The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by muhdshamiell1, 2022-12-29 10:37:02

E-MAGAZINE KUMPULAN 4

E-MAGAZINE KUMPULAN 4

MAJALAHDISEMBER 2022

PerkahwinanADAT ISTIADAT




ADAT
PERTUNANGAN

ADAT
PERNIKAHAN

ADAT
PERSANDINGAN

WWW.NATIONHOOD.MY

www.nationhood.my 01

TABLE OF
CONTENTS

Ahli Kumpulan 02, 03

Adat Pertunangan 04

Sambutan 05

Rundingan 06, 07, 08
Bacaan doa 09

Menyarung cincin 10

Berbalas-balas dulang hantaran 11
Jamuan 12

Rombongan lelaki berangkat pulang 13

Adat Pernikahan 14

Sambutan 15

Akad nikah 16

Duit hantaran dan Mas kahwin 17,18
Doa 19
Membatalkan air sembahyang 20
Jamuan 21

Rombongan lelaki berangkat pulang 22

Adat Persandingan 23

Sambutan 24

Perarakan Pengantin 25

Silat pengantin 26
Bersanding 27
Doa 2289
Menepung tawar 30
Jamuan
Rombongan lelaki berangkat pulang 31

Rumusan 32

Reference 33, 34

Ahli Kumpulan




MUHAMMAD SHAMIEL BIN
MUHAMAD SAHRIN
(294667)

MUHAMMAD AMIR DANIAL
BIN AZAHAR
(294482)

02

03

NUR NABILAH BINTI MD
NIZAR (294581)

NUR AISYAH BINTI ALI
(295607)

NORSYARA SYAFIQAH BINTI SAIF
RIDZUAN MURALEE
(294469)

apa itu
adat pertunangan?

Pertunangan dapat didefinisikan
sebagai sebuah perjanjian antara
pasangan yang bakal berkahwin
melalui orang perantaraan yang
diadakan di dalam sesebuah
majlis. Selain itu, bertunang juga
membawa maksud pihak lelaki
mengekspresikan kehendak atau
kemahuannya untuk mengahwini
perempuan tersebut. Mengikut
adat Melayu, majlis pertunangan
diadakan dalam keadaan yang
sederhana dan hanya melibatkan
saudara mara yang terdekat
sahaja. Menurut Islam, hukum
pertunangan di sisi syarak ialah
sunat.

tujuan
bertunang

Mengikat perjanjian untuk berkahwin
Merapatkan silaturrahim antara kedua-
dua belah keluarga
Mendapat kata sepakat bagi jumlah
wang hantaran atau mahar
Membincangkan perancangan untuk
peringkat yang seterusnya dan
membuat persiapan untuk majlis
perkahwinan

ADAT
PERTUNANGAN

ADAT PERTUNANGAN MELAYU

04

Monthly Magazine

SPAeMrtunBaUngTanAN

Umum mengetahui bahawa pertunangan
merupakan antara fasa pertama
sebelum melangkah ke alam
perkahwinan. Di samping itu,
pertunangan juga amat penting bagi
bakal pengantin untuk mengenali
sesama sendiri serta keluarga-keluarga
mereka.

Sehubungan dengan itu, pertunangan

juga mempunyai sambutannya yang

tersendiri mengikut adat Melayu tradisi.

Kebiasaanya, masyarakat akan

menyambut upacara ini secara

bersederhana.

Pada hari majlis tersebut, pihak lelaki akan
mengadakan rombongan meminang ke rumah
pihak perempuan. Rombongan ini diketuai oleh
orang-orang tua iaitu ahli keluarga pihak lelaki
seperti datuk, nenek, ibu, bapa dan saudara-
saudara yang lain. Hal ini demikian kerana orang-
orang tua lebih mahir dalam berkomunikasi, serta
lebih dihormati.

Sebahagian masyarakat memilih untuk
mengadakan majlis meminang dan pertunangan
secara asing. Namun begitu, ia digalakkan untuk
dilakukan serentak bagi mengelakkan kos yang
tinggi serta menghormati konsep 'bersederhana'
dan tidak berlebih-lebihan.

05 page 17

RuPnedritnugnaanndgaalanm

Rundingan adalah satu proses di mana barisan keluarga pihak pengantin lelaki dan
pihak pengantin perempuan akan berbincang mengenai butiran majlis pernikahan

yang akan berlangsung.

