1. Apakah maksud produk yang berkualiti dalam aspek harga yang berbaloi. A. Produk menggunakan komponen yang murah. B. Menyediakan servis atau produk berguna dan tidak ekonomi. C. Memberi pilihan kepada pelanggan melalui pakej yang tidak sesuai. D. Memberi kualiti dan khidmat sesuai dengan harga yang ditawarkan. 2. Apakah ciri-ciri produk yang memenuhi kehendak pelanggan? A. Syarikat memenuhi kehendak majikan. B. Syarikat mengurangkan kualiti pasaran. C. Pengeluaran produk yang menjamin harga premium. D. Perlaksanaan langkah pengurangkan jualan daripada pendapatan. 3. Nyatakan perkara utama yang diambilkira semasa menentukan standard kualiti? A. Memberikan jaminan barang atau produk pada masa tertentu. B. Menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik. C. Produk tidak mencapai sasaran yang sepatutnya. D. Sistem perkhidmatan yang terlampau rumit. 4. ISO 9000 merupakan piawaian yang berfungsi sebagai alat dan panduan untuk organisasi memastikan bahawa produk yang ditawarkan A. Memenuhi kehendak majikan mendapat pulangan modal. B. Memenuhi keperluan pelanggan dan kualiti yang konsisten. C. Memenuhi kehendak majikan dan mendapat harga yang mahal. D. Memenuhi keperluan pelanggan dan mendapatkan pulangan modal. 5. Pilih jawapan yang betul bagi padanan jenis standard ISO dan kod. A. ISO 13000 - Environmental Management B. ISO 21000 - Food safety management C. ISO 31000 - Risk Management D. ISO 3168 - Country codes 6. Terdapat lima aspek kualiti dalam perniagaan. Aspek pengurusan kualiti merujuk kepada organisasi yang mengawal prestasi melalui
A. Analisis dan Audit Kualiti. B. Analisis dan perancangan C. Analisis dan penambahbaikan. D. Analisis dan proses pengeluaran. 7. Pilih pernyataan yang betul diantara kod ISO dan fungsi kod tersebut? A. ISO 9000:2005 - meliputi konsep asas dan Bahasa. B. ISO 9001:2008 - menetapkan keperluan sistem pengurusan kualiti. C. ISO 9004:2009 - menggariskan panduan kepada audit dalaman dan luar sistem pengurusan kualiti. D. ISO 19011:2011 - memberi tumpuan kepada bagaimana untuk membuat sistem pengurusan kualiti yang lebih cekap dan berkesan. 8. Apakah faedah yang diterima oleh masyarakat sekiranya produk yang diperolehi berkualiti? A. Menjalankan kehidupan dalam keadaan aman damai dan kualiti hidup yang lebih bagus. B. Mendapat bonus daripada majikan kerana produk atau servis yang mendapat keuntungan. C. Mendapat keuntungan melalui pengurangan kos terhadap kerosakan dan kesalahan dalam menghasilkan produk. D. Mendapat produk atau servis yang memenuhi kehendak dan spesifikasi yang bermutu, tahan lama dengan harga yang berbaloi. 10. Penanda aras sesuatu produk dan perkhidmatan perlu ditingkatkan dari semasa ke semasa digunakan dalam A. Standard Kualiti. B. Prosedur Kualiti. C. Jaminan Kualiti D. Audit Kualiti.
