The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Pentaksiran Berterusan 2
Penghasilan Produk digital Flipbook
Nur Athirah Binti Mohd Suhaimy
Bahasa Melayu 3

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by athirahsuhaimy8, 2025-02-26 02:09:09

Isu Ketidaksantunan Berbahasa di Media Sosial

Pentaksiran Berterusan 2
Penghasilan Produk digital Flipbook
Nur Athirah Binti Mohd Suhaimy
Bahasa Melayu 3

Nur Athirah Binti Mohd Suhaimy Bahasa Melayu 3 Pentaksiran Berterusan-2 Penghasilan Produk Digital, Flipbook Dari Santun ke Biadab: Bagaimana Media Sosial mengubah pengguna?


Pengenalan kesantunan berbahasa Isu ketidaksantunan berbahasa Bukti ketidaksantunan berbahasa Justifikasi bukti ketidaksantunan berbahasa Langkah menangani isu ketidaksantunanberbahasa


Kesantunan Berbahasa Kesantunan berbahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang sopan, menghormati pendengar atau pembaca, serta sesuai dengan situasi komunikasi. Ia melibatkan pemilihan kata yang baik, nada yang sesuai, dan cara penyampaian yang tidak menyinggung perasaan orang lain. Dalam alam digital, kesantunan berbahasa menjadi semakin penting kerana komunikasi berlaku tanpa isyarat bukan lisan seperti nada suara dan ekspresi.


Dengan sebab itu, ada individu yang merasakan mereka bebas untuk bertindak sesuka hati di media sosial tanpa memikirkan adab dan kesan terhadap orang lain. Hanya dengan penggunaan tulisan sahaja, pelbagai isu ketidaksantunan berbahasa boleh timbul, seperti penghinaan, kata-kata kesat, dan penyebaran maklumat yang menyinggung perasaan pihak tertentu.


Bukti tersebarnya ketidaksantunan berbahasa di media sosial


Penggunaan bahasa yang tidak sopan seperti katakata kesat sebagai makian dan cacian semakin menjadi kebiasaan. Individu yang tidak bersetuju dengan sesuatu pandangan cenderung menggunakan kata-kata kesat untuk merendahkan atau menghina pihak lain, tanpa memikirkan kesan terhadap penerima Bukti Pertama


Sebab-sebab Penggunaan kata tersebut Fenomena Kata-kata hinaan dan cacian di Media Sosial Luahan Emosi- Individu sering menggunakan kata-kata kasar untuk meluahkan kemarahan atau ketidakpuasan hati Pengaruh Persekitaran Digital- Trend dalam media sosial yang membolehkan bahasa kasar digunakan tanpa sekatan mengalakkan pengguna untuk meniru gaya komunikasi ini. Kurangnya kesedaran- Ramai yang tidak menyedari bahasa kata-kata hinaan tersebut boleh membawa kesan negatif dan tidak sesuai digunakan dalam percakapan mahupun berbalas mesej Sebab-sebab tersebut adalah sebahagian daripada fitrah manusia dalam meluahkan emosi dan beradaptasi dengan persekitaran. Namun, jika dibiarkan berleluasa tanpa kawalan, ia boleh mempengaruhi norma sosial serta mengubah cara individu berkomunikasi dalam masyarakat.


Kesan Penggunaan kata tersebut Menjejaskan Komunikasi Harmoni- Bahasa Kasar boleh mencetuskan salah faham dan konflik Meningkatkan ketegangan SosialInteraksi yang agresif boleh merenggangkan hubungan sosial antara individu dan kumpulan Menghakis rasa empati- Penggunaan berterusan bahasa kasar menjadikan individu kurang peka terhadap perasaan orang lain Bahasa mencerminkan peribadi seseorang. Oleh itu, masyarakat perlu sedar akan pentingnya komunikasi yang sopan bagi mengekalkan keharmonian sosial dan nilai adab dalam kehidupan seharian Fenomena Kata-kata hinaan dan cacian di Media Sosial


Bukti ke -2 Jika dilihat daripada komen komen tersebut, terdapat unsur hinaan terhadap fizikal seseorang yang merupakan salah satu bentuk body shaming. Body Shaming ini boleh dikaitkan dengan buli siber (cyberbullying) kerana ia melibatkan penghinaan atau ejekan terhadap seseorang melalui platform digital, seperti media sosial, ruangan komen atau aplikasi pesanan.


