The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KmR TS25 BM KUMP B-converted

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norizianti, 2022-01-04 19:12:11

TS25 BM KUMPULAN B

KmR TS25 BM KUMP B-converted

PROJEK TS25 BAHASA MELAYU KUMPULAN B

Nama Ahli Kumpulan:
1. Siti Rahimah
2. Hazil Warith
3. Naqiuddin
4. Faris Danial
5. Ezuliza Halina

PERANCANGAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KmR TAHUN 6

NAMA PANITIA BAHASA MELAYU
SEKOLAH SEK KEB AYER ITAM
TAJUK COVID 19
RINGKASAN PROJEK MENGHASILKAN FLIPBOOK COVID 19
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
TAHUN 6 BIJAK/BESTARI
TARIKH
MASA STANDARD KANDUNGAN:
STANDARD SK: 3.6 Menulis dan menyampaikan maklumat tentang
sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang
HASIL PEMBELAJARAN santun.
THE BIG IDEA STANDARD PEMBELAJARAN:
SOALAN PENCETUS IDEA SP: 3.6.2 Menulis untuk menyampaikan maklumat
dalam bentuk karangan berformat dengan
menggunakan bahasa yang santun.
STANDARD PRESTASI:
TP5- Menulis jawapan secara kritis dan kreatif. Mencatat
maklumat, membina kerangka dan menulis karangan
pada tahap terperinci.
Murid menulis dan menyampaikan maklumat (surat
kiriman tidak rasmi) dengan bahasa yang santun.
Lapbook Bahasa Melayu
- Surat kiriman tidak rasmi

1. Apakah punca penularan wabak Covid-19 dalam
kalangan masyarakat?

2. Bagaimanakah cara untuk membendung
jangkitan Covid-19?

3. Apakah langkah proaktif pencegahan penularan
wabak Covid-19 yang dijalankan di sekolah?

RANCANGAN PENTAKSIRAN Isi kandungan flipbook, gambar, senarai semak

LANGKAH PENGAJARAN Langkah 1: Penerangan guru (Aktiviti individu)
SUMBER Langkah 2: Menghasilkan lakaran projek
Langkah 3: Penyediaan bahan berkaitan soalan pencetus
idea
Langkah 4: Penyusunan bahan dalam flipbook
Langkah 5: Membuat laporan ringkas
Langkah 6: Pembentangan
Buku teks ,media elektronik

SOALAN KUMPULAN B

Anda perlu menulis surat kepada rakan anda menceritakan cara-cara
menangani penularan wabak Covid-19 di negara ini.

SURAT KIRIMAN KUMPULAN B

Blok 6-7-12 Desa Mawar,
Bandar Baru,
Georgetown,
11500 Pulau Pinang.

15 Oktober 2021

Buat tatapan sahabatku, Dania di Segamat Johor. Semoga saudari sihat dan
ceria bersama-sama keluarga tercinta.
Sahabatku,

Penularan kes Covid-19 semakin meningkat dan membimbangkan
rakyat dan pemimpin negara. Justeru, penularan wabak ini menyebabkan
kualiti hidup dan ekonomi masyarakat dan negara terjejas. Oleh itu, satu
pelan tindakan drastik perlu diambil untuk mengawal situasi ini daripada
menjadi lebih parah.

Tindakan proaktif yang paling berkesan adalah memastikan 90%
daripada populasi rakyat Malaysia menerima suntikan vaksin. Langkah ini
dapat mengurangkan risiko jangkitan Covid-19. Syukur, negara ini telah
berjaya mencapai sasaran imuniti berkelompok dalam masa yang singkat .
Alhamdulillah, penularan wabak ini semakin terkawal.

Pematuhan SOP yang ketat perlu diwartakan agar rakyat Malaysia
lebih berdisiplin dalam menangani kesan buruk wabak Covid-19.
Pemakaian pelitup muka dan pengekalan jarak sosial membantu
masyarakat menghindari jangkitan Covid-19. Selain itu, penggunaan

cecair sanitasi mampu mengawal jangkitan wabak ini kerana mencegah itu
lebih baik daripada dijangkiti.
Sahabatku,

Institusi sekolah turut terjejas pengoperasian akibat wabak
Covid-19. Seperti yang kita maklum, pengurusan sekolah telah
memperkenalkan pelbagai insiatif bagi menjamin kesihatan warga
sekolah. Antaranya sistem penggiliran pelajar hadir ke sekolah. Kerjasama
pihak sekolah dan ibu bapa memastikan institusi sekolah adalah tempat
yang selamat dan kondusif kepada generasi muda negara.

Semoga penjelasan dan info yang telah saya sampaikan akan dapat
membantu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 di sekolah amnya dan
di negara khususnya. Sama-samalah kita berdoa agar kita dilindungi
Allah sepanjang masa.

Sampai di sini sahaja coretan saya pada kali ini. Semoga kita akan
berbicara warkah pada masa akan datang. Sampaikan salam saya kepada
keluarga saudari.
Sekian, terima kasih.

Sahabatmu,

(Siti
Rahimah binti Abdullah)

LAPORAN RINGKAS PROJEK TS25 BAHASA MELAYU (KUMPULAN B)

Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya, Siti Rahimah dari kelas 6
Bestari mewakili kumpulan B terdiri daripada rakan-rakan saya iaitu Faris
Danial, Ezuliza Halina, Naqiuddin dan Hazil Warith ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada Encik Sha’aban selaku guru pembimbing dan
Puan Aminah selaku Ketua Panitia Bahasa Melayu yang sentiasa memberi
tunjuk ajar kepada kami dalam proses menyiapkan tugasan membuat surat
tidak rasmi tentang langkah-langkah proaktif pencegahan penularan
wabak Covid-19.

Langkah pertama yang kami lakukan ialah mengumpul maklumat
tentang langkah-langkah pencegahan Covid-19, membuat rangka surat
tidak rasmi dan seterusnya menulis surat tidak rasmi. Kami telah
menggunakan aplikasi word untuk menghasilkan surat tidak rasmi. Surat
tidak rasmi tersebut dihantar kepada sahabat kami iaitu Dania yang berada
di Segamat, Johor. Kami telah membuat dapatan tentang pendekatan
pencegahan wabak Covid-19.

Bagi memperoleh maklumat tentang langkah-langkah pencegahan
wabak Covid-19, kami telah melayari internet dan merujuk buku-buku
berkaitan Covid-19. Tugasan ini memberi banyak pengetahuan dan
kemahiran kepada kami menggunakan aplikasi word dengan lebih baik.
Semoga segala maklumat yang disampaikan dapat memberi manfaat
kepada kita semua.

Disediakan oleh,

(SITI RAHIMAH BINTI ABDULLAH)

# KITA JAGA KITA

DOKUMENTASI PROJEK TS25 BAHASA MELAYU


Click to View FlipBook Version