Modul PdP Ekonomi Penggal 3
(f) Mendiskaunkan Pihak bank membeli bil-bil pertukaran dari pelanggan pada harga
bil pertukaran yang rendah daripada nilai muka bil pertukaran.
Pihak bank akan menuntut bayaran sepenuhnya daripada pihak yang
mengeluarkan bil tersebut pada tarikh matang bil.
( ii ) Institusi Perbankan Islam
(a) Murabahah Pihak bank membiayai pembelian barang yang dikehendaki pelanggan
dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi seperti yang telah
dipersetujui ke dua-dua pihak.
(b) Musyarakah Pihak bank mengeluarkan wang modal dan pemilik modal akan
mengeluarkan harta yang boleh dinilaikan dengan wang untuk
mengerjakan projek bersama.
Untung dan rugi dikongsi bersama mengikut kadar yang dipersetujui.
(c) Bai Bithaman Ajil Pihak bank membiayai pembelian harta yang dikehendaki pelanggan
dan menjualnya pada harga yang telah dipersetujui.
Pelanggan membayarnya secara ansuran.
(c) Bai At Takjiri Sewa beli
( iii ) Bank Pelaburan
Memberi pinjaman kepada syarikat korporat, badan berkanun dan institusi kewangan
Tidak menerima simpanan daripada orang ramai dan tidak memberi pinjaman kepada
orang ramai dan firma kecil.
Menguruskan pinjaman bersindiket untuk membiayai projek besar-besran syarikat
perniagaan besar.
( iv ) Syarikat Insuran
Memberi pinjaman kepada pemegang polisi khususnya pemegang polisi insuran hayat.
pemegang polisi insuran hayat boleh menggunakan polisinya sebagai cagaran. Jumlah
pinjaman bergantung kepada nilai tunai dalam polisi tersebut.
( v ) Koperasi
mengerakkan tabungan daripada ahlinya
memberi kemudahan pinjaman kepada ahlinya
menyediakan perkhidmatan pembelian barang dengan harga yang murah
( vi ) Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)
( vii ) memberi bantuan modal kepada golongan miskin /berpendapatan rendah
memberi latihan dan khidmat nasihat kepada golongan miskin untuk memulakan
perniagaan
Ar – Rahnu(Pajak Gadai Islam)
Menyimpan barang gadaian tanpa riba/syariah
memberi pinjaman jangka pendek berdasarkan nilaian gadaian emas.
( viii ) Pemberi Pinjam Wang berlesen
kemudahan pinjaman bercagar dan pinjaman tidak bercagar
kadar faedah pinjaman tidak melebihi 18% setahun bagi pinjaman tidak bercagar dan 12%
bagi pinjaman bercagar.
Ekonomi Malaysia 50
Modul PdP Ekonomi Penggal 3
(c) Masalah mendapatkan kredit oleh peminjam.
(i) Masalah cagaran peminjam gagal menyediakan cagaran yang boleh diterima oleh
( ii )
( iii ) pemberi pinjaman kerana tidak mempunyai aset bernilai yang
( iv )
mencukupi.
Masalah menyediakan peminjam gagal menyediakan kertas kerja yang lengkap
kertas kerja peminjam gagal menunjukkan maklumat yang menyakinkan
pemberi pinjaman terutamanya keupayaan membayar balik
pinjaman
Prosedur memberi kredit pemberi pinjaman membuat penilaian yang ketat sebelum
pinjaman diluluskan.
Kegagalan mematuhi prosedur kredit dan menyediakan
dokumen sokongan
Membayar balik kredit Pemohon yang tidak mempunyai rekod kredit yang baik
berkemungkinan pinjaman tidak diluluskan walaupun syarat-
syarat lain dipatuhi.
PANDUAN MENJAWAB SOALAN. [2]
BAHAGIAN A ( SOALAN ESEI ) [4]
Soalan
1 (a) Terangkan maksud institusi kewangan.
(b) Terangkan dua fungsi institusi kewangan.
Cadangan Jawapan
1 (a) Institusi kewangan ialah institusi yang menerima deposit daripada orang yang
mempunyai lebihan dana dan meminjamkan kepada orang yang kurangan dana.
