….. (PUAN CHAN WEE NEE) Pencatat Pertama …………………………… (CIK NOR HILAWATI BINTI NOR RAHMAT) Pencatat Kedua ………………………….. (CIK FARADINA BINTI MAT KHAIRI) Pencatat Ketiga ….………………………. (CIK ASUATI BINTI AB RAHMAN) Pencatat Keempat Disemak oleh: ….………………………… (ENCIK NORHALIS SHAFIQ BIN BAHARUDIN) Setiausaha Kehormat PIBG 2022/2023 Disahkan oleh: ………………………….. (ENCIK ABDULLAH ISKANDAR BIN GOMES ABDULLAH) Yang Di-Pertua PIBG SMK Bercham
16 BIL. PENDAPATAN RM BIL. PERBELANJAAN RM 1 . BAKI AKHIR DISEMBER 2022 49770.67 1 . 2 . KUTIPAN JANUARI 5400.00 2 . PROGRAM BITARA PANITIA SEJARAH (249414) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 23 588.00 3 . KUTIPAN FEBUARI 1980.00 3 . BENGKEL BAHASA TAMIL DI SMK SERI PUTERI (249415) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 23 150.00 4 . CIKGU SHAARAANI 2023 17900.00 4 . BAYARAN COWAY JANUARY 23 (249416) - AKAUN KEBAJIKAN 132.00 5 . DUIT BUKU PERANCANGAN 2023 DRPD MR.GOPAL 2158.00 5 . BENGKEL BERSEMUKA BERSASAR KU MATH (249417) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 23 275.00 6 . SUMBANGAN KEWANGAN UNTUK PROGRAM PEMERKASAAN AKTIVITI KOKURIKULUM DARIPADA EXCO PENDIDIKAN 3000.00 6 . KEM PERDANA KRS PERINGKAT DAERAH KINTA UTARA (249419) - AKAUN PIBG 325.00 7 . SUMBANGAN KAUNSELING 3000.00 7 . BAYARAN KARPET UNTUK BILIK SERI GEMILANG (249410) - AKAUN KONTRA 1800.00 8 . SUMBANGAN EN. KUEI JUN PAN 5000.00 8 . PEMBELIAN KALKULATOR PANITIA MATEMATIK (249421) - AKAUN KEBAJIKAN 960.00 9 . SUMBANGAN KOSTUM TARIAN SINGA (PUSAT KHIDMAT ADUN) 600.00 9 . ANUGERAH NILAM (249422) - AKAUN SIJIL 1000.00 10 . KUTIPAN BULAN JUN 3300.00 10 . PEMBELIAN HADIAH UNTUK PUAN NAPISAH (249423) - AKAUN PIBG 200.00 11 . SUMBANGAN ADUN BERCHAM 3000.00 11 . Bayaran makan untuk mesyuarat PIBG (249425) - AKAUN PIBG 150.00
17 12 . SUMBANGAN KEPADA UNIT KAUNSELING 2750.00 12 . Bayaran makan untuk mesyuarat PIBG (249426) - AKAUN PIBG 150.00 13 . YURAN TAHUNAN AHLI PSKPP PERAK 2023 800.00 13 . Program pasca ujian akhir sesi akademik 2022 sesi petang (249427) - AKAUN KEBAJIKAN 325.00 14 . KUTIPAN 1 SEPTEMBER 2023 2830.00 14 . Kem guru muda RBT (249418) - AKAUN KECEMERLANGAN 250.00 15 . SUMBANGAN YB SIVA KUMAR 20000.00 15 . Majlis mohon restu SPM 2022 (249428) - AKAUN KEBAJIKAN 2369.00 16 . KUTIPAN OKTOBER 2023 16600.00 16 . Bayaran coway murid (249429) - AKAUN KEBAJIKAN 132.00 17 . YAYASAN PERAK 1775.00 17 . Wang makanan tambahan untuk calon kuarantin ULBI spm 2022 (249430) - AKAUN KECEMERLANGAN 640.00 18 . QUEST INTERNATIONAL COLLEGE IKLAN MAJALAH SEKOLAH 350.00 18 . Bayaran buku perancangan rasmi (249431) - AKAUN PIBG 2158.00 19 . KOMPAS COLLAGE (IKLAN MAJALAH SEKOLAH) 300.00 19 . Projek mengecat blok D (249432) - AKAUN MB PERAK 1000.00 20 . SUMBANGAN UNTUK SURAU SEKOLAH DARIPADA YAB MB 30000.00 20 . Program doa restu spm 2022 pelajar india (249424) - AKAUN KEBAJIKAN 258.00 21 . KOMPAS COLLAGE (IKLAN MAJALAH SEKOLAH) 300.00 21 . Bayaran coway murid (249433) - AKAUN KEBAJIKAN 132.00 22 GOTONG - ROYONG KPM 5800.00 22 Yuran tahunan persatuan pusat sumber sekolahsekolah negeri perak (249434) - AKAUN PIBG 70.00 23 SUMBANGAN UNTUK SURAU SEKOLAH DARIPADA YAYASAN 10000.00 23 Bayaran duit makanan pelajar spm 2022 (249436) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 23 5135.00
