SK AYER PUTEH, SERDANG
KALI KE 45
16 OKTOBER 2021 (SABTU)
2.00 – 6.00 PETANG
SECARA ATAS TALIAN
YB DATO’ NORSABRINA BINTI MOHD NOOR
DSDK., SMK., BCM, PJK
ADUN BANDAR BAHARU
1
ISI KANDUNGAN M/S
PERKARA 3
1. Perutusan Guru Besar SKAP 4
2. Kata-kata Aluan YDP PIBG 5
7
3. Guru dan Staf SKAP 2021 8
4. Notis mesyuarat Agung PIBG sesi 2020/2021
5. Aturcara Mesyuarat Agung PIBG 9
6. Agenda Mesyuarat Agung PIBG 11
7. Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2022 13
8. Minit mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 20
9. Laporan Aktiviti Tahunan 2020/21 22
24
10. Laporan Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG 2020/22 26
11. Senarai Biro-biro AJK PIBG SKAP 2020/22 29
12. Laporan Biro-biro AJK PIBG SKAP 2020/22 32
13. Laporan Penyata Kewangan PIBG 2020 34
14. Usul-usul 2021 37
15. Jawatankuasa Pelaksana MA PIBG SKAP 2021 39
16. Anugerah Kecemerlangan Murid 2020 40
17. Lagu Sekolah “Kemercu Kejayaan” 41
18. Penutup
19. Penghargaan
2
Perutusan Tuan Guru Besar
Sekapur Sirih, Seulas Pinang
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Syukur saya ke hadrat Allah s.w.t dengan limpah kurniaNya dan izinNya
dapat kita bersama-sama mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG) SK Ayer Puteh secara atas talian. Berikutan negara kita masih
melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) SOP FASA 2 akibat Covid- 19, maka
Mesyuarat Agung PIBG sesi 2021 tidak dapat dijalankan secara bersemuka. Saya
ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Dipertua PIBG sesi
2020/2022, Encik R o s d i b i n M o h d Y u s o f dan semua AJKPIBG, guru-
guru serta ibu bapa yang telah memberi kerjasama dan komitmen kepada pihak
sekolah semasa saya menjalankan tugas dan tanggungjawab saya di sini.
Peranan dan tanggunjawab PIBG amat penting terutama dalam bidang akademik
dan kokurikulum murid-murid. Saya yakin dan percaya bahawa kemajuan sesebuah
sekolah adalah terletak di atas kekuatan dan peranan PIBG. Justeru, sokongan
padu PIBG amat diperlukan dalam menjayakan setiap program sekolah. Gandingan
PIBG dan pihak sekolah diharapkan dapat memberi kesan yang positif dan faedah
yang besar kepada masa depan murid-murid.
Sepanjang negara berada dalam pandemik Covid-19, ibu bapa turut mengambil
tanggungjawab membantu guru-guru ketika proses Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) melalui Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Ibu bapa memainkan
peranan penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak terutama ketika berada
di rumah. Keprihatinan dan pemantauan rapi daripada ibu bapa amat diperlukan
dalam memastikan anak-anak melaksanakan PdPR. Kedua-dua pihak haruslah
sama-sama berganding bahu agar prestasi anak-anak dapat dipertingkatkan. Pihak
sekolah sentiasa bersikap terbuka dan berfikiran positif serta rasional sekiranya ibu
bapa menghadapi sebarang kesulitan berkaitan masalah pembelajaran anak-anak.
Akhir kata, semoga usaha murni kita mendapat keberkatan dan keredaan Allah s.w.t
hendaknya. Pihak PIBG dan sekolah perlu bersikap bagai aur dengan tebing demi
menjamin kejayaan agenda pendidikan. Lantaran itu diharap PIBG SK A y e r
P u t e h terus mara dan proaktif dalam usaha merealisasikan visi dan misi sekolah
seterusnya mencipta kegemilangan.
Sekian, terima kasih.
MOHAMAD ZAKI BIN HAJI JAFFAR
GURU BESAR
SK AYER PUTEH
3
Perutusan Yang Dipertua PIBG
Sekapur Sirih, Seulas Pinang
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan
ucapan terima kasih kerana diberi peluang mencoretkan sepatah dua kata di dalam
buku mesyuarat ini. Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan rahmat dan izin-
Nya dapat kita bersama-sama menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke
45 secara atas talian. Saya sangat berbesar hati dan berterima kasih atas kesudian
tuan puan meluangkan masa untuk bersama pada hari ini.
Perjalanan persatuan ini adalah didokong sepenuhnya oleh ahli PIBG. Ahli
Jawatankuasa (AJK) yang diamanahkan melalui pemilihan dalam mesyuarat agung
tahunan adalah sebagai pelaksana dan perantara antara pihak sekolah dengan
semua ahli PIBG. Sumbangan dari segi kepakaran, kebolehan dan kelebihan yang
dimiliki oleh setiap ahli amat dialu-alukan bagi menjayakan segala program yang
dirancang. Saya amat berharap ibu bapa yang hadir dapat menyumbang buahfikiran
dan bantuan fizikal kerana itulah aset yang paling berharga bagi persatuan ini.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli
jawatankuasa yang telah sudi berkhidmat secara sukarela demi kebaikan dan
kepentingan anak-anak didik SK Ayer Puteh. Tidak lupa juga ucapan terima kasih
kepada para sukarelawan sama ada secara berkumpulan atau individu yang turut
bekerjasama dan berganding bahu dalam memastikan setiap aktiviti yang
dilaksanakan oleh pihak sekolah berjalan dengan lancar dan berjaya. Semoga usaha
murni kita ini akan berterusan dan berkekalan dan mendapat ganjaran pahala.
Sesungguhnya kelancaran pelaksanaan program yang dirancang bergantung kepada
kesatuan dan kesungguhan hati kita semua dalam melaksanakannya.
Akhir kata, saya dan barisan AJK PIBG SK SK Ayer Puteh mengambil peluang ini
untuk mengucapkan terima kasih di atas kepercayaan dan sokongan yang telah
diberikan sepanjang tempoh kami menjalankan amanah tuan-tuan dan puan-puan.
Sekian, Terima kasih.