(b) Dua fungsi institusi kewangan ialah
(i) Perantara kewangan
Mengumpul wang daripada masyarakat dan firma yang mempunyai lebihan wang dan
meminjam wang tersebut kepada kepada pihak yang memerlukannya.
(ii) Penyerakan dan perkongsian risiko
Menyalurkan dana dalam pelbagai ekonomi seperti pinjaman korporat, bon, bil
perbendaharaan dan sebagainya supaya kerugian disebarkan dan dikongsi oleh
sekumpulan penyimpan dana yang terlibat.
SOALAN PENGAYAAN [6]
BAHAGIAN A ( SOALAN ESEI ) [6]
1 Terangkan tiga jenis institusi kewangan. [6]
2 Jelaskan peranan institusi kewangan dalam sesebuah ekonomi. [6]
[6]
3 Terangkan tiga jenis pinjaman yang diberikan oleh bank perdagangan. [6]
4 Huraikan fungsi agensi pemberi kredit berikut:
( a ) Syarikat Insurans
( b ) Ar-Rahnu
( c ) Koperasi
5 Jelaskan Amanah Ikhtiar Malaysia sebagai agensi pemberi kredit di Malaysia.
6 Jelaskan masalah-masalah yang dihadapi oleh peminjam dalam mendapat kredit.
Ekonomi Malaysia 51
Modul PdP Ekonomi Penggal 3
BAB 6 KEMISKINAN DAN AGIHAN PENDAPATAN
6.1 Ukuran Kemiskinan
A. Takrif Kemiskinan
Suatu keadaan seseorang tidak berkemampuan memenuhi piawaian minimum keperluan
asas yang meliputi keperluan makanan dan bukan makanan.
Misalnya, pendapatan yang kurang daripada PGK dikategorikan miskin.
Contoh: makanan, tempat perlindungan, pendidikan dan kesihatan.
Kemiskinan Mutlak
Keadaan yang mana pendapatan seseorang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan
minimum berdasarkan pendapatan garis kemiskinan ( PGK ).
PGK ialah pendapatan yang setakat cukup untuk memperoleh keperluan asas seperti
makanan, pakaian dan tempat tinggal.
Kemiskinan Relatif
Perbandingan taraf hidup atau kebajikan sesuatu kumpulan berbanding kumpulan lain.
Merujuk ketidaksamaan pendapatan antara kumpulan etnik, strata dan negeri.
Miskin Tegar
Pendapatan purata bulanan kurang daripada PGK makanan.
B. Prinsip Penentuan Garis Kemiskinan
Pendapatan setakat mencukupi untuk memperoleh keperluan asas.
PGK makanan ditentukan berasaskan pandangan pakar pemakanan, pakar diet dan pakar
perubatan mengikut IHP makanan .
PGK bukan makanan dikira berdasarkan keperluan setiap isi rumah dan mengikut IHP bukan
makanan seperti kasut, bahan api dan sebagainya.
Ditentukan mengikut saiz isi rumah, komposisi demografi dan lokasi.
Miskin jika pendapatan purata bulanan kurang daripada PGK.
Kadar kemiskinan = x 100
Kadar kemiskinan tegar = x 100
6.2 Kemiskinan di Malaysia
(a) Profil Kemiskinan Di Malaysia
(i) Kemiskinan Kawasan Bandar Dan Luar Bandar
Jadual 6.1 Kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar mengikut strata di Malaysia
Butiran Kemiskinan Kemiskinan Tegar
Malaysia 2004 ( % ) 2009 ( % ) 2004 ( % ) 2009 ( % )
5.7 3.8 1.2 0.7
Bandar 2.5 1.7 0.4 0.2
Luar Bandar 11.9 8.4 2.9 1.8
Sumber: Unit Perancangan Ekonomi
Berdasarkan jadual di atas, kemiskinan di Malaysia telah merosot pada tahun 2009
berbanding tahun 2004, iaitu daripada 5.7% kepada 3.8%.
Peratus kemiskinan tegar di Malaysia dalam tempoh tersebut juga merosot dari 1.2% kepada
0.7%.
Kadar kemiskinan luar bandar lebih tinggi berbanding bandar. Kemiskinan kawasan luar
bandar berkurang dari 11.9% kepada 8.4% bagi tahun 2004 dan 2009. Kadar kemiskinan
tegar kawasan luar bandar juga berkurang daripada 2.9% kepada 1.8%.
