The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-8987638, 2023-09-09 22:15:51

KANANG ANAK LANGKAU

KANANG ANAK LANGKAU

KANANG ANAK LANGKAU HERO MALAYSIA 'AGI IDUP AGI NGELABAN'


BIODATA NAMA : PW I Temenggong Datuk Kanang anak Langkau KELAHIRAN : 2 Mac 1945 ,Julau , Sarawak ( Sarikei ) MENINGGAL DUNIA : 3 Januari 2013 (umur 67) Kuching, Sarawak PERKHIDMATAN : Tentera Darat Malaysia TAHUN PERKHIDMATAN : 1962–1983 PANGKAT : Pegawai Waran I PERTEMPURAN : Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962–1966) Darurat Malaysia ke-2 (1968–1983)


Kanang Anak Langkau dilahirkan pada 2 Mac 1945 di Julau, Sarawak di mana beliau merupakan cucu seorang ketua Iban. Kanang telah menerima pelbagai jenis pendidikan sebagai kanak-kanak dari datuknya walaupun beliau membesar di sebuah kawasan terpencil di Sarawak di mana pendidikan formal adalah terhad. Kanang selalu mengikut datuknya memburu di dalam hutan dan telah belajar untuk membaca tanda-tanda tumbuh-tumbuhan, bunyi haiwan, bauan dalam angin, dan cara-cara untuk menjadi penjejak. KEHIDUPAN AWAL


Mendiang sebelum ini pernah disangka meninggal dunia apabila tidak sedarkan diri selama seminggu dan terlantar di hospital selama 14 bulan akibat terkena tembakan dalam pertempuran dengan komunis di hutan Tanah Hitam, Perak pada 8 Februari 1980. Mengimbau kembali peristiwa itu, seorang anggota yang menjadi saksi paling dekat dengan Kanang waktu itu, Pegawai Waran II, S. Rajagopal berkata, kejadian serang hendap berlaku ketika pasukan 8 RRD yang diketuai oleh Kanang (Sarjan pada masa itu) mengetuai satu pasukan menjejak dan mengesan musuh dalam Ops Setia Khas. OPS SETIA KHAS


Sebagai renjer yang terkenal dengan moto ‘Agi idup agi ngelaban’ (Berjuang selagi masih hidup), Kanang diingati sebagai perwira negara yang unggul dan tidak takut mati demi mempertahankan negara daripada ancaman komunis, selain terbabit dalam konfrontasi dan kekacauan di Brunei ketika berkhidmat dengan Tentera British. Kanang pernah ditembak sebanyak tiga kali tetapi terselamat dan akhirnya kembali untuk meneruskan perkhidmatannya. Beliau hampir menemui ajal selepas peluru musuh mengenai jantung merosakkan satu buah pinggangnya serta menyebabkan terburai usus perut dan akibatnya terlantar di hospital selama 14 bulan. AGI IDUP AGI NGELABAN


NAMA : AISYAH DARWISYAH BINTI NORULFAIZUL KELAS : 4 STEM 1 TEKAD PERPADUAN PENUHI HARAPAN Saya memilih Kanang Anak Langkau kerana saya kagum dengan kisah beliau yang tidak menyerah kalah kepada musuh selagi nyawa masih dikandung badan. Saya berharap agar dapat menyertai lagi pertandingan-pertandingan sebegini pada masa akan datang. Sekian, terima kasih. SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 66


Click to View FlipBook Version