The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SMK Sultanah Asma Kedah, 2020-01-05 20:16:41

PROFIL SEKOLAH 2020

PROFIL SEKOLAH 2020

SMK Sultanah Asma @ Unggul & Terbilang
3.3 PROFIL SEKOLAH

NAMA SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma (SMKSA)

KOD SEKOLAH : KEB 2095

SMK SULTANAH ASMA terletak di Bandaraya Alor Setar dan dalam
daerah Pentadbiran Kota Setar. SMKSA merupakan sekolah bantuan
kerajaan bergred A dan ditadbir di bawah pentadbiran Pejabat Pendidikan
Daerah Kota Setar.

KATEGORI SEKOLAH
Sekolah Menengah Harian (Bandar)

ALAMAT SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma
Jalan Langgar, 05460 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

Nombor Telefon : 04-7322618
04-7328020
Nombor Faksimile : http://smksultanahasma.edu.my/
[email protected]
Laman Web Sekolah :

Alamat e-mel sekolah :

LOKASI SEKOLAH
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma beralamat di Kilometer 2,
Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah. Sekolah yang terletak di pinggir
Bandaraya Alor Setar ini merupakan sekolah harian untuk pelajar
perempuan sahaja dan mempunyai kemudahan asrama. SMKSA
mempunyai keluasan tanah seluas 17.6 hektar.

ENROLMEN GURU, STAF DAN PELAJAR

LELAKI BILANGAN JUMLAH
PEREMPUAN
64
GURU 6 58 17
704
STAF 4 13

PELAJAR - 704

 Data sehingga Nov 2019

11

SMK Sultanah Asma @ Unggul & Terbilang

LENCANA SEKOLAH

Sepuluh bintang melambangkan harapan
tinggi yang diamanahkan kepada pelajar-
pelajar sekolah ini. “Reach for the stars
and the sky is the limit”.

for the stars and the sky is the limit”.

Lambang masjid menandpaeklaajnar kearah kecemerlangan. Bentuk perisai melambangkan
agama Islam sebagai agama perlindungan dan bimbingan
rasmi Malaysia (Pendidikan kepada pelajar-pelajar kearah
berlandaskan agama). kecemerlangan.

pelajar kearah kecemerlangan. pelajar kearah

Bahagian tengah berwarna kuning kecemerlangan.
mengandungi perkataan moto Bahagian bawah sebelah kanan
sekolah iaitu “Tekun dan Rajin terdapat lambang pelita di atas
Tangga Kejayaan” yang ditulis sebuah buku yang melambangkan
dalam tulisan jawi melambangkan kecemerlangan yang seimbang dari
wawasan setiap pelajar sekolah ini. segi akademik, kokurikulum dan
rohani menerangi kehidupan
pelajar kearah kecemerlangan. sepanjang masa.

pelajar kearah kecemerlangan.

BENDERA SEKOLAH

Bendera SMKSA berukuran 87cm x 203cm dan terdiri daripada tiga warna iaitu kuning, putih
dan biru.

Jalur kuning melambangkan warna di raja
sempena meraikan tokoh sekolah iaitu
Almarhumah YTM Tunku Asma Ibni
Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam
Shah, Sultanah Kedah, isteri kepada KDYMM
Tuanku Sultan Badlishah Ibni Almarhum
Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Jalur putih melambangkan kesucian
dan kemurnian pelajar-pelajar.

Jalur biru pula melambangkan perpaduan
kaum pelajar-pelajar sekolah ini yang terdiri
daripada berbilang kaum.

12

SMK Sultanah Asma @ Unggul & Terbilang

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma dahulu dikenali sebagai Sekolah
Perempuan Kampong Baru atau Kampong Baru Girls’ School.
Mac 1922 - Sekolah Inggeris Perempuan pertama di Kedah telah dibuka.
Bangunan sekolah pada mulanya bukanlah sebuah sekolah tetapi sebuah istana milik
Cik Sepachendera, Permaisuri pertama Almarhum Sultan Abdul Hamid, Sultan Kedah
ke-21.