Ekonomi Malaysia 52
Modul PdP Ekonomi Penggal 3
Kadar kemiskinan kawasan bandar merosot daripada 2.5% kepada 1.7% pada tahun 2009
berbanding tahun 2004. Kadar kemiskinan tegar kawasan bandar juga menurun dari 0.4%
kepada 0.2% pada tahun 2009 berbanding tahun 2004.
(ii) Kemiskinan Mengikut Kaum
Jadual 6.2 Kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar mengikut etnik di Malaysia
Butiran Kemiskinan Kemiskinan Tegar
2004 ( % ) 2009 ( % ) 2004 ( % ) 2009 ( % )
Malaysia 5.7 3.8 1.2 0.7
Bumiputera 8.3 5.3 1.9 1.1
Cina 0.6 0.6 0.0 0.1
India 2.9 2.5 0.3 0.3
Lain-lain 6.9 6.7 1.2 1.3
Sumber: Unit Perancangan Ekonomi
Secara umum, kadar kemiskinan kaum lain-lain adalah paling tinggi pada kedua-dua tahun
iaitu 6.9% ( 2004 ) dan 6.7% ( 2009 ). Ini diikuti dengan kaum bumiputera iaitu 8.3% ( 2004 )
dan 5.3% ( 2009 ) dan India 2.9% ( 2004 ) dan 2.5% ( 2009 ). Kaum Cina merupakan kaum
yang paling rendah kadar kemiskinan ialitu 0.6% untuk kedua-dua tahun.
Kadar kemiskinan untuk semua etnik menurun pada tahun 2009 berbanding tahun 2004.
Kadar kemiskinan tegar paling tinggi ialah kaum bumiputera pada tahun 2004 iaitu sebanyak
1.9%, diikuti dengan kaum lain-lain ( 1.2% ), India ( 0.3% ) dan Cina ( 0.0% ). Namun, pada
tahun 2009, kadar kemiskinan tegar paling tinggi ialah kaum lain-lain ( 1.3% ) , diikuti kaum
bumiputera ( 1.1% ), India ( 0.3% ) dan Cina ( 0.1% ).
Kadar kemiskinan tegar meningkat bagi kaum lain-lain dan kaum Cina. Kaum Bumiputera
pula mencatat penurunan dalam kadar kemiskinan tegar manakala kaum India kekal pada
0.3%.
(iii) Kemiskinan Mengikut Negeri
Jadual 6.3 Kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar mengikut negeri di Malaysia
Butiran Kemiskinan Kemiskinan Tegar
2004 ( % ) 2009 ( % ) 2004 ( % ) 2009 ( % )
Malaysia 5.7 3.8 1.2 0.7
Johor 2.0 1.3 0.3 0.1
Kedah 7.0 5.3 1.3 0.8
Kelantan 10.6 4.8 1.3 1.0
Melaka 1.8 0.5 0.2 0.1
Negeri Sembilan 1.4 0.7 0.2 0.1
Pahang 4.0 2.1 1.0 0.3
Pulau Pinang 0.3 1.2 - 0.1
Perak 4.9 3.5 1.1 0.5
Perlis 6.3 6.0 1.7 0.8
Selangor 1.0 0.7 0.04 0.1
Terengganu 15.4 4.0 4.4 0.5
Sabah & Labuan 23.0 19.2 6.5 4.7
Sarawak 7.5 5.3 1.1 1.0
Kuala Lumpur 1.5 0.7 0.2 0.1
Sumber: Unit Perancangan Ekonomi
Berdasarkan jadual, Sabah dan Labuan mencapai kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar
yang paling tinggi antara semua negeri di Malaysia.
Pada tahun 2009, enam negeri mencapai kadar kemiskinan melebihi kadar kemiskinan
Malaysia ialah Sabah & Labuan ( 19.2% ), Kedah ( 5.3% ), Kelantan ( 4.8% ), Perlis ( 6.0% ),
Terengganu ( 4.0% ) dan Sarawak ( 5.3% ).
