i|Page
INTISARI
BIL PERKARA.
1. Sekapur Sirih Seulas Pinang – Kata-kata Aluan Yang Dipertua PIBG
2. Sekapur Sirih Seulas Pinang – Kata-kata Aluan Penasihat PIBG
3. Notis Panggilan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 Tahun 2022
4. Atur Cara Majlis
5. Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 Tahun 2022
6. Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47 Tahun 2022
7. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021 / 2022
8. Senarai Kehadiran Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2021/2022
9. Laporan Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 Tahun 2021
10. Laporan Aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Tahun 2021
11. Penyata Kewangan Penerimaan dan Pembayaran berakhir 31 Disember 2021
12. Usul-usul Jawatankuasa PIBG dan Ibu Bapa/Waris/Penjaga
13. Sekalung Penghargaa
ii | P a g e
Sekapur sirih Seulas Pinang
Kata-kata Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, saya panjatkan setinggi-tinggi syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya dapat
saya mengutuskan sepatah dua kata dalam ruangan Sekapur sirih Seulas Pinang ini sempena
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-47 bagi tahun 2022.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, PIBG mempunyai objektif dalam membantu dan bekerjasama
dalam mendokong misi dan visi sekolah. PIBG turut bermuafakat dengan pihak sekolah dalam
melonjakkan pencapaian yang gemilang dalam bidang akademik, kokurikulum dan sebagainya. Di
samping itu, PIBG juga sebagai medium untuk sama-sama berganding bahu mengatasi sebarang
masalah yang timbul secara dalaman ataupun luaran.
Saya selaku Yang Dipertua PIBG sekolah ini bagi sesi 2021/2022 amat berterima kasih atas segala
kerjasama, sumbangan idea dan tenaga yang telah diberikan oleh pihak pengurusan sekolah, guru-
guru serta kakitangan sekolah dalam menjayakan program-program anjuran PIBG. Setinggi-tinggi
penghargaan juga kepada ibu bapa dan penjaga yang menyumbangkan tenaga, memberi kerjasama
dan komitmen bagi memastikan kejayaan anak-anak di sekolah ini.
Sebelum mengakhiri ucapan, sekali lagi saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-
47 ini. Saya amat berharap Ahli Jawatankuasa yang dilantik akan dapat membantu pihak sekolah
dalam menjalankan aktiviti bagi meningkatkan prestasi anak-anak kita di S.K Padang Perahu ini.
Mudah-mudahan pengorbanan serta niat murni kita dapat memangkin kejayaan anak-anak kita agar
gemilang dan terbilang.
Akhir kata, saya memohon kemaafan sekiranya ada salah silap dan kelemahan saya semasa
menerajui PIBG S.K Padang Perahu. Semoga kerjasama erat PIBG dan pihak sekolah akan terus
berkekalan demi kejayaan anak-anak kita. InsyaAllah.
Sekian, terima kasih.
(Zainudin bin Talib))
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
S.K Padang Perahu, Kodiang, Kedah
1|Page
Sekapur Sirih Seulas Pinang
Kata-kata Aluan Penasihat PIBG
Assalamualaikum w.b.t. dan selamat sejahtera
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana mengizinkan saya menguntaikan sepatah
dua kata sempena Mesyuarat Agung PIBG SK Padang Perahu kali ke-47 bagi tahun sesi 2021/2022
ini.
Sekalung tahniah, syabas dan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG dan semua Ahli Jawatankuasa
PIBG kerana memberikan komitmen yang tinggi dan berjaya melaksanakan tanggungjawab bersama
iaitu Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2021/2022 kali ke-47.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih
kepada semua ibu bapa, penjaga dan guru-guru yang menjadi ahli persatuan yang bertapak teguh
dan menabur budi sejak sekian lamanya di sekolah ini. Tidak jemu dan putus asa memberi
sumbangan dalam membantu pihak sekolah ke arah kecemerlangan dan kegemilangan masa depan
anak-anak kita semua.
Saya amat berharap dengan wujudnya kerjasama erat antara pihak sekolah dan PIBG,
kecemerlangan sekolah dapat ditingkatkan dan menjadi sebuah sekolah yang gemilang bukan sahaja
dalam bidang akademik malah dapat melahirkan membina modal insan yang mempunyai sahsiah
murni dan berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Akhir kata, semoga kita akan dapat menjayakan visi, misi dan hasrat sekolah berlandaskan Pelan
Pembangunan Pendidikan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan, kemahiran berfikir,
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, beretika dan kerohanian, dan beridentiti nasional
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Sekian, terima kasih.
Encik Che Zainudin Bin Che Mohamad,
Penasihat Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
merangkap Guru Besar SK Padang Perahu.
2|Page
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG PERAHU
06000 Jitra Kedah Darul Aman Tel: 04. 9291677/Fax : 04-9291676
Rujukan : SKPP-100-13/1/4 ( )
Tarikh : 29 MEI 2022
Kepada,
Semua Ibubapa, Waris dan Penjaga Murid,
SK Padang Perahu.
Tuan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SK PADANG PERAHU KALI KE-47
Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.
2. Sukacita dimaklumkan Mesyuarat Agung PIBG SK Padang Perahu kali ke-47 akan diadakan
seperti ketetapan yang berikut :
Tarikh : 16.06.2022 (Khamis)
Jam
Tempat : 2.00 Petang
Perasmi
: Dewan Seri Maharaja SK Padang Perahu
: Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Salleh Bin Haji Saidin, DPSM, DIMP,
Pengarah Urusan Yayasan Salleh Saidin
3. Sehubungan itu, tuan dijemput hadir dan diminta menghantar usul sekiranya ada dengan
menggunakan borang yang dikepilkan kepada setiausaha PIBG pada atau sebelum 2.06.2022
(Khamis).
4. Selain itu, pihak PIBG akan memungut sumbangan PIBG pada hari tersebut. Pecahan sumbangan
seperti berikut:
1. Sumbangan PIBG RM 20 (sekeluarga)
2. Komputer RM 10 setiap murid
3. Surau RM 10 setiap murid
4. Keceriaan RM 10 setiap murid
Sekian, terima kasih.
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”
Saya yang menjalankan amanah,
……………………..............
(MOHD SHAHRIZAN BIN ABU @ RAMLI)
Setiausaha PIBG,
Sekolah Kebangsaan Padang Perahu,
06000 Jitra, Kedah.
3|Page
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG SKPP KALI KE-47 TAHUN 2022
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG PERAHU
06000 JITRA KEDAH
Slot 1.