18 24 KUTIPAN DEC 23 4767.00 24 Bayaran majlis berbuka puasa 2023 (249437) - AKAUN PIBG 250.00 25 SUMBANGAN KAFE REZEKI 610.00 25 Bayaran sumbangan untuk kelas tambahan fizik (249439) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 23 150.00 26 PROGRAM ASAH MATEMATIK DAN SAINS 3510.00 26 Bayaran coway murid (249435) - AKAUN KEBAJIKAN 132.00 27 Bayaran untuk pakaian kebudayaan (249440) - AKAUN PIBG 1500.00 28 Bayaran untuk mengecat dan keceriaan blok D (249440) - AKAUN PIBG 1165.00 29 Bayaran untuk fun camp bahasa inggeris (249440) - AKAUN PIBG 1000.00 30 Bayaran sumbangan untuk keceriaan kelas (249438) - AKAUN BASIKALTON DAN KONTRA 1800.00 31 Program Kecemerlangan Akademik Matematik Tingkatan 1,2 & 3. (249444) - AKAUN KECEMERLANGAN 720.00 32 Program Kecemerlangan Akademik Matematik Tingkatan 4 (249444) - AKAUN KECEMERLANGAN 480.00 33 Program Kecemerlangan Akademik Matematik Tingkatan 5 (249444) - AKAUN KECEMERLANGAN 480.00 34 Bayaran untuk Keceriaan blok A & tapak perhimpunan (249442) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 22 DAN KONTRA 1000.00
19 35 Bayaran coway murid (249455) - AKAUN KEBAJIKAN 132.00 36 Kostum Tarian Singa (249443) - AKAUN KONTRA 600.00 37 Bayaran untuk Majlis Sambutan Hari Raya 2023 (249446) - AKAUN PIBG 1000.00 38 Bayaran untuk wang saku kepada atlet (Katherine) yang menyertai Eurasia Open Youth Taekwando (249441) - AKAUN KEBAJIKAN 500.00 39 Bayaran untuk naik taraf gelanggang badminton dan bilik pengurusan koko (249447) - AKAUN KONTRA 1000.00 40 Bayaran kepada unit kaunseling (249450) - AKAUN KONTRA 3000.00 41 Bayaran untuk pembelian cenderamata kepada Puan Hamidah (249451) - AKAUN PIBG 165.00 42 Bayaran untuk penambahbaikan surau sekolah (249457) - AKAUN KONTRA 2000.00 43 Bayaran untuk pertandingan KMR SPBL DAERAH KINTA UTARA (249458) - AKAUN PIBG 70.00 44 Bayaran coway murid bulan jun (249452) - AKAUN KEBAJIKAN 132.00 45 Bayaran untuk majlis anugerah kecemerlangan 2023 (249459) - AKAUN KECEMERLANGAN DAN AKAUN PIBG 4870.00
20 46 Bayaran untuk pembelian dan pembaikan alat siar raya sekolah (249456) - AKAUN KONTRA 1597.00 47 Bayaran untuk pembelian buku resit pibg (249454) - AKAUN PIBG 800.00 48 Bayaran untuk pembelian fail pengurusan (249455) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2022 1170.00 49 Bayaran untuk banner penghargaan kepada katherine atlet taekwando (249455) - AKAUN PIBG 100.00 50 Bayaran untuk makan dan minum mesyuarat agung pibg ke-21 (249461) - AKAUN PIBG 920.00 51 Bayaran makanan untuk teknik menjawab sejarah t4 dan t5 (249453) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 350.00 52 Bayaran banner mesyuarat agung PIBG 2023 (249460) - AKAUN PIBG 58.00 53 Bayaran untuk naik taraf imej makmal sains dan program peningkatan duta STEM (249464) - AKAUN KONTRA 1000.00 54 Kem bahasa cina (249466) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 1000.00 55 Program kecemerlangan tingkatan 5 (249465) - AKAUN KECEMERLANGAN 1000.00 56 Program bengkel gilapan pertama mata 500.00
