The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Amalan terbaik dalam Project Based Learning (PBL)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 66jeet66, 2022-03-20 09:22:11

AMALAN TERBAIK PROGRAM TS25 SMKTTF

Amalan terbaik dalam Project Based Learning (PBL)

Keywords: PBL

SMK TAMAN TUN FUAD
JALAN BUNDUSAN, 88300 KOTA KINABALU

TAJUK PROGRAM : PENDEKATAN PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK
[PBL] DALAM PDPC/PDPR

TEMA : Kemenjadian Murid Melalui Pendekatan ‘Project-Based Learning’ (PBL)

1.1 Pengenalan :
i. Latar Belakang:

• Pembelajaran Berasaskan Projek atau Project-Based Learning (PBL) adalah
kaedah pengajaran dan pembelajaran yang efektif pada era moden ini.
Kaedah ini menekankan kolaborasi antara guru dan pelajar dalam
mempelopori sesuatu perkara atau topik secara penyempurnaan projek.

• Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) mentafsirkan pembelajaran
berasaskan projek sebagai model aktiviti yang keluar daripada amalan
bilik darjah yang biasa dan banyak melibatkan gabungan antara disiplin ilmu.

• Menurut definisi Kit PAK21 pula:
“Murid mengkaji secara mendalam tentang sesuatu isu atau topik bagi
menghasilkan sesuatu produk”
.

ii. Sumber Manusia yang Terlibat

• Semua guru mata pelajaran tingkatan 1 hingga tingkatan 5
• Semua murid tingkatan 1 hingga tingkatan 5
• PIBG Sekolah

iii. Objektif Pelaksanaan Program:

• Membolehkan murid mengkaji sesuatu topi yang diberi melalui penghasilan
produk baru pada akhir pembelajaran.

• Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam suatu bidang
atau domain pelbagai bidang.

• Projek murid boleh dilaksanakan secara berpasukan dan proses
interaksi sosial yang berlaku memberi banyak kebaikan kepada diri
mereka.

• PBL dilaksanakan dalam suatu tempoh semasa PdPc / PdPr.
• Penilaian dilakukan dari aspek kreativiti komunikasi, bahasa dan

persembahan /pembentangan hasil produk mereka.
• PBL memberi peluang kepada murid mengeksplorasi berdasarkan

sumber-sumber yang ada ini dapat meluaskan pengetahuan murid.

1.2 Kaedah Penulisan : Penyelesaian Masalah

1

2.1 Pelaksanaan Program/Aktiviti :

i. Proses Pelaksanaan
Sesi PdPc menggunakan pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBL)

Langkah Cara Pelaksanaan
1 Guru menunjukkan tayangan video youtube tentang aktiviti PBL yang akan
2 dilaksanakan sebagai set-induksi.
3
Guru meminta murid menyatakan pemerhatian berdasarkan tayangan video
4 youtube tersebut.
5
6 Guru memaklumkan kepada murid untuk menghasilkan projek PBL mengikut
7 kreativiti kumpulan masing-masing dengan menggunakan bahan-bahan kitar
semula atau bahan buangan.

Murid membentuk kumpulan projek PBL dan menghasilkan tugasan PBL
masing-masing.

Murid membuat sesi perkongsian dan membentangkan hasil tugasan PBL
dalam bilik darjah.

Guru meminta murid melabel dan menyatakan bentuk dan kaitan tugasan PBL
yang dihasilkan dalam situasi harian.

Sesi soal jawab dijalankan di kalangan murid bagi memperkukuhkan tahap
penguasaan murid dalam topik tersebut.

8 Guru menjalankan Ujian Formatif dan Ujian Sumatif kepada murid-murid.

9 Guru membuat analisis terhadap skor markah yang diperolehi murid dalam
Ujian Formatif dan Ujian Sumatif murid untuk mengenalpasti tahap
penguasaan murid.

