KESANTUNAN
BERBAHASA
(BMMB1144)
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM
TUGASAN 2
NAMA : NASRIN ALYA BINTI NAZHATUL
ANAS
ANGKA GILIRAN : 2021252310056
NO.KAD PENGENALAN : 020226-14-0494
KUMPULAN/UNIT : F2C BAHASA MELAYU
KOD & NAMA KURSUS : BMMB1144 KESANTUNAN
BERBAHASA
NAMA PENSYARAH : PUAN NORMI BINTI MOHD DALI
TARIKH HANTAR : 12 APRIL 2022
SOALAN TUGASAN
Anda dikehendaki membuktikan penggunaan bahasa
kurang santun yang dilontarkan oleh
masyarakat terutamanya di media sosial. Berikan
justifikasi serta cadangkan cara menangani isu
kesantunan berbahasa ini agar masyarakat kita dikenali
sebagai masyarakat yang mempunyai
kesantunan berbahasa dan mempunyai jati diri yang
tinggi.
KESANTUNAN BERBAHASA
Merujuk kepada nilai-nilai Merangkumi aspek-aspek Bahasa yang digunakan
kesopanan yang seperti pemilihan kata, menitikberatkan sistem
sapaan yang diguna pakai
melibatkan pertuturan yang nada, gerak laku dan gaya
baik, halus, lembut dan ketika berkomunikasi sama
ada secara terus atau tidak
indah serta disertai dengan
dengan budi pekerti
Penggunaan bahasa sehari- Penggunaan bahasa yang
hari yang tidak menimbulkan baik, sopan, beradab,
kegusaran, kemarahan dan
memancarkan peribadi mulia
rasa tersinggung dan menunjukkan
(Asmah Haji Omar, 2000)
penghormatan kepada pihak
yang menjadi teman bicara
(Awang Sariyan, 2007)
CONTOH PENGGUNAAN
BAHASA YANG KURANG
SANTUN YANG
DILONTARKAN OLEH
MASYARAKAT
TERUTAMANYA DI MEDIA
SOSIAL
PENGGUNAAN KATA-KATA KESAT
https://www.youtube.com/watch?v=8Eu91VzbBrQ&t=171s
JUSTIFIKASI
• Berdasarkan video tersebut, kita dapat lihat wanita itu tidak mengamalkan kesantunan berbahasa
dalam berkomunikasi. Hal ini kerana, wanita itu menggunakan kata-kata yang tidak sopan dan
kesat semasa bertutur dengan juruwang kedai itu.
• Apabila emosi dikuasai oleh perasaan ego, angkuh, sombong dan marah maka penggunaan
bahasa yang kurang sopan berlaku. Penggunaan kata-kata kesat dan kasar bertujuan untuk
mengejek, memaki hamun dan mencaci bagi melepaskan perasaan marah, dendam dan sakit hati.
Hal ini jelas dilihat dalam diri wanita itu kerana dia terus bertindak mempertahankan anaknya tanpa
mendengar penjelasan yang diberikan oleh juruwang berkaitan kelakuan yang dilakukan oleh
anaknya dengan menggunakan kata-kata kesat.
• Wanita itu tidak berbincang dengan cara yang baik untuk menyelesaikan kesefahaman yang
dihadapi oleh dua belah pihak. Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana, sebagai masyarakat Melayu
yang dididik mempunyai kesantunan kita mestilah pandai mengawal keadaan dan perasaan.
Dengan kata lain, sifat toleransi diperlukan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.
JUSTIFIKASI
• Bukan itu sahaja, kelakukan anak wanita itu juga menunjukkan kurang
kesantunan dalam dirinya. Hal ini kita dapat lihat apabila budak itu
bertindak menendang dan mengamuk di tempat kejadian. Perkara ini
jelas menunjukkan keluarga mereka kurang mengamalkan kesantunan
berbahasa dalam kehidupan.
• Hal ini dikatakan demikian kerana, emaknya juga bersikap melepaskan
perasaan di tempat kejadian tanpa berbincang dengan jurujual kedai itu.
Hal ini jelas menampilkan imej negatif dalam diri keluarga tersebut
kepada orang yang menonton video ini. Oleh itu, sebelum kita bertindak
dalam melakukan sesuatu kita hendaklah berfikir dahulu tentang
kesannya kepada diri sendiri.
KATA SAPAAN DAN PANGGILAN
JUSTIFIKASI
• Contoh dua menunjukkan pemilik akaun itu tidak menggunakan kata sapaan yang
betul kepada Perdana Menteri Malaysia. Perkara ini merupakan satu kesalahan
dalam kesantunan berbahasa.
• Dalam kesantunan berbahasa, kata sapaan merupakan aspek yang penting.