1. Aluan Pengacara Majlis
2. Bacaan Doa
3. Ucapan Aluan Penasihat PIBG
4. Ucapan YDP PIBG
5. Perasmian Oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Salleh Bin Haji Saidin, DPSM, DIMP,
(Pengarah Urusan Yayasan Salleh Saidin)
Slot 2.
1. Ucapan Pengerusi
2. Membentang dan mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46
3. Perkara Berbangkit
4. Membentang Laporan Kewangan berakhir pada 31 Disember 2021
5. Membentang Laporan Tahunan Aktiviti PIBG SKPP 2021
6. Memilih pengerusi sementara
7. Pemilihan AJK PIBG sesi 2022/2023
- YDP
- NYDP
- Setiausaha (guru)
- Bendahari (guru)
- Jawatankuasa :
(5 orang dalam kalangan waris)
(4 orang dalam kalangan guru)
- Jawatankuasa Audit :
(1 orang waris)
(1 orang guru)
8. Membahaskan Usul / Cadangan
- Waris
- AJK PIBG
9. Ucapan Penangguhan
10. Cabutan Bertuah
11. Bersurai
4|Page
ATUR CARA MAJLIS
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG PERAHU KALI KE-47 TAHUN 2022
Hari : Khamis
Tarikh : 16.06.2022
Masa : 2.30 petang
TEMPAT : Dewan Seri Maharaja SK Padang Perahu
Slot 1.
i. Aluan Pengacara Majlis
ii. Bacaan Doa
iii. Ucapan Aluan Penasihat PIBG
iv. Ucapan YDP PIBG
v Perasmian Oleh Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Salleh Bin Haji Saidin, DPSM, DIMP,
(Pengarah Urusan Yayasan Salleh Saidin)
Slot 2.
1. Perutusan YDP PIBG
2. Ucapan Guru Besar
3. Membentangkan dan mengesahkan minit mesyuarat agung yang lalu.
4. Perkara2 berbangkit
5. Laporan Aktiviti PIBG
6. Pembentangan Laporan Penyata Kewangan dan Pengesahan
7. Memilih pengerusi sementara
8. Pemilihan AJK PIBG sesi 2022/2023
9. Membahaskan Usul / Cadangan
10. Ucapan Penangguhan
11. Cabutan Bertuah
12. Bersurai
Pencatat Minit Mesyuarat
1. Pn. Alenda Binti Hamid (AJK PIBG)
2. Cik Siti Zuraida Binti Azizh
3. Pn. Norazlina Binti Yusof
4. Pn. Filzah Binti Mustaffa
5|Page
JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
(PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG PERAHU KALI KE-47 TAHUN 2022
Tarikh : 16 Jun 2022
Hari : Khamis
Masa : 2.00 petang
Tempat : Dewan Seri Maharaja SK Padang
Perahu
Penasihat : En. Che Zainudin Bin Che Mohamad
Pengerusi : En. Zainudin Bin Talib
Naib Pengerusi : En. Mohd Ghozwan Bin Ibrahim (melepaskan jawatan
pada 28.03.2022)
Setiausaha : En. Mohd Shahrizan Bin Abu@Ramli
Bendahari : En. Mohd Azlan Bin Mohamed
Penolong Kanan Kurikulum : En. Mohamad Zahid Bin Haris
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid : En. Anuar Bin Ahmad
Penolong Kanan Kokurikulum : En. Mohammad Johari Bin Ahmad
1. SAMBUTAN
En. Zainudin Bin Talib (AJK PIBG)
En. Che Zainudin Bin Che Mohamad
En. Mohamad Zahid Bin Haris
En. Anuar Bin Ahmad
En. Mohammad Johari Bin Ahmad
En. Mohd Shahrizan Bin Abu @ Ramli
En. Mohd Azlan Bin Mohamed
2. PENDAFTARAN
En. Mohammad Sobri Bin Mahyuddin
Pn. Haslina Binti Hashan
Pn. Rosma Binti Ramli
3. DOA
Ustaz Amar Bin Md. Noh
4. BUKU PROGRAM
Cik Munirah Binti Mansor
Pn. Shahidah Binti Ibrahim
5. CENDERAMATA/SIJIL
Pn. Rahana Binti Remeli
Pn. Almirra Binti Abdullah
6|Page
6. CABUTAN BERTUAH
Pn. Kausar Binti Mohd Fadzil (AJK PIBG)
Pn. Afifah Binti Abd Ghani
7. PENCATAT MINIT
Pn. Alenda Binti Hamid (AJK PIBG)
Cik Siti Zuraida Binti Azizh
Pn. Norazlina Binti Yusof
Pn. Filzah Binti Mustaffa
8. PENGACARA MAJLIS/PENGERUSI SEMENTARA
En. Mohamad Shukri Bin Ahmad (AJK PIBG)
En. Azman Bin Abdul Azib
9. FOTOGRAFI DAN DOKUMENTASI
Pn. Siti Kholijah Binti Ismail
Pn. Natasha Amylia Binti Sobri
10 BANNER
En. Azman Bin Abdul Azib
11 JAMUAN WARIS
Pn. Aliza Binti Mat Akhir (AJK PIBG)
Pn. Noraini Binti Md Yusop
Pn. Intan Safinas Binti Harun
Pn. Noraashikin Binti Ahmad
12 JAMUAN VIP
Pn. Norasimah Binti Ahmad (AJK PIBG)
Pn. Che Nah Binti Mohammad
Rajaludin
13 SIARAYA
En. Mohd Zuki Bin Mohd Noor
En. Mohammad Sobri Bin Mahyuddin
14 KEBERSIHAN
En. Idrus Bin Saad
En. Marzuki Bin Ismail
En. Idrus Bin Saad
Pekerja
7|Page
15. SUMBANGAN
Pn. Kausar Binti Mohd Fadzil (AJK PIBG)
Pn. Zakirah Binti Zulkifli
16. HIASAN PENTAS
Pn. Hashimah Binti Ibrahim (AJK PIBG)
Pn. Zuraini Binti Mohd Zuki
Pn. Siti Mazenah Binti Lebai Muhamad
Pn. Rositoh Binti Ahmad
17. PERSIAPAN DEWAN/TEMPAT
En. Cik Amirudin Bin Ahmad (AJK PIBG)
En. Marzuki Bin Ismail
En. Idrus Bin Saad
18. BUKU LAPORAN
En. Mohd Shahrizan Bin Abu@Ramli
19. AJK PERBINCANGAN USUL
En. Zainudin Bin Talib (AJK PIBG)
En. Che Zainudin Bin Che Mohamad