Artikel ini membentangkan statistik kes beli siber yang berlaku sekitar tahun 2024, yang menunjukkan peningkatan berterusan saban tahun.


Peranan Platform Digital Media sosial, ruangan komen, dan aplikasi pesanan menjadi medium utama. Penghinaan dalam bentuk teks, gambar, atau video sukar dipadam. Berbeza dengan ejekan bersemuka, kesannya lebih meluas dan berkekalan. Body Shaming sebagai Bentuk Buli Siber Seperti yang dilaporkan dalam media, kes buli siber menunjukkan peningkatan ketara termasuk yang melibatkan body shaming. Namun, bagaimana sebenarnya ketidaksantunan berbahasa di dalam media sosial ini menyumbang kepada buli siber ini?. Penggunaan Bahasa Menghina Istilah seperti"nyah, ""hodoh, ""tak layak tunjuk muka" menjatuhkan keyakinan mangsa. Gambar, video suntingan, dan perbandingan fizikal memperlekehkan individu secara terbuka.


Penghinaan terbuka dalam talian Kritikan keterlaluan terhadap rupa fizikal seseorang. Menjatuhkan maruah dan harga diri mangsa di khalayak ramai. Jika berulang, ia memenuhi ciri buli siber yang memberi tekanan emosi. Anominiti dan Pengaruh Sosial Akaun tanpa identiti sebenar memberi pelaku keberanian untuk menghina. ‘Like’ , ‘share’ , dan komen negatif mendorong penghinaan semakin berleluasa. Budaya digital menormalisasi ejekan terhadap rupa fizikal seseorang. Buli siber sebagai komunikasi digital yang bertujuan mengecam, mengganggu, memalukan, atau mengugut mangsa melalui kata-kata negatif, maklumat palsu, atau perkongsian kandungan yang merosakkan imej seseorang (Azianura & M. Rahim, 2018). Jelas menunjukkan buli siber ini merupakan perkara yang buruk dan membawa kesan yang besar.


Kesan emosi Kesan sosial Kesan akademik Rasa rendah diri dan hilangan keyakinan Mangsa mungkin menjauhkan diri daripada orang sekeliling Kerap ponteng sekolah Kemurungan, kebimbangan dan tekanan perasaan Mangsa menjadi pendiam dan menyendiri Mengalami kesukaran untuk fokus dalam pembelajaran Boleh membawa kepada keinginan untuk bunuh diri Sukar untuk membina hubugan sosial dan berikteraksi dengan orang luar Keputusan peperiksaan akan merosot Hal ini jika diteliti dengan lebih mendalam, isu buli siber terhadap mangsa juga boleh memberi beberapa kesan


Bukti ke-3 Sebagai tanda hormat kepada orang atasan, mana gelaran perlulah diletakkan terlebih dahulu sebelum nama sebenar Namun, gambar ini tidak mencerminkan kesantunan berbahasa kerana tidak menggunakan gelaran hormat, sebaliknya menyebut nama orang atasan secara langsung.


Dalam budaya dan norma komunikasi yang beradab, penggunaan gelaran hormat terhadap individu yang berpangkat atau berkedudukan tinggi melambangkan rasa hormat dan kesopanan. Dengan menyebut nama mereka secara langsung tanpa gelaran yang sewajarnya boleh dianggap tidak beradab kerana ia mengabaikan hierarki sosial serta nilai-nilai kesantunan bahasa. Hal ini juga boleh memberi kesan negatif terhadap imej diri penutur, mencerminkan sikap kurang sopan, dan dalam konteks rasmi, ia mungkin dianggap sebagai satu bentuk ketidakwajaran dalam etika komunikasi.


