The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hafiezismailshah, 2021-06-30 09:32:45

PADANG CERITA IPDPD

Majalah ini telah diterbitkan bersempena dengan sambutan
Peringatan Hari Polis yang ke-214 bagi tahun 2021.

Semoga Jabatan Polis Diraja Malaysia terus kekal sebagai jabatan

penguatkuasaan nombor satu negara. Insya Allah

SEKAPUR SIRIH...













































KETUA EDITOR
SUPT. SAIFUDIN ASLIN BIN ABBAS

PENOLONG KETUA EDITOR:
INSP. NABILAH BT MOHD AMIN


JURUREKA GRAFIK:
INSP. MOHD NAIMULLAH SIDDIQ
BIN MOHD JAILANI@KAMAL


EDITOR:
INSP. MUZLIFAH BINTI AZMI

KPL MOHD AZLI BIN OTHMAN

L/KPL MUHAMMAD SYAHRUL
HAFIEZ BIN ISMAIL

L/KPL TUAN MOHD IZA’AT BIN TU-
AN NORAZI

NURUL JANNAH BINTI ABDUL RA-
HIN

M PONDOK POLIS WANG

KELIAN :

E LAST FRONTIER

M/S 1—3

N



A




R HONDA CIVIC 1.5S:


WAJAH BAHARU PE-
I RONDA POLIS


M/S 4-5
K




KENALI SAYA:



D ASP NOR AZLI

M/S 6

I




D




A



L

DARI MEJA JENAYAH:

A TUGAS SEORANG PEGA-

WAI PENYIASAT

M M/S 9-10

DADAH MUSUH

UTAMA NEGARA

M/S 11

















OP DIDIK: KESEDARAN TRAF-

IK UNTUK IBUBAPA DAN

PELAJAR

M/S 12-13










PERKEP IPD ‘TAWAN’

PUNCAK ‘VIEWPOINT

WANG KELIAN’

M/S 30-31






















TRAVELOG: MUSIM

SEJUK DI KOREA
M/S 34-38

PONDOK POLIS WANG KELIAN, ‘THE LAST FRONTIER’




Oleh: Kpl Mohd Azli bin Othman






















Wang Kelian terletak di dalam Taman Negeri Perlis yang merangkumi hutan simpan kekal Wang
Mu iaitu sejenis hutan simpan luruh. Tasik Meranti yang merupakan sebuah tasik bekas lombong
bijih timah suatu ketika dahulu kedudukannya tinggi diatas bukit dan jaraknya dari Pekan Wang
Kelian sejauh 6km menjadikan ianya satu kawasan tadahan air semulajadi yang penting kepa-
da kepelbagaian biodiversiti disini. Jarak dari Wang Kelian ke Padang Besar adalah sebanyak
21.2km dan mengambil masa lebih kurang 26 minit jika menaiki kereta.






























Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar adalah terbahagi kepada tiga(3) pecahan kawasan pentad-
biran balai iaitu, Balai Polis Padang Besar, Balai Polis Beseri dan Balai Polis Kaki Bukit. Lazimnya
sesebuah kawasan pentadbiran balai itu dibahagikan kepada beberapa kawasan mengikut kepada
keluasannya. Mengikut Perintah Tetap Balai No.7 iaitu sesebuah kawasan pentadbiran balai haruslah
dibahagikan mengikut keluasan kawasan rondaan bit dan juga mengikut jumlah penduduk dikawasan
tersebut yang mewakili sebuah kampung, taman perumahan atau sebuah kawasan penting. Disebab-
kan hal-hal tertentu yang menyebabkan kewujudan sebuah balai baru adalah dirasakan tidak sesuai
pada ketika itu, maka diwujudkan sebuah pondok polis sebagai pengkalan menjalankan aktiviti-
aktiviti kepolisan seperti rondaan dan pemantauan kawasan, risikan jenayah dan juga menjaga ke-
tenteraman awam di kawasan tersebut. Walaubagaimanapun segala tadbir urus pondok polis adalah
masih dibawah arahan dan pentadbiran Ketua Polis Balai.







1

Ceritanya…..

Pada 20 Januari 1984, Pos ICQs Wang Kelian telah dibuka secara rasminya oleh YB En. Kasim Ahmad
Timbalan Menteri Dalam Negeri serentak dengan pembukaan Pos imigresen Wang Prachan oleh Men-
teri Dalam Negeri Thailand. Ianya pintu sempadan yang menghubungkan Malaysia-Thailand iaitu me-
lalui Wang Kelian dan Wang Prachan. Dengan pembukaan kedua-dua pos pintu sempadan ini Wang
Kelian semakin dikenali orang ramai terutamanya sektor perniagaan barangan daripada Malaysia dan
Thailand serta telah menjadi salah satu daya tarikan pelancong yang datang ke negeri Perlis untuk
membeli belah, bukan semata-mata laluan ke negara Thailand.















































Gambar halaman dan hadapan kuarters kelas F
























Laluan untuk ke Pondok Polis Wang Kelian Gambar dari tepi kuarters kelas F



2

Gambar dari sisi kiri Pondok Polis Wang Kelian dan plak perasmian pondok tersebut (gambar kecil)




























Gambarajah bahagian dalam Pondok Polis Wang Kelian

Disebabkan kebanjiran pelancong yang ramai pada hari hujung minggu, kepimpinan PDRM telah
mengambil suatu langkah proaktif bagi meningkatkan mutu pengawasan dan keselamatan di sempa-
dan Wang Kelian. Penugasan anggota polis telah ditetapkan di Pos ICQS Wang Kelian bagi
melaksanakan tugas-tugas kepolisan. Oleh kerana hal demikian pada tarikh 30 Ogos 2001 sebuah pon-
dok polis dan bangunan kediaman mula didirikan di tapak No. Lot PT 4725 yang berkeluasan 0.7664
hektar. Pada 28 Ogos 2002 ianya siap dibina oleh Jabatan Kerja Raya Perlis dengan perbelanjaan kos
sebanyak RM2,640,158.00 yang juga meliputi tapak dan binaan. Pembinaannya adalah terdiri da-
ripada satu (1) blok bangunan Pondok Polis setingkat mengandungi Pejabat, Pejabat Ketua Polis Balai,
Bilik Operasi, Stor Senjata, Bilik Air, Tandas dan Anjung Kereta. Semua tibar layar dan papan cantik
anjung dibina mengikut rekabentuk tradisional Negeri Perlis. Manakala bagi blok perumahan kuarters,
ianya adalah terdiri daripada dua (2) bangunan kuarters kelas F, satu (1) blok bangunan kelas G dua
(2) tingkat yang mengandungi lapan (8) unit rumah kediaman dan satu (1) wakaf istirehat yang juga
mengikut rekabentuk tradisional Negeri Perlis.

Pada 12 April 2003 bersamaan 10 Safar 1424 Pondok Polis Wang Kelian telah dirasmikan oleh YDH SAC 1
Dato’ Abd. Halim Bin Abd. Hamid Ketua Polis Perlis.





3

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menerima 425 Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) jenis Honda Civic 1.8 untuk kegunaan
Cawangan Kereta Peronda (MPV) yang diagihkan secara berperingkat bermula daripada setiap kontinjen hinggalah ke
daerah. Kenderaan yang dilengkapi peralatan sokongan seperti peralatan komunikasi RMPNeT, kamera papan pemuka
(dashcam) dan perakam video digital mudah alih itu, disewa secara konsesi dengan syarikat Spanco Sdn Bhd selama lima
(5) tahun melalui peruntukan mengurus kerajaan bagi tahun 2020. Majlis penyerahan itu disempurnakan oleh Menteri
Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.





























Majlis penyerahan kenderaan Honda Civi 1.8s yang oleh Menteri Dalam Negeri,
Dato’ Seri Hamzah Zainudin di Kementerian Dalam Negeri, Putrajaya.


Pada 1 Oktober tahun lalu, bertempat di Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis, Ketua Polis Daerah Padang Besar,
YDH. Supt. Saifudin Aslin bin Abbas telah menerima sejumlah 4 buah kereta berjenama Honda Civic 1.8s bagi
kegunaan pasukan Cawangan Kereta Peronda (MPV) Daerah Padang Besar. Kenderaan ini adalah bagi mengganti-
kan kenderaan MPV jenis Proton Waja yang telah melebihi had penggunaan lapan (8) tahun dan ke atas. Kenderaan
peronda yang bahari ni dilengkapi dengan teknologi terkini bagi kegunaan petugas. Justeru itu, prestasi kerja ang-
gota bertugas di Cawangan Kereta Peronda (MPV) dapat ditingkatkan selain dari mampu menyuntik semangat ker-
ja lantas meningkatkan imej pasukan melalui kejayaan yang bakal dilakarkan pada masa akan datang.






















YDH. SAC. Dato’ Surina Saad menyerahkan replika Ketua Polis Daerah Padang Besar, YDH. Supt. Saifudin
kunci kepada YDH. Supt. Saifudin Aslin di Majlis Aslin (dua dari kanan) disamping ketua polis daerah yang
Penyerahan Kenderaan Honda Civic 1.8s bertempat lain di Majlis Penyerahan Kenderaan Honda Civic 1.8s
Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis. bertempat Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.




4

5

KENALI SAYA

ASP NOR AZLI PENYAMBUNG NADI KE-
JAYAAN PASUKAN KERETA PERONDA (MPV)

IPD PADANG BESAR


Oleh: Kpl Muhamad Sabriey bin Md. Harun@Ab. Rahman



NAMA: NOR AZLI BIN MOHD KHLAPIAH
PANGKAT : ASSISTEN SUPERITENDEN POLIS (ASP)
JAWATAN : KETUA BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH DAN
KESELAMATAN KOMUNITI (BPJKK)
TARIKH LAHIR: 22 MAC 1984
TEMPAT LAHIR : KG. PENGKALAN ARANG, TERENGGANU.

