BADAN PEMUAFAKATAN PENDIDIKAN MARA CAWANGAN MRSM LENGGONG MESYUARAT AGUNG KALI KE – 21 26 MEI 2023 9.00 PAGI DEWAN AL-ABQARI MRSM LENGGONG
2 ISI KANDUNGAN BIL PERKARA MUKA SURAT • KATA-KATA ALUAN PRESIDEN MUAFAKAT MARA MALAYSIA 3 • NOTIS MESYUARAT AGUNG 2023 4 • SENARAI JAWATANKUASA 2021 – 2023 SENARAI JAWATANKUASA 2023 – 2025 5 & 6 • AGENDA MESYUARAT AGUNG. 7 • MINIT MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT 2022 8 – 16 • LAPORAN TAHUNAN MUAFAKAT MRSM LENGGONG 2023 17 • PENYATA KEWANGAN 2022 & HURAIAN PERBELANJAAN 18 - 19 • PEMBENTANGAN USUL/CADANGAN 20 - 24 • LAMPIRAN 25-33 • PENGHARGAAN 34
3 KATA ALU-ALUAN PRESIDEN MUAFAKAT MARA MALAYSIA Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Alhamdulilah, terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah dan inayahnya dapat saya memberi sepatah dua kata sempena Mesyuarat Agung Tahunan MUAFAKAT kali ke- 21. Dikesempatan ini juga, saya amat berbesar hati merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan atas sokongan dan keprihatinan semua pihak yang hadir bersama-sama pada hari ini. Bagi pihak MUAFAKAT, saya yakin kehadiran tuan puan merupakan tanda sokongan yang tidak berbelah bagi dalam membantu merealisasikan objektif sektor pendidikan di bawah MARA. Pihak MARA telah menyediakan pelbagai program pengajian yang bersepadu dan komprehensif bagi melahirkan modal insan minda kelas pertama bertaraf global. Justeru, MUAFAKAT merupakan suatu wahana yang terbaik untuk permuafakatan antara komuniti yang terdiri daripada para ibu bapa atau penjaga dengan pihak institusi MARA. Gunalah peluang dalam mesyuarat MUAFAKAT ini untuk para ibu bapa menyuarakan pandangan dan pemikiran yang membina ke arah membantu pihak institusi MARA dalam mencapai objektif tersebut. Kerjasama yang jitu semua pihak dari pelbagai aspek demi kebajikan dan kemajuan anak-anak akan membuahkan hasil yang optimum dalam pembentukan kejayaan anak-anak. Akhir kata, syabas dan tahniah diucapkan kepada barisan kepimpinan MUAFAKAT cawangan atas komitmen dan kesungguhan untuk menjayakan mesyuarat pada kali ini. Saya berharap mesyuarat ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat memberi manfaat yang besar terutama kepada anakanak di bawah organisasi MARA. Semoga Allah sentiasa mengurniakan kekuatan dan petunjuk dalam setiap perjuangan kita. Sekian, wabilahi taufiq walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. YBHG. DATO’ SAYED ALFEIZAL SAYED AHMAD PRESIDEN MUAFAKAT MARA MALAYSIA SESI 2021-2023
4 Tarikh : 2 Mei 2023 Semua Ibu Bapa / Penjaga Pelajar MRSM Lenggong,Perak. Dato’/Datin/Tuan/Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG BADAN PEMUAFAKATAN CAWANGAN MRSM LENGGONG KALI KE-21 TAHUN 2023 Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Sukacita dimaklumkan bahawa Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Malaysia Cawangan MRSM Lenggong akan mengadakan Mesyuarat Agung seperti butiran di bawah : Tarikh : 26 Mei 2023 ( Jumaat ) Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Al-Abqari,MRSM Lenggong. Agenda : i. Aluan Pengacara Majlis ii. Ucapan dan Perasmian Mesyuarat Agung iii. Ucapan YDP Muafakat. iv. Membentang dan menerima Peringatan Mesyuarat Agung yang lalu v. Membentang dan menerima Penyata Tahunan vi. Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan (yang diaudit) vii. Pembubaran Jawatankuasa sesi 2021/2023 viii. Pemilihan Jawatankuasa Baharu sesi 2023/2025. ix. Memilih 3 orang wakil ke Mesyuarat Agung Kebangsaan (YDP/ Wakil :Wajib) x. Menerima dan membahas usul-usul xi. Hal-hal lain xii. Ucapan Penangguhan 3. Sehubungan dengan itu,borang kehadiran dan Usul Mesyuarat Agung Muafakat, akan diedarkan dalam bentuk ‘google form’ di alamat https://tinyurl.com/AGMMUAFAKATLENGGONG untuk dilengkapkan oleh pihak Dato’/Datin/Tuan/Puan pada atau sebelum 15 Mei 2023. Kesudian dan komitmen Dato’/Datin/Tuan/Puan menghadiri mesyuarat ini didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian. .................................................. MOHD ZAMRI BIN MAT LAZIM Setiausaha Badan Pemuafakatan Pendidikan MARA Cawangan MRSM Lenggong, Perak.
