PAKK3424 Nama : Dayang Siti Balqis Binti Awang Hussin Kelas : PAKK A Angka Giliran : 2022232440133 Nama Pensyarah : Encik Zainudin Bin Ramli Tarikh Hantar : 11 Mac 2024 PERKEMBANGAN FIZIKAL KANAK-KANAK TUGASAN 2 : PENULISAN
Penghargaan Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syukur Alhamdulillah ke hadrat Allah S.W.T, kerana di atas limpah dan kurniaNya, maka dapatlah saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya walaupun menempuhi pelbagai dugaan dan rintangan. Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Encik Zainudin Bin Ramli, selaku pensyarah saya yang banyak memberi sokongan, nasihat dan bimbingan yang diberikan banyak membantu dalam penghasilan tugasan ini. Ribuan terima kasih kepada kedua-dua ibu bapa saya yang sentiasa menyokong, doa, peringatan dan memberi motivasi yang amat saya perlukan. Sesungguhnya segala pengorbanan yang telah dilakukan amat saya sanjungi dan akan saya ingati sepanjang hayat ini.
Umum pengetahuan bahawa, perkembangan fizikal kanakkanak banyak dipengaruhi oleh aktiviti motor halus dan motor kasar. Aktiviti motor halus dan motor kasar adalah dua konsep penting dalam perkembangan fizikal kanak-kanak. Menurut Pradipta dan Dewantoro (2019), aktiviti motor halus merupakan kemahiran yang melibatkan penggunaan otot-otot kecil, terutamanya di tangan dan jari-jemari. Aktiviti ini memerlukan kordinasi yang halus antara mata dan tangan, serta kemampuan untuk mengawal pergerakan dengan teliti. Contoh aktiviti motor halus adalah menggenggam pensil, memasukkan puzzle ke dalam tempatkan atau menyusun blok-blok kecil. Pengenalan
Aktiviti motor kasar merujuk kepada kemahiran yang melibatkan penggunaan otot-otot besar dalam tubuh seperti kaki dan lengan. Aktiviti ini sering melibatkan pergerakan besar dan kasar, seperti berlari, melompat atau memanjat (Lubans et al., 2010). Kemahiran motor kasar membantu kanak-kanak untuk mengembangkan kekuatan, daya tahan dan keseimbangan dalam tubuh mereka. Dalam pendidikan awal kanak-kanak, perbezaan antara aktiviti motor halus dan motor kasar penting untuk difahami dalam konteks perkembangan kanak-kanak. Ini kerana, kedua-dua jenis kemahiran ini memainkan peranan penting dalam pembangunan fizikal dan kognitif mereka. Oleh itu, mari kita lihat perancangan aktiviti motor halus dan motor kasar yang boleh membantu perkembangan fizikal kanak-kanak. Pengenalan
1. Peserta akan berdiri di belakang kon. 2. Apabila muzik mula dimainkan, peserta akan berlari sejauh 10 meter untuk sampai di kon hadapan. 3. Apabila sampai di kon hadapan, peserta akan menyusun cawan seperti bentuk piramid. 4. Setelah selesai, peserta akan menyusun puzzle. 5. Jika selesai menyusun cawan dan puzzle, peserta diminta untuk berlari ke aktiviti seterusnya iaitu aktiviti motor kasar. Aktiviti Motor Halus Menyusun Cawan dan Puzzle Langkah-langkah
Alatan yang Digunakan Cawan Puzzle
Pemilihan Bahan Pemilihan bahan seperti cawan kertas adalah sesuai untuk digunakan aktiviti bermain. Sebagai contoh, cawan kertas lebih mudah dan mesra alam untuk dibuang, terutamanya jika ia terbuat daripada bahan yang mudah diuraikan seperti kertas berkualiti tinggi atau bahan daur ulang. Selain itu, pemilihan bahan puzzle yang dibuat dari bahan berkualiti tinggi yang tahan lama dan tidak mudah rosak. Reka bentuk dan tema puzzle juga mestilah menarik dan relevan terhadap dengan minat kanakkanak agar dapat meningkatkan minat mereka dalam menyelesaikan puzzle. Ini kerana, bahan yang digunakan akan memberi rangsangan dan mengekalkan minat kanak-kanak.