ROSDI BIN MOHD YUSOF
YDP PIBG
SK AYER PUTEH
4
GURU DAN STAF
SK AYER PUTEH 2021
5
GURU DAN STAF SK AYER PUTEH 2021
BIL NAMA BIDANG TUGASAN
1. EN. MOHAMAD ZAKI B. HAJI JAFFAR GURU BESAR
2. PN. ZAINON BT. ZAILANI PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
3. EN. MOHD. SHAHRIL B. MAT ZAKI PENOLONG KANAN HEM
4. PN. ROSMAH BT. MUSTAFFA PENOLONG KANAN KOKURIKULUM
5. PN. NOOR HIDAYATI BT. MAHAMAD
6. PN. NURUL IZZATI BT. MAHAMUD GURU MEDIA / PSS / BAHASA INGGERIS / SAINS
7. PN. ROZIYANA BT. AHMAD@RAHMAN
8. EN. MOHD FUAD B. SAAD GURU SPBT/ BAHASA MELAYU / KELAS 1UM
9. EN. KHAIRUL SYAHMI B. RAMLI GURU MATEMATIK / RBT / KELAS 2UKM
10. EN. HAYAZI B. AZIZAN GURU AGAMA / KELAS 3UTM
11. EN. MUHAMAD ZULKIFLY B. SHAMSURI GURU BAHASA MELAYU / PJ / KELAS 6UIA
12. EN. NASRUN B. OTHMAN GURU BAHASA MELAYU / KELAS 5USM
13. EN. AHMAD NIZAM B. ISHAK GURU AGAMA / KELAS 4UPM
14. EN. SALEHUDIN B. OSMAN GURU AGAMA / DISIPLIN
15. PN. SALBIAH BT. MOHD KASSIM
16. PN. SITI BT. HUSSIN PENYELARAS ICT / GURU jQAF
17. PN. SITI KHADIJAH BT. ISHAK
18. CIK NORAZIAH BT. ABDULLAH GURU B. INGGERIS / MATEMATIK / P. SENI
19.
GURU CEMERLANG / PRA SEKOLAH SAYANGKU
GURU PEMULIHAN / KAUNSELOR
PEMBANTU TADBIR KEWANGAN
PEM PENGURUSAN MURID
PEMBANTU OPERASI
6
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG S K A P 2021
6
7
ATUR CARA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA
DAN GURU (PIBG) SK AYER PUTEH KALI KE-45 2021
2.00 petang : Kehadiran Ibu bapa dan Guru secara atas talian
: Kehadiran Perasmi secara atas talian
YB. Dato’ Norsabrina binti Mohd Noor,
DSDK., SMK., BCM, PJK
ADUN Bandar Baharu
2.15 petang : Nyanyian lagu “Negaraku”
2.30 petang : Aluan Pengacara Majlis
: Bacaan Doa
3.30 petang
: Ucapan Penasihat PIBG
: Ucapan Yang DiPertua PIBG
: Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 &
: Pelancaran NiLam Bacathon Perasmi secara atas talian
: Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang 2020
: Penyampaian Cenderahati Perasmi
: Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 dimulakan
: Cabutan bertuah
6.01 petang : Mesyuarat Agung PIBG SKAP kali ke-45 ditangguhkan
: Majlis bersurai
8
AGENDA MESYUARAT
AGUNG PIBG
SK AYER PUTEH 2021
9
AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG
SK AYER PUTEH 2021
AGENDA 1 : Perutusan YDP PIBG
AGENDA 2 : Pembentangan Minit Mesyuarat Agung PIBG ke 44 Tahun 2020
AGENDA 3 : Perkara Berbangkit
AGENDA 4 : Membentang dan Menerima Laporan Aktiviti
AGENDA 5 : Membentang dan Meluluskan Penyata Kewangan
2020 Yang Berakhir pada 31 Disember 2020
AGENDA 6 : Membentang, Membahaskan dan Penerimaan Usul-usul
AGENDA 7 : Hal-hal lain
AGENDA 8 : Ucapan Penangguhan
10
JAWATANKUASA
PIBG SKAP 2020/2022
11
JAWATANKUASA PIBG SKAP 2020/2022
PENASIHAT : En. Mohamad Zaki bin Haji Jaffar
YANG DIPERTUA : En. Rosdi bin Mohd Yusuf
NAIB YANG DIPERTUA : Pn. Siti Nor Fazilah binti Idris
SETIAUSAHA : En. Muhamad Zulkifly b. Shamsuri
BENDAHARI : En. Mohd. Fuad b. Saad
AJK KG. TITI AKAR - En. Shahrul Rizal b. Mohd
AJK KG BATU 19 - En. Mohd Rizal B. Jamaludin
AJK TMN KENANGA - Pn. Intan Suzana Bt. Setia
AJK KG KUALA - En. Ahmad Fuad B Abd Jalil
AJK KG AYER PUTEH - En. Juzaimi B. Haba
AJK KG BATU HAMPAR - Pn. Norlia Bt. Khalid
AJK LADANG BUNTAR - Pn. Rashidah bt. Saad
AJK TAMAN KELISA - Pn. Rafiza bt. Abd Rahim
AJK GURU - Ustaz Nasrun b. Othman
- Ustaz Ahmad Nizam b. Ishak
- En. Mohd Hayazi b. Azizan
- Pn. Salbiah bt Mohd Kassim
- Pn. Nurul Izzati bt. Mahamud
JURUAUDIT 1 - En. Hairol Izhar b. Idris
JURUAUDIT 2 - Pn. Noraida bt. Idris
12
MINIT MESYUARAT AGUNG
PIBG SK AYER PUTEH KALI
KE-44 2020
13
MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU
(PIBG) SK AYER PUTEH KALI KE-44 (2020)
Tarikh : 02hb Februari 2020 (Ahad)
Masa
Tempat : 2.30 ptg
Perasmi
Kehadiran : Dewan SK Ayer Puteh
: Dato’ Azimi bin Daim, Penyelaras DUN Bandar Baharu
: 70 orang (Ibubapa : 53 orang) (Guru : 17 orang)
1. AHMAD FUAD B ABDUL JALIL 28. NORHANIRA BT MANSOR
2. AHMAD NIZAM B ISHAK 29. NORIZA BT ARSHAD
3. AINUL FATIHAH 30. NORLIA BT KHALID
4. FADILAH BT AZIZ 31. NUR ATHIRA NISHA BT MOHD ROSDI
5. FARADILA BT AZIZ 32. NURHIDAYAH BT ISHAK
6. FAZIL B TALIB 33. NURUL IZZATI BT MAHAMUD
