The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by dr_la_s, 2021-11-30 02:24:30

eProceedings_MaTRiX21_PSMZA

eProceedings_MaTRiX21_PSMZA

PRAKATA

Program berasaskan pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET) telah diberikan
keutamaan oleh pihak kerajaan dalam pembangunan sistem pendidikan di Malaysia. Politeknik
adalah antara institusi pengajian tinggi awam yang menawarkan program berasaskan TVET kepada
pelajar lepasan SPM. Selaras dengan hasrat kerajaan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi) PPPM (PT), politeknik juga terlibat sama dalam
meletakkan program berasaskan TVET ini setaraf dengan program akademik yang lain.

Sehubungan dengan itu, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) dengan kerjasama
Persatuan Alumni PSMZA sebagai penganjur bersama menganjurkan Persidangan Maya
Kebangsaan 3rd Malaysia TVET on Research via Exposition 2021 (MaTRiX’21). Persidangan ini
turut mendapat kerjasama daripada Pusat Penyelidikan dan Inovasi (PPI), JPPKK serta Politeknik
dan Kolej Komuniti Zon Timur. Perlaksanaan persidangan ini adalah bagi menyahut hasrat kerajaan
bagi memperkasakan lagi taraf TVET setanding dengan program akademik yang lain. Selain itu juga,
persidangan ini dapat meningkatkan budaya penyelidikan di kalangan pensyarah melalui
perlaksanaan penyelidikan baik dalam aspek TVET khususnya dan kejuruteraan amnya. Di samping
itu juga, persidangan ini adalah merupakan salah satu platform bagi pensyarah untuk berkongsi
dapatan penyelidikan yang telah mereka jalankan kepada peserta yang terdiri daripada pendidik,
penyelidik, pemimpin institusi dan pengamal profesional. Merujuk kepada lonjakan ke dua (L2) dalam
PPPM (PT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) juga komited untuk meningkatkan kecemerlangan
bakat dikalangan kakitangannya. Matlamat L2 ini adalah untuk menjadikan ahli akademik Malaysia
menjadi relevan, dirujuk dan dihormati, pada peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

JAWATANKUASA

PENAUNG

Ts. ZAINAB BINTI AHMAD

KETUA PENGARAH
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

PENASIHAT

Dr. ISHAK BIN MOHAMAD

PENGARAH
PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI

PENGERUSI

Sr. HJ. MOHD FIKRI BIN ISMAIL

PENGARAH
POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

TIMBALAN PENGERUSI I TIMBALAN PENGERUSI II

Ts. MOHYIDDIN BIN SALLEH En. ABDUL RAZAK BIN A. AZIZ
TIMBALAN PENGARAH (A) TIMBALAN PENGARAH (SA)

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

PENGARAH PROGRAM

Ts. Dr. MOHD HAFIZIL BIN MAT YASIN
KETUA UNIT PENYELIDIKAN, INOVASI DAN KOMERSILAN

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

TIMBALAN PENGARAH PROGRAM

Pn. NORFADHILAH BINTI HASAN
PENGURUS INOVASI

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

KETUA EDITOR

Dr. MOHD ROSDI BIN SALLEH
PENGURUS PENYELIDIKAN
POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

PEREKA BENTUK

WAN NOORHISHAMUDIN BIN
WAN MOHD

SENARAI PENYEMAK
(REVIEWER)

Dr. HABSAH BINTI MOHAMAD SABLI POLITEKNIK MUKAH SARAWAK
Ts. CHOW KHOON KEAT KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT
Dr. MOHAMMAD FIRDAUS BIN ANI KOLEJ KOMUNITI TAIPING
Dr. AFFIZAH BINTI MOHAMAD GHAFFAR POLITEKNIK MUADZAM SHAH
Ts. Dr. Hj. ZUNUWANAS BIN MOHAMAD POLITEKNIK BAGAN DATUK
Ts. Dr. ERITA MAZWIN BINTI MAZLAN POLITEKNIK MELAKA
Dr. MURUGADAS RAMDAS POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
SAIFUL BAKHTIAR BIN MASDUKI POLITEKNIK MUADZAM SHAH
Dr. MOHAMMAD FAHMI BIN ABDUL HAMID UiTM MELAKA
Ts. Dr. SIVANANDAN A/L BALAKRISHNAN POLITEKNIK PORT DICKSON
Dr. NURHUDA BINTI NIZAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Dr. MOHD SHAHRIL BIN MOHD HASSAN@ABDUL GHANI POLITEKNIK MUADZAM SHAH
Dr. AZLAN BIN RAMLI POLITEKNIK MUADZAM SHAH
Dr. MD RAZAK DAUD POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
Dr. AHMAD MUBARAK BIN TAJUL ARIFIN UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA
Dr. MAZLINA BINTI MOHD TAHIR POLITEKNIK PORT DICKSON
Ts. Dr. NORANI BINTI ABD KARIM POLITEKNIK KOTA KINABALU
Ts. Dr. SYLVIA ONG AI LING POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
Ts. Dr. RUSDI BIN RUSLI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
Dr. SITI NOR FATIHAH BT ZAKARIA POLITEKNIK JELI KELANTAN
SURES A/L NARAYASAMY POLITEKNIK SANDAKAN SABAH
Dr. ANNAFATMAWATY BINTI ISMAIL POLITEKNIK SANDAKAN SABAH
MOHD FAIZ BIN MOHD ZIN POLITEKNIK JELI KELANTAN
Cr. Dr. LING YING LEH POLITEKNIK KUCHING SARAWAK
Dr. SYARIPAH ZA'IMAH BINTI HAJI SYED JAAPAR POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL (PTSN)

SENARAI PENYEMAK
(REVIEWER)

Dr. NOR AZIZA ABDUL AZIZ POLITEKNIK SULTAN ABDUL HALIM MUADZAM SHAH
Dr. ROSHAMIMI BINTI FAISAL POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
Dr. NORHAYA HANUM MOHAMAD UiTM TERENGGANU
Dr. MARLINA BINTI RAMLI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Dr. NARIZAN BINTI ABDULLAH POLITEKNIK NILAI
Dr. YEAP SOCK BEEI POLITEKNIK SEBERANG PERAI
Dr. ROSSITAH BINTI SELAMAT POLITEKNIK TUANKU SULTANAH BAHIYAH
Ts. Dr. NOR HIDAYU BINTI SHAHADAN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
Ts. Dr. SHARIFAH NURULHUDA BT TUAN MOHD YASIN POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
Dr. TENGKU AZMAN TENGKU MOHD POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
Dr. HJ MOHD DAUD BIN ISA POLITEKNIK KUALA TERENGGANU
NOR SURAYA AINI NGAH KOLEJ KOMUNITI KUALA TERENGGANU
Dr. MAZLINA BINTI JAMALUDIN POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH
Dr. NURUL AZHANI MOHD AZMIN POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN
Ts. AHMAD ZAIRI BIN MOHD ZAIN KOLEJ KOMUNITI KUANTAN
Dr. NOR HAIRUL BIN PALAL POLITEKNIK TUN SYED NASIR SYED ISMAIL (PTSN)
Dr. MUHAMMAD NAZRI BIN ABDUL HALIM POLITEKNIK METRO JOHOR BAHRU
Dr. NORMALA BINTI RAHMAT POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Dr. NOORDINI BINTI ABDULLAH POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
Ts. Dr. WOO TZE KEONG POLITEKNIK UNGKU OMAR
Ts. Dr. MOHD HAFIZIL BIN MAT YASIN POLIEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
Dr. MOHD ROSDI BIN SALLEH POLIEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
Dr. SERI BUNIAN MOKHTAR POLITEKNIK UNGKU OMAR
WAN MOHD RIZAIRIE BIN WAN MOHAMAD NOOR POLIEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN
Ts. MASTURA BINTI IBRAHIM POLIEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

KATA ALUAN

Ts. ZAINAB BINTI AHMAD
KETUA PENGARAH

JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-
Nya, persidangan maya peringkat kebangsaan 3rd Malaysia TVET on Research via
Exposition 2021 (MaTRiX’21) ini berjaya direalisasikan buat kesekian kalinya.
Walaupun kaedah pelaksanaan pada kali ini mungkin berbeza, namun agenda Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi) dalam
memperkasakan lonjakan ke 2 : Kecermerlangan Bakat di kalangan pengamal TVET di
Malaysia tetap diteruskan.

“Accelerating TVET Research - From Idea to Application in a New Norm Era”.
Tema yang dipilih ini amat berpadanan dengan masa dan tempat yang bersesuaian.
Tidak boleh dinafikan lagi, kita sekarang dituntut mengamalkan era norma baharu
dalam kehidupan. Suatu kuasa tak diundang iaitu pendemik COVID-19 telah memaksa
kita berubah dalam segenap hal bermula dari aspek penjagaan kendiri, hubungan
sesama manusia termasuk cara kita bekerja dan kaedah penyampaian juga turut
berubah daripada bersemuka kepada atas talian.

Oleh hal demikian, dalam memenuhi kehendak semasa ini marilah sama-sama kita memacu bidang penyelidikan dalam
ruang lingkup TVET ini demi melengkapkan kitaran era norma baharu sejagat. Jangan biarkan idea bersifat penyelesaian
berteknologi yang terlintas difikiran kita terpendam begitu sahaja tanpa diketengahkan. Berusahalah secara bijaksana agar
idea ini dapat diaplikasikan dengan jayanya demi membantu umat manusia meneruskan kelangsungan hidup. Saya amat
berkeyakinan bahawa kita sebagai pengamal bidang TVET mampu menyumbang sesuatu yang selari dengan tuntutan era
norma baharu kehidupan.

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada Jawatankuasa
Pelaksana MaTRiX’21 di atas usaha yang amat komited untuk memastikan program ini berlangsung. Tidak lupa juga saya
ucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak yang membantu dan memberikan sumbang saran kepada program
berprestij ini. Syabas juga diucapkan kepada semua penyelidik yang berusaha bertungkus lumus menghasilkan karya
penyelidikan untuk menyertai persidangan MaTRiX’21 kali ini. Justeru itu, saya memohon agar semua peserta berjaya
merealisasikan idea melalui penyelidikan ini sekaligus diaplikasikan di dalam era norma baharu kehidupan ini secara
konsisten.

Akhirnya, besarlah harapan saya agar program yang berprestij seperti ini dapat terus dianjurkan dalam semangat untuk
memperkayakan ketamadunan umat manusia diteruskan di masa hadapan dan kelestarian TVET khususnya. Saya sentiasa
percaya bahawa penemuan dan teknologi ialah suatu ilmu yang tidak akan mencapai ketepuan selagi amalan penyelidikan
menjadi keutamaan kita. Semoga persidangan kali ini dapat memberikan impak yang bermanfaat kepada semua pihak dan
mendapat keredha-Nya. Amin.

Sekian, terima kasih.

KATA ALUAN

Dr. ISHAK BIN MOHAMAD
PENGARAH

PUSAT PENYELIDIKAN DAN INOVASI
JABATAN PENDIDIKAN POLITEKNIK & KOLEJ KOMUNITI

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera,

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T, kerana dengan limpah
kurnia dan izinNya, persidangan 3rd Malaysia TVET on Research via
Exposition (MaTRiX’21) dapat dilaksanakan untuk tahun 2021. Syabas
dan tahniah juga diucapkan kepada Jawatankuasa Pelaksana khasnya
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin serta Politeknik dan Kolej Komuniti
Zon Timur di atas penganjuran persidangan MaTRiX’21 pada tahun ini.

MaTRiX’21 telah membuka ruang dan peluang kepada warga pendidik di
seluruh Politeknik dan Kolej Komuniti dalam mencungkil bakat kreatif dan
inovatif untuk disumbangkan kepada pembangunan akademik, sosial dan
ekonomi negara melalui penemuan-penemuan baharu. Persidangan
sebegini dilihat amat selaras dengan Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (PPPM: 2015-2025) lonjakan ke-2 iaitu Kecemerlangan Bakat
dan lonjakan ke 3 iaitu Pendidikan Sepanjang Hayat. Dua lonjakan ini
amat penting untuk ditelusuri sekiranya kita ingin meningkatkan kualiti
dan daya saing sistem Pendidikan TVET di Malaysia.

Dalam usaha kita menambah baik sistem pendidikan negara melalui PPPM, Pusat Penyelidikan dan
Inovasi (PPI) amat teliti dalam memastikan agar setiap program penyelidikan yang dihasilkan mesti
diketengahkan dalam erti kata lain digunakan untuk memudahkan sistem Pendidikan TVET. Kejayaan
agenda penyelidikan adalah bila mana ianya berjaya diaplikasikan dan dilestarikan oleh golongan
sasar. Oleh hal demikian, “Accelerating TVET Research - From Idea to Application in a New
Norm Era” dilihat amat sesuai dijadikan tema pada persidangan kali ini. Perkaitan dengan kehendak
masakini iaitu era baharu dalam norma kehidupan mendorong kita agar mempergiatkan lagi usaha
penyelidikan yang berbentuk kearah survival kehidupan kendiri.

Akhir kata, saya mengucapkan sekalung tahniah kepada semua peserta dan seluruh jentera yang
menjayakan persidangan ini secara langsung mahupun tidak langsung. Semoga tuan puan dilimpahi
rahmat dan keberkatan oleh Allah S.W.T.

Sekian, terima kasih

KATA ALUAN

Sr. HAJI MOHD FIKRI BIN ISMAIL
PENGARAH

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Alhamdullilah. Hasil dari kesungguhan, semangat dan iltizam semua pihak maka 3rd
Malaysia TVET on Research via Exposition 2021 (MaTRiX’21) pada tahun ini
berjaya di zahirkan. Segunung tahniah diucapkan kepada peserta dan pembentang
yang berjaya mengapai platform MaTRiX’21 ini. Semangat anda semua amat dikagumi
kerana terus istiqamah menyelidik walaupun terpaksa menempuhi tempoh-tempoh
sukar semasa kita masih lagi dikepung oleh pendemik COVID-19. Insyallah, usaha -
usaha melalui penyelidikan yang sedang giat dilaksanakan bagi membendung wabak
penyakit ini berjaya dimuktamadkan. Saya selaku wakil tuan rumah pada program kali
ini amat berbesar hati atas kepercayaan semua pihak yang inginkan program MaTRiX
edisi tahun 2021 diluncurkan dengan sesempurna mungkin. PSMZA mohon maaf
terlebih dahulu jika penganjurannya tidak berjaya menemui titik kepuasan dari semua
pihak.

Penurunan wahyu pertama kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W dengan
jelas memberi arahan kepada setiap individu muslim untuk menuntut dan
menyebar ilmu yang merupakan dua matlamat penting dalam penyedilikan.

