MAJLIS APRESIASI “ NOSTALGIA FEVER” PELAJAR SEMESTER 5 KKTM KUANTAN 24 MEI 2024 | JUMAAT | 3.00 - 5.00 p.m SHAHZAN HOTEL
TENTATIF MAJLIS MASA 2.45 petang 3.00 petang 3.00 petang 3.30 petang 3.45 petang 4.30 petang ATURCARA Ketibaan jemputan dan VIP Nyanyian : - lagu Negaraku & lagu Amanah Rakyat - bacaan doa - ucapan penyelaras JK Apresiasi wakil Pelajar semester 5 wakil ketua program ucaptama Majlis Apresiasi oleh Tuan Pengarah KKTM Kuantan tayangan montaj sesi penganugerahan: - Penerima Anugerah Tokoh Pelajar - Penerima Anugerah Terbaik Setiap Program - Penerima Anugerah Pelajar Cemerlang (cgpa 3.5 ke atas) sesi bergambar jamuan makan dan bersurai
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum warahmatullahi Wabarakatuh Alhamdulillah, pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur yang tidak terhingga ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah dan izin-Nya jua Majlis Apresiasi Pelajar Semester 5 KKTM Kuantan 2024 dapat dilaksanakan, Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar semester 5 KKTM Kuantan yang akan menerima anugerah dan penghargaan di atas pencapaian cemerlang anda sepanjang berada di KKTM Kuantan. Bertepatan dengan tema majlis kita pada tahun ini, "RETRO (NOSTALGIA FEVER)" , saya percaya semua pelajar semester 5 KKTM Kuantan adalah sangat berpotensi dan mempunyai kelebihan dalam diri masing-masing. Kelebihan itulah yang perlu kita semua tonjolkan kerana pada akhirnya,kita mahu menjadikan KKTM Kuantan sebagai sebuah institusi TVET MARA yang berprestij tinggi. Saya percaya sambutan Majlis Apresiasi Pelajar Semester 5 pada hari ini adalah selari dengan matlamat dan objektif utama kita dimanakita bersama-sama meraikan kesemua pelajar semester 5 KKTM Kuantan selain turut menjadi platform yang akan memberikan dorongan dan memotivasikan semua agar terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan didalam semua bidang. UCAPAN ALUAN
UCAPAN ALUAN Saya juga berharap pelajar akan terus berusaha untuk mencipta kecemerlangan pada tahun-tahun yang mendatang. Jadikan majlis ini sebagai pembakar semangat untuk terus berjuang.Saya juga merakamkan ribuan terima kasih, syabas dan taniah kepada pihak JK Majlis Apresiasi dan Majlis Perwakilan Pelajar yang bertungkus lumus menjayakan program pada hari ini. Akhir kata, marilah bersama-sama kita menggembleng tenaga dan minda, menyatukan hasrat. membaharui tekad dan iltizam serta mengukuh ampuhkan semangat demi melonjakkan mutu pendidikan negara supaya mencecah matlamat yang disasarkan. Insya-Allah. Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, salam hormat dan terima kasih. Ir. KHAIRUL HISHAM BIN ABD KADAR Pengarah Kolej Kemahiran Tinggi MARA Kuantan
SENARAI ANUGERAH
ANUGERAH TOKOH PELAJAR
ANUGERAH PELAJAR TERBAIK SETIAP PROGRAM
ANUGERAH DEKAN JULY-DEC 2023
ANUGERAH DEKAN SESI JULY-DECEMBER 2023 1.MUHAMMAD AKIL FITRI BIN MD NOR (DKA) 2.MUHAMMAD IBNUL ISKANDAR B.MOHD AZLI (DKA) 3.MUHAMMAD SHAHIMI BIN HARUN SHAH (DKI) 4.MOHAMMAD NURFAIZ BIN ROAZMI (DKI) 5.MUHAMMAD IZZAT BIN HANIPI (DKI)
JAWATANKUASA PELAKSANA PENEGERUSI :En. Ahmad Lukman Bin Hitam PENYELARAS :Pn. Faridah Hanim Bt Mohd Daud SETIAUSAHA :Pn. Marzuana Bt Osman AJK PENGACARA MAJLIS :Nurul Nabihah Binti Abd Halim & BUKU PROGRAM Nur Ain Mukhatap Iylia Iszati Binti Abd Halim Huzaifah Bin Muhammad Sabri Zahra Batrisyia Binti Abdullah AJK KUTIPAN DUIT :Mohd Haziq Bin Ahnoar AJK HADIAH & SIJIL :Shamsul Azrai Bin Lokman Mohammad Amirul Syauqi Bin Mohd Azlan Muhammad Hazmi Aisar Bin Azmi
JAWATANKUASA PELAKSANA AJK MAKLUM BALAS :Muhammad Asyraf Bin Ab Wahab AJK PENILAIAN PEMENANG :Mohammad Nurhakim Bin Abdullah AJK MEDIA :Siti Nur Umairah Binti Ahmad Fauzi Mursyidi Emir Bin Mohd Sabdani
PENGHARGAAN JAWATANKUASA MAJLIS APRESIASI KKTM KUANTAN MERAKAMKAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PIHAK DAN INDIVIDU YANG TELAH MENJAYAKAN MAJLIS INI