The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by rq.fenaz, 2023-04-18 04:20:57

BUKU AGM KSDK MPHS

BUKU AGM KSDK MPHS 2023

TAHUNAN KALI KE-37 MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR Mesyuarat Agung KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN 19 APRIL 2023 | 2.30 PETANG DEWAN MERDEKA KUALA KUBU BHARU Perasmian oleh: YBRS. TUAN MOHD HASRY B IN NOR MOHD, A.M.S. YANG DIPERTUA MPHS MERANGKAP PENAUNG KSDK MPHS NO. PENDAFTARAN : SELANGOR 3820 / 86


1 / 13 ATUR CARA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE-37 KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR TARIKH : 19 APRIL 2023 (RABU) MASA : 2.30 PETANG TEMPAT : DEWAN MERDEKA, KUALA KUBU BHARU 2.00 PETANG - KETIBAAN JEMPUTAN / PENDAFTARAN - BACAAN DOA - UCAPAN ALU-ALUAN OLEH YANG DIPERTUA KSDK, MPHS YBRS. ENCIK KAMARUZZAMAN BIN ABDUL RAHMAN, P.P.T - UCAPAN PERASMIAN OLEH YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR YBRS. TUAN MOHD HASRY BIN NOR MOHD, A.M.S. - MESYUARAT AGUNG KE-37 KSDK, MPHS DIMULAKAN - BERSURAI


2 / 13 AGENDA MESYUARAT 1. BACAAN DOA 2. UCAPAN ALU-ALUAN OLEH YANG DIPERTUA KSDK, MPHS YBRS. ENCIK KAMARUZZAMAN BIN ABDUL RAHMAN, P.P.T 3. UCAPAN PERASMIAN OLEH YANG DIPERTUA MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR YBRS. TUAN MOHD HASRY BIN NOR MOHD, A.M.S. 4. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI YANG KE-36 PADA 26 APRIL 2022 5. MEMBENTANGKAN LAPORAN BIRO-BIRO BAGI TAHUN 2022 6. MEMBENTANGKAN LAPORAN KEWANGAN BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2022 7. MELULUSKAN PINDAAN KESELURUHAN PERLEMBAGAAN 8. MEMBINCANGKAN USUL- USUL 9. UCAPAN PENANGGUHAN


3 / 13 MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-36 KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR TARIKH : 26 APRIL 2022 MASA : 2.30 PETANG TEMPAT : DEWAN MERDEKA, KUALA KUBU BHARU BILANGAN KEHADIRAN : 310 ORANG BIL NAMA 1. Abdul Azim Bin Abu Bakar 2. Abdul Halim Bin Mohamed Kamal 3. Abdul Rahim Bin Abu Bakar 4. Abdul Razak Bin Ibrahim 5. Abdul Wahab Bin Ibat 6. Abdullah Bin Yahya 7. Abdullah Shahrul Bin Rosli 8. Adnan Bin Abdul Malek 9. Afiqah Ain Binti Basirun 10. Ahmad Akram Bin Samsudin 11. Ahmad Azhar Bin Rosli 12. Ahmad Bin Md Said 13. Ahmad Fauzan Bin Sulaiman 14. Ahmad Ikhmal Hisham Bin Mohd Murad 15. Ahmad Izzuddin Bin Nawawi 16. Ahmad Kamal Bin Abu Bakar 17. Ahmad Khairulamirin Bin Muhammad Zakiy 18. Ahmad Rozali. Bin Zainal 19. Ahmad Shazwi Izam Bin Abu Bakar 20. Aizul Azrin Bin Mohd Badri 21. Alfian Bin Mazlan 22. Ambiga Nair Ramakrishnan 23. Amir Al Afiq Bin Mohd Zaki 24. Amir Farid Bin Abdul Samat 25. Amirruddin Bin Sohor 26. Amirul Hisham Bin Ramli 27. Amirul Shahdat Bin Mohd Hatta 28. Amlie Bin Ismail 29. Amzari Mohamed Zohdi 30. Anuar Bin Abd Malek 31. Asbarani Bin Yàacob 32. Asmadi Bin Harizan 33. Athiletchumi A/P Supramaniam 34. Attirmizi Bin Razali 35. Awaluddin Bin Zakaria 36. Azalina Binti Ahamed 37. Azham Bin Azmi 38. Azizullah Bin Ismail 39. Azli Bin Bidin BIL NAMA 40. Azlida Binti Mohd Ali 41. Azmiera Binti Abdul Aziz 42. Azreen Bin Ab Rahman 43. Badrul Anas Bin Abdul Malik 44. Baharuddin Bin Mohd Totin 45. Baizura Bt. Buyong 46. Batma Supparamaniam 47. Borhan Bin Mustafa 48. Chandran A/L Munusamy 49. Deepa Palakresnan 50. Dzaim Jazli Bin Johar Appandi 51. Farah Adrieana Binti Arba'in 52. Farah Zila Bt Abdul Rahman 53. Farrah Izzatulis Syazwani 54. Fuziah Bt Mohamed Yusof 55. Ganabathy A/L Bragasam 56. Hafizah Binti Abdullah 57. Hairoul Azhar Bin Hashim 58. Hairul Rizal Bin Hamdan 59. Hanib Bin Abin Kadir 60. Hanisah Binti Ahmad Alwi 61. Hanizam Bin Abdul Ghani 62. Hiszuwan Hishamsudin 63. Intan Noor Farrah Aiza Binti Hambali 64. Ishak Bin Jamaluddin 65. Ishazrul Bin Ishak 66. Izzan Sakinah Mohd Ishak 67. Jasni Bin Ismail 68. Jasrina Bt Mohamed 69. Jiji Bin Osman 70. Junaidah Ramli 71. Kamaliana Binti Mohamed Nooh 72. Kamaruzzaman Abdul Rahman 73. Kanapathy Supraminiam 74. Kanapthy A/L Supramaniam 75. Kannan A/L Subramaniam 76. Karuppiah A/L Lakshmanan 77. Kasimah Daud 78. Kelvin A/L A Joseph


4 / 13 BIL NAMA 79. Kesavan A/L Sativan 80. Khairuddin Bin Abd Rajhman 81. Khairul Ikhwan Bin Khairuddin 82. Khairul Izwan Bin Idris 83. Khairul Nizam Bin Mohamed Khanafi 84. Khairunnazri Bin Abdul Rahim 85. Khalid Bin Shamshudin 86. Khidir Mohamed 87. Kokilavani A/P Thandavarayan 88. Kumaran A/L Arumugam 89. Letchumi A.P Ramadu 90. Lim Yap Lee 91. Mahfuzah Bt Mohamad 92. Maisarah Binti Azmir 93. Mardhiah Binti Mohamad Ali 94. Mastura Bt Mat Supor 95. Mazlan Bin Ariffin 96. Md Asrizul Bin Md Yasin 97. Md Faizal Bin Ismail 98. Md Rashdan Shakir Bin Muhammad Fadzil 99. Md Zulkifli Bin Sanusi 100. Mohamad Alauddin Bin Mustafa 101. Mohamad Fadil B. Selamat 102. Mohamad Faizzudin Bin Abdul Karim 103. Mohamad Ridzuan Bin Mohamad Rais 104. Mohamad Shah Rezza Bin Mansor 105. Mohamad Shayrul Bin Abd Latif 106. Mohamad Syafiq Bin Ahmad 107. Mohamad Zulhairi Fahimi Bin J.Samsuri 108. Mohammad Alif Asyraf Bin Rokinmin 109. Mohammad Firdaus Bin Yusof 110. Mohammad Iqabal Bin Rosli 111. Mohammad Izuan Bin Ismail 112. Mohammad Zaidi Bin Bakri 113. Mohd Affendy Bin Sarayani 114. Mohd Afpriezza Bin Hamizan 115. Mohd Aini Arbain Bin Ismail 116. Mohd Assha Bin Shaari 117. Mohd Azlan Bin Mahmud 118. Mohd Azmi Bin Kamarudin 119. Mohd Fadhil Mohd Lani 120. Mohd Fadil Bin Mohd Sharif 121. Mohd Fadlie Bin Asha'ari 122. Mohd Faisal Bin Mohd Saad 123. Mohd Faiz Akmal Bin Yahya 124. Mohd Faizul Bin Yahya 125. Mohd Farid Bin Fadzil 126. Mohd Firdaus B Idrus 127. Mohd Firdaus Bin Abd Latif 128. Mohd Fuad B. Rahmat 129. Mohd Hasry bin Nor Mohd BIL NAMA 130. Mohd Hakimee Bin Ishak 131. Mohd Hazwan Bin Othman 132. Mohd Ikhwan Bin Osman 133. Mohd Johan Bin Ismail 134. Mohd Kamil Syafik Bin Jamsari 135. Mohd Khairi Bin Muhammad Aziz 136. Mohd Khairul Hafizz Bin Musa 137. Mohd Marhafiz Bin Afandi 138. Mohd Nazar Bin Mohd Naris 139. Mohd Nizam Bin Rusli 140. Mohd Noor Bin Hanafi 141. Mohd Noor Effendi Bin Mohd Tahir 142. Mohd Norazif Ahmad Tamsis 143. Mohd Norfarhanif Bin Ramly 144. Mohd Ridzuan Bin Jamali 145. Mohd Rosdi Bin Mohd Rajab 146. Mohd Saiful Izzuwan Bin Roslan 147. Mohd Saifulnizam Bin Mohd Said 148. Mohd Shahril Bin Hasanudin 149. Mohd Shahril Bin Hasanudin 150. Mohd Shahril Bin Slam 151. Mohd Shahrizal Osman 152. Mohd Taufit Bin Jamil 153. Mohd Yani Bin Badarusamin 154. Mohd Yusuf Bin Saidina Abu Bakar 155. Mohd Zulkhairi Bin Bahaudin 156. Muhamad Azrul Bin Zainal 157. Muhamad Fadhil Bin Anori 158. Muhamad Hafiz Bin Jamaludin 159. Muhamad Hanis Bin Sudirman 160. Muhamad Ikwan Bin Mustafa 161. Muhamad Nur Azman Bin Yahaya 162. Muhamad Rosli Bin Arifin 163. Muhammad Afiq 164. Muhammad Alif Bin Hassan 165. Muhammad Amiruddin Bin Abd Aziz 166. Muhammad Amzar Bin Aminudin 167. Muhammad Arshad Bin Zulkifli 168. Muhammad Fariz Mat Nasir 169. Muhammad Farzaimie Bin Aziz 170. Muhammad Firdaus Bin Abdullah 171. Muhammad Hakim Bin Mohd Jamil 172. Muhammad Harilazalan Bin Hasan 173. Muhammad Khairul Ain Bin Sukor 174. Muhammad Muizzuddin Bin Sayoti 175. Muhammad Nizwan Bin Ismail 176. Muhammad Nur Rasyidi Bin Che Azizan 177. Muhammad Rafiq Rabani Bin Zulkapli 178. Muhammad Rafiuddin Bin Hamdan 179. Muhammad Rahmat Bin Mukhtar 180. Muhammad Shawal Fitri B Zainul Akmar