Tahun 1922, Kerajaan negeri Kedah membeli bangunan istana dengan tujuan
menggunakan bangunan istana itu sebagai sebuah sekolah.
Kampung Baru Girls’ School diasaskan oleh YTM Tunku Ibrahim (Tunku Sulung) Ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid, Tun Syed Muhammad Idid, Tuan E.A.G Steward
(Penguasa Pelajaran Kedah) dan Encik Ismail bin Puteh.

Sekolah ini pada mulanya dikhaskan untuk anak-anak perempuan kerabat diraja dan
Pegawai Tinggi Kerajaan.
30 orang - jumlah murid pada mula sekolah dibuka.
Tahun 1927 - terdapat 2 orang guru dan 20 orang murid.
Tahun 1934 - dijadikan sekolah umum.
Antara tahun 1938 hingga 1940 - terdapat 2 orang guru dan 45 orang murid
Mulai tahun 1959 dua aliran diwujudkan - aliran Melayu dan aliran Inggeris
Tahun 1963 - murid-murid aliran Melayu berjumlah 450 orang
12 Januari 1964 - murid-murid aliran Melayu sekolah telah dipisahkan ke sekolah baru
di Jalan Day, Alor Setar.

Kemudian dikenali sebagai Sekolah Melayu Perempuan dan kini dikenali pula sebagai
Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma.
Tahun 2019 - SMK Sultanah Asma mempunyai seramai 704 orang murid, 64 orang
guru dan 17 orang staf sokongan.

Tuanku Ampuan Asma Ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, Sultanah
Kedah – menyempurnakan peletakan batu asas bangunan sekolah yang terletak di
Jalan Langgar, Alor Setar, Kedah.
Tahun 1956 - pembinaan bangunan siap sepenuhnya.
21 Julai 1957 - Bangunan telah dirasmikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Badlishah Ibni
Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Tuanku Sultan Kedah.

13

SMK Sultanah Asma @ Unggul & Terbilang

PERKEMBANGAN SMK SULTANAH ASMA

Merupakan sekolah bantuan Inggeris pertama di Persekutuan
Tanah Melayu dan tertua di Malaysia.
Tujuan asal penubuhan - memberikan pendidikan kepada
anak-anak perempuan kerabat diraja dan anak-anak
perempuan Pegawai Tinggi Kerajaan.
Tahun 1945 - sekolah dibuka kepada umum dan mula
mengambil pelajar daripada pelbagai bangsa.
Cik M.C. Wadell - Pengetua pertama sekolah ini. Mempunyai
dua orang pembantu berbangsa Melayu iaitu Cik Rahmah dan
Cik Intan.

Murid pertama menuntut di sekolah ini - Dr. Salmah, anak kepada YTM
Tengku Yaacob, anak-anak perempuan Syed Muhammad Idid, YTM
Tengku Lat dan YTM Tengku Habsah iaitu puteri kepada KDYMM Sultan
Abdul Hamid.
Tahun 1927 - 2 orang guru dan 20 orang murid menuntut di sekolah ini.

Tahun 1998 - diiktiraf sebagai Sekolah Premier Negeri Kedah Darul Aman oleh
Jabatan Pelajaran Kedah.
Tahun 2000 - dinaikkan status sebagai Sekolah Elit Negeri Kedah.
Tahun 2007 - diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan, Kementerian
Pelajaran Malaysia.
Tahun 2010 - diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) kohort pertama.
Tahun 2010, 2011, 2012 dan 2013 - Puan Pengetua SMK Sultanah Asma telah
menerima Tawaran Baru (Bai’ah) daripada Menteri Pelajaran Malaysia.
SMK Sultanah Asma terus unggul mencipta nama dalam semua bidang sama ada
kurikulum atau kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.
Kini, SMK Sultanah Asma menjadi kebanggaan dan pilihan utama pelajar dan waris di
negeri Kedah.

14

SMK Sultanah Asma @ Unggul & Terbilang

PENGETUA SMK SULTANAH ASMA

Semenjak ditubuhkan, SMK Sultanah Asma telah ditadbirkan oleh 30 orang Pengetua.
Pengetua yang sedang berkhidmat kini ialah Pengetua yang ke 30.