5 JAWATANKUASA MUAFAKAT SESI 2021-2023 PENASIHAT : PN. RAHMATUL AIDA BT AB RAHMAN YANG DIPERTUA : EN. SARUDIN B. ROHSELI TIMB. YANG DIPERTUA : EN.MOHD ZIKRUL HAKIM BIN NOOR SETIAUSAHA : EN. MOHD ZAMRI B MAT LAZIM PEN. SETIAUSAHA : PN. SITI SYAHIRAH BT AHMAD BENDAHARI : PN. NOORHIDAYAH BT A RAHMAN AJK IBU BAPA : EN. YAHYA BIN SHAARI ( BIRO TUGAS-TUGAS KHAS) PN. HASMAN BT SAMAN ( BIRO PEMBANGUNAN PELAJAR) TN. HJ ABD MAJID BIN ABD GHANI (BIRO AKADEMIK) PN. ZAINAH BT. AHMAD ( BIRO PEMBANGUNAN PELAJAR) EN. MOHD RIZAL BIN ALI ( BIRO PEMBANGUNAN BAKAT) EN. AZRIL AZAM BIN ABDUL RAHIM ( BIRO PEMBANGUNAN BAKAT) EN. MOHAMAD AZHAN BIN MOHAMAT AMIN (BIRO AKADEMIK) AJK GURU : EN. HANIFF BIN CHE HUSSIN (TPPP) PN. ZURINA BT SUKADIS (TPKA) DR. MOHD RADZI BIN TAIB (TPPB) USTAZAH MAWADDAH BT MOHAMED (GURU) CIK SITI FATIMAH BT CHE ME (GURU) EN. MOHD FARHAN BIN JAMLI (GURU)*PENGERUSI TETAP EN. ALI BIN SHAFIEE (KJ SAINS SOSIAL) *TIM. PENGERUSI TETAP JURUAUDIT : PN. NOR AZILA BT. ABDULLAH CHEK : EN. MOHD A’ASIM B SOLAHUDDIN (GURU)
6 JAWATANKUASA MUAFAKAT SESI 2023-2025 PENASIHAT : ENCIK RUSIDI BIN MUSTAPHA YANG DIPERTUA : _________________________________ TIMB. YANG DIPERTUA : _________________________________ SETIAUSAHA : PN. SITI SYAHIRAH BT AHMAD (KAUNSELOR) PEN. SETIAUSAHA : CIK SYARIFAH MAHANI BINTI SYED SYAHRILL(GURU) BENDAHARI : USTAZAH MAWADDAH BT MOHAMED (GURU) AJK IBU BAPA : 1. _______________________________ 2. _______________________________ 3. _______________________________ 4. _______________________________ 5. _______________________________ 6. _______________________________ 7. _______________________________ AJK GURU : EN. HANIFF BIN CHE HUSSIN (TPPP) PN. ZURINA BT SUKADIS (TPKA) DR. MOHD RADZI BIN TAIB (TPPB) PN. SURIATI BT IBRAHIM ( KETUA JABATAN BAHASA) CIK SITI FATIMAH BT CHE ME (GURU) EN. MOHD ZAMRI B MAT LAZIM (GURU) JURUAUDIT : ___________________________________( IBU BAPA ) : EN. MOHD A’ASIM B SOLAHUDDIN (GURU)
7 ATUR CARA MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT MRSM LENGGONG KALI KE-21. 26 MEI 2023 8.30 am - Pendaftaran Perwakilan dan Pemerhati 9.00 am - Kata Alu-aluan Pengerusi Majlis - Bacaan Doa - Ucapan dan Perasmian oleh puan Pengetua. Agenda mesyuarat agung: - Aluan Pengacara Majlis - Ucapan dan Perasmian - Ucapan Aluan Pengerusi - Membentang dan menerima Peringatan Mesyuarat Agung yang lalu - Membentang dan menerima Penyata Tahunan - Membentang dan menerima Penyata Kewangan Tahunan (yang diaudit) - Memilih 3 orang wakil ke Mesyuarat Agung Kebangsaan (YDP/ Wakil :Wajib) - Pembubaran Jawatankuasa sesi 2021/2023. - Pemilihan Jawatankuasa Baharu sesi 2023/2025. - Menerima dan membahas usul-usul - Hal-hal lain - Ucapan Penangguhan 12.00 pm - Bersurai
8 MINIT MESYUARAT AGUNG MUAFAKAT CAWANGAN MRSM LENGGONG KALI KE - 20 TARIKH : 28 Mei 2022 MASA : 9.00 Pagi TEMPAT : HYBRID (BILIK SEMINAR) AGENDA MESYUARAT 1. UCAPAN PENGERUSI MESYUARAT 2. ALU-ALUAN PENGETUA 3. MEMBENTANG DAN MENERIMA PERINGATAN MESYUARAT AGUNG YANG LALU 4. MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA TAHUNAN 5. MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN TAHUNAN ( YANG TELAH DIAUDIT ) 6. MEMILIH 3 ORANG WAKIL KE MESYUARAT AGUNG KEBANGSAAN (YDP/WAKIL : WAJIB) 7. MENERIMA DAN MEMBAHAS USUL-USUL. 8. MENERIMA DAN MEMBAHAS PINDAAN PERLEMBAGAAN (JIKA ADA) 9. UCAPAN PENANGGUHAN
9 AGENDA MESYUARAT : 1.0 : UCAPAN PENGERUSI 1.1 Mesyuarat dipengerusi oleh YDP Muafakat, En Saruddin bin Rohseli. Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa muafakat yang menjayakan mesyuarat agung muafakat kali ke 20. 1.2 Pengerusi juga mengucapkan terima kasih kepada ibubapa yang meluangkan masa menyertai mesyuarat. 2.0 : UCAPAN PENGETUA 2.1 Puan pengetua mengucapkan terima kasih kepada semua yang turut hadir dalam mesyuarat agung pada kali ini. 2.2 Puan Pengetua mengharapkan mesyuarat agung kali ke - 21 boleh dibuat secara bersemuka. 2.3 Pengetua memaklumkan seramai 327 orang pelajar menerima anugerah penghormatan pengetua. Seramai 3 orang pelajar mendapat anugerah pengetua dengan memperoleh 4.0. 2.4 Anugerah guru yang mencapai sasaran yang ditetapkan oleh maktab adalah guru yang mengajar tingkatan 4 dari unit bahasa inggeris. 2.5 Puan memaklumkan pelajar baru sahaja selesai menjalani ujian selaras 1 bagi tingkatan 2 – 5. Manakala, ujian selaras 2 akan berlangsung pada 5 – 8/7/2022. 2.6 Puan juga memaklumkan pasukan kor kadet polis MRSM Lenggong telah mendapat Naib Johan info grafik cegah jenayah peringkat MRSM semalaysia. 2.7 Maktab telah menjemput Dr Sharifah Mazlina bagi merasmikan program hari bumi peringkat Maktab. 2.7 Puan pengetua berharap ibu bapa dapat menyumbang dalam tabung muafakat untuk frasarana Maktab. 2.8 Pengetua juga mengingatkan ibu bapa supaya sama – sama membantu dalam meningkat pencapaian anak – anak pelajar. 3.0 : MEMBENTANG DAN MENERIMA PERINGATAN MESYUARAT AGUNG YANG LALU 3.1 Setiausaha membentangkan Minit Mesyuarat kali ke - 18 (22 Mac 2019) yang lalu dan telah diedarkan kepada semua ahli melalui telegram.