Ekonomi Malaysia 53
Modul PdP Ekonomi Penggal 3
Negeri yang mengalami kadar kemiskinan tegar yang melebihi kadar kemiskinan tegar
Malaysia pada tahun 2009 ialah Sabah & Labuan ( 4.7% ), Kelantan ( 1.0% ), Perlis ( 0.8% ),
Kedah ( 0.8% ) dan Sarawak ( 1.0% ).
Kadar kemiskinan dan kemiskinan tegar yang berlainan antara negeri adalah berpunca
daripada pembangunan wilayah yang tidak seimbang.
(b) Punca-punca Kemiskinan di Malaysia
(i) Akses Pasaran
Dipengaruhi kuasa monopoli di pasaran
Firma kecil tidak mampu bersaing dan keluar dari pasaran kerana tidak mencapai
ekonomi bidangan.
Firma besar menjadi monopoli akan menetapkan harga yang tinggi
Kebajikan masyarakat terbiar
(ii) Modal
Sumber ciptaan manusia seperti mesin, jentera, kilang dan peralatan penting dalam
menjana pengeluaran
Pekebun dan petani kecil sukar memperoleh pinjaman daripada institusi kewangan
menyebabkan mereka tidak dapat menyerap teknologi moden dan mengurangkan daya
pengeluaran
(iii) Teknologi
Teknologi yang rendah dan penggunaan kaedah tradisional menjejaskan daya
pengeluaran
Hasil pengeluaran terhad dan tidak optimum
Pendapatan diperoleh rendah
(iv) Pendidikan
Taraf pendidikan rendah menyebabkan mereka sukar menerima kemahiran baru dan
menerima pembaharuan
Sukar memperoleh pekerjaan yang berpendapatan tinggi kerana tidak memiliki kemahiran
dan pengetahuan yang diperlukan dalam alam pekerjaan
6.3 Agihan Pendapatan
( a ) Kaedah pengukuran agihan pendapatan
Kaedah Persentil mengintepretasikan data agihan pendapatan dalam bentuk peratusan
Kumpulan pertama ialah persentil ke -20, kumpulan kedua ialah persentil ke -40,
kumpulan ketiga ialah persentil ke -60, kumpulan keempat ialah persentil ke -80,
Kumpulan kelima ialah persentil ke -100
Keluk Lorenz menunjukkan peratusan pendapatan yang diterima oleh penduduk dalam
sesebuah negara pada suatu tahun tertentu
Menunjukkan keadaan ketidaksetaraan agihan pendapatan
Pekali Gini mengukur ketidaksetaraan agihan pendapatan
Nilai pekali Gini berada antara 0 hingga 1
0 menunjukkan agihan pendapatan saksama
1 menunjukkan agihan pendapatan paling tak saksama
( b ) Sumber pendapatan
Sumber Pendapatan
(i) Upah
Pendapatan yang diterima oleh seseorang individu apabila menyumbangkan tenaga
fizikal dan mental dalam proses pengeluaran
Termasuk gaji, elaun, komisen dan bonus
Ekonomi Malaysia 54
Modul PdP Ekonomi Penggal 3
Sumber Pendapatan Bukan Upah
(i) Sewa
Pendapatan yang diterima akibat membenarkan pihak lain menggunakan hartanya
Ganjaran atas faktor pengeluaran yang mempunyai penawaran terhad
(ii) Dividen
Untung syarikat yang dibayar kepada pemegang saham
Pendapatan yang diterima daripada tabungan dalam institusi kewangan Islam atau
KWSP
(iii) Bunga
Pendapatan daripada tabungan wang dalam institusi kewangan konvensional
Ganjaran kepada pemilik wang yang sanggup menangguhkan perbelanjaannya pada
masa sekarang
(iv) Untung
Ganjaran usahawan yang sanggup menanggung risiko dan atas usaha menggabungkan
faktor-faktor pengeluaran untuk menghasilkan output
Pendapatan individu yang bekerja sendiri
(v) Harta Pustaka
Harta yang diwarisi daripada nenek moyang seperti tanah, tunai, barang kemas dan
sebagainya
(vi) Bayaran Pindahan
Pendapatan yang diterima oleh seseorang tanpa sumbangan produktif dalam ekonomi.
Contoh: pencen, elaun pengangguran dan derma.
