“Karamah Insaniah” merupakan satu konsep yang diperkenalkan dan ditekankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Konsep Karamah Insaniah yang ditekankan menerangkan konsep menyatukan antara segmen Rukun Negara dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, konsep manusiawi turut diperkenalkan iaitu setiap pelajar mempunyai perasaan empati dan kasih sayang antara satu sama lain.