5 / 13 BIL NAMA 181. Muhammad Syafiq B Md Aini 182. Muhammad Syafiq Bin Azman 183. Muhammad Syafiq Bin Idrus 184. Muhammad Syafiq Bin Jalaludin 185. Muhammad Syafiq Zharif Bin Zulludin 186. Muhammad Wazies Shafiq Bin Rahman 187. Muhammad Yusnizam Bin Yunus 188. Muhammad Zaim Bin Abdul Halim 189. Muhammad Zul Fadli Bin Jaafar 190. Muhd Firhan Bin Razlan 191. Murad Bin Ahmad 192. Murali A/L Samee 193. Murni Binti Hanafi 194. Murugaya A/ L Kaniyapan 195. Nabilah Ajmal Binti Amir Kamaludin 196. Nazira Binti Ahmad 197. Nazirul Mubin Bin Bahari 198. Nick Bin Etem 199. Nohairie Bin Ismail 200. Noor Amalina Binti Khairon 201. Noor Aqmal Nizam Bin Abu Nasir 202. Noorazian Binti Anuar 203. Noorazreen Binti Anuar 204. Noorfariza Binti Fahruzal 205. Noorhayati Bt Mohd Ali 206. Noorhidayatul Nazira Bt Mohd Yusof 207. Noorlisa Binti Abdul Samad 208. Nor Alia Bt. Mohamad Zakri 209. Nor Azmi B Mehat 210. Nor Hidayah Binti Mohd Nor 211. Nor Zulaiha Binti Bahadurin 212. Norafhidah Bt Osman 213. Norfadillah Binti Sarehan 214. Norfilzah Binti Maizam 215. Norhazamime Binti Zainal Aznam 216. Norhidayah Bt Marudin @ Nordin 217. Norhidayah Bt Radulan 218. Norismawati Ibrahim 219. Norlizah Binti Rosli 220. Normadi Bin Mahfool 221. Normin Bin Mahfool 222. Norsidah Mat Yusoff 223. Nur Aniza Binti Mahyudin 224. Nur Ardilla Binti Razali 225. Nur Atifah Bt Mohd Ali Basha 226. Nur Atiqah Liyana Binti Ahmad Sakri 227. Nur Fitrah Shuhada Binti Mohd Salim 228. Nur Lyana Ahmad Latpi 229. Nur Nabila Syifa Binti Mohd Noor 230. Nur Syahirah Binti Mohtar 231. Nur Syazatul Athirah Binti Ridzuan BIL NAMA 232. Nurazhar Bin Mohammad Jaini 233. Nurhazila Bt Hassan 234. Nursofeazatul Binti Mohd Fitri 235. Nurul Atiqah Binti Idris 236. Nurul Farah Adiba Binti Zaraiee 237. Nurul Farahin Mohd Tarmizi 238. Nurul Fatihah Binti Jaafar 239. Nurul Izzati Binti Bahari 240. Nurul Syakirah Binti Ruzlan 241. Nurul'ain Binti Mohd Sharif 242. Nurulain Binti Mohd Mohsin 243. Nurulhuda Ahmad Binti Khairuddin 244. Parama Silen 245. Puspanathan A/L Renganathan 246. Raja Dato' Muzaffar Bin Raja Redzwa 247. Raja Mahmood Raja Mohamad 248. Ranjinidevi A/P Dharmalingam 249. Rashidah Uchip 250. Ravinthiran 251. Ray Akqmal Hidayath Bin Noor Hasani 252. Ridhwan Bin Ismail 253. Roshaliza Bt Ariffin 254. Roslan B Shaari 255. Roslan Bin Abd Rahman 256. Roslin Binti Harun 257. Rosmahwati Binti Ali 258. Rosmaini Bt Mohamed Rosli 259. Ross Raffiq Bin Rosli 260. Rozaidi Bin Hamli 261. Ruzianah Binti Mohamad 262. Ruziyana Binti Abu Hassan 263. Sabrina Binti Md Taib 264. Saiful Nizam Bin Idris 265. Sallehuddin Bin Khasan 266. Samri Bin Etem 267. Samsul Kamal Bin Abd Aziz 268. Shah Rizal Ramle 269. Shahfizan Bin Samsuddin 270. Shahida Samsudin 271. Shahrill Ramadhan Bin Abu Bakar 272. Shaiful Rizza Piamin 273. Shamshulrizal Bin Ahmad 274. Shamsul Ariffin B Zainurddin 275. Shamsul Kamal Bin Abu Bakar 276. Sharifazakiah Binti Alias 277. Sharifbudin B.Mohd Totin 278. Sharudin Bin Sharim 279. Siti Aziera Binti Johari 280. Siti Khadijah Binti Abdul Razak 281. Siti Nor Juliana Bt. Md Tajuddin 282. Siti Norbainie Bt Ramly


6 / 13 BIL NAMA 283. Siti Nur Azwanis Bt Che Azizan 284. Siti Nur Fatimah Bt Kamarudin 285. Siti Syadatul Nadia Bt Mohd Nazari 286. Siti Zubaidah 287. Subbarao A/L Bungaru 288. Suraya Bt Yaacob 289. Suriati Binti Mohamed Kamal 290. Susila A/P Muthu 291. Suzela Binti Jamaludin 292. Syafiq Bin Kamarulzaman 293. Syahmi Nasyriq B Saiful Badli 294. Syamsul Kamarul Azman Bin Azman 295. Syamsury Bin Ibrahim 296. Syed Usamah Bin Syed Shahar BIL NAMA 297. Syukri Bin Lan 298. Tengku Natasha Alia Bt Tengku Abu Samah 299. Thevaroobini 300. Thineyshiny A/P Surash 301. Vythilingam A/L Chelliah 302. Wan Mohamad Fazrul Bin Wan Rosli 303. Yasmin Binti Mohamad Shafiee 304. Zaid Bin Zakaria 305. Zaili Bin Yusop 306. Zainorin Mohd Dom 307. Zarudin Bin Ahmad 308. Zolhimee Hj Omar 309. Zolkarnaian Bin Abdul Karim 310. Zulkifli Bin Jaafar 1. BACAAN DOA Bacaan doa telah dipimpin oleh Saudara Muhammad Hakim bin Mohd Jamil sebelum Mesyuarat Agung dimulakan. 2. UCAPAN PENGERUSI Yang Berusaha Encik Mohd Norazif selaku Yang Dipertua Kelab Sukan Dan Kebajikan Majlis Perbandaran Hulu Selangor memanjat kesyukuran ke hadrat Illahi kerana dengan izinNYA dapat bersama-sama hadir ke Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-36 KSDK MDHS Sesi 2020-2022 yang diadakan pada kali ini. Beliau mewakili seluruh ahli KSDK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor atas kesudian beliau meluangkan masa untuk hadir dan seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke36 KSDK MPHS. Beliau juga telah merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua Ahli Jawatankuasa sesi 2020-2022 yang telah berjaya menganjurkan Majlis ini. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua ahli KSDK