BIL NAMA TAHUN BERKHIDMAT

1 Miss M.C. Wadell 1923 - 1929

2 Miss Lewis 1929 - 1933

3 Mrs. Irving 1938 - 1941

4 Cik Konteks Kamariah bt. Ahmad 1945 - 1947

5 Mrs. E.M. Park 1947 - 1950,
6 Mrs. H. Tacchi 1951 - 1954
1950

7 Miss B.M. Hale 1954 - 1955

8 Mrs. M. Ramaswami 1956

9 Miss M.J. Knowles 1956 - 1957

10 Mrs. Ph Sin Bin 1957 - 1959

11 Mrs. K. Pillai 1960

12 Miss E.M. Hillison 1960

13 Mrs. Ng Kim Lan 1961

14 Miss Joan Lim Pek Bee 1961 - 1964

15 Puan Hajah Sabehah bt. Haji Salleh 1962

16 Miss Ooi Swee Lee 1965

17 Miss Beh Siew Tin 1966

18 Mr. Nalla Kumar 1966

19 Mr. Lim Chee Tong 1967 - 1970

20 Mr. E.M. Augustin 1971

21 Cik Maimunah bt. Elias 1971 - 1979

15

SMK Sultanah Asma @ Unggul & Terbilang 1979 - 1983
1983 - 1985
22 Cik Puteri Asma bt. Megat Ramli 1985 - 1992
23 Puan Hajah Noraini bt. Haji Mahmud 1992 - 2002
24 Cik Hajah Nasriah bt. Haji Maghribi 2002 - 2007
25 Datin Hajah Che Hasnah bt Abdullah 2007 - 2008
25 Datin Hajah Zaleha binti Abdul Hamid 2008 - 2016
27 Puan Hajah Noor Aini bt. Mohd. Noor 2016 - 2017
28 Puan Hajah Kartini binti Zakaria 2017 - Sekarang
29 Puan Hajah Siti Aminah binti Haji Ibrahim
30 Puan Hajah Zurina binti Abdul Hamid

16

SMK Sultanah Asma @ Unggul & Terbilang

3.4 PERATURAN AM SEKOLAH

1. ARAHAN AM

1. Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang
terkandung dalam Perintah Am Kerajaan.

2. Guru tersebut dikehendaki membaca, memahami dan mematuhi arahan Perintah
Am tersebut.

3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruan dan menjunjungnya
sebagai profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/mata pencarian semata-mata.

4. Semua guru hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip perkhidmatan
cemerlang.

5. Guru hendaklah mengamalkan dan menghayati Falsafah dan Matlamat Pendidikan
Kebangsaan.

6. Guru mesti meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan
diri dalam menjalankan tugas.

7. Bertanggungjawab menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di
sekolah serta menjaga harta benda sekolah.

8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap
menjalankan tugas.

9. Kawasan sekolah ialah Kawasan Larangan Merokok.
10. Sebarang jualan langsung adalah dilarang di dalam sekolah.
11. Telefon sekolah hanya untuk urusan rasmi sahaja.

2. WAKTU BERTUGAS

1. Hari Ahad hingga Khamis kecuali hari Sabtu yang diarahkan.
2. Masa rasmi bekerja ialah mulai 7.40 pagi hingga 2.10 petang.
3. Guru-guru mesti berada di sekolah sepuluh (10) minit awal pada waktu pagi dan 10

minit lewat selepas waktu pulang.

3. KEDATANGAN/ KETEPATAN MASA BERTUGAS

1. Ketepatan masa melambangkan kewibawaan guru bagi profesionnya.
2. Guru dan Staf Sokongan dikehendaki punch-in kedatangan semasa datang dan

punch-out semasa pulang di pejabat sekolah.
3. Kegagalan menandakan kedatangan dianggap guru-guru tidak datang bertugas

pada hari tersebut.
4. Guru yang tidak hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberitahu kepada

pengetua/pejabat sekolah dengan kenyataan dan sebab yang wajar.
5. Semua urusan peribadi hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam

keadaan kecemasan.

