The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by clarisse, 2024-03-02 20:50:15

BUKU LOG KRS

BUKU LOG KRS

ASAS KAWAD KAKI Kawad Statik BERSURAI DAN KELUAR BARIS Hukuman 1 : "Ber..............surai" (4 pergerakan) Skuad itu hendaklah dalam keadaan tutup barisan, pusing ke kanan (skuad 1), hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan (skuad 2), buat perbuatan hormat dan potong tangan (skuad 3), terus melangkah mulai kaki kanan ke hadapan tiga langkah dalam masa cepat (skuad 4); terus bersurai PERBUATAN BERSURAI DAN KELUAR BARIS Hukuman 2 : "Keluar...............baris" (3 pergerakan) Berbeza dengan bersurai, keluar baris bermaksud aktiviti belum tamat, malah bersurai sementara sahaja dan hormat tidak dikehendaki. Anggota tidak boleh beredar dari padang kawad atau kawasan latihan PERBUATAN Jika bertongkat, hendaklah dibawa tongkat itu ke kedudukan kepit sebelum memberi hormat. Anggota yang tidak bertongkat ikut kiraan masa anggota yang bertongkat INGATAN Jangan disangkakan bersurai itu perkara kecil, bersurai ialah memberi hormat kepada pegawai. Dengan sebab itu jurulatih hendaklah memerhatikan pergerakan hormat dilakukan dengan sempurna. PERHATIAN 81


Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalam satu barisan mengikut ketinggian masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia. "Dari kanan...........nombor" Skuad itu hendaklah menghitung nombor dari kanan ke kiri. "Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang...........gerak". Jurulatih hendaklah memeriksa pergerakan. "Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan, genap ke kiri , barisan kanan dan kiri ..........pusing" Anggota nombor satu diam, lain-lain anggota hendaklah berpusing seperti yang diperintahkan. "Jadikan tiga barisan.........cepat jalan". Skuad itu dijadikan tiga baris. Anggota nombor dua menjadi nombor satu barisan tengah. Anggota nombor tiga menjadi nombor satu barisan belakang. Anggota nombor empat jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya. Apabila berhenti di tempat masing-masing hendaklah berpusing ke hadapan bertiga-tiga setelah mendapat isyarat ”up” dari anggota barisan belakang. Isyarat ”up” diberikan sekali lagi untuk pergerakan senang diri PERBUATAN ASAS KAWAD KAKI Kawad Dinamik PARAS Paras boleh dilakukan seperti berikut : 1. Anggota tinggi di sebelah kanan , anggota rendah di sebelah kiri. 2. Anggota rendah di sebelah kanan, anggota tinggi di sebelah kanan. 3. Anggota rendah di tengah-tengah. 4. Anggota tinggi di tengah-tengah Hukuman 1 : "Yang tinggi ke kanan, rendah ke kiri, dalam satu barisan ..........paras". Jika dikehendaki kedudukan skuad itu tinggi di sebelah kanan dan rendah di sebelah kiri, hukumannnya : "Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan, kanan............pusing". "Jadikan tiga barisan..........cepat jalan" (iaitu semasa mereka di dalam satu barisan), maka skuad hendaklah membuat pergerakan seperti di atas. INGATAN (PARAS) 82


Semua anggota membuat perbuatan keluar baris dan berbaris semula dalam satu barisan mengikut ketinggian masing-masing dan berdiri dalam keadaan sedia. "Dari kanan............Nombor" Skuad itu hendaklah menghitung nombor dari kanan ke kiri. "Nombor ganjil satu langkah ke hadapan, genap satu langkah ke belakang...........gerak". Jurulatih hendaklah memeriksa pergerakan. "Orang yang di sebelah kanan sekali diam, nombor ganjil ke kanan, genap ke kiri , barisan kanan dan kiri..........pusing". Anggota nombor satu diam, lain-lain anggota hendaklah berpusing seperti yang diperintahkan. "Jadikan tiga barisan.........cepat jalan". Skuad itu dijadikan tiga baris. Anggota nombor tiga menjadi nombor satu barisan tengah. Anggota nombor lima menjadi nombor satu barisan belakang. Anggota nombor tujuh jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya. Apabila berhenti di tempat masing-masing hendaklah berpusing ke hadapan bertiga-tiga setelah mendapat isyarat ”up” dari anggota barisan belakang. Isyarat ”up” diberikan sekali lagi untuk pergerakan senang diri PERBUATAN ASAS KAWAD KAKI Kawad Dinamik PARAS Hukuman 2 : "Yang rendah ke kanan, tinggi ke kiri, dalam satu barisan............paras". Jika dikehendaki kedudukan skuad itu rendah di sebelah kanan dan tinggi di sebelah kiri, hukumannnya : "Orang yang di sebelah kanan sekali diam, yang lain bergerak ke kanan, kanan ............pusing". " Jadikan tiga barisan..........cepat jalan" (iaitu semasa mereka di dalam satu barisan), maka skuad hendaklah membuat pergerakan seperti di atas INGATAN 83


Langkah ke hadapan sejauh 30 inci dari tumit ke tumit mulai kaki kanan, dengan memacakkan tumit ke bumi, lutut lurus serta lenggangkan tangan separas bahu, tangan kanan ke belakang, jari genggam, ibu jari di bahagian atas menghala ke hadapan , kedua-dua lengan lurus. Masa berjalan badan tegak, buka dada, serta pandang ke hadapan 200 meter PERBUATAN 1. Jalan mengenjut 2. Lutut kendur 3. Lenggang tangan tidak lurus dan tidak separas bahu ke hadapan dan tidak semaksima ke belakang. 4. Hujung kaki menghala keluar semasa memacak tumit 5. Pinggang lemah; pandang ke bawah dan membengkok, dan mengheret tumit semasa berjalan 6. Semasa berjalan satu tangan tidak lenggang dan lenggang tangan tidak sama. 7. Mendongak secara keterlaluan KESALAHAN BIASA (a) Lenggang tangan ke belakang semaksima yang boleh. Lenggang tangan ke hadapan separas dengan bahu. (b) Melangkah dengan memacakkan tumit tanpa membengkokkan lutut INGATAN ASAS KAWAD KAKI Kawad Dinamik BERJALAN DAN BERHENTI DALAM MASA CEPAT JALAN Hukuman : "Dari kanan / kiri.............cepat jalan" 84


Bahasa "skuad" untuk memberi bahasa amaran dan "henti", semasa beri tumit kaki kiri mencecah bumi di hadapan kaki kanan. ‘Check’ atas kaki kanan. Hentak kaki kiri diikuti kaki kanan dan pada masa yang sama kedua - dua tangan dibawa ke sisi dalam kedudukan sedia. PERBUATAN 1. Bergoyang selepas berhenti. 2. Badan tidak cukup tegap dan tetap selepas berhenti. 3. Mengangkat kaki kanan rendah semasa dihentakkan ke tumit kiri. 4. Lurus, jarak, bersetentang tidak betul selepas berhenti. 5. Turun tangan terlalu lambat. 6. Antara tumit tidak rapat dan antara hujung kaki tidak 30 darjah. 7. Angkat peha melebihi 45 darjah. 8. Perbuatan ‘check’ menjadi hentak kaki. KESALAHAN BIASA ASAS KAWAD KAKI Kawad Dinamik BERHENTI Hukuman : "Skuad............henti" 85