PENDIDIKAN
 IJAZAH SARJANA MUDA SAINS PEMUTUSAN (UUM) 2007
 DIPLOMA PENDIDIKAN INSTITUT PERGURUAN
SULTAN MIZAN, BESUT, TERENGGANU (2009)
 KOLEJ MATRIKULASI DUNGUN (2001-2003)
 SMK MANIR, TERENGGANU (1997-2001)
 SEKOLAH KEBANGSAAN TOK JIRING, KUALA NERUS,
TERENGGANU (1991-1996)

PENGALAMAN TUGAS
 KETUA POLIS BALAI KUAH, IPD LANGKAWI
(2019-JANUARI 2021)
 PEGAWAI SIASATAN & PERUNDANGAN JSJ, IPD
LANGKAWI (2018-2019)
 PEGAWAI RISIKAN OPERASI JSJ, IPD LANGKAWI
(2017-2018)
 PEGAWAI PENYIASAT JSJ, IPD KOTA SETAR
(2012-2017)

KENANGAN MANIS DALAM PERKHIDMATAN
BERPELUANG MENYIASAT KES BERPROFIL TINGGI SEPERTI KES CULIK,
BUNUH DAN TEMBAK SEMASA
BERTUGAS SEBAGAI PEGAWAI PENYIASAT DI JABATAN
SIASATAN JENAYAH IPD KOTA SETAR, KEDAH.

PRINSIP YANG DIPEGANG DALAM HIDUP:
INGAT 5 PERKARA SEBELUM 5 PERKARA

MUTIARA KATA
“DISEBALIK KESULITAN ADA KEINDAHAN,
LAKUKANLAH KEBAIKAN APAPUN, KERANA KITA TIDAK TAHU KE-
BAIKAN YANG AKAN MEMBAWA KITA KE SYURGA”

“JADILAH ORANG BAIK-BAIK MESKIPUN KITA TIDAK DIPERLAKUKAN
SEDEMIKIAN, USAH DIRENUNG LETIHNYA USAHA TETAPI RENUNGI-
LAH MANISNYA KEJAYAAN YANG IKHLAS KERANA ALLLAH S.W.T”











6

“SANJUNGAN BUDI INGATAN ABADI”

- PERTUKARAN PEGAWAI TAHUN 2021 -




DSP. SHAHRIM BIN AZHAR


TIMBALAN KETUA POLIS DAERAH
IBU PEJABAT POLIS DAERAH PADANG BESAR PERLIS



Bertukar ke

PENOLONG SETIAUSAHA KESELAMATAN NEGERI
SEK. KESELAMATAN & KETENTERAMAN AWAM /KRISIS
MAJLIS KESELAMATAN NEGARA (MKN)
NEGERI KEDAH
JABATAN PERDANA MENTERI






ASP. SHAMSUDIN BIN ALI




KETUA POLIS BALAI PADANG BESAR
IBU PEJABAT POLIS DAERAH PADANG BESAR PERLIS



Bertukar ke


KETUA BAHAGIAN PENCEGAHAN JENAYAH
DAN KESELAMATAN KOMUNITI (BPJKK)
IBU PEJABAT POLIS DAERAH SUNGAI SIPUT PERAK









ASP. NORAZMAN BIN MD ALI





MANTAN KETUA BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH
NARKOTIK (BSJD)
IBU PEJABAT POLIS DAERAH PADANG BESAR PERLIS


Bertukar ke

MANTAN KETUA POLIS BALAI PADANG BESAR
IBU PEJABAT POLIS DAERAH PADANG BESAR PERLIS






7

“SANJUNGAN BUDI INGATAN ABADI”

- PERTUKARAN PEGAWAI TAHUN 2021 -




INSP. SITI MAZIDA BT MOHD MASRI


INSP SIASATAN / PERUNDANGAN
BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH
IBU PEJABAT POLIS DAERAH PADANG BESAR
PERLIS

Bertukar ke


INSP PERLESENAN
BAHAGIAN PENGURUSAN
IBU PEJABAT POLIS DAERAH PORT DICKSON
NEGERI SEMBILAN






INSP. IZAHITA A/P ITAM




PEGAWAI PENYIASAT
BAHAGIAN SIASATAN JENAYAH
IBU PEJABAT POLIS DAERAH PADANG BESAR
PERLIS


Bertukar ke


INSP. POLITIK
CAWANGAN KHAS
IBU PEJABAT POLIS DAERAH PADAWAN
SARAWAK





INSP. NABILAH BINTI MOHD AMIN


INSP. PERKHIDMATAN
BAHAGIAN PENGURUSAN
IBU PEJABAT POLIS DAERAH PADANG BESAR
PERLIS

Bertukar ke

INSP. KEBAJIKAN/PERKEP
BAHAGIAN PENTADBIRAN
JABATAN PENGURUSAN
IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN
PERLIS





8

DARI MEJA JENAYAH
AKU SEORANG PEGAWAI PENYIASAT





Oleh: Insp. Muhamad Aidil Syufi bin Mustafa


Pegawai Penyiasat atau lebih juga
selalu dikenali dengan panggilan
‘IO’ iaitu ‘Investigation Officer’
terdiri daripada Pegawai Kanan Po-
lis berpangkat dari Inspektor dan ke
atas, manakala Penolong Pegawai
Penyiasat atau lebih dikenali
dengan ‘AIO’ iaitu ‘Assistant Investi-
gation Officer’ pula ialah pegawai
polis yang berpangkat dari Sarjan
dan ke atas. Tugas-tugas IO dan AIO
adalah menyiasat kes yang dirujuk
kepada mereka dengan membuka
kertas siasatan, mengumpul bukti
berkaitan kes dan juga melengkap-
kan kertas siasatan itu sebelum diru-
juk kepada Timbalan Pendakwa
Raya. Selain itu, IO dan AIO juga
hendaklah mengendalikan barang
kes, menuduh saspek di mahkamah,
hadir perbicaraan selain dari men- IO sedang meneliti kertas siasatan beliau
jalankan tugas-tugas yang lain.




Jawatan ini sangat-sangat memer-
lukan kekuatan mental kerana harus
memberikan komitmen yang tinggi
dalam menyelesaikan sesuatu kes
berlandaskan undang-undang supa-
ya kertas siasatan itu yang diru-
juk adalah kertas siasatan yang
berkualiti. ‘IO’ dan ‘AIO’ juga meru-
pakan jawatan yang memberikan
tekanan yang tinggi kerana perlu
juga berhadapan dengan pengadu,
keluarga pengadu, OKT (Orang Kena
Tangkap), keluarga OKT, Timba-
lan Pendakwa Raya dan juga
semua pihak yang berkepentingan
samada secara langsung atau tidak
langsung terlibat dalam sesuatu sia-
satan seperti doktor, saksi-saksi
bebas, pemilik premis, majikan mere-
ka dan juga orang awam yang lain.






AIO sedang meneliti kertas siasatan beliau




9

Tekanan ini ditambah lagi dengan siasatan kes yang juga perlu disiasat secara serentak dengan kes-
kes lain dan bukan seperti yang dipaparkan di kaca televisyen yang mana siasatan hanya menjurus
kepada satu kes sahaja sehingga selesai dan berakhir dengan senarai para pelakon.

Makan dan tidur kebanyakan hanya di pejabat. Makan tak teratur, tidur tak menentu, itu semua
adalah asam garam yang harus ditempuhi oleh seorang ‘IO’ dan ‘AIO’. Masa yang diluangkan di pe-
jabat melebihi masa di rumah. Pejabat tempat bertugas seperti rumah pertama. Pengorbanan ini ada-
lah demi memastikan setiap kes yang sedang disiasat itu dapat dilengkapkan.

Sungguhpun begitu, tanggungjawab terhadap keluarga dan agama tidak pernah diabaikan. Walau-
pun tugas ‘IO’ dan ‘AIO’ nampak ‘gah’ dan hebat namun beban tugasnya hanya Tuhan saja yang ta-
hu. Pokoknya, ‘IO’ dan ‘AIO’ merupakan tulang belakang dan tunjang penting didalam PDRM yang
semestinya harus dihormati dan disanjungi.



































































Antara gambar Penolong Pegawai Penyiasat yang sedang memeriksa eksibit atau barang kes





10

B A H A G I A N S I A S A T A N J E N A Y A H N A R K O T I K
DADAH MUSUH UTAMA NEGARA

Memupuk dan memberi kesedaran kepada ibubapa, masyarakat dan
pelajar
Oleh: ASP. Norazman bin Md. Ali


ISU penyalahgunaan dan penagihan dadah
masih menjadi masalah utama di negara ini
yang boleh mendatangkan impak negatif
kepada kesihatan fizikal, mental serta
tingkah laku seseorang.

Walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan
oleh pihak berwajib untuk menangani isu ini,
namun saban hari kes-kes berkaitan
penyalahgunaan dan penagihan dadah masih
dilaporkan di media-media arus perdana.
Persoalan timbul seperti apakah usaha-
usaha yang dijalankan oleh pihak
penguatkuasa kurang berkesan atau
mungkinkah wujudnya kelompangan dalam Dadah jenis syabu atau methamphethamine
kalangan masyarakat dalam mendepani isu
ini?

Trend perubahan penagihan dadah daripada
jenis konvensional seperti heroin dan ganja
kepada dadah jenis sintetik (Amphetamine
Type Stimulus, ATS) menjadi cabaran utama
dihadapi pada masa kini dalam usaha
membanteras ancaman dadah di negara ini.
Berikutan penggunaan dadah jenis sintetik
akan mendatangkan kesan lebih buruk
kepada individu termasuk masalah
kecelaruan mental, sifat agresif dan akhirnya
mendorong kepada perbuatan jenayah.