En. Mohamad Zahid Bin Haris
En. Anuar Bin Ahmad
En. Mohammad Johari Bin Ahmad
En. Mohd Shahrizan Bin Abu @ Ramli
En. Mohd Azlan Bin Mohamed
8|Page
SENARAI NAMA JAWATANKUASA PIBG S.K. PADANG PERAHU SESI 2021/2022
JAWATAN NAMA
Penasihat En. Che Zainudin B. Che Mohamad
Yang Dipertua PIBG
Naib Yang Dipertua PIBG En. Zainudin B. Talib
Penolong Kanan Kurikulum En. Mohd Ghozwan B. Ibrahim (melepaskan jawatan
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 28.3.2022)
Penolong Kanan Kokurikulum En. Mohamad Zahid B. Haris
Setiausaha
Bendahari En. Anuar B. Ahmad
AJK Ibu Bapa En. Mohammad Johari B. Ahmad
En. Mohd Shahrizan B. Abu @ Ramli
AJK Guru
Juruaudit En. Mohd Azlan B. Mohamed
Pembantu Tadbir Pn. Alenda Bt. Hamid
Pn. Hashimah Bt. Ibrahim
Pn. Norasimah Bt. Ahmad
En. Mohamad Shukri B. Ahmad
En. Cik Amirudin B. Ahmad
Encik En. Idrus B. Saad
Pn. Rosma Bt. Ramli
Pn. Mashitoh Bt. Jamaludin (bersara 8.12.2021)
Pn. Kausar Bt. Mohd Fadzil
Puan Che Nah Bt. Mohamad Rajaludin
9|Page
SENARAI SEMAK KEHADIRAN AJK KE MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG
SESI 2021/ 2022
BIL NAMA JAWATAN SESI 2021 SESI 2022
12 34
1 Encik Che Zainudin B. Che Penasihat
Mohamad Yang Dipertua PIBG 13/10 24/2
Naib Yang Dipertua PIBG √ √
Penolong Kanan Kurikulum
2 Encik Zainudin B. Talib √√
3 Encik Mohd Ghozwan B. Ibrahim √√
4 Encik Mohamad Zahid B. Haris √ THS
√√
5 Encik Anuar B. Ahmad Penolong Kanan Hal Ehwal Murid √ THS
√√
6 Encik Mohammad Johari B. Ahmad Penolong Kanan Kokurikulum
7 Encik Mohd Shahriizan B. Abu @ Setiausaha √√
Ramli Bendahari √ THS
√√
8 Encik Mohd Azlan B. Mohamed √√
9 En. Cik Amirudin B. Ahmad Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa
10 Pn. Alenda Bt. Hamid Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa
11 Pn. Hashimah Bt. Ibrahim Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa √√
12 Pn. Norasimah Bt. Ahmad Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa √√
√ THS
13 En. Mohamad Shukri B. Ahmad Ahli Jawatankuasa Ibu Bapa √ THS
√√
14 Pn. Aliza Bt. Mat Akhir Ahli JawatanKuasa Ibu Bapa √√
√√
15 Pn. Rosma Bt. Ramli Ahli Jawatankuasa Guru √ THS
16 Encik En. Idrus B. Saad Ahli Jawatankuasa Guru
17 Pn. Mashitoh Bt. Jamaludin Pemeriksa Kira-kira I (Ibu Bapa)
18 Pn. Kausar Bt. Mohd Fadzil Pemeriksa Kira-kira II (Guru)
19 Puan Che Nah Bt. Mohamad Pembantu Tadbir
Rajaludin
20
Nota :
√ - Hadir
X - Tidak
THS - Tidak Hadir Bersebab
P - Pindah
10 | P a g e
LAPORAN MAJLIS PERASMIAN
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
S.K. PADANG PERAHU KALI KE- 46 TAHUN 2021
Tarikh : 25 September 2021(Sabtu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Kediaman masing-masing
Platform : Google Meet
Pautan Link : https://meet.google.com/ggg-uzkj-xpq
Kehadiran : 90 orang
ALUAN PENGERUSI MAJLIS
Pengerusi majlis melafazkan ucap salam dan mengalu-alukan kehadiran tetamu jemputan
iaitu Yang Berbahagia Senator Dato’ Wira Haji Othman bin Aziz,Senator Dewan Negara, Yang
Berusaha En. Zainudin bin Talib, selaku Yang Dipertua PIBG SKPP, Yang Berusaha En.
Che Zainudin bin Che Mohamad, Penasihat PIBG merangkap Guru Besar SKPP, ahli-ahli
Jawatankuasa PIBG, barisan Penolong Kanan, guru-guru dan seterusnya para waris yang
sudi meluangkan masa hadir pada mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Padang
Perahu kali ke-46 tahun 2021.
BACAAN DOA
Bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Amar Bin Md Noh
ALUAN PENASIHAT – GURU BESAR SK PADANG PERAHU
i. En Che Zainudin bin Che Mohamad selaku penasihat PIBG SKPP merangkap Guru
Besar SKPP mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia Senator Dato’ Wira Haji
Othman bin Aziz, Senator Dewan Negara, Yang Berusaha En. Zainuddin binTalib
selaku YDP PIBG SKPP Sesi 2019-2021 serta barisan Jawatankuasa PIBG SKPP,
guru-guru Penolong Kanan serta guru -guru SKPP ke Mesyuarat Agung PIBG SKPP
pada hari ini. Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada ibu bapa kerana sudi
hadir dan meluangkan masa ke mesyuarat pada kali ini.
ii. Beliau mengucapkan syukur kehadrat Allah kerana dengan izin-Nya dapat
melaksanakan Mesyuarat Agung PIBG kali-46 pada hari ini walaupun secara maya.
Beliau sememangnya berhasrat untuk mengadakan mesyuarat ini secara bersemuka
namun pandemik Covid-19 menjadi kekangan dan pihak sekolah perlu mengikut
Standard Operasi Prosedur (SOP) yang ditetapkan.