7. HAIROL IZHAR B IDRIS 34. RAFIZA BT ABD RAHIM
8. HAMDAN B HARUN 35. RAFIZAH BT ZAINOL ABIDIN
9. HARYANI BT HAMID 36. RASHIDAH BT SAAD
10. HASNAH BT CHE ANI 37. ROHANI BT DOL
11. HAZWANI BT ISHAK 38. ROSMAWATI BT ABU KASSIM
12. INTAN SUZANA BT SETIA 39. ROSNAH BT AHMAD
13. JUZAIMY B HABA 40. ROZITA BT REMY
14. MARDIANA BT HARUN 41. SALEHUDIN B OSMAN
15. MOHD FAIZAL B MURAD 42. SAMSIAH BT KASSIM
16. MOHD NADZARI B. ABD HAMID 43. SARINA BT YAACOB
17. MOHD RIZAL B JAMALUDDIN 44. SHAHRIZAL B ABD AZIZ
18. MOHD ROZI B MAZLAN 45. SHAHRUL RIZAL B SHARIF
19. MUHAMMAD B HAZMAN 46. SITI AZIZAH BT HAMID
20. MUHAMMAD FIRDAUS B ISHAK 47. SITI MUNIRAH BT ABDULLAH
21. NAZIRAH BT AHMAD 48. SUHAINI BT ABD MUIN
22. NOOR HIDAYATI BT MAHAMAD 49. WAN FAUZIAH BT WAN RAZAK
23. NOR ADZIAN BT HARUN 50. ZAINAB BT BAHAROM
24. NOR HASIMAH BT CHE MAT 51. ZAINAH BT JAMALUDDIN
25. NORAIDA BT IDRIS 52. ZUHAIDA BT MAT ISA
26. NORAIDA BT JAMIL 53. ZURAIDAH BT AHMAD
27. NORFADZILAH BT HAMZAH
i. ALUAN PENGERUSI - EN. ROSDI BIN MD YUSOF
1. Pengerusi PIBG, Encik Rosdi mengucapkan salam dan terima kasih kepada Guru Besar,
Penolong-penolong Kanan, guru-guru dan para waris yang sudi menjayakan Mesyuarat
Agung PIBG kali ke 44 2020 hari ini.
2. Mesyuarat Agung PIBG merupakan satu tempat yang sangat wajar untuk ibubapa dan pihak
sekolah berbincang tentang permasalahan anak-anak pelajar.
3. Sekiranya terdapat kemusykilan, ibubapa boleh berbincang dengan AJK-AJK PIBG yang
dilantik oleh waris-waris atau datang sendiri ke sekolah dan berbincang dengan pihak
sekolah.
4. Pengerusi memaklumkan mesyuarat pada hari ini adalah hari terakhir beliau dan AJK-AJK
menyandang jawatan sebagai YDP dan AJK PIBG SKAP bagi sesi 2018-2020. Pengerusi
berharap lantikan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2020/2022 dapat sama-sama membantu
pihak sekolah, guru-guru dan seterusnya murid-murid demi kebaikan bersama.
14
5. Ucapan semoga mesyuarat berjalan dengan lancar dan mendapat keberkatan.
ii. Aluan Penasihat – En. Mohamad Zaki bin Haji Jaffar
6. Ucapan salam dan terima kasih di atas kehadiran para waris dalam menjayakan Mesyuarat
Agung PIBG kali ke 44.
7. Penasihat berharap agar ibu bapa senantiasa mengambil berat dan memberi kerjasama
kepada PIBG untuk menjalankan tugas-tugas dan aktiviti demi kebaikan dan manfaat anak-
anak SK Ayer Puteh.
8. Penasihat mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua waris dan Ahli
Jawatankuasa PIBG 2018/20 di atas kerjasama yang telah diberikan. Penasihat berharap
para waris akan terus memberi kerjasama dalam program-program yang akan dilaksanakan
di masa akan datang.
iii. Pelantikan Pengerusi Mesyuarat
9. En. Mohd Shahril b Mat Zaki (PK HEM) dilantik sebulat suara sebagai Pengerusi Mesyuarat.
Dicadang : En. Rosdi b Md Yusof
Disokong : Sebulat suara
10. En. Mohd Shahril mengucapkan salam dan terima kasih kepada YDP PIBG dan juga semua
waris diatas kepercayaan untuk mengendalikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44.
11. Pengerusi Mesyuarat menyerahkan majlis kepada Setiausaha untuk membentang dan
mengesahkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-43.
iv. Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-43 2019.
12. Setiausaha, En. Salehudin b Osman merujuk m/s 11, 12, 13, 14, 15, 16, 17, 18 dan 19 dan
membentangkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-43 2019.
- Ucapan Yang di-Pertua PIBG oleh En. Rosdi bin Md Yusof
- Ucapan Penasihat PIBG oleh En. Mohamad Zaki bin Haji Jaffar
- Pelantikan Pengerusi Mesyuarat – En. Ahmad Suhaimi bin Man
- Membentang dan Mengesahkan Minit Mesyuarat Agung kali ke-43 2019 .
- Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG 2019
- Membentang dan Membahaskan Usul-usul
- Hal-hal lain
- Ucapan Penangguhan
Cadangan sah : Pn. Noraida bt Idris
Sokongan : En. Faizal b Murad
15
v. Perkara berbangkit
PER PERKARA TINDAKAN STATUS
PELAKSANAAN
17. Sumbangan Anak Pokok Sawit dari Ladang Batu Ahli mesyuarat bersetuju.
m/s Lintang Tindakan waris dan AJK Belum
14 dilaksanakan
PIBG
18. Membersihkan ladang sawit dengan menyewa Telah dilaksanakan
m/s kapal korek dan menyulam tanam anak pokok Ahli mesyuarat bersetuju.