4. KELUAR KAWASAN SEKOLAH

1. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar
kecuali atas arahan atau izin pengetua jika ada masalah yang tidak dapat dielakkan.

2. Guru dikehendaki mengisi butiran tertentu dalam buku keluar kawasan sekolah

17

SMK Sultanah Asma @ Unggul & Terbilang

3. Guru dan Staf Sokongan dikehendaki punch-out semasa keluar untuk sebarang
urusan dan punch-in semasa masuk semula.

4. Sebelum meninggalkan sekolah guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk
pelajar atau jual beli waktu PdPc dengan rakan sekerja.

5. Guru atau staf sekolah yang ada janji temu dengan pegawai perubatan dikehendaki
menyerahkan time-slip kepada Ketua Pembantu Tadbir sekolah.

6. Guru yang mempunyai tugas rasmi di luar sekolah dikehendaki menulis maklumat
berkenaan pada papan putih di pejabat sekolah sekurang-kurangnya sehari sebelum
tarikh tersebut.

7. Guru yang menghadiri mesyuarat/kursus/tugas rasmi lain, dikehendaki menyerahkan
Minit Curai kepada Penolong Kanan Pentadbiran dalam tempoh 3 hari.

5. CUTI SAKIT DAN CUTI REHAT

1. Guru sakit atau tidak hadir bertugas hendaklah mendapat kebenaran Pengetua dan
menghubungi pejabat sekolah (setelah mendapat kebenaran Pengetua) sebelum
masa pertama persekolahan.

2. Sijil sakit hendaklah dihantar pada esok harinya.
3. Semasa cuti sakit, guru sepatutnya berada di rumah/di hospital sahaja.
4. Cuti rehat khas mesti mendapat kebenaran sehari sebelum tarikh cuti dan mestilah

dimaklumkan ke pejabat sekolah dan merekod cuti berkenaan pada papan
pergerakan guru di pejabat.

6. GURU GANTI

1. Guru ganti hendaklah bertugas mengikut masa yang diberikan.
2. Guru bertanggungjawab untuk masuk ke kelas ganti (relief) yang diberikan.
3. Tugas guru ganti ialah tugas rasmi. Kegagalan menjalankan tugas ini boleh

dianggap sebagai ingkar perintah.

7. GURU BERTUGAS MINGGUAN

1. Guru bertugas dikehendaki berada di sekolah mulai pukul 7.00 pagi sehingga 4.00
petang.

2. Guru bertugas dikehendaki menyambut kedatangan pelajar di porch sekolah,
membaca pengumuman dan berada di Dataran Lewis (memantau program bacaan
yassin) mulai pukul 7.10 pagi hingga 7.35 pagi (Rujuk Jadual Guru Bertugas
Mingguan ms 41 – 51)

3. Bersedia setiap masa mengawasi:
i. Disiplin
ii. Persekitaran Sekolah
iii. Kafeteria

4. Laporan bertugas harian hendaklah dimasukkan ke dalam Fail Laporan Guru
Bertugas di pejabat sekolah pada setiap hari.

5. Menyelaras perhimpunan mingguan dan menjadi pengerusi majlis jika diperlukan.
6. Menguruskan pelajar sakit dan dibawa ke klinik (jika perlu) serta mengurus

permasalahan pelajar yang lain (rujuk kepada PKHEM)

18

SMK Sultanah Asma @ Unggul & Terbilang

8. PERHIMPUNAN MINGGUAN

1. Semua guru wajib menghadiri perhimpunan mingguan dan berada di atas pentas.
2. Perhimpunan setiap hari AHAD bermula pukul 7.40 pagi hingga 8.40 pagi.