Contoh perkara yang dibincangkan ialah tarikh pernikahan, 06
tarikh majlis perkahwinan, jumlah mas kahwin, dan bilangan
tetamu. Bagi memastikan kedua-dua pihak yang terlibat berpuas
hati dengan perbincangan yang telah dibuat, setiap cadangan
yang dikemukakan mestilah disetujui oleh kedua-dua pihak.
Dalam proses rundingan ini juga, perkara ingkar juga
dibincangkan. Perkara ingkar bermaksud pembatalan ikatan
tunang oleh salah satu pihak. Jika terjadinya perkara ingkar ini,
pihak yang memutuskan perlu memulangkan barang hantaran
yang diterima itu kepada pihak yang menanggung kerugian.
Perkara ini bertujuan untuk menjaga hubungan baik yang antara
kedua-dua keluarga tersebut.

Barangan yang dihantar dari kedua belah pihak akan diletakkan
di hadapan mereka yang menjalankan proses rundingan ini.
Tepak sirih dan sirih junjung, cincin pertunangan, manis-
manisan, buah-buahan, dan kelengkapan solat adalah antara
barang hantaran yang dihadiahkan oleh pihak lelaki kepada pihak
perempuan.

Tepak Sirih 07

Tepak sirih merupakan item yang penting
dalam proses pertunangan kerana
dipercayai mewakili perasaan hati yang
dibawa oleh pihak lelaki kepada pihak
perempuan. Oleh sebab suasana yang
dipupuk oleh masyarakat yang secara
kolektifnya mengetahui maknanya
disebalik daun sirih ini, ianya dipilih sebagai
simbol. Tepak sirih ini sebagai bekas
pinang, kapur, gambir, bunga cengkih,
tembakau, dan daun sirih.

Sirih Junjung

Sirih junjung, juga dikenali sebagai "sirih
jantung", adalah hadiah yang diberikan
oleh pihak wanita kepada pihak lelaki.
Kerana bentuk hiasan sirih yang
menyerupai bentuk jantung, ia dikenali
sebagai sirih jantung.

Cincin Pertunangan

Mengenai cincin pertunangan ini, lelaki
biasanya membawa dua cincin berupa
cincin belah rotan dan cincin pertunangan.
Hal ini kerana adat meminang dan
bertunang selalunya dibuat secara
serentak. Cincin ini bertindak sebagai
ikatan janji yang tidak mudah dimungkiri
antara pihak yang bertunang.

Manis-manisan & 08

Buah-buahan

Keluarga lelaki yang inginkan hubungan yang mesra dan manis meluahkan hasrat
mereka melalui makna yang disampaikan oleh makanan manis. Buah-buahan
dengan warna-warna yang cerah juga dipilih kerana ia mewakili kegembiraan dan
keceriaan. Buah yang dipilih haruslah manis untuk mengelakkan pihak yang
menerimanya untuk menjadi kecewa dengan hadiah tersebut.

Kelengkapan Solat

Pemberian kelengkapan solat sebagai
hadiah adalah simbolik bagi mencerminkan
nilai umat Islam yang mementingkan solat.
Sejadah dan telekung adalah contoh
barangan yang dijadikan hadiah.

BPAeCrtAuAnNanDgOanA

Ajaran Islam dan adat Melayu sepastinya bagai isi dan kuku, bagai aur dan
tebing kerana dua elemen tersebut tidak dapat dipisahkan antara satu sama lain.
Doa yang merupakan antara amalan masyarakat Islam seringkali dipraktikkan
oleh masyarakat Melayu terutamanya dalam pembukaan serta penutup sesebuah
majlis. Amalan ini juga tidak terkecuali dalam majlis pertunangan antara bakal
mempelai bagi merahmati majlis tersebut agar dimurahkan urusan mereka
hingga ke jinjang pelamin.
Berikut merupakan kebaikan-kebaikan daripada membaca doa semasa majlis
berlangsung. Pertama sekali, ketakwaan dan kerendahan hati seseorang kepada
penciptaNya, Allah SWT dapat dilambangkan melalui pembacaan doa.
Seterusnya, sebagai hamba yang memerlukan pertolongan daripadaNya, kita
dapat memohon agar diberi petunjuk dan perlindungan semasa tempoh dan
proses pertunangan tersebut. Hal ini demikian kerana kita dapat dihindarkan
daripada ujian-ujian yang dapat menggugat hubungan tersebut. Semoga dengan
berdoa kepada Allah SWT, kita dikurniakan jalan yang terbaik dalam

09 menyelesaikan apa jua masalah dan rintangan yang melanda.

10

Volume No. 1 • July

Upacara

MENYARUNG

CINCIN

KEPENTINGAN

Upacara menyarung cincin ini
merupakan antara upacara utama
dalam sesebuah pertunangan. Senario

ini demikian kerana cincin dapat
melambangkan status seseorang.
Dalam konteks ini, cincin digunakan
untuk 'menanda' seseorang bahawa
dia telah bertunang bersama bakal

pasangannya.