Dengan kata lain, penggunaan kata sapaan yang salah akan menunjukkan diri kita
kurang santun kepada orang yang berjawatan yang lebih tinggi.
• Berdasarkan contoh ini, Perdana Menteri sepatutnya dipanggil dengan kata
sapaan Dato’ Sri dan bukanlah dipanggil secara tidak formal. Penggunaan kata
sapaan ini sangat penting kerana ia menghormati kedudukan atau pangkat
seseorang. Oleh itu, kita mestilah menggunakan kata sapaan kepada orang yang
berjawatan lebih tinggi tidak kira sama ada secara lisan atau penulisan kerana ia
lebih sopan dan beradap
CARUTAN
JUSTIFIKASI
• Berdasarkan contoh ini, penggunaan kata yang digunakan adalah tidak santun. Hal ini dikatakan
demikian kerana, pemilihan perkataan yang digunakan dalam binaan ayat adalah kurang sopan.
• Terdapat juga penggunaan bahasa untuk menghina sesuatu yang tidak wajar. Penghinaan ini akan
menyebabkan pergaduhan dan keamanan hidup akan lenyap. Hal ini menunjukkan, pemilihan kata
yang kasar akan menjejaskan keharmonian kehidupan.
• Kita sepatutnya menahan perasaan emosi semasa menulis sesuatu. Kebiasannya penulisan kata-kata
yang kurang sopan ini dilakukan ketika perasaan seseorang itu sedang marah dan tidak dapat dikawal.
Gaya penulisan seseorang dalam laman sosial akan menunjukkan keperibadian diri individu.
• Penggunaan perkataan seperti ‘babi’ dan ‘bodoh’ yang terdapat dalam teks itu merupakan perkataan
yang amat kesat didengar apatah lagi diucapkan berkali-kali. Walaupun ayat berdasarkan contoh itu
menunjukkan kata-kata seperti teguran kepada orang lain namun penggunaan bahasa yang
digunakan adalah salah dan tidak santun dalam komunikasi kesantunan berbahasa.
BAHASA ROJAK
JUSTIFIKASI
• Berdasarkan contoh empat, kita dapat lihat penggunaan bahasa rojak yang dilakukan oleh penulis
itu. Bahasa rojak ini semakin berkembang luas dalam kalangan masyarakat sekarang.
Kebanyakkan daripada mereka sering mencampuradukkan penggunaan bahasa Melayu dan
bahasa Inggeris. Hal ini kita dapat lihat pada teks contoh empat ini.
• Pencampuran bahasa ini merupakan kesalahan bahasa yang boleh menyebabkan kecelaruan
maklumat yang disampaikan. Bukan itu sahaja, jika penggunaan bahasa rojak ini berterusan,
maka keindahan bahasa Melayu akan semakin hilang. Penggunaan bahasa ini semakin meluas
dan terutamanya bagi golongan remaja di bandar.
• Situasi ini dibimbangi lama kelamaan akan menghakis nilai-nilai kesantunan dan budaya bahasa
Melayu sekiranya langkah-langkah untuk membendung gejala ini tidak dilaksanakan dengan
segera. Oleh itu, sangat penting penggunaan bahasa yang mengikut peraturan tatabahasa. Hal ini
dikatakan demikian kerana pembentukkan kata yang tepat mengikut tatabahasa yang betul
menunjukkan kesantunan berbahasa kita semasa berkomunikasi.
SITUASI KURANG SANTUN
https://www.youtube.com/watch?v=aA1s7BwxIqo&t=77s
JUSTIFIKASI
• Berdasarkan video contoh ini, kita dapat lihat filem-filem seperti KL Gangster ini mempengaruhi
pemikiran remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana, adegan-adegan kurang santun yang
dipamerkan dalam filem menyebabkan remaja-remaja ini ingin mengikut gaya-gaya yang dilakukan
dalam filem.
• Misalnya, cara percakapan yang ditunjukkan dalam filem sudah jelas menunjukkan penggunaan
bahasa yang kasar. Perkataan-perkataan seperti ‘lu’, ‘gua’, ‘bro’, dan ’beb’ sering diulang-ulang di
dalam dialog filem tersebut. Oleh itu, ungkapan-ungkapan inilah yang sering ditiru dan akan
menjadi ikutan oleh para remaja apabila berinteraksi sesama mereka.
• Hal ini jelas ditunjukkan oleh remaja-remaja di dalam video ini. Bukan itu sahaja, remaja-remaja ini
juga menunjukkan aksi-aksi pergaduhan yang ditiru daripada filem itu. Walaupun video tersebut
dilakukan sekadar menghiburkan hati namun kita dapat lihat bahawa melalui filem remaja-remaja
mempunyai keinginan untuk meniru aksi yang kurang santun daripada filem itu. Oleh itu, jelaslah
bahawa pengaruh filem memberi kesan kepada remaja untuk mengaplikasikan kesantunan
berbahasa dalam kehidupan.