Jenis Gelaran Contoh Gelaran Pergaulan Formal Encik, Puan, Cik, Tuan, Datin Gelaran Warisan Tengku, Syed, Wan, Megat Gelaran Kurniaan Kerajaan Tun, Tan Sri, Datuk Seri Gelaran Kurniaan Ikhtisas Profesor, Doktor, Ir. (Jurutera) Gelaran Keagamaan Ustaz, Imam, Tok Guru, Haji Dalam model kesantunan Asmah (2000), terdapat contoh gelaran pangkat dan status seseorang yang perlu digunakan ketika menulis ataupun memanggil untuk menambah kesantunan dalam komunikasi.


Bukti ke-4 Gambar di sebelah menunjukkan bagaimana bahasa kasar digunakan tanpa rasa segan, malah semakin menjadi kebiasaan dalam perbualan digital.


1. Pengaruh Media Sosial dan Hiburan Media sosial dan kandungan hiburan seperti video, dan siaran langsung sering menggunakan bahasa kasar secara terbuka. Perkara ini menyebabkan masyarakat semakin terbiasa dan tidak lagi melihatnya sebagai sesuatu yang biadab. Dalam dunia hiburan, penggunaan bahasa kasar sering dianggap sebagai elemen humor atau daya tarikan, menjadikannya lebih diterima dalam komunikasi harian. Bahasa kasar ialah bahasa tidak sopan yang boleh menyinggung perasaan, seperti caci-maki, umpatan, dan penghinaan, tanpa mengutamakan kesantunan dalam komunikasi (Kamus Dewan, 2005). Namun, mengapa masih ada segelintir pihak yang menggunakan bahasa ini?. 2. Pengaruh Rakan Sebaya Dalam kalangan rakan sebaya, penggunaan bahasa kasar sering menjadi norma dalam perbualan. Individu yang ingin menyesuaikan diri dengan kumpulan tertentu cenderung meniru gaya bahasa yang digunakan agar tidak kelihatan berbeza atau dianggap "ketinggalan zaman." Lama-kelamaan, bahasa kasar menjadi satu kebiasaan yang dianggap biasa dalam komunikasi harian.


3. Ketiadaan Kawalan dan Teguran Tiada sekatan yang jelas terhadap penggunaan bahasa kasar dalam media sosial menyebabkan ia terus digunakan tanpa rasa bersalah. Ketiadaan teguran atau tindakan daripada pihak berkuasa atau pengguna lain mengukuhkan lagi penerimaan masyarakat terhadap bahasa kasar sebagai sesuatu yang normal. 4. Perubahan Persepsi Masyarakat Jika dahulu bahasa kasar dianggap tidak sopan dan ditegah dalam norma masyarakat, kini ia lebih diterima sebagai sebahagian daripada ekspresi diri. Sesetengah individu melihatnya sebagai cara untuk menunjukkan kejujuran atau keberanian dalam menyampaikan pendapat. Malah, individu yang tidak menggunakan bahasa kasar kadangkala dianggap "terlalu formal" atau "acah baik, " menyebabkan lebih ramai memilih untuk menggunakannya agar tidak kelihatan berbeza. Jika tidak dikawal, normalisasi bahasa kasar boleh menghakis kesantunan berbahasa, menjadikan komunikasi kurang beradab, dan mempengaruhi nilai hormat dalam masyarakat. Ia juga berpotensi mewujudkan budaya perbualan yang semakin agresif dan tidak bertapis.


Bukti ke-5 Singkatan merujuk kepada pemendekan perkataan atau ayat untuk memudahkan komunikasi. Penggunaannya semakin meluas di media sosial kerana dianggap lebih pantas dan menjimatkan masa.


