The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

TEKNOLOGI HIJAU
DISEDIAKAN OLEH: NOOR FATIHAH BINTI RAMLI

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 859-1-fatihah, 2022-04-27 08:50:55

TEKNOLOGI HIJAU : KERETA ELEKTRIK

TEKNOLOGI HIJAU
DISEDIAKAN OLEH: NOOR FATIHAH BINTI RAMLI

TEKNOLOGI
HIJAU

TAJUK 3: SUMBER
TENAGA



1.0 PENGENALAN
1.1 KONSEP TEKNOLOGI HIJAU
Menurut Kamus Dewan (2017), teknologi hijau merujuk kepada
pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk
memelihara alam sekitar dan alam semulajadi serta
meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada
aktiviti manusia. Teknologi hijau amatlah penting dalam
memastikan keadaan alam sekitar sentiasa dalam keadaan baik
dan segar. Oleh itu, teknologi hijau ini merangkumi beberapa
elemen penting di mana ia diguna pakai dalam menghasilkan
sesuatu produk, peralatan atau sistem. Terdapat lima aspek
penting antara aspek tersebut ialah, ia perlulah meminimumkan
degrasi persekitaran, mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau
(GHG) yang rendah, ia juga hendaklah selamat untuk digunakan
dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua
hidupan, menjimatkan tenaga dan sumber asli, dan akhir sekali
menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.
Pendedahan terhadap teknologi hijau amatlah penting dalam
mencapai dunia yang selamat dan bersih daripada pencemaran
alam (Bushra Limuna Ismail, 2020). Oleh itu, penciptaan produk
yang berkualiti, jimat dan kemampaan yang unggul merupakan
indikator atau kunci utama bagi pembangunan teknologi hijau.
Menurut Bushra Limuna Ismail (2020), seperti namanya sendiri
iaitu Teknologi Hijau mempunyai satu tujuan iaitu “Hijau” namun ia
bukan membawa maksud kepada warnanya semata-mata. Ia
merupakan satu ciptaan teknologi hijau yang mesra alam yang
melibatkan penciptaan dari segi ciptaan cekap tenaga, kitar
semula, keselamatan, kesihatan serta sumber yang boleh
diperbaharui dan seangkatan dengannya. Dalam konteks ini,
teknologi hijau menggunakan sains dan teknologi dalam usaha
memelihara alam sekitar kerana matlamat utamanya ialah untuk
menghidupkan kembali keceriaan ke atas alam sekitar.

VIDEO TEKNOLOGI
HIJAU

1.2 DASAR TEKNOLOGI HIJAU NEGARA
Malaysia tidak ketinggalan dalam usaha untuk
mencapai dan mempromosikan Teknologi Hijau.
Dasar Teknologi Hijau ini merangkumi empat perkara
tunggak berikut iaitu, tenaga, alam sekitar, ekonomi,
dan sosial (Siti Rohani Johar, 2013). Menurut Siti
Rohani Johar (2013), berdasarkan 4 tunggak tersebut,
terdapat 5 objektif yang perlu dicapai dalam

melestarikan Teknologi Hijau iaitu, untuk
meneyelaraskan pertumbuhan Industri Teknologi
Hijau dan meningkatkan sumbangan Teknologi Hijau
terhadap ekonomi negara. Seterusnya, ia juga untuk
membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi
Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada
ekonomi negara. Selain itu, untuk meningkatkan

keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan
Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam
Teknologi Hijau di persada antarabangsa. Di samping
itu, ia juga bagi memastikan pembangunan mapan

dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan
datang. Objektif yang ke lima pula ialah untuk

meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam
terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan

penggunaan meluas Teknologi Hijau. Objektif-objektif
telah menjadi satu panduan kepada negara untuk
mencapai negara yang bebas daripada pencemaran
alam.