10 4.0 : MEMBENTANG DAN PENERIMA PENYATA TAHUNAN 4.1 : Setiausaha membentangkan Laporan Aktiviti Badan Muafakat bermula bulan Oktober 2021 – April 2022. Pencadang : Kamariah binti Abdul Syukur Sokongan : Za’ba bin Zainal Abidin AGENDA 5 : MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN 5.1 : Bendahari membentangkan Penyata Kewangan Badan Muafakat MRSM Lenggong yang berakhir pada 31/12/2021. Pendapatan RM 26,740.00 Perbelanjaan RM 14,900.00 Baki pada 1/1/2021 RM 16,087.92 Pencadang : Za’ba bin Zainal Abidin Sokongan : Romzi bin Hj Sen AGENDA 6 : PEMILIHAN WAKIL KE MESYUARAT MUAFAKAT KEBANGSAAN 6.1 : Ahli mesyuarat bersetuju dengan cadangan daripada En. Mohd Zamri Bin Mat Lazim mencadangkan Pemilihan wakil ke Mesyuarat Muafakat Kebangsaan adalah : 1. YDP Muafakat : En- Sarudin Bin Rohseli 2. NYDP Muafakat : En.Mohd Zikrul Hakim Bin Noor 3. Setiausaha Muafakat : En Mohd Zamri Bin Mat Lazim AGENDA 6 : MENERIMA DAN MEMBAHAS USUL-USUL 1 : PN NOR AZIAN BINTI YAHAYA Mengadakan kursus motivasi jati diri untuk pelajar.Meningkatkan keyakinan diri pelajar untuk bergaul dan membuat keputusan serta dapat bekerjasama dalam satu pasukan. JAWAPAN Program motivasi dah bersama seawal bulan Februari 2022 dan akan berterusan sehingga Disember 2022.
11 2 : MOHD RIZAL BIN ALI 1. Mencadangkan agar peraturan sop KKM diteruskan dan diguna pakai seperti biasa demi menjamin kesihatan dan keselamatan pelajar dan pentadbir didalam maktab walaupun ianya kini dilonggarkan. 2. Mencadangkan agar pentadbir homeroom melakukan pemeriksaan berkala ke atas setiap telefon bimbit yang dibawa oleh pelajar bagi memastikan aplikasi yang ada bukanlah aplikasi games, lucah, tidak berfaedah dan tidak bermoral. Hanya pplikasi yang membantu menambahbaikkan pelajaran yang dibenarkan. mohon ibu bapa pantau juga dari rumah.Demi pembelajaran yang kondusif, menjamin keselamatan dan kesihatan pelajar dan pentadbir. JAWAPAN 1. Pihak maktab sentiasa mengingatkan pelajar agar patuh kepada sop sedia ada agar dapat mengelakkan dari jangkitan covid yang tidak terkawal. Setakat ini, kes covid rendah dan terkawal. Pelajar yang ada simptom diasingkan di sickbay. 2. Akan dijawab di usul 6. 3 : PN NORHASLINDA BINTI MOHAMED ABAS Harap loker di dorm dapat diperbaiki. JAWAPAN Kerosakan asrama merupakan keutamaan kepada maktab. Laporan yang dihantar ke pejabat akan diambil tindakan segera. Kes asrama putera kebanyakan loker kes kunci hilang dan tidak membuat laporan dan mengambil tindakan sendiri dengan memecahkan loker. Kesannya pintu akan bengkok dan tercabut. Pihak maktab telah meminta dana untuk membeli loker baru dan buat masa sekarang hanya membaiki sahaja. Pengetua meminta ibubapa mengingatkan anak-anak supaya membuat aduan kepada pejabat sekiranya kunci loker hilang atau sebagainya. Sekiranya aduan tidak dibuat tindakan tidak dapat diambil. 4 : EN SYED MOHAMMAD KHAIRIL Mohon pertimbangan MRSM Lenggong meminta bantuan MARA untuk mendapatkan harga baju batik dengan harga yang lebih berpatutan.saya rasa MARA tentunya mempunyai usahawan di bawah mara yang menjual baju batik. - Untuk mendapatkan harga baju batik yang lebih berpatutan. JAWAPAN Pengetua memilih kain satin supaya memudahkan pelajar. Harga bagi pelajar lelaki RM 65 manakala pelajar perempuan RM80. Harga ini sudah berpatutan. Pembelian ini dibuat dengan jakel bagi pelajar yang tidak berkemampuan dan memudahkan ibubapa yang tidak mampu untuk membeli boleh berurusan dengan pihak maktab atau koperasi MRSM Lenggong. 5 : PN NORSHAFARAZ BT ABDULLAH SANI 1. Penambahbaikan locker di bilik asrama 2. Kebanyakan locker agak tidak memuaskan( pintu tercabut, tidak boleh dikunci dan lantainya tidak rata) JAWAPAN Telah dijawab di usul 3.