7 / 13 kerana telah meluangkan masa bagi menjayakan majlis serta beliau mengharapkan agar segala komitmen dan kesungguhan yang dipamerkan oleh semua ahli dapat memacu KSDK ke arah yang lebih cemerlang di masa akan datang. Beliau memaklumkan keprihatinan pengurusan tertinggi MPHS yang diterajui oleh Tuan Yang Dipertua membolehkan KSDK terus bergerak dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti dan sumbangan kepada semua ahli. Geran tahunan KSDK yang sebelum ini diperuntukkan sebanyak RM 100,000 telah dinaikkan kepada RM 150,000 di dalam Belanjawan Tahunan MPHS. Beliau yang mewakili Jawatankuasa dan semua ahli KSDK, mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Yang Dipertua dan pengurusan tertinggi MPHS di atas penyaluran geran tersebut setiap tahun. Beliau berharap agar amaun yang telah diberikan ini akan terus dikekalkan pada tahun-tahun yang akan datang. Melalui geran tersebut, KSDK MPHS telah merencana pelbagai aktiviti bagi tahun 2021 dan awal 2022 bagi menarik semula penyertaan daripada semua ahli. Ada aktiviti yang telah berjaya dilaksanakan walaupun terpaksa melalui SOP yang ketat dan perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak berwajib. Antara program yang telah dijalankan ialah Sukan E-Games, Karnival Sukan MPHS, Perlawanan Persahabatan Bola Sepak dan Bola Jaring, Pertandingan Sepakan Penalti, Program ke Gua Tempurung, Majlis Tadarus dan Khatam al-Quran sempena Bulan Ramadhan 1443 Hijrah. KSDK juga menyalurkan pelbagai bantuan dan sumbangan kepada ahli seperti sumbangan bantuan Covid19, bantuan khairat kematian, sumbangan ehsan kemalangan, sumbangan bencana alam, hadiah perkahwinan, hadiah kecemerlangan peperiksaan dan hadiah kelahiran cahaya mata. Beliau turut memaklumkan Program yang menjadi tradisi utama KSDK ialah penganjuran Hari Keluarga yang diadakan secara dwi tahunan. Objektif penganjurannya ialah untuk mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara


8 / 13 semua warga MPHS. Namun akibat kekangan pandemik Covid19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), program Hari Keluarga tidak dapat diadakan oleh KSDK. Kali terakhir penganjurannya ialah pada 23 November 2019 yang telah diadakan di A Famosa Resort Melaka. Bagi menggantikan Hari Keluarga tersebut, KSDK telah memberikan baucer Econsave kepada semua Ahli bagi meringankan bebanan membeli barangan keperluan yang terpaksa ditanggung sepanjang berhadapan situasi pandemik. Pemberian baucer Econsave juga tetap diteruskan pada tahun ini bersempena sambutan Aidilfitri. Tanggungjawab dan amanah yang diberikan kepada barisan AJK KSDK bagi sesi 2020-2022 akan berakhir dan akan digantikan oleh barisan AJK yang baharu melalui pemilihan yang telah diadakan pagi tadi. Sehubungan itu, beliau serta barisan AJK KSDK sesi 2020-2022 memohon kemaafan sekiranya terdapat kesalahan dan kekhilafan yang dilakukan sepanjang menerajui KSDK ini. Beliau sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Berusaha Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor kerana sudi hadir untuk merasmikan Mesyuarat agung pada kali ini. Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang Dimuliakan Dato’ Orang Besar Daerah, Tuan Timbalan Yang Dipertua dan semua tetamu jemputan yang turut hadir. 3. UCAPAN PERASMIAN Yang Berusaha Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hulu Selangor memanjatkan kesyukuran kerana dapat berkumpul di majlis ini. Beliau mengucapkan terima kasih atas kesudian menjemput dan memberi penghormatan kepada beliau bagi menyempurnakan Majlis Perasmian ini pada


9 / 13 julung kalinya. Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ahli Jawatankuasa dan semua ahli Kelab di atas inisiatif dan usaha menjayakan majlis pada hari ini. Walaupun majlis diadakan dalam bulan Ramadan dimana ahli yang beragama Islam menunaikan ibadah puasa, beliau melihat kehadiran ahli pada mesyuarat kali ini amat menggalakkan. Beliau memaklumkan pada 21 Oktober 2021, secara rasmi Majlis Daerah Hulu Selangor telah dinaik taraf kepada Majlis Perbandaran Hulu Selangor. Beliau memaklumkan bahawa penaiktarafan ini bukan sesuatu yang hanya patut dibanggakan namun ia membawa bersama tanggungjawab yang lebih berat kepada semua warga kerja MPHS dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Sebagai ahli, warga kerja MPHS seharusnya mengambil peluang dan dapat bergiat aktif serta sentiasa terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh KSDK. Ia secara tidak langsung akan dapat mengurangkan tekanan kerja yang dihadapi. Dalam bekerja, tidak dinafikan memang pelbagai tekanan yang akan dihadapi dan ahli harus bijak untuk menguruskannya. Salah satu cara ialah dengan bersukan dan berekreasi melalui aktiviti yang dianjurkan oleh KSDK. Melalui wadah KSDK ini dapat mengeratkan lagi hubungan sesama warga kerja MPHS. Ahli seharusnya mengambil peluang untuk sama-sama melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh KSDK dan tidak selamanya duduk dalam zon selesa dan hanya terselindung di sebalik kubikel ruang kerja hakiki sahaja. Dalam merencana aktiviti-aktiviti tahunan KSDK, ahli juga harus bersama-sama memberi idea agar tiada kumpulan yang tertinggal dan tidak mendapat manfaat dari aktiviti yang dilaksanakan. Sekurang-kurangnya ahli dapat merasa faedah dari penubuhan KSDK ini dan seterusnya tidak mempertikaikan potongan bulanan yang dibuat untuk disalurkan ke akaun KSDK.


10 / 13 Saban tahun MPHS sentiasa menyediakan peruntukkan bajet untuk disalurkan kepada KSDK untuk dibelanjakan bagi memberi manfaat kepada semua ahli terutamanya dalam aspek kebajikan. Beliau menerangkan terdapat sumbangan yang disalurkan oleh KSDK seperti khairat kematian, sumbangan kecemerlangan peperiksaan, sumbangan bencana alam, hadiah perkahwinan, hadiah kelahiran anak dan lain-lain. Sumbangan dan bantuan kebajikan amat besar maknanya kepada ahli yang memerlukan dan memberi nilai tambah kepada aspek kebajikan yang telah diberikan di peringkat jabatan seperti bayaran balik perubatan, insentif cermin mata, insentif cukai taksiran dan lain-lain. Semua ahli seharusnya bersyukur dengan manfaat dan kelebihan yang diterima sebagai penjawat awam di MPHS, semua ini mungkin tidak dapat dinikmati oleh penjawat awam di jabatanjabatan yang lain. Seperti yang telah dimaklumkan oleh Yang Dipertua KSDK MPHS dalam ucapan aluan tadi, pelbagai aktiviti dan sumbangan kebajikan yang telah dilaksanakan bagi tempoh sepanjang tahun lalu, keperluan untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan ini amat penting kerana laporan kewangan dan aktiviti-aktiviti dibentangkan kepada semua ahli KSDK. Usul-usul daripada ahli juga akan dibincangkan dalam mesyuarat ini dan diambil tindakan oleh barisan jawatankuasa. Secara langsung proses check and balance itu berlaku dalam memastikan KSDK ini ditadbir dengan telus. Beliau mengharapkan tahun 2022, KSDK MPHS akan terus menjalankan pelbagai aktiviti yang lebih memberikan impak serta memberikan kebaikan kepada semua pihak termasuk kepada pelanggan MPHS. Beliau juga mengharapkan agar setiap ahli KSDK MPHS dapat memainkan peranan masing-masing dengan semangat penuh toleransi, saling hormatmenghormati untuk bekerja sebagai satu pasukan.