Jenis-jenis Bahan Jenis-jenis bahan untuk aktiviti menyusun cawan adalah kertas. Kertas merupakan bahan yang paling umum digunakan untuk membuat cawan kertas. Cawan kertas juga boleh diperbuat daripada kertas daur ulang. Penggunaan kertas daur ulang dapat membantu mengurangkan impak negatif terhadap alam sekitar. Selain itu, jenis-jenis bahan untuk aktiviti menyusun puzzle pula adalah kertas berkualiti tinggi. Ini kerana, puzzle sering kali dicetak pada kertas berkualiti tinggi yang tebal dan tahan lama. Kertas ini memastikan bahawa puzzle dapat disusun berulang kali tanpa cepat rosak. Puzzle juga boleh diperbuat daripada kayu kerana puzzle kayu adalah pilihan yang popular kerana kekuatan dan kekemasannya. Puzzle kayu biasanya terdiri daripada kepingan-kepingan yang dipotong dengan teliti dan dilapis dengan gambar atau corak.
Kesesuaian Bahan Berdasarkan aktiviti menyusun cawan, kesesuaian bahan adalah kertas. Ini kerana, kertas adalah bahan yang paling sesuai untuk dilipat dan dibentuk untuk membentuk cawan dengan berbagai bentuk dan saiz. Selain itu, aktiviti menyusun puzzle pula sesuai menggunakan bahan yang mempunyai ketebalan dan kekuatan. Ini kerana untuk mencegah kepingan puzzle menjadi nipis atau mudah terkoyak. Dalam hal ini, guru hendaklah melakukan penilaian mengenai kesesuaian bahan yang digunakan untuk melaksanakan aktiviti ini (Omardin Ashaari, 1997).
Ciri-ciri bahan untuk aktiviti menyusun cawan kertas adalah mempunyai kekerasan yang sesuai. Ini kerana, bahan-bahan tersebut perlu mempunyai kekerasan yang sesuai supaya ia mudah untuk disusun tanpa mudah rosak. Kemudian, bagi aktiviti menyusun puzzle, ciri-ciri bahan yang digunakan mestilah mempunyai keseragaman saiz dan bentuk. Potongan-potongan puzzle perlu mempunyai saiz dan bentuk yang seragam supaya mudah disusun dengan betul. Bahan yang digunakan juga mestilah tidak membahayakan atau boleh menyebabkan kecederaan kepada pengguna. Ciri-ciri Bahan
Aplikasi digital yang digunakan untuk aktiviti menyusun cawan dan puzzle adalah menggunakan muzik. Dengan menggunakan muzik, hal ini dapat mewujudkan pengalaman berkesan. Misalnya, menggabungkan muzik dengan aktiviti menyusun cawan atau puzzle, pengalaman pembelajaran kanak-kanak dapat menjadi lebih berkesan dan menggembirakan. Menurut Omardin Ashaari (1997), perkembangan teknologi dalam PdP banyak memberi kesan untuk merangsang keseronokan kanak-kanak. Aplikasi Digital
Jika ditelusuri, kepentingan bahan dalam PdP adalah untuk membantu perkembangan motor halus kanak-kanak. Aktiviti seperti menyusun cawan dan puzzle melibatkan penggunaan motor halus kerana kemahiran kawalan pergerakan kecil seperti memegang dan memindahkan objek. Bahan yang dipilih hendaklah sesuai dengan saiz dan tekstur untuk membolehkan kanakkanak mengembangkan kemahiran ini dengan lebih baik. Selain itu, kepentingan bahan dalam PdP adalah pembelajaran visual. Melalui aktiviti menyusun cawan dan puzzle, kanak-kanak dapat belajar mengenali bentuk, warna dan corak secara visual. Menurut Hudson dan Willoughby (2021), penggunaan bahan-bahan interaktif dapat membina pembelajaran aktif dan berkesan dalam kalangan kanak-kanak. Kepentingan Bahan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Berdasarkan aktiviti menyusun cawan dan puzzle, kebolehpasaran bahan