21 pelajaran sejarah spm 2023 (249463) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 57 Bayaran coway murid julai (249469) - AKAUN KEBAJIKAN 132.00 58 Bengkel teknik menjawab soalan BM SPM 2023 (249467) - AKAUN KECEMERLANGAN DAN AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 1142.00 59 Bayaran untuk pembelian dan pembaikan alat siar raya sekolah (249473) - AKAUN KONTRA 840.00 60 Bayaran untuk kejohanan sukan tahunan kali ke- 20 (249474) - AKAUN KEBAJIKAN 1500.00 61 Kursus hakim krs (249475) - AKAUN KEBAJIKAN 50.00 62 Sumbangan kepada pelajar atlet karate iaitu Zahrin Tun Isaac (249477) - AKAUN KEBAJIKAN 100.00 63 Program OPS Didik dan Pencegahan Jenayah (249478) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2022 400.00 65 Sumbangan untuk bola sepak dan coaches board (249472) - AKAUN PIBG 528.00 66 Bayaran untuk pembelian hadiah kepada pk hem En Lazif Bin Zainol (249479) - AKAUN PIBG 125.00 67 Bengkel KBAT dan motivasi Add Math 2023 (249481) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 300.00
22 68 Bayaran yuran tahunan ahli PSKPP PERAK (249480) - AKAUN KONTRA 800.00 69 Bayaran coway murid ogos (249483) - AKAUN KEBAJIKAN 132.00 70 Bayaran untuk buku program mesyuarat agung PIBG (249471) - AKAUN PIBG 20.00 71 Bayaran untuk program kecemerlangan (249487) - AKAUN KECEMERLANGAN 776.00 72 Bayaran pemasangan lampu di parking blok D (249486) - AKAUN KONTRA 1130.00 73 Bayaran untuk fotostat bahan dan alat tulis untuk bengkel Bahasa Inggeris SPM 2023 (249490) - AKAUN KECEMERLANGAN 100.00 74 Bayaran fotostat bahan (249484) - AKAUN KECEMERLANGAN 1805.35 75 Bayaran untuk program motivasai dan teknik menjawab matapelajaran sains tulen (249468) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 200.00 76 Bayaran untuk kafe rezeki (249488) - AKAUN KONTRA 1000.00 77 Bayaran untuk peningkatan akademik (Bulan Akademik ) (249492) - AKAUN KECEMERLANGAN 490.00 78 Bengkel gempur SPM 2023 Prinsip Perakauanan (249491) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 140.00 79 Program bengkel kecemerlangan sains komputer (249493) - 75.00
23 AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 80 Teknik menjawab Pendidikan Islam (249482) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 250.00 81 Sumbangan kepada unit kaunseling dari edulink (249494) - AKAUN KONTRA 2750.00 82 Bayaran untuk program bengkel pelajar GALUS pendidikan moral (249496) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 250.00 83 Bengkel prinsip perakaunan spm 2023 (249497) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 80.00 84 Bayaran untuk bengkel