Nur Nilam Izzati Binti Maharuddin 269522
GTLoohEouekLgPDeaArdlAinNFNocOresRs
LUNA
vv
Bagaimana Elanor
dan Luna mampu
untuk
menyelamatkan
negeri mereka?
ISI KANDUNGAN
01 Kenali Penulis
Watak 02
03 Permulaan
Perkembangan 04
05 Klimaks
Peleraian 06
01
Kenali Penulis
Kenali Penulis
Nama:: Nur Nilam Izzati Binti Maharuddin
Jurusan : ISM Pendidikan Pengurusan Perniagaan
Tema :: Persahabatan
Subjek: SBLM 1023 Pengantar Penulisan
Tinta Penulis
Penulis merupakan seorang mahasiswa di Universiti Utara Malaysia.
Beliau berasal dari Seri Manjung,Perak dan merupakan anak sulung
daripada empat orang adik-beradik.Beliau amat meminati bidang
penulisan dan ini merupakan cubaan pertama kali beliau menulis
buku cerita kanak-kanak.
02
Watak
Watak
Puteri Elanor Luna Isabel
Permaisuri Melisa Raja Edin
03
Permulaan
Pada zaman dahulu di sebuah negeri
kayangan, tinggalah sepasang keluarga diraja
yang memerintah negeri tersebut. Raja tersebut
bernama Edin manakala permaisurinya bernama
Melisa. Raja Edin merupakan pemerintah bagi
negeri tersebut. Mereka merupakan pemerintah
yang sangat disegani oleh rakyat mereka. Raja
Edin dan Permaisuri Melisa hidup bahagia di
negeri tersebut bersama anak mereka iaitu Puteri
Elanor.
Negeri kayangan merupakan negeri yang
penuh dengan dunia magis. Kuasa magis di negeri
itu telah menjadikan negeri mereka serba
lengkap. Kawasan tani yang diusahakan oleh para
petani tumbuh subur menjadikan rakyat di negeri
tersebut hidup dalam keadaan yang baik dan
aman. Di negeri tersebut terdapat sebuah istana
iaitu Istana Magis yang merupakan tempat
tinggal bagi keluarga Raja Edin.
Puteri Elanor
· Puteri Elanor merupakan puteri sulung kepada Raja
Edin dan Permaisuri Melisa. Puteri Elanor disayangi oleh
rakyat di negeri tersebut. Puteri Elanor merupakan
seorang yang baik hati, periang dan bijaksana. Oleh itu,
dia mudah didekati rakyat di negeri tersebut. Puteri
Elanor mempunyai rupa yang sangat cantik. Malah, dia
mempunyai kuasa magis yang diwarisi daripada
ayahnya. Puteri Elanor mempunyai kuasa untuk melihat
masa depan. Oleh itu, dia dapat mengetahui tentang
segala perkara yang bakal berlaku.
Luna
· Puteri Elanor mempunyai sahabat baik bernama
Luna. Luna merupakan pari-pari ajaib yang sentiasa
bersama Puteri Elanor. Luna merupakan seorang yang
ceria, kuat dan penyayang. Luna akan melindungi
Puteri Elanor di mana-mana sahaja dia berada. Puteri
Elanor sentiasa menghabiskan waktunya
bersama-sama dengan Luna.
04
Perkembangan
· Suatu hari, Puteri Elanor
dan Luna berada di dalam
Istana Magis. Puteri Elanor
dan Luna sedang bermain
dengan anak patung
kesayangan mereka.
Ketika Puteri Elanor dan
Luna sedang bermain, dia
ternampak bayang-bayang
hitam di istana mereka. Puteri
Elanor dan Luna cuba
mengejar bayangan tersebut.
Namun, tidak berjaya.
Bayangan itu menjadi
tanda tanya kepada Puteri
Elanor akan kewujudannya di
istana itu.
‘Puteri Elanor, saya merasakan elok Puteri
beritahu perkara ini kepada Raja Edin dan
Permaisuri Melisa’ , kata Luna.
‘Saya dapat merasakan terdapat perkara yang
tidak baik akan berlaku di negeri ini’ tambah
Luna lagi.
‘Ya, saya juga turut merasakan perkara yang
sama. Bayangan itu telah menganggu fikiran
saya. Saya risau jika bayangan itu memberikan
amaran kepada kita’, ujar Puteri Elanor. Puteri
Elanor dan Luna akhirnya bergerak ke dalam
istana untuk menemui Raja Edin dan Permaisuri
Melisa.
Puteri Elanor memberitahu perkara yang telah
terjadi kepada Raja Edin dan Permaisuri Melisa.
Mereka mendengar perkara tersebut dengan teliti.
Pada ketika itu, kedua-duanya beranggapan bahawa
bayangan yang dilihat oleh Puteri Elanor dan Luna
merupakan bayangan yang dihantar oleh Isabel si
ahli sihir jahat.