Kesan Penggunaan Singkatan Berlebihan Individu: Sukar memahami mesej, hilang formaliti dalam komunikasi rasmi. Bahasa: Merosakkan tatabahasa, menghilangkan keindahan bahasa. Masyarakat: Komunikasi tidak berkesan, menjejaskan hubungan sosial. Penggunan Singkatan dalam bahasa. Tidak kira di media massa atau bersemuka, bahasa yang jelas mencerminkan kesantunan. Betapa pentingnya penggunaan bahasa yang betul dalam masyarakat (Nik Safiah Karim, 2008). Penggunaan singkatan berlebihan boleh menjejaskan kefahaman serta merendahkan nilai bahasa dalam komunikasi harian.


Langkah menangani isu kesantunan bahasa Dalam era digital yang semakin berkembang, media sosial menjadi platform utama untuk berkomunikasi. Walau bagaimanapun, kebebasan dalam berkomunikasi sering disalahgunakan oleh sesetengah individu yang tidak mengamalkan kesantunan berbahasa. Oleh itu, beberapa langkah perlu diambil bagi memastikan komunikasi dalam talian lebih harmoni dan beradab.


Penerapan Nilai Agama dan Moral 01 Semua agama menekankan kepentingan adab dalam kehidupan termasuk dalam interaksi digital. Tanpa kawalan nilai agama dan moral ini, komunikasi dalam talian boleh dipenuhi dengan fitnah, bahasa kasar, dan perbalahan yang tidak sihat. Remaja, sebagai pengguna aktif media sosial, mudah terpengaruh dengan maklumat dalam talian yang boleh membentuk pandangan dan tingkah laku mereka (Abdul Hamid Arribathi, 2021). Jadi, amat wajar didikan sikap agama dan moral ini sejak dahulu kala seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, ajaran agama yang menekankan kejujuran, kesabaran, dan toleransi perlu diterapkan dalam komunikasi digital. Sikap beradab dan menghormati orang lain bukan sahaja mencerminkan keperibadian yang baik tetapi juga membantu mewujudkan ekosistem media sosial yang lebih positif dan bertanggungjawab.


Jelas menunjukkan semua agama dan tindakan moral menekankan sikap beradab sama ada ketika komunikasi secara dalam talian atau berhadapan antaranya: Penggunaan bahasa sopan – Islam dan agama lain menekankan komunikasi yang baik seperti berkata benar, tidak menyakiti hati orang lain, serta bertutur dengan hikmah dan lemah lembut. Mengelakkan perdebatan yang tidak berfaedah – Agama menasihatkan agar tidak terlibat dalam pertelingkahan yang hanya membawa permusuhan dan ketegangan tanpa penyelesaian yang baik. Mengamalkan nilai hormat-menghormati – Setiap individu perlu menghormati pandangan orang lain walaupun berbeza pendapat, selagi ia tidak bertentangan dengan norma dan nilai yang baik. Tuntasnya, dengan menerapkan dan memahami semua ajaran agama, pengguna media sosial dapat mencipta persekitaran digital yang lebih harmoni dan beradab. Amalan komunikasi yang beretika dapat membantu membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab dan saling menghormati, seterusnya mengelakkan ketidaksantunan dalam talian.


Tindakan Undang-Undang & Penguatkuasaan 02 Penguatkuasaan undang-undang adalah langkah yang penting untuk menangani masalah ketidaksantunan dalam media sosial. Tanpa peraturan yang jelas, pengguna bebas untuk menggunakan kata-kata kesat, menyebarkan fitnah, atau membuat kenyataan berbaur perkauman tanpa sebarang sekatan. Oleh itu, pihak berkuasa dapat menghalang penyalahgunaan bahasa yang boleh mencetuskan perselisihan dan perpecahan dalam masyarakat. Selain itu, pengguna boleh melaporkan kepada pihak berkuasa jika diancam oleh mana-mana pihak bagi memastikan tindakan diambil dengan cepat. Langkah ini dapat mengawal penyebaran kata-kata kesat serta mengekang tingkah laku tidak beretika dengan lebih berkesan.