CARA PEMAKAIAN

Terdapat cara yang khusus bagi
pemakaian cincin pertunangan ini, iaitu

dengan dipakai di jari kiri manis. Wakil
daripada pihak lelaki akan

menyarungkan cincin tersebut di jari
bakal pengantin perempuan

menandakan bahawa perempuan
tersebut merupakan tunangan orang.

BERBALAS DULANG HANTARAN

ACARA BERBALAS-BALAS DULANG
HANTARAN

Apabila prosedur rundingan dan majlis sarung
cincin telah selesai, acara bertukar dan berbalas
dulang hantaran ini pula akan dilakukan. Acara ini
hanya berlaku selepas dulang hantaran pihak lelaki
telah diterima dalam acara sambutan sebelum
proses rundingan berlaku. Mengikut tradisi Melayu,
dulang hantaran mestilah dalam nombor ganjil,
dan pihak perempuan akan menghantar lebih
banyak dulang berbanding pihak lelaki.
Sebagai contoh, jika pihak lelaki telah
menyediakan 7 dulang hantaran, pihak wanita
haruslah membalas dengan memberikan 9 dulang
hantaran kepada pihak lelaki. Hal ini dilakukan
untuk menyemai rasa hormat kepada pasangan
lelaki.

11

12 J A M U A N

Hari Pertunangan

Jamuan juga membawa maksud

mengadakan kenduri makan. Jamuan ini

akan diadakan selepas berakhirnya acara

pertukaran dulang hantaran. Dengan

menghidangkan makanan kepada tetamu-

tetamu jemputan, ia akan melancarkan lagi

prosedur pertunangan tersebut. Hal ini

kerana, tetamu akan berada dalam keadaan

yang tenang dan gembira sambil menikmati

juadah yang dihidangkan oleh pihak keluarga

perempuan.

Pihak lelaki pula akan

meminta diri untuk

pergi selepas

tamatnya kenduri

makan.

BREOR AMN GBKOA TNPGU LAA NNG

Setelah jamuan majlis pertunangan selesai, keluarga pihak lelaki akan
berangkat pulang daripada kediaman pihak perempuan. Mereka akan
mengambil dulang-dulang hantaran berserta hadiah balasan daripada
keluarga pihak perempuan sebelum beransur pulang. Rombongan pihak lelaki
akan bersalam-salaman sambil berterima kasih kepada pihak keluarga

perempuan sebelum dihantar ke luar rumah.

13

AKAD PERNIKAHAN

EDISI 2022

SAMBUTAN AKAD NIKAH DUIT HANTARAN &
MAS KAHWIN

"THERE IS NOTHING BETTER FOR TWO WHO LOVE EACH OTHER THAN MARRIAGE"

14 (SAHIH AL JAMI)

3.4.1 SAMBUTAN

AKAD NIKAH Pernikahan merupakan sebuah peluang bagi
LEBIH SELESA mereka yang terlibat di dalamnya untuk meraikan
DIADAKAN DI bersama. Kebiasaannya, majlis ini berlangsung
MASJID setelah pasangan tersebut mengikat janji
KERANA hubungan mereka melalui pertunangan. Sambutan
RUANG YANG pernikahan acap kali diadakan secara lebih
LUAS DAN meriah berbanding dengan majlis pertunangan
SELESA kerana lebih ramai ahli keluarga bagi kedua-dua
pihak akan hadir ke majlis ini.
Sambutan untuk pengantin lelaki
Pernikahan mempunyai aturcara yang hampir
dan rombongannya berbeza sama bagi setiap keluarga. Anda boleh memilih
cara anda, berdasarkan kehendak dan
dengan sambutan yang diberikan persetujuan kedua-dua pihak. Dalam kebanyakan
kes, perayaan ini termasuk ungkapan terima kasih,
kepada kadi dan pembantunya. doa, dan salam kepada tetamu.

Majlis perkahwinan dilakukan Dimaklumkan bahawa tiada perbezaan dalam
penerimaan yang diberikan antara pengantin
pada siang hari – iaitu waktu lelaki dan kumpulan dengan rombongan
(perarakan tradisional)
sebelum solat Zohor dan selepas

solat Zohor. Pada zaman dahulu,

majlis perkahwinan sering

diadakan pada waktu malam. Hal

ini disebabkan oleh solat akad

nikah dua rakaat lebih mudah

dilaksanakan selepas akad nikah

selesai. Menurut kadi, majlis

perkahwinan di masjid amat

digalakkan kerana ia dapat

mendekatkan masyarakat

dengan institusi masjid.