11 | P a g e
iii. Beliau menzahirkan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Senator Dato’ Wira
Haji Othman bin Aziz kerana sudi merasmikn mesyuarat pada hari ini dan juga telah banyak
memberi sumbangan kepada sekolah.
iv. Sebagai pentadbir, beliau akan berusaha sebaik mungkin untuk pembangunan
prasarana sekolah dan memastikannya dapat berfungsi dengan baik untuk
kemudahan warga sekolah.Beberapa penambahbaikan prasarana sekolah telah
dilakukan termasuklah menggantikan lampu, kipas, pintu bilik darjah yang rosak dan
menceriakan persekitaran sekolah.
v. Pandemik Covid-19 menyebabkan sesi persekolahan terpaksa ditutup dan sesi
pengajaran dan pembelajaran dijalankan di rumah (PdPR).
vi. Beliau mengucapkan terima kasih kepada murid-murid yang menyertai PdPR. Terima
kasih juga kepada ibu bapa yang prihatin dengan pendidikan anak-anak. Namun
begitu, terdapat juga murid yang tidak pernah langsung mengikuti PdPR. Beliau amat
berharap agar ibu bapa dapat memantau dan memastikan anak-anak mengikuti
PdPR yang sedang dilaksanakan sekarang.
vii. Beliau mengharapkan agar ibu bapa tidak bergantung sepenuhnya pendidikan anak-
anak kepada pihak sekolah, sebaliknya sentiasa berusaha untuk membimbing dan
memantau pembelajaran anak-anak sendiri di rumah.
viii. Beliau juga sangat berharap agar ibu bapa sentiasa peka dan mengikuti pesanan
serta arahan guru dalam group Whatapps kelas. Jika timbul sebarang masalah perlu
ditangani bersama-sama dan jangan biarkan anak-anak tidak mengikuti PdPR.
ix. Pihak PIBG sentiasa menyokong dan membantu pihak sekolah menjalankan pelbagai
aktiviti. Beliau menaruh harapan agar semua ibu bapa dapat menyumbang untuk
menambahkan dana PIBG demi pendidikan anak-anak dan kejayaan sekolah.
x. Pihak sekolah juga sentiasa membantu dan memberi sumbangan kepada ibu bapa
yang terkesan dengan Covid-19 hampir setiap bulan.
xi. Beliau mengucapkan terima kasih sekali lagi kepada semua yang hadir menjayakan
mesyuarat pada hari ini.
ALUAN YDP PIBG
i. En.Zainudin binTalib selaku Yang DiPertua PIBG SKPP Sesi 2019-2021 memulakan
ucapan dengan mengucapkan syukur ke hadrat Allah kerana dengan izinnya dapat
diadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-46 ini walaupun secara maya. Ucapan
12 | P a g e
ribuan terima kasih kepada Yang Berbahagia Senator Dato’ Wira haji Othman bin Aziz
kerana sudi hadir merasmikan Mesyuarat Agung PIBG SKPP kali ke-46 ini.
Penghargaan juga dirakamkan kepada En.Che Zainudin bin Che Mohamad, Guru
Besar SKPP, guru-guru dan semua AJK PIBG yang telah memberikan kerjasama
yang baik kepada pihak sekolah dan guru-guru bagi menjalankan semua aktiviti dan
program yang telah dirancang.
ii. Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana kita dapat bersama sekali lagi bagi menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-46 pada tahun ini dalam keadaan yang amat berbeza
daripada tahun-tahun lepas akibat pandemik Covid -19 melanda dunia kini. Beliau juga
mengucapkan tahniah kepada semua ibu bapa yang telah dapat meluangkan masa
untuk hadir pada hari ini.
iii. Beliau di pihak PIBG amat berbangga atas kesudian YB Senator Dato’ Wira Haji
Othman bin Aziz bersama-sama dengan kita pada hari in. Untuk pengetahuan semua,
YB Senator Dato’ wira Othman bin Aziz ini seorang yang sentiasa memberi komitmen
dan bantuan kepada SKPP. Salah satunya ialah studio SKPP adalah hasil bantuan
beliau. Semoga selepas ini, ada lagi bantuan yang boleh disalurkan kepada SKPP.
iv. Sesungguhnya Mesyuarat Agung PIBG ini merupakan platform terbaik untuk semua
ibu bapa bertemu muka bagi berkongsi idea dan pendapat yang bernas untuk
meningkatkan lagi pencapaian sekolah sama ada dalam akademik mahupun
kokurikulum. Syabas juga kepada semua tenaga pendidik yang telah bekerja keras
menyediakan bahan PdPR bagi memastikan semua murid dapat belajar secara maya
di rumah sepanjang musim Covid-19 ini.
v. Sebagai Yang Dipertua PIBG, beliau dan barisan AJK telah berusaha untuk
menjalankan tugas yang telah diamanahkan dengan sebaik mungkin. Dalam segala
tindakan yang dilakukan, pihak PIBG sentiasa memikirkan kebajikan anak-anak kita di
sekolah ini dan ingin sentiasa memberikan yang terbaik walaupun kadang kala
berdepan dengan kesukaran terutamanya masalah kewangan.
vi. Sumbangan PIBG yang telah diberikan oleh ibu bapa telah digunakan dengan sebaik-
baiknya untuk membantu membiayai program-program sekolah demi meningkatkan
pencapaian pendidikan dan sahsiah anak-anak kita di sekolah ini.
vii. Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah memberi sumbangan
PIBG. Hal ini memudahkan pelbagai program sekolah dapat dilaksanakan demi
pembelajaran anak-anak.
viii. Pihak PIBG sentiasa peka dan prihatin dengan setiap sumbangan daripada ibu bapa.
Sumbangan tersebut bukan semata- mata wang ringgit tetapi kerjasama daripada ibu
bapa untuk memastikan anak-anak sentiasa hadir ke sekolah. Sokongan dan
13 | P a g e
dorongan daripada ibu bapa itulah yang lebih utama dan penting sebagai kunci
kejayaan anak-anak. Beliau menggesa agar ibu bapa turut membantu anak-anak
dalam proses pembelajaran mereka terutamanya semasa PdPR.
ix. Beliau juga menyeru kepada semua ibu bapa agar sentiasa menyokong dan
memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak sekolah bagi memastikan
kejayaan SKPP dan berharap supaya semua AJK PIBG akan dapat meneruskan
usaha dengan lebih gigih lagi bagi membantu pihak sekolah.