kecemerlangan akademik 'chef to be' (249476) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 75.00 85 Bayaran untuk bengkel panitia RBT (249476) - AKAUN KECEMERLANGAN 100.00 86 Bayaran untuk pembelian peralatan makmal bio dan kimia (249485) - AKAUN KONTRA DAN AKAUN TUISYEN SHAARANI 2022 4005.20 87 Bayaran coway murid (249495) - AKAUN KEBAJIKAN 132.00 88 Bengkel kecemerlangan sains komputer (249498) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 60.00 89 Bengkel Bahasa Inggeris SPM 23 (249489) - AKAUN 250.00
24 TUISYEN SHAARANI 2023 90 Bayaran untuk majlis sumbangan YB SIVA KUMAR (249500) - AKAUN KEBAJIKAN 650.00 91 Bayaran banner (249499) - AKAUN KONTRA 780.00 92 Bengkel Bahasa Tamil SPM 23 (249503) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 330.00 93 Bayaran makan dan minum untuk pelajar tuisyen yayasan perak sejarah (249505) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 1675.00 94 Pembelian hadiah perpisahan untuk Puan Mahsuri (249502) - AKAUN PIBG 99.00 95 Bengkel teknik menjawab Prinsip Perakaunan SPM23 (249506) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 360.00 96 Bayaran coway murid bulan okt (249504) - AKAUN KEBAJIKAN 132.00 97 Bayaran untuk pertandingan mereka cipta traffic light (249508) - AKAUN KEBAJIKAN 317.00 98 Bengkel teknik menjawab Bahasa Tamil (249511) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 195.00 99 Karnival Bahasa Tamil (249511) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 60.00 100 Bengkel teknik menjawab matematik 23 kumpulan cemerlang (249510) - 580.00
25 AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 101 Bengkel teknik menjawab matematik 23 kumpulan Halus (249512) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 616.00 102 Pembayaran kertas percubaan SPM 23 (249509) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 DAN AKAUN KECEMERLANGAN 3310.17 103 Pembayaran coway murid bulan November (249513) - AKAUN KEBAJIKAN 132.00 104 Bayaran untuk program matematik bagi Yayasan Perak (249514) - AKAUN KECEMERLANGAN 2594.00 105 Bayaran makanan untuk mesyuarat PIBG (249470) - AKAUN PIBG 125.00 106 Bayaran pemasangan aircond di makmal bahasa (249516) - AKAUN KONTRA 3730.00 107 Bayaran pembelian kerusi untuk makmal bahasa (249515) - AKAUN KONTRA 1800.00 108 Bayaran untuk pembelian peralatan melukis mural (249507) - AKAUN KONTRA 302.00 109 Pembaikan surau sekolah (249523) - AKAUN SURAU 1300.00 110 Bengkel teknik menjawab Asas Kelestarian spm 23 (249517) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 224.00