11 / 13 Beliau sekali lagi mengucapkan syabas dan tahniah kepada ahli jawatankuasa yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran majlis ini. Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Barisan Ahli Jawatankuasa sesi 2022-2024 yang akan dilantik sebentar lagi. Dengan lafaz Bismillahhirrahmannirrahim, beliau dengan sukacitanya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-36 Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (KSDK MPHS) Sesi 2020-2022. 4. MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI YANG KE - 35 Yang Dipertua KSDK telah membentangkan minit mesyuarat kali yang ke - 35 dan telah diterima atas: Cadangan : Encik Zul Fadli bin Jaafar Sokong : YM Raja Mahmood bin Raja Mohamad 5. MEMBENTANGKAN LAPORAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2021 Laporan tahunan bagi tahun 2021 telah dibentangkan oleh setiap pegawai biro dan diterima oleh semua ahli kelab yang hadir. 6. MEMBENTANGKAN PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2021 Bendahari Kelab, Puan Rashidah binti Uchip telah membentangkan penyata kewangan berakhir 31 Disember 2021. Pembentangan ini telah diterima sebulat suara oleh ahli kelab. 7. MELULUSKAN PINDAAN PERLEMBAGAAN Yang Dipertua KSDK, Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis mencadangkan agar Perlembagaan KSDK dipinda menerusi dua perkara iaitu: i. Nama pertubuhan KSDK yang sebelum ini didaftarkan dengan KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR dipinda kepada KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR. ii. Logo KSDK MDHS ditukar kepada Logo KSDK MPHS.


12 / 13 Pindaan dua perkara ini telah diterima atas sokongan daripada Encik Zul Fadli bin Jaafar dan Encik Shaiful Nizam serta semua ahli mesyuarat. 8. PEMBUBARAN AJK MENGIKUT FASAL 8.1 Yang Dipertua KSDK, Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis dengan rasminya telah membubarkan ahli jawatankuasa pada sessi 2020-2022. Pembubaran ini telah diterima sebulat suara. 9. PELANTIKAN PENGERUSI DAN PENCATAT MINIT SEMENTARA Mesyuarat telah sebulat suara mencadangkan dan menyokong Puan Shahida binti Samsudin sebagai Pengerusi dan Puan Roshaliza binti Ariffin sebagai pencatat minit sementara. 10. PENGUMUMAN BARISAN AHLI JAWATANKUASA BAGI SESSI 2022-2024 Pemilihan Ahli Jawatankuasa yang baharu telah dibuat secara undian oleh semua ahli kelab yang hadir. Senarai Ahli Jawatankuasa KSDK bagi sessi 2022- 2024 ialah:- 10.1 YANG DIPERTUA - Encik Kamaruzzaman bin Abdul Rahman 10.2 NAIB YANG DIPERTUA - Encik Shaiful Rizza bin Haji Piamin 10.3 SETIAUSAHA - Puan Azlida binti Mohd Ali 10.4 PEN. SETIAUSAHA - Puan Noorazreen binti Anuar 10.5 BENDAHARI - Puan Rashidah binti Uchip 10.6 PEGAWAI SUKAN - Encik Muhammad Syafiq bin Idrus 10.7 PEGAWAI KEBAJIKAN - Encik Mohd Basir bin Haji Desan 10.8 AHLI JAWATANKUASA - Puan Norismawati binti Ibrahim - Encik Mohd Faizul bin Yahya - Puan Norfadillah binti Sarehan - Encik Mohd Saifulnizam bin Mohd Said - Encik Mohd Afpriezza bin Hamizan - Puan Noorazian binti Anuar


13 / 13 11. USUL-USUL DAN CADANGAN Usul-usul dan cadangan telah diterima dan dibahaskan oleh ahli seperti berikut: 11.1 Encik Ishak Bin Jamaluddin a) Memberi hadiah yang lebih lumayan untuk cabutan Nama Bertuah b) Meluaskan lagi acara sukan 11.2 Puan Nur Syazwani binti Razali (tidak hadir) a) Mewujudkan koperasi (kedai serbaneka: menjual barang-barang MPHS seperti t-shirt, mug dll (pasar mini) 11.3 Encik Khairul Izwan bin Idris a) Insurans hayat dan kesihatan bagi ahli-ahli KSDK perlu dibincangkan bagi persediaan untuk masa hadapan b) Peruntukan cermin mata bagi ahli-ahli KSDK perlu dikaji semula bagi kesaksamaan dan keadilan untuk semua ahli c) Isu-isu fasiliti peralatan sukan dan tempat perlu dibincangkan bagi mengaktifkan aktiviti sukan dan riadah untuk semua ahli-ahli KSDK. 12. UCAPAN PENANGGUHAN Encik Kamaruzzaman bin Abdul Rahman selaku Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Hulu Selangor sesi 2022-2024 mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli kelab yang hadir dan sama-sama membantu untuk melicinkan perjalanan mesyuarat kali ini. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.10 petang. Disediakan oleh:- ( AZLIDA BINTI MOHD ALI ) Setiausaha KSDK 2022-2024 DICADANG OLEH : ……………………........................... DISOKONG OLEH : ………………………..……………... DISAHKAN OLEH : …………………………………....…. ( Pengerusi )


BARISAN PEGAWAI DAN JAWATANKUASA KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR SESI 2022-2024


PEGAWAI DAN JAWATANKUASA KSDK MPHS BAGI TAHUN 2022-2024 YANG DIPERTUA EN. KAMARUZZAMAN BIN ABDUL RAHMAN, P.P.T NAIB YANG DIPERTUA EN. SHAIFUL RIZZA BIN HJ. PIAMIN, P.P.T, C.A(M) SETIAUSAHA PN. AZLIDA BINTI MOHD ALI PEN. SETIAUSAHA PN. NOORAZREEN BINTI ANUAR BENDAHARI PN. RASHIDAH BINTI UCHIP AHLI JAWATANKUASA EN. MOHD SAIFULNIZAM BIN MOHD SAID PEGAWAI KEBAJIKAN EN. MOHD BASIR BIN HJ. DESAN PEGAWAI BIRO REKREASI EN. MOHD AFPRIEZZA BIN HAMIZAN PEGAWAI BIRO WANITA PN. NOORAZIAN BINTI ANUAR PEGAWAI BIRO EKONOMI EN. KAMARUZZAMAN BIN ABDUL RAHMAN, P.P.T AHLI JAWATANKUASA PN. NORISMAWATI BINTI IBRAHIM PEGAWAI SUKAN EN. MUHAMMAD SYAFIQ BIN IDRUS AHLI JAWATANKUASA PN. NORHIDAYA BINTI ABDUL HALIM AHLI JAWATANKUASA EN. MOHAMAD EFFENDI BIN RAHIM PEMERIKSA KIRA-KIRA PN. BAIZURA BINTI BUYONG PEMERIKSA KIRA-KIRA PN. SITI AZIERA BINTI JOHARI PENAUNG YBRS. TUAN MOHD HASRY BIN NOR MOHD, A.M.S. YANG DIPERTUA MPHS PENASIHAT YAD. RAJA DATO’ MUZAFFAR BIN RAJA REDZWA, D.S.I.S. ORANG BESAR DAERAH HULU SELANGOR


LAPORAN AKTIVITI KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR APRIL 2022 – APRIL 2023


LAPORAN INDUK KSDK LAPORAN PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR Pertandingan Mencipta Logo Kelab Sukan dan Kebajikan Majlis Perbandaran Hulu Selangor telah diadakan bermula 25 Mei hingga 27 jun 2022. Peserta terdiri di kalangan ahli KSDK. Seramai tujuh orang ahli KSDK telah menyertai pertandingan ini. Pertandingan ini diadakan bagi memilih pemenang dan logo baharu KSDK sempena naik taraf MDHS ke MPHS. Hadiah sebanyak RM 500 diberikan kepada pemenang. Hasil daripada perbincangan bersama AJK KSDK, semua AJK bersetuju memberikan tambahan hadiah atas hasil dan usaha kepada dua lagi peserta / ahli yang telah menyertai pertandingan ini. Encik Nazirul Mubin bin Bahari dan Encik Roslan bin Shaari telah menerima hadiah tempat ketiga dan kedua dan Encik Nurazhar bin Mohamad Jaini telah dipilih sebagai pemenang tempat pertama dan logo hasil ciptaan beliau telah dipilih sebagai Logo Rasmi KSDK MPHS. Majlis Pelancaran logo baharu KSDK MPHS serta penyampaian hadiah telah diadakan semasa Program Hari Warga Kerja MPHS.