12 6 : PN AZFILA BT MD LADZIM / EN MUHAMMAD KAMARUL FAZLI BIN CHE DAUD / EN MOHD HOZAMIL BIN ALIPIAH / PN NOR AZILAH BT ABDULLAH Mengehadkan penggunaan smartphone kepada pelajar atau pelajar hanya dibenarkan menggunakan telefon basic sahaja sepenjang belajar di MRSM Lenggong. Pelajar terlalu muda untuk diberi kebebasan menggunakan smartphone tanpa kawalan ibubapa. Perkara ini juga boleh mendatang pelbagai masalah dalam penyalahgunaan smartphone seperti bermainan game sehingga lewat malam, Menonton perkara terlarang dan boleh menimbulkan masalah sosial dalam 17 kalangan pelajar. Selain itu, pelajar juga tidak dapat focus kepada akademik sebaliknya leka dan lalai dengan smartphone masing-masing. Ini menimbulkan kerisauan semua ibubapa yang jauh dari anak – anak. JAWAPAN SOP penggunaan peranti dari MARA adalah tidak wajib. Ada sebilangan pelajar yang tidak membawa smarthone. Itu bergantung kepada ibubapa samada membenarkan atau tidak. Pihak maktab telah membuat servey penggunaan smartphone kepada guru, hasil servey menunjukkan ramai guru yang menyokong dan membenarkan ekoran rama guru yang telah mahir dan penggunaan aplikasi dari sesi PDPR. Oleh sebab itu, pihak maktab membenarkan pelajar membawa smartphone atas tuntutan semasa. Dalam masa yang sama pihak maktab akan cuba memberi pendedahan penggunaan smartphone secara berhemah bagi meningkatkan prestasi akademik pelajar. Program tersebut telah pun dilaksanakan bersama motivator jemputan. Selain itu, pihak guru juga seringkali mengingatkan pelajar tentang penggunaan smartphone. 7 : EN SYED JAMAL B HJ VEERA SHAIB 1. Isu bekalan air ( tekanan rendah) 2. Kemudahan jalur lebar (disediakan oleh pihak mara / sykt telekomunikasi) 3. Program peningkatan akademik ( persedian maktab utk pelajar ting 4 & ting 5) JAWAPAN 1.Tekanan air di aspuri kuat mungkin berlaku tekanan air rendah peak hour atau air tengah refill dalam tangki air. 2. MARA telah menyediakan jalur lebar berkelajuan 10 mbps. Perkara ibi telah menjadi isu dan MARA dalam pertimbangan untuk meningkatkan kepada 100 mbps. 3. Program PGG telah berjalan seawal bulan mac bermula dari tingkatan 1 – 5. Bagi tingkatan ada tambahan subjek – subjek khas juga dimasukkan dalam waktu PGG. 8 : EN. MUHAMMAD RHADI BIN IDRIS Benarkan penggunaan telefon bimbit dan pembelian secara e-wallet seperti touch & go di koperasi dan lainlain.Penggunaan e-wallet dapat mengurangkan risiko kehilangan wang tunai dan memudahkan urusan jual beli di sekolah. pendaftaran e-wallet seperti touch and go sama ada dari pihak pembeli atau penjual juga agak pantas dan mudah JAWAPAN Pengetua bercadang untuk menggunakan e-wallet tetapi pihak maktab ada kekangan yang tidak dapat dielakkan. Maktab dalam proses menggunakan qr – code maybank. Pihak bank telah pun menjemput pihak maktab untuk taklimat di Gerik pada 2 jun 2022.
13 9 : PN NURUL AYUNI Pembukaan semula kayak, rock climbing dan petting zo0 supaya jadual harian anak- anak aktif dengan aktiviti-aktiviti yg digemari dan tidak hanya aktiviti makan dan bermain dengan smartphone semata-mata. JAWAPAN Aktiviti kayak dan rock climbing adalah aktiviti di PUSKEP. Puskep bukan di bawah MRSM Lenggong tetapi banyak program pelajar yang dibuat di situ antaranya Kem kepimpinan Badan Kepimpinan Pelajar. Tambahan lagi, kita tengah merancang program di puskep bagi pelajar tingkatan 1 dan 2. Bagi petting zoo, kos yang tinggi untuk penyelenggaraan dan kebimbingan kepada masalah kesihatan penyakit berjangkit yang dibawa oleh binatang. 10 : MD RUZANIL BIN MD KARIM Menu makanan disediakan terbaik tetapi kualiti masakan makanan di dewan makan perlu di tingkatkan. bukan tak baik tapi perlu penambahbaikan berdasarkan maklumat rungutan daripada pelajar. JAWAPAN 1 Jun 2022 MRSM Lenggong akan menerima kontrak baru selama 2 tahun. Menu pelajar akan bertukar. BPM baru sahaja meluluskan kontrak baru dan kontraktor tersebut baru sahaja berjumpa dengan pihak Maktab. 11 : EN MOHD FAISAL BIN ABDUL RASHID Audit 6 bulan sekali bersama, antara muafakat dan pihak maktab ke atas fasiliti asrama, terutama tandas. Ini penting untuk memastikan kemudahan tandas yang ada sesuai dengan jumlah pelajar Banyak tandas yang rosak. JAWAPAN MARA sendiri mempunyai jawatankuasa pelawat asrama daripada pihak MARA Daerah dan Negeri yang akan membuat lawatan ke asrama 3 bulan sekali. Tarikh yang terdekat bagi lawatan tersebut adalah pada jumaat minggu hadapan untuk memantau surau, dewan selera dan asrama. Jawatankuasa pelawat ini akan membuat laporan dan dihantar ke ibu pejabat. Dari laporan tersebut ibu pejabat akan memperuntukan dana bagi membaik pulih prasarana Maktab yang perlu diperbaiki. Tandas yang berada di bawah aspuri diselenggara secara berkala setiap bulan. Apa yang didapati dari penyelenggaraan itu adalah masalah rambut yang menyebabkan tersumbat dan itu memerlukan bajet yang besar. 12 : PN NADIRAH BT MOHAMED Mansuhkan prep petang.kasihan pelajar, tidak mendapat rehat secukupnya. JAWAPAN Kelas prep petang telah wujud sejak dahulu sehingga sekarang pada waktu petang dan malam. Pada waktu tersebut adalah waktu pelajar meyiapkan tugasan, mengulang kaji dan sebagainya.Ada tingkatan yang sudah bermula dengan kelas PGG dimana guru akan masuk ke kelas bagi memantau pelajar supaya tidak tidur dan bermain telefon.