9. PENGAJARAN, PEMBELAJARAN DAN PEMUDAH CARA

1. Guru hendaklah masuk ke kelas tepat pada waktunya.
2. Sebelum proses PdPc dijalankan guru mestilah memastikan keadaan dan

kebersihan kelas serta pelajar bersedia untuk proses PdPc.
3. Guru hendaklah menyemak nota/ latihan /ujian/ peperiksaan pelajar dari semasa ke

semasa.
4. Masa terluang (Free Period) ialah masa bertugas bukan masa berehat atau keluar

untuk tujuan peribadi.
5. Guru perlu mempraktikkan PdPc berpusatkan murid.
6. Guru hendaklah melaksanakan PdPc Abad Ke-21.
7. Guru perlu menerapkan elemen KBAT/ HEBAT dalam PdPc.

10. KETETAPAN MASA BERTUGAS DALAM KELAS

1. Ketepatan masa melambangkan kewibawaan guru bagi profesionnya.
2. Guru perlu menepati masa mula dan tamat waktu PdPc.

11. DISIPLIN

1. Guru perlu unggul disiplin kerana guru merupakan role model bagi pelajar.
2. Guru hendaklah sentiasa mengawal disiplin pelajar.
3. Setiap guru adalah GURU DISIPLIN dan GURU BIMBINGAN.
4. Masalah disiplin berat perlu dirujuk pada Lembaga Disiplin untuk tindakan /

disampaikan kepada Pengetua.

12. AKTIVITI KOKURIKULUM

1. Semua guru wajib menghadiri aktiviti kokurikulum mengikut masa dan tugas yang
telah ditetapkan

2. Semua aktiviti hendaklah dijalankan di tempat / bilik yang telah ditetapkan
3. Semua laporan aktiviti hendaklah diserahkan kepada penyelaras unit masing-

masing.

13. MAJLIS / ACARA RASMI SEKOLAH

Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.

14. TUGAS PROFESIONAL DAN TUGAS KHAS LAIN

1. Guru mestilah melaksanakan tugas dengan dedikasi, cekap dan penuh
tanggungjawab.

2. Guru juga dikehendaki menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua
atau pihak pentadbiran.

19

SMK Sultanah Asma @ Unggul & Terbilang

3. Setiap guru tingkatan dikehendaki mengemas kini kehadiran pelajar dalam e-
kehadiran APDM pada setiap hari persekolahan.

4. Setiap guru mata pelajaran dikehendaki memastikan bilangan pelajar di dalam kelas
sebelum pengajaran bermula. Guru mestilah menulis jumlah pelajar di dalam kelas
pada masa itu dan menandatangani BUKU PONTENG.

15. PELAWAT

1. Semua pelawat wajib berjumpa dengan Pengetua terlebih dahulu sebelum berurusan
dengan warga sekolah.

2. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual
kecuali dengan kebenaran Pengetua / wakilnya.

16. MESYUARAT GURU/ PANITIA

Guru WAJIB hadir mesyuarat guru/ panitia masing-masing dengan berpakaian rasmi.

17. TANDA NAMA

Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di
sekolah dan di luar sekolah.

18. KEAHLIAN MAJLIS GURU

1. Semua guru secara automatik menjadi ahli Majlis Guru dan Staf serta PIBG sekolah.
2. Jumlah yuran majlis guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

19. PENGGUNAAN ALAT-ALAT

1. Mesti mendapatkan kebenaran ketua-ketua unit atau penjaga stor dan direkodkan.
2. Bertanggungjawab menggunakan alatan dengan baik dan memulangkannya kembali

dengan segera dalam keadaan baik.
3. Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta-merta.

20. PAKAIAN (Rujuk Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 Tahun 1985)

1. Guru hendaklah berpakaian sesuai dengan profesion keguruan.
2. Guru lelaki hendaklah memakai tali leher.
3. Guru perempuan mestilah berpakaian mengikut masyarakat timur dan sopan.
4. Guru lelaki mempunyai potongan rambut yang sesuai.
5. Guru tidak dibenarkan memakai seluar jeans untuk berurusan di pejabat.

21. KESELAMATAN

Guru bertanggungjawab terhadap keselamatan pelajar, bangunan, bilik-bilik dan
peralatan sekolah.