UCAPAN PERASMIAN OLEH YB SENATOR DATO’ WIRA HAJI OTHMAN BIN AZIZ
(SENATOR DEWAN NEGARA)
i. YB Senator Dato’ Wira Haji Othman bin Aziz menyampaikan ucapan salam kepada
En. Che Zainudinbin Che Mohamad, Guru Besar SKPP, YDP PIBG, AJK PIBG, guru-
guru dan ibu bapa/waris.
ii. Beliau memanjatkan rasa bersyukur kerana dapat bersama hadir ke Mesyuarat Agung
PIBG pada hari ini walaupun secara maya.
iii. Beliau juga menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak sekolah
kerana sudi menjemput beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Kali -46 ini yang
julung-julung kalinya diadakan secara maya melalui Google Meet.
iv. Tegasnya, perkembangan teknologi hari ini membolehkan kita dapat menghadiri
mesyuarat dan mengikuti perkembangan yang dilakukan oleh pihak sekolah bersama
tanpa sempadan. Kesan pandemik yang berlaku juga telah meningkatkan tahap celik
IT dalam kalangan kita terutama ibu bapa.
v. Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah atas inisiatif menganjurkan mesyuarat pada
hari.
vi. Beliau juga mengucapkan tahniah atas usaha pihak sekolah dan Cikgu Azman bin Abd
Azib menubuhkan sebuah bilik studio. Beliau akan membantu dan sentiasa
menyokong usaha murni tersebut dan berharap menjadikan satu-satunya sekolah di
daerah Jerlun yang memiliki bilik studio sendiri.
vii. Beliau berjanji akan berusaha memasang pendingin hawa (aircond) di bilik studio
tersebut supaya suasana di dalam studio tersebut lebih selesa.
viii. Menurut beliau lagi krisis Covid-19 sejak Mac 2020 menyebabkan kita terpaksa hidup
dalam norma baharu.Pengajaran dan pembelajaran anak-anak pun berlaku secara
PdPR.
ix. Beliau memahami kekangan yang dihadapi oleh ibu bapa dalam berhadapan dengan
situasi baharu ini seperti kekurangan peranti, anak-anak terpaksa berkongsi peranti
dengan ibu bapa masalah capaian internet dan sebagainya.
14 | P a g e
x. Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu mengambil berat dan prihatin akan
pembelajaran anak-anak di rumah kerana guru-guru sudah berusaha dan
menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin supaya anak-anak tidak tercicir dalam
pelajaran.
xi. Beliau sangat berharap agar ibu bapa dapat memantau anak-anak membuat dan
menyelesaikan tugasan yang disediakan oleh guru-guru.
xii. Aktiviti kokurikulum juga dijalankan secara maya. Beliau berharap murid-murid
mengambil peluang ini untuk menyertai pelbagai aktivti dan pertandingan yang
dijalankan secara dalam talian.
xiii. Tegasnya lagi, sekiranya anak-anak ketinggalan dari segi akademik dan kokurikulum
akan memberi kesan kepada pencapain mereka dan menolak keupayaan dan
kelayakkan mereka untuk masuk ke sekolah berasrama penuh.
xiv. Ibu bapa perlu bersikap prihatin dan sentiasa berhubung dengan pihak sekolah
sekiranya ada masalah yang dihadapi tentang pembelajaran anak-anak.
xv. Beliau mengucapkan tahniah dan menyatakan perasaan bangga atas usaha YPD,
AJK dan guru-guru yang sentiasa berusaha membantu pihak sekolah dari segenap
lapangan.
xvi. Beliau memuji inisiatif Tuan Guru Besar En. Che Zainudin bin Che Mohamad yang
menceriakan kawasan sekolah dengan mengubah keseluruhan landskap sekolah dan
membina mural di sekolah untuk memberi motivasi kepada murid-murid dan
menaikkan semangat untuk belajar.
xvii. Beliau juga memberi penghargaan kepada tuan guru besar yang begitu dedikasi dan
menjiwai kerjayanya sebagai seorang guru dalam usaha membangunkan sekolah ke
arah yang lebih cemerlang.
xviii. Beliau menyarankan agar ibu bapa membantu menambah dana PIBG dengan
membeli produk-produk keluaran PIBG.
xix. Sekolah juga menerima peruntukan dari Jabatan Pendidikan Negeri Kedah (JPN)
untuk membaiki kerosakaan yang ada.
xx. Akhir sekali beliau berharap agar semua ibu bapa AJK PIBG dan guru-guru dapat
bekerjasama meletakkan asas yang cemerlang untuk menjadikan Sekolah
Kebangsaan Padang Perahu sebagai sekolah contoh dan terbaik di negeri Kedah.
xxi. Dengan lafaz Bismillah, beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG S.K Padang
Perahu Kali ke- 46 Tahun 2021 dengan harapan dan doa agar sentiasa dirahmati dan
diredhai oleh Allah SWT.
15 | P a g e
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG PERAHU KALI KE- 46 TAHUN 2021
1.0 ALUAN YDP PIBG (En. Zainuddin bin Talib)
1 YDP PIBG memulakan mesyuarat dengan bacaan Ummul Kitab Al-Fatihah.
2 Yang Berusaha En. Che Zainudin bin Che Mohamad (Guru Besar), En.
Mohamad Zahid bin Haris (PK Pentadbiran), En. Anuar bin Ahmad (PK HEM),
Ustaz Mohammad Johari bin Ahmad (PK Kokurikulum), guru-guru, AJK PIBG
seterusnya semua waris sekalian.
3 YDP mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua waris kerana dapat
meluangkan masa bermesyuarat pada petang ini secara maya walaupun ia
bukan merupakan satu perkara yang mudah dan kebiasaan seperti sebelum
ini.
4 Untuk pengetahuan semua mengikut kalendar mesyuarat agung, pada tahun
ini ada pelantikan baru, namun disebabkan Covid-19 tiada pelantikan baru
dibuat dan lantikan akan dibuat pada tahun hadapan. Pihak pengurusan
sekolah beserta AJK PIBG bersepakat dan bersetuju melanjutkan dan
mengekalkan AJK PIBG yang sedia ada.
5 Pada mesyuarat AJK baru-baru ini, semua AJK PIBG (waris) bersetuju
melanjutkan jawatan kecuali tiga orang yang tidak hadir pada mesyuarat
tersebut. Pengerusi ingin mendapat persetujuan daripada tiga orang tersebut
iaitu Naib YDP PIBG, Mohamad Ghozwan bin Ibrahim, En.Fakharudin bin Ali
Ghozali dan Pn Aliza binti Md Akhir.