Pegertian akar kata pertama wahyu ini (IQRA’) sahaja jelas memaparkan unsur-unsur penting yang diperlukan dalam
perlaksanaan sebuah kajian: membaca, mengumpul maklumat, mengkaji, meneliti, memahami, mendalami dan seterusya
menyebar luas ilmu dan dapatan yang diperolehi harus mendapat manfaat bersama. Konsep ini bersesuian dengan tema
program penyelidikan kita iaitu “Accelerating TVET Research - From Idea to Application in a New Norm Era” (“Memacu
Penyelidikan TVET - Dari Idea ke Pengaplikasian dalam Era Norma Baharu”). Bayangkan impaknya jika tema ini benar-
benar menjadi nyata. Tentu kita mendapat manfaat yang besar dan realisasi tema ini akan mangangkat martabat ras kita ke
satu tahap yang boleh dibanggakan umpama “Berdiri sama tinggi, Duduk sama rendah” dengan ras-ras utama dunia.

Tahap seterusnya yang harus dicapai dalam setiap wadah penyelidikan ialah “keberkatan dalam penyelidikan”. Hasil
penyelidikan yang diperolehi bukan semata-mata untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan. Bukan juga untuk tujuan
pengkomersialan yang mendatangkan keuntungan ekonomi atau mendapatkan pengiktirafan atau penganugerahan dari
pelbagai pihak. Hasil kajian adalah amanah kebenaran yang perlu disebar luaskan dan dimanfaatkan. Justeru, antara syarat
terpenting untuk mencapai keberkatan penyelidikan dan keberkatan ilmu, penyelidik mestilah memulakan penyelidikan
dengan niat yang benar, jelas dan tulus. Niat yang benar ini perlu dijaga di sepanjang perjalanan penyelidikan di samping
menjaga akhlak dan adab serta etika penyelidikan.

Akhir kalam, saya ingin menyorot kembali satu petikan yang disampaikan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia pada
satu majlis, “TVET bukan lagi dilihat sebagai pendidikan sekunder (secondary), tetapi sebagai bidang pendidikan keutamaan
dan arus perdana (mainstream)”. Pada hemat saya petikan ini merupakan pengiktirafan baharu kepada kita para pendokong
dan pendorong TVET. Bukan sekadar penyampaian PDP sahaja di arus perdanakan malah bidang penyelidikan kita juga
mesti sejajar dan primier.

Sekian. Wassalam

KATA ALUAN

Ts. Dr. MOHD HAFIZIL BIN MAT YASIN
PENGARAH PROGRAM MaTRiX’21

POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan tahniah serta mengalu-alukan
penyertaan tuan puan para penyelidik ke persidangan maya peringkat kebangsaan
3rd Malaysia TVET on Research via Exposition 2021 (MaTRiX’21). Berguru
kepalangan ajar, jangan bunga kembang tak jadi. Tunjukkanlah bahawa hasil
penyelidikan kita adalah bernilai komersil.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya rakamkan kepada ahli
jawatankuasa, pengerak atau barisan hadapan yang telah banyak membantu
dalam menjayakan persidangan ini. Anda semualah penentu jatuh bangun atau
pasang surutnya acara bermanfaat ini. Sesuai bidalan, serumpun bak serai,
sesusun bak sirih.

Segunung penghargaan juga saya ucapkan kepada semua para tetamu kehormat
terutama kepada Yang Berbahagia Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik
dan Kolej Komuniti (JPPKK), Yang Berusaha Pengarah Pusat Penyelidikan dan
Inovasi, JPPKK, Pengarah POLYCC Malaysia, Yang Berusaha Pengarah PSMZA
dan Pengerusi Persatuan Alumni PSMZA serta barisan pengurusan PSMZA kerana
seia sekata mendorong pelaksanaan program ini. Kecil tapak tangan, nyiru kami
tadahkan.

Yang besar tak diimbau gelar, yang kecil tak diimbau nama yang tak mampu saya sebut satu persatu, para tetamu
persidangan maya peringkat kebangsaan 3rd Malaysia TVET on Research via Exposition 2021 (MaTRiX’21) sekalian.
Saya merasa kagum kerana dalam kita mendepani pendemik virus corona SARS-CoV-2 (COVID-19), namun kita berjaya
melangsungkan persidangan sehebat ini. Walaubagaimanapun, rentak penganjurannya pada kali ini ada perbezaannya iaitu
segalanya dijalankan secara maya. Bermula daripada peringkat mesyuarat perancangan program, jemputan peserta,
penghantaran kertas kajian hinggalah ke sesi pembentangan dan soal jawab. Syabas kepada semua peserta. Alhamdullilah
syukur kepada Allah swt kita berjaya melakukannya. Semoga kita diberi kesempatan dan peluang untuk menganjurkan
persidangan seumpama ini di masa hadapan.

Akhir kalam, saya selaku teraju cabang Penyelidikan, Inovasi dan Komersilan PSMZA mengajak kita semua tak kira siapa
kita atau di mana kita agar bersama memupuk dan memperkuatkan semangat untuk terus menjalankan penyelidikan secara
berhikmah untuk kemajuan diri dan bangsa. Pendayung sudah di tangan, perahu sudah di air, kita tidak boleh lagi dianjak
layu, dianggur mati.

Sekian wassalam.

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Table of Contents

1. Pembangunan “SRAV Trainer KIT” sebagai Alat Bantu Mengajar bagi Kursus 5
“Semiconductor Devices” di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin
13
2. Pandemik Covid 19: Tahap Kesediaan Dan Persepsi Pembelajaran Dan Pengajaran 24
(PdP) Secara Dalam Talian Bagi Pelajar Semester Satu Kursus DBM10013 33
Matematik Kejuruteraan 1, Sesi Jun 2020 Di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin 40
(PSMZA), Dungun Terengganu 49
62
3. Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Sedia Ada Terhadap Pembelajaran
Pelajar Kulinari di Kolej Komuniti Rompin 71
82
4. Kajian Keberkesanan Alat Bantu Mengajar Mobile Robot Device Trainer 93
(MoRDeT) dalam Amali Kursus Embedded Robotic
106
5. Persepsi Pelajar Terhadap Kesediaan Pembelajaran Bagi Kursus Matematik Secara 116
Dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19 126
135
6. Tahap Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Berdasarkan Pendekatan OBE 149
dalam Program Diploma Teknologi Automotif di Kolej Vokasional : Satu Penilaian 156
163
7. Model Pointer PLO Inovasi Dalam Menilai Program Secara Kumulatif di Politeknik

8. Penggunaan Aplikasi MATHS eZ-KIT Bagi Kursus Matematik Di Politeknik
Dalam Menangani Isu Pembelajaran Secara Dalam Talian Semasa Pandemik
COVID-19

9. Hubungkait Kesediaan dan Sikap Pelajar Mengikuti Pembelajaran Secara Dalam
Talian Berdasarkan Jantina di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

10. Tahap Kesediaan Pelajar Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Secara Dalam Talian
Serta Kesannya Terhadap Pencapaian Pelajar di Politeknik Muadzam Shah

11. Pencapaian Melalui Skor Min Dalam Menentukan Keberkesanan Pembelajaran Dan
Pengajaran Atas Talian Bagi Program Diploma Akauntasi Politeknik Hulu
Terengganu

12. Cabaran Pendekatan Pembelajaran Secara Atas Talian : Gabungan Aplikasi Secara
Synchronous dan Asynchronous Sebagai Kaedah Pembelajaran Mesra Pengguna

13. Kajian Keberkesanan Alat Bantu Mengajar Papan Pengukuran Elektrik (EMB)
dalam Amali Kursus Pengukuran

14. Unjuran Stereografik Dalam Kestabilan Cerun Batuan- Polemik Masalah
Kejuruteraan Awam Berbantu Ilmu Mantik Geologi

15. Kualiti Air Mentah Sungai Paka

16. Characterization of VLF Signal Variations at Different Latitude Coordinate System
for Measuring Space Weather Conditions

17. Performance Evaluation of Single Phase Transformerless Inverter For Grid
Photovoltaic (PV) Application

Page 1 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

18. Effect of Cutting Parameter on CFRP Hole Quality Using Helical Milling 181
Technique 186
193
19. Iot Onion & Garlic Storage Box (IOGSB)
198
20. A Study on Octave Online Application in Solving Signal and System Problem 206

21. Penggunaan Semula Sisa Bata Tanah Liat Dalam Penghasilan Bata Turapan 216
Menggunakan Kaedah Pengaktifan Alkali 229
238
22. Design and Development of Kitchen Waste Biogas Digester 247

23. Perbandingan Penentuan Bearing Azimuth Antara Cerapan Matahari Menggunakan 257
Star Almanac For Land Surveyors 2021 & Almanak Falak Syarie Malaysia 2021
Serta Analisis Antara Penggunaan Origin Koordinat Origin Cassini Soldner Antara 268
Old Cassini & Geocentric Datum Malaysia (Gdm 2000) 280
289
24. Design and Fabrication of Smart Mobile Locking System 297
304
25. Vehicle Air Ventilation Rescuer System (VResQ) 313

26. IoT Gas Leakage Detector 323
333
27. Merekabentuk dan Mengkaji Smart Washer Pada Roda Kenderaan Untuk 339
Keselamatan
345
28. Kajian Penubuhan Temporary BenchMark (TBM) Dengan Kaedah Real Time 353
Kinematic (RTK) Global Positioning System (GPS) 362
373
29. Car Ignition System Using Radio Frequency Identification
383
30. Reka Bentuk Telekung Solat Adaptif untuk Individu Berkeperluan Khas 392

31. Kotak Alatan Tangan Peribadi Berpenunjuk

32. Penapis Air Karbon Aktif Tongkol Jagung

33. Design And Development Of Drift Trike

34. Pembangunan dan Keberkesanan Sistem e-Log Pelajar (eLP) di Kolej Komuniti
Kemaman

35. Design of IOT Smoke Detector (ISD)

36. Pembangunan Inovasi Kerja Amali Asas Arduino Dalam Robotik

37. Kepentingan Penggunaan Aplikasi Hi-Smart Travel Kepada Pemandu Pelancong Di
Sekitar Bandaraya Melaka Bersejarah

38. Pengesan Gelombang Bagi Sistem Pengisian Bahan Api

39. Developing Smart Systematic Restaurant System at Salamath Restaurant

40. Food Ordering Via QR Code at Restaurant

41. Designing and Developing Web Based System for Managing Students Final Year
Project at Department Of Information and Communication Technology, PSMZA

42. Penjimatan Masa dan Tenaga dengan IoT Fish Feeder bagi Ternakan Ikan Sangkar

Page 2 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

43. Social Networking in Project Management 400
44. “Burnout” dan Komitmen Dalam Kalangan Jururawat di Unit Obstetrik & 411
420
Ginekologi (O&G) di Hospital Kerajaan di Kuala Terengganu 429
439
45. Kajian Kebolehpasaran Graduan Diploma Kejuruteraan Mekatronik Di Politeknik 448
462
46. Service Quality and Staff Satisfaction. A Case Study of Politeknik Tuanku Syed 473
Sirajuddin Staff Cafeteria 485
497
47. Factors affecting Staff Satisfaction at PTSS Staff Cafeteria. A Case Study of
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin 509
519
48. Analisis Hubungan Tekanan Kerja Dengan Prestasi Kerja Staf di Politeknik Sultan 525
Mizan Zainal Abidin, Terengganu 533

49. Kajian Tahap Stress, Kebimbangan Dan Kemurungan Terhadap Kesihatan Mental 542
Kakitangan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu 551

50. Tinjauan Tahap Kemahiran Insaniah Dalam Pelaksanaan Pdpdt Di Kolej Komuniti 560
Jeli 572

51. Tahap Penerimaan Pelajar Terhadap PdPDT Menggunakan Google Meet,
Telegram, dan YouTube bagi Kursus Electrical Engineering Mathematics

52. Programme Educational Objectives achievement for Diploma in Electric and
Electronic Engineering program in Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

53. Programme Educational Objectives achievement for Diploma in Electronic
Engineering (Communication) (DEP) program in Politeknik Sultan Mizan Zainal
Abidin

54. Technology Acceptance Model (TAM) On Purchase Intention On Study of Shopee
Application

55. Programme Educational Objectives achievement for Diploma in Electronic
Engineering (Computer) (DTK) program in Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

56. Pembangunan Aplikasi berasaskan Android bagi Panduan Pengurusan Jenazah: E-
Kit Jenazah

57. Distance Learning: Preferred Learning Activities in English Language Learning
Through Online Classroom Among Semester One Digital Technology Students in
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

58. Tahap Penerimaan Penggunaan Tinkercad Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bagi Kursus Electronic Circuits

59. Aplikasi Google Meet Sebagai Kaedah Pembelajaran Secara Atas Talian Dalam
Kalangan Pelajar Semester Akhir Program Sijil Multimedia Kreatif Pengiklanan
Kolej Komuniti Kok Lanas

60. Meningkatkan Keupayaan Mengingati Fakta Sejarah dalam Kalangan Pelajar SVM
1 KRG KVBP Melalui Teknik Pembelajaran Berasaskan Projek

Page 3 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

61. Kajian Tindakan Penggunaan Perisian Lukisan Terbantu Komputer (Computer 587
Aided Design) Autodesk Inventor 2021 bersama Fusion Team secara atas talian di
Politeknik Kota Bharu 595

62. Persepsi Pelajar Terhadap Video Amali Bagi Memudahkan Pembelajaran Dan 606
Pengajaran Dalam Talian Bagi Kursus DBS10012 Engineering Science 617

63. Kebolehpasaran Graduan Diploma Teknologi Maklumat Di Era Pandemik COVID-
19: Analisis Soal Selidik Daripada Alumni

64. Smart “OKU” Parking System using IoT

Page 4 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Pembangunan “SRAV Trainer KIT” sebagai Alat Bantu Mengajar bagi
Kursus “Semiconductor Devices” di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Syed Arifin bin Engku Sulong1*, Nor Juliha Binti Said2, Roslinda Binti Sidek1

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu
1Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu
2 Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu

*Corresponding author E-mail: [email protected]

Abstrak
Kemahiran menguasai kendalian litar elektronik merupakan satu faktor utama dalam proses penyampaian
Pengajaran dan Pembelajaran bagi kursus “Semiconductor Devices”. Bagi membantu para pengajar dan pelajar
dalam melaksanakan proses tersebut, kebanyakan litar “Trainer” digunakan sebagai alat bantu mengajar. Ini
kerana dari pemerhatian yang telah dibuat di peringkat institusi, didapati terdapat kesukaran pada para pengajar
dan pelajar menggunakan “Trainer” tersebut disebabkan oleh ianya mempunyai dua atau lebih litar dalam satu
papan litar bercetak. Oleh yang demikian, penghasilan “SRAV Trainer KIT” ini dapat mengurangkan masalah
yang dihadapi dengan penggunaannya berdasarkan keperluan kendalian sesebuah litar. Selain itu, “SRAV
Trainer KIT” ini juga boleh membantu pelajar menguasai kemahiran asas dalam teknik penyambungan litar dan
penggunaan komponen elektronik dengan betul. “SRAV Trainer KIT” ini hanya menggunakan sebuah litar
ringkas pada satu papan litar bercetak tanpa sebarang komponen dan ianya hanya digunakan untuk satu gerak
kerja amali tertentu sahaja. Masalah lain yang timbul apabila hendak menggunakan ‘Trainer KIT’ dalam kuantiti
yang mencukupi,Ianya akan mengakibatkan penggunaan kos yang tinggi, “SRAV Trainer KIT” juga boleh
memberikan input terus kepada pelajar dalam mengendalikan litar kerana ianya menggunakan konsep “DIY”.
Secara keseluruhannya, “SRAV Trainer KIT” ini dilihat dapat membantu para pengajar dan pelajar menguasai
kendalian litar untuk amali kursus “Semiconductor Devices” secara lebih praktikal dan optimum.

