The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulmaisarahzhmn, 2024-03-16 20:13:36

Kepelbagaian sosiobudaya

Nurul Maisarah Binti Zahaman

SOSIOBUDAYAKEPELBAGAIAN NURULMAISARAH


ISIKANDUNGAN PENGENALAN FAKTOR KEPELBAGAIAN SOSIOBUBUDAYA IMPLIKASIKEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYADI SEKOLAH KESIMPULAN 1 2-9 10-14 15 16-17 RUJUKAN


PENGENALAN Sosiologi merupakan satu kajian mengenai kehidupan sosial manusia, kelompok dan masyarakat. Menurut Amri (2008), ilmu sosiologi mampu memberikan kita pengetahuan untuk mengenal lebih jauh mengenai Masyarakat secara kesuluruhan yang meliputi nilai-nilai, kelompok sosiologi, stratifikasi social, system sosial, perubahan sosial serta kekuatan-kekuatan yang dapat mengubah Masyarakat menjadi satu kesatuan sosial. Dalam bidang sosiologi juga ada menekankan tentang perkembangan sosiobudaya. Sosiobudaya pula merupakan satu amalan yang berupa gaya hidup dan peradaban bagi sesuatu Masyarakat yang lahir dari pegangan dan kecenderungan diri masyarakat. Menurut Rosfazila Abd Rahman (2019), di Malaysia kepelbagaian pendudukan kebangsaan di Malaysia adalah berasaskan kebudayaan orang-orang melayu, cina, india serta etnik yang lain. Kepelbagaian Masyarakat daripada pelbagai bangsa dan etnik menyebabkan berlakunya perkembangan sosiobudaya di Malaysia. 1


Perkembangan sosiobudaya yang berlaku pastinya mempunyai factor yang tersendiri. Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan kepelbagaian sosiobudaya antaranya adalah bangsa, bahasa, agama, kepercayaan adat resam dan budaya. BANGSA Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai bangsa dan etnik. Bangsa sememangnya menjadi salah satu faktor berlakunya kepelbagaian sosiobudaya. Bangsa ialah sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan seperti keturunan, Bahasa, adat resam, kesenian dan pengalaman Sejarah. Menurut Ibrahim Majdi dan Maliati Mohammad (2020), negara Malaysia dikenali dengan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India serta bumiputra Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian bangsa ini telah menyebabkan Malaysia menjadi sebuah negara yang unik. Hal ini kerana setiap bangsa yang wujud di Malaysia mempunyai gaya hidup mereka tersendiri. Apabila berlakunya percampuran budaya Masyarakat dari pelbagai bangsa dapat belajar dan menyantuni budaya dari bangsa lain. FAKTORKEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA 2


Walaupun Malaysia kaya dengan pelbagai bangsa, namun terdapat juga isu yang berkait antara bangsa. Tiap kaum dikenali dengan unsur-unsur dan sifat negatif berbanding positif. Masing-masing ingin mempertahankan bangsa mereka sehingga mencetuskan konflik dan isu berkait dengan bangsa. Salah satu isu berkaitan bangsa yang sehingga kini masih lagi wujud adalah perspektif Masyarakat lain yang memandang Melayu sebagai Masyarakat yang pemalas,tidak boleh berdikari konservatif dan tidak mudah berubah (Faisal et al., 2010). Begitu juga dengan kaum Cina yang dikenali dengan sifat tamak, suka buat bising, pentingkan diri sendiri dan juga kuat bekerja (Chua et al., 2013). Perspektif yang buruk ini telah menyebabkan berlakunya jurang pemisahan antara kaum. Di samping itu, di sekolah juga berlaku isu perbezaan bangsa dan kaum. Salah satunya ialah isu rasis yang berlaku antara kaum. Isu rasis ini berlaku apabila sesuatu kaum tidak mahu bercampur dengan kaum lain sehingga menyebabkan berlakunya perspektif yang buruk terhadap Rajah 1 Rajah 2 Kepelbagaian bangsa di Malaysia 3


masyarakat. Contohnya Melayu hanya bergaul dengan Melayu, Cina hanya bergaul dengan Cina begitu juga India hanya bergaul dengan kaum India. Isu ini tidak sepatutnya berlaku kerana di sekolah bukan tempat untuk melahirkan golongan yang rasis dan taksub terhadap kaum sendiri sebaliknya sekolah tempat untuk kita saling mengenal antara satu sama lain walaupun dari bagnsa yang berlainan. Rajah di atas merupakan petikan akhbar berkenaan isu rasis dan perkauman 4