Selain itu, kesedaran diri remaja penting
untuk menjauhi najis dadah. Kesedaran diri
ini penting untuk membentuk minda yang Dadah jenis ganja mampat yang berjaya dirampas
positif agar sentiasa membuat sesuatu dengan
pemikiran yang rasional. Mereka hendaklah Oleh sebab itu, kesedaran dalam diri amat penting.
sentiasa diberikan ingatan tentang Mereka perlu tahu membezakan yang baik dengan
pentingnya kehidupan pada masa hadapan. yang buruk. Tidak perlu mengikut telunjuk kawan
Remaja kini terlalu terdedah dengan kerana 'ikut hati mati ikut rasa binasa'. Rakan yang
pergaulan sosial yang tidak sihat seterusnya berkualiti juga adalah tunggak dalam membantu diri
menjerumuskan mereka ke dalam kancah remaja menjadi berkualiti juga.
penyalahgunaan dadah ini.


Kesimpulannya, semua pihak termasuk ibu bapa,
guru, masyarakat mahupun kerajaan perlu
berganding bahu memerangi gejala penyalahgunaan
dadah ini. Oleh itu, marilah kita bersama-sama
berusaha memerangi dadah kerana dadah adalah
musuh utama negara dan dadah boleh meruntuhkan
keharmonian dan institusi kekeluargaan serta
kesejahteraan dan perpaduan negara.







11

OP DIDIK BSPTD

MEMUPUK DAN MEMBERI KESEDARAN KEPADA IBUBAPA, MASYARAKAT DAN PELAJAR TER-
HADAP KESALAHAN TRAFIK DAN LALULINTAS.

Op Didik adalah satu operasi khas berkonsepkan advokasi dan
juga penguatkuasaan, digabungkan untuk memberi kesedaran
dan juga mengatasi salah laku trafik oleh pelajar sekolah yang
banyak menggunakan kenderaan persendirian ke sekolah.

Objektif utama operasi ini adalah memberi kesedaran teruta-
manya kepada ibu bapa dan juga pelajar sekolah, tentang
kepentingan menjaga keselamatan diri semasa berada di jalan
raya sekaligus dapat mengurangkan kadar kemalangan maut
melibatkan pelajar sekolah. Selain dari itu, tujuan lain Op Didik
ini juga untuk memastikan pelajar sekolah sentiasa mematuhi
peraturan dan undang-undang lalulintas serta menerangkan
peranan yang perlu dimainkan oleh sekolah dalam memupuk
dan membudayakan pelajar sekolah supaya mematuhi per-
aturan dan undang-undang semasa di jalanraya.

Sepanjang tempoh tahun 2020 sebanyak empat (4) Op Didik
telah dijalankan di beberapa buah pusat pengajian tinggi dan
sekolah di dalam kawasan pentadbiran polis Padang Besar ber-
banding tahun sebelumnya. Ini adalah kerana negara pada
ketika ini sedang dilanda pandemik Covid-19 serta Perintah Ka-
walan Pergerakan (PKP) telah dikuatkuasakan untuk
mengekang wabak tersebut.

Selain itu, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) yang dilantik di
setiap sekolah mampu untuk memantau dan mengadakan per-
jumpaan dengan Pengetua bersama semua guru sekolah dan
membincangkan masalah berkaitan pelajar. Dengan adanya
pemantauan sedemikian, masalah–masalah yang berlaku dapat
diambil tindakan dengan sewajarnya dari masa ke semasa.












Diantara kesalahan utama yang sering dilakukan oleh pelajar
sekolah adalah seperti memandu tanpa lessen yang sah, tidak me-
makai topi keledar semasa menunggang, cukai jalan tamat tempoh
dan ubahsuai kenderaan. Kesemua kealahan ini yang telah diambil
tindakan saman oleh polis adalah lebih kepada mendidik ibu bapa
tentang pentingnya anak-anak mereka untuk mematuhi undang-
undang semasa menunggang motorsikal.

Namun, setiap operasi yang akan dilaksanakan akan dimaklumkan
terlebih dahulu kepada Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) dan
Pengetua sekolah. Sesi advokasi akan diadakan di setiap sekolah
untuk memberi kesedaran dan kepentingan mematuhi peraturan
jalanraya kepada pelajar-pelajar.









12

Memetik satu kenyatan yang dipaparkan
dalam Sinar Harian pada 14 Jan 2020, Ketua Polis
Perlis, YDH. Dato’ Surina Saad berkata pihak polis
trafik boleh menjalankan tugas mereka dimana-
mana sahaj kerana itu adalah tugas dan dalam
bidang kuasa polis setelah mendapat kebenaran
daripada pihak pengurusan sekolah.









































































Antara cara semakan saman polis melalui SMS:

Taip POLIS SAMAN <jarak> No. Kenderaan @ No.
Kad Pengenalan dan hantarkan ke 15888





13

LAWATAN KETUA POLIS PERLIS KE SEMPADAN

MALAYSIA—THAILAND


18hb Februari yang lalu, Ketua Polis Perlis iaitu YDH. SAC. Dato' Surina Saad, telah membuat satu
lawatan kerja ke sempadan Malaysia - Thailand, yang bertujuan untuk melihat dengan sendiri
bagaimana kawalan keselamatan di pintu masuk utama negara. Beliau yang tiba sejurus selepas itu
telah menandatangani buku lawatan IPD Padang Besar yang telah disediakan.































































YDH. Dato’ Surina Saad, Ketua Polis Perlis (duduk) menandatangani Buku Lawatan IPD Padang Besar sambil disaksikan oleh
Ketua Polis Daerah Padang Besar, YDH. Supt. Saifudin Aslin (kiri) dan Timbalan Ketua Polis Daerah, YDH. DSP. Shahrim bin
Azhar (kanan)




14

Beliau telah diiringi oleh Ketua
Polis Daerah Padang Besar,
YDH. Supt. Saifudin Aslin bin
Hj. Abbas serta Timbalan Ket-
ua Polis Daerah Padang Besar,
YDH. DSP. Shahrim bin Azhar
dan beberapa pegawai kanan
IPD Padang Besar, semasa se-
dang membuat lawatan serta
pemeriksaan di laluan kereta-
pi KTMB dan tempat simpanan
kontena yang diuruskan oleh
syarikat Multimodal Freight
Sdn. Bhd.





YDH. Dato’ Surina Saad meninjau keadaan pagar sempadan yang dipenuhi semak
samun dan kelihatan usang





























YDH. Dato’ Surina Saad mendengar taklimat operasi KTMB di sempadan oleh
Ketua Polis Bantuan KTMB, DSP. Zahar Rahman












YDH. Dato’ Surina Saad melihat sendiri pos yang
digunakan oleh anggota Pasukan Gerakan Am
(PGA) ketika bertugas di kawasan pagar milik
KTM (gambar atas)



YDH. Dato’ Surina Saad bertukar pandangan
tentang isu keselamatan di sempadan bersama
Ketua pegawai Eksekutif (CEO) En. Mohamad
Rani Hisyam Samsudin dan Ketua pegawai
Eksekutif (CEO) En. Mohd Hasdey Yaakob





15

LAWATAN KERJA OLEH TIMBALAN PENGARAH

JABATAN SIASATAN JENAYAH (JSJ) (FORENSIK &
PERANCANGAN STRATEGIK)



Pada 21 Mac, IPD Padang Besar telah menerima
satu lawatan rasmi oleh Timbalan Pengarah Jab-
atan Siasatan Jenayah (Forensik/Perancangan
Strategik) Bukit Aman, YDH. DCP Ahmad Taufik
Abdullah yang juga ahli jawatankuasa penye-
diaan kertas kerja berkaitan keluar masuk ken-
deraan persendirian awam Malaysia ke Thai-
land.

Beliau yang diiringi oleh Penolong Pengarah D4
(CCIU/ Rekod), YDH. ACP. Noor Delhan bin
Yahya serta beberapa pegawai kanan yang lain
itu telah disambut mesra oleh Ketua Polis Dae-
rah Padang Besar, iaitu YDH. Supt. Saifudin
Aslin bin Abbas, Timbalan Ketua Polis Daerah, Ketua Polis Daerah Padang Besar (kiri) bersama Timbalan
YDH. DSP. Shahrim bin Azhar serta beberapa Pengarah JSJ (Forensik&Perancangan Strategik) (duduk) dan
pegawai kanan polis IPD Padang Besar dalam Penolong Pengarah D4 (kanan)
satu majlis yang ringkas. Antara agenda
lawatan kerja itu ialah bagi meninjau kawa-
san persempadanan Malaysia- Thailand yang
menjadi pintu keluar masuk utama bagi kedua-
dua negara. Taklimat berkenaan kawasan
sempadan dan pintu masuk melalui ICQS Pa-
dang Besar dan ICQS Wang Kelian telah disam-
paikan sendiri oleh Ketua Polis Daerah Padang
Besar.

Selepas taklimat balas disampaikan oleh YDH.
DCP. Ahmad Taufik, beliau bersama delegasi
lawatan serta semua pegawai IPD Padang
Besar yang hadir terus bergerak membuat lawa-
tan ke semua kawasan pintu sempadan Ma-
laysia-Thailand sebelum lawatan tersebut be-
rakhir di Pondok Polis Wang Kelian.


























Timbalan Pengarah melawat ke kawasan sempadan dan Pon-
dok Polis Wang Kelian.




16

PERHIMPUNAN SAMBUTAN HARI POLIS KALI YANG KE-
214 TAHUN DISAMBUT BERBEZA.