Kata kunci: Trainer; Semiconductor; kendalian litar; litar elektronik; komponen elektronik; DIY

1. PENGENALAN

Proses pembelajaran merupakan sesuatu yang kompleks kerana banyak faktor yang boleh
mempengaruhinya. Oleh itu, pembelajaran yang menggunakan model sebagai alat bantu
mengajar boleh digunakan bagi menggalakkan para pelajar mempelajari beberapa teknik
pembelajaran secara lebih berkesan (T. C. S. Potter et al., 2017). Electronic trainer board
menjadi satu alatan yang popular digunakan secara meluas dalam kaedah pengajaran dan
pembelajaran (K. & B. Ajao, 2014)..

“SRAV Trainer KIT” ini merupakan salah satu alat bantu mengajar yang berkesan bagi
membolehkan para pelajar memahami konsep asas dalam melaksanakan kerja-kerja amali
dalam bidang elektronik, “SRAV Trainer KIT” ini boleh membantu para pelajar memahami
konsep asas kendalian litar elektronik dan seterusnya menguasai bidang tersebut. Ini kerana
Media pembelajaran menggunakan trainer KIT dapat digunakan dalam proses pembelajaran
untuk meningkatkan keinginan dan minat belajar, membangkitkan motivasi dan rangsangan
aktiviti pembelajaran bahkan dapat mempengaruhi terhadap psikologi pelajar (A. Kurniawati,
2017).

Page 5 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Mengambil pendekatan ini, maka “SRAV Trainer KIT” di bina khususnya untuk penggunaan
pada kursus “Semiconductor Devices” di PSMZA. Memang di akui, pada masa sekarang
terdapat pelbagai jenis “Electronic Trainer” yang berada di pasaran dan kebanyakkannya
tidaklah murah. Sekiranya sesebuah institusi berhasrat untuk menggunakan “Trainer” dalam
nisbah yang betul, ianya akan mengakibatkan penggunaan kos yang tinggi, bilangan pelajar
yang terhad dan juga kekangan terhadap masa dalam pembelajaran/ujikaji makmal (M. M.
Asad. et al., 2014; D. Ibrahim, 2003; S. Siagian. 2014).

Kebanyakkan “Trainer” ini akan di sediakan dengan beberapa litar untuk beberapa gerak
kerja yang berlainan pada satu-satu modul. Sepanjang pemerhatian yang telah dibuat, semasa
para pelajar melaksanakan tugas kerja amali yang menggunakan “Trainer” ini,
kebanyakannya akan menghadapi beberapa masalah. Antaranya ialah:pelajar sukar
mengenalpasti kedudukan litar yang berkenaan dengan amali yang perlu
dilaksanakankedudukan komponen pada “Trainer” tersebut tidak mengikut susun atur amali
yang dilaksanakanterdapat kerosakan pada komponen dan menyebabkan “Trainer” tersebut
tidak boleh diguna lagiDengan mengambilkira masalah-masalah yang telah dinyatakan di
atas, maka “SRAV Trainer KIT” ini dibangunkan bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.
Pemilihan perkataan “SRAV” ialah bermaksud

S: Simple – Membangunkan sebuah“Trainer” yg mudah difahami dan diguna pakai

R: Reliable – Kebolehpercayaan terhadap keputusan dari penggunaannya tinggi

A: Acceptable – Kebolehterimaan terhadap “Trainer” ini apabila keputusan yang diperolehi
betul

V: Valuable – Amat berharga pada diri pelajar apabila SRA tercapai

Maka dengan terbinanya “SRAV Trainer KIT” ini diharap dapat membantu pelajar
memahami konsep asas dalam kendalian litar elektronik khasnya dalam kursus
“Semiconductor Devices” dan amnya dalam kendalian litar elektronik serta memudahkan
para pengajar mengendalikan kerja amali bagi kursus ini.

Rajah 1: Litar dengan sambungan Page 6 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Rajah 2: Banyak litar dengan sambungan

Rajah 1 dan Rajah 2 menunjukkan contoh “Electronic Trainer KIT’ yang sedia ada. Jika
dilihat pada “Trainer KIT” tersebut terdapat beberapa permasalahan yang biasa terjadi
kepada para pelajar. Antara permasalahan tersebut ialah:
pelajar sukar mengenalpasti kedudukan litar yang berkaitan dengan kerja amali tertentu
pelajar sukar menyambung antara komponen ke komponen yang berbeza untuk membentuk
litar yang dikehendaki
proses penghasilan litar yang berkenaan dengan kerja amali sukar untuk mendapatkan hasil
dengan baik
Bagi mengambilkira kesemua permasalahan yang dinyatakan di atas, “SRVA Trainer KIT”
ini mampu menyelesaikannya. Merujuk kepada Rajah 5, “SRVA Trainer KIT” ini hanya
menumpukan pada satu litar yang hanya berkenaan dengan kerja amali tersebut sahaja. Selain
itu, “SRVA Trainer KIT” ini juga mampu mengurangkan kadar kesalahan pada tahap yang
maksimum yang mungkin akan dilakukan oleh para pelajar dalam proses penyambungan
litar. Ini kerana kesemua litar sudah sedia ada dan para pelajar hanya perlu memahami
tentang bagaimana untuk meletakkan komponen yang betul pada litar tersebut. Dengan
mengambilkira faktor kejituan keputusan kerja amali, “SRVA Trainer KIT” ini juga mampu
memastikan keputusan kerja amali tersebut boleh diterima pakai pada tahap yang maksimum.
Dengan terhasilnya “SRVA Trainer KIT” ini di harap dapat membantu para pelajar
memahami kendalian litar- litar elektronik yang berkenaan dengan lebih efisien.

2. BAHAN DAN KAEDAH
Secara asasnya litar “SRVA Trainer KIT” ini dihasilkan melalui 3 proses utama seperti yang
ditunjukkan pada Rajah 3. Di mana proses yang terlibat adalah di mulai dengan litar ujikaji
sebagai input dan penghasilan litar di peringkat proses seterusnya bagi menghasilkan litar
akhir sebagai “output”. “SRVA Trainer KIT” ini dihasilkan dengan mengambilkira keperluan
bagi setiap ujikaji yang hendak dilakukan. Selepas itu proses penghasilan litar yang
berkenaan di buat dengan menggunakan “PC Maker” yang bersesuaian. Semasa proses ini
dilaksanakan, beberapa faktor perlu diambilkira antaranya ialah:
Bentuk Litar

Page 7 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Komponen Yang Akan Digunakan
Kebolehgunaan Litar Oleh Pelajar
Faktor ini adalah penting kerana setiap litar akhir yang akan dihasilkan mestilah pada tahap
kebolehpercayaan yang tinggi. Jika dilihat dari jenis “Trainer” yang sedia ada, sebelum
menjalankan ujikaji pelajar perlu memastikan beberapa perkara terlebih dahulu, antaranya
ialah:
Mengenalpasti Litar Mana Yang Perlu Digunakan
Sambungan Mana Yang Perlu Dibuat
Memilih “Point” Yang Betul Semasa Proses Ujikaji

Rajah 3: Rajah blok SRAV Trainer KIT

Rajah 4: Sambungan litar akhir
Jadual 1 : Hasil dapatan dari pensyarah yang mengajar kursus ini

Bil Elemen pemerhatian Dapatan

1 Pelajar menghadapi masalah meyambung litar semasa ujikaji 100% bersetuju

2 Penggunaan Trainer sedia ada mencukupi 100% tidak bersetuju

3 Trainer sedia ada menjurus secara langsung kepada litar ujikaji 70% tidak bersetuju

amali yang dilaksanakan 30% setuju

4 Penggunaan Trainer KIT mudah dapat membantu proses 100% bersetuju
pelaksanaan kerja amali dengan lebih baik

Page 8 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

5 Trainer Kit yang hanya merujuk kepada litar ujikaji berkenaan 100% bersetuju
sahaja dapat memberi kesan yang baik kepada hasil ujikaji
pelajar

6 Penggunaan konsep DIY pada Trainer Kit dapat menjimatkan 100% bersetuju
kos

7 Keperluan meneyediakan Trainer KIT jenis ini diperlukan 100% bersetuju

Setelah melalui proses pembentukan dan penyambungan litar, litar akhir bagi “SRVA Trainer
KIT” adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 5. Litar pada Rajah 5 ini akan digunakan
hanya untuk ujikaji makmal yang berkaitan dengan “Diode as a Rectifier” sahaja dan ianya

dapat membantu pelajar lebih memahami objektif ujikaji tersebut.

Rajah 5: Litar akhir Diode as a Recitifier

Merujuk kepada Rajah 5 juga, bagi operasi kendalian “SRVA Trainer KIT”, para pelajar
hanya perlu mengenalpasti komponen yang hendak digunapakai dan di letakkan pada
terminal yang betul. Seterusnya para pelajar hanya perlu mengenalpasti titik bagi tujuan
pengujian iaitu terminal “INPUT” dan “OUTPUT” tanpa perlu memikirkan bentuk
sambungan litar yang sesuai. Ini akan dapat memastikan data yang diperolehi dari hasil
ujikaji ini boleh digunapakai dan di percayai.

Page 9 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Rajah 6: Carta alir ‘SRVA Trainer KIT’

3. HASIL DAN PERBINCANGAN
Rajah 7 menunjukkan hasil akhir “SRVA Trainer KIT”. “Prototype” ini adalah sebuah litar
ringkas yang digunakan untuk satu litar sahaja bagi satu ujian amali. Pada litar ini hanya
gambarajah litar yang telah tersedia tersambung mengikut sambungan yang sepatutnya untuk
satu-satu litar dalam ujian amali tersebut. Dengan mengambilkira keberkesanan
penggunaanya oleh pelajar dalam melaksanakan ujian amali di percayai ianya akan
menghasilkan suatu keputusan yang amat baik dan berkesan bagi tujuan mencapai objektif
amali tersebut.

Rajah 7: SRAV Trainer KIT prototype Page 10 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Pelajar akan menyambungkan litar mengikut “lab sheet” yang disediakan dimana pelajar
hanya perlu menentukan komponen yang perlu digunakan dan tempat komponen tersebut
berada. Setelah semua komponen tersebut diletakkan pada litar itu, pelajar hanya perlu
menentukan tempat (“point”) untuk diambil kira dalam menyelesaikan setiap kerja amali
yang diberikan. Sebagai contoh “output point”. Dengan ketersediaan “point” yang perlu di
ambilkira, hasilnya akan boleh dipercayai.

Merujuk Jadual 2, pengujian trainer ini menunjukkan SRAV Trainer kit ini mudah digunakan
berbanding dengan trainer yang sedia ada. Ini kerana pelajar hanya perlu memastikan
komponen yang digunakan sesuai dan diletakkan di kedudukan yang betul.

Jadual 2: Konfigurasi kes

Kes Dapatan Litar Kendalian Penerangan

1 Sukar Trainer sedia ada Perlu pilih sambungansPaemlabjaurngan perlu membuat
yang betul yang betul sebelum

memulakan ujikaji

Pelajar hanya perlu

2 Mudah SRAV Trainer KIT Hanya perlu memilihmemastikan komponen di
komponen yang sesuai letakkan pada tempat yang

betul

4. KESIMPULAN

Berdasarkan kepada pemerhatian yang di buat keatas pelajar semester DUA yang mengambil
kursus “Semiconductor Devices”, mereka mengalami kesukaran untuk melaksanakan ujikaji
amali dengan baik kerana “Trainer KIT” yang sedia ada boleh dikatakan tidak begitu mesra
aplikasinya memandangan masa yang ada untuk melaksanakan sesebuah ujikaji adalah
terhad. Dengan terbinanya “SRVA Trainer KIT” ini dipercayai ianya akan dapat
menyelesaikan masalah yang dinyatakan tadi. Selain itu dengan adanya “SRVA Trainer KIT”
ini juga akan dapat menyelesaikan masalah kekurangan “Trainer” kerana ianya
menggunakan konsep “DIY”.

RUJUKAN

A. Kurniawati. (2017). Pengembangan Trainer Digital Mata Pelajaran Dasar Dan Pengukuran
Listrik. Jurnal Pendidik. Tek. Elektro, vol. 7, no. 4.

D. Ibrahim. (2003). Teaching digital control using a low-cost microcontroller-based
temperature control kit. Int. J. Electr. Eng. Educ.

K. & B. Ajao . (2014). Local Fabrication of Digital Logic Trainer for Laboratory
Demonstration. International Journal Of Innovation In Science And Mathematics.
Volume 2. Issue 1.

Page 11 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

M. M. Asad, D. R. Bin Hassan &F. Sherwani. (2014). Design and Development of A PIC
Microcontroller Based Embedded System Trainer Panel for Electrical Personnel
Training.

S. Siagian. (2014). Development of Basic Electronic Instructional Module And Trainer Sahat
Siagian Panahatan, Jongga Manullang. State University of Medan. Eur. J. Comput.
Sci. Inf. Technol. 2.