2.0 ISU BERKAITAN SUMBER

TENAGA

2.1 MAKSUD SUMBER TENAGA
Menurut Kamus Dewa
n (2017), tenaga ialah

kebolehan untuk membuat kerja. Setiap hidupan
memerlukan tenaga untuk menjalani proses
hidup serta menjalani aktiviti seharian. Benda
bukan hidup pula memerlukan tenaga untuk

berfungsi dan menjadikannnya boleh digunakan.
Dalam konteks ini, matahari merupakan sumber

tenaga yang utama. Semua hidupan
memerlukan matahari untuk proses kehidupan

sebagai contoh pokok memerlukan cahaya
matahari untuk melakukan makanan mereka
sendiri iaitu melalui fotosintesis. Selain daripada
matahari, terdapat juga sumber tenaga yang lain

yang digunakan untuk proses kehidupan
antaranya ialah angin, ombak, dan air serta
seangkatan dengannya. Namun begitu, sumber
tenaga ini boleh dikategorikan kepada dua
bahagian iaitu sumber tenaga yang boleh
diperbaharui dan sumber tenaga yang tidak

boleh diperbaharui.

Sumber tenaga yang boleh diperbaharui
bermaksud sumber tenaga yang boleh dijana
semula daripada sumber yang sentiasa ada
secara berterusan (Hamidah Haneym Abdul

Hamid, Ismawati Zakaria, & Mohd Shukor
Othman, 2019). Untuk dispesifikkan lagi sumber
tenaga ini sebenarnya sumber yang boleh diganti
selepas habis digunakan. Persoalannya, apakah
sumber tenaga yang boleh diperbaharui tersebut?

Sumber tenaga yang boleh diperbaharui ini
merangkumi matahari, air, ombak, angin,
makanan dan biojisim. Penggunaan sumber
tenaga yang boleh diperbaharui adalah

menguntungkan kerana ia tidak akan
menimbulkan kesan negatif kepada alam sekitar.

Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui pula
bermaksud sumber tenaga yang tidak boleh dijana
daripada sumber kerana sumber tersebut adalah
terhad atau tidak boleh diperoleh secara berterusan.
Dari segi pemahaman ringkasnya, sumber tenaga yang
tidak boleh diperbaharui ini ialah sumber tenaga yang

tidak boleh diganti selepas habis digunakan.















Terdapat beberapa contoh sumber tenaga yang tidak
dapat diperbaharui, antaranya ialah petroleum, gas

asli, arang batu, bahan nuklear dan bateri.
Penggunaan sumber tenaga yang tidak dapat
diperbaharui ini mempunyai aspek positif kepada
masyarakat namun tidak kepada alam sekitar. Hal ini
kerana, menjadi satu kebimbangan dalam jangka masa
yang panjang apabila sumber ini telah habis digunakan
atau cara yang digunakan untuk mendapatkan sumber
tenaga ini akan memberi kesan terhadap alam sekitar.

2.2 BAHAN
API FOSIL




Menurut Kamus Dewan (2017),
bahan api fosil merupakan
bahan api yang terbentuk

daripada proses-proses semula
jadi seperti pereputan

anaerobik hidupan mati yang
tertanam. Usia hidupan ini

lazimnya sekitar jutaan tahun,
yang paling lama melebihi 650

juta tahun. Bahan api fosil
mengandungi kandungan
karbon yang tinggi. Terdapat 3
jenis bahan api fosil iaitu arang,

petroleum dan gas asli.

Bahan api fosil merupakan sumber tenaga
yang tidak boleh diperbaharui kerana ia

memakan masa jutaan tahun untuk terbentuk
lebih-lebih lagi penggunaannya lebih cepat
habis berbanding penemuannya. Namun,

pengeluaran dan penggunaan bahan api fosil
membimbangkan alam sekitar. Hal ini

demikian kerana, bahan api fosil ini akan
membentuk satu pencemaran alam yang
mampu melumpuhkan kesihatan alam sekitar
(Mohammad Nazri Mohd Jaafar, Muhammad
Roslan Rahim, & Mohd Naqiuddin Mohd Salleh,
2017). Antara contoh pecemaran alam yang
pertama ialah pencemaran udara. Mengapakah
pencemaran udara menjadi satu isu yang
serius yang melibatkan bahan api fosil ini?