14 yang baru. Tindakan YDP. Sedang
dilaksanakan
22 Murid lelaki dan perempuan diwajibkan solat Zohor Pentadbiran sekolah dan
m/s berjemaah di surau sekolah sebelum pulang ke Panitia Agama Islam Belum
15 rumah. dilaksanakan
Ahli mesyuarat bersetuju.
28. En. Shahrizal bin Abd Aziz mencadangkan pihak Tindakan waris dan AJK Telah dilaksanakan
m/s sekolah mengadakan Kelas Pengajian Al-Quran
16 untuk murid-murid. PIBG
Ahli mesyuarat bersetuju.
51 Cadangan Hadiah Cabutan Bertuah kepada waris Tindakan waris dan AJK
m/s yang hadir Mesyuarat Agung PIBG
18 PIBG
13. En. Mohd Shahril merujuk mukasurat 23 - borang maklum balas keputusan minit mesyuarat
dan usul.
14. Ustaz Fuad merujuk perkara 28 m/s 16 dan memaklumkan Kelas Pengajian Al-Quran untuk
murid-murid lebih sesuai dijalankan di Masjid dan murid boleh terus solat Isya’berjemaah.
15. AJK PIBG, En. Zawawi juga memaklumkan ada berhubung dengan Guru yang boleh
mengajar mengaji di masjid. Sebarang maklumbalas, bolehlah berhubung dengan En.
Zawawi.
16. Ustaz Fuad juga memaklumkan kepada waris yang tinggal di Taman Kenanga yang berminat
untuk menghantar anak-anak mengaji Al-Quran, boleh berhubung dengan AJK PIBG, En.
Hamdan. Isteri En. Hamdan boleh mengajar anak-anak mengaji Al-Quran.
vi. Membentang dan Mengesahkan Penyata Kewangan PIBG 2019
17. Bendahari, Ustaz Mohd. Fuad b. Saad merujuk m/s 20 dan membentangkan Laporan
Penyata Kewangan 2019 bermula dari 1.1.2019 hingga 31.12.2019.
- Jumlah Pendapatan = RM 28,686.32
- Jumlah Perbelanjaan = RM 22,061.50
- Baki akhir tahun ditutup pada 31.12. 2019 = RM 6,624.82
- Baki di RHB Bank Parit Buntar = RM 6,374.82
- Jumlah ditangan Bendahari = RM 250.00
- Jumlah = RM 6,624.82
- Tabung Pembangunan Surau = RM 1,890.00
- PIBG SKAP = RM 4,734.82
18. En. Hairol b Idris memohon penjelasan tentang perbelanjaan untuk menaiktaraf bilik Sains
dan RBT sebanyak RM1,500 berbanding sumbangan yang diterima sebanyak RM3,000.
19. Ustaz Fuad memaklumkan RM1,500 telah digunakan pada kewangan yang berakhir pada
tahun 2019 manakala baki selebihnya telah digunakan pada Januari tahun 2020.
16
Cadangan sah : Pn. Hasnah bt Che Ani
Sokongan : Pn. Noraida bt Idris
vii. Membentang dan Membahaskan Usul:
20. Pengerusi mesyuarat, En. Mohd Shahril merujuk mukasurat 22.
21. Usul 1 - PIBG mencadangkan usul dibahas dan diterima iaitu waris menyumbangkan sepokok
anak kelapa sawit untuk tanaman semula kelapa sawit sekolah.
22. Ustaz Fuad memaklumkan beliau adalah orang yang bertanggungjawab menguruskan
kewangan hasil sawit sekolah. Ustaz Fuad memaklumkan hasil jualan sawit sekolah agak
kurang kerana faktor pokok sawit yang telah tua.
23. Hasil jualan terkini (2 kali jualan) sebanyak RM148.00.
24. YDP memaklumkan pihak Ladang Batu Lintang telah bersetuju untuk menyumbangkan anak
benih sawit. YDP akan membuat tindakan susulan.
25. YDP memaklumkan supaya waris dapat menyumbangkan dalam bentuk wang untuk
memudahkan urusan.
Usul 1 diterima sebulat suara.
26. Usul 2: En. Mohd Sayful Shopian mencadangkan usul dibahas dan diterima iaitu
mengurangkan harga minuman di kantin.
27. Pengerusi mesyuarat, En. Mohd Shahril memaklumkan harga makanan dan minuman yang
dijual di kantin sekolah adalah pada kadar harga yang berpatutan.
28. Pn. Siti Nor Fazilah, pengusaha kantin memaklumkan harga jualan makanan dan minuman
yang dijual di kantin masih pada kadar yang rendah.
29. Pengerusi mesyuarat, En. Mohd Shahril merujuk Agenda 6: Ucapan penangguhan Perkara 56
- memaklumkan supaya anak-anak Tahun 1 diberikan wang belanja yang lebih kecil (RM1).
Murid-murid ini belum tahu cara untuk belanja wang RM5 dan RM10.
30. Usul tergempar : En. Hairol Izhar b Idris mencadangkan supaya minit mesyuarat diedar
kepada waris lebih awal melalui aplikasi “Whatsapp”. Ini dapat memudahkan waris meneliti
setiap perkara yang terkandung dalam minit mesyuarat dan lebih menjimatkan masa untuk
dibincangkan.
viii. Pembubaran AJK PIBG 2018 - 2020
31. Pengerusi mesyuarat, En. Mohd Shahril membubarkan Jawatankuasa AJK PIBG 2018 – 2020
pada pukul 4.45 ptg.