( c ) Profil agihan pendapatan di Malaysia
(i) Agihan Pendapatan Mengikut Etnik
Jadual 6.4 Agihan Pendapatan bagi kumpulan 20% tertinggi, 40% pertengahan dan 40% terendah
mengikut Etnik di Malaysia pada tahun 1979 dan 2009
Etnik 20% 1979 2009
Tertinggi 40% 40% Pekali 20% 40% 40% Pekali
Bumiputra Pertengahan Terendah Gini Tertinggi Pertengahan Terendah Gini
Cina 51.8 34.9 13.3 0.468 49.5 36.1 14.4 0.440
India 52.5 34.3 13.2 0.474 48.4 36.4 15.2 0.425
Lain-lain 52.0 33.6 14.4 0.460 48.8 35.7 15.5 0.424
65.1 27.1 7.8 0.598 55.3 31.6 13.1 0.495
Sumber: Diubahsuai daripada Unit Perancang Ekonomi
Pada tahun 1979, agihan pendapatan kaum bumiputra menunjukkan kumpulan isi rumah
20% tertinggi memiliki 51.8% jumlah pendapatan manakala kumpulan isi rumah 40%
pertengahan dan 40% terendah masing-masing memiliki 34.9% dan 13.3% jumlah
pendapatan.
Pada tahun 1979, agihan pendapatan kaum Cina menunjukkan kumpulan isi rumah 20%
tertinggi memiliki 52.5% jumlah pendapatan manakala kumpulan isi rumah 40%
pertengahan dan 40% terendah masing-masing memiliki 34.3% dan 13.2% jumlah
pendapatan.
Ekonomi Malaysia 55
Modul PdP Ekonomi Penggal 3
Pada tahun 1979, agihan pendapatan kaum India menunjukkan kumpulan isi rumah 20%
tertinggi memiliki 52.0% jumlah pendapatan manakala kumpulan isi rumah 40%
pertengahan dan 40% terendah masing-masing memiliki 33.6% dan 14.4% jumlah
pendapatan.
Pada tahun 1979, agihan pendapatan kaum lain menunjukkan kumpulan isi rumah 20%
tertinggi memiliki 65.1% jumlah pendapatan manakala kumpulan isi rumah 40%
pertengahan dan 40% terendah masing-masing memiliki 27.1% dan 7.8% jumlah
pendapatan.
Secara kesimpulan, agihan pendapatan semua kaum pada tahun 2009 bertambah baik dan
semakin saksama berdasarkan Pekali Gini.
Pekali Gini kaum bumiputra menurun daripada 0.468 kepada 0.440. Manakala Pekali
Gini kaum Cina menurun daripada 0.474 kepada 0.425, kaum India menurun daripada
0.460 kepada 0.424 dan kaum lain-lain menurun daripada 0.598 kepada 0.495.
(ii) Agihan Pendapatan Mengikut Strata
Jadual 6.4 Agihan Pendapatan bagi kumpulan 20% tertinggi, 40% pertengahan dan 40% terendah
mengikut Strata di Malaysia pada tahun 1979 dan 2009
1979 2009
Strata 20% 40% 40% Pekali 20% 40% 40% Pekali
Tertinggi Pertengahan Terendah Gini Tertinggi Pertengahan Terendah Gini
Bandar 54.1 33.3 12.7 0.491 48.2 36.5 15.3 0.423
Luar 52.1 34.9 12.9 0.471 47.4 36.4 16.2 0.407
Bandar
Sumber: Diubahsuai daripada Unit Perancang Ekonomi
Pada tahun 1979, agihan pendapatan bandar menunjukkan kumpulan isi rumah 20%
tertinggi memiliki 54.1% jumlah pendapatan manakala kumpulan isi rumah 40%
pertengahan dan 40% terendah masing-masing memiliki 33.3% dan 12.7% jumlah
pendapatan.
Pada tahun 1979, agihan pendapatan luar bandar menunjukkan kumpulan isi rumah 20%
tertinggi memiliki 52.1% jumlah pendapatan manakala kumpulan isi rumah 40%
pertengahan dan 40% terendah masing-masing memiliki 34.9% dan 12.9% jumlah
pendapatan.