6 En. Fakharudin bin Ali Ghozali telah menarik diri dari menyambung tugas
sebagai AJK PIBG kerana urusan kerja dan tidak dapat memberi komitmen
sepenuhnya. YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada En.Fakharudin
atas khidmat sumbangan yang telah diberikan sebelum ini.
7 Cadangan :
Encik Fakharudin bin Ali Ghozali digantikan oleh En. Amirudin bin Ahmad
Cadangan : Pn. Zaridah binti Ahmad
Sokongan : Encik Fakharudin bin Ali Ghozali
16 | P a g e
Puan Aliza binti Md Akhir dikekalkan.
Cadangan : Encik Fakharudin bin Ali Ghozali
Sokongan : Pn. Sarimah binti Samsu
Naib Yang Dipertua En.Mohamad Ghozwan bin Ibrahim dikekalkan.
Cadangan : Pn. Zaridah binti Ahmad
Sokongan : Pn. Sarimah binti Samsu
8 Sumbangan PIBG - YDP menegaskan sumbangan PIBG untuk tahun 2021
perlu dibayar walaupun waris terkesan dengan pandemik Covid-19. Walaupun
anak-anak kita tidak ke sekolah, namun sesi pengajaran dan pembelajaran
diteruskan dengan PdPR. Semasa PdPR dilaksanakan terdapat bahan-bahan
yang dibekalkan kepada anak kita seperti modul dan sebagainya. Oleh itu, bagi
membantu meringankan beban pihak sekolah, pihak PIBG perlu mengutip
sumbangan sebanyak RM20 untuk setiap keluarga bagi menampung
keperluan tersebut.
9 Pada mesyuarat agung ke-45 yang lalu, semua bersetuju sumbangan PIBG
sebanyak RM50. RM20 sumbangan PIBG, RM10 sumbangan surau, RM10
sumbangan komputer dan RM10 sumbangan lain-lain.
10 Jika waris mempunyai seorang anak, hanya perlu membayar sumbangan
PIBG sebanyak RM50 manakala waris yang mempunyai anak lebih daripada
seorang, hanya perlu membayar sumbangan PIBG sebanyak RM20 sahaja
untuk satu keluarga. Manakala RM30 lagi dikenakan untuk setiap orang anak.
2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
11 En.Mohd Shahrizan bin Abu@Ramli selaku pemangku setiausaha
membentang minit mesyuarat yang kali ke-45 Tahun 2020 untuk disahkan.
12 Cadangan untuk disahkan : En. Mohamad Shukri bin Ahmad
Sokongan : Pn.Aini Azua binti Fisol
3.0 PERKARA BERBANGKIT
Tiada perkara berbangkit
17 | P a g e
4.0 MEMBENTANG LAPORAN AKTIVITI PIBG 2020/2021
13 En. Mohd Shahrizan bin Abu @ Ramli membentangkan Laporan Aktiviti
Tahunan PIBG SKPP bagi sesi 2020/2021.
14 Ahli mesyuarat sebulat suara menerima Laporan Aktiviti Tahunan PIBG SKPP
bagi sesi 2020/2021 tersebut.
LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
TAHUN 2020 DAN 2021.
BIL BULAN AKTIVITI TARIKH
1 JUN 2020 26 Jun 2020
2 JULAI 2020 Buat Sinki Basuhan Tangan 4 Julai 2020
Gotong royong Menebang pokok laluan masuk 22 Julai 2020
3 OGOS 2020 sekolah
4 SEPT 2020 Gotong royong Prasekolah 14 Ogos 2020
5 NOVEMBER Baiki bumbung bangunan 3 Sept 2020
Program Bubur Asyura 16 Nov 2020
2020 Proses Yal Mulk
6 DISEMBER
Buat paip kawasan sekolah 7 Dis 2020
2020 Mengurus Lawatan dari SK Belukar 9 Dis 2020
Cakna waris – Kg Belukar 30 Dis 2020
7 JANUARI 2021 5 Jan 2021
Cat laluan kawasan sekolah 5 Jan 2021
8 FEBRUARI 2021 Cat laluan arah keluar masuk waris 21 Jan 2021
Membuat Laluan bersimen kawasan sekolah
3 Feb 2021
Lukisan belakang kelas 8 Feb 2021
Projek Rumah Hijau 15 Feb 2021
Pasang Sportlight
18 | P a g e
9 MAC 2021 Membuat Laluan simen kawasan sekolah 4 Mac 2021
Bersih belakang pagar sekolah 11 Mac 2021
10 APRIL 2021 Penambahbaikkan Surau 16 Mac 2021
11 MEI 2021 Pasang tanda nama kelas 23 Mac 2021
12 JUN 2021 Naik taraf Little Library 25Mac 2021
Program Gerobok Rezeki
13 JULAI 2021 Stok pertama Yal Mulk sampi di sekolah 20 Apr 2021
14 OGOS 2021 Pengemaskinia Little Library
Agih sumbangan Yal Mulk 5 Mei 2021
Bersih rumah pam
3 Jun 2021
Projek Greens Soil 14 – 17 Jun
Hantar Yal Mulk ke Sungai Petani 2021
Program Asyura
Pembinaan Bilik PIBG dan Studio 19 Jun 2021
1 Julai 2021
4 Julai 2021
19 Ogos 2021
24 Ogos 2021
15 YDP memakluman semua projek air mineral Yal Mulk telah dikeluarkan,tetapi
memandangkan situasi sekarang air mineral tersebut tidak dapat dipasarkan
dan pihak PIBG terpaksa mengubah strategi.Pemasaran air mineral Yal Mulk
telah ditukar kepada bentuk sumbangan. Sesiapa yang ingin menyumbang
bolehlah berbuat demikian dan pihak PIBG yang akan mengagihkan air mineral
Yal Mulk tersebut.