14 13 : EN MOHAMAD YUSOF BIN AHMAD NORDI Menambah lokasi hentian bas pulang bermalam atau pulang bercuti di lembah Klang. Salah satu lokasi yang saya cadangkan ialah di Masjid al-Ikhlas Seksyen 13 Shah Alam Selangor. - Memudahkan ibu bapa di kawasan shah Alam, Puchong dan Klang. - Kemudahan meletak kenderaan yang luas. - Lokasi ini juga menjadi pilihan MRSM lain untuk menurun dan mengambil 18 pelajar seperti MRSM SAS, MRSM Parit dan lain-lain. JAWAPAN Cadangan ini memerlukan kakitangan yang mencukupi dan perkara ini boleh dipertimbangkan. USUL 14 : PN JUN DASIMA BINTI ZAINAL ABIDIN Tambah barangan di koperasi (food drinks) JAWAPAN Vendor mesin yang kedua sedang dipasang pada di Dewan selera. USUL 15 : PN KOMADI BINTI SOBARI Mohon pihak maktab pertimbangkan semula , untuk melonggarkan aktiviti hingga lewat malam khususnya bagi anakanak tingkatan 1.Ada sebahagian pelajar yg rasa tertekan kerana terkejut dan tidak dapat menyesuaikan diri. Untuk tingkatan 2 dan ke atas.ok je sebab mereka dah terbiasa JAWAPAN Pelajar tingkatan 1 perlu menyesuaikan diri dengan jadual aktiviti di Maktab. Di mana aktiviti prep malam adalah waktu untuk pelajar menyiapkan tugasan dan ada ketikanya prep digantikan dengan aktiviti – aktiviti semasa maktab. 16 : PN SAHARUDIN ISHAK 1. Laluan pelajar perempuan ke dewan besar semasa mengambil makan waktu iftar perlu diubah kerana bila hujan tempias masuk ke dalam tray makanan (terjadi kepada pelajar perempuan tingkatan. 2. Makan malam jam 6 seeloknya nasi supaya pelajar lebih kenyang. JAWAPAN 1. Pelajar tingkatan 1 dan 2 ditempatkan makan di dewan besar semasa puasa tetapi laluan sepanjang ke sana adalah laluan berbumbung. Untuk di hari biasa semua pelajar akan makan bersama di dewan selera. 2. 62 kali makan nasi dalam sebulan berkuatkuasa pada bulan jun 2022. Harga makan bagi seorang pelajar mencecah RM 20 sehari.
15 17 : PN NOR HAYATI Status minum air coway tidak mencukupi untuk menampung keperluan pelajar yang sedia ada. JAWAPAN Dewan selera telah menyediakan air secukupnya dan mesin coway mempunyai 10 dan untuk menambah bilangan mesin coway memerlukan jumlah bajet yang besar. Mesin coway yang sedia ada ini didahulukan bayaran oleh muafakat atas sebab hutang tertunggak pelajar yang tidak dibayar. Sekiranya berlaku toada air mungkin disebabkan oleh tekanan air. 7 : HAL – HAL LAIN 7.1 : Pn Nor Hayati mencadangkan supaya mesin air berbayar disediakan oleh pihak maktab. JAWAPAN - Pihak maktab akan mempertimbangkan cadangan tersebut. 7.2 : En. Khairul Zaman bin Osman memaklumkan sistem e -hutang tidak dikemaskini bagi ibu bapa yang telah membuat bayaran. JAWAPAN - Sistem dikendalikan oleh PIC maktab pelajar boleh menunjukkan resit tersebut kepada PIC guru dan akan dikemaskini oleh PIC tersebut. 7.3 :En Jamal menyarankan kepada ibu bapa supaya menambah bayaran duit coway dari RM 30 setahun kepada RM 50. Sekiranya ditambah kepada RM 50. Apakah cadangan sekolah? JAWAPAN - Pihak maktab akan menyediakan mesin air berbayar untuk penambahan mesin air kepada pelajar. Ibu bapa tidak perlu membuat bayaran tambahan. Bayaran coway RM30 setahun dikekalkan. 7.4 :Pn Azliana binti Abdullah mencadangan tambahan coway di setiap aras asrama dan juga cadangan menambah kerusi dan meja study di asrama. JAWAPAN - Air coway hanya mampu disediakan di aras bawah sahaja berikutan tekanan air di aras lain agak kurang meberangsangkan. - Pihak maktab tidak mempunyai bajet dan akan dimohon kepada ibu pelajabat MARA. 7.5 : En Zaba mencadangkan pelantikan AJK ibubapa untuk setiap batch. JAWAPAN - AJK muafakat bersetuju melantik AJK bagi setiap batch tingkatan terutamanya tingkatan 1.