T. C. S. Potter, N. V. Bryce, and C. A. Hartley. (Jun 2017). Cognitive components
underpinning the development of model-based learning. Dev. Cogn. Neurosci., vol.
25, pp. 272–280

Page 12 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Pandemik Covid 19: Tahap Kesediaan Dan Persepsi Pembelajaran Dan
Pengajaran (PdP) Secara Dalam Talian Bagi Pelajar Semester Satu Kursus
DBM10013 Matematik Kejuruteraan 1, Sesi Jun 2020 Di Politeknik Sultan

Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun Terengganu

Noor Syahida Binti Shamsuddin*, Rosamalina Binti Mohd @ Mohd Noor, Safiah Binti
Awang

Jabatan Matematik, Sains & Komputer, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin,23000, Dungun, Terengganu
*Correseponding author email: [email protected]

Abstrak
Pandemik Covid 19 telah menyebabkan PdP secara dalam talian adalah satu keperluan sebagai salah satu cara
pembelajaran. Kemajuan dan kecanggihan dunia siber dengan adanya berbagai platform digital memudahkan
dan melancarkan kelas dalam talian. Kajian ini dibuat untuk mengenalpasti tahap kesediaan dan persepsi pelajar
terhadap PdP secara dalam talian semasa Pandemik Covid 19 bagi pelajar semester satu bagi kursus DBM10013
Matematik Kejuruteraan 1 Sesi Jun 2020 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA), Dungun
Terengganu. Kumpulan kajian ini terdiri daripada pelajar semester satu seramai 329 orang yang terdiri dari
Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Kejuruteraan Eletrik (JKE) dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
(JKM). Kaedah kajian yang digunakan adalah dengan menggunakan kaedah kuantitatif iaitu melalui kajian
tinjauan berdasarkan kepada pengumpulan data soal selidik secara edaran Google Form. Data dianalisis dengan
menggunakan perisian SPSS versi 26. Hasil kajian mendapati bahawa tahap kesediaan pelajar terhadap PdP
secara dalam talian adalah sederhana tinggi (Min 3.42, S.P 0.772), tahap persepsi pelajar terhadap PdP secara
dalam talian juga sederhana tinggi (Min 3.00, S.P 0.924). Manakala tahap kesediaan dan persepsi pelajar
terhadap PdP secara dalam talian mempunyai hubungan positif yang tinggi iaitu sebanyak 0.776.

Kata kunci: Kesediaan secara dalam talian, persepsi secara dalam talian, pandemik Covid 19, pengajaran dan
pembelajaran, PdP secara dalam talian

1. PENGENALAN

Pandemik COVID-19 ini memberikan kesan yang buruk terhadap kesihatan, pendidikan,
ekonomi, kewangan dan lain-lain sehingga mengakibatkan beberapa negara termasuk
Malaysia mengambil langkah menjalankan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Rakyat
dinasihatkan untuk terus kekal di rumah, bekerja dari rumah (Work From Home) dan
pergerakan di luar rumah dihadkan.

Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan
(PKP) Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 16 Mei 2020 telah meluluskan cadangan
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan pengendalian aktiviti akademik di kampus
Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) semasa dan pasca PKP. KPT menerusi kenyataan media
bertarikh 27 Mei 2020 memaklumkan bahawa semua aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
(PdP) hendaklah dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember 2020. Semua
aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan. PdP secara dalam talian merupakan
satu keperluan yang disebabkan oleh Pandemik Covid 19. Semua pelajar dari berbagai tahap
terpaksa menghadiri kelas harian secara dalam talian. Impak PdP secara dalam talian akan
dilihat dari segi positif dan negatif kepada pelajar.

PdP secara dalam talian semakin berkembang dengan kemajuan dan kecanggihan dunia siber
dengan adanya berbagai platform digital yang digunakan sebagai medium kelas dalam talian

Page 13 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

di antaranya ialah Webex, MicrosoftTeams, Google Meet, Cidos, Google Classroom dan lain-
lain. Ahmad Zaki et al. (2014) menyatakan bahawa penggunaan teknologi dalam PdP adalah
untuk menarik minat pelajar di samping meningkatkan lagi keberkesanan P&P. Semua ini
jelas ditunjukkan melalui dapatan kajian yang dinyatakan, yang mana penggunaan teknologi
dalam PdP berjaya mencapai matlamat utama sebagaimana diterangkan sebelum ini.

Penggunaan teknologi di dalam PdP pada musim pandemik Covid 19 ini menyebabkan
penyelidik berminat untuk mengkaji tahap kesediaan dan persepsi pelajar semester 1
memandangkan mereka adalah kemasukan yang baru pada sesi Jun 2020. Tahap kesediaan
dan persepsi pelajar semester 1 amatlah diperlukan memandangkan kohort mereka akan
terlibat dengan PdP secara dalam talian dalam tempoh yang agak panjang. Dengan kajian ini,
penyelidik dapat mengetahui tahap kesediaan dan persepsi pelajar baharu terhadap PdP yang
dijalankan secara dalam talian dan ini dapat memberikan kaedah yang bersesuaian yang boleh
diterapkan oleh para pensyarah supaya dapat menarik perhatian para pelajar.

2. KAJIAN LITERATUR

Menurut Rossafri dan Shabariah (2011), kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan
medium maya ini dapat meningkatkan motivasi dan kefahaman pelajar. Berdasarkan kajian
tersebut, sepatutnya tidak wujud masalah yang besar kepada pelajar dari segi kemahiran
untuk menggunakan platform pembelajaran maya ini.

Ratheeswari (2018) menyatakan dalam era digital, penggunaan teknologi maklumat dan
komunikasi atau Information and Communications Technology (ICT) memberikan peluang
kepada pelajar untuk belajar dan mengaplikasi kemahiran-kemahiran yang diperlukan di alaf
21. Malahan menurut kajian Faridah dan Afham (2019) yang menekankan pembelajaran
secara atas talian merupakan medium internet yang menggunakan kaedah pembelajaran
secara aktif di dalam bilik darjah. Selain itu, kajian ini disokong lagi dengan kajian Surjono
(2015), yang mengatakan bahawa e-pembelajaran dapat melahirkan sistem pembelajaran
yang lebih fleksibel dan meluas. Justeru itu, pelajar akan menjadi lebih fleksibel untuk
memilih waktu dan tempat belajar kerana mereka tidak perlu datang ke suatu tempat pada
waktu tertentu.

Gonzalez et al. (2020) berpandangan bahawa situasi pandemik Covid 19 memberi impak
positif dalam konteks penyuburan penggunaan pembelajaran secara dalam talian. Keadaan
yang mendesak menyebabkan, pensyarah dan pelajar bertungkus lumus berusaha untuk
meningkatkan pengetahuan dalam aspek penggunaan alatan digital serta aplikasi
pembelajaran dalam talian supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan
dengan berkesan. Pembelajaran dalam talian merujuk kepada aktiviti yang melibatkan
pengajar dan pelajar menggunakan apa-apa sahaja platform dalam talian bagi melaksanakan
proses pembelajaran (Awang et al., 2019 dan Sun et al., 2008). Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran secara dalam talian memerlukan pengajar dan pelajar saling berhubungan
melalui sistem elektronik seperti internet, komputer meja, kompuer riba, tablet dan
sebagainya. Pengajar boleh menjalankan aktiviti pengajaran secara segerak (synchronously)
atau secara tidak segerak (asynchronously). Meskipun, sebahagian pensyarah dan pelajar
pernah menggunakan aplikasi-aplikasi pembelajaran secara dalam talian, tetapi masih
terdapat cabaran besar dalam pelaksanaannya (Kanuka & Anderson 2007 dan Rana et al.,
2014). Internet kini telah menjadi kaedah yang paling mudah dan digemari dalam konteks

Page 14 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

mencari nota-nota rujukan tambahan, soalan-soalan lepas, berkongsi pandangan dan bertanya
pendapat tentang sesuatu tugasan ataupun latihan menerusi ruangan sosial di Internet (Arthur
& Brafi 2013).

Menurut Manzoor (2020), pembelajaran secara dalam talian tidak memberi keadilan kepada
golongan tertentu seperti pelajar berkeperluan khas serta pelajar dari golongan susah yang
tiada akses kepada pembelajaran secara dalam talian terutamanya golongan yang berada di
luar-luar bandar. Bernama (2020) yang menyatakan bahawa pembelajaran secara atas talian
hanya berkesan sekiranya capaian internet dapat dinikmati secara meluas di setiap kawasan
sama ada di bandar, luar bandar atau kawasan pedalaman. Oleh itu, ini adalah satu cabaran
yang besar buat para pensyarah untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara atas
talian kerana tidak semua pelajar mempunyai capaian internet yang baik di kawasan tempat
tinggal mereka.

Berdasarkan kepada kajian-kajian di atas, satu kajian perlu dilakukan untuk pelajar
kemasukan baru iaitu semester 1 untuk mengetahui tahap kesediaan dan persepsi mereka
terhadap PdP yang dijalankan secara dalam talian. Kajian-kajian lepas menjalankan kajian di
peringkat sekolah ataupun pengajian tinggi tetapi masih belum melibatkan pelajar di
politeknik.

2. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian melibatkan tahap kesedian dan persepsi pelajar terhadap PdP secara dalam
talian. Objektif kajian merangkumi perkara di bawah iaitu:

Tahap kesediaan dan persepsi pelajar terhadap PdP secara dalam talian berdasarkan faktor
jantina.

Tahap kesediaan dan persepsi pelajar terhadap PdP secara dalam talian berdasarkan faktor
jabatan.

Tahap kesediaan dan persepsi pelajar terhadap PdP secara dalam talian berdasarkan faktor
lokasi rumah/kamsis.

Hubungan di antara tahap kesediaan dan persepsi pelajar terhadap PdP secara dalam talian.

2.1 PELAKSANAAN/METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk dan Kumpulan Sasaran

Kaedah kajian yang digunakan adalah dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui kajian
tinjauan berdasarkan kepada pengumpulan data soal selidik yang diubah suai daripada kajian
Mohd Fairuz et al (2020). Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada pelajar semester 1
Sesi Jun 2020 seramai 821 di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. Pelajar semester 1 ini
terdiri dari Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Jabatan Kejuruteraan Eletrik (JKE), Jabatan
Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dan Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (JTMK).
Namun kajian ini hanya menekankan kepada pelajar yang mengambil kursus DBM10013
(Matematik Kejuruteraan 1) dan melibatkan 3 jabatan sahaja iaitu JKA, JKE dan JKM yang
berjumlah 651 orang pelajar.

Instrumen Kajian dan Prosedur Pengumpulan Data

Page 15 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Penyelidik telah menyediakan borang soal selidik mengenai tahap kesediaan dan persepsi
pelajar terhadap PdP secara dalam talian. Borang soal selidik telah diedarkan kepada 651
orang pelajar semester 1 yang mengambil kursus DBM10013 melalui edaran Google Form.
Borang soal selidik telah dibahagi kepada empat konstruk utama iaitu Bahagian A
mengandungi demografi responden (jantina, jabatan, lokasi, peranti); Bahagian B pula
merangkumi item tahap kesediaan pelajar terhadap PdP secara dalam talian; Bahagian C pula
merupakan persepsi pelajar terhadap PdP secara dalam talian. Bagi soalan Bahagian B dan C
kesemua item tersebut diukur dengan menggunakan skala Likert. Skala ini dibahagikan
dengan lima (5) skala dan diubah suai daripada kajian Mohd Fairuz et al. (2020) iaitu: Skala
1: Sangat Tidak Setuju, Skala 2: Tidak Setuju, Skala 3: Tidak Pasti, Skala 4: Setuju dan Skala
5: Sangat Setuju

Kaedah Penganalisaan Data

Data dianalisa dengan menggunakan SPSS versi 26. Berdasarkan Rosmawati (2011), dua
analisa yang digunakan iaitu analisis statistikal deskriptif dan analisis statistikal inferensi.
Analisa yang dibuat dengan menggunakan analisis statistikal deskriptif ialah frekuensi (N),
min (skor purata) dan sisihan piawai (S.P) untuk setiap item pada seluruh bahagian soal
selidik. Manakala analisis statistikal inferensi yang digunakan adalah analisis bivariat iaitu
Ujian T, ANOVA dan korelasi. Data dianalisa dengan menggunakan ujian T untuk
mengenalpasti perbezaan tahap kesediaan dan persepsi berdasarkan faktor jantina (lelaki dan
perempuan) dan lokasi (bandar dan luar bandar). Manakala ANOVA digunakan untuk
mengenalpasti perbezaan tahap kesediaan dan persepsi berdasarkan faktor jabatan (JKA, JKE
dan JKM). Di samping itu, ujian korelasi dijalankan untuk mengetahui hubungan di antara
tahap kesediaan dan persepsi pelajar terhadap PdP secara dalam talian.

3. ANALISIS KAJIAN

Analisis kajian adalah berdasarkan kepada pengumpulan data soal selidik yang diedarkan
kepada pelajar semester 1 sesi Jun 2020 seramai 651 orang. Sebanyak 329 pelajar yang
memulangkan semula kaji selidik ini.

Jadual 1: Bilangan responden berdasarkan kepada jantina

Jantina N %

Lelaki 167 50.8

Perempuan 162 49.2

Jumlah 329 100.0

Berdasarkan kepada Jadual 1, bilangan responden adalah seramai 329 orang iaitu pelajar
lelaki seramai 167 orang (50.8%) dan pelajar perempuan seramai 162 orang (49.2%).
Berdasarkan kepada jadual penentuan saiz sampel seperti jadual Krejcie & Morgan (1970)
dan jadual Cohen et al. (2001), saiz sampel kajian bagi populasi 651 pelajar adalah seramai
242, oleh yang demikian, responden seramai 329 boleh diterima.

Page 16 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Jadual 2: Agihan bilangan responden berdasarkan kepada Jabatan

Jabatan N %

JKA 96 29.2

JKE 111 33.7

JKM 122 37.1

Jumlah 329 100.0

Merujuk kepada Jadual 2, agihan bilangan responden berdasarkan kepada jabatan adalah
Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) sebanyak 96 orang (29.2%), Jabatan Kejuruteraan
Elektrik (JKE) sebanyak 111 orang (33.7%) dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM)
sebanyak 122 orang (37.1%).

Jadual 3: Lokasi semasa PdP sedang berlangsung

Lokasi N %

Bandar 150 45.6

Luar bandar 179 54.4

Jumlah 329 100.0

Berdasarkan kepada jadual 3, lokasi pelajar semasa PdP sedang berlangsung adalah berada di
bandar sebanyak 150 orang (45.6%) dan luar bandar sebanyak 179 orang (54.4%).