9. Manakah definisi Perniagaan dalam pengurusan kualiti yang paling tepat? A. Aktiviti membeli dan menjual barangan atau perkhidmatan. B. Aktiviti membeli barangan atau perkhidmatan dengan bermotifkan keuntungan. C. Aktiviti menjual barangan atau perkhidmatan dengan bermotifkan keuntungan. D. Aktiviti membeli dan menjual barangan atau perkhidmatan dengan bermotifkan keuntungan. 11. Definisi Dasar Kualiti yang paling tepat adalah A. Pengisytiharan pihak pihak luar terhadap komitmennya kepada Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). B. Pengisytiharan pihak pengurusan atasan terhadap komitmennya kepada Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). C. Pengisytiharan pihak pekerja bawahan terhadap komitmennya kepada Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). D. Pengisytiharan pihak yang bertanggungjawab terhadap komitmennya kepada Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM). 12. Apakah kriteria prosedur diperingkat jabatan di dalam pengurusan kualiti? A. Penubuhan ahli jawatankuasa untuk sesuatu projek kecil. B. Perhubungan dengan pihak ketiga di dalam sesebuah projek C. Perhubungan dengan pihak pembeli di dalam sesebuah projek D. Penubuhan dan penggubalan carta organisasi di dalam sesebuah projek atau syarikat. 13. Kualiti Audit adalah satu fasa untuk menentukan tahap keberkesanan sesuatu objektif Standard Kualiti. Pernyataan berikut merujuk kepada: A. Penjadualan Audit Kualiti B. Objektif Audit Kualiti C. Pengurusan Kualiti D. Definisi Kualiti
14. Berdasarkan ISO 9001, Objektif Kualiti ialah i. Mudah diukur ii. Seiring dengan spesifikasi produk iii. Memenuhi kehendak majikan dan pekerja. iv. Pencapaian yang diperolehi oleh organisasi A. i dan ii B. i dan iii C. ii dan iii D. iii dan iv 15. Pilih pernyataan yang betul mengenai ciri-ciri perlaksanaan Polisi Kualiti. A. Memberi bonus kepada pekerja mahir. B. Mengurangkan kos pengeluaran produk. C. Menubuhkan Jabatan di setiap organisasi. D. Memastikan output memenuhi kehendak pelanggan. 16. Kriteria yang perlu dipertimbangkan bagi membangunkan Dasar Kualiti adalah A. Menawarkan harga berpatutan serta mempunyai nilai tambah yang lebih istimewa berbanding syarikat lain. B. Mengenalpasti misi, visi, nilai-nilai teras organisasi dan kepercayaan. C. Tidak perlu proses penambahbaikan untuk sesuatu produk yang dikeluarkan. D. Sesuai dengan standard tempatan sahaja. 17. Apakah kepentingan dokumentasi terhadap kualiti? A. Supaya dapat meningkatkan bonus pekerja. B. Memberi pengikhtirafan kepada pelanggan tetap. C. Memperbaharui sistem pengurusan kualiti dalam organisasi. D. Sebagai garis panduan Laporan Kualiti terhadap organisasi.
18. Juruaudit dalaman dan luar mengkaji Objektif Kualiti untuk memastikan A. Penambahbaikan mengikut langkah yang telah ditetapkan organisasi. B. Pengurusan organisasi mengikut acuan majikan. C. Kemudahan kepada pelanggan dan pekerja. D. Keselarasan dasar kualiti dan objektif kualiti. 19. Mengapakah laporan prestasi pengurusan korporat penting di dalam sesebuah organisasi? A. Memaklumkan produk yang dihasilkan. B. Prosedur pengeluaran produk didalam sesebuah organisasi. C. Menilai tahap kecemerlangan sesebuah organisasi dan individu di dalam organisasi tersebut. D. Menghasilkan produk yang lebih kepada kuantiti yang diminta oleh pihak pembekal. 20. Antara berikut yang manakah terdapat dalam Dokumentasi Kualiti? A. Borang kepuasan hati pelanggan. B. Format senarai rujukan. C. Tujuan Objektif Kualiti. D. Senarai bahan.
BAHAGIAN B Bahagian ini mengandungi soalan satu (1) hingga tiga (3). Jawab dua (2) soalan sahaja SOALAN 1 a) Senaraikan tiga (3) aspek yang terdapat dalam kualiti perniagaan. (3 markah) b) Terangkan dua (2) definisi kualiti secara khusus. (4 markah) c) Apakah dua (2) ciri-ciri yang terdapat dalam prosedur kerja diperingkat jabatan. (4 markah) d) Nyatakan dua (2) sumber maklumat yang diperlukan untuk memantau objektif kualiti. (4 Markah) SOALAN 2 a) Senaraikan tiga (3) prinsip Pengurusan Kualiti dalam ISO 9000. (3 markah) b) Jelaskan definisi Total Quality Management (TQM). (4 markah) c) Apakah dua (2) strategi yang digunakan oleh organisasi dalam pengurusan kualiti. (4 markah) d) Nyatakan dua (2) kebaikan Laporan Pencapaian. (4 Markah)
SOALAN 3 a) Senaraikan tiga (3) jenis standard ISO beserta kod. (3 Markah) b) Terangkan faedah menghasilkan produk yang berkualiti kepada pelanggan dan organisasi. (4 Markah) c) Jelaskan dua (2) perkara yang perlu dipertimbangkan dalam pembangunan dasar atau polisi kualiti. (4 markah) d) Huraikan dua (2) fungsi bagi Audit Kualiti yang dijalankan dalam Pengurusan Kualiti. (4 Markah) KERTAS SOALAN TAMAT