20

SMK Sultanah Asma @ Unggul & Terbilang

3.5 PAKEJ MATA PELAJARAN TINGKATAN 1 HINGGA 5

1. PAKEJ PEMILIHAN MATA PELAJARAN TINGKATAN 1 KSSM

MATA PELAJARAN

1 SULTANAH 1 ASMA 1 NEGERI 1 KEDAH 1 DARULAMAN 1 MALAYSIA

 BAHASA  BAHASA  BAHASA  BAHASA  BAHASA  BAHASA
MELAYU MELAYU MELAYU MELAYU MELAYU MELAYU

 BAHASA  BAHASA  BAHASA  BAHASA  BAHASA  BAHASA
INGGERIS INGGERIS INGGERIS INGGERIS INGGERIS INGGERIS

 SEJARAH  SEJARAH  SEJARAH  SEJARAH  SEJARAH  SEJARAH
 MATEMATIK  MATEMATIK  MATEMATIK
 PEND.ISLAM  MATEMATIK  MATEMATIK  MATEMATIK  PEND.ISLAM  PEND.ISLAM /
 SAINS  SAINS
 GEOGRAFI  PEND.ISLAM /  PEND.ISLAM  PEND.ISLAM /  GEOGRAFI PEND. MORAL
 ASAS SAINS PEND. MORAL  REKA BENTUK & BAHASA
PEND. MORAL  SAINS & BAHASA CINA
KOMPUTER CINA TEKNOLOGI  SAINS
 PENDIDIKAN & BAHASA  GEOGRAFI  PENDIDIKAN  GEOGRAFI
 SAINS  REKA BENTUK
SENI VISUAL CINA  REKA BENTUK  GEOGRAFI SENI VISUAL TEKNOLOGI
 PJPK  REKA BENTUK  PJPK  PENDIDIKAN
 SAINS TEKNOLOGI MUZIK
TEKNOLOGI  PJPK
 GEOGRAFI  PENDIDIKAN  PENDIDIKAN

 ASAS SAINS SENI VISUAL

KOMPUTER  PJPK

 PENDIDIKAN

SENI VISUAL SENI VISUAL

 PJPK  PJPK

2. PAKEJ PEMILIHAN MATA PELAJARAN TINGKATAN 2 KSSM

MATA PELAJARAN

2 ELIT 2 ASMA 2 NEGERI 2 KEDAH 2 DARULAMAN 2 MALAYSIA
2 SULTANAH
 BAHASA  BAHASA  BAHASA  BAHASA  BAHASA
 BAHASA
MELAYU MELAYU MELAYU MELAYU MELAYU MELAYU

 BAHASA  BAHASA  BAHASA  BAHASA  BAHASA  BAHASA
INGGERIS
INGGERIS INGGERIS INGGERIS INGGERIS INGGERIS
 SEJARAH
 MATEMATIK  SEJARAH  SEJARAH  SEJARAH  SEJARAH  SEJARAH
 PEND.ISLAM
 SAINS  MATEMATIK  MATEMATIK  MATEMATIK  MATEMATIK  MATEMATIK
 GEOGRAFI
 ASAS SAINS  PEND.ISLAM /  PEND.ISLAM /  PEND.ISLAM /  PEND.ISLAM  PEND.ISLAM

KOMPUTER PEND. MORAL PEND. MORAL & PEND. MORAL  SAINS  SAINS
 PENDIDIKAN
& BAHASA BAHASA CINA & BAHASA CINA  GEOGRAFI  GEOGRAFI
SENI VISUAL
 PJPK CINA  SAINS  SAINS  REKA BENTUK &  REKA BENTUK
 SAINS  GEOGRAFI  GEOGRAFI
TEKNOLOGI & TEKNOLOGI