Menurut Mohammad Nazri Mohd Jaafar,
Muhammad Roslan Rahim, & Mohd Naqiuddin

Mohd Salleh (2017), ini adalah kerana,
pencemaran udara terjadi apabila bahan api
fosil menyebabkan sebatian yang berbahaya
terbentuk dipermukaan atmosfera yang akan
mengurangkan paras ozon di atmosfera serta

akan menimbulkan masalah penyakit kulit
seperti kanser kulit. Pembakaran arang batu

melepaskan oksida sulfur manakala
pembakaran enjin kereta dan loji kuasa

mengeluarkan nitrogen oksida yang
menyebabkan asap. Oleh hal yang demikian,
indeks pencemaran udara akan meningkat dan
hal ini akan membahayakan alam sekitar dan

kesihatan masyarakat

Selain itu, pemanasan global juga akan berlaku sekiranya
penggunaan bahan api fosil digunakan secara berlebihan.
Menurut Noorazuan Mohd Hasim (2010), pemanasan global
berlaku akibat karbon dioksida yang terkumpul di atmosfera.

Apabila bahan api fosil dibakar akan terhasilnya karbon
monoksida yang seterusnya akan ditukarkan ke karbon
dioksida dan akan dilepaskan ke atmosfera bumi. Akibatnya,
suhu permukaan bumi akan meningkat secara drastik.

Peningkatan suhu permukaan bumi ini cukup untuk
menimbulkan kegusaran terhadap ekosistem serta akan
menimbulkan implikasi kepada alam sekitar seperti cuaca

teruk, kemarau, banjir, perubahan suhu yang drastik,
gelombang panas, dan kebakaran hutan yang berlaku secara

tiba-tiba akibat daripada cuaca yang terlampau panas.
Tambahan lagi, bekalan makanan dan air juga pasti turut

terancam.
Oleh hal itu, produk teknologi hijau diaplikasikan dalam
membendung berlakunya penularan kesan negatif terhadap

alam sekitar yang disebabkan oleh pengeluaran dan
penggunaan bahan api fosil.



3.0 PENGENALAN KEPADA
PRODUK TEKNOLOGI HIJAU




3.1 KONSEP KERETA
ELEKTRIK



Apakah itu kenderaan elektrik atau electric
vehicles ini? Kereta elektrik ialah kenderaan

yang digerakkan dengan menggunakan

tenaga elektri
k secara penuh atau

sebahagiannya dengan menggunakan
kuasa elektrik (Mohd Syafiq Radzali, 2009).
Kenderaan ini dicipta untuk mengurangkan
pencemaran sebagaimana yang dihasilkan
oleh enjin pembakaran dalam kenderaan
biasa. Menurut Mohd Syafiq Radzali (2009),

kereta ini merupakan sumber alternatif
kepada enjin yang berasaskan petrol.
Kenderaan ini lebih senyap dan hal ini akan
mengurangkan bunyi yang terdapat dijalan

raya sekali gus dapat mengelakkan
pencemaran bunyi daripada berlaku

SEJARAH KERETA ELEKTRIK

Sejarah penciptaan kereta elektrik ini bermula
daripada tahun 1832 sehingga tahun1839. Pada waktu

itu, Robert Anderson merancang kenderaann
bermotor elektrik pertama dicipta bagi mengurangkan
pengeluaran asap ke atmosfera. Kereta ini dikuasakan

oleh bateri yang tidak boleh dicas semula dan
mencapai 6 km/jm. Namun, kecekapan kereta tersebut

tidaklah memberangsangkan. Hal ini kerana, jika
dibandingkan dengan berjalan lagi dan menaiki kereta
elekktrik ini, boleh dikatakan berjalan kaki lebih cepat

berbanding kereta elektrik. Oleh hal yang demikian,
inovasi kereta elektrik di tahun tersebut ditinggalkan
dan tidak digunakan lagi. Hari berganti hari dan tahun

berganti tahun, maka teknologi kereta elektrik
digunakan kembali dengan menambah penambah
baikan pada kereta tersebut. Antara penambah baikan
tersebut ialah dari segi bateri yang digunakan. Kereta
elektrik kini menggunakan bateri ion lithium yang
mampu menyumbangkan autonomi yang cukup besar
yang boleh menyebabkan kereta mencapai kelajuan