Sambutan Peringatan Hari Polis ke-214 ber- Ketua Polis Daerah Padang Besar, YDH. Supt.
tempat di Dewan Pavilion IPD Padang Besar, 25 Saifudin Aslin bin Hj. Abbas turut membacakan
Mac lalu yang bertemakan 'Polis dan Masyara- amanat dan pesanan oleh Ketua Polis Negara. Be-
kat Berpisah Tiada', terasa berbeza kerana liau juga turut menyampaikan 'Sijil Penghargaan
diadakan dalam suasana yang mematuhi Ketua Polis Daerah Padang Besar kepada tetamu
prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan jemputan diatas segala sokongan mereka terhadap
Majlis Keselamatan Negara (MKN). Namun be- aktiviti dan program anjuran IPD Padang Besar.
gitu, suasana kemeriahan tetap dirasai apabila
majlis dipenuhi 'warna—warna keunguan baju .
yang dipakai ahli Persatuan Keluarga Polis
(PERKEP) IPD Padang Besar selain kehadiran
tetamu yang dijemput untuk bersama-sama
memeriahkan majlis.


































Semua Ketua Bahagian bergambar kenangan bersama YDH. Ketua Polis Daerah

Warga IPD yang bertungkus–lumus
dalam penugasan sepanjang tahun
2020 turut menerima Sijil Pengiktira-
fan Anugerah 'Employee of the Year
2020’ beserta Plak cenderamata
iringan Ketua Polis Daerah Padang Be-
sar. Bagi kategori Pegawai Kanan Polis
(PKP) ianya telah dimenangi oleh Insp.
Muhammad Husyairi bin Musa mana-
kala Kpl. Hasnizan bt. Ab Rahman bagi
kategori Pegawai Rendah Polis (PRP)
dan bagi kategori pegawai awam pula
telah dimenangi oleh En. Ahmad
Tarmidzi bin Hasan.



Penerima sijil anugerah ‘Employee of the Year 2020’ bagi kategori Pegawai
Kanan Polis





17

Beliau turut juga
menyampaikan sijil
Anugerah Integriti
Polis Diraja Malaysia
(PDRM) Peringkat
Kebangsaan 2021 kepa-
da En. Wan Mohd Asy-
raf bin Wan Azmi yang
memenanginya ditem-
pat kedua.

Ianya me rup ak an
pengiktirafan tertinggi
kepada warga polis ser-
ta kakitangan awam
yang menunjukkan
tahap pencapaian in-
tegriti terbaik.





Penerima sijil tempat kedua, Anugerah Integriti Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Ke-
bangsaan 2021, En. Wan Mohd Asyraf bin Wan Azmi.
























Penerima sijil anugerah ‘Employee of the Year 2020’ bagi kate- Penerima sijil anugerah ‘Employee of the Year 2020’ bagi
gori Pegawai Awam. kategori Pegawai Rendah Polis
























Sesi penyampaian 'Surat Penghargaan' Ketua Polis Daarah dan
cenderamata kepada pesara polis, En. Ramli bin Bidin, yang
baru sahaja menjalani persaraan. Antara penerima sijil penghargaan Ketua Polis Daerah Pa-
dang Besar bagi kategori orang awam.




18

PESARA PDRM: JASA BAKTIMU SENTIASA AKAN

DIKENANG


Padang Besar, 25 Mac 2021 -
B e rs e mp e n a d e n ga n H ar i
Peringatan Polis yang ke-214, IPD
Padang Besar telah menganjurkan
satu program 'Ziarah Pesara PDRM'
yang menetap di dalam Daerah Pa-
dang Besar, disini, petang semalam.

Program ini bertujuan untuk
meluahkan rasa penghargaan
pasukan kepada mereka — mereka
yang telah menyumbangkan jasa
dan khidmat bakti kepada pasukan
dan kini telah menjalani persaraan.

Selain itu, kunjungan ini juga ber-
tujuan untuk mengambil tahu ke-
bajikan dan keperluan yang boleh
dibantu oleh pasukan selain dari YDH. Supt. Saifudin melihat gambar kenangan di dinding
merayakan hari yang bermakna ini rumah salah seorang pesara polis yang dikunjungi
bersama-sama mereka.

Antara yang hadir pada program ini
ialah Ketua Polis Daerah Padang
Besar, YDH. Supt. Saifudin Aslin bin
Hj. Abbas, Timbalan Ketua Polis
Daerah Padang Besar, YDH. DSP.
Shahrim bin Azhar serta beberapa
orang pegawai kanan polis.

Turut hadir pada program ini ialah
Pengerusi PERKEP IPD Padang Be-
sar, YBhg. Pn. Zamrah bt Mustafa,
Naib Pengerusi PERKEP IPD Padang
Besar, YBhg. Pn. Fazlynda binti
Fadzil serta beberapa ahli PERKEP
IPD Padang Besar.


Titipan doa buat penerima sumbangan agar sentiasa diberi
kekuatan meneruskan kelangsungan hidup.



















YBhg. Pn. Zamrah menyerahkan
sumbangan kepada pelajar asnaf





19

Pada kunjungan ini, sebanyak (3) buah rumah telah diziarahi dimana (2) buah rumah itu merupakan
pesara polis yang mempunyai masalah kesihatan dan (1) buah rumah merupakan anak pesara yang
juga menghadapi masalah kesihatan. Antara sumbangan yang telah disampaikan kepada mereka ialah
berupa makanan asas, buah-buahan, sumbangan berbentuk kewangan serta keperluan lain yang di-
perlukan oleh mereka. Kunjungan dan lawatan ke rumah para pesara yang lain di dalam Daerah Pa-
dang Besar akan dilaksanakan secara beperingkat-peringkat bermula dari 25 Mac 2021.

Semoga mereka sentiasa kekal tabah dan cekal mengharungi hari - hari kehidupan yang akan
mendatang.







1 2



















3 4



















Gambar 1: YDH. Supt. Saifudin,
DSP. Shahrim dan ASP Norhayati 5
bergambar bersama pesara polis.

Gambar 2:Pengerusi PERKEP IPD
Padang Besar, YBhg. Pn. Zamrah bt
Mustafa beramah mesra bersama
isteri pesara

Gambar 3: YDH. Supt. Saifudin ber-
bual bersama pesara lain yang hadir. Pe

Gambar 4: Titipan doa agar nilai ke-
baikan ini mendapat keberkatan dari
Allah SWT.

Gambar 5: Sebagai tanda penghorma-
tan dan penghargaan, YDH. Supt.
Saifudin menerima tabik hormat da-
ripada pesara polis.




20

KEMBARA MASJID - JOM SUBUH SEMPENA PERINGATAN

HARI POLIS KALI YANG KE-214 TAHUN




ungan yang baik dengan ahli khari-
ah. Program ini juga mampu men-
jadi sebagai suatu wadah untuk
masyarakat mendekatkan diri
dengan PDRM dan seterusnya beker-
jasama agar penyaluran maklumat
menjadi mudah sekaligus mampu
mengekang perbuatan jenayah.








Sesi bergambar Ketua Polis Daerah Padang Besar bersama Ahli Jawatan Kuasa
Majid dan Pegawai-pegawai yang hadir

Beseri Dalam, 26 Mac - Program High Profile
Policing Kembara Masjid yang dianjurkan
oleh IPD Padang Besar kali ini mempunyai
kelainan kerana program kali ini mengajak
ahli masyarakat dan warga IPD Padang Besar
untuk sama- sama mengimarahkan dan me-
menuhkan saf solat subuh dalam misi 'Jom
Subuh' yang telah diadakan di Masjid Jan-
natul Naim, Kg. Beseri Dalam, dekat sini awal
pagi tadi.

Pada program itu, Ketua Polis Daerah Padang
Besar, YDH. Supt. Saifudin Aslin bin Hj. Abbas
hadir diiringi timbalannya, YDH. DSP. Shahrim
bin Azhar. Jelas kelihatan ramai warga IPD
Padang Besar hadir memenuhkan saf masjid
disamping kehadiran jemaah masjid yang lain.

Turut hadir pada program itu tadi ialah YB.
Tuan Ruzaini bin Rais, ADUN Beseri, YB. Tuan
Azizan bin Sulaiman, ADUN Santan serta Ket-
ua Pegawai Eksekutif MAIPS sendiri iaitu
YBhg. Tuan Haji Mohd Nazim bin Haji Mohd YDH Ketua Polis Daerah Pdang Besar menyerahkan cenderahati
kepada Pengerusi Masjid
Noor yang menyampaikan khutbah
subuh berkaitan intipati 'keikhlasan'. Me-
metik khutbahnya, jika kita berbuat sesuatu
perkara amal yang baik, janganlah menjadi-
kan jantung hati kita untuk bersangkut
dengan pujian manusia ataupun kejian manu-
sia sepertimana terjemahan maksud hadis;

"Apabila manusia melakukan amal dengan
penuh keihklasan, tidaklah dia merasakan
gembira dengan pujian manusia dan tidaklah
dia merasa sedih dengan kejian manusia". Para Jemaah yang hadir mendengar kuliah subuh yang disampaikan
Program yg julung kali diadakan ini bertujuan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs YBhg Tuan Haji Mohd Nazim
untuk mendekatkan IPD Padang Besar bin Haji Mohd Noor
dengan masyarakat serta menjalinkan hub- “ POLIS DAN MASYARAKAT BERPISAH TIADA”



21

PENYAMPAIAN SUMBANGAN ‘BACK TO SCHOOL’






























Insp. Abdul Latiff sedang menyerahkan sumbangan kepada pelajar asnaf
Padang Besar, 18 Jan. 2021: Hari ini IPD Padang Besar telah melaksanakan Program Back To School
Anak Asnaf 2021. Program ini merupakan penyampaian sumbangan keperluan asas persekolahan
kepada anak-anak asnaf didalam kawasan pentadbiran IPD Padang Besar. Seramai (15) orang anak
asnaf telah dipilih untuk menerima kelengkapan asas persekolahan dan sedikit wang tunai. Ketua
Polis Daerah Padang Besar, YDH. Supt. Saifudin Aslin bin Hj. Abbas berkata, “Sepatutnya saya dan
Timbalan hadir program ini tetapi disebabkan kami ada membuat tugasan lain yang lebih penting”.