LAPORAN INDUK KSDK


LAPORAN INDUK KSDK LAPORAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI YANG KE-36 KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR Mesyuarat Agung Kelab Sukan Dan Kebajikan Majlis Perbandaran Hulu Selangor kali yang ke-36 telah diadakan pada hari Selasa, 26 April 2022, jam 2.30 petang di Dewan Merdeka, Kuala Kubu Bharu. Program ini telah dihadiri seramai 310 orang yang terdiri daripada Ahli Majlis dan kakitangan MPHS merangkap ahli Kelab Sukan Dan Kebajikan (KSDK). Atur cara program dimulakan dengan kehadiran jemputan dan pendaftaran ahli kelab secara atas talian. Pendaftaran ini bertujuan untuk menyemak kehadiran ahli bagi menyediakan laporan minit mesyuarat agung pada tahun hadapan untuk dihantar ke Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Program seterusnya dengan bacaan doa oleh Encik Muhammad Hakim bin Jamil bagi pembukaan mesyuarat. Program diserikan dengan ucapan alualuan oleh YBrs. Encik Mohd Norazif bin Ahmad Tamsis, Yang Dipertua KSDK. Beliau menyatakan rasa syukur dan mengucapkan terima kasih kepada ahli kelab yang telah meluangkan masa menjalankan tanggungjawab sebagai ahli kelab dengan menghadiri dan menyertai mesyuarat agung tersebut. Seterusnya, ucapan perasmian oleh Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, A.M.S., Yang Dipertua MPHS merangkap Penaung KSDK MPHS. Beliau mengharapkan tahun 2022 KSDK MPHS akan terus menjalankan pelbagai aktiviti yang lebih memberikan impak serta memberikan kebaikan kepada semua pihak termasuk kepada pelanggan MPHS. Beliau juga mengharapkan agar setiap ahli KSDK MPHS dapat memainkan peranan masing-masing dengan semangat penuh toleransi, saling hormat-menghormati untuk bekerja sebagai satu pasukan. Program diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada Tuan Yang Dipertua MPHS. Mesyuarat agung dimulakan dengan mengesahkan minit mesyuarat kali yang ke-35, membentangkan laporan biro-biro bagi tahun 2021serta membentangkan laporan kewangan yang berakhir 31 Disember 2021.


LAPORAN INDUK KSDK Mesyuarat agung pada kali ini melibatkan pelantikan Jawatankuasa KSDK MPHS sesi baharu iaitu 2022-2024. Seramai 13 jawatankuasa termasuk Yang Dipertua KSDK telah dilantik semula bagi mengemudi KSDK MPHS. Program diteruskan lagi dengan cabutan nama bertuah. Sebanyak 80 dan tiga hadiah perdana berupa perkakasan dapur dan barangan elektrik diberikan kepada ahli KSDK yang bertuah. Goodies berupa tuala dan juadah iftar turut diberikan kepada semua ahli KSDK yang hadir ke mesyuarat agung ini. Program diakhiri dengan ucapan penangguhan. Mesyuarat berakhir pada jam 05.00 petang.


LAPORAN INDUK KSDK LAPORAN KEJOHANAN GOLF SEMPENA SAMBUTAN 1 TAHUN PERBANDARAN HULU SELANGOR Kejohanan Golf Sempena Sambutan 1 Tahun Perbandaran Hulu Selangor telah diadakan pada 15 Oktober 2022 (Sabtu) bermula pukul 7.00 pagi hingga 2.30 petang dan bertempat di Bukit Beruntung Golf & Country Resort, Bukit Beruntung. Program ini telah disertai seramai 120 orang dari agensi kerajaan dan swasta Daerah Hulu Selangor, PBT, pemain industri serta sektor korporat Negeri Selangor.


LAPORAN INDUK KSDK PEMBERIAN KAD INSURANS BAGI PAKEJ PELAN PELINDUNGAN KEMALANGAN DIRI (AGROBANK) Ahli Jawatankuasa Kelab Sukan dan Kebajikan MPHS telah sepakat memberikan kad insurans bagi pakej Pelan Pelindungan Kemalangan Diri kepada semua ahli KSDK. Pakej pelan ini diberikan selama setahun dan akan tamat pada Ogos 2023. Kelab telah memperuntukkan sebanyak RM 53.00 setahun bagi seorang ahli KSDK bagi pakej pelan ini. Ahli KSDK dapat menuntut insurans sekiranya berlaku kematian akibat kemalangan, keilatan kekal, perbelanjaan pengkebumian, rawatan perubatan selama setahun serta elaun tunai wad (maksimum 30 hari).


LAPORAN INDUK KSDK PEMBERIAN T. SHIRT PROGRAM HARI WARGA KERJA (HWK) DAN KAD INSURANS Pemberian dan edaran T. Shirt Program Hari Warga Kerja (HWK) dan Kad Insurans telah diadakan pada 10 – 11 Januari 2023 di Bilik Mesyuarat Cherandong. Semua ahli telah hadir dan telah menuntut t. shirt serta kad insurans pada dua hari tersebut.


LAPORAN INDUK KSDK LAPORAN PROGRAM HARI WARGA KERJA (HWK) 2023 MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR Program Hari Warga Kerja MPHS 2023 anjuran KSDK MPHS telah diadakan dengan jayanya pada 14 – 15 Januari 2023 (Sabtu – Ahad) bertempat di Ancasa Hotels and Resorts, Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 328 kakitangan MPHS merangkap ahli KSDk telah menyertai program ini. Program ini juga diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Tuan Mohd Hasry bin Nor Mohd, A.M.S, Yang Dipertua MPHS, YBhg. Tuan Awaluddin bin Zakaria, A.M.S, Timbalan Yang Dipertua MPHS, Pengarah-pengarah jabatan serta Ketua Bahagian MPHS. Program dimulakan dengan acara sukaneka. Ahli kelab telah dibahagikan kepada 10 kumpulan mengikut nama kumpulan rock popular. Ahli kelab akan kekal dalam kumpulan sehingga selesai program dua hari satu malam ini. Sebanyak lima acara sukaneka dipertandingkan dan telah diselia oleh kakitangan pihak hotel. Pemberian hadiah sukaneka diberikan sejurus sahaja acara sukaneka berakhir. Kumpulan Gun N’ Roses yang diketuai oleh Tuan Yang Dipertua MPHS telah mendapat markah tertinggi dan telah menjuarai acara sukaneka kali ini. Program diteruskan dengan makan tengah hari yang telah disediakan oleh pihak hotel. Ahli kelab kemudiannya mendaftar masuk bilik penginapan dan berehat sebentar sebelum sesi rehearsal dan latihan persembahan mengikut kumpulan bagi acara pertandingan persembahan pada aktiviti sebelah malam. Seterusnya, program makan malam bertemakan ‘Rock to Success’ dimulakan dengan ucapan daripada Yang Dipertua KSDK. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama daripada semua ahli kelab yang menyertai program Hari Warga Kerja kali ini. Beliau mengharapkan ahli KSDK dapat menyertai program anjuran KSDK lagi di masa akan datang. Program diserikan lagi dengan ucapan Sepatah Dua Kata daripada Yang Dipertua MPHS. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah akan kejayaan penganjuran Program HWK kali ini. Beliau memaklumkan bahawa akan sentiasa


LAPORAN INDUK KSDK memberikan sokongan yang padu bagi semua program yang akan dianjurkan oleh KSDK kelak. Seterusnya, Majlis pelancaran Logo Baharu KSDK MPHS serta penyampaian hadiah kepada pemenang. Logo hasil ciptaan Encik Nurazhar bin Mohamad Jaini telah dipilih sebagai logo rasmi KSDK MPHS. Seterusnya, pertandingan persembahan daripada 10 kumpulan yang bertemakan bebas. Juri pertandingan seramai dua orang terdiri daripada kakitangan hotel. Juara persembahan adalah dari Kumpulan Bumiputera Rockers (Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta). Secara amnya, pelaksanaan program Hari Warga Kerja 2023 telah dilaksanakan dengan jayanya tanpa berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini. Diharapkan program ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi mengeratkan lagi hubungan sesama ahli kelab MPHS. Diharapkan juga komitmen daripada semua ahli kelab dapat diberikan untuk menyertai program seperti ini pada masa akan datang disamping dapat memperbaiki lagi kelemahan anjuran program Hari Hari Warga Kerja di masa akan datang.