BAHASA Bahasa juga merupakan salah satu faktor wujudnya kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia. Bahasa merupakan alat penting untuk berkomunikasi dengan masyarakat. Bahasa yang terdiri daripada simbol dan kategori hurufhuruf merupakan alat komunikasi manusia yang digunakan secara bersistematik, berstruktur dan konvesional ketika seseorang bertutur bagi menyampaikan pelbagai konsep pemikiran. Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan bangsa sudah pasti mempunyai Bahasa ibunda dan dialek yang tersendiri. Ia merupakan satu keunikan kerana pelbagai bahasa yang digunakan untuk berkomunikasi. Contohnya bagi kaum China menggunakan bahasa mandarin sebagai bahasa ibunda untuk berkomunikasi dengan bangsanya. Masyarakat pribumi juga terkenal dengan dialek dan loghatnya yang pelbagai. Melalui kepelbagaian bahasa dari kaum-kaum yang pelbagai, Masyarakat dapat belajar loghat bahasa mereka dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan persaudaraan sesama masyarakat. Bukti kepelbagaian bahasa di Malaysia 5 Rajah 1 Rajah 2


AGAMA Agama merupakan benteng kehidupan. Faktor kepelbagaian sosiobudaya juga disebabkan oleh agama. Malaysia sememangnya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama. Ada yang menganut agama Islam, Kristien, Budha serta Hindu. Walaupun Masyarakat menganut agama yang berlainan namum semangat perpaduan sangat kuat. Kesepaduan sosial antara bangsa yang berbeza agama penting bagi membentuk sebuah negara yang sejahtera. Walaupun Malaysia mempunyai pelbagai agama namun dalam perlembagaan Persekutuan telah menetapkan bahawa agama Islam sebagai agama bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan (Hairuddin Megat dan Che Asiah Abdullah, 2008). Agama dan sosiabudaya merupakan dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Sememangnya agama mempengaruhi budaya dan begitu juga budaya mempengaruhi agama (Abd Ghoffar Mahfuz, 2019). Majlis jalinan mesra antara arwah Tok Guru Nik Aziz dan Sami Siam 6 Rajah 1


Perkembangan sosiobudaya ini wujud hasil dari kepercayaan agama. Seseorang yang mempunyai pengaruh agama yang tinggi sanggup melakukan apa sahaja demi menigkatkan kesucian diri dalam beragama. Contohnya perayaan Thaipusam yang disambut oleh agama Hindu. Menurut Sarveshiini Singaravalu (2023),Thaipusam disambut secara besar-besaran oleh Masyarakat yang beragama hindu di seluruh dunia untuk menghormati dewa hindu iaitu Dewa Muruga. Mengikut kepercayaan Masyarakat hindu, motif utama perayaan ini disambut untuk menunaikan nazar atau hajat dan menebus dosa atas kesalahan yang dilakukan oleh Masyarakat India dalam kehidupan mereka (Tangamalar, 2014). Dalam perayaan ini, ramai penganut akan menindik badan dengan cangkuk, lidi dan tombak kecil yang dipanggil sebagai vel. Ada juga yang menikam lidah dan pipi. Melalui perayaan ini terbukti bahawa penganut agama tersebut sanggup melakukan hal sedemikian untuk mendapat keampunan daripada tuhan mereka. Upacara Thaipusam Rajah 1 7


ADAT RESAM Adat resam sangat berkait rapat dalam kehidupan Masyarakat. Kepelbagaian bangsa dan kaum di Malaysia menyebabkan wujudnya adat resam yang diamalkan sejak dari turun temurun. Menurut Nevashiny Karuppiah dan Rosazman Hussin (2021), adat merupakan nexus iaitu titik pertemuan yang melibatkan adanya interaksi manusia dengan alam. Adat telah wujud semenjak zaman awal yakni semenjak sesuatu Kawasan itu belum diterokai (Mohd Rosli Saludin, 2015). Adat berfungsi untuk mengatur hidup individu dan merangkainya kepada kelompok atau Masyarakat. Adat yang dicipta oleh manusia sememangnya membentuk sesuatu kaum dan juga bangsa. Adat resam yang dibina oleh pelbagai kaum menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik. Adat merangkumi seluruh aspek kehidupan seperti adat kelahiran, perkahwinan dan kematian. Contoh adat yang diamalkan Masyarakat melayu dulu ialah adat melanggang perut atau kirim perut atau mandi tian. Adat ini diketagorikan sebagai adat dalam perkahwinan. Melenggang perut biasanya dilakukan semasa kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Upacara ini dilakukan kepada Wanita yang mengandung anak sulung. Menurut Anis et al. (2015) adat ini dilakukan untuk memelihara anak dalam kandungan, mengelakkan kecelakaan pada ibu semasa melahirkan, menetukan jantina bayi yang dikandung serta membetulkan kedudukan bayi supaya mudah dilahirkan. 8