15

16

3.4.2EDAITKIOAND20N22IKA
H

Majlis perkahwinan terdiri daripada pengantin lelaki dan rombongannya
mengambil tempat bertentangan dengan keluarga pengantin
perempuan. Selepas itu, kadi akan memeriksa maklumat peribadi
kedua-dua pengantin dan membaca khutbah nikah. Khutbah ini
merupakan salah satu perkara sunat dalam upacara akah nikah. Oleh
itu, jika khutbah nikah tidak diadakan dalam sesebuah perkahwinan,
perkahwinan itu tetap dianggap sah kerana ia hanyalah perkara sunat
dan bukanlah salah satu syarat sahnya perkahwinan.

Adat perkahwinan di Malaysia mempunyai simbol yang
mempunyai makna yang dikaitkan dengannya. Makna-
makna ini sering diturunkan dari satu generasi ke generasi
yang lain, dan ia boleh mencerminkan budaya dan mentaliti
orang Melayu. Salah satu contohnya ialah perlambangan
yang dikaitkan dengan benda- benda seperti mahar, mas
kahwin, perhiasan, pakaian makanan. surat teks pengantin,
nikah, taklik, dan makanan

DUIT HANTARAN DAN
MAS KAHWIN

W ang yang diberikan kepada isteri untuk
membantu perbelanjaan perkahwinan adalah
bantuan perbelanjaan yang tidak disyariatkan
oleh Islam. Tiada garis panduan khusus untuk
menentukan jumlah yang akan diberikan, atau

untuk membelanjakan wang tersebut. Pemberian mas
kahwin membawa maksud mengurangkan beban wanita
dalam mengendalikan kos yang berkaitan dengan
perkahwinan, seperti yang diamalkan oleh generasi
terdahulu. Pemberian wang hantaran dilakukan dengan
memberikan jumlah yang telah dipersetujui semasa
adat pertunangan, secara tunai. Pemberian wang
hantaran merupakan salah satu nilai sosial
tanggungjawab lelaki terhadap pasangannya.

"When a man says "I accept" at a marriage ceremony he

is saying i accept the responsibility of providing for my

wife, loving her and protecting her."

Memandangkan akad nikah lazimnya diadakan di
kediaman pengantin perempuan, maka wang yang
diberikan oleh pihak lelaki adalah untuk mengurangkan
beban pihak perempuan. Kadar kiriman wang biasanya
ditetapkan oleh wanita itu sendiri dan dipersetujui oleh
kedua-dua pihak. Lelaki itu boleh menghantar wang
hantaran mengikut masa yang dipersetujui. Misalnya
semasa pertunangan, sebulan sebelum perkahwinan,
atau pada hari perkahwinan. Wang tersebut boleh
diberikan melalui dua bentuk iaitu wang tunai atau
menggunakan cek. Malah. terdapat juga individu yang
berhutang dengan wang wanita. Pelbagai cara boleh
dilaksanakan namun cara itu tertakluk kepada

17 keselesaan kedua-dua pihak.

Mas kahwin ialah pemberian yang wajib diberikan
oleh seorang suami kepada isterinya pada masa
perkahwinan mereka, biasanya dalam bentuk wang
atau sesuatu yang boleh dinilai dengan wang. Islam
tidak menetapkan jumlah mahar atau minimum
mahar, tetapi ia bergantung kepada adat di sesuatu
tempat dan masyarakatnya. Walau bagaimanapun,
Islam menganjurkan untuk mengambil jalan tengah,
iaitu tidak menetapkan mahar terlalu tinggi dan
tidak terlalu rendah.

MMahar merupakan kewajipan yang patut
ditunaikan oleh seorang suami terhadap isterinya.
Bayaran mahar hendaklah diberikan kepada
pengantin perempuan dan hendaklah dipersetujui
antara kedua-duanya. Pemberian daripada pihak
lelaki kepada pihak perempuan juga perlu
disepakati antara kedua-duanya, bagi menunjukkan
Islam amat menitikberatkan musyawarah. Setiap
keputusan perlu dibincang dan dipersetujui
bersama agar mas kahwin menjadi hadiah yang
sesuai dengan isteri dan bukannya harga isteri.
Tujuan pemberian mas kahwin adalah untuk
menggembirakan isteri dan menunjukkan
kepadanya bahawa suami menghargainya. Ia bukan
harga seorang isteri, tetapi hadiah yang sesuai
seperti yang disyariatkan oleh Islam sebagai tanda
komitmen suami menjaga isteri yang dipilih untuk
dijadikan pasangannya

18

EDISI 2023 ADAT PERKAHWINAN

DNOIAKAH

Selepas pengantin lelaki membaca
taklik di hadapan pengantin
perempuan, pengantin lelki akan
membaca doa nikah. Lafaz taklik
merupakan janji yang dibuat oleh
seorang suami (pengantin lelaki)
kepada isterinya (pengantin
perempuan) yang jika tidak
ditunaikan boleh mengakibatkan
penceraian (cerai) bagi isteri.