16 8 : MENERIMA DAN MEMBAHAS PINDAAN PERLEMBAGAAN (JIKA ADA) Tiada pindaan perlembagaan yang dibahaskan. 9 : UCAPAN PENANGUHAN 9.1 UCAPAN PENGETUA MRSM LENGGONG. 9.1 Pengetua memaklumkan MRSM Lenggong memerlukan dana sebanyak 35 ribu untuk menukar karpet surau yang baru. Tetapi perkara ini hanya makluman secara dalam dengan semua ibu bapa. Pengetua mengharapkan perkara ini tidak diviralkan. 9.2 Penghawa dingin di surau juga memerlukan penukaran baru. Buat masa sekarang pihak maktab akan mengambil penghawa dingin dari dewan besar kerana pelajar lebih kerap berada di surau memandang pelajar solat setiap waktu di situ. MARA hanya memperuntukan bajet hanya untuk pembelian 2 unit penghawa dingin yang baru sahaja. 9.3 Puan pengetua mengharapkan AGM pada tahun 2023 akan dibuat secara hybrid bagi meraikan ibu bapa yang tidak dapat hadir. 9.4 YDP Muafakat mengucapkan terima kasih kepada pengetua, semua timbalan pengetua dan team teknikal yang menjayakan mesyuarat muafakat secara maya pada kali ini. 9.5 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 tengah hari dan diakhiri dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al-Asr. Disediakan oleh : Disemak oleh : ( MOHD ZAMRI BIN MAT LAZIM ) (SARUDIN BIN ROHSELI) Setiausaha Muafakat Yang Dipertua Muafakat MRSM Lenggong MRSM Lenggong
17 LAPORAN TAHUNAN MRSM LENGGONG Senarai aktiviti Muafakat MRSM Lenggong dari Mei 2022 hingga Mei 2023. BIL AKTIVITI TARIKH/TEMPOH 1 Mesyuarat Agung Tahunan cawangan 28 Mei 2022 2 Mesyuarat Agung Muafakat Kebangsaan 03 Dis. 2022 3 Mesyuarat AJK Muafakat MRSM Lenggong 14 Jan. 2022 20 Mei 2022 09 Dis. 2022 17 Mei 2023 4 Kejohanan Catur Program 1000 Liga anjuran Pejabat Belia dan Sukan dan Muafakat MRSM Lenggong 25 Sept. 2022 5 Kejohanan Catur Kebangsaan Piala Muafakat&Kelab Kilat TNB 08 Okt. 2022 6 Penganjuran Program Kerana Dirimu Begitu Berharga 17 dan 24 Sept.2022 7 MRSM & KPM Got Talent 29 Okt. 2022 8 Majlis Solat Hajat dan Bacaan Yaasin MRSM Se-Malaysia. 28 Jan. 2023 9 Kutipan derma surau 2022/2023 10. Sumbangan : 1. Kejohanan Ragbi Zon 14 MRSM. 2. Insentif pasukan Hoki peringkat kebangsaan. 3. Kejohanan Ragbi Inter MRSM Se- Malaysia. 4. Sukan Guru dan Kakitangan GURKA. 5. Sistem Bas 6. Elaun Latihan Kawad Kadet Polis. 7. Runding cara akademik. 8. Bengkel Akreditasi Debat 9. Hari Keluarga MRSM Lenggong 10. Program Gerak Gemilang 2022 11. Pembelian peralatan taekwondo dan elaun jurulatih. 12. Jamuan Hari raya MRSM Lenggong 13. Bayaran penceramah Hari Bumi 14. Derma Kematian 15. Cenderahati Kejohanan sukan 16. Bayaran Perunding motivasi 17. Pembelian set catur 18. lenggong 2 Dekad
18 PENYATA KEWANGAN BADAN PEMUAFAKATAN MRSM LENGGONG BAGI TAHUN BERAKHIR 31/12/2022 Debit (RM) Kredit (RM) Baki pada 1/1/2022 RM 7,748.92 Pendapatan Yuran Pelajar 2020 2,250.00 Yuran Pelajar 2021 12,950.00 Yuran Pelajar 2022 21,380.00 Yuran Guru 600.00 Tiket Bas PB 30 Ogos - 11 Sept 5,720.00 Tiket Bas PB 21 - 26 Okt 6,480.00 Tiket Bas PB 17 - 20 Nov 7,380.00 56,760.00 Sumbangan - 64,508.92 Tolak Perbelanjaan Bayaran Perasmi Majlis Graduasi 680.00 Hadiah Perpisahan TPPB 72.00 Bayaran Penceramah Hari Bumi 700.00 Jamuan Hari Raya MRSM Lenggong 500.00 Majlis Anugerah Penghormatan Pengetua Sem 2, 2021 450.00 Yuran Pusat Muafakat 3,432.00 Jamuan Makan AGM Muafakat 358.00 Derma (Kematian) Chinta Dania Qistina Kelas 203 100.00 Sumbangan Cenderahati Kejohanan Sukan MRSM Lenggong 696.00 Thursia Land & Services 1,200.00 Bayaran Perunding motivasi 1,500.00 Sumbangan Set Catur 1,995.00 Sumbangan Prog Bola Jaring MSSPK 60.00 Sumbangan Bola Badminton 100.00
19 Sumbangan Prog Tennis MSSPK 150.00 Sumbangan Jamuan Lenggong 2 Dekad 1,800.00 Sumbangan Kejohanan Olahraga MRSM Se Malaysia 500.00 Saguhati Penceramah Subjek Bahasa Melayu 100.00 Sumbangan Kejohanan Ragbi MSSPK 2022 250.00 Sumbangan Pembelian Peralatan Hoki Inter MRSM 182.00 Sumbangan Kejohanan Ragbi Zon 14 MRSM 250.00 Sumbangan Intensif Pasukan Hoki Peringkat Kebangsaan 340.00 Kejohanan Ragbi Inter MRSM Se Malaysia 300.00 Program Kerana Dirimu Begitu Berharga 3,867.00 Kejohanan Catur Terbuka 2022 450.00 Yuran Kejohanan Catur Terbuka 2022 300.00 Majlis Anugerah Penghormatan Pengetua 3,850.00 Sumbangan Sukan GURKA 2022 500.00 Bayaran Sewaan Bas / Van 11,550.00 Sistem Bas 301.50 Elaun Latihan Kawad Pasukan Kadet Polis 400.00 Sumbangan Makan Minum Runding Cara Akademik 1,880.00 Belanja Untuk Program MRSM Got Talent 1,550.00 Ceramah Bengkel Akreditasi Debat 500.00 Sumbangan Hari Keluarga 2022 500.00 Elaun Telefon KGA 1,200.00 Elaun Menghadiri AGM Muafakat 490.00 Program PGG 2022 3,700.00 Sumbangan Peralatan Taekwando 2,500.00 49,253.50 Baki Pada 31/12/2022 15,255.42 Disediakan Oleh: Diaudit Oleh : NOORHIDAYAH BINTI A RAHMAN MOHD A'ASIM BIN SOLAHUDDIN Bendahari Juruaudit (Wakil Guru) NOR AZILA BINTI ABDULLAH CHIK Juruaudit (Wakil Ibu bapa)