LAPORAN INDUK KSDK


LAPORAN INDUK KSDK PROGRAM MEMASAK BUBUR LAMBUK DAN JUADAH IFTAR AIDILFITRI KHAS UNTUK SEMUA KAKITANGAN MPHS Program Memasak Bubur Lambuk dan Juadah Iftar Aidilfitri telah diadakan pada 14 April 2023 (Jumaat) di perkarangan parkir kenderaan Pejabat MPHS. Program ini disertai seramai 30 orang ahli KSDK dan juga ahli ANULAE yang telah bergotong-royong memasak Bubur Lambuk, mereneh sup tulang lembu, memasak nasi impit dan kuah kacang.


BIRO SUKAN


LAPORAN BIRO SUKAN LAPORAN BIRO SUKAN JAWATANKUASA BIRO SUKAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR SESI 2022-2024 1. Pegawai Sukan - Muhammad Syafiq b. Idrus 2. Naib Pengerusi - Mohd Hazhman b. Haron 3. Setiausaha - Siti Nor Juliana bt. Md Tajuddin 4. Bendahari - Norhidayah bt. Marudin @ Nordin 5. Pengurus Bola Sepak - Hairoul Azhar b. Hashim 6. Pengurus Bola Jaring - Nur Fitrah Shuhada bt. Mohd Salim 7. Pengurus Badminton - Mazlan b. Ariffin 8. Pengurus Futsal - Muhammad Amiruddin b. Abd Aziz 9. Pengurus Sepak Takraw - Mohd Shahrizal b. Osman 10. Pengurus Pingpong - Shahfizan b. Samsuddin 11. Pengurus Bola Tampar - Sazrul Irdzuan b. Zakaria 12. Pengurus Bowling - Norazimah bt. Mohd Arshad 13. Pengurus Basikal - Ahmad Azhar b. Rosli 14. Pengurus Snuker - Mohd Farid b. Fadzil 15. Pengurus Dart - Raja Mahmood b. Raja Mohamad 16. Pengurus Karom - Roslan b. Hj. Shaari 17. Pengurus E-Games & Catur - Mohd Idrus b. Mahmud Jamili 18. Pengurus Bola Baling - Ahmad Akram b. Samsudin 19. Pengurus Golf - Ahmad Shazwi Izam b. Abu Bakar 20. Pengurus Olahraga - Alfian b. Mazlan 21. Pengurus Sukan Permotoran - Asmadi b. Harizan 22. Ahli Jawatankuasa - Muhammad Afiq b. Abd Rahim 23. Ahli Jawatankuasa - Md Rashdan Shakir b. Muhammad Fadzil 24. Ahli Jawatankuasa - Rozaidi b. Hamli 25. Ahli Jawatankuasa - Mohd Faiz Akmal b. Yahya 26. Ahli Jawatankuasa - Ray Akqmal Hidayath b. Noor Hasani 27. Ahli Jawatankuasa - Badrul Anas b. Abdul Malik 28. Ahli Jawatankuasa - Mohd Aini Arbain b. Ismail 29. Ahli Jawatankuasa - Mohd Afpriezza b. Hamizan 30. Ahli Jawatankuasa - Abdul Azim b. Abu Bakar 31. Ahli Jawatankuasa - Wan Mohamad Fazrul b. Wan Rosli 32. Ahli Jawatankuasa - Noorhayati bt. Mohd Ali 33. Ahli Jawatankuasa - Noor Amalina bt. Khairon


LAPORAN BIRO SUKAN 1. PENDAHULUAN / OBJEKTIF Tujuan kertas laporan ini dibentangkan adalah sebagai makluman kepada ahli mesyuarat mengenai aktiviti yang telah dilaksanakan oleh biro sukan dengan objektif bagi meningkatkan minat kakitangan terhadap sukan dan mengekalkan gaya hidup sihat. Antara aktiviti yang membantu menjana sumber kewangan KSDK adalah seperti berikut:- i. Menyertai Sukan E-Games – Mobile Legends Bang Bang 2022 ii. Pertandingan Bola Jaring & Perlawanan Persahabatan iii. Kejohanan Badminton Dan Perlawanan Persahabatan iv. Kejohanan & Perlawanan Persahabatan Bowling v. Lelongan peralatan perabot di Rumah Rehat KSDK SUKAN E-GAMES – MOBILE LEGENDS BANG BANG 2022 Pada 24 Julai 2022 (Ahad), pasukan E-Games MPHS telah menyertai ‘Phase Mobile Legends Tournament 2022’ anjuran Pertubuhan Harapan Anak Hulu Selangor bertempat di Oasis, Bandar Utama, Batang Kali bermula jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam. Pasukan MPHS terdiri daripada; 1. Mohd Idrus bin Mahmud Jamili (Pengurus) 2. Mohamad Syazrul Affendy bin Ahmad Ritaudin (Kapten) 3. Amir Al Afiq bin Mohd Zaki 4. Ross Raffiq bin Rosli 5. Ahmad Khairulamirin bin Muhammad Zakiy 6. Syafiq bin Kamarulzaman 7. Muhammad Shahirul Ikhmal bin Badrul Hisham (Import)


LAPORAN BIRO SUKAN Keputusan ; Perlawanan 1 MPHS Jr. 2 - 0 Chyprus Mara ke pusingan ke-2 Upper Bracket Perlawanan 2 MPHS Jr. 0 - 2 Underdog MY Mara ke pusingan ke-3 Lower Bracket Perlawanan 3 MPHS Jr. 0 - 2 Chyprus Tersingkir


LAPORAN BIRO SUKAN PERTANDINGAN BOLA JARING & PERLAWANAN PERSAHABATAN Pasukan Bola Jaring MPHS telah menyertai beberapa kejohanan dan perlawanan persahabatan seperti berikut; Kejohanan/Pertandingan Bola Jaring yang disertai; Bil. Perlawanan Tarikh Tempat Keputusan 1. Kejohanan Bola Jaring, Malaysia Sports League (MSL) Daerah Hulu Selangor anjuran Pejabat Belia & Sukan Hulu Selangor. 21 Mei 2022 (Sabtu) Gelanggang Bola Jaring, Dewan Rasa Tambahan, Rasa. Tempat Ketiga daripada 6 pasukan yang bertanding. 2. Kejohanan Bola Jaring Piala YDP Kuala Selangor anjuran Majlis Perbandaran Kuala Selangor 16 Julai 2022 (Sabtu) Stadium Tertutup Kuala Selangor. Tewas peringkat kumpulan. 23 pasukan yang bertanding. 3. Karnival Sukan 6 Penjuru anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor. 10 Disember 2022 (Sabtu) Gelanggang Bola Jaring, SMKKKB, Kuala Kubu Bharu, Naib Johan daripada 5 pasukan yang bertanding. 4. Pertandingan Bola Jaring Tertutup Hulu Selangor DUN Batang Kali. 26 Februari 2023 (Ahad) Gelanggang Bola Jaring Padang Jejarum, Bukit Beruntung. Tempat Ketiga daripada 8 pasukan yang bertanding.


LAPORAN BIRO SUKAN Beberapa siri perlawanan persahabatan yang telah disertai; MPHS VS MDTM – 2 Jun 2022 – MPHS Menang MPHS VS SMKKKB – 6 Julai 2022– MPHS Menang MPHS VS MRSM – 12 Julai 2022– MPHS Menang MPHS VS SMITI – 27 Julai 2022– MPHS Menang MPHS VS Felda Trolak – 17 Ogos 2022 – MPHS Kalah MPHS VS IKBN KKB – 26 Ogos 2022 – MPHS Menang MPHS VS Felda FGV Kuala Lumpur – 5 September 2022 – MPHS Kalah MPHS VS Kemas Selangor – 9 September 2022 - MPHS Menang MPHS VS Air Selangor – 21 September 2022 – MPHS Menang MPHS VS IPD Hulu Selangor – 11 Oktober 2022 – MPHS Kalah MPHS VS Felda Sg. Tengi – 4 November 2022 – MPHS Menang MPHS VS KKB Team – 6 Disember 2022– MPHS Menang MPHS VS UPSI –1 Disember 2022– MPHS Menang MPHS VS 4 pasukan campuran – 26 Januari 2023 (Khamis) – MPHS Menang MPHS VS 4 pasukan campuran – 14 Februari 2023 (Selasa) – MPHS Menang


LAPORAN BIRO SUKAN KEJOHANAN BADMINTON DAN PERLAWANAN PERSAHABATAN i) Pada 28 Mei 2022 (Sabtu), pasukan Badminton MPHS telah menyertai Kejohanan Badminton Malaysia Sports League (MSL) Daerah Hulu Selangor anjuran Pejabat Belia & Sukan Hulu Selangor bertempat di Dewan Serbaguna, Bukit Sentosa. Pasukan MPHS telah berjaya mendapat tempat ketiga daripada 5 pasukan yang bertanding. Kejohanan ini diadakan bertujuan bagi mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan ke peringkat Negeri Selangor. ii) Pada 17 Disember 2022 (Sabtu), pasukan Badminton MPHS telah menyertai Pertandingan Badminton IPMC MPHS dan telah berjaya mendapat tempat Naib Johan. Pertandingan ini diadakan memupuk semangat kesukanan dikalangan pekerja dan secara tidak langsung boleh mengeratkan silaturrahim antara MPHS dengan pengilang2 di sekitar Hulu Selangor.