June Edition | 2023 Solat didirikan kemudian disertai dengan bacaan
selawat ke atas Nabi SAW dan surah Al- Fatihah
oleh para tetamu yang hadir. Bacaan doa hanya
akan dibaca dalam Bahasa Arab sahaja walaupun
teks doa tersebut mengandungi terjemahan
Bahasa Melayu.

Bacaan bismillahhirahmanirahim dan salam ke atas
Nabi SAW perlu didahului sebelum doa tersebut
dimulakan. Dengan itu, Allah SWT akan merahmati
dan melindungi pasangan itu serta mengurniakan
kebahagian dalam perkahwinan mereka

19page 17

MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG

Selesai solat, upacara membatalkan air "Perkawinan tidak hanya mengikat
sembahyang diadakan. Acara ini dua insan yang saling mencintai,
dimulakan dengan pemberian mas tetapi juga merupakan tempat
kahwin atau mas kahwin seperti yang rezeki untuk kehidupan di dunia
dipersetujui dalam adat pertunangan ini dan akhirat"
sebelum itu. Dalam adat perkahwinan,
upacara ini dilakukan dengan Sebelum berkahwin, lelaki dan wanita tidak
pemberian mas kahwin diikuti dengan boleh bersentuhan antara satu sama lain
pemberian seutas rantai. Pemberian dalam apa cara sekalipun, atas sebarang
mas kahwin diikuti dengan pemberian sebab. Perkahwinan membolehkan dan
rantai tangan. menghalalkan hubungan fizikal antara
keduanya.
Lelaki yang menerima rantai sebagai
ucapan terima kasih untuk wanita itu 20
adalah tipikal.Adat bersalaman sebagai
tanda tahniah ini merupakan tradisi
tempatan dalam banyak masyarakat. Ia
sering digunakan sebagai metafora
untuk membantu mengatur atau
membolehkan pasangan yang baru
berkahwin untuk berhubung.

JAMUAN MAKAN

Bagi memberkati majlis yang Seterusnya, para tetamu turut
bersama-sama membaca surah
telah selesai dilaksanakan, Al-Fatihah dan disertai dengan
bacaan doa untuk jamuan yang
jamuan makanan yang didahului disediakan. Pelbagai jenis
makanan yang dihidangkan
dengan bacaan doa diadakan. seperti lauk pauk yang
berasaskan ayam iaitu masak kari,
Kadi merupakan individu yang sayuran, nasi putih, nasi minyak
dan pencuci mulut. Aktiviti
bertanggungjawab dalam gotong-royong saudara-mara
pengantin perempuan yang
memimpin bacaan doa. Doa akan menghasilkan penyediaan variasi
makanan untuk jamuan tersebut.
dimulakan dengan memuji

kekuasaan Allah SWT dan bacaan

selawat dan salam ke atas Nabi

SAW.

"CINTA ITU LAKSANA
LEMBAH YANG DALAM

NAN MISTERI,
BEGITULAH
PERNIKAHAN"

21

ROMBONGAN LELAKI
BERANGKAT PULANG

Pihak perempuan akan memberikan bekalan makanan berupa lauk
kenduri atau 'goodies' setelah rombongan pihak lelaki selesai
menikmati jamuan. Kemudian, rombongan pihak lelaki akan
bersalam-salaman dengan keluarga perempuan. Seterusnya,
mereka akan ditemani sehingga ke luar rumah bagi menghormati
tetamu yang hadir. Tiada perbezaan yang ketara dalam kaedah
pihak perempuan menghantar rombongan lelaki dengan cara
menyambut ketibaan rombongan di awal majlis.

22

Adat Persandingan

D
i
s
e
m
b
e
r


2
0
2
2

FASA TERAKHIR

bersanding

[ber.san.ding] | ‫برسنديڠ‬ 23

Pengantin duduk bersebelah-

sebelahan di tempat yang istimewa

seperti pelamin.

www.nationhood.my

SAMBUTAN

Sambutan untuk majlis persandingan ini

lazimnya diadakan sekitar waktu tengahari.