20 SENARAI USUL/CADANGAN MESYUARAT AGUNG 2023 BIL NAMA USUL/CADANGAN SEBAB USUL/CADANGAN JAWAPAN USUL 1 Pn. Hasmah bt Saman Azhar Muhammad Nor Isfaridza Rosle Penyambungan perkhidmatan COWAY. Ketiadaan air panas di mesin Coway Perbanyakkan coway Kemudahan pelajar Bil mesin Coway ada 10 unit. Tamat kontrak 5 tahun pada Sept 2023. - Ambil masa untuk refill. - Amat disokong 2 Junnaidah bt Nordin Noraini Mohamad Sukirman sekiranya pihak maktab dan muafakat dapat menyediakan transport untuk anak-anak maktab keluar outing ke pekan Lenggong.guna sistem berbayar pergi balik seperti PB yang pihak muafakat dan maktab sediakan sama ada van atau bas ikut kesesuaian. senang dan mudah serta keselamatan anak-anak lebih terjaga dan terjamin Telah disediakan van maktab dan van koperasi. Kekangan yang dihadapi adalah kekurangan pemandu. 3 Siti Khadina Azura Binti Mustafa Tambah water pump di aspuri utk melajukan tekanan air Masalah tekanan yang rendah menyukarkan anak-anak yang berada di blok aspuri Terdapat kerosakan pada tangki asrama dan telah di ambil tindakan. 4 Syed Jamal b Hj. Veera Shaib Penggunaan Debit kad Memudahkan urus niaga di kantin / koperasi Program cashless/transaksi tanpa tunai oleh Bank Rakyat dan BSN. 5 Mohd Asrul Izzat bin Yahaya Siti Marwiah Binti Mohammad Latiff Mesin kering baju (dryer) Baju yang dibasuh selalu berbau hapak kerana lambat di jemur atau di keringkan pabila menggunakan perkhidmatan dobi koop. 1. Dapat menjimatkan masa pelajar untuk turun menjemur baju, 2. Dapat mengelakkan pelajar untuk menjemur pakaian di dalam bilik Baju dibasuh bermula 9.30 pagi dan diambil pelajar selepas kelas 1 petang.Berbau busuk mungkin kerana pelajar lambat ambil. Servis dryer tidak disediakan di dobi.Namun ada mesin dryer layan diri disediakan di aspura dan aspuri.
21 sekali gus dapat menjaga kesihatan pelajar lain yang tinggal sebilik daripada terus terkena jangkitan hama pepijat disebabkan oleh pakaian yang lembap 6 Salina binti Mohd Arifin 1. Hari pembentangan prestasi akademik (report card day) 2. Kongsikan Senarai pelajar yang menerima Anugerah Penghormatan Pengetua. 1.Supaya ada komunikasi 2 hala antara guru dan ibu bapa 2. Motivasi untuk pelajar dan ibu bapa Rundingcara Akademik : Sem . 1 : 21/7/2023 Sem 2 : 2/11/2023 Dikongsikan dalam group telegram ibu bapa dan Muafakat. 7 Siti Hajar binti Abdul Latip Kekalkan AJK yang sedia ada 8 Mansor Bin Ab Wahab Mohd Jihad bin Shaidan Khadri 1. Sediakan plug untuk cas hp di dalam bilik 2. timer elektrik tidak perlu ikut peraturan lama kerana sekarang musim panas Isu timer di asrama 1. Bagi mengelakkan salah guna rakan (guna kredit panggilan tanpa maklum) dan kehilangan 2. Reset timer off di bilik ketika kelas dan waktu prep (pelajar tiada di bilik) Waktu cuti pelajar berada di bilik tidak perlulah off electrik kesian pelajar berpanas. Jika pelajar sakit demam pelajar rehat dan perlukan kipas. Plug dalam bilik tidak disediakan. Timer dipasang ketika waktu kelas,prep petang dan prep malam.Pada waktu itu, semua pelajar tidak dibenarkan berada di asrama. Kalau sakit akan ke ‘sick bay’. 9 Rohana binti Mohd Japaii 2) seterika yang boleh berfungsi tetapi tidak efektif kerana tapak seterika ada kesan terbakar sebelum ini. 3) langkah –langkah sekiranya pelajar demam/covid sebelum dibawa pulang oleh ibu bapa 1) aduan dlm group f1 2) aduan anak tentang seterika 3) kebimbangan sesetengah ibu bapa yg kurang faham mengenai proses anak sakit Seterika di asrama dibeli baru setiap tahun. Pelajar terlibat covid diuruskan mengikut SOP yang disediakan di maktab. 10 HR kurang aktif.