Program ini disempurnakan oleh
ASP Norhayati bt Ahmad, Ketua
Bahagian Pengurusan Daerah,
ASP Shamsuddin bin Ali; Ketua
Polis Balai Padang Besar, Insp.
Abd Latif bin Abd Hakim,
Pemangku Ketua Bahagian
Pencegahan Jenayah dan Kesela-
matan Komuniti, Insp. Rosli bin
Said; Insp. Pentadbiran me-
rangkap Pengerusi Surau IPD Pa-
dang Besar, Insp Siti Mazida bt
Mohd Masri; Ketua Amanita IPD
Padang Besar, SM Zaruddin bin
Othman; KPB Kaki Bukit, Sjn
Noorliza bt Abu Kassim; Caw. Ke-
bajikan, Sjn Baderulhisham bin
Abu Hassan; Timbalan Ketua Polis
Balai Beseri serta Ustaz Wan Mohd
Asyraf (BAKA IPDPB) serta be-
berapa orang anggota dari IPD
Padang Besar.













22

Program yang berkonsepkan jalinan polis dan masyarakat ini telah berjalan dengan baik dan
mendapat sambutan yang baik dalam kalangan masyarakat dan juga pegawai polis di IPD Padang
Besar.



1



Gambar 1: Sjn. Badrulsham
(Timbalan Ketua Balai Polis Beseri)
turut menyampaikan sumbangan
kepada pelajar sambil disaksikan
oleh KBPD, ASP. Norhayati.

Gambar 2: Insp. Rosli juga mengam-
bil tempat untuk menyerahkan sum-
bangan kepada pelajar.

Gambar 3: Insp. Abdul Latif menye-
rahkan sumbangan kepada pelajar
sambil disaksikan oleh KBPD, ASP.
Norhayati.

Gambar 4: Sjn. Norliza (Sjn. Keba-
jikan) yang merupakan tulang
belakang bagi program ini dan
juga dibantu oleh Ustaz Wan
Mohd Asyraf dari BAKA IPD Padang
Besar.







2 3






















4























23

PETUGAS BARISAN HADAPAN IPD PADANG BESAR
TERIMA SUNTIKAN VAKSIN.
































YDH. SAC. Dato’ Surina Saad hadir untuk memantau pelaksanaan Program
Vaksinasi Covid-19 Kebangsaan kepada warga PDRM Perlis.

Pada 08hb Mac 2021 di Dewan Serbaguna, Ibupejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis telah diadakan pro-
gram pemberian Suntikan Vaksin Covid-19 (Fasa 1) kepada semua petugas barisan hadapan, peringkat
Kontinjen Perlis. Timbalan Ketua Polis Perlis, YDH. ACP. Baderulhisham Bin Baharudin, mendahului
senarai penerima suntikan Vaksin Covid-19 diikuti oleh Ketua -Ketua Jabatan IPK Perlis.

Program yang diberikan secara berperingkat (4 fasa) bermula dari tarikh 8 Mac 2021 dan masih dijal-
ankan ini melibatkan sejumlah (864) penerima vaksin yang terdiri daripada pegawai kanan dan ang-
gota Kontinjen Perlis.

YDH. SAC Dato' Surina Saad, Ketua Polis Perlis turut hadir dan meluangkan masa bagi memberi
sokongan moral kepada semua yang terlibat dalam menerima suntikan vaksin tersebut. Jutaan terima
kasih diucapkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Perlis di atas kerjasama yang diberikan.

“LINDUNG DIRI LINDUNG SEMUA”




Timbalan Ketua Polis Daerah
Padang Besar bersama anggota
polis Balai Polis Kaki Bukit dan
anggota IPD Padang Besar
selesai menerima vaksin covid 19.
(gambar kiri)

Timbalan Ketua Polis Daerah
Padang Besar, YDH. DSP. Shah-
rim bin Azhar menerima sunti-
kan vaksin daripada petugas
k e s i h a ta n Ke me n ter i an
Kesihatan Malaysia (KKM).
(gambar kanan)








24

Antara Ketua Baha-
gian IPD Padang
Besar yang meneri-
ma suntikan vaksin
Covid-19 fasa per-
tama.

Dari kiri; ASP. Nora-
zman, ASP. Harni-
zam dan ASP. Shah-
rim.





















(Gambar kiri) - Ketua Polis
Balai Kaki Bukit, SM. Zarudin
bin Othman memegang plakad
‘Saya telah divaksin’ selepas
menerima suntikan tersebut.


(Gambar kanan) - Ketua
BPJKK dan KBSJD, ASP. Azli
dan ASP. Harnizam bergambar
bersama di selepas disuntik
vaksin.





(gambar bawah). Inspektor Mu-
zlifah (tengah) bergambar bersa-
ma anggota Bahagian Siasatan
dan Penguatkuasaan Trafik Dae-
rah (BSPTD) selepas disuntik
vaksin Covid-19.


TAHUKAH ANDA?

Covid-19 telah melanda dunia dan
diisytiharkan sebagai pandemik oleh
World Health Organisation (WHO)
selepas merebak di Bandar Wuhan,
China pada akhir bulan Disember 2019.
Pada akhir Januari 2020, wabak ini
telah dikesan di Malaysia melalui ke-
masukan pelancong dari China yang
tiba dari Singapura. Setakat 14 April
2021, terdapat sebanyak 365,829 kes
yang telah disahkan di Malaysia.







25

KEJAYAAN IPD PADANG BESAR

RAMPASAN DAUN KETUM SEBERAT 1.4 TAN
23 Jun - Sepasukan anggota Task Force IPD Padang Besar yang
sedang membuat rondaan di jalan Kg. Bukit Chabang telah
menemui daun-daun hijau disyaki ketum yang dibalut dengan
plastik lutsinar, berserakan diatas tanah dianggarkan seberat 1.4
tan dimana ianya dilitupi dengan kain kanvas berwarna putih
kelihatan mencurigakan di belakang Bukit Chabang. Selepas
membuat pemeriksaan lanjut di sekeliling kawasan itu dan
tidak menemukan sesiapa, mereka bertindak merampas
sebanyak 47 guni barang kes tersebut dan dibawa balik ke Ba-
hagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah IPD Padang Besar
untuk siasatan dibawah Sek. 30(3) Akta Racun 1952 yang
jika sabit kesalahan, boleh dihukum dengan denda maksimum
RM10 ribu dan penjara maksimum empat tahun.






CUBAAN MENYELUDUP KETUM DIGAGALKAN
21 Jun - Satu cubaan menyeludup daun ketum telah berjaya
ditumpaskan oleh Pasukan Respon Team IPD Padang Be-
s a r , d u a h a r i l a l u .
Menurut fakta kes, selain daripada rampasan daun-daun
hijau disyaki ketum sebanyak 15 guni yang dianggarkan
seberat 570kg itu, pasukan itu juga telah menemui satu pa-
ket plastik lutsinar yang didalamnya terdapat hablur-
hablur kristal dipercayai dadah jenis methamphitamine
atau syabu, dianggarkan seberat 0.38gram. Pada kejadian
tersebut, suspek yang memandu kenderaan jenis Proton
Waja dalam keadaan mencurigakan telah bertembung
dengan pasukan tersebut sebelum suspek ditahan untuk
pemeriksaan. Kes ini disiasat dibawah Sek. 12(2) Akta Da-
dah Berbahaya 1952 kerana memiliki dadah dan juga
Sek. 30(3) Akta Racun 1952.





320KG DAUN KETUM DALAM PROTON ISWARA
18 Jun - Akhir—akhir ini, pelbagai taktik digunakan oleh
penyeludup ketum untuk mengelakkan bahan terlarang itu
dari ditemui oleh pihak berkuasa. Antaranya adalah me-
nyimpan daun ketum di dalam kenderaan yang ditinggalkan
di tempat tertentu sehingga ada peluang yang baik untuk
dibawa ke lokasi penyeludupan atau ke lorong—lorong
tikus. Rondaan oleh MPV IPD Padang Besar pada jam 1.45
tengahari di sebuah lorong di Kampung Kolam telah berjaya
menemui 320 kg daun hijau disyaki daun ketum yang disim-
pan di dalam sebuah kenderaan jenis Proton Iswara.
Kesemua 53 bungkusan daun ketum dan juga kenderaan
berkenaan diserahkan kepada Bahagian Siasatan Je-
nayah Narkotik Daerah untuk siasatan lanjut.










26

WARGA EMAS CUBA SELUDUP DAUN KETUM

Kaki Bukit, 18 Jun 2021: Cubaan seorang warga emas untuk me-
nyeludup daun ketum seberat 100kg gagal apabila saspek ditahan
polis di SJR Kaki Bukit petang tadi. Dalam kejadian jam lebih kurang
pukul 2.05 petang tadi, petugas SJR yang memeriksa kenderaan Nis-
san Sunny berwarna biru yang dipandu oleh saspek telah menemui 10
bungkusan plastik hitam yang berisi daun hijau disyaki daun ketum
di dalam bonet belakang kenderaan tersebut. Saspek seorang warga
tempatan yang berusia 70an ditahan untuk siasatan lanjut. Daun
ketum seberat 100 kg yang bernilai RM5,000.00 dan kenderaan
yang digunakan juga turut ditahan.