LAPORAN BIRO SUKAN ii) Pada 14 Mac 2023 (Selasa), pasukan Badminton MPHS telah dijemput menyertai perlawanan persahabatan Badminton dengan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor bertempat di Tropicana Badminton Academy, Sungai Buloh. Keputusan perlawanan memihak kepada MPHS dengan kemenangan 7 – 0. Pertandingan ini diadakan bertujuan bagi mengeratkan tali silaturrahim antara MPHS dengan Jabatan2 luar Kerajaan.


LAPORAN BIRO SUKAN KEJOHANAN & PERLAWANAN PERSAHABATAN BOWLING 1. Pasukan bowling MPHS telah dipanggil untuk menyertai perlawanan persahabatan Bowling Jemputan Air Selangor pada 20 Oktober 2022 (Khamis) di Wangsa Bowl, Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur. 2. Pasukan bowling MPHS menyertai Kejohanan Bowling Sukan MALA pada 26 – 29 Januari 2023 (Khamis – Ahad) di Pelangi Mall, Johor Bharu dan mendapat ranking ke 52 dari 150 pasukan 3. Pertandingan Bowling Piala Yang Dipertua Pekan, Pahang pada 5 Ogos 2022 (Jumaat) 4. Pertandingan Bowling Sempena Sambutan Perbandaran Antara Agensi2 Kerajaan anjuran Majlis Perbandaran Hulu Selangor pada 30 Oktober 2022 (Ahad) di Lite Superbowl Selayang Mall, Selayang. 5. Perlawanan Bowling Semesta pada 20 Oktober 2022 (Khamis)


LAPORAN BIRO SUKAN FUTSAL 1. Perlawanan persahabatan futsal di kalangan kakitangan MPHS diadakan pada setiap hari khamis jam 9.30 malam di Court Futsal Miel, Batang Kali. 2. Pasukan futsal MPHS mendapat sambutan dikalangan kakitangan yang hadir untuk bersama-sama melakukan aktiviti riadah malam itu dan turut hadir pengarah, ketua jabatan dan pegawai yang lain. 3. Pasukan Futsal Maktab Polis KKB telah mengadakan perlawanan persahabatan bersama Futsal MPHS pada 21 Janurai 2023. 4. Perlawanan persahabatan futsal diantara Futsal MPHS dengan Futsal PSKPP telah diadakan pada 17 Februari 2023 di Court Futsal Miel, Batang Kali. 5. Pasukan Futsal Perempuan MPHS berjaya mendapat Johan dalam Kejohanan Malaysia Sport League Daerah Hulu Selangor yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dan mewakili daerah ke peringkat Negeri.


LAPORAN BIRO SUKAN PEMBANGUNAN BOLA SEPAK 1. Kelab Bola Sepak Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS FC) dibawah naungan Timbalan Yang Dipertua MPHS telah dibuat penstrukturan semula pada Februari 2023 2. Kelab bola sepak ini terdiri daripada barisan kakitangan MPHS dan pemain yang berbakat besar dalam arena bola sepak tempatan. Titik tolak perjalanan kelab akan diteruskan dengan menyertai Liga Sosial dan liga yang berdaftar bagi membentuk gaya dan kualiti permainan yang cemerlang. 3. Pembangunan Pasukan Bola Sepak MPHS ini adalah langkah positif ke arah meningkatkan minat dan motivasi kakitangan untuk terus memberi komitmen terhadap sukan dan gaya hidup sihat. 4. MPHS FC mendapat tempat ke-3 dalam Kejohanan Liga Bola Sepak Agensi Kerajaan Hulu Selangor yang di anjurkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPHS. 5. MPHS FC mendapat tempat ke-5 dalam Karnival Sukan Bola Sepak Pihak Berkuasa Tempatan yang di anjurkan oleh Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPHS. 6. Tuan Timbalan Yang Dipertua MPHS berhasrat untuk mengambil alih dalam pengurusan dan pentadbiran MPHS FC bagi memantapkan lagi pembangunan bola sepak dikalangan kakitangan serta menaikan semangat para pemain untuk kekal mengembling tenaga demi mengharumkan nama Majlis Perbandaran Hulu Selangor.


LAPORAN BIRO SUKAN SENARAI AHLI JAWATANKUASA KELAB BOLA SEPAK MPHS FC Ahli Jawatankuasa Kelab Bola Sepak Majlis Perbandaran Hulu Selangor bagi tahun 2023 telah dilantik secara rasminya semasa Mesyuarat yang telah diadakan pada 24 Februari 2023 yang lalu. Senarai Ahli Jawatankuasa Kelab Bola Sepak MPHS adalah seperti di bawah. BIL. NAMA JAWATAN JABATAN 1. Tuan Awaluddin bin Zakaria Penaung Timbalan Yang Dipertua MPHS 2. Kamaruzzaman bin Abd Rahman Penasihat Yang Dipertua Kelab Sukan dan Kebajikan MPHS 3. Khairul Anuar Bin Mohd Khalid Penasihat Jabatan Perancang Bandar 4. Muhammad Syafiq bin Idrus Pengurus Sukan Jabatan Khidmat Pengurusan 5. Hairoul Azhar Bin Hashim Pengerusi Jabatan Penguatkuasaan 6. Siti Norjuliana Binti Md Tajuddin Setiausaha Jabatan Perancang Bandar 7. Mohd Shahrizal Bin Osman Ketua Jurulatih Bahagian Perundangan 8. Amirul Hisham Bin Ramli Penolong Jurulatih Jabatan Penguatkuasaan 9. Mohd Ridzuan Bin Jamali Penolong Jurulatih 2 / Bendahari Jabatan Khidmat Pengurusan 10. Muhammad Afiq Bin Abd Rahim AJK Jabatan Kejuruteraan 11. Mohamad Faizzudin Bin Abdul Karim AJK Jabatan Bangunan 12. Ahmad Shazwi Izam Bin Abu Bakar AJK Jabatan Pembangunan Masyarakat 13. Badrul Anas bin Abdul Malik Promosi Jabatan Pembangunan Masyarakat 14. Muhammad Alif Bin Hassan Promosi Bahagian Teknologi Maklumat


LAPORAN BIRO SUKAN SENARAI PEMAIN MPHS FC BIL. NAMA POSISI JABATAN 1. Mohd Norfarhanif Bin Ramly Penjaga gol Jabatan Penguatkuasaan 2. Mohd Aini Arbain Bin Ismail Penjaga gol Jabatan Landskap 3. Ahmad Azhar bin Rosli Pertahanan Tengah (C) Jabatan Pembangunan Masyarakat 4. Mohd Kamil Syafik Bin Jamsari Pertahanan Tengah Bahagian Perbendaharaan 5. Izzul Hilmi Bin Misran Pertahanan Tengah 6. Md Rashdan Shakir Bin Muhammad Fadzil Pertahanan Kiri Bahagian COB 7. Muhd Nur Rasyidi bin Che Azizan Pertahanan Kiri Jabatan Landskap 8. Mohamad Zulhairi Fahimi Bin J.Samsuri Pertahanan Kanan Jabatan Khidmat Pengurusan 9. Muhammad Rahmat bin Mukhtar Pertahanan Kanan Jabatan Penguatkuasaan 10. Muhammad Syafiq bin Idrus Pemain tengah Jabatan Khidmat Pengurusan 11. Muhd Firhan bin Razlan Pemain tengah Jabatan Bangunan 12. Mohd Faiz Akmal Bin Yahya Pemain tengah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta 13. Md Faizal Bin Ismail Pemain tengah Jabatan Kejuruteraan 14. Mohamad Nur Salikin Bin Nuar Pemain tengah 15. Ahmad bin Md Said Pemain Sayap Kiri Jabatan Penguatkuasaan 16. Muhammad Azuwan bin Jamaludin Pemain Sayap Kiri Jabatan Landskap 17. Nazrul Shafeeq bin Yusof Pemain Sayap Kiri Jabatan Penguatkuasaan 18. Syed Radzman bin Syed Sulaiman Pemain Sayap Kiri 19. Badrul Anas bin Abdul Malik Pemain Sayap Kanan Jabatan Pembangunan Masyarakat