22 Nur raihana abd rahim Meminta guru HR lebih aktif berkongsi gambar pelajar jika ada terlibat dlm aktiviti/program khas di maktab. Inisiatif guru HR masingmasing. 11 Zainurin bin Noordin Kerosakan siling asrama lelaki mohon dibaiki segera. Disebabkan kerosakan itu, kelawar telah membuat sarang dan najis bertaburan dilantai asrama dan dibimbangi boleh mendatangkan penyakit berjangkit kepada pelajar. Akan segera diambil tindakan pembaikan. 12 Nor Azian binti Yahaya Saya ingin mengusulkan agar diadakan kelas tambahan berbayar untuk subjek math dan sains bagi pelajar tingkatan 3. Tenaga pengajar pihak MRSM Lenggong boleh cadangkan. Kelas tambahan ini tidak wajib dan adalah pilihan bagi penjaga/ ibu ayah. Bagi kelas tambahan ini perlu memandangkan modul math dan sains perlukan pemahaman dan latih tubi yg lebih bagi pelajar yang lemah subjek ini. Kelas tambahan/Program Gerak Gemilang telah diadakan untuk semua pelajar dari tingkatan 1 hingga 5. 13 Hafizah binti Ali Dapat menyediakan perkhidmatan bas pulang bermalam untuk destinasi ke Teluk Intan Memudahkan ibu bapa mengambil anak Perkhidmatan akan dibuat bergantung kepada permintan ibu bapa. 14 Masitah Binti Ahmad Meja study disediakan dibilik Memudahkan pelajar ulang kaji di asrama selain waktu prep Buat masa sekarang tingkat bawah dan tingkat tingkat 3 asrama lelaki dan tingkat bawah asrama perempuan sudah disediakan. 15 Kariti Sunita bt Derahman Bilik asrama digangu benda halus. Memohon tinjauan yang kerap berkaitan permasalahan bilik asrama & membantu untuk keselesaan pelajarpelajar daripada menumpang bilik rakan yg lain. Laporan berkaitan gangguan makhluk halus ada diterima dan pihak guru asrama sedang membantu pelajar yang terlibat. 16 Norhamima binti Saat T-shirt MRSM banyak sangat. Pembelian t-shirt terlalu banyak dan ada kalanya membebankan ibu bapa T,shirt rasmi maktab hanya ada dua sahaja. Selain itu adalah tempahan pelajar sendiri.
23 17 Farizatul Syakirah binti Abdul Hamid Adakan perjumpaan ibu bapa bersama guruguru/hr untuk mengetahui perkembangan pembelajaran anak-anak Supaya ibu bapa dapat mengetahui sejauh mana pembelajaran anak-anak di sekolah Ibu bapa disarankan membuat temu janji dengan guru untuk mengadakan perjumpaan. 18 Khairul Nisha Binti Azman Mencadangkan supaya outing ibu bapa diadakan sabtu dan/atau ahad, bukan ahad sahaja. Memudahkan pergerakan ibu bapa terutama yang datang dari jauh. Tak semua ibu bapa boleh datang pada hari Ahad atas sebab-sebab tertentu. Jadi ibu bapa yang tidak boleh datang pada hari Ahad, masih boleh berouting dgn anak pada hari Sabtu. Sabtu. Outing bersama –sama ibu bapa dibenarkan pada hari Sabtu dan Ahad tetapi selepas aktiviti maktab. 19 Ts. Khairil Anwar Ahmad Kasim Penambahbaikan Pendaftaran Bg Tingkatan 1 dan 4. 1. Agak tidak teratur penyusunan. Boleh buat di dewan dengan menumpukan one stop centre atau jadikan setempat sahaja. 2. Kemudahan wifi - memandangkan hanya celcom sahaja yang berfungsi dengan baik, pihak maktab perlu menyediakan wifi bg penggunaan utk pendaftaran. Pembayaran melalui internet banking dapat dilakukan. Ibubapa yg membawa cash yang tidak mencukupi tidak perlu keluar ke bandar hanya utk ATM. Lebih memudahkan para ibu bapa, pelajar dan pengurusan sekolah dalam mengelola program pada masa akan datang. Proses pendaftaran pelajar baharu tingkatan 1 dan 4 adalah mengikut prosidur yang ditetapkan. Pendaftran bagi ‘intake’ yang lain dibuat di pejabat. 20 Nor Aziah binti Md.Yusof Mohon pihak maktab sediakan kad Matrik untuk pelajar Mudahkan pelajar mengakses kad di post guard Kad matrik sedia ada akan diperkasakan.
24 21 Sharifa Begam Binti Jamal Mahamad Masalah kelawar buang najis dalam bilik tidur anak sehingga terkena katil dan telah mengganggu emosi mereka.. Apa tindakan yg telah diambil Oleh pihak MRSM dan perkembangannya . Amat serius sebab melibatkan faktor emosi kebersihan dan kesihatan anak-anak . Pembersihan dah dilakukan di bilik yang berkaitan .Ketika ada pelajar tiada lagi laporan najis kelawar. 22 Norhamima Binti Saat Menimbangkan pemansuhan DLP Memohon agar pihak MRSM menunda Dan mengkaji semula pemansuhan DLP. kebanyakan ibu bapa menghantar anak-anak ke MRSM adalah kerana yakin akan taraf kualiti pembelajaran dan penghasilan pelajar yang bersedia utk ke peringkat antarabangsa, pemansuhan ini akan menyebabkan kurang minat pelajar2 Dan mereka sendiri akan ketinggalan dibandingkan dgn pelajar sekolah harian yang masih mengguna pakai DLP. Pengurangan penguasaan bahasa Inggeris turut akan menjejaskan "market value" pelajar-pelajar lepasan MRSM. Dasar ini bergantung kepada arahan daripada Ibu Pejabat MARA. 23 Mohd Khairil Izani bin Ishak Berbesar hati dan sangat berterima kasih sekiranya AGM ini diadakan dalam 2 cara. Fizikal dan online(zoom atau Google meet). Sangat berharap dapat hadir bersama-sama dlm AGM setiap tahun sama ada fizikal, paling kurang pun hadir secara online tetapi tetap ada dlm AGM. 24 Norazizan Haji Abdullah Pihak maktab adakan kelas tambahan atau bengkel teknik menjawab soalan tingkatan 4 Untuk membantu pelajar yang agak lemah subjeksubjek tertentu. Biarlah mereka yang lemah ini diasah dari awal. Kelas tambahan/Program Gerak Gemilang telah diadakan untuk semua pelajar dari tingkatan 1 hingga 5.
25 LAMPIRAN
26
27
28
29
30
31
32
33
34 SEKALUNG PENGHARGAAN Yang Dipertua dan Ahli Jawatankuasa Muafakat MRSM Lenggong ingin mengucapkan setinggi -tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Mesyuarat Agung Muafakat kali ke – 21. 2023