 GEOGRAFI  REKA BENTUK &  REKA BENTUK &  PENDIDIKAN  PENDIDIKAN

 ASAS SAINS TEKNOLOGI TEKNOLOGI SENI VISUAL MUZIK

KOMPUTER  PENDIDIKAN  PENDIDIKAN  PJPK  PJPK

 PENDIDIKAN SENI VISUAL SENI VISUAL

SENI VISUAL  BAHASA JEPUN  PJPK

 BAHASA JEPUN  PJPK

 PJPK

21

SMK Sultanah Asma @ Unggul & Terbilang

3. PAKEJ PEMILIHAN MATA PELAJARAN TINGKATAN 3 KSSM

MATA PELAJARAN

3 SULTANAH 3 ASMA 3 NEGERI 3 KEDAH

 BAHASA  BAHASA  BAHASA  BAHASA
MELAYU
MELAYU MELAYU MELAYU
 BAHASA
 BAHASA  BAHASA  BAHASA INGGERIS

INGGERIS INGGERIS INGGERIS  SEJARAH
 MATEMATIK
 SEJARAH  SEJARAH  SEJARAH  PEND.ISLAM
 SAINS
 MATEMATIK  MATEMATIK  MATEMATIK  GEOGRAFI
 REKA BENTUK &
 PEND.ISLAM  PEND.ISLAM /  PEND.ISLAM/
TEKNOLOGI
 SAINS PEND. MORAL PEND. MORAL  PENDIDIKAN

 GEOGRAFI & BAHASA  BAHASA CINA MUZIK/
PENDIDIKAN
 REKA BENTUK & CINA  SAINS SENI VISUAL
 PJPK
TEKNOLOGI  SAINS  GEOGRAFI

 PENDIDIKAN  GEOGRAFI  REKA BENTUK

SENI VISUAL  ASAS SAINS TEKNOLOGI

 BAHASA JEPUN KOMPUTER  PENDIDIKAN

 PJPK  PENDIDIKAN SENI VISUAL

SENI VISUAL  PJPK

 PJPK

4. PAKEJ PEMILIHAN MATA PELAJARAN TINGKATAN 4

PAKEJ STEM PAKEJ KEMANUSIAAN

4 SULTANAH 4 ASMA 4 NEGERI 4 KEDAH 4 DARULAMAN 4 MALAYSIA
(ST_A-1) (ST_A-3) (KEM_SI-2) (KEM_SI-2)
(ST_B-2) (ST_B-1)
 BAHASA  BAHASA
MELAYU MELAYU MATA PELAJARAN TERAS

 BAHASA  BAHASA  BAHASA  BAHASA  BAHASA  BAHASA MELAYU
INGGERIS INGGERIS MELAYU  BAHASA INGGERIS
MELAYU MELAYU  SEJARAH
 SEJARAH  SEJARAH  BAHASA  MATEMATIK
 MATEMATIK  MATEMATIK  BAHASA  BAHASA INGGERIS  PEND. ISLAM
 PEND.ISLAM  PEND.ISLAM /  SAINS TERAS
INGGERIS INGGERIS  SEJARAH
PEND.MORAL  MATEMATIK
 SEJARAH  SEJARAH  SAINS TERAS
 PEND.ISLAM
 MATEMATIK  MATEMATIK

 PEND.ISLAM/  PEND.ISLAM

PEND. MORAL

MATA PELAJARAN WAJIB

 PJPK  PJPK  PJPK  PJPK  PJPK  PJPK

 FIZIK  FIZIK MATA PELAJARAN ELEKTIF
 KIMIA  KIMIA
 BIOLOGI  BIOLOGI  FIZIK  FIZIK  PRINSIP
 MATEMATIK  MATEMATIK PERAKAUNAN
 KIMIA  KIMIA  PRINSIP
TAMBAHAN TAMBAHAN PERAKAUNAN  PEND SENI
 BAHASA JEPUN  BAHASA CINA  MATEMATIK  SAINS VISUAL/ PEND
 BAHASA JEPUN  PERNIAGAAN MUZIK
TAMBAHAN KOMPUTER  MATEMATIK
 PERNIAGAAN
 PRINSIP  MATEMATIK TAMBAHAN
PERAKAUNAN TAMBAHAN  ENGLISH