Peralatan untuk melakukan upacara ini ialah seperti tujuh helai kain dengan tujuh warna berlainan, segantang beras, sebiji kelapa, benang, damar, minyak kelapa, lilin, tepak sirih dan pengeras sebanyak RM1.25. upacara melenggang perut ini akan dijalankan oleh seorang bidan (Hema, 2019). Namun upacara ini bertentangan dari perspektif islam. Hal ini kerana, terdapat perbuatan yang bertentangan dengan ajaran agama islam seperti penggunaan kelapa atau telur untuk menetukan jantina anak adalah menjurus kepada perbuatan syirik dan khurafat (Anis et al, 2015). Namun begitu, masyrakat islam telah melakukan pengubahsuaian terhadat adat tersebut dengan bacaan doa selamat dan tiada lagi unsur syirik dan khurafat. Melenggang perut Bacaan doa selamat Alat untuk upacaramelenggang perut9 Rajah 1 Rajah 2 Rajah 3


IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA TERHADAP KOMUNITI PERTUKARAN BUDAYA Kepelbagaian sosiobudaya di Malaysia memberikan kesan dan implikasi terhadap komuniti sekolah. Salah satu implikasi yang dikenalpasti hasil daripada perkembangan sosiobudaya di sekolah ialah berlaku pertukaran budaya. Pertukaran budaya ini berlaku hasil daripada percampuran bangsa dan kaum di sekolah seperti Melayu, Cina, India, kadazan dan dusun. Murid yang lahir dari kaumnya sudah pasti terbawa-bawa dengan budaya yang diamalkan. Dalam konteks dunia pendidikan, kepelbagaian budaya yang wujud tidak hanya menumpukan kepada adat, ras dan etnik semata-mata, bahkan juga ia merangkumi kepercayaan, kesenian dan juga undang-undang. Dalam aspek kesenian, ia sangat memberi kesan yang besar terhadap komuniti sekolah sama ada guru, murid, ibu bapa, staf dan juga pihak pentadbir. contohnya di sabah terkenal dengan tarian Magunatip, Sumazau, Adaiadai dan tarian Limbai. Bagi bangsa Melayu pula terkenal dengan tarian Kuda Kepang, tarian Ulek Mayang dan tarian Ingan-inang. Daripada kesenian dari pelbagai bangsa menyebabkan berlaku pertukaran budaya di sekolah. IMPLIKASIKEPELBAGAIANSOSIOBUDAYATERHADAP KOMUNITI SEKOLAHDANPENDIDIKAN 10


Hal ini terbukti apabila setiap bangsa yang wujud disekolah dapat belajar dan bertukar budaya dari bangsa lain. Kesannya, perkembangan siosiobudaya di sekolah meningkat dengan penerimaan komuniti terhadap budaya dari sesuatu kaum yang wujud di Malaysia Tarian Sumazau Tarian Ulek Mayang Tarian Kuda Kepang 11 Rajah 1 Rajah 2 Rajah 3


PENGURUSAN PENTADBIRAN Kepelbagaian sosiobudaya di sekolah juga memberi kesan terhadap pengurusan pentadbiran. Pihak pentadbir berperanan menguruskan sekolah dan merancang dengan baik aktiviti yang sesuai mengikut norma dan budaya komuniti sekolah yang terdiri daripada bangsa yang berlainan. Contohnya dalam bilik darjah, pihak pentadbir perlu memastikan keseimbangan bilang murid mengikut bangsa bagi mengelakkan berlakunya masalah rasis. Selain itu, ia juga bertujuan bagi menggalakkan pergaulan antara bangsa yang pelbagai bukan hanya bangsa sendiri sahaja. Di samping itu, pihak pentadbr juga perlu peka terhadap latar belakang murid sama ada golongan yang kaya, miskin atau sederhana. Pihak pentadbir perlu memastikan tiadanya unsur yang membezakan latar belakang agar aktiviti yang dijalankan di sekolah dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, bagi murid yang tergolong dalam kelas sosial yang rendah kebanyakan mereka mempunyai masalah dalam pembiayaan yuran sekolah dan kemudahan belajar. Oleh itu, pihak pentadbir perlu cakna akan golongan ini untuk membantu mereka dari segi bantuan agar mereka dapat menikmati pembelajaran yang sama seperti pelajar lain. 12


IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIOBUDAYA TERHADAP PENDIDIKAN BELAJAR KEPELBAGAIAN BAHASA DAN DIALEK Bagi aspek pendidikan pula, implikasi kepelbagaian sosiobudaya juga mampu memberi peluang kepada murid untuk belajar pelbagai bahasa dan dialek. Hal ini kerana wujudnya variasi bahasa dari pelbagai kaum. Contohnya jika ada kaum china di satu sekolah, bangsa lain seperti melayu mahupun india dapat belajar cara percakapan bahasa china. Ia secara tidak langsung memberi pengetahuan tentang asas bahasa dari bangsa lain serta memberi Kemahiran terhadap penguasaan bahasa yang berbeza. Malah melalui ini juga, ia secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan sesama manusia yang terdiri dari variasi bangsa yang berbeza. Walaupun begitu, ada sesetengah murid yang mengusai dialek, bahasa ibunda semata-mata. Hal ini memberi kesukaran untuk guru untuk mengajar mahupun murid tersebut untuk belajar. Pengaruh bahasa ibunda seringkali menjadi faktor kepada kegagalan untuk memahami pembelajaran yang hendak diajar. Menurut Zamri Mahamod (2016), bahasa kedua yang berbeza daripada bahasa pertama menimbulkan kesukakaran untuk dipelajari. Oleh sebab itu, Malaysia menetapkan kepada semua rakyat bahawasanya Bahasa Melayu menjadi Bahasa rqsmi untuk berkomunikasi agar selaras untuk semua masyarakat. Bahasa Melayu di Malaysia memiliki status Bahasa yang penting di Malaysia (Dayang Sufilkawany dan Wan Muna Ruzannan, (2017). 13


CABARAN KEPADA GURU MENGURUSKAN PdP Cabaran kepada guru untuk menguruskan aktiviti PdP juga merupakan salah satu implikasi kepelbagaian sosiobudaya di sekolah. Tugas guru bukannya mudah malah guru merupakan golongan yang mempunyai perana yang besar terhadap kemenjadian murid. Salah satu cabaran guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran wujudnya perbezaan individu. Faktor ini menimbulkan pemikiran, gaya hidup, personality serta karenah yang pelbagai dari murid yang terdiri dari pelbagai kaum dan budaya. Kemahiran kognitf sangat mempengaruhi gaya hidup seseorang. Seseorang murid yang mampu berfikir dengan cerdas dan baik kebiasaannya dapat menerima pandangan dan kepelbagaian sosiobudaya dalam kehidupan walaupun pelbagai bangsa, agama, kaum dan juga latar belakang. Contohnya, murid India yang mempunyai kemahiran dalam penguasaan Bahasa Inggeris dan mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi, dia mudah untuk menerima dan membantu rakannya yang lain yang mempunyai masalah dalam penguasaan sesuatu bidang dalam matapelajaran. 14


Kesimpulannya, perkembangan sosiobudaya sangat penting dalam kehidupan Masyarakat sehingga mampu membentuk gaya hidup Masyarakat yang Sejahtera. Malaysia terkenal dengan Masyarakat yang heterogen menyebabkan wujudnya kepelbagaian sosiobudaya yang unik. Perpaduan Masyarakat menjadikan Malaysia sebuah negara yang bertamadun dan aman damai. Dengan wujudnya kepelbagaian bangsa menyebabkan berlaku sosiobudaya dalam kalangan murid-murid di sekolah. Oleh itu, sekolah berperanan penting menjadi agen untuk menerapkan erti perpaduan dalam diri murid-murid agar mewujudkan persekitaran sosiobudaya yang baik. KESIMPULAN 15


16


17


Click to View FlipBook Version