DAPUR MEREBUS AIR KETUM DI DALAM HUTAN

PADANG BESAR, 03 Mac – Taktik licik elak diketahui
pihak berkuasa dengan mendirikan khemah merebus air
ketum di tengah hutan belantara hanyalah sia - sia apabi-
la ditemui oleh sepasukan anggota dari Balai Polis Padang
Besar, awal pagi.

Pada kejadian itu, sepasukan anggota ‘Task Force’ Balai
Polis Padang Besar sedang yang melakukan rondaan
mencegah jenayah di kawasan Batu 20, Kg. Tersusun
sebelum mereka curiga dengan keberadaan khemah itu
ditengah hutan. Selepas membuat penelitian, mereka membuat
pemeriksaan di kawasan khemah itu dan telah menemui satu guni
berwarna putih berisi daun-daun hijau disyaki daun ketum dengan
anggaran berat 20kg, 75 bungkusan plastik berisi air disyaki air ke-
tum, 12 botol ubat batuk, 3 buah tong gas, 2 bekas ketulan ais, 2 peri-
uk belanga besar serta 2 dapur memasak yang dipercayai digunakan
untuk memproses air ketum. Kesemua barang – barang tersebut telah
dirampas dan dibawa ke Balai Polis Padang Besar untuk tindakan
lanjut.




DAUN KETUM DITEMUKAN DIBAKAR

Padang Besar, 28 Februari - Sepasukan anggota Task
Force Balai Polis Padang Besar awal pagi semalam telah
menemukan satu karung kain berwarna biru yang dida-
lamnya diisi dengan daun-daun hijau disyaki ketum dengan
anggaran berat 19kg dibawah sebatang pokok dekat Kam-
pung Kubang Tiga, disini.

Pada kejadian itu, mereka turut menemukan sebahagian
daun ketum yang telah dibakar di kawasan rumput berdek-
atan pokok itu. Motif kejadian masih dalam siasatan. Kes ini
akan disiasat dibawah Sek. 30(3) Akta Racun 1952 yang jika
sabit kesalahan, boleh dihukum dengan denda maksimum
RM10 ribu dan penjara maksimum empat tahun.









27

R A M P A S A N P I S T O L D A N P E L U R U T I R U A N
11 Februari - Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah
IPD Padang Besar yang bertindak diatas maklumat telah ke sebuah
rumah tidak bernombor di Kampung Belukar Lenga, Chuping,
Perlis. Setibanya di rumah tersebut polis telah mengetuk pintu rumah
dan dibuka oleh seorang lelaki. Pihak polis kemudian meminta lelaki
tersebut memperkenalkan diri sebelum membuat pemeriksaan
didalam rumah. Hasilnya, mereka menemukan sepucuk pistol
berwarna silver yang dipercayai pistol tiruan dan (5) butir kelongsong
peluru berwarna silver, sebilah parang serta sebatang besi panjang
yang dipercayai digunakan semasa kejadian pergaduhan baru-baru
ini. Pihak polis kemudian telah membuat semakan rekod kesalahan
lampau keatas suspek dan mendapati suspek mempunyai 1 Rekod
Kesalahan Jenayah Lampau dibawah Sek. 15(1)(a) Akta Dadah Ber-
bahaya 1952 dan 1 kesalahan jenayah yang telah dijatuhkan hukuman
dibawah Sek. 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan tindakan
khianat.








RAMPASAN DAUN KETUM OLEH UNIT KERETA PERONDA (MPV)
9 Februari — Satu rampasan daun ketum dilaksanakan oleh anggota Ca-
wangan Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar,
dimana anggota terbabit sedang menjalankan tugas rondaaan dikawa-
san Kaki Bukit telah terserempak dengan sebuah kereta jenis Nissan Al-
mera dalam keadaan mencurigakan. Mereka bertindak mengejar ken-
deraan tersebut namun pemandu kereta tersebut bertindak lebih awal
dengan melarikan diri dan meninggalkan kenderaan di tepi jalan kawa-
san Tasoh, Kaki Bukit, Perlis. Hasil pemeriksaan polis didalam kereta
tersebut telah menjumpai (50) plastik hitam didalamnya mengandungi
daun-daun disyaki ketum dengan anggaran berat 500kg bernilai
RM15,000. Polis bertindak merampas kesemua barang kes untuk tindakan
siasatan dibawah Sek.30 (3) Akta Racun 1952 yang jika sabit kesalahan
boleh dijatuhkan hukuman denda maksimum RM10 ribu dan penjara
maksimum empat tahun.






SEMBUNYI AIR KETUM DALAM TANAH
"Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga"
mungkin sesuai untuk seorang lelaki berusia 23 tahun apabila
dia ditahan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah
Narkotik Daerah IPD Padang Besar. Serbuan yang dilakukan ke
atas rumahnya di kawasan Bukit Chabang telah menemukan
(40) bungkusan plastik lutsinar yang dipercayai mengandungi
cecair disyaki air ketum, ditanam di dalam tanah di tepi rumah
saspek. Saspek mengaku kesemua bungkusan tersebut miliknya.
Hasil siasatan mendapati saspek juga menanam (1) peti sejuk lama
di dalam tanah bagi menyimpan bungkusan air ketum yang hen-
dak dijual. Taktik ini adalah untuk mengelakkan dari dikesan
pihak berkuasa. Kesemua barang kes termasuk saspek telah
dibawa balik ke IPD Padang Besar untuk tindakan lanjut.











28

MESYUARAT AGUNG PERKEP IPD PADANG

BESAR KALI KE-28



Padang Besar, 19 Mac- Mesyuarat Perkep IPD Padang Besar yang bermula pada petang semalam telah
berlangsung dengan jayanya bertempat di Dewan Pavillion IPD Padang Besar. Ketua Polis Daerah
Padang Besar, YDH. Supt. Saifudin Aslin bin Abbas yang hadir pada majlis itu telah menyampaikan
ucapannya seterusnya merasmikan mesyuarat yang dihadiri oleh seluruh warga PERKEP IPD Padang
Besar itu.

Pengerusi PERKEP IPD Padang Besar, Ybhg. Pn. Zamrah Bt. Mustafa turut menyampaikan ucapta-
manya pada majlis itu. Majlis diteruskan dengan pemberian cenderahati sebagai kenangan kepa-
da ahli persatuan sebelum Mesyuarat Agung PERKEP IPD Padang Besar dimulakan.


































Gambar atas dari
kiri:DSP. Shahrim
bin Azhar, YDH.
Supt. Saifudin
Aslin bin Abbas,
YBhg. Pn. Zamrah
Bt. Mustafa, Ybhg.
Pn. Fazlynda binti
Fadzil.

Gambar sisi:
Hadirin berdiri
t eg ak u n t u k
menyanyikan lagu
‘Negaraku’
FAKTA:
PERKEP atau
Persatuan Keluar-
ga Polis telah
ditubuhkan sejak
tahun 1969
dengan nama
sebelumnya ada-
lah ‘Women Police
Institute’ atau
‘Perkumpulan
Kaum Ibu Polis’






29

PERKEP IPD PADANG BESAR 'TAWAN’ PUNCAK

WANG KELIAN



Wang Kelian, 27 Mac 2021 - PERKEP
IPD Padang Besar pagi ini telah
mengadakan program PERKEP
Morning Walk & Kempen Cegah
Jenayah Sempena Peringatan Hari
Polis KE-214 di Wang Kelian View-
point.

Program yang dihadiri oleh YBhg.
Puan Zamrah binti Mustafa
Pengerusi PERKEP IPD Padang Be-
sar, bersama-sama YBhg. Puan
Fazlynda binti Fadzil Naib
Pengerusi PERKEP IPD Padang Be-
sar serta ahli-ahli PERKEP yang lain
telah dimulai seawal 0645 hrs.

Objektif program adalah untuk
mengeratkan hubungan diantara
ahli-ahli PERKEP IPD Padang Besar
disamping sebagai salah satu ak-
tiviti riadah bagi menggalakkan
gaya hidup sihat bagi ahli PERKEP.










Antara foto yang diambil di Puncak ‘view point’ Wang
Kelian sebagai kenangan manis ahli PERKEP IPD Padang
Besar (Gambar atas)

Foto Insp. Nabila memberikan sedikit penerangan
berkenaan risalah yang diedarkan kepada pengunjung.
(Gambar kiri)



Sempena Peringatan Hari Polis ke-214 yang jatuh
pada 25 Mac 2021, peserta program juga
mengambil kesempatan mengedarkan risalah
berkenaan pencegahan jenayah dan juga pelitup
muka kepada pengunjung-pengunjung yang
hadir.

PERKEP IPD Padang Besar akan terus mengatur
dan menganjurkan program-program yang ber-
faedah bagi mengeratkan lagi ukhwah antara
ahli-ahli PERKEP di masa akan datang.









30

Semua ahli PERKEP yang hadir telah berjalan sejauh 3 kilometer bermula dari check point Kaki Bukit sehingga sampai
ke View Point, Wang Kelian.






























Gambar kiri: Penerangan risalah yang
diedarkan kepada pengunjung.

Gambar tengah: Insp. Aliza bergambar
bersama Sjn. Rozita di hadapan rep-
lika tiang penunjuk arah.

Gambar kiri: YBhg. Pn. Zamrah bt.
Mustafa, Pengerusi PERKEP IPD Pa-
dang Besar.




31

KUNJUNGAN & SUMBANGAN PERKEP IPD PADANG

BESAR KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN





Padang Besar, 25 Mac 2021 — Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) IPD Padang Besar telah
menganjurkan satu Program Kunjungan & Sumbangan PERKEP IPD Padang Besar kepada Petugas
Barisan Hadapan bersempena Peringatan Hari Polis Yang Ke-214.