PdP adalah kreativiti dalam reka bentuk. Bahan-bahan yang direka dengan kreativiti dan estetika yang menarik akan lebih mudah menarik perhatian pengajar dan kanak-kanak. Sebagai contoh, reka bentuk puzzle yang menarik boleh digunakan lagi untuk aktiviti yang lain pada masa akan datang. Reka bentuk yang menarik dapat meningkatkan minat dan motivasi untuk mengambil bahagian dalam aktiviti tersebut. Selain itu, bahan seperti cawan kertas juga merupakan bahan yang mudah untuk diperoleh dan mempunyai harga yang berpatutan. Oleh itu, bahan seperti ini boleh digunakan lagi untuk pelbagai aktiviti yang menarik pada masa akan datang. Kebolehpasaran Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Aktiviti Motor Kasar Tarik Bola dalam Gelung Langkah-langkah 1. Setelah selesai melakukan aktiviti motor halus, peserta diminta untuk mengambil gelung. 2. Kemudian, peserta diminta untuk menarik bola yang disediakan menggunakan gelung. 3. Peserta akan menarik bola di dalam gelung sejauh 10 meter. 4. Setelah sampai, peserta akan berpusing mengelilingi kon kemudian menarik bola semula ke kon tempat permulaan.
Alatan Yang Digunakan Gelung Bola
Pemilihan Bahan Pemilihan bahan untuk aktiviti tarik bola dalam gelung adalah menggunakan gelung mainan dan bola. Pemilihan bahan ini adalah penting untuk para guru memberi perhatian agar pengguna gelung adalah selamat. Sebagai contoh, bahan gelung dan bola perlu cukup kuat dan tahan untuk menanggung tekanan dan tegasan semasa aktiviti tarik bola. Ini kerana, gelung yang lemah atau bola yang mudah pecah boleh mengakibatkan kecederaan kepada kanak-kanak.
Berdasarkan pemilihan bahan yang menggunakan gelung dan bola, jenis-jenis bahan yang digunakan untuk peralatan tersebut adalah penting dititikberatkan untuk memastikan kelancaran dan keselamatan dalam melakukan aktiviti tersebut. Sebagai contoh, gelung menggunakan tali nylon yang merupakan pilihan popular kerana kekuatan bahan yang tinggi dan tahan terhadap cuaca. Gelung juga boleh diperbuat daripada tali polipropilena kerana tali ini ringan tetapi kuat. Ia boleh menjadikannya pilihan yang baik untuk aktiviti luar. Selain itu, jenis bahan yang digunakan untuk bola adalah seperti getah atau plastik. Bola yang diperbuat dari getah merupakan salah satu pilihan yang popular kerana ia adalah ringan, mudah digunakan dan sesuai untuk berbagai jenis gelung. Manakala, bola yang diperbuat daripada plastik biasanya tahan lama dan boleh tahan terhadap impak. Oleh itu, plastik boleh menjadikannya sesuai untuk penggunaan aktiviti luar. Jenis-jenis Bahan
Kesesuaian Bahan Dalam melaksanakan bahan untuk aktiviti tarik bola dalam gelung adalah penting bagi keselamatan dan kelancaran aktiviti tersebut. Bahan yang digunakan untuk gelung dan bola haruslah cukup kuat untuk menanggung tekanan semasa melaksanakan aktiviti. Gelung yang lemah atau bola yang mudah pecah boleh menyebabkan kecederaan kepada peserta atau merosakkan peralatan. Selain itu, bahan gelung dan bola mestilah selamat digunakan tanpa mengandungi bahan berbahaya atau tajam yang boleh menyebaban kecederaan kepada kanak-kanak. Bahan yang digunakan juga mestilah sesuai dengan permukaan. Sebagai contoh, bahan yang sesuai untuk digunakan di atas rumput mungkin berbeza untuk digunakan di atas jalan raya atau tanah berbatu.