ix. Pelantikan AJK PIBG 2020 – 2022
YDP – En. Rosdi b Md Yusof - dikekalkan
Cadangan : Pn. Noraida bt Idris
Cadangan ditutup : Pn. Rashidah bt. Saad
Sokongan : Sebulat suara
NYDP – Pn. Siti Nor Fazilah Binti Idris - dikekalkan
Cadangan : Pn. Norlia bt Khalid
Cadangan ditutup : En. Mohd Rizal b Jamaluddin
Sokongan : Sebulat suara
Setiausaha Agung PIBG - EN. MUHAMAD ZULKIFLY B. SHAMSURI
Bendahari Agung PIBG - EN. MOHD FUAD B. SAAD
17
Calon : - En. Khairul Nizam
AJK Kg. Titi Akar - En. Mohd Rizal B. Jamaludin
AJK Kg Batu 19 - Pn. Intan Suzana Bt. Setia
AJK Tmn Kenanga - En. Ahmad Fuad B Abd Jalil
AJK Kg Kuala - En. Juzaimi B. Haba
AJK Kg Ayer Puteh - Pn. Norlia Bt. Khalid
AJK Kg Batu Hampar - Pn. Rashidah bt. Saad
AJK Ladang Buntar - Pn. Rafiza bt. Abd Rahim
AJK Taman Kelisa - En. Hairol Izhar b. Idris
JURUAUDIT 1 - Pn. Noraida bt. Idris
JURUAUDIT 2
AJK Guru - Ustaz Nasrun b. Othman
- Ustaz Ahmad Nizam b. Ishak
- En. Shukri b. Mohd Daud
- Pn. Salbiah bt Mohd Kassim
- Pn. Nurul Izzati bt. Mahamud
x. Ucapan Penangguhan
32. Penasihat, En. Mohamad Zaki mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK-AJK PIBG sesi
2018 -2020 serta bagi sesi baru iaitu 2020 – 2022.
33. Penasihat berharap dapat bekerjasama dengan lebih baik bersama para AJK PIBG 2020 –
2022 untuk melaksanakan dan merealisasikan program Eco-School.
34. Pengerusi mesyuarat, En. Mohd Shahril memohon maaf diatas segala kekurangan sepanjang
mengendalikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 ini.
35. En. Hamdan mengucapkan berbanyak terima kasih kepada barisan PIBG diatas segala
sumbangan yang diberikan dan akan sedia membantu dalam program-program yang
dijalankan di SKAP.
36. Ustazah Hassmah, Ketua Guru KAFA memaklumkan bilangan murid yang menghadiri kelas
KAFA hanya 59 orang. Jumlah ini agak merosot berbanding tahun lepas. Murid juga kerap
tidak hadir (culas) ke kelas KAFA.
37. Ustazah Hassmah memohon para waris dan ibubapa memaklumkan sebab ketidakhadiran
ke kelas KAFA.
38. Pengerusi mesyuarat, En. Mohd Shahril menangguhkan Mesyuarat Agung PIBG Kali ke-44
pada pukul 5.30 ptg.
Dicatat oleh : 1) Pn. Noor Hidayati bt. Mahamad
2) Pn. Nurul Izzati bt. Mahamud
18
Disediakan oleh: Disahkan oleh:
………………………………. ……………………………….
Salehudin b. Osman Rosdi b Md Yusof
Setiausaha, Yang Di-Pertua,
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU, PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,
Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh, Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh,
09800 Serdang, Kedah Darul Aman. 09800 Serdang, Kedah Darul Aman.
Disemak oleh:
……………………………….
Mohamad Zaki bin Haji Jaffar
Penasihat,
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU,
Sekolah Kebangsaan Ayer Puteh,
09800 Serdang, Kedah Darul Aman.
19
LAPORAN AKTIVITI PIBG
SESI 2020/2021
20
LAPORAN AKTIVITI PIBG SESI 2020/2021
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun sesi 2020/2021:
1. PIBG telah mengadakan beberapa aktiviti bagi sesi 2020/2021. Antara aktiviti
yang dijalankan ialah:
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa sebanyak 4 kali
Mesyuarat Agung PIBG Kali ke – 44 (Tahun 2020)
2. PIBG juga telah memperuntukkan sebahagian besar keperluan-keperluan
program anjuran Unit Akademik, Unit Hal Ehwal Murid, Unit Kokurikulum,
Aktiviti PIBG, aktiviti-aktiviti lain sekolah dan program pembangunan fizikal
sekolah seperti:
Pendaftaran Tahun 1 – Tahun 6
Majlis Anugerah Cemerlang Akademik Tahun 2020
Kejohanan Sukan Olahraga dan Balapan 2020
Pengurusan PIBG
Kudapan mesyuarat AJK PIBG
Langganan Sisipan Didik Berita Harian
3. PIBG juga telah memperuntukkan sejumlah wang bagi tujuan
penyelenggaraan:
Projek menaiktaraf bilik Sains & RBT.
Pemasangan Papan tanda sekolah.
Baikpulih tandas (Guru & murid) sekolah
Hari Gotong royong: Sewaan tong sampah lori RORO
Pembayaran Perkhidmatan bil elektrik Surau Sekolah.
4. PIBG juga memperuntukkan bayaran wang komputer (ICTL) untuk:
Menyelenggara Makmal (Selenggara penghawa dingin)
5. Bagi tabung kebajikan pula, PIBG telah menjalankan:
Majlis Perpisahahn Guru-guru & Staf
Pembelian pengimbas suhu (2 unit)
21
LAPORAN KEHADIRAN
MESYUARAT AJK PIBG
SKAP 2020/2022
22
LAPORAN KEHADIRAN MESYUARAT AJK PIBG
SKAP 2020/2021
Bilangan mesyuarat yang telah dijalankan sepanjang tahun 2020/2021:
BIL. MESYUARAT TARIKH
1 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali pertama 19 Jun 2020
2 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali kedua 12 September 2020
3 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali ketiga 23 Januari 2021
4 Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kali keempat 22 Mac 2021
Carta Kehadiran Mesyuarat AJK PIBG Sesi 2020/2021
BIL. NAMA AJK 19/6/2020 TARIKH 29/8/2021 JUM.