16 Produk PIBG yang kedua ialah tanah greens soil. Bagi yang ingin mendapatkan
tanah Greens Soil seterusnya membantu PIBG boleh mendapatkannya di
pondok pengawal sekolah
5.0 PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN PIBG
17 En. Mohamad Azlan bin Mohamad selaku bendahari PIBG membentang
laporan penyata kewangan yang berakhir pada Disember 2020 bermula muka
surat 22 hingga 23 untuk disahkan. Rujuk buku anyflip halaman 22 dan 23
Link :https://online.fliphtml5.com/xxoml/sgib/
19 | P a g e
18 En Mohmad Azlan memaklumkan bahawa PIBG mempunyai 3 akaun pada
tahun 2020 iaitu akaun PIBG, komputer dan surau.
Akaun Pibg - Baki dibawa dari 31 Disember 2019 berbaki RM1365.29.
Keseluruhan wang PIBG pada tahun 2020 ialah RM3112.21
19 Bendahari memaklumkan bahawa akaun dalam PIBG adalah termasuk duit
yang ditumpangkan dari lain-lain sumber.
20 Pada tahun 2021, PIBG mempunyai 4 akaun iaitu akaun PIBG, komputer, surau
dan pelbagai.
21 Akaun PIBG menggunakan perkhidmatan Agrobank dan Maybank. Namun,
akaun bersama Maybank belum aktif lagi.
22 Bendahari menegaskan bahawa pada tahun 2021, pihak PIBG perlu membuat
kutipan juga kerana akaun PIBG pada tahun ini hanya berbaki RM700 lebih
sahaja. Jadi untuk tahun 2022 beliau memohon waris agar dapat membantu
dengan menambah sedikit dana dengan memberi sumbangan PIBG pada tahun
ini sebanyak RM20 setiap keluarga.
23 Beliau juga memaklumkan bahawa bayaran selenggaraan mesin fotostat untuk
mencetak modul dan latihan murid memerlukan perbelanjaan yang agak besar.
24 En.Mohamad Shukri bin Ahmad mencadangkan penyata kewangan disahkan.
Sokongan : En. Norazam bin Abdul Manaf
6.0 PEMBENTANGAN USUL
25 Sebanyak empat cadangan telah diterima dan diluluskan oleh Jawatankuasa
PIBG sesi 2020/2021 untuk dibentang dan dibahaskan semasa Mesyuarat
Agung PIBG .
26 Pencadang : Ustazah Filzah binti Mustaffa (Guru SKPP)
20 | P a g e Cadangan :
Membina sebuah stor di surau sekolah untuk penyimpanan barang-barang
seperti peralatan kebersihan dan barangan lama termasuklah Al-Quran lama.
Barang-barang tersebut yang diletakkan di tepi surau yang mana telah
mengganggu ruang untuk solat.
Maklum balas :
YDP mencadangkan perkara ini dibincangkan bersama dari segi kos, kaedah
dan tempat yang sesuai.
En.Mohamad Ghozwan bin Ibrahim mencadangkan agar stor tersebut dibina
berdekatan surau.
Tn Guru Besar, En. Che Zainudin bib Che Mohamad meminta persetujuan ibu
bapa dan akan berusaha untuk mendapatkan dana bagi membina stor
tersebut.
Sokongan : Puan Azura binti Saidin
27 Pencadang : En. Shaifful Irwan bin Ishak (Waris)
Cadangan :
Beliau mencadangkan supaya murid diberi kelonggaran berpakaian sukan
sekolah semasa persekolahan bersemuka dalam pandemik Covid-19 ini
Cadangan ini memandangkan uniform sekolah yang dibeli sudah tidak muat
dan kekangan ibu bapa untuk membeli uniform yang baharu.
Maklum balas : Tn. Guru Besar, En, Che Zainudin bin Che Mohamad
menjelaskan Kementerian Pendidkan Malaysia telah mengeluarkan garis
panduan dan kebenaran untuk murid memakai pakaian sukan atau pakai yang
sesuai. Beliau juga memaklumkan bahawa pihak sekolah memberi
kelonggaran kepada murid untuk memakai pakaian sukan dan pakaian yang
sesuai tetapi mesti beretika, bersopan dan berkasut.
28 Pencadang : Zanorlia binti Zaidi ( Waris )
Cadangan :
Mencadangkan latihan murid semasa PdPR menggunakan modul terutamanya
bagi ibu bapa yang bekerja supaya mereka dapat memantau pembelajaran
anak-anak.Penggunaan telefon hanya untuk latihan berbentuk kuiz dan
sebagainya.
Maklum balas : Tn.Guru Besar,En.Che Zainudin bin Che Mohamad
memaklumkan bahawa modul PdPR memang sudah disediakan sejak awal
PdPR lagi tetapi ada waris tidak datang mengambilnya di pondok pengawal
21 | P a g e
sekolah. Walau bagaimanapun, pihak sekolah akan mengambil maklum
cadangan tersebut.
29 Pencadang : En. Zulzalimin bin Johari (Waris)
Cadangan :
Mencadangkan senarai kehadiran murid dibuat secara online dan bukan
buka lagi secara copypaste seperti sebelum ini.
Maklum balas : Tn. Guru Besar, En, Che Zainudin bin Che Mohamad
memaklumkan bahawa kebanyakkan guru telah menyediakan kehadiran
secara online. Namun masalahnya ialah ada kalangan waris yang tidak mahu
memasukkan kehadiran anak-anak mereka dalam link kehadiran atau Google
Forms yang disediakan oleh guru-guru. Beliau juga menegaskan bahawa
kehadiran murid-murid dalam PdPR perlu dilaporkan kepada PPD/JPN dan
KPM setiap hari.
7.0 UCAPAN PENANGGUHAN PENASIHAT
30 Tn. Guru Besar, En, Che Zainudin bin Che Mohamad menzahirkan
kesyukuran dan mengucapan terima kasih kepada semua AJK PIBG,guru-
guru dan waris yang hadir secara maya untuk melaksanakan tanggungjawab
sebagai ahli PIBG.
31 Beliau berpesan kepada waris kerana kita tidak pasti bila penghujungnya
PdPR. Mungkin pada tahun 2021 kita masih tiada sesi persekolahan.
32 Tanggungjawab kita sebagai waris yang pertama mencari nafkah Selain itu
tanggungjawab yang lain ialah memantau pembelajaran anak-anak di rumah.
Semasa PDPR ini waris menggantikan tugas guru di rumah.
33 Tn. Guru Besar berharap ibu bapa perlu prihatin dan peka dengan pendidikan
anak-anak. Beliau juga mengucapan terima kasih kepada YDP PIBG,
En.Zainuddin bin Talib, En. Amirudin bin Ahmad dan AJK PIBG yang sentiasa
membantu sekolah dalam usaha mencantikkan dan menceriakan kawasan
sekolah.