Langkah pertama : Tolak kaki kanan ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung, lutut lurus dan tapak kaki selari dengan bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk, ibu jari rapat pada penjahit seluar. Berat badan di atas kaki kiri. Kemudian, tolak kaki kanan ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 30 inci ( satu langkah ) dengan tapak kaki jejak ke tanah. Pada masa yang sama tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci seperti kedudukan kaki kanan tadi. Langkah ke dua: Tolak kaki kiri ke hadapan 15 inci dalam keadaan tergantung, lutut lurus dan tapak kaki selari dengan bumi. Badan tegak dan tangan rapat ke rusuk. Kemudian tolak kaki kiri ke hadapan lagi 15 inci supaya cukup 30inci (satu langkah) dengan tapak kaki jejak ke tanah dan proses seperti itu dibuat berterusan PERBUATAN ASAS KAWAD KAKI Kawad Dinamik BERJALAN DAN BERHENTI DALAM PERLAHAN JALAN Perlahan jalan Hendaklah diajar dengan bernombor (ansur maju) untuk mengimbangkan kedudukan badan. Hukuman : "Dari kanan / kiri, perlahan...........jalan" 1. Tumit mencecah ke bumi dahulu / tapak kaki tidak selari dengan bumi. 2. Siku renggang dari rusuk. 3. Tangan mengikut pergerakan peha, dan bergerak pada setiap kali melangkah. 4. Memandang ke bawah. 5. Tidak menjaga jarak antara anggota KESALAHAN BIASA 1. Semasa perlahan jalan tidak perlu lenggang. 2. Tangan rapat ke rusuk dan lurus dan tiada pergerakan tangan. INGATAN BERHENTI DALAM PERLAHAN JALAN Hukuman “Henti” diberi apabila kaki kanan melalui kaki kiri , hentak kaki kiri dan kaki kanan 86


Juga dikenali sebagai kawad persembahan. Melibatkan asas-asas kawad statik dan dinamik, tetapi diolah menjadi beberapa bentuk formasi supaya lebih menarik PENGENALAN KAWAD FORMASI ATURCARA PERGERAKAN KAWAD KAWAD FORMASI KAWAD DINAMIK [ A ] Sebelum masuk padang 1. Dari kanan cepat jalan 2. Skuad henti 3. Skuad akan mengadap ke hadapan, ke kanan pusing 4. Buka barisan gerak 5. Ke kanan lurus/pandang hadapan 6. Nombor B. Melapor 7. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan pusing 8. Bergerak ke kiri bertiga-tiga, ke belakang pusing 9. Skuad akan mengadap ke hadapan, ke kanan pusing 10. Empat langkah ke kiri, gerak 11. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke kanan pusing 12. Dari kiri cepat jalan 13. Hormat, hormat ke hadapan hormat 14. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing 15. Hentak kaki. 16. Maju 17. Bergerak ke kanan bertiga-tiga, ke belakang pusing 18. Skuad henti 19. Skuod akan menghadap ke hadapan, kekiri pusing 20. 3 jenis kawad formasi 21. Ke kanan lurus 22. Pandang hadapan 23. Melapor 87


KAWAD ISTIADAT


ISTIADAT PERHIMPUNAN


PERSIAPAN TEMPAT ISTIADAT PERHIMPUNAN ALATAN PENERANGAN PENTAS Pentas merupakan wajah kepada majlis yang diaturkan KERUSI VIP Kerusi VIP hendaklah disusun dengan betul mengikutkekanan BACKDROP DAN HIASAN PENTAS Backdrop hendaklah diletakkan pada papan backdrop di tengahtengah bahagian belakang pentas dan dapat dilihat pada keseluruhan kawasan penglihatan para tetamu. Penggunaan logo, gambar atau warna hendaklah bersesuaian dan boleh di baca oleh tetamu kabur warna MEJA HADIAH Kedudukan meja hadiah hendaklah berhampiran rostrum juruacara dan berada di sebelah kiri belakang kerusi VIP. Sediakan juga meja meletak hadiah (selepas penerimamenerima hadiah) pada kedudukan kiri (menghadap pentas)di bawah pentas BENDERA Kedudukan bendera mestilah di bahagian belakang pentasatau pada tiang tetap yang disediakan di sebelah kanan pentas. Kedudukan bendera mestilah mengikut susunan kekananan yang betul KEDUDUKAN KERUSI TETAMU Kedudukan kerusi tetamu hendaklah di susun mengikut keluasan dewan dalam dua kolum. Setiap kolum mengandungi bilangan kerusi yang sama banyak. Terdapat ruang berjalan pada bahagian tengah antara dua kolum dan pada bahagian tepi setiap kolum. Kerusi tetamu khas diletakkan pada bahagian hadapandewan (menghadap pentas) dengan jumlah yang mencukupi mengikut senarai tetamu khas yang akan hadir KEDUDUKAN KERUSI PESERTA Kedudukan kerusi peserta-peserta kursus hendaklah pada kedudukan di belakang kedudukan kerusi tetamu khas manakala tetamu biasa boleh diletakkan pada bahagian belakang selepas peserta-peserta kursus. 88


Ianya hendaklah disusun dengan betul Majlis pembukaan rasmi atau penutupan rasmi mempunyai tatacara yang sama. Hanya sedikit perbezaan daripada segi kandungan acaranya. ATURCARA TATACARA PERHIMPUNAN 1. Ketibaan tetamu jemputan 2.Ketibaan tetamu kehormat (VIP) 3.Ketibaan Tetamu Utama 4.Tabik hormat dan nyanyian lagu KRS. 5.Lapor 6.Bacaan doa. 7.Ucapan-ucapan. 8.Penyampaian sijil dan lain-lain 9.Penyampaian Cenderamata 10.Nyanyian lagu kebangsaan. 11.Ketua perbarisan melapor 12.Tetamu utama (VVIP), tetamu khas (VIP) dan tetamu meninggalkan majlis. 13.Jamuan 14.Bersurai TATACARA PERHIMPUNAN ISTIADAT PERHIMPUNAN 89


