Analisis
Kajian Kes
Permanis Sdn
Bhd
CARA MENGANALISIS
ANALISIS SOALAN KAJIAN KES : KENAL PASTI KATA KUNCI DALAM SOALAN.
Berdasarkan kes di bawah, bincangkan analisis Strength [Persekitaran Dalaman Organisasi],
Weaknesses [Persekitaran Dalaman Organisasi], Opportunities [Persekitaran Luaran Organisasi],
Threats [Persekitaran Luaran Organisasi] (SWOT) bagi Permanis Sdn.Bhd. [34m]
Fahamkan maksud strength, weaknesses, opportunities , dan threats.
Persekitaran Dalaman Organisasi – yang membantu & melemahkan organisasi, yang
dapat dikawal oleh pihak organisasi.
Persekitaran Luaran Organisasi – yang membantu & mengancam organisasi – yang
tidak dapat dikawal dan di luar kawalan pihak organisasi.
Kajian Kes:
Analisis Permanis Sdn Bhd
Permanis Sdn.Bhd merupakan syarikat minuman ringan kedua terbesar di
Malaysia dan telah bertapak 40 tahun yang lalu. Antara jenama produk minuman
yang dikeluarkan oleh Permanis ialah Sting, Gatorade, Excel8, Kickapoo, dan
Bleu. Permanis juga merupakan pembotol utama bagi minuman keluaran syarikat
PepsiCo, seperti Lipton Ive Tea, Tropicana Twister, Revive, Mountain Dew, dan
7UP. Syarikat Asahi Group dari Jepun yang membeli 100 peratus saham
Permanis pada tahun 2011 telah memberikan fokus kepada kualiti produk di
samping memastikan harga yang kompetitif. Strategi ini telah berjaya
meningkatkan pertumbuhan jualan produk minuman Permanis sebanyak 20
peratus berbanding dengan pasaran sebanyak 5 peratus hingga 10 peratus.
(Kekuatan)
Pasukan pengurusan syarikat diterajui oleh Ketua Pegawai
Eksekutif, ketua Pegawai Operasi,Naib Presiden Rangkaian
Pembekal, Naib Presiden Undang-undang, Naib Presiden
Korporat dan Hubungan, Naib Presiden Sumber Manusia, dan
Naib Presiden Pemasaran dan Pembangunan Produk. Setiap
jabatan menjalankan fungsi masing-masing bagi memastikan misi
syarikat tercapai. (kekuatan)
Pertambahan bilangan pesaing, pengenalan produk baharu,persaingan harga yang sengit,
strategi pemasaran yang agresif, dan kenaikan harga bahan mentah utama, iaitu gula
(Kelemahan) adalah antara cabaran yang perlu dihadapi oleh Permanis (Ancaman).
Namun begitu, Permanis yakin ia akan mencapai misinya untuk menjadi syarikat
pengeluar minuman ringan utama di Malaysia. Bilangan pengguna minuman sedia
diminum (ready-to-drink) di Malaysia masih agak rendah berbanding dengan Singapura
dan Thailand (300 hingga 400 tin per kapita), Amerika Syarikat dan negara-negara
Eropah (800 hingga 1000 tin per kapita) (Peluang). Bagi mengukuhkan jenama dan
melebarkan barisan produk, syarikat telah membuat pelaburan besar bagi meningkatkan
kemudahan perkilangan, pemasaran, dan pengedaran (kekuatan). Keupayaan pengedaran
yang kukuh telah membolehkan hubungan syarikat dengan pelanggan, rakan niaga, dan
pihak berkaitan diperteguhkan (kekuatan). Barisan produk Permanis pula meliputi setiap
kategori minuman sedia diminum dalam pasaran. Langkah ini akan diperkukuh dengan
menambah kategori barisan produk sedia ada dan melabur secara besar-besaran dalam
pemasaran.Terkini, Permanis baru sahaja melancarkan produk baharu minuman kopi
berjenama Wonda (kekuatan).
Bagi merealisasi misinya, Permanis telah melaksanakan strategi menerusi peningkatan kapasiti
pengeluaran syarikat yang kini berjumlah 1 bilion tin minuman berbanding dengan 2 juta tin
sebelum ini.(Kekuatan) (Kelemahan) Ini turut disokong dengan pembinaan dua blok bangunan
pejabat dan gudang simpanan berdekatan dengan kilang mereka di Bangi yang bertujuan untuk
mengurangkan tempoh pusing ganti (kekuatan : kelemahan). Permanis juga mempunyai
sebanyak 42000 buah rangkaian pengedaran termasuklah, restoran KFC, Pizza Hut, dan Tesco
(kekuatan). Selain itu, Permanis mempunyai seramai 1000 orang tenaga kerja di seluruh negara
(kekuatan).
Selain daripada menggunakan teknologi hijau di kilang pengeluaran, Permanis turut
menjalankan tanggungjawab sosial korporat melalui penajaan minuman bagi program-program
sukan. Syarikat turut melaburkan lebih RM1 bilion sejak 40 tahun yang lalu bagi memberikan
peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia secara umumnya (peluang).