PERANAN IBU CARA PERANAN
BAPA MENANGANI ISU SEKOLAH
PERANAN KESANTUNAN PERANAN
KERAJAAN BERBAHASA MEDIA SOSIAL
PERANAN IBU BAPA
Memainkan peranan yang Penggunaan bahasa yang Anak-anak yang sentiasa
penting untuk membentuk jati sopan dan santun semasa didedahkan dengan cara
diri dan kesantunan dalam diri berkomunikasi dengan anak- percakapan yang sopan dan
anak akan menyebabkan santun tidak akan mudah
remaja kerana mereka mereka mempengaruhi cara terpengaruh dengan anasir-
merupakan orang yang paling percakapan yang dilakukan anasir yang merosakkan
dekat bersama dengan anak
oleh ibu bapa mereka bahasa.
mereka
Teguran dan nasihat Ibu bapa juga hendaklah
hendaklah dilakukan oleh ibu berkelakukan sopan dan
santun kerana hal ini juga
bapa apabila anak mereka mempengaruhi kelakuan
menggunakan bahasa yang
anak mereka
kurang santun.
PERANAN SEKOLAH
Guru di sekolah hendaklah Sentiasa menegur dan
mempamerkan kesantunan memberi peringatan kepada
berbahasa kerana mereka
merupakan orang kedua yang pelajar-pelajar untuk
sering bersama dengan anak- mengamalkan kesantunan
berbahasa agar aspek ini
anak muda menjadi kebiasaan dalam
kehidupan pelajar
Pihak pentadbiran sekolah juga Mendedahkan kepada pelajar
hendaklah melakukan kempen dan memberi penekanan
tentang penggunaan
tentang kepentingan
kesantunan kepada pelajar tatabahasa yang betul dalam
supaya mereka diberikan Bahasa Melayu semasa
pendedahan tentang aspek ini
berkomunikasi secara lisan
dan tulisan
PERANAN MEDIA MASSA
Merupakan ejen penyampai Media elektronik seperti Media cetak juga seperti surat
yang paling berkesan dalam televisyen dan radio khabar dan majalah
menyampaikan maklumat hendaklah menyiarkan hendaklah mengeluarkan
kepada orang ramai rancangan-rancangan yang bahan-bahan panduan atau
memaparkan kebaikan budi rujukan kepada orang ramai
bahasa dan nilai-nilai murni
tentang kesantunan
berbahasa
Iklan-iklan atau drama Melayu Cerita-cerita yang
hendaklah menekankan aspek menunjukkan kurang santun
kesantunan berbahasa semasa
melakukan rakaman kerana hal dari segi perlakuan atau
ini juga mempengaruhi orang percakapan hendaklah
dihalang daripada disiarkan
yang melihatnya kepada orang ramai.
PERANAN KERAJAAN
Mengadakan kempen-kempen Melakukan penguatkuasaan
unutk meningatkan kesedaran undang-undang tentang
penggunaan bahasa yang
orang ramai tentang kurang santun akan
kepentingan dan keunikan dikenakan denda
penggunaan bahasa Melayu
yang betul
Menyekat filem-filem atau Menyekat akaun-akaun media
drama yang yang tidak sosial yang menggunakan
bahasa-bahasa yang kesat
mematuhi nilai-nilai budaya
dan kesantunan berbahasa atau menunjukkan kelakukan
yang kurang sopan kepada
khalayak ramai
RUJUKAN
Ainal Akmar Ahmad, Maizatul Yahya, Nasihah Hashim & Noor Aida Mahmor. (2016). Kesantunan
Berbahasa Semasa Berkomunikasi di Laman Sosial. Proceeding of the International Conference
on Government & Public Affair 2016 (ICOGPA2016).
Haryati Ariffin. (2019, November 18). Bahasa Kurang sopan Ubah Cara Komunikasi Remaja
Masa Kini. Sinar Harian. https://www.sinarharian.com.my/article/57798/KHAS/Pendapat/Bahasa-
kurang-sopan-ubah-cara-komunikasi-remaja-masa-kini
Khaidir A.Majid. (2019, Julai 8). Kesopanan Berbahasa Kian Terpinggir. Berita Harian.
https://www.bharian.com.my/kolumnis/2019/07/582368/kesopanan-berbahasa-kian-terpinggir
Khidhir Uzair. (n.d). Kesantunan Masyarakat.
https://www.academia.edu/34520305/kesantunan_masyarakat
Zaitul Azma Zainon, Ahmad Fuad & Mohd Nor Hafizudin. (n.d). Kesantunan Berbahasa Dalam
Kalangan Remaja Sekolah Menengah. 321-338
SEKIAN,
TERIMA
KASIH