 BAHASA CINA LITERATURE

22

SMK Sultanah Asma @ Unggul & Terbilang

5. PAKEJ PEMILIHAN MATA PELAJARAN TINGKATAN 5

SAINS TULEN SAINS
TEKNIKAL

MATA PELAJARAN TERAS

5 SULTANAH 5 ASMA 5 NEGERI 5 KEDAH 5 DARULAMAN 5 MALAYSIA

 BAHASA  BAHASA  BAHASA MELAYU  BAHASA MELAYU  BAHASA MELAYU  BAHASA MELAYU
MELAYU MELAYU  BAHASA INGGERIS  BAHASA  BAHASA INGGERIS  BAHASA INGGERIS
 SEJARAH  SEJARAH  SEJARAH
 BAHASA  BAHASA  MATEMATIK INGGERIS  MATEMATIK  MATEMATIK
INGGERIS INGGERIS  PEND.ISLAM  SEJARAH  SAINS TERAS  PEND. ISLAM
 MATEMATIK  PEND.ISLAM  SAINS TERAS
 SEJARAH  SEJARAH  PEND.ISLAM /
 MATEMATIK  MATEMATIK
 PEND.ISLAM  PEND.ISLAM/ PEND. MORAL

 P. SIVIK PEND. MORAL
 PJPK
MATA PELAJARAN WAJIB
 FIZIK
 KIMIA  P. SIVIK  P. SIVIK  P. SIVIK  P. SIVIK  P. SIVIK
 BIOLOGI  PJPK  PJPK  PJPK
 MATEMATIK  PJPK  PJPK
 FIZIK  PRINSIP  PRINSIP
TAMBAHAN  KIMIA MATA PELAJARAN ELEKTIF PERAKAUNAN PERAKAUNAN
 PRINSIP  BIOLOGI
 MATEMATIK  FIZIK  FIZIK  PERNIAGAAN  PERNIAGAAN
PERAKAUNAN  P. SENI  P. SENI / P.
TAMBAHAN  KIMIA  KIMIA  MATEMATIK
 BAHASA CINA / MUZIK
 BIOLOGI  BIOLOGI TAMBAHAN  MATEMATIK
PRINSIP
PERAKAUNAN  MATEMATIK  MATEMATIK TAMBAHAN
 BAHASA JEPUN  BAHASA JEPUN
TAMBAHAN TAMBAHAN

 PRINSIP  PRINSIP

PERAKAUNAN PERAKAUNAN
 BAHASA JEPUN /P.SENI / SAINS
KOMPUTER / P.
MUZIK

23

SMK Sultanah Asma @ Unggul & Terbilang

3.6 JADUAL PENENTUAN GRED PEPERIKSAAN DAN UJIAN

NILAI GRED MATA PELAJARAN (NGMP) MENENGAH RENDAH & PT3

GRED SAPS NGMP
A 85 - 100 1
B 70 - 84 2
C 60 - 69 3
D 50 - 59 4
E 40 - 49 5
F 6
TH 0 - 39 TH
0

NILAI GRED MATA PELAJARAN (NGMP) MENENGAH ATAS & SPM

GRED SAPS LPM NGMP
A+ 90 – 100 85 -100 0
A 80 – 89 75 - 84 1
A- 70 – 79 65 - 74 2
B+ 65 – 69 60 - 64 3
B 60 – 64 55 - 59 4
C+ 55 – 59 50 - 54 5
C 50 – 54 45 - 49 6
D 45 – 49 40 - 44 7
E 40 – 44 30 - 39 8
G 1 - 29 9
TH 1 – 39 TH
TH
TH

24

SMK Sultanah Asma @ Unggul & Terbilang

3.7 FORMAT JADUAL WAKTU PERSEKOLAHAN

MASA AHAD ISNIN SELASA RABU KHAMIS

7.40 – 8.10 PERHIMPUNAN REHAT
8.10 – 8.40 REHAT
8.40 – 9.10
9.10 – 9.40
9.40 – 10.10
10.10 – 10.40
10.40 – 11.10
11.10 – 11.40
11.40 – 12.10
12.10 – 12.40
12.40 – 1.10
1.10 – 1.40
1.40 – 2.10
2.10 – 2.50
2.50 – 3.50
3.50 – 4.50

25

SMK Sultanah Asma @ Unggul & Terbilang
26


Click to View FlipBook Version