TATACARA PERHIMPUNAN ISTIADAT PERHIMPUNAN Peserta kursus mengambil tempat duduk yang disediakan. Para tetamu jemputan mengambil tempat duduk masing-masing yang telah disediakan di bahagian hadapan tempat duduk peserta kursus. Tetamu-tetamu lain mengambil tempat duduk di bahagian belakang selepas tempat duduk peserta. 1. KETIBAAN TETAMU JEMPUTAN Ketibaan tetamu utama (VVIP) akan diiringi oleh jawatankuasa penyambut tetamu. Boleh diiringi paluan kompang, bunga manggar,persembahan silat dan sebagainya yang sesuai dan tidak memakan banyak masa. Ketibannya diumumkan oleh juruacara sebaik sahaja berada dipintu masuk atau tempat yang hampir dengankedudukan majlis. 3. KETIBAAN TETAMU UTAMA Ketibannya diumumkan oleh juruacara. Tetamu dibawa ke pentas hormat dan diberi penghormatan untuk menerima tabik hormat. 2. KETIBAAN TETAMU KEHORMAT (VIP) Tetamu utama (VVIP) dibawa naik ke pentas hormat untukmenerima tabik hormat daripada ketua perbarisan. Ketua perbarisan mengarahkan supaya semua yang ada didalam dewan untuk bangun bagi majlis yang diadakan didalam dewan. Jika majlis diadakan di luar dewan makasemua hendaklah berdiri sedia. Lagu pasukan (KRS) dinyanyikan beramai-ramai dengan minus-one. 4. TABIK HORMAT DAN NYANYIAN LAGU KRS 90


TATACARA PERHIMPUNAN ISTIADAT PERHIMPUNAN Ketua perbarisan akan melapor sebaik sahaja nyanyian selesai. 5.LAPOR Terdapat beberapa ucapan dalam bahagian ini iaitu ucapan pengacara majlis, ucapan tetamu VIP dan tetamu VVIP. Ucapan pengacara majlis adalah ringkas untuk mengalu-ngalukan kehadiran semua tetamu dan menjelaskan mengenai nama program, tujuan program, masa atau tarikh program dan kehadiran peserta. Tetamu kehormat (VIP) juga boleh dijemput untuk menyampaikan ucapan sebagai wakil tuan rumah atau pengelola. Tetamu utama (VVIP) dijemput untuk memberikan ucapan. Beliau juga boleh dijemput untuk membuka rasmi atau menutup rasmi kursus pada akhir ucapannya. 7. UCAPAN-UCAPAN Doa akan dibaca sebagai tanda memulakan majlis. Teks doa hendaklah disediakan dan sesuai dengan majlis. 6. BACAAN DOA Tetamu utama (VVIP) boleh dijemput untukmenyampaikan sijil dengan diiringi oleh tetamu kehormat, pegawai pengelola, pengerusi atau yang sesuai. Tetamu kehormat juga boleh dijemput untuk menyampaikan sijil bagaimanapun gilirannya hendaklahdisusun dengan betul iaitu penyampaian di akhiri dengan tetamu utama (VVIP). 8. PENYAMPAIAN SIJIL DAN LAIN-LAIN 91


TATACARA PERHIMPUNAN ISTIADAT PERHIMPUNAN Penyampaian cenderamata hendaklah dilakukan mengikuturutan. Pegawai paling kanan atau tetamu utama (VVIP) adalah yang terakhir menerimanya. Jika tiada acara lain, pengacara majlis akan memberiisyarat bahawa acara majlis akan berakhir seperti "majlis kita sudah sampai ke penghujung, majlis kita sudah pun hampir berakhir" atau kata-kata lain yang bersesuaian. Tujuannya supaya ketua perbarisan sedia untuk menjalankan tugas seterusnya. 9. PENYAMPAIAN CENDERAMATA Ketua perbarisan mengarahkan semua untuk bangun jikamajlis di dewan dan berdiri sedia jika majlis di luar dewan. Nyanyian lagu kebangsaan Negaraku dinyanyikan beramai-ramai dengan iringan minus-one. 10. NYANYIAN LAGU KEBANGSAAN Tetamu utama (VVIP) dijemput naik ke pentas hormat. Ketua perbarisan memberi tabik hormat seterusnya melapor dan memohon untuk `menjalankan tugas yang lain. Perbarisan dikehendaki menunggu sehingga VVIP, VIP dan tetamu yang lain beredar sebelum melaksanakan tugas yang seterusnya. 11. KETUA PERBARISAN MELAPOR 92


TATACARA PERHIMPUNAN ISTIADAT PERHIMPUNAN Tetamu utama (VVIP) dan tetamu kehormat (VIP) akandibawa oleh jawatankuasa majlis ke tempat jamuan. Jika ada acara lain seperti bergambar, melawat pameran, menanam pokok dan sebagainya boleh dilaksanakan pada ketika ini sebelum semua tetamu dibawa tempat jamuan. 12. TETAMU UTAMA (VVIP), TETAMU KHAS (VIP) DAN TETAMU MENINGGALKAN MAJLIS Tempat jamuan hendaklah disediakan dengan sempurna sama ada secara hidang atau buffet Jamuan ini dalam situasi tidak formal tetapi tersusun dan kemas. Meja untuk letak cap, peak cap, topi, beret, tongkat, beg tangan dan sebagainya hendaklah disediakan ditempat yang sesuai. 13. JAMUAN Setelah selesai semua acara. 14. BERSURAI 93


ISTIADAT PENTAULIAHAN DALAM KADET REMAJA SEKOLAH ISTIADAT PERHIMPUNAN Ketibaan tetamu utama (VVIP) akan diiringi oleh jawatankuasa penyambut tetamu. Boleh diiringi paluan kompang, bunga manggar, persembahan silat dan sebagainya yang sesuai dan tidak memakan banyak masa. Ketibaannya diumumkan oleh juruacara sebaik sahaja berada di pintu masuk atau tempat yang hampir dengan kedudukan majlis. MAJLIS DI DALAM DEWAN Majlis pentauliahan adalah satu majlis rasmi yang memerlukan perancangan dan perlaksanaan berdasarkan protokol dan istiadat rasmi Majlis pentauliahan terbahagi kepada tiga keadaan majlis. Majlis di dalam dewan Majlis di luar dewan Majlis di dalam pejabat Kebiasaannya, majlis ini diadakan di dalam dewan khususnya bagi kumpulan penerima yang ramai. Majlis boleh juga diadakan di padang kawad atau kawasan lapang. Majlis pentauliahan dalam pejabat pula diadakan jika penerimanya tidak ramai atau sebagai majlis istimewa kepada penerima tauliah atau sijil berkenaan. PERSIAPAN (A) PERSIAPAN TEMPAT PENTAS Susun atur pentas perlu dilakukan dengan betul bagi menggambarkan pengetahuan, pengalaman dan ilmu yang berhubungkait dengan istiadat. KERUSI VIP Kerusi Tetamu Utama dan Tetamu Khas (VVIP dan VIP) hendaklah disusun dengan betul bagi menunjukkan kekananan jawatan BENDERA Susunan bendera hendaklah dibuat mengikut kedudukan yang betul.Terdapat beberapa untuk mengibarkan bendera seperti bendera pada satutiang, tiga tiang dan bendera-bendera negeri. 94


