Edisi Ogos 2023
SIDANGREDAKSI VISUAL GGrraaffiikk MOHD RAZIF BIN RAHIM FILDZA ISKANDAR BIN MOHD FIRDAUS SURIE KE TUA EDI TOR SUMATHY VADIAPPAN IDEA PROOFREAD K O N SEP EFFIZURAIDAH BINTI ABDUL LATIF NUR SAKINAH BINTI ROSHAN Bentuk REKA NUR SAKINAH BINTI ROSHAN NUR IZZATI BINTI DAING Editor RAZILLA BINTI NAZARAN PENASIHAT KUMARAN SUBRAMANIAM TEKNOLOGI MAKLUMAT & PENERBITAN UNIT TEKNOLOGI MAKLUMAT SUMBER DAN MAKLUMAT BAHAGIAN AKADEMIK BAHAGIAN PENTADBIRAN & KEWANGAN BAHAGIAN KHIDMAT TEKNIKAL UNIT INTEGRITI PUSAT SUMBER IPPTAR
Cabaran kemerdekaan alaf baharu bukanlah sekadar mengenang sejarah pembebasan Tanah Melayu bebas daripada cengkaman penjajahan. Hal ini kerana generasi muda kini berhadapan dengan ancaman penjajahan dari segi bentuk baharu terutamanya pemikiran dan budaya seiring yang seiring dengan kepesatan teknologi masa kini. Jadi, pemikiran dan budaya haruslah seiring dengan ketamadunan masa kini untuk menjadi pemangkin kepada kecemerlangan pada masa hadapan negara. Kita mesti mempertahankan negara kita dari dijajah dengan fahaman dan politik yang tidak matang dan berbaur hasutan. Sentiasalah beringat untuk elakkan isu agama, raja dan kaum atau 3R (religion, royal and race). Kita perlu memupuk semangat perpaduan berdasarkan perlembagaan negara yang menjurus kepada keamanan dan keharmonian di antara kaum terutamanya agama dan budaya. Sehubungan itu, IPPTAR sebagai Pusat Kecemerlangan Penyiaran dan Penerangan Nasional akan sentiasa menerapkan pelbagai modul, seminar dan kursus berunsurkan patriotik bagi bersamasama membina sebuah bangsa yang memiliki semangat perpaduan yang tinggi, bersatu padu dalam memacu negara selaras dengan teras Malaysia Madani. Kepada Negaraku Malaysia, Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke-66! NOTA DARI KBA KUMARAN A/L SUBRAMANIAN Ketua Bahagian Akademik Institut Penyiaran dan Penerang Tun Abdul Razak (IPPTAR) Kementerian Komunikasi & Digital SELAMAT HARI KEBANGSAAN MALAYSIA!
DARI MEJA KETUA EDITOR Semoga Hari Kebangsaan yang disambut pada tahun ini dapat memberikan kebaikan yang lebih terutamanya dalam aspek memelihara perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum. Selamat Hari Kebangsaan ke-66! Ketua Editor Sumathy Vadiappan Sebagai rakyat Malaysia kita patut bersyukur kerana masih dapat menyambut Hari Kebangsaan dengan aman dan harmoni. Keamanan dan kesejahteraan ini harus dipelihara dengan budaya hidup yang positif, harmoni dan cintakan perpaduan. Dekatkan diri dengan elemen-elemen positif yang boleh memberi kebaikan kepada negara dan elakkan dari terlibat dengan perkara yang bertentangan dengan kehendak perlembagaan negara.
KLUSTER INDUSTRI KREATIF KURSUS SOCIAL MEDIA TALKERS : ENHANCING CONTENT FOR BROADCASTERS SESI COACHING INDIVIDU ANTARA DR TENGKU NAUFAL DAN PESERTA KURSUS LEADERSHIP COMMUNICATION FOR BROADCASTER(EFFECTIVE CONVERSATION WITH EOFC MODEL) berlangsung dari 7 Hingga 11 Ogos 2023 di IPPTAR. Sesi ini merupakan sesi susulan dari Kursus Leadership EOFC Model yang telah diadakan pada Julai 2023. diadakan pada 9 hingga 11 Ogos 2023 di RTM Kuching, Sarawak. Pelbagai modul dan aktiviti menarik telah disusun bagi menguji minda dan membina content idea secara kritis dan kreatif. Kursus ini merupakan kerjasama antara IPPTAR dan Jabatan Penyiaran Sarawak. Sesi ini adalah untuk pemprofilan dalam memantapkan peribadi peserta bagi persediaan menjadi pemimpin cemerlang di organisasi. Sesi ini telah dijalankan secara bersemuka dan dalam talian(online) bagi peserta yang berada di luar Kuala Lumpur.