/ 12/9/2020 23/1/2021 / 4
1 EN. MOHAMAD ZAKI BIN HAJI JAFFAR
2 EN. ROSDI BIN MOHD YUSOF //
3 PN. SITI NOR FAZILAH BINTI IDRIS
4 PN. ZAINON BINTI ZAILANI / / / /4
5 EN. MOHD SHAHRIL BIN MAT ZAKI
6 PN. ROSMAH BINTI MUSTAFFA / / / /4
7 EN. MUHAMMAD ZULKIFLY BIN SHAMSURI
8 EN. MOHD. FUAD B. SAAD / / / /4
9 EN. AHMAD NIZAM B. ISHAK
10 EN. MOHD HAYAZI BIN AZIZAN / / / /4
11 PN. NURUL IZZATI BINTI MAHAMUD
12 PN. SALBIAH BT. MOHD. KASSIM /
13 PN. ROZIYANA BINTI AHMAD@RAHMAN
14 EN. MOHD RIZAL B. JAMALUDIN / / / /4
15 EN. AHMAD FUAD BIN ABD JALIL
16 EN. JUZAIMI BIN HABA / / / /4
17 PN. KHAIRUL NIZAM
18 PN. NORLIA BINTI KHALID / / / /4
19 PN. RASHIDAH BT. SAAD
20 PN. RAFIZA BT. ABD RAHIM / / / TH (B) 3
21 PN. INTAN SUZANA BT. SETIA
22 EN. HAIROL IZHAR B. IDRIS / / / TH (B) 3
23 PN. NORAIDA BT. IDRIS
/ / / /4
/ / / /4
/ / / /4
/ / TH (B) / 3
/ / / /4
/ TH (B) / /3
/ / / /4
/ / / /4
/ / / /4
TH (B) TH (B) / /2
/ / TH (B) / 3
/ TH (B) / /3
23
SENARAI BIRO-BIRO
AJK PIBG
SKAP 2020/2022
24
SENARAI BIRO-BIRO AJK PIBG
SK AYER PUTEH 2020/2022
BIRO KECEMERLANGAN AKADEMIK
Pn. Nurul Izzati bt. Mahamud
Pn. Rafiza bt. Abd Rahim
Pn. Norlia Bt. Khalid
BIRO KESELAMATAN / DISIPLIN / SAHSIAH
Ustaz Nasrun b. Othman
En. Juzaimi B. Haba
En. Khairul Nizam
BIRO PERHUBUNGAN / KOMUNIKASI / MEDIA
Ustaz Ahmad Nizam b. Ishak
En. Ahmad Fuad B Abd Jalil
En. Hairol Izhar b. Idris
BIRO KECERIAAN / KEBAJIKAN
Pn. Salbiah bt Mohd Kassim
Pn. Intan Suzana Bt. Setia
Pn. Noraida bt. Idris
Pn. Rashidah bt. Saad
BIRO EKONOMI / KEWANGAN
En. Mohd Fuad b. Saad
En. Mohd Hayazi bin Azizan
En. Mohd Rizal B. Jamaludin
25
LAPORAN BIRO-BIRO
AJK PIBG
SK AYER PUTEH 2020/2022
26
LAPORAN-LAPORAN BIRO
BIRO KECEMERLANGAN AKADEMIK
Biro Akademik bertanggungjawab untuk membuat perancangan dan
melaksanakan pelbagai aktiviti yang berkaitan dengan bidang akademik untuk
membolehkan murid-murid mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran
dengan adanya kerjasama daripada pelbagai pihak.
Bagi menjayakan program kecemerlangan akademik, kepimpinan dan sahsiah
murid. PIBG telah memberi sumbangan dalam bentuk tenaga, idea, idea dan
kewangan. Sumbangan ini diberikan khusus untuk pelajar SK Ayer Puteh bagi
menggerakkan program atau aktiviti yang telah dirancang sepanjang tahun. Antara
aktiviti dan program akademik yang telah dijalankan sepanjang tahun 2020/2021
bersama PIBG ialah:
1. Mengadakan majlis bacaan yaasin dan solat hajat secara atas talian
bersempena Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan pada 19 Ogos 2021
dengan kerjasama Panitia Pendidikan Islam SK Ayer Puteh.
2. Membantu mengagihkan topeng muka dan ‘hand sanitizer’ kepada semua
pelajar semasa pembukaan sekolah.
BIRO EKONOMI/ KEWANGAN
Pihak PIBG telah memberikan sumbangan berbentuk kewangan bagi
menjayakan program kebajikan di sekolah dan juga sumbangan dalam beberapa
aktiviti. Antaranya ialah:
1. Memberi sumbangan topeng muka, ‘hand sanitizer’ kepada semua murid
semasa pembukaan semula sekolah selepas Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP)
2. Memberi sumbangan alat tulis kepada semua calon peperiksaan.
3. Memberi sumbangan dana untuk menampung sebahagian kos teknik
menjawab soalan peperiksaan pelajar.
BIRO KESELAMATAN/ DISIPLIN / SAHSIAH
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun ialah:
1. Membantu pihak sekolah menangani masalah ponteng di kalangan pelajar.
2. Membantu pihak sekolah mengurus pembukaan sekolah mengikut Prosedur
Operasi Standard (SOP) yang diluluskan oleh KKM semasa proses
pembukaan sekolah selepas Pandemik Covid 19.
27
BIRO KECERIAAN DAN KEBAJIKAN
SK Ayer Puteh merupakan sekolah yang agak lama dan bangunan sekolah banyak
memerlukan pembaikpulihan dan pembaharuan baik dari segi fungsi dan kosmetik.
Banyak usaha cuba dilakukan bagi menceriakan dan menambah baik fungsi asas
sekolah. Kerja baikpulih perlu diseimbangkan dengan wang dana PIBG yang ada
dengan keperluan murid-murid.
Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan pada 2020:
1. Penambahan sinki-sinki baru untuk kegunaan semua murid di luar setiap kelas
sebagai memenuhi SOP Covid 19.
2. Mempelbagaikan pokok-pokok bunga hiasan di sekitar kawasan sekolah.
3. Membantu pihak sekolah menganjurkan aktiviti yang dapat memberikan
sumbangan kepada murid-murid khususnya kepada golongan yang memerlukan
bantuan misalnya keluarga miskin atau kurang berkemampuan dan keluarga yang
turut terjejas dengan keadaan semasa disebabkan oleh pandemik Covid-19.
4. Aktiviti dibawah biro kebajikan bukan sahaja berfokuskan kepada sumbangan
semata-mata namun turut berfokuskan kepada hubungan silaturrahim sesama
murid, guru, ibubapa dan juga warga masyarakat luar.
