The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by majalahbess, 2019-12-20 00:20:45

KATA ALU

KATA ALU

KATA ALU – ALUAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Penerbitan majalah sekolah merupakan satu lambang atau gambaran sebenar tentang
scenario atau keadaansesebuah sekolah. Di samping itu, penerbitan majalah sekolah
juga menjadi lapangan yang amat sesuai kepada murid-murid untuk menghasilkan karya
dan meluahkan idea- idea kreatif bagi menggilap potensi diri. Paling utama, proses
penghasilan majalah sekolah juga mampu memupuk semangat kerjasama dan harmoni
dalam kalangan murid serta guru.
Sokongan dan komitmen warga sekolah turut dipersembahkan di dalam majalah ini. Semua
pihak memainkan peranan penting dalam merealisasikan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM) tahun 2013-2025. Saya amat yakin bahawa warga sekolah sedar, positif dan
dengan minda terbuka dapat menerima perubahan serta berusaha mengangkat martabat
pendidikan khususnya di daerah Kuantan selari dengan hasrat Kementerian Pendidikan
Malaysia.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua warga sekolah yang telah berusaha dengan
gigih untuk memastikan murid dan nama sekolah cemerlang di peringkat daerah, negeri
mahupun kebangsaan. Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan
matlamat menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada anak bangsa serta merealisasikan
aspirasi negara dalam menghasilkan kemenjadian murid selari dengan moto Pejabat
Pendidikan Daerah Kuantan,” Kuantan Peneraju Kecemerlangan”.

Sekian, terima kasih.

HAJI MIFTAH BIN HAJI SURIF., AMP
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KUANTAN

KATA ALU – ALUAN
PENGETUA SMK BESERAH

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita meneruskan penerbitan
Majalah Bayu Edisi ke-32. Sebelum meneruskan coretan, saya ingin mengucapkan setinggi-
tinggi penghargaan kepada semua ahli sidang redaksi yang bertungkus lumus menghasilkan E-
majalah pada tahun 2019 ini.
Sesungguhnya alam pendidikan kini amat mencabar. Anjakan paradigma dalam dunia
pendidikan ini bukan sahaja menuntut sekolah menjadi institusi pendidikan yang melahirkan
pelajar cemerlang tetapi guru-guru sebagai pendidik yang kreatif, inovatif, produktif serta
bersifat penyayang.Guru-guru sedemikian akan dapat menanam keyakinan pelajar untuk
mendekati guru dan seterusnya menganggap sekolah sebahagian daripada diri mereka.
Senada dengan itu, saya menaruh penuh keyakinan bahawa golongan pendidik SMK Beserah
bersedia untuk memberikan idea yang positif terhadap tuntutan dan cabaran pendidikan serta
pelaksanaan pengajaran abad ke-21 diterapkan dalam kelas.
Sejujurnya bagi saya, kelahiran majalah Bayu diharapkan dapat menjana pasukan kerja yang
mantap dan seterusnya meningkatkan komunikasi dan koordinasi yang begitu efektif antara
guru dan pelajar.
Akhir kalam, saya berharap agar semua warga SMK Beserah terus mempergiat usaha untuk
meraih kejayaan dalam semua bidang dan bersedia menghadapai cabaran alaf baru. Semoga
kita menjadi warga sekolah yang dirahmati Allah dan beroleh kejayaan dunia dan akhirat.

Sekian terima kasih,

PUAN HAJAH MAZNAH BINTI ARIFFIN
PENGETUA SMK BESERAH


Click to View FlipBook Version