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) [email protected] 1-800-188-030 Antara talian yang boleh dihubungi untuk membuat laporan : Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pengadu boleh hadir ke balai polis berhampiran bagi pembukaan kes dengan laporan secara bertulis. Polis akan siasat di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atau Kanun Keseksaan. Pusat Tindakbalas Insiden SiberCyber999 1-300-88-2999 cyber999@cybersecurity. my 019-266 5850 Aplikasi Cyber999 : muat turun di Appstore dan Google Play


Kesimpulannya, tindakan tegas daripada pihak berkuasa dapat memberi peringatan kepada individu yang tidak menjaga adab di media sosial bahawa setiap perbuatan mereka boleh membawa akibat. Dengan adanya penguatkuasaan yang berterusan, pengguna akan lebih berhati-hati dalam berkomunikasi, sekali gus mengurangkan insiden ketidaksantunan berbahasa dan memastikan perkara ini tidak berulang kembali. Indivdu yang disabitkan kesalahan akan berasa kesal, namun nasi sudah menjadi bubur, Maka wajarlah untuk berfikir dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak beguna


Kempen Kesedaran Digital dan Etika Media Sosial 03 Kempen kesedaran memainkan peranan penting dalam mendidik masyarakat mengenai kepentingan kesantunan berbahasa di media sosial. Ramai pengguna tidak sedar bahawa kata-kata mereka boleh memberi kesan negatif kepada orang lain, terutamanya jika digunakan untuk menghina atau mengkritik dengan kasar. Justeru itu, program kesedaran perlu dijalankan secara meluas untuk memberi kefahaman kepada masyarakat tentang pentingnya menjaga etika komunikasi dalam talian. Dengan adanya usaha berterusan, kesedaran tentang adab berkomunikasi di alam digital dapat dipertingkatkan, sekali gus membentuk persekitaran media sosial yang lebih positif dan harmoni.


Contoh Kempen di Media Sosial Kepentingan komunikasi beretika dapat memberi impak yang lebih luas kepada masyarakat. Dengan adanya pendekatan yang lebih interaktif dan mudah diakses, pengguna lebih cenderung untuk memahami serta mengamalkan kesantunan dalam interaksi digital mereka. Kesimpulannya, kempen kesedaran digital bukan sahaja membantu mengurangkan masalah ketidaksantunan berbahasa, tetapi juga membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab dalam penggunaan media sosial. Apabila semakin ramai pengguna memahami kepentingan adab dalam talian, persekitaran digital akan menjadi lebih harmoni dan bebas daripada konflik yang berpunca daripada penggunaan bahasa yang tidak beretika.


04 Setiap individu bertanggungjawab atas penggunaan media sosial mereka. Oleh itu, mereka perlu mengawal tingkah laku dan memastikan komunikasi dalam talian berlangsung dengan sopan. Salah satu cara untuk mengekalkan kesantunan ialah dengan mengelakkan diri daripada berbalas komen dengan individu yang menggunakan bahasa kasar atau menghina. Jika kita membalas dengan nada yang sama, perbualan boleh menjadi semakin tegang dan tidak beretika, sehingga merosakkan keharmonian komunikasi. Sebaliknya, berdiam diri atau tidak melayan komen negatif dapat menghalang penyebaran kata-kata kesat serta mengekalkan suasana perbualan yang lebih baik. Jika perlu memberi respons, gunakan bahasa yang sopan dan rasional supaya komunikasi lebih positif dan tidak mencetuskan pertelingkahan. Pengawalan Kendiri oleh pengguna


Selain itu, pengguna juga boleh memanfaatkan ciri kawalan yang disediakan oleh platform media sosial, seperti menyekat (block)individu yang bersikap toksik atau menapis komen yang tidak sopan. Dengan adanya langkah ini, pengguna dapat melindungi diri daripada kandungan negatif yang boleh menjejaskan emosi dan kesejahteraan mental mereka. Tindakan ini juga dapat membantu dalam membentuk budaya komunikasi yang lebih sihat, di mana setiap individu berasa lebih selamat dan dihormati ketika berinteraksi dalam talian. Kesimpulannya, Sikap bertanggungjawab dalam berkomunikasi, mengamalkan kawalan kendiri, serta menggunakan teknologi dengan bijak merupakan langkah penting dalam memastikan media sosial kekal sebagai platform yang positif, membina, dan bermanfaat untuk semua Tindakan menyekat akaun di platform TikTok. Tindakan menyekat akaun daripada berbalas mesej di WhatsApp Tindakan menyekat akaun daripada berbalas mesej di WhatsApp