5. Mengadakan lawatan ke rumah murid yang telah kehilangan ahli keluarga.
BIRO PERHUBUNGAN/ KOMUNIKASI/MEDIA
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan ialah:
1. Menghebahkan aktiviti dan program yang dijalankan ke dalam group
WhatsApp PIBK dan medium yang berkaitan.
2. Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin dan Munajat Perdana KRS
Kebangsaan 2021 secara atas talian menggunakan saluran Youtube.
3. Menjadi wakil semasa penerimaan sumbangan topeng muka (face mask) dan
pelindung muka (face shield) untuk diagihkan kepada semua murid.
28
LAPORAN PENYATA
KEWANGAN 2020
29
PENYATA KEWANGAN BERMULA 01.01.2020 – 31.12.2020
PENDAPATAN
BIL PERKARA JUMLAH
1. Baki dibawa ke hadapan RM 6624.82
RM 3770.00
Baki di RHB Bank RM 6374.82 RM 2000.00
RM 57.95
Baki di tangan bendahari RM 250.00 RM 350.00
2. Sumbangan PIBG
3. Sumbangan YB Dato’ Seri Saifuddin Nasution Ismail
( Langganan DIDIK)
4. Sumbangan Pusat Pakaian Hari-Hari
5. Sumbangan Individu (Tanam Semula Sawit)
JUMLAH RM 12802.77
PERBELANJAAN JUMLAH
BIL PERKARA RM 948.00
01 Mesyuarat Agung PIBG 2020 RM 52.00
02 Mesyuarat AJK PIBG RM 1500.00
03 Naiktaraf Bilik Sains & RBT RM 700.00
04 Kejohanan Sukan SKAP RM 300.00
05 Langganan Didik RM 88.00
06 Bil Elektrik (Surau) RM 100.00
07 Sumbangan Perpisahan Staff RM 300.00
08 Papan Tanda Sekolah RM 400.00
09 Servis Penghawa Dingin Makmal ICT RM 500.00
10 Baik Pulih Tandas & Sinki RM 170.00
11 Infrared Thermometer RM 10.00
12 Caj Perkhidmatan (Bank)
Jumlah RM 5068.00
Jumlah Pendapatan RM 12802.77
Jumlah Perbelanjaan RM 5068.00
Baki Pada 31.12.2020 RM 7734.77
Baki di RHB Bank RM 7522.77
Jumlah di tangan bendahari RM 212.00
Jumlah RM 7734.77
Tabung Pembangunan Surau RM 1890.00
Tabung Tanam Semula Sawit RM 350.00
PIBG SKAP RM 5494.77
30
Tabung Pembangunan Surau RM 1890.00
Tabung Tanam Semula Sawit RM 350.00
PIBG SKAP RM 5494.77
Disediakan oleh,
.........................................
(MOHD FUAD BIN SAAD)
Bendahari,
PIBG SK AYER PUTEH
Disemak oleh juru audit dalaman PIBG SK AYER PUTEH
……………................................ ..................................
(HAIROL IZHAR B IDRIS) (NORAIDA BT IDRIS)
Juruaudit 1 Juruaudit 2
31
USUL - USUL
32
USUL-USUL
USUL 1:
EN. HAIROL IZHAR BIN IDRIS (Iskandar Zulkarnain Izhar Bin Hairol Izhar 5USM) -
mencadangkan usul dibahas dan diterima iaitu pihak sekolah memohon peruntukan
dari Kementerian Pendidikan Malaysiauntuk menampung bil elektrik Surau SKAP.
Saya merasakan ini adalah wajar kerana pihak KPM mempunyai peruntukan
pengurusan sekolah dan wang PIBG boleh digunakan untuk membiayai program
murid-murid SKAP. Terima kasih.
KEPUTUSAN USUL :
_______________________________________________________
USUL 2:
SKAP – Pihak sekolah mencadangkan usul dibahas dan diterima iaitu bayaran
sumbangan Wang Pembangunan Pelajar terus dikekalkan bagi tahun 2022 bagi
menampung pembelian bahan pembelajaran tambahan murid-murid SKAP. Terima
kasih.
KEPUTUSAN USUL :
_______________________________________________________
33
JAWATANKUASA
PELAKSANA
34
JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-45 SESI 2020/2021
Pengerusi : EN. MOHAMAD ZAKI BIN HAJI JAFFAR (Guru Besar)
Pengerusi Bersama
Naib Pengerusi I : EN. ROSDI BIN MOHD YUSUF (YDP PIBG)
: PN. ZAINON BINTI ZAILANI (PK Pentadbiran & Kurikulum)
: EN. MOHD SHAHRIL BIN MAT ZAKI (PK HEM)
: PN. ROSMAH BINTI MUSTAFFA (PK Kokurikulum)
Setiausaha : EN. MUHAMMAD ZULKIFLY BIN SHAMSURI
Bendahari : EN. MOHD FUAD BIN SAAD
SENARAI JAWATANKUASA BIDANG TUGAS
1. JK PENGACARA MAJLIS Menyediakan teks ucapan pengacara majlis.
Menyemak aturcara majlis bagi mengetahui
Pn. Nurul Izzati bt. Mahamud
Pn. Noor Hidayati bt. Mahamad perjalanan majlis.
Mengacara majlis hingga tamat.
2. JK PENDAFTARAN Menyediakan borang kehadiran secara Google
Form atau aplikasi lain yang setara.
Pn. Siti Khadijah bt. Ishak
Cik Noraziah bt. Abdullah Menyerahkan senarai pendaftaran kepada JK
Dokumentasi.
3. JK PERSEDIAAN TEMPAT Memastikan tempat untuk majlis berada dalam
En. Nasrun B. Othman keadaan yang baik.
Memastikan meja dan kerusi dilabel mengikut
SOP yang dibenarkan.
Menyediakan QR Code My Sejahtera serta
memastikan semua Jawatankuasa yang hadir
mengimbas QR Code yang disediakan.
Menyediakan hand sanitizer dan mesin
pengimbas suhu.
4. JK JAMUAN Menyediakan makanan dan minuman untuk AJK
Pn. Rosmah bt. Mustaffa Mesyuarat Agung PIBG yang hadir.