26 111 Sumbangan untuk hadiah kepada pelajar bagi kehadiran penuh (249518) - AKAUN KEBAJIKAN 380.00 112 BENGKEL TEKNIK MENJAWAB ADD MATH SPM (249521) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 400.00 113 BENGKEL TEKNIK MENJAWAB ADD MATH SPM (249501) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 60.00 114 BAYARAN SIJIL BERHENTI SEKOLAH (249522) - AKAUN SIJIL 800.00 115 PEMBELIAN MEJA BANQUET UNTUK MAKMAL BAHASA (249524) - AKAUN KONTRA 1598.00 116 PEMBAIKAN TEMPAT WUDUK SURAU (249527) - AKAUN SURAU 4500.00 117 PROGRAM PERMATA BITARA SEJARAH (249520) - AKAUN KECEMERLANGAN 400.00 118 BAYARAN PENCERAMAH BENGKEL BAHASA INGGERIS KERTAS 2 (249525) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 250.00 119 PEMBELIAN KAEPET UNTUK SURAU SEKOLAH (249528) - AKAUN SURAU 7000.00 120 BAYAR MAKAN DAN MINUM CALON SPM UNTUK UJIAN AMALI SAINS SPM 23 (249531) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 720.00 121 JAMUAN MAKAN COFFEE TALK 2M 350.00
27 (249530) - AKAUN PIBG 122 BAYARAN PHOTOSTAT BAHAN PELAJAR (249519) - AKAUN PIBG 3473.45 123 PEMBAYARAN LANGSIR UNTUK SURAU SEKOLAH (249541) - AKAUN SURAU 2000.00 124 BAYARAN CETAKAN MODUL YAPEIM BAHASA MELAYU (249536) - AKAUN KECEMERLANGAN 195.00 125 BAYARAN COWAY MURID BULAN DEC (249537) - AKAUN KEBAJIKAN 132.00 126 PEMBAYARAN UNTUK PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK (249538) - AKAUN PIBG 146.40 127 PEMBELIAN ALAS MEJA UNTUK MAKMAL BAHASA (249529) - AKAUN KONTRA 998.40 128 SUMBANGAN MAKANAN UNTUK PELAJAR KUARANTIN UJIAN LISAN BAHASA INGGERIS SPM (249532) - AKAUN TUISYEN SHAARANI 2023 475.00 129 PEMBELIAN LANGSIR UNTUK BILIK MESYUARAT (249533) - AKAUN KONTRA 1340.50 130 PEMBAYARAN PROGRAM PAKEJ PERCUTIAN FASA 2 SESI PETANG (249535) - AKAUN KECEMERLANGAN 169.80 131 PEMBAYARAN BALIK WANG PEMBAYARAN MAJALAH SEKOLAH YANG DIKREDITKAN 2 KALI KE AKAUN PIBG 300.00
28 (249539) - AKAUN KONTRA 132 PEMBELIAN KABINET UNTUK SURAU SEKOLAH (249543) - AKAUN SURAU 4500.00 133 PEMASANGAN CCTV UNTUK SURAU SEKOLAH (249540) - AKAUN SURAU 1850.00 CAJ BAYARAN PENGELUARAN CEK 77.00 Jumlah Pendapatan 2023 145,730.00 JUMLAH PERBELANJAAN 120,004.27 Baki di bank pada 31/12/23 75,496.40 JUMLAH 195,500.67
29 BAKI (RM) PIBG 13274.73 Kecemerlangan 5578.96 Sijil 7585.00 Kebajikan 5618.12 ICT 1097.85 Penyelenggaraan + MB PERAK + YB SAIDI 460.00 Kontra 20623.21 Cikgu Shaarani 2022 363.70 Cikgu Shaarani 2023 1434.83 Surau 18850.00 Kafe Rezeki 610.00 JUMLAH 75,496.40 Disediakan oleh: (SITI NURTASNIM BINTI MAT ZUKI) BENDAHARI KEHORMAT PIBG
30 PENASIHAT : TN. HJ. NIK MOHAMAD SUPIAN BIN NIK AWANG PENYELARAS : CIK NINA RAFIDA BINTI ZAHARI NAIB YANG DIPERTUA PIBG : EN. SYAHRUL HISYAM BIN ABDUL KARIM SETIAUSAHA : EN. NORHALIS SYAFIQ BIN BAHARUDIN BENDAHARI : PN. SITI NURTASNIM BINTI MAT ZUKI AHLI JAWATANKUASA DESKRIPSI TUGAS KETIBAAN TETAMU BARISAN PENTADBIR & GURU-GURU KANAN -Menyambut ketibaan NYDP BACAAN DOA EN. NORHALIS SYAFIQ BIN BAHARUDIN -Menyediakan skrip doa yang bersesuaian -Memimpin bacaan doa semasa majlis berlangsung SURAT JEMPUTAN/USUL (IBU BAPA & GURU) EN. NORHALIS SYAFIQ BIN BAHARUDIN (K) PN PON AMARAWATHI A/P S.RAMIAH -Menyediakan surat jemputan kepada ibu bapa dan guru -Menyediakan link google form untuk pernyataan usul -Menyebar luas surat jemputan dan borang pernyataan usul -Mengumpul semua usul yang dicadangkan untuk diberikan kepada pengetua.