Jadual 4: Alat peranti yang dimiliki oleh pelajar

Alat peranti N %

1 124 37.7

2-3 204 62.0

41 0.3

Jumlah 329 100.0

Alat peranti yang dimiliki oleh pelajar terdiri daripada telefon pintar, tablet, komputer riba
(laptop) dan komputer (desktop). Pelajar yang memiliki 1 peranti sama ada hanya memiliki
satu telefon pintar ataupun satu komputer adalah sebanyak 124 orang (37.7%). Pelajar yang

Page 17 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

memiliki lebih daripada dua dan tiga peranti adalah sebanyak 204 orang (62.0%) dan yang
memiliki kesemua peranti adalah seorang pelajar sahaja. Kebanyakkan pelajar memiliki
komputer riba (laptop) dan telefon pintar.

Jadual 5: Tahap Kesediaan Pelajar Terhadap PdP Secara Dalam Talian

Tahap Kesediaan Pelajar Terhadap PdP secara dalam talian Min Sisihan
Piawai
Capaian internet yang mudah semasa PdP berlangsung. 3.63
0.884
PdP secara dalam talian berjalan dengan lancar. 3.74 1.095
1.038
Tiada masalah lain/keluarga Ketika PdP sedang berlangsung 3.65 1.087
1.020
Tiada masalah internet semasa PdP secara dalam talian. 3.30 1.004

PdP secara dalam talian membolehkan saya mudah belajar di mana-mana 3.20

PdP secara dalam talian membolehkan saya berhubung lebih pantas dengan 3.03
pensyarah

Jadual 5 menunjukkan nilai min dan sisihan piawai untuk tahap kesediaan pelajar terhadap
PdP secara dalam talian. Berdasarkan kepada Jadual 5, didapati bahawa PdP secara dalam
talian berjalan dengan lancar mempunyai min yang paling tinggi iaitu (Min 3.74, S.P 1.095).
Manakala min paling rendah iaitu (Min 3.03, S.P 1.004) adalah untuk PdP secara dalam talian
membolehkan pelajar berhubung dengan lebih pantas dengan pensyarah. Berdasarkan jadual
agihan skala Likert 1 hingga 5, tahap kesediaan pelajar terhadap PdP secara atas talian adalah
sederhana tinggi (Min 3.42, S.P 0.772) berdasarkan kepada Rosmawati (2020). Min dan
sisihan piawai ini adalah merujuk kepada keseluruhan item di dalam Bahagian B.

Jadual 6: Persepsi Pelajar Terhadap PdP secara dalam talian

Persepsi Pelajar Terhadap PdP Secara Dalam Talian Min Sisihan
Piawai

Pembelajaran menjadi lebih interaktif di dalam kelas/kuliah 2.95 1.117

Lebih memudahkan pembelajaran secara dalam talian 2.68 1.068

Meningkatkan kefahaman dan pembelajaran kerana lebih mudah dan tersusun 3.16 1.015

Menarik minat untuk meneroka topik yang dipelajari dengan lebih mendalam 2.95 0.977

Seronok PdP dalam talian 3.24 0.970

Page 18 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Menyokong PdP secara dalam talian walaupun Covid19 telah tamat 3.04 1.249

Jadual 6 merupakan persepsi pelajar terhadap PdP secara dalam talian. Berdasarkan jadual 6,
didapati bahawa pelajar seronok PdP secara dalam talian merupakan min tertinggi (Min 3.24,
S.P 0.970). Manakala min paling rendah adalah untuk pembelajaran secara dalam talian lebih
memudahkan dengan nilai (Min 2.68, S.P 1.068). Berdasarkan jadual agihan skala Likert 1
hingga 5, berdasarkan kepada Rosmawati (2020) persepsi pelajar terhadap PdP secara atas
talian adalah sederhana tinggi (Min 3.00, S.P 0.924). Min dan sisihan piawai ini adalah
merujuk kepada keseluruhan item di dalam Bahagian C.

5.1 Tahap Kesediaan Dan Persepsi Pelajar Terhadap Pdp Secara Dalam
TalianBerdasarkan Jantina

Jadual 7: Perbezaan tahap kesediaan dan persepsi pelajar terhadap PdP secara dalam
talian berdasarkan jantina

Jantina Lelaki Perempuan
(n = 167) (n = 162)

Kesediaan Min Sisihan Min Sisihan t Sig (2 tailed)
Persepsi Piawai Piawai
3.4850 3.3663 1.396 0.461
3.0609 0.7322 2.9393 0.8097 1.195 0.056

0.9284 0.9175

Ujian T dijalankan untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan di antara pelajar lelaki
dan perempuan terhadap tahap kesediaan dan persepsi PdP secara dalam talian. Berdasarkan
jadual 7, min pelajar lelaki (Min = 3.4850, S.P = 0.7322) tinggi sedikit berbanding min
pelajar perempuan (Min = 3.3663, S.P = 0.8097) untuk tahap kesediaan. Hasil ujian T
menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan untuk
tahap kesediaan terhadap PdP secara dalam talian, t (1.396) = 0.461, p < 0.05. Ini
menunjukkan bahawa jantina tidak mempengaruhi tahap kesediaan terhadap PdP secara
dalam talian.

Dari jadual 7 juga, min pelajar lelaki (Min = 3.0609, S.P = 0.9284) masih tinggi berbanding
min pelajar perempuan (Min = 2.9393, S.P = 0.9175) untuk persepsi pelajar terhadap PdP
secara dalam talian. Hasil ujian T menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara
pelajar lelaki dan perempuan untuk tujuan pembelajaran, t (1.195) = 0.056, p < 0.05. Ini
menunjukkan bahawa pelajar lelaki mempunyai persepi yang baik terhadap PdP secara dalam
talian.

5.2 Tahap Kesediaan Dan Persepsi Pelajar Terhadap Pdp Secara Dalam Talian
Berdasarkan Jabatan

Page 19 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Jadual 8A: Min tahap kesediaan dan persepsi pelajar terhadap pdp secara dalam talian
berdasarkan jabatan.

JKA JKE JKM
(n = 96) (n = 111) (n = 122)

Min Sisihan Min Sisihan Min Sisihan

Piawai Piawai Piawai

Kesediaan 3.2326 0.5188 3.4279 0.5312 3.5779 0.5233

Persepsi 2.7813 0.7246 2.9249 0.5313 3.2432 0.5951

Berdasarkan kepada jadual 8A, min tahap kesediaan terhadap PdP secara dalam talian paling
tinggi berdasarkan jabatan adalah JKM (Min 3.5779, S.P 0.5233). Begitu juga dengan
persepsi pelajar terhadap PdP secara dalam talian berdasarkan jabatan adalah JKM (Min
3.242, S.P 0.5951).

Jadual 8B: Tahap kesediaan dan persepsi terhadap pdp secara dalam talian
berdasarkan jabatan.

Jumlah Kuasadf Min F Sig.
Dua Kuasa
Dua 0.004

Antara 6.403 2 3.202 5.514 0.001
Kumpulan
Kesediaan 189.294 326 0.581
Persepsi Dalam 195.697 328
Kumpulan 12.433 2 6.217 7.579

Jumlah 267.400 326 0.820
279.833 328
Antara
Kumpulan

Dalam
Kumpulan

Jumlah

Merujuk kepada jadual 8B, hasil ujian ANOVA mendapati bahawa terdapat perbezaan
signifikan antara ketiga-tiga jabatan dalam tahap kesedian dalam PdP secara dalam talian, F
(5.514) = 0.004, p < 0.05. Manakala hasil ujian ANOVA juga mendapati terdapat perbezaan
yang signifikan antara ketiga-tiga jabatan dalam persepsi PdP secara dalam talian F (7.579) =
0.001, p < 0.05. Jabatan yang mewujudkan perbezaan yang signifikan adalah JKM
berdasarkan kepada ujian Post Hoc Tukey HSD (JKM, JKA p = 0.104) dan (JKM, JKE p =

Page 20 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

0.099) untuk tahap kesediaan. Manakala untuk persepsi, (JKM, JKA p=0.124) dan (JKM,
JKE p =0.119).

Jadual 9: Post Hoc Tukey HSH

Jabatan Jabatan Perbezaan p Sig
Min

Kesediaan JKM JKA 0.345 0.104 0.004

JKM JKE 0.149 0.099 0.326

Persepsi JKM JKA 0.462 0.124 0.001

JKM JKE 0.318 0.119 0.029

5.3 Tahap Kesediaan Dan Persepsi Pelajar Terhadap Pdp Secara Dalam Talian
Berdasarkan Lokasi

Jadual 10: Perbezaan tahap kesediaan dan persepsi pelajar terhadap PdP secara dalam
talian berdasarkan lokasi.

Lokasi

Bandar Luar Bandar
(n = 150) (n = 179)

Min Sisihan Min Sisihan t Sig (2 tailed)
Piawai Piawai
Kesediaan 3.4322 3.4218 0.122 0.039
Persepsi 2.9033 0.8142 3.0829 0.7378 -1.751 0.567

0.9546 0.8913

Ujian T dijalankan untuk mengenalpasti sama ada terdapat perbezaan di antara lokasi pelajar
ketika PdP sedang berlangsung terhadap tahap kesediaan dan persepsi PdP secara dalam
talian. Berdasarkan jadual 9, min lokasi bandar (Min = 3.4322 S.P = 0.8142) tinggi sedikit
berbanding min lokasi luar bandar (Min = 3.4218, S.P = 0.7378) untuk tahap kesediaan. Hasil
ujian T menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara lokasi semasa PdP sedang
berlangsung sama ada bandar dan luar bandar untuk tahap kesediaan terhadap PdP secara
dalam talian, t (0.122) = 0.039, p < 0.05. Ini menunjukkan bahawa lokasi sama ada bandar
dan luar bandar mempengaruhi tahap kesediaan pelajar terhadap PdP secara dalam talian.

Dari jadual 10 juga didapati bahawa lokasi bandar (Min = 2.9033, S.P = 0.9546) dan lokasi
luar bandar (Min = 3.0829, S.P = 0.8913) untuk persepsi pelajar terhadap PdP secara dalam
talian. Hasil ujian T menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara lokasi bandar dan
luar bandar terhadap persepsi, t (-1.175) = 0.567, p < 0.05. Ini menunjukkan bahawa lokasi

Page 21 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

sama ada bandar dan luar bandar tidak mempengaruhi persepsi pelajar terhadap PdP secara
dalam talian.
5.4 Hubungkait Di Antara Tahap Kesediaan Dan Persepsi Pelajar Terhadap Pdp Secara
Dalam Talian

Jadual 11: Hubungan di antara tahap kesediaan dan persepsi pelajar terhadap PdP
secara dalam talian

Persepsi

Kesediaan Korelasi Pearson 0.767**
Sig. (2-tailed) 0.000

Jadual 11 menunjukkan terdapat hubungan di antara tahap kesediaaan dan persepsi pelajar

terhadap PdP secara dalam talian dengan menggunakan korelasi Pearson. Berdasarkan hasil

dapatan di jadual 11, terdapat hubungan positif yang signifikan pada tahap yang kuat dengan

r = 0.767, p < 0.05. berdasarkan kepada Sugiyono (2013) yang menyatakan intepretasi
korelasi digunakan seperti berikut: 0.00 – 0.199 (sangat rendah), 0.20 – 0.399 (rendah), 0.40
– 0.599 (sederhana), 0.60 – 0.799 (kuat) dan 0.80 – 1.000 (sangat kuat).

4. PERBINCANGAN

Berdasarkan analisis yang telah dibuat, kami mendapati bahawa tahap kesediaan pelajar
terhadap PdP secara dalam talian berada pada tahap sederhana tinggi (Min 3.42, S.P 0.772).
Ianya menepati kajian yang telah dijalankan oleh (Nor Aidawati & Mazidah ,2021) dan Mohd
Fairuz et.al (2020) yang menyatakan bahawa kajian mereka mendapati kesediaan pelajar
terhadap PdP secara atas talian pada tahap sederhana tinggi. Tahap persepsi pelajar terhadap
PdP secara dalam talian juga berada pada tahap sederhana tinggi (Min 3.00, S.P 0.924). Ianya
menepati kajian yang telah dijalankan oleh Muhammad Izzat et.at (2020) yang menunjukkan
bahawa tahap persepsi pelajar yang sederhana terhadap PdP secara dalam talian. Keadaan ini
bersesuaian dengan dapatan kajian daripada Roslaili Anuar dan Wan Zamani (2015) yang
menunjukkan kesediaan pelajar untuk menerima e-pembelajaran masih belum berubah. Hal
ini kerana mereka masih berada dalam proses untuk menyesuaikan pembelajaran melalui
teknologi dan masih berada dalam satu transisi baharu untuk menyesuaikan diri dengan
kursus yang diambil. Oleh yang demikian, perubahan terhadap pelaksanaan pembelajaran
secara atas talian perlu dipertingkatkan agar dapat membentuk persekitaran pembelajaran
yang lebih bermakna sungguhpun di dalam keadaan maya.

Jabatan yang mempengaruhi tahap kesediaan dan persepsi adalah Jabatan Kejuruteraan
Mekanikal (JKM). Ianya menepati kajian yang dijalankan oleh Mohd Ery Johaizal (2009)
turut mendapati tiada perbezaan terhadap jantina namun terdapat perbezaan mengikut
program pengajian. Manakala lokasi bandar mempengaruhi tahap kesediaan pelajar terhadap
PdP secara dalam talian. Ianya bertepatan dengan kenyataan akhbar Bernama (2020) yang

Page 22 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

menyatakan bahawa pembelajaran secara atas talian hanya berkesan sekiranya capaian
internet dapat dinikmati secara meluas di setiap kawasan sama ada di bandar, luar bandar atau
kawasan pedalaman.

Hubungan yang positif di antara tahap kesediaan dan persepsi sebanyak 0.767 menunjukkan
bahawa persepsi pelajar meningkat sehala dengan tahap kesediaan terhadap P&P secara
dalam talian. Ianya dapat dikaitkan pada kajian Mohalik & Sahoo (2020) yang mendapati
bahawa tahap kesediaan dan persepsi pelajar pensyarah terhadap P&P secara dalam talian
selari dengan keperluan masa kini memandangkan situasi pandemic Covid19 yang melanda.
Namun, kebanyakkan pelajar dan pensyarah lebih gembira sekiranya PdP dapat diadakan
secara bersemuka memandangkan masalah-masalah yang dihadapi seperti capaian internet,
peranti yang dimiliki dan sebagainya. Mereka juga mendapati bahawa pelajar dan pensyarah
mempunyai persepsi yang baik terhadap penjimatan masa dan kos untuk pembelajaran secara
dalam talian.

RUJUKAN

Ahmad Zaki Amiruddin, Ahmed Thalal Hassan, Ahmad Abdul Rahman, Nor Abdul Rahman
& Mohd Shahriman Abu Bakar. (2014). Penggunaan Aplikasi Atas Talian Dalam Proses
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Ketiga: Pengenalan Kepada Quizlet.Com.
Prosiding Seminar Antarabangsa Kelestarian INSAN 2014.