Secara kesimpulan, agihan pendapatan bandar dan luar bandar pada tahun 2009
bertambah baik dan semakin saksama berdasarkan Pekali Gini.
Pekali Gini bandar menurun daripada 0.491 kepada 0.423. Manakala Pekali Gini luar
bandar menurun daripada 0.471 kepada 0.407.
6.4 Dasar membasmi kemiskinan dan ketaksetaraan pendapatan
( a ) Dasar-dasar Kerajaan
(i) Dasar Ekonomi Baru ( DEB )
Membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan negara dan menambah
peluang-peluang pekerjaan tanpa mengira kaum
Menyusun semula masyarakat dengan merapatkan jurang ketidakseimbangan sosio
ekonomi antara kaum
(ii) Dasar Pembangunan Nasional ( DPN )
Matlamat sama dengan DEB iaitu membasmi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat
Ekonomi Malaysia 56
Modul PdP Ekonomi Penggal 3
Strategi:
a) Menghapuskan golongan termiskin dan mengurangkan kemiskinan relatif
b) Mempertingkatkan latihan dan kemahiran kepada belia luar bandar untuk
menggantikan pemberian subsidi kerajaan supaya mereka mendapat kemahiran dan
berpendapatan tinggi
c) Pemberian subsidi diberikan untuk meningkatkan produktiviti penanam padi dan
nelayan
d) Ketidakserataan pendapatan turut ditekankan untuk menurun ketakserataan antara
kaum
(iii) Dasar Wawasan Negara ( DWN )
Menggabungkan teras kritikal DEB dan DPN.
Objektif DWN:
a) Mencapai pertumbuhan mampan dan pengukuhan daya tahan ekonomi.
b) Mewujudkan masyarakat yang bersatupadu dan saksama.
Dimensi baharu dasar
a) Membangunkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai masyarakat berasaskan
pengetahuan.
b) Menjana pertumbuhan berasaskan sumber dan kekuatan temapatan serta FDI.
c) Membasmi kemiskinan kolompok miskin di kawasan terpencil. Contoh orang asli dan
kumpulan minoriti bumiputera di Sabah dan Sarawak.
d) Memncapai penyertaan bumiputera sekurang-kurangnya 30% pemilikan ekuiti
menjelang tahun 2020.
e) Meningkatkan penyertaan bumiputera dalam sektor ekonomi.
(iv) Dasar Pendidikan Negara
Bertujuan mencapai perpaduan.
Memelihara satu cara hidup demokrasi.
Membentuk satu masyarakat yang adil ( berkongsi kemakmuran negara sama rata ).
Membentuk satu budaya nasional.
Membina masyarakat maju berasaskan Sains & Teknologi.
( b ) Agensi-agensi Kerajaan
(i) Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM )
Berperanan memberi perkhidmatan pencegahan dan pemulihan isu-isu sosial serta
pembangunan masyarakat.
Objektif JKM
a) memberi perlindungan dan pemulihan kepada kumpulan sasar.
b) mewujudkan masyarakat berbudaya penyayang.
c) Meningkatkan kesejahteraan hidup melalui perkhidmatan kebajikan dan perkongsian
tanggungjawab.
Kumpulan sasaran ialah kanak-kanak bawah 18 tahun, OKU, Warga emas 60 tahun ke
atas, Orang papa, - Mangsa bencana alam dan pertubuhan sukarela kebajikan.
(ii) Amanah Ikhtiar Malaysia ( AIM )
Objektif atau tujuan utama ialah membantu golongan-golongan kurang berkemampuan
serta secara langsung dengan cara pengeluaran pembiayaian ikhtiar untuk menambahkan
pendapatan sampingan.
(iii) Baitulmal
Bertanggungjawab memantau dan prihatin terhadap permasalahan kemiskinan.
Hasil daripada kutipan zakat daripada umat Islam untuk mengurangkan kemiskinan tegar
dalam kalangan umat Islam.