Program Kunjungan & Sumbangan yang tersebut telah diketuai oleh Pengerusi PERKEP IPD Padang
Besar iaitu YBhg Puan Zamrah binti Mustafa, bersama-sama Naib Pengerusi PERKEP, YBhg Puan
Fazlynda binti Fadzil serta (11) ahli PERKEP IPD Padang Besar. Program ini melibatkan Balai Polis,
Pondok Polis, dan Sekatan Jalan Raya (SJR) di sekitar kawasan pentadbiran IPD Padang Besar.

Antara tempat yang dikunjungi adalah Balai Polis Padang Besar, Balai Polis Beseri, Balai Polis Kaki
Bukit, Balai Trafik IPD Padang Besar, Pondok Polis Cuping, Pondok Polis Wang Kelian, SJR AKSEM KM
24,Chuping, SJR AKSEM KM 27,Padang Besar, SJR AKSEM KM 9, Wang Kelian, dan Pos PGA Wang Keli-
an.






YBhg. Pn. Zamrah Bt.
Mustafa, Pengerusi Perkep
IPD Padang Besar menye-
rahkan sumbangan kepa-
da wakil anggota yang
bertugas di pos SJR Aksem
Padang Besar.

Turut kelihatan dalam
gambar ialah Naib
Pengerusi PERKEP IPD
Padang Besar, YBhg. Pn.
Fazlynda binti Fadzil serta
YBhg. Pn. Ratna Dewi.











YBhg. Pn. Zamrah Bt. Musta-
fa, Pengerusi Perkep IPD
Padang Besar menyerahkan
sumbangan kepada wakil
anggota Balai Polis Kaki
Bukit yang bertugas iaitu
L/Kpl Afizah binti Razali
sambil disaksikan oleh Ketua
Polis Balai Kaki Bukit, SM.
Zarudin b. Othman dan Pe-
nolongnya, Sjn. Mohamad
Zaini bin Hashim.














32

PROJEK JUALAN MEMPELAM HARUMANIS OLEH

PERKEP IPD PADANG BESAR




Sepanjang bulan April dan Mei 2021, ahli Perkep IPD Padang Besar telah mengadakan jualan buah
harumanis ke seluruh Malaysia. Harumanis adalah terdiri dari keluarga mempelam yang sinonim
dengan negeri Perlis. Ianya digelar harumanis oleh kerana mengeluarkan aroma yang harum dan
rasanya yang manis menjadi salah satu sajian tradisi di negeri Perlis. Buah harumanis sangat istimewa
kerana musimnya hanya pada setiap bulan April dan Mei sahaja malahan kita hanya dapat menikmati
b u a h i n i s e t a h u n s e k a l i s a h a j a .

Perkep IPD Padang Besar mengambil kesempatan ini untuk memberi peluang kepada semua yang ber-
minat untuk merasai keenakan buah istimewa ini. Buah harumanis ini telah di pilih di kebun, dan di-
proses oleh ahli Perkep IPD Padang sendiri bagi memastikan setiap pelanggan berpuashati dengan
kualiti buah yang diterima.




































































33

TRAVELOG WARGA



MUSIM SEJUK DI NEGARA KOREA










Oleh: Nurul Jannah binti Abdul Rahin
Itinerari Pilihan



Assalammualaikum dan salam sejahtera,
Pengalaman saya sewaktu melancong ke Korea Selatan pada musim sejuk adalah satu perkara yang
tidak dapat saya lupakan. Untuk pengetahuan anda, Korea Selatan adalah antara negara yang
rakyat Malaysia tidak perlu mohon visa untuk masuk ke negara tersebut, hanya perlu bawa passport
jer. Saya ke sana bersama 3 orang lagi kawan, jadi jumlah 4 orang kesemuanya. Kami bercuti selama
12 hari dan sepanjang percutian kami di sana kami tidak menggunakan khidmat agensi pelancongan.
Semuanya kami rancang sendiri dari penerbangan, penginapan, pengangkutan , tempat-tempat
menarik dan sebaginya. Sebelum itu kami dah cuba bertanya dengan banyak jenis agensi pelan-
congan di sana, tapi cas yang dikenakan sangat mahal dan anda juga akan terikat dengan jadual
mereka. Jadi, plan sendiri lebih flexible. So kali ini bukan nak share ‘itinerary’ sangat tetapi lebih
kepada tips jika hendak melancong ke sana.

Pertama, pastikan waktu anda merancang untuk pergi itu samada semasa ‘peak season’ atau tidak.
Pilih musim yang teringin nak rasa at least tidak menyesal nanti. Jangan lupa semak juga kalendar
takut tetiba book flight masa Hari Raya. Hehe. Untuk yang pertama kali, 4 hingga 5 hari tu dah me-
madai. Sebab itu pun dah cukup untuk jelajah seluruh Korea. Kami amik masa yang lama sebab nak
jelajah Busan & Seoul dan ada banyak tempat yang ada dalam wishlist.












































34

Penginapan

Untuk penginapan, kami telah Kat Seoul kami pindah  Sky Island Guesthouse, Busan
memilih untuk tinggal di be- randah 3 tempat. Kami  Xeromine Guesthouse, Itaewon
berapa dah bahagi siap siap tem-  Bong House, Jogno
kawasan yang berbeza dan pat mana nak pi dulu &  KoRuS Guesthouse, Incheon
berhampiran dengan tempat yang mana dapat hadkan
yang hendak pergerakan supaya tak la
dilawati. Kenapa kami memilih asyik berpatah balik. Ha-
untuk tinggal di kawasan yang bis duit kat subway ja
tak sama? Ni saja cara nak nanti. Semua ni recom-
jimat lebihan bajet mended sebab sangatlah
untuk naik subway. Jadi dapat jimat and terbaik. Boleh
lebihkan bajet lain. Macam check Booking.com untuk
mana nak tahu kena stay satu range harga. Berikut ada-
tempat atau banyak tempat ? lah senarai guesthouse
Berbalik kepada plan awal tadi yang kami stay semasa di
jugak itinerary yang hampa Korea. Korus Guesthouse
dah buat. Bila dah siap rangka
kasar hampa, buka la peta Ko-
rea tu. Tanda semua tempat
yang nak pi, tengok district
mana tempat-tempat tu.
Kemudian anda akan tahu ma-
na anda nak tidur. “Remember that
happiness is a
way of travel, not
a destination.” Sky Guesthouse














Bong House
Xeromine Guesthouse
Bas sangatlah bahaya since
Penganggkutan tak semua bas akan buat
pengumuman tempat berhen-
Alhamdulillah dapat rasa ti dan kalau ada pun, bukan
semua jenis pengangkutan dalam English dan bas sanga-
awam di sana (subway, bas, tlah laju pemanduan dia. Ka-
taxi). Subway is the most lau dapat duduk, ok la. Kalau
convenient but plan dulu kena berdiri, habis tunggang
mana anda nak pergi hari langgang. So again, planning
tu. Kami sampai boleh hafal sebelum naik ok. Bas & sub-
dah peta subway ni. So tem- way boleh guna T-Money card.
pat yg dekat, tak perlu naik Macam Touch n’ Go kat Ma-
subway. Jalan kaki sudah. laysia ni. Serius kami spend
Tu je cara bonus utk explore banyak jugak duit untuk
Korea. topup kad ni.











35

Shopping

Too many shopping areas in  Fashion Street, Busan
Korea. Rabak mata, rabak poket. Laluan  Itaewon sepanjang jalan ke Masjid
bawah tanah subway pun ada banyak under-  Namdaemun Market - souvenir, tshirt,
ground shopping shop but kena pandai cari la strawberry
kedai mana yang okay. Ni antara yang rec-  Myeongdong—- souvenir, tshirt,
ommended untuk anda,
Busan Underground Shopping
Gwangbok Road, Busan - cosmetics,


























































Tips
lain


Kalau datang untuk winter, tidak perlu untuk prepare sangat sweater ke jumper ke dari Malaysia. Bet-
ter beli kat sini sahaja, lengkap semua dari dalam sampai luar. Sangatlah murah kat sini especially
Busan & Itaewon. Serious lagi murah daripada Malaysia. Pernah terbayang tak dapat jumper dengan
harga RM 4.00 sehelai di Malaysia ? Winter coat pulak dengan harga RM 30.00 ! Kat Korea banyak
naa!






36

Makanan halal


Makanan halal memang susah dapat
unless korang berada di district yang ada
menawarkan makanan halal atau Kawa-
san berdekatan dengan masjid. So berhati
hati ok. Kami pun bawa jugak bekal dari
Malaysia sebab nak stay lama kan.
Takda la semua makanan Korea, tekak
ni boleh telan kan. Antara kedai ma-
kanan halal yang kami singgah untuk
makan adalah Jacky’s Seafood Restau-
rant, The Halal Guys,Chuncheon Dakgalbi
Street dan Busan Jib Restaurant. Anda
boleh buat carian lain di google sekiranya
hendak tahu lebih banyak tempat-
tempat makanan halal lain di Korea Se-
latan.



































Tahukah
Anda?
Di negara Korea
Selatan, agama
Islam adalah meru-
pakan agama go-
longan minoriti yang
kecil. Komuniti Mus-
limyang ada di
negara ini ke-
banyakkan aktiviti
hanya tertumpu dan
berpusat dikota
Bandar Seould, di
mana masjid per-
tama terbesar pada
abad ke-20 dibina
pada tahun 1976.