Arthur, C. & Brafi, P.O. (2013). Internet use among students in tertiary institutions in the
Sunyani Municipality, Ghana. Library Philosophy and Practice (e-journal). Paper 859

Awang, Hapini, Sheik Osman Wan Rozaini, & Mat Aji Zahurin. (2019). Model to Evaluate
Virtual Learning Environment among Malaysian Teachers. International Journal of
Innovative Technology and Exploring Engineering 8(5S).

Bernama. (2020). Cabaran Mengajar Dalam Talian. Diperolehi semula melalui laman web
http://sinarharian.com.my/cabaran-mengajar-dalam-talian pada 7 Julai 2021 0

Faridah Che In & Afham Zulhusmi Ahmad. (2019). Kajian Keberkesanan Pembelajaran
Interaktif Berasaskan Aplikasi Kahoot: Satu Kajian Tindakan Terhadap Kursus
Principles of Marketing. Online Journal For TVET Practitioners, 4(1), 1-10

Gonzalez, T., M. A. de la Rubia, K. P. Hincz, M. Comas-Lopez, L. Subirats, S. Fort, & G. M.
Sacha. (2020) “Influence of COVID-19 Confinement in Students Performance in Higher
Education.” ArXiv Preprint ArXiv 2004.09545.

Page 23 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu Mengajar Sedia Ada Terhadap
Pembelajaran Pelajar Kulinari di Kolej Komuniti Rompin

Natasha Noremilia Othman*, Noor Azhar Abd Wahab

Kolej Komuniti Rompin, 26800 Kuala Rompin, Pahang
*Corresponding author E-mail: [email protected]

Abstrak
Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) serta penyediaan peralatan yang lengkap dalam menjalankan aktiviti
pembelajaran dan pengajaran amatlah perlu dititikberatkan bagi meningkatkan keberhasilan pemahaman di
kalangan pelajar. Justeru, tujuan kajian ini adalah untuk meninjau penggunaan alatan bantu mengajar serta
kemudahan peralatan sedia ada terhadap pembelajaran pelajar kulinari di Kolej Komuniti Rompin. Reka bentuk
kajian yang dijalankan oleh penyelidik adalah secara tinjauan dengan penggunaan instrumen borang soal selidik
yang diedarkan melalui aplikasi Google Form. Borang soal selidik ini mengandungi 2 soalan dibahagian A, 6
soalan dibahagian B dan 5 soalan dibahagian C. Penggunaan skala likert 5-mata digunapakai bagi menjawab
setiap soalan dibahagian B dan C. Data-data dianalisa menggunakan perisian SPSS versi 26.0 yang mana
melibatkan populasi kajian seramai 63 orang pelajar Sijil Kulinari yang terdiri dari pelajar semester satu hingga
tiga. Kajian ini memfokuskan kepada (1) tahap kesediaan program kulinari menyediakan kemudahan ABM
terhadap pembelajaran pelajar serta (2) tahap kepuasan pelajar terhadap pengunaan ABM sedia ada dalam
proses pembelajaran. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa responden berpuas hati dengan penggunaan
alat bantu mengajar sedia ada, namun masih mahukan penambahbaikan dari segi kemudahan peralatan yang
mencukupi dan terkini bagi melaksanakan proses pembelajaran. Dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadi
panduan kepada pihak pengurusan Kolej Komuniti Rompin terutama Progam Kulinari bagi meningkatkan lagi
kualiti dan mutu kemudahan serta penggunaan alat bantu mengajar yang disediakan.

Kata Kunci: Alat bantu mengajar; peralatan; pelajar kulinari

1. PENGENALAN

TVET merupakan singkatan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. TVET
adalah proses pendidikan dan latihan yang mempunyai hala tuju pekerjaan dengan penekanan
utama terhadap amalan industri. Ia bertujuan untuk menghasilkan tenaga kerja yang
kompeten dalam bidang-bidang yang tertentu. Skop TVET perlu berdasarkan standard
pekerjaan yang diiktiraf, dengan penekanan kepada komponen praktikal, kemahiran
psikomotor dan pendedahan kepada latihan di industri (Kementerian Pendidikan Malaysia,
2019). Bagi merealisasikan hasrat tersebut, persekitaran bengkel yang kondusif seperti
kemudahan dan perkhidmatan di bengkel perlulah berkualiti dan memenuhi kepuasan pelajar.
Kemudahan penyediaan peralatan merupakan sesuatu yang perlu ada dalam memberikan
keselesaan dan kemudahan kepada seseorang pelajar. Menurut Minhat (2007), kepuasan
pelajar amat dipengaruhi oleh kesenangan yang diberikan dari segi penggunaan kemudahan
yang disediakan. Kenyataan ini juga disokong oleh Nor Aishah (2012), kualiti perkhidmatan
yang disediakan haruslah memenuhi kepuasan pelajar serta persepsi pelajar di mana jika
kualiti perkhidmatan baik, maka kepuasan pelajar akan meningkat.

Di Kolej Komuniti Rompin, Program Sijil Kulinari merupakan program pengajian yang
mempunyai jumlah pelajar yang paling ramai dan sering mendapat permintaan kemasukan
pelajar baharu. Hal ini menjadikan jumlah pelajar kulinari yang aktif di bengkel kulinari
adalah mencapai jumlah sehingga maksimum 90 orang pada suatu masa. Oleh itu, pengkaji

Page 24 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

mengambil inisiatif untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan peralatan sedia ada
dalam melahirkan pelajar yang berkualiti seiring dengan kehendak industri TVET itu sendiri.

Kajian yang dijalankan oleh Melor dan Zairey (2020) menyatakan prestasi pelajar bukan
sahaja dinilai berdasarkan kemahiran kognitif tetapi juga kemahiran dan sikap praktikal
mereka. Sehubungan dengan itu, penggunaan alat bantu mengajar (ABM) yang berteknologi
serta peralatan terkini mampu memberikan sokongan yang besar kepada pengajar untuk
menyampaikan pelajaran, mengurus aktiviti pembelajaran dan menilai prestasi pelajar.
Penggunaan alat bantu mengajar (ABM) serta peralatan sedia ada yang lama dan terhad di
bengkel kulinari seperti ketuhar pembakar, dapur masak berketekanan tinggi, sistem
pengudaraan yang lama, sedikit sebanyak akan menganggu proses pembelajaran dan
pengajaran (PdP). Penyediaan alat bantu mengajar yang kurang lengkap serta kemudahan
peralatan yang sedikit akan memberikan ketidakselesaan ketika berada di bengkel sekaligus
membantutkan kelancaran semasa proses PDP itu berlangsung. Kenyataan ini turut disokong
pengkaji terdahulu iaitu penggunaan teknologi pendidikan dapat meningkatkan prestasi
pelajar dalam amalan pembelajaran dan pengajaran (Ali, Haolader, & Muhammad, 2013).
Justeru itu, melihat bahawa terdapat persoalan pada keperluan serta kehendak terhadap
penyediaan kemudahan serta pengunaan ABM ini, satu kajian telah dijalankan oleh pengkaji.

Persoalan Kajian

Kajian ini mengandungi persoalan seperti berikut:

Adakah kemudahan peralatan yang disediakan mencukupi penggunaannya bagi pembelajaran
pelajar kulinari?

Adakah pelajar berpuas hati dengan kemudahan ABM yang sedia ada di bengkel kulinari?

Objektif Kajian

Kajian ini mengandungi objektif yang hendak dicapai seperti berikut:

Mengenalpasti tahap kesediaan program kulinari menyediakan kemudahan ABM terhadap
pembelajaran pelajar.

Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap pengunaan ABM sedia ada dalam proses
pembelajaran.

Sorotan Kajian

Tujuan TVET diperkenalkan adalah bagi memenuhi permintaan industri dan menyumbang
kepada pertumbuhan ekonomi, selaras dengan globalisasi, ekonomi berasaskan pengetahuan,
kemajuan teknologi dan mobiliti tenaga kerja global. Pembelajaran didalam TVET dengan
mengupayakan pendekatan yang diterajui industri adalah penting untuk menyediakan modal
insan berkemahiran yang diperlukan industri, terutama untuk menyokong peralihan sektor
ekonomi ke arah aktiviti berasaskan pengetahuan, selari dengan aspirasi menjadi negara maju
pada tahun 2020 (Kementerian Pengajian Tinggi, 2019). Justeru itu, penyediaan alat bantu
mengajar yang relevan dengan keadaan masa kini perlu dititikberatkan oleh insitutsi
pendidikan di negara ini. Menurut Saifuilnizan (2018), yang menegaskan penggunaan
perkakasan atau gajet sebagai peralatan teknologi pendidikan di dalam proses pembelajaran
dan pengajaran (PdP) dapat meningkatkan keberkesanan dan kecekapan sesi pengajaran dan

Page 25 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

pemudahcaraan yang dijalankan. Justeru itu, penyediaan kemudahan serta peralatan ABM
sedia ada perlu dinilai serta dikaji kembali bagi memastikan kehendak TVET itu dapat
dicapai. Menurut Abd Majid, Hussin, dan Norman, (2019) pengukuran dan penilaian
perkhidmatan pendidikan perlu dinilai untuk melihat keberkesanan pelaburan institusi
pengajian terhadap perkhidmatan pendidikan yang ditawarkan masih sesuai dan diterima
oleh pelajar atau sebaliknya.

2. BAHAN DAN KAEDAH

Persampelan secara rawak telah dilaksanakan dan diambil dengan jumlah responden seramai
63 orang. Borang soal selidik turut dibina secara dalam talian menggunakan aplikasi Google
Form dan diedarkan melalui aplikasi Telegram kepada pelajar. Borang soal selidik ini telah
diadaptasi serta diolah dari kajian Norhasyila Minhat (2007) berkaitan kepuasan pelajar
terhadap kemudahan di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Soal selidik ini mengandungi tiga
(3) bahagian iaitu Bahagian (A) Demografi responden, Bahagian (B) Mengenalpasti tahap
kesediaan program kulinari menyediakan kemudahan ABM terhadap pembelajaran Pelajar
dan Bahagian (C) Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap pengunaan ABM sedia ada
dalam proses pembelajaran. Skala Likert 1 hingga 5 seperti Jadual 1 telah digunakan untuk
mengukur maklum balas responden bagi setiap item yang dikemukakan.

Jadual 1: Tafsiran skala likert bahagian B dan C

Skala Skor

Sangat Tidak Setuju (STS) 1
Tidak Setuju (TS) 2
Tidak Pasti (TP) 3
Setuju (S) 4
Sangat Setuju (SS) 5

Kajian ini dijalankan secara kuantitatif serta dapatan data dianalisis dengan menggunakan
Statistical Package for Social Science (SPSS) version 26.0. Analisis kekerapan dilakukan
untuk mendapatkan dapatan mengenai latar belakang responden seperti jantina dan semester
pengajian. Teknik min pula digunakan dalam analisis deskriptif. Penentuan interpretasi min
adalah berdasarkan julat skor min yang diubah suai daripada Creswell (2005) seperti Jadual
2.

Jadual 2: Interpretasi min

Julat Skor Min Interpretasi Min

1.00 – 1.80 Sangat Tidak Memuaskan
1.81 – 2.60 Tidak Memuaskan
2.61 – 3.40 Sederhana

Page 26 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

3.41 – 4.20 Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
4.21 – 5.00 12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Memuaskan
Sangat Memuaskan

3. HASIL DAN PERBINCANGAN

Dalam membincangkan dapatan kajian ini, analisis disediakan berpandukan kepada item
yang terdapat di dalam borang selidik berdasarkan persoalan kajian. Hasil dapatan pula
adalah daripada hasil maklum balas responden yang terlibat di dalam mengenalpasti objektif
kajian yang dikehendaki.

Analisis Kekerapan

Berdasarkan Jadual 3, soal selidik ini mengandungi maklumat demografi responden iaitu
jantina dan semester pengajian. Responden terdiri dari 26 orang pelajar lelaki dan 37 orang
pelajar perempuan. Responden terdiri dari 17 orang pelajar semester 1, 24 orang pelajar
semester 2 dan 22 orang pelajar semester 3.

Jadual 3: Taburan responden mengikut jantina dan semester pengajian

Demografi Frekuensi Peratus

Jantina 26 41.3 %
Lelaki 37 58.7 %
Perempuan

Semester 17 27%
Semester 1 24 38.1 %
Semester 2 22 34.9 %
Semester 3

Analisis Deskriptif

Kaedah statistik deskriptif digunakan untuk mendapatkan nilai bacaan min dan sisihan piawai
bagi item-item yang terdapat dalam Bahagian B dan C.

Jadual 4: Mengenalpasti tahap kesediaan program kulinari menyediakan kemudahan
ABM terhadap pembelajaran pelajar

Bil Item Skor Sisihan Kedudukan Interpretasi

Min Piawai Min

Page 27 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

B1 Peralatan amali di bengkel kulinari 3.48 .895 5 Memuaskan
adalah mencukupi 3 Memuaskan
2 Memuaskan
B2 Penggunaan bengkel adalah 3.68 .758 6 Sederhana
bertepatan dengan bilangan pelajar
1 Memuaskan
Persekitaran di bengkel adalah 4 Memuaskan
Memuaskan
B3 bersih, selamat dan selesa 3.98 .634

Peralatan di bengkel beroperasi
B4 sepenuhnya dan tidak mengalami 3.36 .848

kerosakan

Penggunaan dapur amali mencukupi
bagi kegunaan pelajar

B5 Peralatan di bengkel tidak 4.11 .805

mencukupi dan tidak beroperasi

sepenuhnya 3.59 .891
B6

Skor Min Keseluruhan 3.70 .805

Berdasakan dapatan analisis dalam Jadual 4, ianya menunjukkan skor min keseluruhan ialah
3.70, sisihan piawai 0.805 iaitu pada tahap interpretasi min memuaskan. Item B5 mencatat
skor min tertinggi iaitu 4.11 dengan interpretasi memuaskan. Manakala item yang terendah
adalah pada item B4 dengan skor min 3.36 dan interpretasi min sederhana. Item B3
memperlihatkan skor min 3.98 dengan intepetasi min memuaskan. Manakala item B2
mencatat skor min 3.68 dengan interpretasi min memuaskan. Bagi item B6 memperlihatkan
skor min 3.59 dengan interpretasi memuaskan, diikuti dengan item B1 skor min 3.48 juga
interpretasi min memuaskan. Hasil analisis menunjukkan perspektif daripada responden
(pelajar) terhadap tahap kesediaan program kulinari menyediakan kemudahan ABM terhadap
pembelajaran pelajar adalah pada tahap memuaskan (Creswell, 2005).