Lebih kurang pada jam 12.00 tengahari

sebelum masuknya waktu solat zuhur. Hal ini

kerana waktu ini merupakan waktu puncak

bagi tetamu untuk hadir ke majlis

perkahwinan tersebut. Maka waktu ini

adalah waktu paling sempurna untuk

memeriahkan majlis persandingan

pengantin, tetamu akan dapat melihat

kesegakan dan keayuan pasangan mempelai

di hari paling bersejarah dalam hidup

mereka.Majlis akan biasanya diadakan pada

hujung minggu atau waktu cuti sekolah. Hal

ini kerana jika majlis diadakan pada hari

biasa bimbang ramai tetamu tidak dapat

hadir memeriahkan majlis dek kesibukan

bekerja dan kekangan masa. Akhir sekali, majlis sambutan akan

dimulakan sebaik sahaja rombongan

pengantin dan pengantin lelaki tiba di

majlis. Jumlah rombongan pengantin

lelaki biasanya tidak terlalu ramai dan

pengantin lelaki akan diapit oleh

pengapitnya yang akan memayung

dan mengipas pengantin lelaki itu.

24

25

Perarakan

Pengantin
Perarakan pengantin
diadakan sebaik sahaja
pasangan pengantin tiba di
tempat majlis diadakan.
Biasanya ia akan
dilaksanakan apabila
pasangan lelaki dan pihak
rombongannya tiba.
Perarakan ini akan didiringi
oleh paluan kompang
disertai selawat ke atas
junjungan besar Nabi
Muhammad SAW.
Kompang akan dipalu bagi
memberi isyarat kepada
tetamu majlis bahawa
pengantin sudah tiba dan
dalam perjalanan ke
pelamin. Semasa berarak
pengantin akan
menunjukkan senyuman
yang sangat manis kepada
tetamu yang hadir
menyambut hari terbesar
dalam hidup mereka.

Bunga mangga juga akan mengiringi
perarakan pengantin. BUnga mangga
ini adalah adaptasi pada bunga kelapa
mayang. Bunga kelapa mayang ini
adalah sekuntum bunga yang sukar
terpisah antara satu sama lain. Maka,
bunga mangga ini membawa simbol
yang pasangan pengantin akan sukar
terpisah dan akan bersama sehingga
kehujungnya. Dengan adanya bunga
mangga perarakan pengantin akan
menjadi pelengkap untuk majlis
perkahwinan mereka.

S I L A T 26

Silat merupakan Pasangan akan mengupah orang
sebuah seni yang mahir dalam silat untuk
melakukan persembahan di hari
mempertahankan perkahwinan mereka. Pakar silat
diri dalam adat dan akan menunjukkan gerak geri yang
ketuanan Melayu sangat menarik untuk pasangan
sejak dulu lagi. Ia pengantin. Mereka juga akan
menunjukkan tahap kesopanan
memperagakan yang sangat tinggi semasa
kekuatan dan persembahan dilakukan.
kehebatan pahlawan Contohnya, pesilat tidak akan
Melayu dalam membelakangkan pasangan
mempertahankan pengantin dan pesilat tidak
diri dan melindungi mengangkat kakinya sehingga
orang tersayang. paras pinggang. Aksi tendangan
juga hanya dilakukan dengan tapak
Silat juga digunakan sebagai kaki yang diluruskan menghala ke
sebuah bentuk persembahan. Ia arah bawah bagi menampilkan
akan dipersembahkan kepada tahap kesopanan yang sangat
tinggi seperti yang diajar dalam
pasangan raja sehari sebaik adat resam Melayu.
sahaja mereka tiba dan duduk di

pelamin. Kebanyakan majlis
perkahwinan akan mengadakan

persembahan ini untuk
menunjukkan adat resam orang

Melayu.

BERSANDING

Acara persandingan boleh Selain itu, acara persandingan ini akan
dikatakan sebagai puncak majlis dimeriahkan lagi dengan alat yang lain.
perkahwinan kaum Melayu. Ia Pelamin pengantin akan dihias oleh
merupakan bahagian dan acara pakar bagi mencantikkan dan
terpenting yang paling dinantikan membawa seri kepada pengantin.
tetamu. Biasanya pasangan akan Pasangan pengantin akan memilih
bersanding pada waktu tengahari. pelamin yang sesuai dengan tema
Hal ini kerana ini adalah waktu di perkahwinan mereka. Untuk lebih
mana tetamu paling ramai di menyerikan pelamin, bunga telur dan
majlis. Maka kecantikan dan pahar akan digunakan Bunga telur dan
keserian pasangan pengantin pahar ini akan diletakkan di kiri dan
dapat diserahkan pada waktu ini. kanan pelamin pengantin. Alat merenjis
Untuk acara ini, pasangan akan air mawar kepada pengantin akan
duduk bersebelahan satu sama diletakkan di bahagian tengah pelamin.
lain. Ia akan diletakkan di bahagian kaki
pasangan pengantin. Mengikut tradisi
27 kaum Melayu di Malaysia ini, pengantin
perempuan akan duduk di sebelah kiri
pengantin lelaki. Ia dapat diumpamakan
bahawa wanita diciptakan dari tulang
rusuk kiri lelaki. Dalam masyarakat
Melayu, kain batik akan diletakkan
pada kerusi yang akan diduduki
pengantin lelaki. Lalu persembahan
silat akan dipersembahkan untuk
pengantin.