10 Guru menjalankan Latihan Pengukuhan kepada semua murid.

ii. Impak Pelaksanaan :

• Mencungkil bakat dan kreativiti murid dalam menghasilkan produk/tugasan .
• Murid dapat menjalankan kemahiran manipulatif seperti kemahiran mengukur

menggunakan nombor dan ruang.
• Murid akan lebih menghayati pembelajaran sendiri.
• Murid dapat meningkatkan kemahiran komunikasi berkesan melalui sesi

perkongsian dan pembentangan bersama rakan-rakan di bilik darjah.

iii. Kekuatan dan Kekurangan :

a) Kekuatan
-Mendedahkan murid dengan pendekatan pembelajaran secara ‘hands-on’
kepada murid-murid.
-Menggunakan pendekatan pembelajaran secara penerokaan (Discovery Learning).
-Mendidik murid untuk belajar secara pembelajaran kendiri (Self-Access Learning).
-Menjana kreativiti murid dalam penghasilan projek atau hasil tugasan.

b) Kelemahan
-Penglibatan murid tidak secara menyeluruh disebabkan ketidakhadiran.
-Kurang komitmen daripada murid sendiri.
-Pengurusan masa murid yang kurang sistematik menyebabkan tugasan PBL tidak
dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

2

3.1 Laporan Bergambar Pelaksanaan PBL :
TUGASAN PBL SAINS T3 : ‘MY ROLLER-COASTER”

TUGASAN PBL SAINS T3 : “MY DREAM ROCKET”

MY DREAM ROCKET – PHOEBE ROCKET

ARAHAN TUGASAN PBL

MY DREAM ROCKET – EXPLORER 01 MY DREAM ROCKET – COCA-COLA ROCKET

3

MY DREAM ROCKET – ZOLUS ROCKET

TUGASAN PBL SAINS T3 : ‘MY AMAZING SATELITTE”

ARAHAN TUGASAN PBL MY AMAZING SATELLITE – SATELLITE HQ-01 MY AMAZING SATELLITE
– BLACK SATELLITE

MY AMAZING SATELLITE – MAX SATELIT MY AMAZING SATELLITE – AESTHETIC
SATELLITE

4

TUGASAN PBL SEJARAH TINGKATAN 4
TUGASAN PBL PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 1

Penyediaan bahan-bahan dalam pdpc sebelumnya.
Pembentangan daripada tiga kumpulan

TUGASAN PBL PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3

5

TUGASAN PBL PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 4
6

TUGASAN PBL SAINS TINGKATAN 4

Sesi Pembentangan daripada setiap
kumpulan

TUGASAN PBL RBT TINGKATAN 2

Reka bentuk Makanan
Sistem Akuaponik-Raft

TUGASAN PBL RBT TINGKATAN 3

Reka bentuk Makanan Hasil Penghasilan Produk

7

4.1 Penutup

i. Kesimpulan

• Pelaksanaan pembelajaran berasaskan projek memberi peluang kepada
murid untuk terlibat secara aktif dalam pembelajaran, pendedahan kepada
senario pekerjaan sebenar, mempelajari kemahiran inter dan intrapersonal
dan lebih bebas menyiapkan tugasan mengikut skop dan masa
yang ditetapkan.

• Pembelajaran Berasaskan Projek bertujuan menggalakkan murid
berfikiran ‘outside of the box’ iaitu bersifat kreatif dan inovatif.

• PBL juga telah membantu pelajar meningkatkan Tahap Pencapaian yang
minimum ke tahap pencapaian yang lebih tinggi iaitu TP5-TP6.

• Selain itu, murid turut dapat meningkatkan kefahaman tentang sesuatu
topik, memahami teori dan menyelesaikan permasalahan. Ini dapat dilihat
melalui pencapaian dalam ujian Sumatif dan Formatif mereka.

ii. Instrumen/Borang/Dokumen Sokongan

a ] Instrumen Pemerhatian
• Borang senarai Semak
• Anekdot
• Rekod Berterusan (Running Record]
• Gambar Aktiviti
b] Instrumen Lisan
• Murid dengan guru,
• Murid dengan murid, dan
• Murid dengan pembelajaran
c] Instrumen Penulisan
• Lembaran Kerja (Soalan Latihan)
• Pentaksiran Kendiri [ rubrik, senarai semak, skala kadar ]

iii. Kod QR

Disediakan oleh,
Mangit Kaur Binti Karam Singh ,
Penyelaras TS25 SMK Taman Tun Fuad Kota Kinabalu.

8


Click to View FlipBook Version