PERSIAPAN MAJLIS DALAM DEWAN (B) ALIRAN NAIK TURUN PENTAS Peserta yang akan naik ke pentas untuk menerima tauliah atau sijil hendaklah secara kumpulan. Biasanya kumpulan-kumpulan ini di bentuk berdasarkan barisan pada setiap kolum. Setiap penerima sijil dalam kolum barisan akan bergilir-gilir seorang demi seorang naik ke pentas mengikut masa yang betul. Satu baris penerima sijil akan naik ke pentas seorang demi seorang (C) TATACARA MENERIMA SIJIL, TAULIAH ATAU PANGKAT DI ATAS PENTAS Penerima sijil dikehendaki berjalan mengikut laluan yang ditanda. Apabila berada di hadapan untuk menerima sijil,penerima hendaklah melakukan kawad selaku terima iaitu hormat, membuat satu langkah ke hadapan, bersalam dan menerima sijil. Selepas menerima sijil hendaklah mengucapkan terima kasih. Ketika beredar, melakukan satu langkah undur ke belakang, memberi hormat, berpusing ke kiri dan terus berjalan keluar turun pentas. (D) PENYAMPAIAN TAULIAH / SIJIL Tetamu utama (VVIP) dijemput untuk menyampaikan sijil atau tauliah dan diiringi oleh tetamu kehormat, pegawaipengelola, pengerusi atau yang sesuai. ISTIADAT PERHIMPUNAN 95


PERSIAPAN MAJLIS DILUAR DEWAN Hampir kesemua tertib dan tatacara majlis dalam pejabat adalah hampir sama dengan tertib dan tatacara bagi majlis dalam dewan dan dan majlis di luar dewan. (A) PENYAMPAI HADIAH Penyampai sijil atau hadiah adalah merupakan tetamuutama (seorang sahaja). Jika penerima sijil terlalu ramai, maka hendaklah ada masa rehat 5 minit untuk pemberi sijil duduk sebentar. Semasa rehat ini, bolehlah diadakan selingan seperti permainan muzik gamelan atautambor. MAJLIS DALAM PEJABAT ISTIADAT PERHIMPUNAN Contoh Majlis di Luar Dewan Secara keseluruhannya yang dapat kita lihat tatacara dan tertib istiadat pentauliahan bagi keadaan majlis di luar dewan adalah sama bagi majlis di dalam dewan. Tetapi terdapat sedikit perbezaan dari segi kedudukan Penerima Tauliah, Sijil atau Kenaikan Pangkat: Berseorangan Berkumpulan MAJLIS DILUAR DEWAN 96


PERSIAPAN MAJLIS DALAM DEWAN ISTIADAT PERHIMPUNAN (C) SIJIL, TAULIAH DAN PANGKAT Kertas sijil atau tauliah hendaklah dimasukkan dalam skrol.Jika tidak ada skrol maka kertas sijil itu hendaklah digulung dan diikat kemas menggunakan riben. Bagi pemakaian pangkat, appuleete dan pangkat hendaklah terlebih dahulu disediakan. Bagi pangkat yang perlu dilekatkan di bahu, makahendaklah disediakan pin pelekat yang siap dijahit untukmemudahkan pangkat dilekatkan. (B) PEMBAWA DULANG Pembawa dulang hendaklah terdiri daripada tiga orang petugas. Orang pertama ialah orang yang membawa dulang dan menghulurkan sijil kepada pemberi hadiah. Sebelum memberi hadiah, petugas pertama ini hendaklah memberi hormat (sekali) sama ada tabik hormat sebaik sahaja berada di hadapan pemberi hadiah. Kedudukan semasa menghulur sijil atau hadiah ialah menghadap ke arah kanan pentas. Orang kedua akan bersedia memberikan sijil atau hadiah kepada orang pertama manakala orang ketiga berada di meja hadiah untuk menyusundan memastikan sijil atau hadiah yang disampaikan itu betul. Selepas selesai memberi hadiah, orang pertama akan memberikan sekali lagi hormat atau tunduk kepada pemberi hadiah, sijil atau pangkat. 97


ISTIADAT NAIK DAN TURUN BENDERA


(A) KEDUDUKAN ANGGOTA SECARA MELINTANG SUSUN ATUR KEDUDUKAN ANGGOTA SEMASA MENAIKKAN BENDERA KAWAD ISTIADAT Pegawai Komander Pegawai Peserta Peserta Pegawai Komander Pegawai Peserta (B) KEDUDUKAN ANGGOTA SECARA MENEGAK Peserta 98


ISTIADAT MENAIKKAN BENDERA KAWAD ISTIADAT Sebelum menaikkan bendera, ujilah tali bendera terlebih dahulu bagi memastikannya teguh dan tidak mudah putus hingga menyebabkan bendera jatuh atau tidak tentu kibarannya. 1. Mereka yang menaikkan dan menurunkan bendera hendaklah berpakaian kemas. 2. Menaikkan dan menurunkan bendera dengan perlahan-lahan. Sekiranya mengibarkan bendera separuh tiang, bendera hendaklah dinaikkan dahulu. 3. Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan semula bendera sepenuh tiang dan kemudian turunkannya terus. 4. 5.Kedudukan anggota hendaklah menghadap bendera. Semasa upacara menaikan bendera dan nyanyian lagi rasmi negeri,penawai KRS yang memakai uniform lengkap dan half uniform hendaklah memberi tabik hormat sehingga nyanyian selesai. 6. Pengawai yang tidak memakai uniform hendaklah berada di dalam keadaan sedia. 7. 8.Apabila menurunkan bendera separuh tiang, naikkan semula bendera Contoh Menaikkan Bendera 99


ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA KAWAD ISTIADAT Istiadat menurunkan bendera KRS akan dilakukan oleh 7 ahli Kadet Remaja Sekolah yang dilatih khas untuk menurunkan bendera. Apabila juruacara mengumumkan “upacara menurunkan bendera” perkara berikut patutlah dipatuhi: i) Ketua Perbarisan hendaklah memberi hukuman sedia. ii) Para tetamu hendaklah bangun iii)Para petugas berjalan masuk dalam dua barisan menuju ke arah tiang bendera KRS yang dikibarkan. iv) Tiba di tempat bendera KRS dikibarkan ketua petugas akan memberi hukuman “henti”. v) Ketua perbarisan memberi hukuman ‘ menghadap ke kanan/ ke kiri....kanan/kiri pusing’. Semua petugas berpusing menghadap bendera. Vi) Ketua petugas berjalan ke arah tiang bendera dan berhenti. Vii) Isyarat ‘up’ akan diberikan , semua petugas akan berpusingmengadap antara satu sama lain. Ketua petugas akan berjalan ke arah tiang bendera dan berhenti serta menurunkan bendera. viii. Bendera yang diturunkan akan disambut oleh kumpulan petugas. Kumpulan petugas hendaklah memastikan bendera tidak mencecah tanah. Benderayang diturunkan akan dilipat oleh petugas. ix) Bendera yang dilipat akan diserahkan kepada ketua kumpulan petugas. 100