Ciri-ciri Bahan Ciri-ciri bahan yang sesuai untuk aktiviti tarik bola dalam gelung penting untuk dipertimbangkan demi keberkesanan, keselamatan dan keselesaan kanak-kanak. Antara ciri-ciri bahan yang terdapat dalam gelung dan bola adalah tahan terhadap cuaca. Ini kerana, apabila aktiviti dilakukan di luar, bahan hendaklah tahan terhadap faktor cuaca seperti hujan, panas atau sinaran matahari. Bahan yang tahan cuaca dapat mengekalkan kekuatan dan ketahanan dalam jangka masa yang lebih lama. Selain itu, ciri-ciri bahan yang terdapat adalah ia ringan dan mudah dibawa. Jika aktiviti kerap dilakukan di tempat yang berbeza, bahan yang ringan dan mudah dibawa adalah penting. Ia memudahkan penyelenggaraan aktiviti dan membolehkan aktiviti dijalankan dengan lebih lancar.
Aplikasi digital yang digunakan untuk aktiviti menarik bola dalam gelung adalah menggunakan muzik. Dengan menggunakan muzik, hal ini dapat mewujudkan pengalaman berkesan. Misalnya, menggabungkan muzik dengan aktiviti menarik bola dalam gelung, pengalaman pembelajaran kanakkanak dapat menjadi lebih berkesan dan menggembirakan. Menurut Mohamed Nazul (2020), konsep pembelajaran menggunakan digital merupakan transformasi pendidikan agar ia memberikan kesan yang baik untuk membantu perkembangan kanak-kanak. Aplikasi Digital
Kepentingan bahan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) berdasarkan aktiviti tarik bola dalam gelung adalah interaksi dan kerjasama. Melalui aktiviti tarik bola dalam gelung, kanak-kanak diajar untuk berinteraksi dan bekerjasama sebagai satu pasukan. Bahan yang sesuai membantu dalam mengekalkan kestabilan gelung dan bola, serta menggalakkan kanak-kanak untuk bekerjasama dalam mencapai matlamat aktiviti. Kepentingan Bahan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Seterusnya, kanak-kanak dapat belajar tentang pentingnya penjagaan dan pemeliharaan bahan yang digunakan. Ini termasuk menjaga kebersihan dan kebolehgunaan gelung dan bola, serta memahami bagaimana menjaga bahan agar tahan lama. Ini kerana, penggunaan bahan yang sesuai dalam aktiviti tarik bola dalam gelung adalah penting untuk meningkatkan pengalaman pembelajaran peserta dan mencapai objektif pengajaran yang diinginkan. Aktiviti ini juga dapat melatih koordinasi tangan kanak-kanak. Hal ini kerana, kanak-kanak perlu memastikan bola tidak terkeluar daripada gelung ketika menarik gelung tersebut. Menurut Ayu Fajarwati dan Ira Arini (2023), perlakuan mengawal gerakan tubuh badan seperti kemahiran melompat, berjalan dan berlari merupakan suatu kemahiran motor kasar. Kepentingan Bahan Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Berdasarkan aktiviti tarik bola dalam gelung, kebolehpasaran bahan pengajaran dan pembelajaran adalah kesesuaian dengan pelbagai kumpulan pelajar. Hal ini kerana, bahan pengajaran perlu sesuai untuk pelbagai kumpulan pelajar, termasuk pelajar yang mempunyai keperluan khas atau gaya pembelajaran yang berbeza. Pilihan bahan yang fleksibel dan mudah diadaptasi dapat meningkatkan aksesibiliti dan kesediaan pelajar untuk terlibat dalam aktiviti. Akhir sekali, ia dapat mewujudkan kerjasama dan rangsangan komuniti. Bahan pengajaran yang memberi penekanan kepada kerjasama dan penyertaan komuniti tempatan dapat meningkatkan rasa keterlibatan dan tanggungjawab sosial di kalangan pelajar. Hal ini membantu meningkatkan kolaborasi prasekolah dengan komuniti. Kebolehpasaran Bahan Pengajaran dan Pembelajaran