Ekonomi Malaysia 57
Modul PdP Ekonomi Penggal 3
(iv) Agensi-agensi Pembangunan Wilayah
Menangani kemiskinan dan kemunduran luar Bandar serta mengurangkan migrasi
penduduk luar bandar ke Bandar
FELDA ( Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan ) menjalankan program pembangunan
tanah
FELCRA ( Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan ) penyusunan semula
kampung
RISDA ( Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah ) menggalakkan tanaman semula
getah
KEMAS ( Jabatan Kemajuan Masyarakat ) dengan kelas bimbingannya untuk membasmi
buta huruf
KARYANEKA untuk memasarkan kraftangan dan hasil industri kampung
(v) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ( FAMA )
mengawal dan menambahbaikan aktiviti pemasaran produk pertanian bagi memastikan
petani mendapat harga yang berpatutan untuk keluaran mereka
Menyediakan keperluan serta peralatan pertanian asas untuk meningkatkan pendapatan
golongan miskin terutama di luar bandar
Objektif FAMA
Membangunkan infrastruktur pemasaran dan sistem rantaian bekalan produk pertanian
yang cekap
Memacu keupayaan sumber manusia dalam pemasaran produk pertanian melalui aplikasi
pengetahuan dan teknologi terkini
Membangunkan pemasaran dan meningkatkan permintaan produk makanan Malaysia di
dalam dan luar negara
Merealisasikan matlamat Dasar Pertanian Negara menjadikan Malaysia pengeluar utama
makanan di dunia melalui peningkatan kecekapan pemasaran
( c ) Program-program Membasmi kemiskinan
(i) Program Pembangunan rakyat Termiskin ( PPRT )
Menyediakan pelbagai kemudahan untuk isi rumah miskin supaya mereka dapat
menjalankan kehidupan yang lebih baik.
Diperkukuhkan bawah Skim Pembasmian Kesejahteraan Rakyat Termiskin ( SPKR )
dalam menangani ketermiskinan, kemiskinan am serta kumpulan mudah miskin di
kawasan bandar dan luar bandar.
(ii) Program Rancangan Makanan Tambahan ( RMT )
Meningkatkan taraf pemakanan murid supaya golongan ini dapat menumpukan perhatian
sepenuh dalam pembelajaran di sekolah.
Bertujuan memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid
melalui makanan seimbang.
(iii) Skim Baucer Tuisyen ( SBT )
Memberi peluang bimbingan tuisyen secara berstruktur dan terancang kepada murid
miskin tahun 4,5 dan 6 yang lemah dalam BM, BI, Sains dan Matematik.
Membantu murid menguasai pengetahuan dan kemahiran asas dalam empat mata
pelajaran tersebut.
Ekonomi Malaysia 58
Modul PdP Ekonomi Penggal 3
PANDUAN MENJAWAB SOALAN [2]
BAHAGIAN A ( SOALAN ESEI ) [4]
Soalan
1 ( a ) Apa yang dimaksudkan dengan kemiskinan?
( b ) Jelaskan kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif.
Cadangan Jawapan
1(a)
Suatu keadaan seseorang tidak berkemampuan memenuhi piawaian minimum keperluan asas
yang meliputi keperluan makanan dan bukan makanan.
Pendapatan bulanan kurang daripada PGK.
1(b)
Kemiskinan mutlak ialah seseorang tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan minimum
berdasarkan pendapatan garis kemiskinan ( PGK ).
Pendapatan isi rumah tidak cukup untuk memperoleh keperluan asas seperti makanan,
pakaian dan tempat tinggal.
Kemiskinan relatif ialah perbandingan taraf hidup atau kebajikan sesuatu kumpulan
berbanding kumpulan lain.
Merujuk ketidaksamaan pendapatan antara kumpulan etnik, strata dan negeri.
BAHAGIAN B ( SOALAN KUANTITATIF )
Soalan
1. Jadual berikut menunjukkan taburan isi rumah di Bandar Z mengikut kelas pendapatan dan jenis
pekerjaan pada tahun 2012
Taburan isi rumah di Bandar Z mengikut kelas pendapatan
Kelas Pendapatan ( RM sebulan ) Bilangan isi rumah
499 dan ke bawah 20
500-999 28
1000-1499 18
1500-1999 12
2000-2499 7
2500 dan ke atas 5
Nota: Kemniskinan dan kemiskinan tegar di negara Z adalah RM 999 dan RM 499 pada
tahun 2012
a) Apakah maksud kemiskinan tegar ? [1]
b) Berapakah peratus isi rumah yang berada dalam kelas pendapatan RM 2 500 dan ke atas?