Berdasarkan kes di atas, bincangkan analisis Strength , Weaknesses, Opportunities, Threats
(SWOT) bagi Permanis Sdn.Bhd. [34m] STPM (U) 2016
CADANGAN JAWAPAN
Analisis Strength, Weaknesses, Opportunities, Threats (SWOT) bagi Permanis
Sdn.Bhd. Ayat pendahuluan WAJIB
DITULIS.
Maksud Kekuatan (Strength)
Merujuk kepada sumber-sumber yang ada
dalam/persekitaran dalaman/faktor dalaman organisasi
yang boleh membantu dalam pelaksanaan rancangan
strategik organisasi perniagaan tersebut.
Huraian dan kaitan dengan kes
1. Jenama atau syarikat terkenal
- Syarikat minuman ringan kedua terbesar di Malaysia
2. Produk berkualiti
- Syarikat Asahi Group dari Jepun yang membeli 100% saham
Permanis pada tahun 2011 telah memberi fokus kepada kualiti
produk.
3. Pengalaman luas/ berpengetahuan/berkemahiran mengenai industri
- Pengalaman lebih 40 tahun
4. Harga yang berpatutan
- Di samping memastikan harga yang kompetitif
5. Pertumbuhan jualan melebihi pasaran
- Permanis berjaya meningkatkan kemahiran pertumbuhan jualan sebanyak
20% berbanding pasaran sebanyak 5% hingga 10% setahun.
6. Memenuhi kehendak pelanggan/pelanggan mudah mendapat
produk/pelanggan mampu membeli
- Menambah kategori barisan produk sedia ada dan melabur secara besar-
besaran dalam pemasaran. Terkini, Permanis baru sahaja melancarkan produk
baharu minuman kopi berjenama Wonda.
- Memberi fokus kepada kualiti produk di samping memastikan harga yang
kompetitif.
- Mempunyai sebanyak 42,000 buah rangkaian pengedaran termasuklah restoran
KFC, Pizza Hut, dan Tesco.
7. Hubungan dengan pihak berkepentingan yang baik
-Keupayaan pengedaran yang kukuh telah membolehkan hubungan
syarikat dengan pelanggan, rakan niaga, dan pihak berkaitan
diperteguhkan.
8. Saluran pengedaran yang kukuh
- Mempunyai sebanyak 42,000 buah rangkaian pengedaran termasuklah,
restoran KFC, Pizza Hut, dan Tesco.
- Keupayaan pengedaran yang kukuh telah membolehkan hubungan
syarikat dengan pelanggan, rakan niaga, dan pihak berkaitan
diperteguhkan.
9. Pasukan pengurus yang mantap/pembahagian tugas pengurusan yang
jelas dan mengikut fungsian.
- Pasukan pengurusan syarikat diterajui oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua
Pegawai Operasi, Naib Presiden Rangkaian Pembekal, Naib Presiden Undang-
undang, Naib Presiden Korporat dan Hubungan, Naib Presiden Sumber
Manusia, dan Naib Presiden Pemasaran dan Pembangunan Produk.
- Setiap jabatan menjalankan fungsi masing-masing.
10. Sumber tenaga yang ramai
-Permanis mempunyai seramai 1,000 orang tenaga kerja di seluruh
negara.
11. Memenuhi berbagai segmen pasaran/ diversifikasi produk/lini produk
yang pelbagai.
-Antara jenama produk minuman yang dikeluarkan oleh Permanis ialah Sting,
Gatorade, Excel 8, Kickapoo, dan Bleu.
-Permanis juga merupakan pembotol utama bagi minuman keluaran syarikat
Pepsico, seperti Lipton Ice Tea, Tropicana Twister, Revive, Mountain Dew, dan
7UP.
-Menambah kategori barisan produk sedia ada dan melabur secara besar-
besaran dalam pemasaran.
-Terkini, Permanis baru sahaja melancarkan produk baharu minuman kopi
berjenama Wonda.
-Barisan produk Permanis pula meliputi setiap kategori minuman sedia
diminum dalam pasaran.
12. Pengembangan kapasiti pengeluaran
-Melaksanakan strategi menerusi peningkatan kapasiti pengeluaran
syarikat yang kini berjumlah 1 billion tin.
13. Pengembangan produk
-Pengenalan produk baharu – minuman kopi berjenama Wonda.
-Menambah kategori barisan produk sedia ada
-Bagi melebarkan barisan produk, syarikat telah membuat pelaburan
besar bagi meningkatkan kemudahan perkilangan, pemasaran, dan
pengedaran.
Maksud Kelemahan (Weaknesses)
Merujuk kepada sumber-sumber penting yang
kurang atau lemah dalam organisasi berkenaan
sehingga boleh menjadi penghalang kepada
pelaksanaan rancangan strategik organisasi
perniagaan tersebut.
Huraian dan kaitan dengan kes:
1. Harga kerap naik menjadikan kos meningkat dan margin merosot.
-Pergantungan terhadap bahan mentah utama gula.