31 PERSIAPAN TEMPAT (KERUSI VIP & TETAMU) EN. WONG WING KAI (K) BAN BOON KEAT LEE KAH ONN PN. A.R KANIMALAR PN. AZEERA BT JAMIAN CIK MAUREEN SARKUNA RAJ A/P CRUZ DURAIRAJ -Menyediakan kerusi untuk VIP (set sofa) -Menyediakan kerusi banquet untuk PK dan GK serta AJK Ibubapa -Menyediakan kerusi plastik biru untuk hadirin lain -Mengemas kembali kerusi selepas majlis selesai -Memastikan kerusi yang di susun adalah dalam keadaan baik dan bersih PENYEDIAAN MEJA (MESYUARAT AGUNG/ MEJA PENCATAT/MEJA PENDAFTARAN/ MEJA HADIAH) EN. WONG KUM FOOK (K) EN. MUHAMMAD YUSRI BIN YAHYA EN. R. GOPAL A/L RAMANATHAN PN ZURAINI BT SAMSUDIN PN KRISRITA A/P SINGARAYAR - Menyediakan meja yang bersesuaian - Menyediakan alas meja yang bersesuaian - Mengemas kembali meja selepas majlis selesai FOTOGRAFI & DOKUMENTASI CIK NUR NATRAH NATASHA BINTI MUSTAPA AYUB (K) PN. ROFISHAH BINTI ISA PN. IJLALI HUSNA BINTI ALIAS -Mengambil gambar yang sesuai sepanjang majlis berlangsung -Menyediakan dokumentasi majlis -Menghantar dokumentasi yang telah siap ke Pusat Sumber Sekolah PERSIAPAN PENTAS (BACKDROP/HIASAN/MEJA MESY. AGUNG) PN. JULIANA BT HASAN (K) PN. NIK HAMIZAH BT NIK HASHIM PN. NURUL HUDA BT KAMARUDIN PN. AZIAH BT ABDUL AZIZ -Menyiapkan backdrop (Banner) yang menarik dan bersesuaian -Menghias pentas -Mengemas kembali backdrop
32 PENDAFTARAN KEHADIRAN GURU/IBU BAPA/PENJAGA PN. SHAIDATUL AISHAH BT JEFFRY SUZZI(K) PN. ROHANA BINTI MOHD RAZALI PN. SALWANI BINTI MOHD SAFAAI PN. PUNITHA A/P KRISNAN (AJK IBUBAPA) PN. NG HOOI NEE (AJK IBUBAPA) - Menyediakan buku pendaftaran - Menyerahkan jumlah kehadiran kepada setiausaha PIBG - Memastikan nombor cabutan bertuah diberikan kepada ibubapa/penjaga dan guru yang hadir. PENGACARA MAJLIS & PROTOKOL PN. NOR AZLINA @ AZLINA BINTI JAAFAR (K) EN. MOHD AZLI BIN KAMIRAN - Menyediakan skrip yang bersesuaian - Mengelolakan majlis dengan lancar HADIAH & CENDERAHATI CIK FARADINA BT MAT KHAIRI (K) PN. TEOH SOCK PHING PN. RUSNANI BT SAAD - Membeli dan menyediakan hadiah untuk Perasmi dan AJK PIBG 2022-2024 - Memastikan hadiah dapat disampaikan dengan baik. CABUTAN BERTUAH EN. RASYIDIN BIN ISHAK (K) EN. CHE YAZRIZAL BIN CHE ISMAIL (AJK Ibubapa) EN. SARAVANAN A/L DHANABAL PN. KAMALIATUL HIDAYAH BINTI PANDAK KAMAL PN. NUR ATIFAH BINTI ABDULLAH - Menyediakan nombor cabutan bertuah untuk semua yang hadir ke mesyuarat. - Memastikan nombor cabutan bertuah disediakan di Kaunter Pendaftaran. - Mengendalikan cabutan dan penyampaian hadiah. SIARAYA & TEKNIKAL EN. MUHAMMAD SYAHMI BIN ROSLEY (K) EN. MUHAMAD FAIZAL BIN M YUSOP EN. AIDIE AZHAR BIN ZULKIPLI - Menyelaras dan memastikan aspek teknikal (audio & video) sepanjang majlis berjalan lancar - Menyediakan mikrofon untuk ibu bapa. - Menyediakan LCD Projektor dan Layar untuk tayangan multimedia dan slide. KEBERSIHAN/ KECERIAAN KAWASAN SEKOLAH PN. KOEY LI LI (K) CIK SELVI A/P KATHHIRY PN. SARINA BT KHAIRUDDIN CIK NOR HILAWATI BINTI NOR RAHMAT PN. LAM LEE CHING -Memastikan kebersihan terjaga sebelum dan selepas majlis
33 KESELAMATAN & PARKIR EN. HAMDAN A/L YU (K) EN. MOHD RAMLI BIN AWANG -Memastikan trafik berjalan lancar -Menyusun parking kereta tetamu PENCATAT MINIT MESYUARAT PN. HARTINAWATI BINTI ABDUL SAMAD (K) PN. LEE KAM SEE PN. FLORENCE A/P STEVEN PN. ARTHINI A/P KANESIN -Mencatat minit mesyuarat agung -Menyerahkan minit mesyuarat yang lengkap dan telah ditandatangani kepada setiausaha PIBG FLIP BOOK /BUKU PROGRAM PN. RAMLAH BT RAMLAN (K) PN. NOOR AZWA BIN MOHD ANUAR PN NURUL SHAHIDA BT MOHAMAD SALIN PN HABSAH BT MOHAMED -Menyediakan buku program mesyuarat secara flipbook -Menyediakan buku program untuk VIP, Ibu Bapa dan guru -Mendapatkan bahan isi kandungan flipbook daripada setiausaha dan bendahari PIBG -Menyebar luas flipbook semasa mesyuarat berlangsung -Mengedarkan buku program kepada VIP TEKS UCAPAN PENGETUA DAN NYDP PIBG PN NURUL AMIRA BT MANSYURDIN (K) PN NOR AZNIEZA BT AB RAHMAN -Menyediakan teks ucapan yeng bersesuaian -Menyerahkan teks ucapan kepada setiausaha untuk diberikan kepada NYDP PIBG dan Pengetua dan AJK Buku Program JAMUAN PN. AZLILI BT AHMAD (K) PN. HABIBAH BINTI MANSOR PN ZALEHA BT ABU TALIB PN. AILYANTI BT MUSTAPA PN NORHIMAH BT KAMARUDDIN PN. LEE BEE SIANG CIK MAGESWARI A/P THANGARAJU -Mencadangkan menu yang sesuai mengikut bajet dan bilangan yang sesuai -Mengagihkan makanan kepada hadirin (bungkus) -Menyediakan meja makan tetamu VIP JURUTULIS PEMILIHAN PN. FAUZIAH BINTI DAUD (K) CIK NUR FATIN AINI BINTI AB HALIM PN. ZAM ZURINA BT ZAHARI -Membantu semasa pengundian pemilihan AJK baru -Menulis nama AJK yang dicadangkan -Mengira undi
34 PENGHARGAAN Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, kami bagi pihak Pengerusi PIBG dan AJK, Pengetua,guru-guru,kakitangan dan para murid SMK Bercham merakamkan ucapan terima kasih yang Cdak terhingga atas sumbangan secara langsung dan Cdak langsung tua-tuan dan puan-puan yang sama-sama membantu menjayakan akCviC -akCviC PIBG SMK Bercham bagi sesi 2023/2024.