KURSUS EFFECTIVE AND POWERFUL SLIDE PRESENTATION Effective and Powerful Slide Presentation telah berlangsung di Makmal Inovasi selama tiga (3) hari dari 21 hingga 23 Ogos 2023 bersama tenaga pengajar Ts DR Velu Perumal dari Universiti Putra Malaysia(UPM) dan En. Haris dari Mars Training. Peserta telah diajar untuk mengaplikasikan apps PowerPoint dan Canva bagi tujuan pembentangan idea dan kertas kerja secara berkesan. TIPS MENGGUNAKAN PPT DAN CANVA Gunakan format skrin lebar Gunakan imej yang berkualiti Elakkan animasi dan peralihan yang tidak perlu Beri perhatian kepada warna Kandungan mesej sampai kepada audien
Kursus ini diadakan di Makmal Inovasi dari 7 hingga 8 Ogos 2023. KLUSTER KOMUNIKASI STRATEGIK Tenaga Pengajar seramai tiga orang pegawai terpilih untuk membimbing kursus dan antara topik yang diajar, seperti Kenyataan Media, Nota Kepada Pengarang, Teks Ucapan dan Teknik Penulisan Kandungan Portal & Media Sosial. KURSUS PELAPORAN TEKS MEDIA Antara objektif utama kursus adalah mendedahkan pengamal media kepada pembelajaran dan amali teknik penulisan Teks Media yang tepat.
FOKUSProgram yang berlangsung selama tiga (3) hari bermula 1 hingga 3 Ogos 2023 di Dewan Cendekiawan, IPPTAR. Program ini disertai seramai 50 peserta yang terdiri daripada dalam dan luar negara seperti Malaysia, Indonesia, Brunei, Vietnam, Nepal, India, Vanuatu dan Kiribati. Bengkel Kerjasama Strategik antara IPPTAR dan ABU (Asia-Pacific Broadcasting Union) ini menjadi platform perkongsian pengalaman daripada pelbagai organisasi dalam bidang pemuliharaan pendigitalan dan pengurusan arkib media seperti RTM, TV Alhijrah, IKIM, Media Prima, BERNAMA, FINAS, Jabatan Arkib Negara, Perpustakaan Negara, TM, dan UiTM. Sementara itu, Organisasi daripada luar negara yang turut hadir, Vanuatu Broadcasting and Television Corporation (VBTC), Broadcasting & Publications Authority (BPA) - Kiribati, Radio Nepal, TVRI - Indonesia, RTB-Brunei, Voice of Vietnam (VOV) dan Prasar Bharati - India. ABU Workshop On Archiving & Media Management merupakan anjuran Kluster Kejuruteraan Penyiaran. IPPTAR-ABU WORKSHOP ON ARCHIVING & MEDIA MANAGEMENT Archive is where content goes to live not to die. Kumaran Subramaniam
KLUSTER KEJURUTERAAN PENYIARANKursus Pengoperasian Arkib Digital Berita (ADiB) telah dijalankan pada 21 hingga 23 Ogos 2023. Kelas teori dan latihan amali Sistem ADiB telah dijalankan di Makmal Inovasi, IPPTAR.Objektif kursus adalah untuk meningkatkan kemahiran manual operasi kerja serta pengoperasian system ADiB untuk penyediaan dan penerbitan bahan berita. Peserta turut dibawa melawat ke Perpustakaan Berita TV, Wisma Berita dan di unit PDSA, MAMPU, Cyberjaya untuk melihat sendiri operasi kerja Arkib di sini. Kursus ini telah dibimbing oleh Ts. Ahmad Shafiq Mirza bin Mansor. KURSUS PENGOPERASIAN ARKIB DIGITAL BERITA (ADiB) Kursus Pencahayaan Studio Pertengahan bersama En Sahat bin Amin dan En Mohamad Azlan bin Mulkis telah dijalankan pada 21 hingga 24 Ogos 2023 di Bilik Kuliah B & Studio TV di IPPTAR KURSUS PENCAHAYAAN STUDIO PERTENGAHAN Tujuan kursus adalah untul meningkatkan kemahiran mengaplikasi teknik pencahayaan mengikut kategori program dan jenis persembahan.