37

Bajet Jadi setakat ini sahaja dahulu penulisan
saya, diharapkan penulisan pengala-
man ini dapat membantu anda sekiran-
Memandangkan kami bercuti dalam tempoh yang agak ya anda ingin melancong ke Korea Se-
lama, jadi saya tak dapat nak senaraikan secara terper- latan dan tips yang sama juga boleh
inci pasal bajet. Tapi sekurang-kurangnya saya boleh digunakan untuk mana-mana negara
bagi yang anda hendak pergi. Kalau masih
anda anggaran kasar kalau anda merancang nak ke Ko- keliru lagi nak plan itinerary, ‘Google’
rea. ja sebab banyak blogger yang baik hati
kongsi full terus itinerary mereka. Anda
Sebelum nak tau bajet, anda boleh google dulu semua semua bolehlah buat rujukan dan
tempat yang nak dilawati. Pastikan tahu tiket masuk bandingkan beberapa itinerary
berapa, masa buka dan tutup tempat yang hendak kemudian hasilkan itinerary anda
dilewati & sentiasa check harga tiket penerbangan seawal sendiri.
yang boleh. Sekian dari saya, ‘Annyeong higaseyo’
dan Assalammualaikum.
Untung bagi sesiapa yang tinggal di Kuala Lumpur & ka-
wasan sekitar kerana tak perlu fikir berkenaan flight do-
mestic. Bagi kami yang tinggal di Pulau Langkawi,
terpaksa la tambah bajet untuk flight LGK ke KUL. Jadi ,
untuk kami 4 orang, anggarannya lebih kurang seperti
ini :

Flight (LGK-KUL-PUS, ICN-KUL-LGK)+luggage 30kg =
RM4800,
Guesthouse + Entrance Ticket + Makan + Transportation =
RM8000.

Bajet di atas tidak termasuk shopping. Kalau anda
melancong secara ‘backpackers’ , tidak perlu la ambil lug-
gage. International punya add on luggage ni mahal.
Melainkan Kalau anda merancang untuk pergi beramai-
ramai tiada masalah untuk tambah luggage kerana anda
boleh bahagi sorang sikit.











38

LUAHAN CETUSAN KATA HATI


CIptaan dan karya asal oleh: Dang




Kala suasana pagi Sinaran mentari
Mentari menyinari Menyinar indah lagi
Kelam semalam berlalu pergi Perlahan-lahan jelang meninggi
Indahnya alam ini..... Menceriakan kedinginan pagi
Dinginnya bayu Dalam-dalam ku renungi
Menyapa membelai tubuh ku Ku selami dan ku hayati
Terasa damai selalu Kesegaran alam dinikmati
Tersentuh perasaan ku..... Lelah lesu semalam tak ku rasai
Jernihnya embun Berkudrat lagi sendi-sendi
Singgah menemani dihujung dedaun Masih mampu merentak langkah ini....
Lalu menitis ke akar pepohon Kedamaian oh bahagianya
Perlahan meresap menjadi semangat Berhim- Kenikmatan yang dirasa
pun..... Kurniaan dari yang Maha Esa
Tersusun gunung ganang Lafaz syukur tak terhingga
Serinya langit biru jingga terbentang Jemari ku rapatkan semua
Awan bergantungan asyiknya dipandang Tangan ini ku tadah meminta
Hati tertawan terasa lapang..... Lalu dipanjatkan dalam doa
Terukir senyuman Mengharapkan keberkatan dan bahagia sejahtera
Dengan akan kenikmatan Dikecapi kita bersama-sama
Dalam kemesraan keindahan Dalam melalui mencari berkalan dunia dan disana...
Hati kepada satu kecintaan.....








Seindah Irama Renyaian Hujan Mencurah
Alunan Nada Jiwa Membasahi Bumi Bertuah
Luahan Rasa Cinta Menyatukan Gersang Yang Rekah
Menyelami Sedalamnya Kata..... ~Dedaunan Mulai Terserlah.....
Mencuba Menunaikan Janji Ku Selami Hujan
Setia Masih Ku DiSini Menikmati Sepenuh Perasaan
DiSetiap Sendi-Sendi Membiarkan Membasahi Keseluruhan
Dalam Nikmat Kudrat Ini..... ~Mengharapkan Lenyapnya Sejuta Sesalan.....
Oh Sungguh Keasyikkan Jernihnya Kejernihan Hujan
Mencari Tenang Perasaan Mencurah Dari Langit Kebiruan
Terhanyut Sudah Kegelisahan Oh Sucinya Setiap Titisan
Agar Terubat Rasa Kerinduan..... ~Mengalir Jernih Menjadi Aliran.....
Berbicara Berbisik Sendiri Meresap Ke Akar Kehidupan
Meluahkan Hasrat Impian Diri Nadi-Nadi Semangat Pohon Rantingan
Menggapai Ingin Mengecapi Hingga Bertunas Bijian Yang Berguguran
Indahnya Andai DiMiliki..... ~Setia Menanti Menyambut Sinaran.....
Mendayu-Dayu Sendu Oh Riangnya Rasa Hati
Nada Irama Berlagu Renyaian Mencurah Ku Nikmati
Memujuk Sendiri Rasa Jiwa Ku Syukur Syukur Ku Mensyukuri
Dalam Melayari Waktu-Waktu..... ~Kurniaan Dari Yang Maha Pengasihani.....




Sekiranya anda mempunyai sebarang bakat dalam penulisan tidak kiralah samada puisi, syair, pan-
tun, cerpen atau apa sahaja dan mahu disiarkan, sila hantarkan kepada emel
[email protected] :-)




39

BAHAGIAN AGAMA DAN KAUNSELING(BAKA) IBU PEJABAT POLIS DAERAH PADANG BESAR
SUDUT SANTAPAN ROHANI:


KERJA ITU ADALAH SUATU IBADAH

Oleh: Wan Mohd Asyraf bin Wab Azmi






















































Penyelia memeriksa kenderaan MPV polis sebelum menandatangani buku lawatan tersebut

Bekerja Sebagai Ibadah dapat Meningkatkan Sikap Integriti.

Ia dikemukakan semata-mata untuk memotivasikan kita seterusnya melonjakkan prestasi kerja kita
hingga mencapai ke tahap yang tertinggi dari segi integritinya.Kita sebagai khalifah Allah di muka
bumi yang bersifat sebagai pelaksana dan penegak kepada agama serta bersiyasah dengannya. Kita
memegang sejumlah amanah dan tanggungjawab yang diperintah dan ditaklifkan kepada kita.
Terlalu banyak bentuk pekerjaan yang boleh kita lakukan. Yang penting adalah halal dan tidak
bertentangan dengan Syariat sama ada kita sebagai peniaga, tokoh korporat yang besar, petani,
pekebun, penternak, nelayan, pertukangan, mengambil sebarang upah, penjawat awam, bekerja di
sektor swasta, maka semuanya adalah digalakkan. Begitu juga pembetulan niat setiap kali kita
bekerja biarlah diniatkan kerana mengikut apa yang diperintah oleh Allah.

Maksudnya: “Barangsiapa mencari rezeki halal untuk menjaga diri daripada meminta-minta, dan
dengan tujuan memenuhi nafkah keluarga, serta supaya dapat membantu tetangganya, nescaya dia
akan datang pada hari Kiamat dengan wajahnya yang berseri-seri seperti bulan di malam purnama.”




40

Cabaran dalam Mencapai Integriti

Cabaran dalam melayari kehidupan khususnya ketika menjawat jawatan dalam perkhidmatan sama
ada kerajaan, berkanun atau swasta amatlah banyak. Justeru, bagi menanganinya sudah pasti perlu
mengenali sifat-sifat mazmumah yang menghalang integriti dan diantaranya adalah seperti berikut:

Pertama: Rasuah
Rasuah dijadikan sebagai salah satu jalan pintas seseorang untuk mengecapi kehidupan mewah atau
dengan erti kata lain mahu menjadi kaya dalam masa singkat. Kebiasaannya orang yang melakukan
budaya ini tidak memikirkan kesan buruk yang akan terjadi, sebaliknya mereka hanya memikirkan
keuntungan kepada diri mereka. Sebagai umat Islam, keredhaan dan keberkatan daripada Allah SWT
harus dititikberatkan dalam apa jua urusan. Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan
budaya ini.
Kedua: Khianat


Khianat ialah perbuatan jahat yang bertujuan menganiayai atau mendatangkan kecelakaan kepada
orang lain, melakukan tipu daya, perbuatan belot atau tidak setia sama ada kepada negeri, bangsa
dan lain-lain.Firman Allah SWT: Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu
mengkhianati (amanah) Allah dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah
kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya).

Ketiga: Berdusta atau Berbohong

Ia bermaksud berkata yang tidak benar. Maksudnya: Sesungguhnya kejujuran itu membawa kepada
kebaikan dan sesungguhnya kebaikan membawa kepada syurga. Sesungguhnya (apabila) seseorang itu
melazimkan dirinya dengan kejujuran, nescaya dia akan dikenali sebagai orang yang jujur. Manakala
kedustaan membawa kepada kejahatan dan sesungguhnya kejahatan membawa kepada neraka.
Sesungguhnya tidaklah seseorang itu melazimkan dirinya dengan kedustaan melainkan dia dicatat di
sisi Allah sebagai seorang pendusta.Riwayat al-Bukhari (6094)








Gambar kiri:
Anggota Balai Polis
Beseri memeriksa
buku daftar pelang-
gan di sebuah kedai.

Gambar kanan:
Anggota Balai Polis
Kaki Bukit membuat
pemeriksaan keatas
sebuah kereta yang
melalui SJR.

Tekun dan dedikasi

Itqan (tekun) dalam bekerja bermaksud menyempurnakan atau melaksanakan satu tuntutan
daripada seseorang sebagaimana yang dikehendaki oleh orang tersebut tanpa kurang sedikitpun,
dengan sesempurna mungkin disertai dengan usaha yang kuat agar tidak terlewat daripada waktu
yang telah ditetapkan.

Daripada Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla mencintai seseorang yang apabila dia mengerjakan
sesuatu kerja, dia laksanakan dengan cemerlang.”






41

TALIAN PENTING UNTUK DIHUBUNGI


Click to View FlipBook Version