Sebagai seorang guru, kita hendaklah memberi peluang kepada kanakkanak untuk melakukan aktiviti fizikal motor halus dan motor kasar untuk membantu perkembangan fizikal mereka secara holistik. Selain dari membantu perkembangan holistik, melaksanakan aktiviti sedemikian dapat menarik minat kanak-kanak untuk menghadiri ke sekolah. Hal ini akan membantu kepada perkembangan kanak-kanak dari aspek sosioemosi kerana kanak-kanak gemar akan aktiviti bermain. Kemudian, melakukan aktiviti fizikal juga dapat membantu perkembangan sosial kanak-kanak jika mereka melakukan aktiviti fizikal bersama dengan rakan-rakan yang lain. Menurut Sutapa et al., (2021), aktiviti ini membuktikan keberkesanan dalam perkembangan psikomotor kanak-kanak prasekolah. Melalui pengalaman yang dipelorehi, guru dapat membantu kanak-kanak meningkatkan kemahiran motor halus dan motor kasar mereka. Justeru, dengan menerapkan pendekatan holistik seperti melaksanakan aktiviti motor halus dan motor kasar, kanak-kanak dapat perkembangan yang menyeluruh dan mendapat asas yang kukuh untuk pembelajaran dan pertumbuhan mereka. Rumusan
Rujukan Asraff, A., & Halijah. (2017). Perkembangan motor kasar di kalangan murid orang asli berumur tujuh, lapan dan sembilan tahun di daerah gua musang Kelantan. Movement, Health & Exercise, 6(2), 147-156. Haziq, M. M. S., Nasarudin, M. C. A., & Wan, A. N. W. K. (2021). Penerapan kaedah tunjuk cara dalam aktiviti fizikal dan estetika untuk meningkatkan kemahiran menggunting kanak-kanak. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan, 10(2), 85-102. Hudson, K. N., & Willoughby, M. T. (2021). The Multiple Benefits of Motor Competence Skills in Early Childhood. NCBI. Ayu Fajarwati & Ira Arini. (2023). Model pembelajaran berbasis lokomotor dalam peningkatan keterampilan motorik kasar anak usia 5 - 6 tahun. Journal of Education Research, 4 (1), 317-324.
Rujukan Pradipta, R. F., & Dewantoro, D. A. (2019). Origami and fine motoric ability of intellectual disability students. International Journal of Innovation, 5(5), 531-545. Lubans, D. R., Morgan, P. J., Cliff, D. P., Barnett, L. M., & Okely, A. D. (2010). Review of the benefits associated with fundamental movement skill competency in youth. Sports Medicine, 40(12), 19-35. Krapp, K. & Wilson, J. (2005). Fine motor skills. Encyclopedia of Children ’ s Health. Mohamed Nazul, I. (2020). Cabaran Kepimpinan Dalam Pengurusan Pembelajaran Digital, Jurnal Refleksi Kepimpinan Jilid III, 2020. Omardin Ashaari (1997). Prinsip Pengajaran Mikro. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Sutapa, P., Pratama, K. W., Rosly, M. M., Ali, S. K. S., & Karakauki, M. (2021). Meningkatkan kemahiran motor dalam kanak-kanak awal melalui aktiviti bermain yang berorientasikan matlamat. Children (Basel), 8(11) 994.