tinggi

Bahagian kereta jenis elektrik dengan kereta
konvensional tidaklah banyak perbezaan.
Pengoperasiannya agak serupa namun

terdapat juga elemen utama yang terdapat di
kereta elektrik tetapi tidak ada di kereta

konvensional. Antara elemen tersebut ialah
motor elektrik, gendang dan transformer.
Motor elektrik yang terdapat pada kereta
tersebut berfungsi untuk mengubah tenaga

elektrik yang tersimpan di dalam bateri
menjadi tenaga kinetik. Daripada tenaga
kinetik tersebut kereta dapat bergerak dalam
kelajuan yang terdapat pada bateri kereta
tersebut. Apabila berada di lereng bukit,
motor boleh memanfaatkan tenaga kinetik
yang diperoleh dan menyimpannya dalam

bentuk elektrik. Seterusnya, gendang
berfungsi untuk menyimpan tenaga elektrik

yang digunakan untuk membuat motor
dalam enjin kereta berfungsi. Transformer
pula berfungsi untuk menukarkan parameter
elektrik menjadi penggera untuk mengisi
semula bateri. Transformer juga bertindak
sebagai penyejuk kereta bagi mengelakkan

tumpahan dan letupan berlaku.

3.2 CONTOH

KERETA ELEKTRIK

Penggunaan kereta elektrik kini dilihat
semakin berkembang maju di kebanyakan

negara-negara maju. Hal ini bertepatan
dengan konsep melestarikan alam sekitar

dengan menjaga kebersihan udara,
mempelbagaikan sumber tenaga dan
persekitaran alam sekitar. Trend peningkatan
penggunaan kereta elektrik ini didorong oleh
kesedaran masyarakat terhadap kepentingan
alam sekitar kepada manusia dan hidupan
yang lain. Kemajuan dan keberkesanan
penggunaan kereta elektrik akhirnya berjaya
mengeluarkan pelbagai jenis kereta elektrik
yang datangnya dari pelbagai jenama.

TESLA MODEL 3

Antara kereta elektrik yang
semakin menjadi pilihan hati
pengguna ialah Tesla Model

3. Kereta model ini
merupakan kereta yang
sangat mewah kerana ia
menggunakan konsep
perkakasan sistem pandu

sendiri (self-driving
hardaware) Tesla Autopilot

dengan di kemas kini
perisiannya secara berkala
(Bauchwitz & Cumming,2020).

NISSAN LEAF

Model kereta elektrik yang kedua
ialah Nissan Leaf. Kereta ini amatlah
laris dijual dipasaran sebelum adanya
Tesla Model 3. Model ini dilengkapi

dengan bateri lithium-ion 40 kWh
yang mampu menghasilkan kuasa
sehingga 148 kuasa yang mampu

memberikan jarak pemnaduan
sejauh 240 km bagi setiap

pengecasan penuh. Selain daripada
kelajuan yang terdapat pada kereta
ini, faktor keselamatan ini juga tidak

kurang hebatnya apabila ia
dilengkapi dengan 6 beg udara,
sistem brek antikunci, kawalan
dinamik kenderaan, dan pengagihan
brek elektronik (Sajit Chandra

Debnath,2015).

BMW i3

Model kereta yang seterusnya
ialah BMW i3. Model kereta
elektrik ini merupakan kereta

elektrik hatchback segmen B yang
dihasilkan oleh syarikat BMW

dengan rangkaian kuasa elektrik
menggunakan pemanduan roda
belakang dengan transmisi satu

kelajuan. Model ini dilengkapi
dengan pakej Driving Assistant
Plus termasuklah kamera paparan
belakang, kawalan jarak parkir,

dan kawalan pelayaran aktif
dengan fungsi Stop & Go

(Aleksander, & Artur, 2019).

3.3 KELEBIHAN
KERETA ELEKTRIK

Seperti yang dibincangkan, penghasilan produk
Teknologi Hijau ini adalah untuk melestarikan alam

sekitar bagi menjamin keadaan yang akan
digunakan oleh generasi yang akan datang.