2. Tempoh pusing ganti yang tinggi
-Pembinaan dua blok bangunan pejabat dan gudang simpanan berdekatan
dengan kilang mereka di Bangi yang bertujuan untuk mengurangkan tempoh
pusing ganti.
3. Kapasiti pengeluaran yang masih rendah
-Peningkatan kapasiti pengeluaran syarikat yang kini berjumlah 1 bilion tin
minuman berbanding 2 juta tin sebelum ini.
Maksud Peluang (Opportunities)
Merujuk kepada keadaan faktor persekitaran luaran
organisasi yang boleh menyediakan ruang atau peluang
kepada organisasi untuk meraih pencapaian yang lebih
baik.
Huraian dan kaitan dengan kes
1. Bilangan pengguna yang masih rendah memberi potensi untuk
meluaskan pasaran
-Bilangan pengguna minuman sedia diminum (ready-to-drink) di
Malaysia masih agak rendah berbanding dengan Singapura dan
Thailand (300 hingga 400 tin per kapita), Amerika Syarikat dan
negara-negara Eropah (800 hingga 1,000 tin per kapita).
2. Potensi untuk meningkatkan pasaran
-Pertumbuhan industri minuman ringan meningkat.
3. Peluang untuk eksport minuman sedia diminum ke negara
penggunaannya yang lebih tinggi
-Penggunaan tinggi di negara luar seperti di Singapura, Thailand,
Amerika Syarikat, dan negara-negara Eropah.
4. Aktiviti tanggungjawab sosial yang aktif mampu meningkatkan imej
dan meyakinkan pihak berkepentingan termasuk pembeli.
-Menggunakan teknologi hijau di kilang pengeluaran
-Menjalankan tanggungjawab sosial korporat melalui penajaan minuman
bagi program-program sukan.
-Memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia.
Ancaman (Threats)
Merujuk kepada faktor persekitaran luar yang
boleh menghalang atau menyulitkan pelaksanaan
strategi organisasi bagi mencapai matlamatnya.
Huraian dan kaitan dengan kes
1. Persaingan meningkat daripada aspek berikut dan
menjejaskan syer pasaran dan keuntungan, bilangan syarikat,
produk, harga dan strategi pasaran.
-pertambahan bilangan pesaing
-pengenalan produk baharu di pasaran
-persaingan harga yang sengit
-strategi pemasaran yang agresif
2. Peningkatan kos
-kenaikan harga bahan mentah utama, iaitu gula.
Bedah siasat : “Anatomi
Jawapan”.
APA YANG SEPATUTNYA ADA DALAM JAWAPAN?
DALAM ANALISIS SWOT, KEKUATAN
(STRENGTH) ADALAH SALAH SATU
FAKTA TETAPI SUDAH DIMASUKKAN KE
DALAM SOALAN IAITU APA (WHAT)
YANG PELAJAR MESTI CARI DAN JAWAB
BERDASARKAN KES
HURAIAN FAKTA ADALAN
JAWAPAN KEPADA SOALAN
MENGAPA (WHY) FAKTA ITU
DIKATAKAN SEBAGAI
‘KEKUATAN (STRENGTH)
Huraian dan kaitan dengan kes UNTUK FAKTA
KEKUATAN (SRENGTH)
1. Jenama atau syarikat terkenal
- Syarikat minuman ringan kedua terbesar di Malaysia
2. Produk berkualiti
- Syarikat Asahi Group dari Jepun yang membeli 100% saham
Permanis pada tahun 2011 telah memberi fokus kepada kualiti
produk.
Kaitan kes atau contoh merupakan gabungan jawapan
kepada persoalan APA (WHAT), MENGAPA (WHY),
BAGAIMANA (HOW) & BEZA/BANDING
FAKTA : ANCAMAN
1. Persaingan meningkat daripada aspek berikut dan MENGAPA MENJADI
menjejaskan syer pasaran dan keuntungan, ANCAMAN?
bilangan syarikat produk, harga dan strategi
pasaran.
-pertambahan bilangan pesaing BAGAIMANA PERSAINGAN MENINGKAT?
-pengenalan produk baharu di pasaran BAGAIMANA SYER PASARAN TERJEJAS?
-persaingan harga yang sengit MENGAPA PRODUK TIDAK MENDAPAT
-strategi pemasaran yang agresif PERMINTAAN?
MENGAPA KEUNTUNGAN MEROSOT?
2. Peningkatan kos
-kenaikan harga bahan mentah utama, iaitu gula.
Inventori Frasa Untuk
Mengenal Pasti SWOT
PESTA PP : Politik dan perundangan, Ekonomi, Sosiobudaya, Teknologi, Antarabangsa, Persaingan dan Jaringan,
Prasarana
Analisis Jawapan
FAKTA HURAIAN KAITAN
KES
APA MENGAPA
(WHAT/SIAPA) (WHY). GABUNGAN APA + MENGAPA
+BAGAIMANA (HOW) &
BEZA/BANDING