ASAS PERTOLONGAN CEMAS


Memberi pertolongan semasa mangsa tercedera atau memerlukan rawatan perubatan Selamatkan nyawa Melindungi dan mengurangkan kecemasan mangsa apabila ada sesuatu bencana berlaku Menyediakan ubatan, alat-alat untuk melindungi orang-orang yang cedera KONSEP PERTOLONGAN CEMAS Pertolongan Cemas ( PC ) ialah bantuan atau rawatan pertama yang diberikan kepada mangsa kecederaan atau kemalangan atau orang yang diserang oleh penyakit dengan tiba-tiba. Pemberi dan penerima PC haruslah ingat bahawa PC lebih merupakan rawatan sementara sahaja sebelum rawatan sewajarnya daripada doktor atau ahli perubatan diperolehi. ASAS PERTOLONGAN CEMAS PRINSIP BANTU MULA Pertolongan cemas ialah bantuan segera atau rawatan kecemasan yang diberikan untuk orang yang tercedera sebelum mendapatkan bantuan atau perawat yang bertauliah. la biasanya terdiri dari satu teknik yang boleh dilakukan, walaupun tanpa latihan perubatan, oleh hampir semua orang dengan peralatan yang minimum (peti pertolongan cemas). Oleh yang demikian adalah suatu kewajiban bagi ahli sukarelawan menyelamat khususnya untuk mengetahui isi kandungan di dalam peti pertolongan cemas PETI PERTOLONGAN CEMAS 101


Memberi bantuan awal untuk menyelamatkan mangsa dalam situasi yang mengancam nyawa seperti pendarahan yang banyak, terhenti pernafasan dan jantung, terbakar, melecur dan lain lain lagi MENYELAMATKAN NYAWA SEBELUM RAWATAN PERUBATAN TIBA Memberikan keselesaan dan keyakinan dan kata-kata semangat untuk memberikan kelegaan kepada pesakit MENGURANGKAN KESAKITAN Memberi rawatan pertolongan cemas yang betul dan pantas untuk mengelakkan kecederaan atau keadaan pesakit menjadi bertambah teruk MENCEGAH MANGSA DARIPADA MENJADI SEMAKIN TERUK Memastikan tiada lagi bahaya atau bahaya selanjutnya kepada mangsa dan orang lain MEMASTIKAN TIADA LAGI BAHAYA SELANJUTNYA TUJUAN PERTOLONGAN CEMAS ASAS PERTOLONGAN CEMAS 102


BIL PERKARA KEGUNAAN 1 Trianguler bandage (kain anduh) Untuk mengampu bahagim kecederaan/ kepatahan, membalut luka / pendarahan yang didapati ada kepatahan hidang 2 Sterile eye ped Melindung mata yang tercedera / terkena benda asing 3 Non-sterile gaure Sterile gauze Melakukan pencucian/pembebat luka Membuat balutan/memberi tekanan pada perdarahan dan menstabilkan kepatahan 4 Elastic bandage/crepe bandage Roller bandage Menstabilkan kecederaan / kepatahan / untuk membalut luka dan juga kecederaan ringan Dislocation (terseliuh) 5 Glove disposable / non-sterile Melindungi diri dari sebarang cecair badan / sumber jangkitan 6 Scissor Memotong gauze bandage 7 Adhesive tape Melekatkan balutan dan pembebat 8 Sterile multi-trauma dressing/ gauze Melakukan pencucian pembebatan luka 9 Alcohol prep pads Mencuci sebarang benda asing / kekotoran pada luka sebelum membalut 10 Cotton buds Mencuci luka pada kawasan sukar 11 Aeroflavine (ubat kuning) Untuk antiseptik 12 Dettol (boleh diganti dengan Normal Salime solution 0.9%) Antiseptik dan digunakan sebagai cucian luka bear 13 LMS Solution (minyak kuda) Melegakan kesakitan otot ISI KANDUNGAN DALAM PETI PERTOLONGAN CEMAS ASAS PERTOLONGAN CEMAS 103


PELAKSANAAN Letakkan kain pembalut di bawah lengan, tangan dan siku 1. 2.Penjuru kain dibawa ke belakang Suaikan ketinggiannya untuk mendapatkan keselesaan 3. Ikat kedua-dua penjuru di atas bahu yang tidak tercedera 4. Penjuru kain di bahagian siku haruslah di pin 5. ANDUH MENAIK FUNGSI mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera. mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas. JENIS-JENIS ANDUH DAN BALUTAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS Anduh dan Balutan Boleh merujuk kepada playlist video Youtube di sini berkaitan jenis anduh dan balutan: https://youtube.com/playlist?list=PLtcrXAkAD8uYQivC89jxjBIYn5kEBCei&feature=shared PELAKSANAAN Bucu kain anduh diletakkan bawah siku lengan yang tercedara 1. Ikat kain anduh menggunakan ikatan buku sila di atas bahu 2. Kemaskan bucu kain pada siku pesakit 3. ANDUH BESAR / LENGAN FUNGSI mengampu bahagian anggota atas yang luka atau cedera. mengurangkan pergerakan serta sakit anggota atas. 104


PELAKSANAAN Letakkan balutan cincin pada tempat yang luka 1. Letakkan pembalut asas di tengah dahi atas kening mangsa 2. Bawa kedua-dua hujung pembalut ke depan dan ikat buku sila 3. 4.Kemaskan pembalut FUNGSI Mengawal kehilangan darah Menutup luka terbuka di kepala ANDUH KEPALA JENIS-JENIS ANDUH DAN BALUTAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS Anduh dan Balutan Balutan digunakan apabila mangsa tercedara terkena atau tertusuk objek yang tajam Diperbuat daripada pembalut tirus dan Digunakan untuk menutup luka. ANDUH CINCIN PELAKSANAAN Letakkan tangan yang tercedera ke atas kain anduh 1. Lipat bucu kain di atas tangan mangsa 2. Silangkan kedua-dua bucu kain kiri dan kanan ke atas dan bawah 3. Ikat kain anduh dengan ikatan buku sila 4. ANDUH PERGELANGAN TANGAN FUNGSI Mengawal kehilangan darah Menutup luka terbuka 105


PELAKSANAAN Digunakan untuk memegang pembebat pada tangan yang mengalami kecederaan. 1. Pembalut sokongan hendaklah dilebihkan supaya tekanan dapat dibekalkan ke atas tempat yang tercedera 2. PEMBEBATAN TANGAN FUNGSI Mengawal pendarahan Menghalang renjatan Mengurangkan risiko jangkitan PELAKSANAAN Letakkan kain kasa di bahagian yang tercedera 1. Balut tangan dengan menggunakan bandage 2. 3.Pinkan hujung bandage BALUTAN LUKA TAPAK TANGAN FUNGSI Mengawal kehilangan darah Menutup luka terbuka di tapak tangan JENIS-JENIS ANDUH DAN BALUTAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS Anduh dan Balutan PELAKSANAAN Digunakan untuk memegang pembebat pada lutut yang mengalami kecederaan. 1. bandage pada lutut yang cedera secara berselang seli sehingga hujung bandage. 2. 3.Pinkan pada hujung bandage BALUTAN LUTUT FUNGSI Mengawal pendarahan Menutup kawasan luka Mengurangkan risiko jangkitan 106