Jadual 5: Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap penyediaan ABM sedia ada
dalam proses pembelajaran

Bil Item Skor Sisihan Kedudukan Interpretasi

Min Piawai Min

C1 Pengunaan ABM sedia ada 3.90 .911 2 Memuaskan
Memuaskan
membantu pelajar untuk

melaksanakan tugasan yang

diberikan oleh pensyarah

ABM yang disediakan

C2 mudah digunapakai serta 3.67 .915 4
masih elok pengunaanya

Page 28 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kemudahan ABM yang Memuaskan
disediakan seperti Working
Sederhana
Table, Stove, Oven dan Memuaskan
C3 alatan besar yang lain 3.73 1.003 3

mencukupi untuk kegunaan
semua pelajar dan pensyarah

Kemudahan ABM sedia ada
yang lama dan kurang moden
tidak membantu melancarkan
proses pengajaran pensyarah

Penambahbaikan serta
C4 penggantian ABM yang 3.36 1.111 5

terkini amatlah perlu bagi

membantu proses pengajaran

pensyarah

C5 4.11 1.033 1

Skor Min Keseluruhan 3.75 .995 Memuaskan

Jadual 5 menunjukkan analisis min dari aspek tahap kepuasan pelajar terhadap penyediaan
ABM sedia ada dalam proses pembelajaran. Berdasarkan dapatan kajian, skor min secara
keseluruhannya untuk aspek ini adalah sebanyak 3.75 iaitu pada tahap interpretasi min yang
memuaskan. Item C5 iaitu “penambahbaikan serta penggantian ABM yang terkini amatlah
perlu bagi membantu proses pengajaran pensyarah” mencatatkan skor min tertinggi (4.11,
sisihan piawai 1.033) dengan interpretasi min memuaskan menunjukkan bahawa responden
mengharapkan kemudahan dan perkhidmatan di bengkel ditambahbaik dan mengikut
peredaran masa kini. Pernyatan ini disokong oleh item C4 “kemudahan ABM sedia ada yang
lama dan kurang moden tidak membantu melancarkan proses pengajaran pensyarah” yang
mencatat skor min terendah 3.36, sisihan piawai 1.111 dan berada pada tahap interpretasi min
sederhana. Hasil dapatan kajian memperlihatkan item C1 (skor min = 3.90, sisihan piawai
0.911), item C3 (skor min = 3.73, sisihan piawai 1.003) dan item C2 (skor min = 3.67, sisihan
piawai 0.915) kesemuanya menunjukkan interpretasi min memuaskan.

Perbincangan

Menerusi dapatan analisa yang telah dibuat, pengkaji mendapati responden berpuas hati
dengan penyediaan dapur amali namun terdapat beberapa perkara yang perlu diperhalusi serta
diperbaiki. Antaranya seperti penggunaan peralatan memperlihatkan bahawa responden
kurang berpuashati dengan penggunaannya. Ini menunjukkan terdapat kekangan serta
halangan yang wujud bagi pengunaan peralatan di bengkel. Manakala bagi penyediaan
kemudahan ABM terhadap pembelajaran pelajar, hasil dapatan menunjukkan responden

Page 29 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

berkeinginan dan bersedia untuk mencuba sesuatu yang baru dari segi penggunaan peralatan
masa kini seperti penggunaan sous vide machine, convection oven, vaccum machine, meat
slicer dan sebagainya untuk proses pembelajaran mereka.

Hasil kajian terhadap tahap kesediaan program kulinari menyediakan kemudahan ABM
terhadap pembelajaran pelajar berada pada tahap memuaskan dimana memperlihatkan skor
min keseluruhan adalah 3.70. Ini menunjukkan bahawa responden (pelajar) berpuas hati
dengan kemudahan ABM yang telah disediakan bagi melancarkan proses pembelajaran.
Namun penambahbaikan pengunaan serta penyediaan peralatan perlu dititikberatkan oleh
oleh pihak pengurusan program kulinari bagi memudahkan urusan pembelajaran.

Hasil kajian terhadap tahap kepuasan pelajar terhadap penyediaan ABM sedia ada dalam
proses pembelajaran berada pada tahap memuaskan dimana memperlihatkan skor min
keseluruhan adalah 3.75. ini menunjukkan bahwa responden (pelajar) mempunyai kesediaan
dan keinginan dalam penyediaan serta penggunaan teknologi peralatan terkini seiring dengan
peredaran semasa. Penggunaan peralatan moden serta aplikasi E-pembelajaran perlu
diterapkan dalam proses pengajaran pensyarah. Penambahbaikan serta penggantian ABM
terkini dan canggih dapat mencetuskan suasana pembelajaran yang lebih selesa, moden serta
mengekalkan minat pelajar untuk terus belajar serta pensyarah untuk mengajar.

Cadangan

Berdasarkan kepada analisis data yang dibuat dan perbincangan ke atas hasil dapatan kajian,
pengkaji mencadangkan beberapa perkara yang dirasakan wajar untuk diambil perhatian oleh
pihak pengurusan Program Kulinari khususnya serta pengurusan Kolej Komuniti Rompin
Pahang (KKRP) amnya. Antara beberapa perkara yang perlu diberi perhatian adalah:

Penambahbaikan serta penggantian ABM yang terkini

Pihak pengurusan perlu berusaha untuk menyediakan kemudahan ABM yang seiring dengan
teknologi semasa dipraktikkan di industri untuk memberi pendedahan dan kebiasaan kepada
pelajar sebelum melangkah ke alam pekerjaan. Kemudahan peralatan perlu ditambah serta
dicukupkan dengan jumlah pelajar yang diambil.

Kemudahan Jalur Lebar
Menambahbaik kemudahan asas jalur lebar yang berkelajuan tinggi di bengkel serta bilik –
bilik kuliah. Ianya bertujuan memudahkan proses penyampaian dan pengajaran agar
berlangsung dengan lancar dan pelajar dapat mencapai akses dengan cepat swaktu proses
pembelajaran dan pengajaran terutama dalam proses e-pembelajaran pada masa kini.

4. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, dapatan kajian ini diharapkan dapat ianya menjadi titik permulaan
kepada penambahbaikan sistem pengajaran dan pembelajaran sedia ada selaras dengan
perkembangan teknologi semasa. Kajian ini diharap dapat menjadi rujukan kepada pihak
pengurusan kolej dan program kulinari dalam menyediakan perancangan yang lebih berkesan
dalam penyediaan kemudahan alat bantu mengajar untuk kegunaan dan keselesaan pelajar.
Ini kerana, dapatan kajian membuktikan bahawa responden berpuas hati dengan penggunaan
alat bantu mengajar sedia ada, namun masih mahukan penambahbaikan dari segi kemudahan

Page 30 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

peralatan yang mencukupi dan terkini bagi melaksanakan proses pembelajaran. Keprihatian
oleh pihak pengurusan dalam membantu program kulinari ini dilihat dapat memberikan serta
menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran didalam TVET ini mencapai kehendak
objektif dengan berkesan serta jayanya.

PENGHARGAAN

Penulis ingin mengucapkan terima kasih kepada Mentor En. Mohd Zulfakar bin Mohd Nawi
atas khidmat nasihat yang diberikan semasa proses penulisan ini dilaksanakan.

RUJUKAN

Abd Majid, M. Z., Hussin, M., & Norman, M. H. (2019). Kepuasan Pelajar Terhadap
Perkhidmatan Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (Tvet) Di Rangkaian
Universiti Teknikal Malaysia. Journal of Nusantara Studies (JONUS), 4(2), 410-428.

Ali, G., A.Haolader, F., & Muhammad, K. (2013). The Role of ICT to Make Teaching-
Learning Effective in Higher Institutions of Learning in Uganda. International Journal
of Innovative Research in Science, Engineering and Technology, 2(8), 4061–4073.

Ahmad, I. (2018). Proses Pembelajaran Digital Dalam Era Revolusi Industri 4.0. Jakarta:
Dirjen Pembelajaran dan Kemahasiswaan Kemristekdikti.

Creswell, J.W. (2005). Educational research: Planning, conducting, and evaluating
quantitative and qualitative research.

Ismail, N. A., Wahid, A. N. & Hasan, M. S. (2019). Meningkatkan Efikasi Kendiri Guru Di
Malaysia Terhadap Kecenderungan Pembelajaran Generasi Z Dan Alpha. J. Manag.
Oper. Res. (JoMOR), 1(13), 1–8.

Kassim, N. B. (2012). Tahap Kepuasan Pelajar Antarabangsa Terhadap Kemudahan Dan
Perkhidmatan Yang Disediakan Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Tahap
Kepuasan Pelajar Antarabangsa Terhadap Kemudahan Dan Perkhidmatan Yang
Disediakan Di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Minhat, N. (2007). Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan yang Disediakan di Politeknik
Tuanku Syed Sirajuddin.

Melor Amran & Mohd Zairey Yahya (2020). Faktor Dan Persepsi Yang Mempegaruhi
Penggunaan Teknologi Dalam Pendidikan Dikalangan Pensyarah Kolej Komuniti
International Journal of Technology Management and Information System, e-ISSN:
2710-6268 | Vol. 2, No. 1, 72-80, 2020

Nor Aishah Othman. (2012). Mengenal Pasti Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan
dan Perkhidmatan Yang Disediakan di Kolej Komuniti Temerloh. Himpunan Kajian
Ilmiah Kolej Komuniti Temerloh.

Noremy Che Azemi, & Fadilah Mat Assain. (2010). Tahap kepuasan pelajar terhadap
kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Politeknik Port Dickson (PPD) bagi
sesi Disember 2010. Seminar Penyelidikan Dan Inovasi, Isqae.

Page 31 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Nuzul Akhtar, Siti Khadijah, S. N. (2017). Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kualiti
Perkhidmatan Kolej Kediaman Universiti : Kajian Kes di Kolej Universiti Islam
Antarabangsa Selangor (KUIS). 2017(ICoMM).

Pendidikan Teknikal Dan Latihan Vokasional (TVET), Apa Itu TVET?. Kementerian
Pendidikan Malaysia (2019).

Saifuilnizan Che Ismail (2018), Guru & Aplikasi ICT Dalam PdPc Abad 21, Majalah
Pendidik; Capaian Melalui https://www.pendidik.com.my/2018/02/01/kahoot-aktiviti-
interaktif-pdpc-abad-21/

Page 32 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Kajian Keberkesanan Alat Bantu Mengajar Mobile Robot Device Trainer
(MoRDeT) dalam Amali Kursus Embedded Robotic

Ct Salwaniee Bahayahkhi1*, Suriati Ramle2, Wee Siuw Sia1

1Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu
2Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kota Bharu, 16450 Kota Bharu, Kelantan
*Corresponding author Email: [email protected]

Abstrak
MoRDeT adalah satu inovasi alat bantu mengajar yang dibina untuk kursus Embedded Robotic (DEC50122)
yang ditawarkan di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Malaysia. Inovasi ini dibina khusus untuk
mengatasi masalah kekurangan alat bantu mengajar semasa latihan amali kursus ini dijalankan. Selain itu,
MoRDeT digunakan untuk meningkatkan kefahaman pelajar terhadap konsep peranti masukan, prosessor dan
keluaran dalam membina sebuah mobile robot. Papan ini dilengkapi dengan 3 jenis masukan iaitu sensor
ultrasonic, gyroscope dan push button. Wemos D1R2 digunakan sebagai peranti pemprosessan kerana papan ini
mempunyai kebolehan untuk mengakses internet. Peranti keluran pula terdiri daripada LED, Buzzer dan motor
arus terus. Projek ini mengadaptasi keperluan Internet of Thing (IoT) menerusi aplikasi Blynk. Keberkesanan
MorDet dapat dilihat apabila perbandingan CLO3P dibuat perbandingan antara 2 semester iaitu semester Dis
2019 dan Jun 2021. Dari segi penjimatan masa beberapa sampel telah diambil dan menunjukkan penjimatan
masa yang signifikan.

Kata Kunci: Mible robot, masukan, keluaran, penggerak

1. PENGENALAN

Embedded Robotic (DEC50122) merupakan kursus elektif yang ditawarkan kepada pelajar
semester 4 dan 5 Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.
Kandungan kursus DEC50122 memperuntukkan sebanyak 60% daripada Student Learning
Time (SLT) untuk aktiviti amali. Ini menunjukkan sebahagian besar sesi pengajaran dan
pembelajaran kursus ini berlaku semasa aktiviti amali bagi memenuhi kehendak Course
Learning Outcome (CLO1C) pertama di mana pelajar perlu menyiasat konsep asas mobile
robot, pengawal terbenam, sensor dan penggerak pada rekaan mobile robot daratan (Course
Information 2019).

Kursus DEC50122 mengandungi 6 latihan amali yang perlu dilakukan sepanjang 1 semester
di mana pada kesemua amali memberi penekanan kepada sensor dan penggerak bagi
merekabentuk mobile robot. Semasa latihan amali, pelajar didedahkan dengan perisian untuk
membuat pengatucaraan bagi membolehkan sensor dan penggerak diadaptasi dalam
menghasilkan mobile robot. Hal ini selaras dengan CLO ketiga (CLO3P) yang memerlukan
pelajar memanipulasi aplikasi sensor dan penggerak, mengenalpasti dan berkomunikasi
semasa menjalankan latihan mobile robot ini (Course Information, 2019). Jesteru itu, pelajar
perlu memahami dan menguasai konsep sensor, penggerak dan mobile robot bagi mencapai
CLO yang digariskan.

Penghasilan alat bantu mengajar (ABM) dapat membantu pelajar memahami dengan lebih
jelas sesuatu topik dan membolehkan pelajar mendapatkan maklumat secara sistematik
kerana penggunaan ABM membantu pengajar menerangkan isi kandungan dengan lebih tepat
berbanding dengan penerangan lisan (Azman et al. 2014). Penggunaan ABM berbentuk
simbol dan bervariasi dapat memperjelaskan komunikasi verbal yang abstrak sekaligus

Page 33 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

menimbulkan minat pelajar untuk belajar dan meningkatkan kefahaman pelajar tentang realiti
suasana pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan (Zakiul et al. 2018). Oleh itu
tahap pengetahuan pelajar adalah faktor yang penting dalam menghasilkan pelajar yang
berkualiti. Pelajar perlu menguasai teori kerana sepanjang pembelajaran secara teori terdapat
banyak prosedur kerja yang ditekankan untuk pelajar menjalani kerja praktikal semasa berada
dalam bengkel (Mohamad & Nurhafiza 2010). Namun, kekurangan ABM menyukarkan
pengajar untuk menerangkan konsep mobile robot dengan lebih terperinci. Mengambilkira
masalah yang wujud, satu inovasi telah dibina untuk mengatasi masalah kekurangan ABM
dan sekaligus meningkatkan pengetahuan pelajar pada kursus ini.