[2]
c) Hitung
( i ) kadar kemiskinan di negara Z. [2]
( ii ) kadar kemiskinan tegar di negara Z. [2]
d) Berikan tiga program yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan dalam usaha membasmi
kemiskinan ini. [3]
Ekonomi Malaysia 59
Modul PdP Ekonomi Penggal 3
Cadangan Jawapan
1(a)
Keadaan di mana pendapatan purata bulanan isi rumah kurang daripada PGK makanan.
1(b) x 100
Peratus isi rumah pendapatan RM 2 500 dan ke atas
=
= x 100 x 100
= 5.56% x 100
1(c)(i)
kadar kemiskinan di negara Z
=
= x 100
= 53.33%
1( c ) ( ii )
kadar kemiskinan tegar di negara Z
=
= x 100
= 53.33%
1(d)
Tiga program dalam membasmi kemiskinan
i) Program Pembangunan Rakyat Termiskin
ii) Program Rancangan Makanan Tambahan ( RMT )
iii) Skim Pinjaman Buku Teks ( SPBT )
Ekonomi Malaysia 60
Modul PdP Ekonomi Penggal 3
SOALAN PENGAYAAN [6]
BAHAGIAN A ( SOALAN ESEI )
1. Jelaskan tiga punca berlakunya kemiskinan di Malaysia
2. ( a ) Jelaskan sumber pendapatan berikut: [3]
i) Upah
ii) Harta pusaka [3]
iii) Bayaran pindahan
[2]
( b ) Bagaimanakah pekali Gini digunakan untuk mengukur agihan pendapatan? [2]
[2]
3. Terangkan dasar-dasar kerajaan berikut dalam membantu membasmi kemiskinan.
i) Dasar Ekonomi Baru
ii) Dasar Wawasan Negara
iii) Dasar Pendidikan Negara
4. Terangkan Jabatan kebajikan Masyarakat sebagai agensi kerajaan dalam membantu membasmi
kemiskinan. [6]
5. Jelaskan tiga program pembasmian kemiskinan. [6]
BAHAGIAN B ( SOALAN KUANTITATIF )
1. Jadual di bawah menunjukkan pendapatan isi rumah kasar bulanan purata berdasarkan kumpulan
etnik dan strata serta Gini di Malaysia bagi tahun 2009 dan 2012.
Kumpulan Etnik dan Strata Tahun
Pendapatan Nominal ( RM ) 2009 2012
Kumpulan Etnik:
3 624 4 457
Bumiputra 5 011 6 366
Cina 3 999 5 233
India 3 640 3 843
Lain-lain
Strata: 4 025 5 000
Malaysia 4 705 5 742
Bandar 2 545 3 080
Luar Bandar
Pekali Gini: 0.440 0.421
Bumiputra 0.425 0.422
Cina 0.424 0.443
India
a) i) Berikan definisi pekali Gini? [1]
ii) Rumuskan pekali Gini berdasarkan pada jadual di atas? [2]
b) Hitung jurang pendapatan tahun 2009 dan tahun 2012 antara
i) Bumiputra dengan etnik India.
ii) Bumiputra dengan etnik Cina. [4]
c) Apakah yang boleh anda rumuskan berdasarkan jawapan pada ( a ) ? [1]
d) Hitung jurang pendapatan antara bandar dengan luar bandar bagi tahun 2009 dan tahun 2012.
[2]
Ekonomi Malaysia 61
Modul PdP Ekonomi Penggal 3
2. Maklumat berikut menunjukkan pekali Gini mengikut kumpulan etnik di Malaysia tahun 2012
dan 2014.
Kumpulan Etnik Tahun
Bumptera 2012 2014
Cina 0.421 0.389
India 0.422 0.435
Lain-lain 0.443 0.396
0.435 0.433
Unit Perancangan Ekonomi
a) Apakah maksud pekali Gini? [2]
b) Tafsirkan pekali Gini mengikut etnik pada tahun 2012 [2]
c) Apakah rumusan yang boleh dibuat tentang perubahan pekali Gini Cina dan India pada tahun
2014. [2]
d) Jelaskan dua dasar yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan dalam membantu membasmi
kemiskinan . [4]
Ekonomi Malaysia 62