MERAWATLUKA ASAS PERTOLONGAN CEMAS Merawat Luka, Gigitan dan Sengatan Serangga Luka ialah sejenis kecederaan pada tisu-tisu badan yang mengakibatkan pengaliran darah di bahagian luar atau dalam badan disebabkan alat tajam atau tumpu Luka ini kebiasaannya kulit tidak pecah, tumpahan darah terjadi dalam tisu dan bahagian yang tercedera menjadi lebam LUKA TERTUTUP Luka teruk yang melibatkan organ-organ lain, menyebabkan tumpuhan darah yang banyak, renjatan dan juga jangkitan kuman LUKA TERBUKA JENIS LUKA Rawatan bagi luka kecil hanya memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja. Namun begitu rawatan perlu diberi untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman. Langkah-langkah rawatan luka kecil : Bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor. 1. Cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka. 2. Keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang bersih. 3. Balutkan pembebat atau lekatkan plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka 4. MERAWATLUKA KECIL Pembebatan tangan Melekatkan plaster 107


Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya 1. Jika masih terdapat sengat yang terlekat pada kulit, keluarkan sengat tersebut dengan menggunakan penyepit. Gunakan penyepit yang telah disterilkan supaya dapat membasmi kuman 2. Sapukan krim antihistamine atau larutan ammonia atau larutan soda bikarbonat boleh digunakan. 3. Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak. Sekiranya disengat di dalam mulut, beri masa seketul ais untuk dihisap. 4. Bawa pesakit ke hospital jika alami alahan teruk dan berterusan 5. RAWATAN Sengat dikeluarkan menggunakan penyepit ASAS PERTOLONGAN CEMAS Merawat Luka, Gigitan dan Sengatan Serangga GIGITAN DAN SENGATAN SERANGGA Gigitan serangga adalah luka tebukan, atau luka melecet yang disebabkan oleh serangga. Apabila seekor serangga menggigit, ia akan mengeluarkan sejenis air liur yang boleh mengakibatkan simptom-simptom yang menyakitkan atau reaksi segera pada kulit DEFINISI 108


SIMPLE FRACTURE keadaan di mana tulang tidak tembus ke luar kulit PATAH TULANG TERTUTUP COMPOUND FRACTURE Fragmen tulang terkeluar dan menembusi bahagian kulit atau luka yang berlaku menembusi sehingga ke tulang yang patah. PATAH TULANG TERBUKA KLASIFIKASI PATAH TULANG PATAH TULANG ASAS PERTOLONGAN CEMAS Patah dan Terseliuh Fraktur tulang, patah tulang, atau retak tulang ialah keadaan perubatan yang melibatkan terdapat kepatahan pada kesinambungan tulang. Fraktur tulang boleh disebabkan oleh hentaman atau stres daya tinggi, atau kecederaan remeh disebabkan oleh keadaan perubatan tertentu yang melemahkan tulang, seperti osteoporosis, barah tulang dan osteogenesis tidak sempurna. 109


JENIS PATAH TULANG ASAS PERTOLONGAN CEMAS Patah dan Terseliuh TRANSVERSE Kepatahan yang mendatar atau merentas disebabkan oleh aktiviti yang sangat lasak. MELINTANG OBLIQUE Kepatahan yang bersudut tajam yang disebabkan hentakan kuat secara tiba-tiba MENYERONG SPIRAL Kepatahan yan disebabkan oleh daya putaran yang kuat & menghasilkna bentuk patah seperti spring. PATAH TERPUSING COMMINUTED kepatahan yang menyebabkan tulang menjadi serpihan kecil akibat dari impak yang terlalu kuat REMUK SEGMENTAL Terdapat dua kepatahan pada tulang yang sama menjadikan segmen tengah tulang terpisah PATAH BERSEGMEN IMPACTED / COMPRESSION Patah yang tulangnya mencucukcucuk antara satu sama lain. Biasanya berpunca akibat terjatuh daripada tempat tinggi & terpecah dari pelbagai sudut PATAH LESUNG GREENSTICK Kepatahan separa di mana tulang patah & membengkok. Darah tidak mengalir keluar. Biasanya terjadi pada kanak-kanak PATAH TEBU TORUS Kepatahan tidak lengkap yang biasanya sembuh dalam masa satu bulan (tidak seserius greenstick) MENYERONG 110


Prinsip rawatan untuk kecederaan patah tulang adalah seperti berikut : Memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak Hentikan pendarahan jika ada. Boleh berikan tekanan ringan dengan menggunakan kain pembalut luka atau kain yang bersih Kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. Jangan cuba meluruskan bahagian yang segera. Sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan kain yang bersih Ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat (splin), anduh atau pembebat. Periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat. Tunggu untuk rawatan perubatan Dail pihak berkaitan (999) jika kecederaan patah tersebut serius, mangsa tidak sedar, mempunyai pendarahan teruk atau mengadu kesakitan dan tidak boleh bergerak RAWATAN PATAH TULANG ASAS PERTOLONGAN CEMAS Patah dan Terseliuh ANDUH DAN BALUTAN PATAH 111


TERSELIUH ASAS PERTOLONGAN CEMAS Patah dan Terseliuh Terseliuh adalah terma yang digunakan jika seseorang mengalami kecederaan pada sendi ligamen atau tendon. Kecederaan ini biasanya disebabkan dari kecederaan bersukan apabila pergerakan sendi atau otot bergerak lebih dari tahap keupayaan sesuatu sendi itu berkerja. Terseliuh juga boleh disebabkan oleh kemalangan. Terseliuh boleh menyebabkan sakit dan bengkak pada sendi dan ligamen disebabkan oleh perenggangan atau lebih ekstrim lagi koyak pada bahagian ligamen atau tendon Rehatkan kaki anda dan hentikan pergerakan buat sementara waktu. Pastikan kaki anda berada pada aras yang lebih tinggi untuk mengurangkan aliran darah supaya bengkak akan surut dengan lebih cepat. Berikan sedikit tekanan seperti dengan membalut dengan pembalut bagi mengurangkan bengkak dan sakit. Letakkan ais pada pergelangan kaki, buku lali atau kawasan yang tercedera RAWATAN TERSELIUH R I C E KAEDAH RICE Rawatan terseliuh boleh menggunakan kaedah RICE 112