KLUSTER PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN WEBINAR CME @IPPTAR kali ini dengan membawa tajuk - EXCUSE ME, YOUR PRIVACY IS SHOWING bersama penceramah Tuan Edwan Aidid dari Cybersecurity Malaysia telah diadakan pada hari Jumaat 11 Ogos 2023. Tujuan Kursus adalah untuk memberi pendedahan kepada privasi maklumat digital, penyalahgunaan maklumat dan kaedah kawalan. Sesi CME ini diharapkan dapat membantu semua penjawat awam untuk memahami sedikit sebanyak tentang pentingnya maklumat digital dan privasi supaya tidak disalahgunakan. CME @IPPTAR Satu lagi topik CME @IPPTAR 2023 dengan topik menarik - FARAID, HIBAH DAN WASIAT : YANG MANA SATU? bersama penceramah Tuan Azizul Azhar pada 25 Ogos 2023 pada jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari. Program CME ini dijalankan secara dalam talian dan turut bersiaran secara langsung melalui Facebook IPPTAR.
BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN KURSUS PEMANTAPAN PRESTASI (KOMUNIKASI EFEKTIF) anjuran Bahagian Pentadbiran dan Kewangan IPPTAR di Pangkor Village Beach Resort, Pulau Pangkor, Perak KURSUS PEMANTAPAN PRESTASI (KOMUNIKASI EFEKTIF) kursus ini berlangsung pada 4 hingga 6 Ogos 2023. Antara Objektif kursus adalah membina kemahiran komunikasi berkesan bagi memberi impak positif kepada diri, tugas dan imej jabatan. Hal terpenting dalam komunikasi adalah mendengar apa yang tidak dikatakan. Peter F. Drucker
KESEDARAN mengibarkan Jalur Gemilang seharusnya ada dalam diri rakyat Malaysia tanpa mengira masa, malahan tindakan itu seharusnya lebih meriah dengan ketibaan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini. IPPTAR juga tidak ketinggalan dengan menyahut seruan ini dengan mengibarkan jalur gemilang di setiap sudut bangunan di IPPTAR. Aktiviti ini dapat menyemarakkan semangat patriotik dan cintakan negara dalam kalangan kakitangan dan juga kepada peserta yang hadir kursus di IPPTAR. AKTIVITI @IPPTAR KIBARKAN JALUR GEMILANG!
Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan ke-66, Kelab Kebajikan Sosial IPPTAR telah menganjurkan Merdeka Ride IPPTARIAN pada 26 hingga 27 Ogos 2023. Perjalanan secara konvoi bermotor ini mengambil masa dua (2) jam setengah bermula dari IPPTAR dan berakhir di Pulau Cekas, Raub, Pahang. Objektif aktiviti ini adalah untuk memupuk semangat Malaysia MADANI dan meningkatkan peranan IPPTAR sebagai institusi yang memupuk elemen semangat cintakan Negara. Selain itu ia juga bertujuan untuk meningkatkan kerjasama, kesefahaman dan ukhuwah sesama warga IPPTAR dan masyarakat. MERDEKA RIDE IPPTARIAN 2023 ANJURAN KKSI
UCAPAN MERDEKA @IPPTAR • “Selamat Hari Kebangsaan ke-66. Semoga Malaysia terus maju, aman dan makmur” Puan Mazlina Mohd Yusoff Ketua Kluster Kejuruteraan “Hayati erti kemerdekaan dengan jiwa yang matang dengan memelihara perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum. Encik Mawardi Ka'ab Ketua Kluster Penyelidikan dan Penerbitan “Negaraku Malaysia, Selamat Hari Kebangsaan ke-66 !” Puan Sumathy Vadiappan Ketua Kluster Industri Kreatif UCAPAN DARI PENGURUSAN IPPTAR
“Selamat Hari Kebangsaan ke-66” Encik Khamrul Rasyid Sohhimy Pejabat Pendaftar “Semoga Malaysia terus maju !” Encik Surimi Salleh Ketua Bahagian Pentadbiran dan Kewangan “Syukuri kemerdekaan ini dengan mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara” Encik Azahar Yahya Ketua Kluster Komunikasi Strategik
https://www.ipptar.gov.my ipptar_rasmi Ipptar Rasmi @ipptarR ekursus.ipptar.gov.my DAFTAR SEKARANG