Penciptaan kereta elektrik ini semestinya
mempunyai kelebihannya yang tersendiri yang
akan memberikan keuntungan kepada pengguna
dan alam sekitar. Oleh itu, terdapat beberapa
kelebihan kereta elektrik tersebut, antaranya ialah

kereta ini adalah mesra alam sekitar. Hal ini
demikian, pemanduan kereta ini merupakan
pemanduan yang tidak mengeluarkan sebarang
asap ke permukaan atmosfera. Bertepatan dengan
keadaan cuaca kini yang panas, maka penggunaan
kereta ini amatlah sesuai dalam membendung dan
mengurangkan pencemaran udara yang akan

disumbangkan oleh kereta konvensional

Kereta elektrik juga akan
menjimatkan kos bahan api.
Hal ini kerana, kos operasi
kereta ini amatlah berpatutan

jika dibandingkan dengan
kereta konvensional. Kereta
hanya perlu menggunakan
bateri yang perlu dicas semula
sama ada di rumah atau di
stesen yang telah dikhaskan
untuk kereta jenis ini. Oleh itu,
kos pengeluaran bahan api
dapat dikurangkan sekali gus
kelestarian alam sekitar dapat

dikekalkan.

K3E.R4EKTAELEEMLEAKHTARNIK

Jika terdapat kelebihan sudah pasti terdapat
kelemahan. Begitu juga dengan konsep yang
dipegang oleh kereta elektrik ini diamana ia tidak
lari daripada kelemahan yang terdapat padanya.
Terdapat beberapa kelemahan kereta elektrik
yang menjadi buah mulut di kalangan masyarakat.
Antaranya ialah, harga yang mahal. Kereta ini
masih lagi berada di tahap harga yang mahal dan
premium menjadikan model ini susah untuk
dimiliki oleh kebanyakan rakyat marhaen. Oleh hal
itu, penggunaan kereta elektrik tidak dapat
digunakan secara meluas dalam sesebuah negara
akibat daripada harga yang tidak mampu milik.
Penggunaan kereta konvensional yang lebih tinggi
daripada kereta elektrik di jalan raya tetap akan
menyumbangkan kemusnahan terhadap udara

dan alam sekitar.

Masa untuk mengecas semula bateri
juga merupakan kelemahan kereta
elektrik. Hal ini kerana, jika dibandingkan
dengan kereta konvensional, kereta ini
hanya perlu mengisi bahan api seperti
minyak petrol untuk menyambung
perjalanan dengan anggaran masa tidak
sampai 5 minit namun bagi kereta
elektrik ia mengambil masa yang

berjam-jam.



4.0 KESIMPULAN

Teknologi Hijau merupakan idealogi dan inspirasi
dalam melestarikan alam sekitar yang sihat dan bersih.

Penghasilan produk yang berkonsepkan Teknologi
Hijau telah menjadi satu trend di kalangan masyarakat
untuk mengurangkan penggunaan sumber tenaga yang

tidak dapat diperbaharui. Alam sekitar kini dilihat
sering berada pada tahap yang membimbangkan. Oleh

sebab itu, satu sistem pengurusan sumber yang
berkesan perlu dilaksanakan bagi menjamin bekalan
dan penggunaan yang berterusan untuk kegunaan
generasi yang akan datang. Untuk mengelakkan bumi
dilanda pemanasan global, pemakaian tenaga alternatif
adalah amat digalakkan. Dengan adanya Teknologi
Hijau, isu yang berkaitan dengan alam sekitar dapat
dibendung dengan segera serta menjadi satu panduan
dalam mencapai kemakmuran alam sekitar. Sebagai

contoh, penggunaan kereta elektrik yang telah
dibincangkan ini perlulah diberi peluang dan digunakan

secara meluas supaya usaha dalam memerangi
kemusahan alam sekitar ini berkesan. Oleh itu, sama-

samalah kita menghayati budaya Teknologi Hijau
kerana ia dapat membantu dalam memuliharakan alam

sekitar.




Click to View FlipBook Version