RESUSITASI KARDIOPULIMONARI (CPR) Adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas. Merupakan kombinasi teknik pernafasan bantuan mulut ke mulut dan juga tekanan dada. Berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus ke seluruh anggota badan. Dua sebab utama CPR dilakukan adalah terhenti pernafasan dan tiada nadi AIRWAY (A) BREATHING (B) CIRCULATION (C) KEMAHIRAN MENYELAMAT ASAS CPR CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas: Saluran Udara, Pernafasan dan Edaran Darah (ataupun disebutkan ABC’s of CPR : Saluran Udara (Airway), Pernafasan (Breathing) dan Edaran Darah (Circulation). PEMULIHAN PERNAFASAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS Pemulihan Pernafasan Pemulihan pernafasan dan jantung, atau dikenali sebagai CPR, merupakan suatu kaedah pertolongan cemas yang dilakukan apabila denyutan jantung dan pernafasan seseorang terhenti, serta hilang kesedaran. PRINSIP PEMULIHAN PERNAFASAN Untuk menyelamatkan nyawa, bekalan oksigen yang terus menerus kepada otak hendaklah dipelihara. Oksigen dihantar kepada tisu-tisu melalui peredaran darah. ‘Pam’ yang mengawal bekalan ini adalah jantung. Jika jantung berhenti berfungsi, kematian akan terjadi kecuali sesuatu tindakan dilakukan serta merta. Oleh itu, untuk memastikan peredaran oksigen terus berlaku, EAR dan CPR mungkin boleh digunakan 113


ASAS PERTOLONGAN CEMAS Pemulihan Pernafasan 5 LANGKAH MELAKUKAN CPR Breathing (Pernafasan) Posisikan pipi dekat dengan hidung dan mulut mangsa, lihat ke arah dada pesakit. Lihat, dengar dan rasa pernafasan selama5 hingga 10 saat. Jika tiada pernafasan, picit hidung pesakit sehingga tertutup dan beri 2 hembusan penuh ke dalam mulutnya selama 2 saat setiap hembusan DANGER (Bahaya) Nilai situasi yang berlaku. Bergantung dengan tempat kejadian. Alihkan benda-benda yang boleh mendatangkan bahaya kepada andadan mangsa. Cuba minta bantuan kalau perlu untuk mengawal keadaan D RESPONSE (Tindak balas) Periksa tindakbalas pesakit. Kejutkan pesakit, tepuk bahu dan tanya “ awak ok ke?”. Letakkan pesakit berbaring terlentang di atas permukaan yang padat. Jika tiada tindakbalas, hubungi ambulans (999 atau 991) R Airway (Saluran pernafasan) Lakukan teknik ‘angkat dagu dan dongak kepala’. Buka salur nafas pesakit secara mendongakkan kepala dengan satu tangan sementara dagunya diangkat dengan tangan yang satu lagi. Periksa kalau lidah mangsa mengganggu laluan pernafasan mangsa. Alihkan lidah tersebut kalau menghalang pernafasan A B Circulation (Peredaran darah) Jika tiada tanda-tanda pernafasan normal,batuk atau sebarang pergerakan pada pesakit, mulakan tekanan di dada. Letakkan tangan di tengah dada /sternum Bone (ulu hati) dan tekan ke dalam 1 ½ ke 2inci sebanyak 15 kali pada kadar 80 – 100kali seminit. Dengan kiraan Satu, Dan Dua, Dan Tiga sehingga Dan Lima Belas. Teruskan dengan 2 hembusan dan 15 kali tekanan sehingga bantuan perubatan tiba C 114


EXPIRED AIR RESUSCITATION (EAR) EAR adalah kaedah di mana penyelamat memberi nafas kepada mangsa yang terhenti pernafasannya. Kaedah ini adalah berkesan untuk memasukkan udara berserta oksigen ke dalam paru-paru mangsa jika mangsa telah berhenti bernafas tetapi masih mempunyai denyutan nadi. PROSEDUR EAR 1.Periksa keadaan mangsa. Pastikan saluran pernafasan mangsa tidak tersumbat, bersihkan mulut, dongakkan kepala mangsa ke belakang dengan perlahan dan angkat rahang ke atas serta picit hidung. 2. Tarik nafas anda dan hembuskan dengan empat kali hembusan sehingga rongga dada mangsa naik ke atas. 3. Dengar pernafasan pesakit dan periksa denyutan nadi pesakit di bahagian arteri karotid. Sekiranya masih tiada denyutan nadi, teruskan memberi bantuan pernafasan setiap lima saat sehingga pesakit pulih atau bantuan prubatan tiba. 4. ASAS PERTOLONGAN CEMAS Pemulihan Pernafasan MULUT-KEMULUT MULUT-KEHIDUNG Penyelamat akan menutup mulut mangsa, melekapkan mulut ke hidung mangsa, bernafas dengan perlahanlahan dan kemudiannya melepaskan rahangnya untuk membolehkan mangsa menghembuskan nafas keluar. MULUT-KE-HIDUNGDAN-MULUT kaedah pilihan untuk melakukan resusitasi kepada kanak-kanak, kerana mulut penyelamat boleh menutup mulut dan hidung kanak-kanak tersebut. 3 TEKNIK EAR Penyelamat melekapkan mulutnya ke mulut mangsa dan bernafas ke saluran udara mangsa melalui mulut 115


POSISI PEMULIHAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS Pemulihan Pernafasan PROSEDUR MENGALIHKAN MANGSA KEPADA POSISI PEMULIHAN 1.Bengkokkan siku dan tapak tangan kanannya ke atas. Angkat lengan kiri ke atas dada dengan tapak tangan diletakkan ke bawah pipinya. 2. Mengerengkan mangsa dengan menarik peha kiri ke arah anda dalam kedudukan bersudut tepat untuk mengelak mangsa tergolek ke hadapan. 3. 4.Condongkan kepala ke belakang supaya saluran udara sentiasa terbuka Jika mangsa mula bernafas dan nadinya kembali semasa atau selepas resusitasi, anda perlu meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan. 116


TEKNIK USUNGAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS Teknik Usungan Merupakan tatacara atau kaedah mengalihkan mangsa dari satu tempat ke tempat lain dengan selamat menggunakan alat usungan atau tanpa alat. Usungan penting bagi kerja-kerja mengangkat, mengalih dan menyelamat. Kerja mengangkat mangsa adalah perkara asas dalam tugasan menyelamat PRINSIP ASAS MENGANGKAT MANGSA Apabila berlaku kemalangan, salah satu perkara yang utama perlu diambil perhatian ialah menentukan sama ada mangsa perlu dirawat ditempat kejadian atau perlu dipindahkan ke tempat lain. Hal ini bergantung kepada keadaan dan situasi mangsa dan tempat kemalangan Jika kecederaan lebih teruk, rawatan serta merta perlu dilakukan di tempat kejadian. Kemungkinan pemindahan akan lebih membahayakan mangsa. Anda tidak digalakkan memindahkan mangsa bersendirian kecuali jika ada orang lain yang juga berpengetahuan dalam bidang Pertolongan Cemas Bertindaklah dengan pantas. Jangan panik dan lakukan perkara yang difikirkan penting Jangan pindahkan mangsa sebelum membuat pemeriksaan rapi terutamanya kepala, leher, dada, perut dan anggota-anggota lain. Mengutamakan keselesaan pesakit Pastikan kecederaan tidak bertambah teruk Memerhatikan keadaan pesakit semasa pemindahan PRINSIP LAIN 117