28

Doa
Pengantin

doa

[do.Öa] |‫دعاء‬
permohonan atau
permintaan kepada

Tuhan.

Kajian telah menunjukkan bahawa membaca
doa adalah salah satu cara untuk menunjukkan
bahawa anda ingin memohon sesuatu atau
meminta pertolongan daripada hamba Allah,
dengan penuh khusyuk, serta penuh harapan.
Ini akan membantu anda menerima belas
kasihan, pertolongan, dan juga menjauhi
bencana atau malapetaka.

Selepas pengantin perempuan dan suami
mengambil tempat mereka di atas pelamin,
doa dipanjatkan. Bermula dengan
"bismillahhirahmanirahim," imam membaca
selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Untuk
doa pertama majlis, imam akan menyuruh
pasangan pengantin serta tetamu yang hadir
untuk membaca surah al-Fatihah. Imam
seterusnya akan membaca doa dalam bahasa
Arab, kemudian bahasa Melayu, dan akhir
sekali lafaz "Rabbana atini fiddunya hasanah
wafil akhiroti hasanah waqina 'adzabannar."
Ayat ini adalah doa memohon agar Allah
merahmati mereka di dunia dan di akhirat,
serta melindungi mereka dari api neraka. (Al-
Baqarah, ayat 201)
Memohon kepada Allah (SWT) agar diberkati
penyatuan antara lelaki dan perempuan agar
berkekalan hingga hujung nyawa.

www.nationhood.my

Menepung
tawar

ACARA MENEPUNG TAWAR

Upacara ini serupa dengan doa untuk panjang
umur pasangan dan untuk kebahagiaan mereka.
Upacara menepung tawar berlangsung dengan
pasangan pengantin berdiri bersebelahan atau
pasangan pengantin sedang bersanding. Ahli
keluarga pengantin lelaki dan perempuan
melakukan tawar, dan kemudian saudara-mara dan
pengunjung lain turut serta. Upacara ini dimulakan
dengan pihak pengantin perempuan menepung
tawar kepada pasangan pengantin.

CARA MENEPUNG TAWAR

Menepung tawar lazimnya dilakukan dalam corak
merenjis, bermula pada bahu kiri dan bergerak ke
bawah anggota badan ke peha kanan dan dari
peha kanan ke peha kiri, lepas itu, diakhiri dengan
dari peha kiri ke bahu kanan. Pengantin dilambung
bunga rampai selepas disimbah beras kunyit
bersama dengan air mawar.

PAGE 29

www. nationhood.com 30

MAKAN BERADAD

JAMUAN

Pengantin perempuan dan pengantin lelaki Keluarga pasangan pengantin dijamu
menganjurkan makan malam rasmi untuk dengan satu siri jamuan yang elegan,
rakan-rakan terdekat dan saudara-mara termasuk salad buah, ayam goreng, nasi
mereka dari kedua-dua belah keluarga. minyak, kentang goreng dan banyak lagi.
Objektif makan beradab ini adalah untuk Para tetamu di majlis perkahwinan akan
meraikan penyatuan pasangan pengantin pada dapat melihat khidmat bakti isteri kepada
hari tersebut. Hasilnya, pasangan pengantin suaminya apabila dia menghidangkan
dapat menjalinkan hubungan yang lebih mesra hidangan kepadanya.
dengan orang lain. Tambahan pula, ada
kemungkinan untuk menyaksikan pasangan
pengantin bermesra antara satu sama lain,
menunjukkan bahawa mereka merupakan
hubungan yang baik antara satu sama lain.

Selepas itu, pasangan pengantin duduk untuk
makan beradab di bawah khemah yang
berhias. Meja makan berbentuk "U" yang
disediakan sesuai untuk jamuan majlis
perkahwinan. Susunan meja berbentuk "U"
memaksa saudara perempuan pengantin
perempuan menghadap saudara pengantin
lelaki. Susunan meja itu berfungsi untuk
mengeratkan hubungan antara dua cabang
keluarga. Lapan ahli rombongan pengantin
lelaki dan empat ahli rombongan pengantin
perempuan merupakan adat semasa acara
jamuan pengantin.