ABM ini juga dibina dengan mengadaptasi kegunaan Internet of Thing (IoT) menerusi
aplikasi Blynk yang dimasukkan ABM selari dengan perkembangan teknologi semasa yang
menuju ke arah revolusi perindustrian 4.0 (IR 4.0). Penggunaan ABM ini secara tidak
langsung mendedahkan pelajar kepada perkembangan teknologi semasa sekaligus dapat
menarik minat pelajar untuk meneroka dengan lebih jauh mengenai fasa baru dalam revolusi
perindustrian ini.

Sebelum inovasi ini dibangunkan terdapat masalah kekurangan peralatan ABM semasa
menjalakan kerja praktikal di dalam bengkel bagi kursus ini dan pelajar terpaksa berkongsi
untuk peralatan untuk melakukan kerja praktikal. Pelajar juga mengambil masa yang lama
untuk membuat sambungan litar pada papan reka menyebabkan penggunaan masa kerja
praktikal tidak dapat digunakan secara optimum. Selain itu, kefahaman pelajar kurang jelas
terhadap konsep sensor, penggerak dan kawalan pada mobile robot apabila mengikut kerja
pratikal berdasarkan teori sahaja tanpa ada tunjuk cara dalam menghasilkan kerja praktikal.

Oleh itu, bagi mengatasi masalah yang timbul beberapa objektif telah digariskan dalam
pembinaan ABM ini dihasilkan supaya dapat digunakan secara optimum dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (PdP). Objektif pertama adalah untuk membina Mobile Robot
Device Trainer (MoRDet) sebagai ABM bagi kursus DEC50122 bagi mengatasi masalah
kekurangan peralatan PdP. Selain itu, pembinaan ABM ini untuk menjimatkan masa pelajar
dalam membuat penyambungan litar pada papan reka supaya pelajar dapat mencuba aplikasi
yang lain pada mobile robot. Akhir sekali, pembinaan ini dapat meningkatkan kefahaman
pelajar terhadap konsep sensor, penggerak dan kawalan pada mobile robot untuk supaya
pelajar dapat mengaplikasi konsep ini pada kegunaan harian.

2. BAHAN DAN KAEDAH

Terdapat 4 peranti masukan yang dipasang pada MoRDeT iaitu push button, aplikasi Blynk,
sensor gyroscope dan ultrasonic. Manakala papan Wemos D1R2 yang berasaskan unit
mikroproser WiFi pada Arduino Uno adalah bahagian utama untuk memproses segala arahan
pada program (Jainrk, n.d). Pada bahagian keluaran pula, 4 peranti keluaran digunakan iaitu
buzzer, LED, aplikasi Blynk dan motor arus tetap sepertimana dalam Rajah 1. Pembinaan
MoRDeT dimulakan dengan merekabentuk kedudukan peranti dalam litar supaya sambungan
dapat berfungsi dengan baik menggunakan perisian Proteus 8.0 seperti dalam Rajah 2.
Seterusnya rekaan ini dicetak menggunakan printed circuit board (PCB) yang berukuran
20cm x 10cm.

Pelajar hanya perlu menyambung wayar pada peranti masukan kepada kaki pin Wemos D1R2
dengan betul dan menyambung wayar kepada peranti keluaran yang dikehendaki. Pelajar

Page 34 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

boleh silang cuba peranti masukan dan peranti keluaran yang pelbagai untuk menghasilkan
aplikasi mobile robot yang optimum. Sebelum inovasi ini diwujudkan pelajar perlu
menyambung satu persatu peranti yang ada bagi melihat hasil akhir aplikasi mobile robot
seperti Rajah 3.

Masukan (Input) Pemprosesan Keluaran (Output)
(Processor)
• Pengesan Ultrasonic • LED
• Push Button • WeMos D1R1 • Motor
• Pengesan Gyroscope • Buzzer
• Aplikasi Blynk • Aplikasi Blynk

Rajah 1: Carta alir MoRDeT

Rajah 2: Rekabentuk susunan peranti dalam litar menggunakan perisian Proteus 8.0

Rajah 3: Sambungan litar pelajar yang dilakukan secara berasingan sebelum inovasi
MoRDeT

Page 35 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

3. HASIL DAN PERBINCANGAN

Objektif pertama untuk membina Mobile Robot Device Trainer (MoRDeT) sebagai ABM
bagi kursus DEC50122 bagi mengatasi masalah kekurangan peralatan PdP berjaya dihasilkan
dengan pembinaan MoRDeT seperti dalam Rajah 4. Pelajar tidak perlu berkongsi ABM
kerana MoRDeT ini merupakan ABM mampu milik.

Rajah 4: MoRDeT yang telah siap di bina

Terdapat dua faktor yang telah dipertimbangkan bagi menilai keberkesanan kepada MoRDeT
ini iaitu dari segi penjimatan masa untuk membuat penyambungan litar dan pencapaian pada
penilaian amali yang di gariskan pada Course Learning Outcome (CLO2P). Hasil analisa
dihuraikan dalam analisa dan perbincangan dibawah

Penjimatan Masa

Satu tinjauan telah dilakukan kepada 21 orang pelajar program DEP semester 4 sesi Dis 20
sebagai sampel kerana pelajar ini mengambil kursus DEC50122, pelajar diberikan set
lembaran kerja amali 1 bahagian 1.1 untuk diselesaikan melalui dua kaedah iaitu kaedah
pertama pemasangan litar mengunakan breadboard dan kaedah kedua mengunakan
MoRDeT. Masa untuk pelajar menyiapkan pemasangan litar bagi kedua-dua kaedah dicatat
untuk melihat perbezaan.

Page 36 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Rajah 5: Perbezaan masa yang diambil pelajar dalam pemasangan litar secara manual
dan MoRDeT

Berdasarkan Rajah 5, pelajar memasang litar menggunakan papan MoRDeT lebih cepat
berbanding kaedah pemasangan litar menggunakan breadboard untuk melihat hasil keluaran
bagi lembaran kerja amali 1 bahagian 1.1. Ini kerana pada MoRDeT pelajar hanya perlu
membuat penyambungan dari masukan ke prossesor dan prossesor kepada keluaran sahaja
untuk melihat keluaran. Jika dibandingkan dengan kaedah pertama pelajar perlu memasang
kesemua peranti dengan betul terlebih dahulu pada breadboard sebelum membuat
penyambungan litar dan melihat keluaran.

Pencapaian Akademik

Keperluan Course Learning Outcome (CLO3P) bagi kursus ini memerlukan pelajar
memanipulasi aplikasi sensor dan penggerak, mengenalpasti dan berkomunikasi semasa
menjalankan latihan amali berkaitan mobile robot. Oleh itu, bagi melihat keberkesanan
MoRDeT perbandingan antara pencapaian CLO3P dua semester iaitu semester sebelum
MorDeT digunakan: sesi Dis 19 dan selepas MorDeT digunakan: Sesi Jun 20 pada amali
kursus Embedded Robotic – DEC50122 pada dua program yang mengikuti kursus ini
dianalisa.

Page 37 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Rajah 6: Peratusan pencapaian CLO3P pelajar sesi Jun 20 dan Dis 19. (Unit
Peperiksaan PSMZA, 2020)

Berdasarkan Rajah 6, graf menunjukkan terdapat peningkatan pada CLO3P bagi kedua – dua
buah program diploma yang mengikuti kursus DEC50122 pada semester Jun 2020 Diploma
Kejuruteran Elektrik & Elektronik (DEE) dan Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
(DTK) setelah menggunakan MoRDeT sebagai ABM dalam bengkel berbanding dengan
semester Dis 19 sebelum MoRDeT digunakan. Bagi program DEE terdapat peningkatan
sebanyak 4% pada pencapain CLO3P pada semester Jun 20 berbanding dengan semester Dis
19. Manakala bagi prgroam DTK juga terdapat peningkatan pada CLO3P sebanyak 2%
berbanding dengan semester sebelum penggunaan MoRDeT dalam amali kursus.

4. KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, kesemua objektif dalam menghasilkan inovasi ini berjaya dicapai.
Penghasilan inovasi ini dapat mengurangkan masalah kekurangan ABM di mana pelajar
dapat memiliki setiap seorang ABM ini semasa menjalankan kerja praktikal. Inovasi ini juga
dapat menjimatkan masa pelajar dalam membuat penyambungan litar kerana inovasi ini
hanya perlu disambung dari titik ke titik sambungan sahaja menggunakan wayar penyambung
untuk melihat keluaran. Projek ini boleh ditambah baik dengan menambah beberapa peranti
pengesan pada masukan dan menambah peranti keluaran agar pelajar dapat melihat lebih
banyak aplikasi masukan dan keluaran. Inovasi ini juga boleh digunakan sebagai pencetus
idea kepada pelajar dalam menyiapkan projek akhir tahun nanti.

PENGHARGAAN

Setinggi terima kasih kepada semua pensyarah dan pelajar di Jabatan Kejuruteraan Elektrik,
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin yang terlibat dalam menjayakan inovasi ini. Segala
kerjasama yang diberikan amat dihargai.

Page 38 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

RUJUKAN

Azman, M.N.A., Azli, N.A, Mustapha, R., Balakirshnan, B., & Mohd Isa, N.K. (2014).
Penggunaan Alat Bantu Mengajar ke Atas Guru Pelatih bagi Topik Kerja Kayu, Paip dan
Logam.Sains Humanika 3 (1), 77-85.
https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/view/530

Course Information (2019). DEC50122 Embedded Robotic. Version: 230419_1_Effective:
June 2019. (pp.1-2). Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti

Jainrk,. (n.d). Programming the ESP8266 WeMos-D1R2 Using Arduino Software/IDE
[Online Image]. Programming the Wemos using Arduino SoftwareIDE.
https://www.instructables.com/Programming-the-WeMos-Using-Arduino-SoftwareIDE/

Mohamad, A.R., & Nurhafiza M. (2010). Persepsi Pelajar-Pelajar Institut Kemahiran Mara
(IKM) Terhadap Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Program Sijil Teknologi
Elektrik Domestik Dan Industri Yang Sedang Mereka Ikuti. Journal of Technical,
Vocational & Engineering Education. 2 (2011), 50-63.
http://eprints.utm.my/id/eprint/13394/1/JTVEE-2011-2-004.pdf

Zakiul, H.M., Syafarina, S., & NurHidayah, A. S. (2018). Kajian Keberkesanan Alat Bantu
Mengajar (ABM) BACADOL dalam Amali Motor Elektrik di Kolej Komuniti Padan
Terap. National Innovation and Invention Competition Through Exhibition
(iCompEx’18).
https://www.academia.edu/37601768/Kajian_keberkesanan_alat_bantu_mengajar

Page 39 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved

Malaysia TVET on Research via Exposition (MaTRiX’21)
12-13 October 2021

Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin

Persepsi Pelajar Terhadap Kesediaan Pembelajaran Bagi Kursus
Matematik Secara Dalam Talian Semasa Pandemik Covid-19

Siti Habsah Binti Abdullah1, Normalini Binti Mansor1, Wan Srihati Azurahayu Binti
Wan Ahmad @ Wan Adnan2

1Department of Mathematics, Science and Computer, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun,
Terengganu

2Department of Civil Engineering, Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, 23000 Dungun, Terengganu
*Corresponding author E-mail: [email protected]

Abstrak
Kajian ringkas ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar terhadap kesediaan pembelajaran bagi kursus
Matematik secara dalam talian yang dijalankan dalam era pandemik Covid-19. Kajian ini melibatkan seramai 83
orang responden yang mengambil kursus Matematik pada sesi Disember 2020. Objektif pertama kajian adalah
untuk mengenal pasti tiga aspek utama yang boleh mempengaruhi kesediaan pembelajaran pelajar bagi kursus
Matematik secara dalam talian iaitu keadaan persekitaran, capaian internet dan peranti elektronik. Objektif
kedua adalah mengenal pasti perbezaan yang signifikan di antara persepsi pelajar terhadap kesediaan
pembelajaran bagi kursus Matematik secara dalam talian dengan jantina. Kajian ini berbentuk kuantitatif
menggunakan kaedah tinjauan deskriptif melalui instrumen soal selidik. Data yang diambil dianalisis
menggunakan statistik peratus kekerapan dan ujian-t. Berdasarkan dapatan kajian didapati bahawa pelajar
bersedia terhadap pembelajaran bagi kursus Matematik secara dalam talian. Kesediaan pelajar paling tinggi dari
aspek peranti elektronik diikuti dengan keadaan persekitaran dan aspek yang paling rendah ialah capaian
internet. Terdapat beberapa kekangan dalam capaian internet pelajar di mana sebahagian besar pelajar hanya
menggunakan rangkaian internet jenis prabayar, telefon bimbit sebagai peranti elektronik dan peranti elektronik
yang berkapasiti 4GB Random Access Memory sahaja. Tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara
kesediaan pembelajaran bagi kursus Matematik secara dalam talian dengan jantina. Justeru itu, semua warga
Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin perlu berusaha mengambil langkah yang proaktif bagi memastikan
proses pembelajaran dan pengajaran secara dalam talian berjalan dengan baik.

Kata Kunci: Pembelajaran dalam talian, Pandemik Covid-19, Kursus Matematik

1. PENGENALAN

Pandemik Covid-19 telah melanda Malaysia bermula pada awal tahun 2020 sehingga kini
yang memberi kesan besar kepada norma dan gaya hidup masyarakat di mana perlu
mematuhi Prosedur Operasi Standard yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia bagi mengawal dan mencegah jangkitan penyakit. Sistem pendidikan di negara kita
juga tidak terkecuali terkesan dengan berlakunya banyak perubahan terutama dalam kaedah
pembelajaran yang selama ini dilakukan secara konvensional kepada pembelajaran secara
dalam talian.

Pembelajaran dalam talian secara menyeluruh merupakan perkara yang baru bagi pelajar.
Pelajar perlu mempelajari lebih mendalam mengenai internet, media sosial, e-pembelajaran
dan teknologi maklumat dalam masa yang singkat (Azlan, Khairul Asyraf & Amani, 2020).
Keadaan ini akan memberi tekanan kepada pelajar untuk menghadapi pelbagai cabaran dan
kekangan bagi menjayakan pembelajaran dalam talian.

Sehubungan dengan itu, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti telah
mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan Operasi Institusi Semasa Dan Pasca Perintah

Page 40 of 626

© 2021 Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin. All rights reserved


Click to View FlipBook Version