ASAS PERTOLONGAN CEMAS Teknik Usungan CARA MENGUSUNG MANGSA MENGGUNAKAN USUNGAN (STRETCHER) 3 orang pembantu berada disebelah mangsa manakala satu orang berada di sebelah satu lagi mangsa. 1. 2. Pembantu akan melutut dengan mengangkat lutut sebelah kanan. Mangsa akan diletakkan ke atas lutut kanan ketiga-tiga pembantu secara serentak, kemudian mangsa akan dipindahkan ke atas usungan 3. MENGANGKAT PESAKIT MENGGUNAKAN USUNGAN (STRETCHER) Kaedah ini memerlukan ramai pembantu dan khususnya untuk mangsa yang tidak dapat bergerak disebabkan patah tulang belakang, leher atau kaki. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk mangsa yang memerlukan pemindahan jarak jauh Cara menggunakan stretcher 118


(CRANDLE CARRY) Anda perlu mencangkung di sebelah mangsa yang cedera. Letakkan lengan anda pada tubuh badan mangsa iaitu di atas pada pinggang. KAEDAH MENDUKUNG Letakkan sebelah lagi tangan anda di bawah paha mangsa. Rapatkan badan mangsa terhadap anda dan angkat. (SHOULDER DRAG) Meletakkan pesakit ke atas selimut tebal kemudiannya ditarik dengan memegang tepain selimut. Usungan ini membolehkan pesakit diangkut ke tempat yang jauh sedikit dan sepatutnya diusahakan jika pesakit mempunyai kecederaan badan dan di dalam ketenatan. KAEDAH MENARIK KAEDAH MENOPANG Digunakan sekiranya pesakit boleh berjalan Pesakit menopang dan bergantung di sisi penolong yang berjalan mengiringinya. MENGANGKAT PESAKIT TANPA MENGGUNAKAN USUNGAN (STRETCHER) ASAS PERTOLONGAN CEMAS Teknik Usungan (PIGGY BACK CARRY) Anda perlu membongkok di depan mangsa. Belakang anda perlu menghadap mangsa. Minta mangsa untuk meletakkan lengannya di sekeliling leher anda. KAEDAH MENGENDONG Pegang dengan erat paha mangsa dan bangun perlahan-lahan. 119


KAEDAH MENGANGKAT MANGSA DENGAN MENGGUNAKAN PERALATAN LAIN ASAS PERTOLONGAN CEMAS Teknik Usungan IMPROVISED STRETCHER (PENGUSUNG GANTIAN) Kaedah & teknik: Menggunakan selimut dan diangkat keempat-empat bucunya. Menggunakan empat atau lima kain yang diikat di dua batang kayu Menggunakan dua buah guni atau kain sarung. Kemudian di masukkan dua batang kayu di dalamnya Menggunakan tiga atau empat baju kemeja. Masukkan dua batang kayu di dalam baju-baju tersebut dan kemudian butangkan kancing CHAIR CARRY Kaedah dan teknik: Memerlukan dua orang penyelamat, seorang di hujung kaki dan seorang lagi di tengah-tengah badan mangsa. Penyelamat di hujung kaki mengangkat mangsa dengan menggunakan sebelah tangan sambil seblah lagi menyorongkan kerusi hingga ke bawah punggung mangsa. Apabila mangsa berada di atas kerusi barulah diangkat Tanpa menggunakan usungan (stretcher) 120


DISIPLIN DAN KEROHANIAN


PENDIDIKAN KEROHANIAN DAN MORAL DISIPLIN DAN KEROHANIAN Pendidikan untuk mengenal tuhan mengenali adat/ istiadat bangsa / kaum di Malaysia memahami tanggungjawab sebagai pelajar/warganegara/anggota masyarakat. amalan mulia yang perlu – menghormati ibubapa/guru/pemimpin 1 2 3 4 UMUM berpegang teguh kepada ajaran agama serta berbakti kepada masyarakat Melahirkan generasi pelajar yang cintakan negara, mempunyai disiplin diri yang kental MATLAMAT UTAMA 121


PENDIDIKAN KEROHANIAN DAN MORAL PENDIDIKAN KETATANEGARAAN 1. Mengenal bendera negara Malaysia termasuk makna yang terdapat pada bendera tersebut. JALUR GEMILANG 2. Menyanyi lagu ‘Negaraku’ dengan penuh semangat, serta lagu-lagu patriotik yang lain 3. Memahami dan Menghayati Rukun Negara. 4. Konsep kekeluargaan aspek-aspek seperti saling mendukung, saling memahami, membangun komunikasi yangbaik, dan menciptakan ikatan emosional yang kuat di dalam keluarga 5. Kebudayaan Melayu dan kebudayaan kaum-kaum lain 6 Mengenal tokoh-tokoh pejuang Kemerdekaan Negara dan tokoh-tokoh negara KURIKULUM PENDIDIKAN KETATANEGARAAN Melahirkan pelajar yang bersemangat patriotisme Membina generasi pelajar yang mengetahui, memahami, menghayati, mengamalkan akhlak mulia Menyediakan generasi pelajar berdisiplin dalam menghadapi cabaran yang mendatang OBJEKTIF DISIPLIN DAN KEROHANIAN 122


Memahami siapa diri kita, termasuk kebolehan, minat, nilai, dan potensi peribadi. KESEDARAN DIRI Menetapkan matlamat hidup, perancangan masa depan, dan merancang strategi untuk mencapainya MATLAMAT DAN PERANCANGAN Menguasai kemahiran-kemahiran asas seperti daya tahan stres, kebolehan beradaptasi, dan kesediaan untuk mempelajari perkara baru. KEMAHIRAN KECEKAPAN PERIBADI Berkomunikasi dengan efektif, baik dalam hubungan peribadi mahupun profesional. KEMAHIRAN KOMUNIKASI PENDIDIKAN PENGURUSAN & GAYA DIRI DISPLIN DAN KEROHANIAN Usaha untuk memahami, mengembangkan, dan menguruskan diri sendiri dengan bertanggungjawab. Ini melibatkan kesedaran diri terhadap kekuatan dan kelemahan peribadi, nilai-nilai, matlamat hidup, dan kemahirankemahiran yang diperlukan untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan ASPEK PENDIDIKAN PENGURUSAN 123


Mengembangkan kemahiran untuk mengenal pasti, menilai, dan menyelesaikan masalah dengan berkesan. KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH Menguruskan masa dengan bijak untuk mencapai matlamat dan keperluan peribadi. PENGURUSAN MASA PENDIDIKAN PENGURUSAN & GAYA DIRI DISPLIN DAN KEROHANIAN PENDIDIKAN PENGURUSAN & GAYA DIRI 124


Click to View FlipBook Version