Raja Edin dan Permaisuri Melisa memberitahu
kepada Puteri Elanor bahawa pada suatu masa dahulu
Isabel mempunyai dendam terhadap orang tuanya
iaitu datuk kepada Puteri Elanor. Dendam tersebut
telah menyebabkan Isabel telah dihalau daripada
negeri tersebut. Hal ini kerana, Isabel selalu
mendatangkan kekacauan kepada negeri tersebut
menyebabkan dia diusir oleh datuknya.
Bagi memastikan keselamatan puterinya, Raja
Edin meminta Puteri Elanor berehat di biliknya.
Luna menemani Puteri Elanor di bilik tersebut.
Ketika Puteri Elanor sedang berehat, dia dapat
melihat akan bayang masa hadapan.
Dalam bayangan tersebut, Puteri Elanor dapat
melihat huru-hara yang akan berlaku di negeri
tersebut. Puteri Elanor terjaga daripada mimpinya
dan memberitahu perkara tersebut kepada Luna
.Luna berjanji kepada Puteri Elanor untuk sentiasa
melindunginya.
Di sebuah desa yang kecil, Isabel tersenyum
kecil melihat kebuntuan yang melanda Puteri
Elanor dan Luna. Isabel, merupakan seorang ahli
sihir jahat. Dia mempunyai kuasa untuk
melenyapkan ingatan seseorang. Namun begitu
Isabel seringkali menimbulkan kekacauan negeri
tersebut. Isabel sangat berdendam dengan
keluarga Puteri Elanor. Oleh itu, kedatangannya
ke negeri tersebut adalah untuk melenyapkan
keluarga Puteri Elanor.
05 Klimaks
Isabel yang merupakan ahli sihir jahat sedang
bersedia untuk menyerang negeri kayangan.
Isabel sangat ditakuti oleh rakyat negeri tersebut.
Serangan Isabel adalah untuk memusnahkan
negeri tersebut.
Di negeri kayangan, Puteri Elanor dan Luna
bersiap sedia untuk menerima sebarang ancaman.
Perkara ini telah diketahui oleh Raja Edin.
Pada waktu senja, Isabel datang ke negeri
tersebut. Berlaku kekecohan di negeri tersebut.
Sementara itu, tentera yang disediakan Raja Edin
sedia bertempur dengan Isabel.
Kuasa Isabel sangat kuat. Tentera-tentera
Raja Edin berjaya ditewaskan. Isabel mula
mencari Puteri Elanor. Akhirnya, dia menemui
puteri tersebut.
‘Isabel, keluar kau dari negeri ini’ kata Puteri Elanor.
Isabel ketawa mendengar ugutan Puteri Elanor. Dia tidak
mempedulikannya.
Maka berlaku pertempuran di antara Isabel dan
Puteri Elanor. Puteri Elanor cuba sedaya upaya untuk
mengalahkan Isabel,namun tidak berjaya.
Luna yang melihat akan keadaan itu terus membantu
Puteri Elanor. Luna memberikan sepenuh tenaganya
untuk menghalang Isabel daripada menyakiti Puteri
Elanor. Akhirnya, Luna berjaya menewaskan Isabel.
06
Peleraian
Luna menggunakan seluruh kekuatan yang
ada. Luna tidak mampu untuk bertahan.
Akhirnya, Luna meninggalkan Puteri Elanor.
Puteri Elanor berasa sangat sedih akan
kehilangan sahabatnya. Namun, dia berasa
beryukur kerana akhirnya tiada kekacauan di
negeri tersebut. Akhirnya penduduk di negeri
tersebut hidup dalam keaadaan aman dan damai.
Tamat
CREDITS: This presentation template was created by Slidesgo,
including icons by Flaticon, and infographics & images by Freepik
Sinopsis
Di sebuah negeri kecil yang dinamakan negeri kayangan, tinggal
sebuah keluarga diraja yang sangat disegani oleh rakyat jelata.
Negeri kecil itu ditadbir oleh Raja Edin dan Permaisuri Melisa.
Negeri kayangan merupakan sebuah negeri yang penuh dengan
magis. Rakyat mereka hidup dalam keadaan aman dan serba
lengkap. Raja Edin mempunyai seorang puteri sulung bernama
Elanor. Puteri Elanor mempunyai kuasa magis yang diwarisi oleh
ayahnya. Puteri Elanor juga mempunyai pari-pari ajaib dan juga
sahabat bernama Luna. Namun, keamanan negeri tersebut tidak
digemari oleh ahli sihir Isabel. Isabel cuba untuk memusnahkan
keamanan negeri tersebut. Mampukah Puteri Elanor dan Luna
mampu menyelematkan negeri mereka