LAPORAN BIRO SUKAN 20. Mohammad Amirul Haiqal b razak Pemain Sayap Kanan 21. Muhammad Rafiq Rabani bin Zulkapli Pemain Sayap Kanan Jabatan Pembangunan Masyarakat 22. Muhammad Alif bin Hassan Pemain Sayap Kanan Bahagian Teknologi Maklumat 23. Ray Akqmal Hidayath bin Noor Hasani Penyerang Jabatan Penguatkuasaan 24. Muhammad Haziyhidawi bin Mazlan Penyerang


LAPORAN BIRO SUKAN BOLA TAMPAR 1. PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARA MPHS DAN AIR SELANGOR – 18 Ogos 2023


LAPORAN BIRO SUKAN 2. PERLAWANAN PERSAHABATAN ANTARA MPHS DAN PEJABAT KESIHATAN DAERAH (PKD) – 28 September 2022


LAPORAN BIRO SUKAN BOLA BALING Sukan Bola Baling telah mula diperkenalkan di Majlis Perbandaran Hulu Selangor melalui latihan asas kepada kakitangan yang telah diadakan bermula 19 Julai 2022 (Selasa) jam 5.15 petang di Gelanggang Bola Baling, Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Bharu. Kakitangan Majlis mendapat bimbingan dari tenaga pengajar guru sekolah berkenaan, Oleh kerana sukan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan kakitangan Majlis, latihan telah diteruskan dijalankan setiap hari Selasa ditempat yang sama. Sukan ini juga dilihat berpotensi untuk diketengahkan bagi membentuk pasukan Bola Baling MPHS suatu hari nanti. .


BIRO KEBAJIKAN


LAPORAN BIRO KEBAJIKAN LAPORAN BIRO KEBAJIKAN KELAB SUKAN DAN KEBAJIKAN MAJLIS PERBANDARAN HULU SELANGOR BARISAN JAWATANKUASA BIRO KEBAJIKAN BAGI SESI 2022 - 2024 En. Mohd Basir bin Hj. Desan Pegawai Kebajkan Pn. Baizura bt Buyong Pen. Peg. Kebajkan Pn. Farrah Izzatulis Syazwani bte Ismail Setiausaha Pn. Nadzirah bt Che Shahidan Pen. Setiausaha Pn. Norfadillah bt Sarehan Bendahari En. Rozaidi bin Hamli Ahli Jawatankuasa En. Mohd Saifulnizam bin Mohd Said Ahli Jawatankuasa En. Roslan bin Abd Rahman Ahli Jawatankuasa Pn. Norhidaya bt Abdul Halim Ahli Jawatankuasa En. AbdulRazak bin Ibrahim Ahli Jawatankuasa En. Muhammad Hakim bin Mohd Jamil Ahli Jawatankuasa Cik Suraya bt Yaacob Pen. Bendahari En. Mohd Johan bin Ismail Ahli Jawatankuasa Pn. Noorazreen bt Anuar Ahli Jawatankuasa Pn. Ranjini Devi a/p Dharmalingam Ahli Jawatankuasa Pn. Rosmahwati bt Ali Ahli Jawatankuasa Pn. Siti Norbainie Binti Ramly Ahli Jawatankuasa


LAPORAN BIRO KEBAJIKAN 1. PENDAHULUAN / OBJEKTIF Laporan Biro Kebajikan dibentangkan bertujuan untuk memaklumkan kepada ahli mesyuarat mengenai perancangan dan pelaksanaan aktiviti-aktiviti sepanjang sessi ini. Setiap aktiviti yang telah dilaksanakan adalah berlandaskan pada objektif bagi mempertingkatkan tahap kebajikan ahli kelab. 2. KETERANGAN AKTIVITI Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun 2022 :- 1 Pemberian Bantuan Khairat Kematian. 2 Sumbangan Hadiah Perkahwinan Pertama. 3 Pemberian Dermasiswa Peperiksaan. 4 Sumbangan Hadiah Kelahiran Cahayamata Pertama, Kedua & Seterusnya 5 Sumbangan Ehsan Kemalangan. 6 Pemberian Saguhati / Ziarah. 7 Sumbangan Bencana Alam 8 Kiosk Wakaf KSDK 2.1 Pemberian Bantuan Khairat Kematian. 2.1.1 Kadar bayaran bantuan kewangan adalah seperti berikut:- PERKARA KADAR Ahli Kelab RM 1,000.00 Suami / Isteri RM 200.00 Ibu / Bapa Kandung RM 200.00 Anak-anak ahli berumur 18 tahun ke bawah dan anak angkat yang sah RM 200.00 2.1.2 Bayaran akan diberikan kepada salah seorang ahli sahaja sekiranya tuntutan dibuat lebih daripada dua orang. 2.1.3 Ahli hanya layak mendapat bayaran bagi satu perkara sahaja bagi satu tuntutan. 2.2 Sumbangan Hadiah Perkahwinan (Pertama) 2.2.1 Sumbangan wang tunai bernilai RM300.00 untuk perkahwinan kali pertama sahaja. 2.2.2 Ahli perlu mengemukakan Sijil Pernikahan yang sah.


LAPORAN BIRO KEBAJIKAN 2.3 Pemberian Dermasiswa Peperiksaan. 2.3.1 Kelayakan / kadar adalah seperti berikut:- PEPERIKSAAN KELAYAKAN KADAR UPKK/PSRA 8A / MUMTAZ RM 200.00 PT3 5A & ke atas RM 250.00 SPM 5A & ke atas RM 300.00 2.4 Sumbangan Hadiah Kelahiran Cahaya Mata Pertama = RM 200.00, manakala kedua hingga kelima = RM 50.00. Sumbangan ini hanya diberikan kepada perkahwinan pertama sahaja. 2.5 Sumbangan Ehsan Kemalangan = RM 100.00. 2.5.1 Kemalangan diambil kira semasa ahli menjalankan tugas rasmi / hakiki sahaja. Sila dapatkan surat pengesahan daripada doktor atau bukti bergambar (kemalangan) serta pengesahan daripada Yang Dipertua KSDK terlebih dahulu. 2.6 Pemberian Saguhati / Ziarah. Saguhati berupa barangan (hamper / buah) bernilai RM 50.00, serta satu tabung kutipan diwujudkan untuk satu nama dan Encik Johan bin Ismail dilantik sebagai individu yang bertanggungjawab dalam membuat kutipan ehsan ziarah tersebut. Walaubagaimanapun, bagi penyakit berulang, tuntutan hanya boleh dibuat sekali untuk seumur hidup. 2.7 Sumbangan Bencana Alam = RM 200. 2.8 Kiosk Wakaf KSDK. Sumbangan makanan asasi untuk ahli kelab. 2.8.1 Ahli kelab digalakkan dan dialu-alukan untuk menyumbang seberapa banyak makanan asasi seperti beras, minyak masak, gula, garam dan lain-lain lagi bermula 1 Jun 2016. Lokasi kiosk adalah bersebelahan Jabatan Kewangan. 2.8.2 Biro Kebajikan juga memohon sumbangan daripada induk KSDK sebanyak RM 100 sebulan bermula September 2018. 2.8.2 Sumbangan ini terbuka kepada semua ahli kelab yang sangat-sangat memerlukan bantuan.


LAPORAN BIRO KEBAJIKAN 3. RINGKASAN PENERIMAAN / TUNTUTAN AHLI (AKTIVITI BIRO KEBAJIKAN BERMULA MEI 2022 – APRIL 2023) BIL PERKARA JUMLAH 1 Pemberian Bantuan Khairat Kematian (Diri) 1,000.00 2 Pemberian Bantuan Khairat Kematian (Waris) 2,800.00 3 Sumbangan Hadiah Perkahwinan (Pertama) 900.00 4 Pemberian Dermasiswa Peperiksaan 1,000.00 5 Sumbangan Hadiah Kelahiran Cahaya Mata Pertama 1,800.00 6 Sumbangan Hadiah Kelahiran Cahaya Mata ke-2 hingga ke-5 750.00 7 Sumbangan Ehsan Kemalangan 500.00 8 Pemberian Saguhati / Ziarah 150.00 9 Sumbangan Bencana Alam 1,400.00 JUMLAH KESELURUHAN 10,300.00


Click to View FlipBook Version