5. JK BACKDROP GOOGLE MEET Menyediakan backdrop khas untuk GoogleMeet
En. Mohd Shahril b. Mat Zaki yang bersesuaian dengan majlis.
Menanggalkan banner setelah selesai majlis.
6. JK SUMBANGAN / CABUTAN BERTUAH Mengelola sumbangan dari pelbagai pihak.
En. Mohd Hayazi bin Azizan Mewarwarkan sumbangan sebelum hari majlis.
Mengendalikan proses cabutan bertuah semasa
majlis berlangsung.
35
7. JK FOTOGRAFI/DOKUMENTASI Mengumpul semua maklumat dan databerkaitan
En. Khairul Syahmi b. Ramli Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-45.
Merakamkan perjalanan majlis untuk dokumentasi
Merakam ucapan perasmi sebelum majlis
berlangsung.
Membuat laporan program dan menyediakan
dokumentasi beserta gambar.
Memastikan dokumentasi dapat dihantar 2-3
minggu selepas program.
8. JK PENCATAT MINIT Mencatat dan merekodkan perkara yang
dibincangkan oleh AJK PIBG semasa mesyuarat
Pn. Siti Bt, Hussin sedang berlangsung.
Pn. Roziyana Bt. Ahmad@Rahman
Hadir secara bersemuka untuk mencatat
perjalanan mesyuarat PIBG.
Menyerahkan minit mesyuarat yang telah
dikemaskini kepada Setiausaha PIBG yang
dilantik.
9. JK BUKU PROGRAM Merangka dan membuat buku program.
En. Salehudin b. Osman Menunjukkan draf buku program kepada Guru
Besar sebelum dicetak sebelum majlis
berlangsung.
Menentukan jumlah buku program yang hendak
dicetak untuk perasmi, guru dan waris.
Memuatnaik buku program secara atas talian ke
dalam group WhatsApp dan Telegram sekolah
untuk disebar luas kepada murid dan guru.
10. JK SIARAYA/TEKNIKAL GOOGLE MEET Menyediakan slide untuk tayangan semasa
Google Meet mengikut tentatif majlis.
En. Ahmad Nizam b. Ishak
En. Muhammad Zulkifly b. Shamsuri Memastikan alatan siaraya dalam keadaan
yang baik.
Menyediakan pautan aplikasi Google Meet
mesyuarat yang akan dijalankan.
Mengawalselia perjalanan majlis di atas talian
sepanjang majlis berlangsung.
11. JK BACAAN DOA Menyediakan dan membaca teks bacaan doa
En. Mohd. Fuad Bin Saad dengan taranum bayati bagi memulakan majlis
pada hari berkenaan.
12. JK KEBERSIHAN Memastikan bilik yang digunakan untuk Zoom
Meeting dalam keadaan bersih sebelum, semasa
En. Sufian b. Othman dan selepas majlis berlangsung.
Pn. Hasimah bt. Samsuri
Sanitasi bilik yang digunakan sebelum dan
selepas majlis mengikut SOP yang ditetapkan.
36
ANUGERAH
KECEMERLANGAN
MURID 2020
37
ANA SYAZLIYANA BT MOHD NADZARI
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA
AL IRSHAD, PULAU PINANG
NUR HASYA IMANINA BT RIZAL
MAKTAB MAHMUD BANDAR BAHARU
SERDANG, KEDAH
MUHAMMAD AMMAR IHSAN BIN SALEHUDIN
MAKTAB RENDAH SAINS MARA
KEPALA BATAS, PULAU PINANG
MUHAMMAD AFIQ NAJMI BIN ADNAN
SMK TAMAN JELUTONG
KULIM, KEDAH
38
AS AS AS AS A SA SA SA SA S AS A
39
PENUTUP
Tahun 2020 - 2021 merupakan tahun yang amat mencabar bagi
warga pendidikan khususnya warga SK Ayer Puteh secara amnya dan
memberi impak pembelajaran bagi warga SK Ayer Puteh secara
khususnya dalam mendepani dan mengharungi pandemik COVID-19.
Sungguhpun peluang bersekolah secara bersemuka terlalu singkat
sepanjang tahun 2020 dan 2021, tetapi murid-murid SK Ayer Puteh masih
berpeluang melakukan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdPR)
kurikulum dan ko-kurikulum secara maya (virtual) di rumah bersama
bantuan dan sokongan penuh kasih sayang dari ibu bapa dan guru-guru.
Pihak sekolah dan PIBG amat komited dan optimis memberi peluang
kepada murid SK Ayer Puteh melibatkan diri dengan semua program
yang dianjurkan oleh pihak sekolah, Jabatan dan Kementerian. Selain itu,
di pihak Ahli Jawatankuasa (AJK) PIBG, kita sentiasa memberikan
sokongan tidak berbelah bahagi terhadap program-program anjuran
sekolah dan juga telah melakukan beberapa penambahbaikan pada
beberapa infrastruktur demi memenuhi keperluan dan keselesaan murid-
murid SK Ayer Puteh. Semoga kita semua diberi keselamatan dan
kesihatan didalam suasana suram pada waktu Pandemic Covid-19 ini.
Kepada ibu bapa disaran membantu memastikan anak anak pelajar
SK Ayer Puteh sentiasa berada dalam suasana sejahtera dan sihat
dengan memberi mereka ruang dan masa, dan keprihatinan keatas apa
yang mereka lalui.
Terima kasih cikgu. Terima kasih ibu ayah. Terima kasih semua.
40
SEKALUNG
PENGHARGAAN
YB DATO’ NORSABRINA BINTI MOHD NOOR
ADUN BANDAR BAHARU
EN. MOHAMAD ZAKI BIN HAJI JAFFAR
(GURU BESAR SK AYER PUTEH)
EN. ROSDI BIN MOHD YUSUF
(YDP PIBG SK AYER PUTEH)
AJK DAN AHLI-AHLI PIBG SK AYER PUTEH,
SERDANG
GURU-GURU, STAF-STAF, WARIS-WARIS
DAN MURID-MURID SK AYER PUTEH
SERTA
SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG
ATAU TIDAK LANGSUNG
TERIMA KASIH
60