Bukan itu sahaja, makanan yang disediakan
kepada keluarga pengantin adalah lebih
istimewa dan berbeza bila dibandingkan
dengan makanan yang hidangkan kepada para
tetamu.

www.nationhood.my

ROMBONGABNeLraEngLkAatKPI ulang

Sejurus sahaja pengantin dan keluarga mereka selesai berjamuan, rombongan lelaki
akan berangkat pulang. Perkara ini merupakan perkara yang dilakukan oleh setiap ahli
keluarga pengantin lelaki. Ahli keluarga pengantin lelaki kemudiannya akan bersalam-
salaman dengan saudara ahli pengantin perempuan. Mereka turut berjabat tangan
bersama tetamu dan hadirin majlis perkahwinan pengantin yang hadir. Selepas itu, ibu
dan ayah pengantin perempuan akan pergi bersama keluarga pengantin lelaki. Saudara-
3 1 mara dan keluarga pengantin lelaki akan menerima bunga telur dan bungkusan juadah
kenduri untuk dibawa pulang sebagai cenderahati.

www.nationhood.my

www.nationhood.my 32

RUMUSAN.

Upacara perkahwinan
masyarakat Melayu merupakan
amalan budaya yang menarik
dan tersendiri. Ini adalah kerana
terdapat tiga peringkat dalam
adat perkahwinan masyarakat
Melayu: pertunangan,
perkahwinan dan persandingan.

Setiap satu daripada tradisi ini
amat penting, kerana ia mewakili

nilai warisan generasi orang
Melayu. Terutamanya di kawasan

luar bandar, tetapi ia juga
diamalkan oleh penduduk di

pusat bandar



Adat perkahwinan amatlah
penting kepada masyarakat
Melayu kerana mereka merasakan
bahawa tradisi ini akan memberi

kesan yang besar kepada
kehidupan mereka apabila

mereka berkahwin.



Supaya amalan perkahwinan
Melayu masyarakat tidak hilang

ditelan sejarah, adalah penting
generasi akan datang

memerhatikannya juga.

Reference

Azizah, I. (2018, January 6). Jangan Keliru! Ini Jari Yang Betul Nak
Pakai Cincin Merisik Dan Tunang.
https://diva.my/2018/150109/jangan-keliru-ini-jari-yang-
betul-nak-pakai-cincin-merisik-dan-tunang/

Hikmah Mutiara Ilmu. (2013, November). Adat persidangan dalam
masyarakat Melayu dan Islam, kemusyikilan yang
tersurat dan tersirat.
http://ilmu-ilman-ulama.blogspot.com/2013/11/adat-
bersanding-dalam-masyarakat-melayu.html

Habib. (2022, May). Perkahwinan Melayu.
https://www.habibjewels.com/perkahwinan-melayu-
#:~:text=Mengikut%20adat%20melayu%2C%20kedua%20b
elah,pihak%2C%20kebiasaanya%20dalam%20bilangan%20
ganjil.

Nor, A. (2021, March 1). Pertunangan Adalah Proses Untuk Mengenali
Pasangan Dengan Lebih Mendalam Sebelum Bernikah.
https://www.pesonapengantin.my/pertunangan-adalah-
proses-untuk-mengenali-pasangan-dengan-lebih-
mendalam-sebelum-bernikah-2/

33

Reference

Pengajian Malaysia. (2015, February). Adat Resam Perkahwinan
kaum di Malaysia.
http://pengajianmalaysiadls1b.blogspot.com/2015/02/20-
perkahwinan-masyarakat-melayu.html

Salleh, N. (2017). Ritual dan simbol dalam adat perkahwinan
masyarakat Melayu Sekinchan, Selangor. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya Tesis Phd.
https://core.ac.uk/download/pdf/268879083.pdf

Students Repo, (n.d.) Analisis Struktur Majlis Pertunangan.
http://studentsrepo.um.edu.my/2057/7/BAB_4.pdf

Adat resam Perkahwinan Melayu di Malaysia. (2021, January 6).
Retrieved December 26, 2022, from
http://www.emceekahwin.com/2021/01/adat-resam-
perkahwinan-melayu-di.html

Barang Hantaran Tunang Dan Hantaran kahwin. Mypt3. (2022,
November 16).

Retrieved December 26, 2022, from
https://mypt3.com/barang-hantaran-tunang-kahwin

34


Click to View FlipBook Version