34 Beliau juga memaklumkan tentang produk PIBG seperti air mineral Yal Mulk,
Greens Soil dan anak ikan tilapia. Ibu bapa boleh membeli dan hasil jualan
22 | P a g e
tersebut dapat membantu menambah dana PIBG kerana duit tersebut akan
disalurkan ke dalam akaun PIBG.
35 Waris-waris dan keluarga yang dalam kuarantin perlulah dimaklumkan
kepada guru kelas supaya pihak sekolah dapat memberi sumbangan yang
diperlukan.
36 Untuk makluman semua hampir setiap bulan pihak sekolah memberi bantuan
kepada keluarga-keluarga yang terkesan dengan Covid-19.
37 Akhir kata, beliau mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG yang
bertungkus lumus bagi menjayakan mesyuarat pada hari ini. Seterusnya
ucapan terima kasih kepada semua ibu bapa yang mengikuti Mesyuarat
Agung PIBG pada hari ini. Beliau berharap kepada jawatan kuasa yang dipilih
dan masih kekal dapat menggembleng tenaga bagi memajukan dan
menjadikan SK Padang Perahu antara yang terbaik.
38 Tuan penasihat mengumumkan bahawa En. Mohd Shahrizan bin Abu @
Ramli menggantikan Pn. Haslina binti Hashan sebagai Setiauasaha PIBG sesi
2021/2022.
8.0 UCAPAN PENANGGUHAN YDP PIBG
39 YDP memutuskan untuk mengekalkan AJK PIBG yang sedia ada untuk sesi
2021/2022 dengan persetujuan semua ahli. Sebilangan AJK telah bersetuju
untuk melanjutkan jawatan ke tahun hadapan.
40 Pelantikan AJK PIBG yang baharu iaitu En. Amirudin bin Ahmad bagi
menggantikan En. Fakharudin bin Ali Ghozali yang menarik diri sebagai AJK.
41 Beliau berharap agar semua waris dapat memberi kerjasama kepada pihak
sekolah dalam pembelajaran anak-anak secara maya melalui PdPR ini.
42 Sumbangan PIBG RM20 akan mula dikutip selepas mesyuarat agung PIBG ini.
Sumbangan boleh diserahkan kepada wakil AJK PIBG sekolah. Waris juga
boleh datang untuk menyerahkan sumbangan di Gerobok Rezeki sekolah.
Kampung Baru Batu 17 - Pn Aliza binti Mat Akhir
Kampung Imam - Pn. Alenda binti Hamid
Kampung Pulau Pak Ubin - Pn.Hashimah binti Ibrahim
23 | P a g e
Kampung Pulau Maharaja - En.Amirudin Bin Ahmad
Kampung Asam - En. Mohamad Ghozwan bin Ibrahim
43 En. Fakharudin bin Ali Ghozali mencadangkan agar pembayaran boleh dibuat
secara online. Tn.Guru Besar meminta agar resit pembayaran diberi kepada
guru kelas untuk direkodkan.
Mesyuarat ditangguh pada jam 4.37 petang.
Disediakan oleh ,
………………………………
(MOHD SHAHRIZAN BIN ABU@RAMLI)
Setiausaha PIBG,
Sekolah Kebangsaan Padang Perahu.
24 | P a g e
LAPORAN AKTIVITI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG)
TAHUN 2021 DAN 2022
BIL BULAN AKTIVITI CATATAN
1 SEPT 2021 Keceriaan makmal computer dan kawasan sekolah
2 OKT 2021 Tebang pokok di kawasan padang sekolah
3 NOV 2021 Pendawaian
4 DIS 2021 Persaraan Pn. Mashitoh Bt. Jamaludin
5 JAN 2022 Perlawanan bowling
6 FEB 2022 Cat laluan kawasan sekolah
7 MAC 2022 Cat laluan arah keluar masuk murid dan waris
8 APR 2021
9 MEI 2022 Hari Anugerah Cemerlang
Perasmian Pameran Seni
10 JUN 2022
Cakna Waris
Pemasanggan Smart Tv
Pelantikan Kepimpinan Muda
Agihan sumbangan keperluan hari raya
Majlis Jamuan Hari Raya
Sambutan Hari Guru
Kemasan Little Library
Pelancaran Nilam
Perasmian batu bersurat
Persaraan Pn. Noreha Bt. Othman
25 | P a g e
26 | P a g e
27 | P a g e
28 | P a g e
29 | P a g e
USUL-USUL MESYUARAT
USUL JAWATANKUASA PIBG
Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Padang Perahu akan diadakan pada 16
Jun 2022, telah mengusulkan supaya:
BIL USUL AHLI JAWATANKUASA PIBG
1
2
3
USUL IBU BAPA/ WARIS/ PENJAGA
Pihak Ahli Jawatankuasa PIBG bersedia menerima teguran dan cadangan yang membina
daripada semua pihak demi kebaikan bersama. Namun begitu, pihak sekolah dan AJK PIBG
terpaksa menolak atau mengabaikan usul/teguran yang di luar bidang kuasa dan
kemampuan ataupun perkara-perkara yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Usul-usul dan Cadangan Ibu Bapa/Waris/Penjaga adalah seperti berikut:
BIL USUL IBU BAPA/ WARIS/ PENJAGA NAMA
PENCADANG
Harga makanan di kantin dinaikkan sekali ganda, terlalu Azizul Rahman B.
membebankan pelajar. Perlu ada pemantauan. Abd Hamid
1
2
3
30 | P a g e
SEKALUNG PENGHARGAAN
Yang Berbahagia Dato’ Haji Mohd Salleh Bin Haji Saidin, DPSM, DIMP,
(Pengarah Urusan Yayasan Salleh Saidin)
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Pejabat Pelajaran Daerah Kubang Pasu
Penasihat PIBG S. K. Padang Perahu
Yang Dipertua PIBG & Barisan AJK PIBG S. K. Padang Perahu
Para Guru dan Kakitangan S. K. Padang Perahu
Ibu Bapa, Waris, Penjaga dan Warga S. K. Padang Perahu
Serta
Semua Pihak Yang Terlibat Secara Langsung Atau Tidak Langsung Dalam Menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-47
Tahun 2022
Terima Kasih
31 | P a g e