Tanggungjawab Pempengaruh & Media Massa 05 Pempengaruh dan media massa mempunyai peranan besar dalam membentuk sikap masyarakat di media sosial. MIndividu berpengaruh dianggap sebagai sumber maklumat yang dipercayai (Nirchl. & Steinberg, 2018). Sebagai tokoh yang diikuti ramai, mereka perlu menunjukkan contoh komunikasi yang sopan dan menghormati pandangan orang lain. Jika mereka konsisten menggunakan bahasa beradab dalam hantaran dan interaksi, pengikut cenderung meniru gaya komunikasi positif. Hal ini dikatakan demikian kerana apa-apa sahaja perkara yang dikongsi mereka akan menjadi satu ikutan (trend) orang ramai Oleh itu, pempengaruh harus lebih aktif mempromosikan kesantunan bahasa serta menghindari kandungan yang boleh mencetuskan konflik atau pengaruh negatif.


Tanggungjawab Media Massa melaporkan berita dengan beretika memgawal penyebaran berita yang boleh mencetuskan perbalahan dalam masyarakat mempromosikan kesantunan berbahasa melalui kandungan media menggunakan bahasa yang neutral dan tidak memihak kepada mana-mana pihak Tanggungjawab Pempengaruh menjadi contoh yang baik mengalakkan interaksi positif melancarkan atau menyokong kempen kesantunan berbahasa di media sosial bekerjasama dengan pihak berkuasa Kandungan berita di atas menunjukkan isu besar warganegara Malaysia yang kurang mahir berbahasa Melayu dan cenderung mengikut budaya luar. Oleh itu, menjadi tanggungjawab untuk menarik minat mereka semula untuk menggunakan bahasa ibunda.


Miss Zack Kirana Contoh Insan Pempengaruh di Media Sosial Seorang pendidik bahasa Melayu dan juga merangkap sebagai seorang guru di pusat tuisyen MCplus secara dalam talian Merupakan pempengaruh dalam bidang bahasa dan kerap berkongsi tentang kesalahan ejaan, sebutan dan penggunaan ayat yang betul terutamanya dalam bahasa Melayu Menjadi rujukan orang ramai dalam memperbaiki penguasaan bahasa Melayu Mendorong orang ramai untuk menggunakan bahasa dengan lebih tepat tanpa menyebarkan maksud yang salah


Kesimpulan Kesantunan berbahasa di media sosial memerlukan tanggungjawab bersama bagi memastikan komunikasi yang beradab. Penggunaan media perlu dikawal agar bahasa terus terpelihara. Jika tidak, penggunaan singkatan berlebihan, bahasa kasar, dan pengabaian tatabahasa akan menjejaskan kefahaman serta nilai kesopanan. Jika dibiarkan, ketidaksantunan berbahasa akan semakin memburuk dan memberi kesan negatif kepada generasi akan datang.


Rujukan Abdul Hamid Arribathi. (2021). Peran teknologi informasi dalam pendidikan agama Islam untuk menghadapi tantangan di era global dan generasi Z, 1(1). Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Dewan Bahasa dan Pustaka. Nik Safiah Karim. (2008). Tatabahasa Dewan. Dewan Bahasa dan Pustaka. Nirschl, M., & Steinberg, L. (2018). Einstieg in das influencer marketing: Grundlagen, strategien und erfolgsfaktoren. Springer. Shaari, A. H., & Kamaluddin, M. R. (2018). Buli siber dalam kalangan remaja di Malaysia: Implikasi dan penyelesaiannya. Jurnal Psikologi Malaysia, 32(2), 56-67.


Click to View FlipBook Version