Code and Courses :
MPU 21032 – PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
LECTURE NAME: PUAN FARHA BINTI MUHAMMAD
BY :
ARRIEKA SHAHIZA BINTI SAMSURIZAN
33DEI19F1101
SITI NABILAH BINTI NORDIN
33DEI19F1107
QISTINA BATRISYIA BINTI RAHIM
33DEI19F1115
LOWENSKEE ANAK CHASING KASAN
33DEI19F1118
CLASS : DEI5D
Isu Kandungan
1. PENGENALAN
2. TEMA
3. OBJEKTIF
4. WATAK DAN PERWATAKAN
5. PLOT/ SINOPSIS
6. IMPAK
7. NILAI MURNI
8. ULASAN
9. CADANGAN
10. KESIMPULAN
Pengenalan
Filem ini merupakan kisah Pasukan Khas Laut (Jawi: )ڤاسوكن خاص لاوتatau nama
singkatannya PASKAL merupakan pasukan elit dari Tentera Laut Diraja Malaysia. Unit ini
juga yang diperkatakan sebagai antara 3 pasukan elit terbaik di Malaysia (Grup Gerak
Khas, Pasukan Khas Laut , Pasukan Khas Udara) kerana terkenal dengan sistem
persenjataan, taktikal dan kelengkapan yang jauh lebih moden di bawah Angkatan
Tentera Malaysia ini memulakan operasinya pada 1 Oktober 1980 dikawasan perairan
Malaysia dan menjalankan 3 cabang operasi meliputi darat, laut dan udara.
Perkembangan industri perfileman Negara semakin mencanak tinggi sehingga
kadangkala kredibiliti pengarahan sesebuah filem menjadi dalang pertikaian dek
lambakan filem yang terlalu deras. Ideologi pengarah dalam penerbitan filem pelbagai
genre menjadikan filem Negara ini kelihatan gah pada mulanya, tapi akhirnya
mempunyai idea berbentuk pemikiran yang sama. Cara pengolahan sesebuah filem
menampakkan kreativiti pengarah yang mampu mengisi ruang pada hasilnya sendiri. Ini
terbukti apabila filem bergenre aksi yang diselitkan dengan unsur-unsur patriotisme
menjadi pilihan buat pengarah juga penerbit filem yang mampu mengkaji latar belakang
dan membuat analisis tentang tema yang ingin dipertengahkan.
Sebagaimana yang kita ketahui bukan mudah untuk melakar sebuah cerita atau aspek
naratif dalam sebuah filem terutama filem pecah panggung seperti filem yang dikaji
iaitu Paskal dan filem Polis Evo 2. Terlalu sukar untuk kita memupuk semangat
patriotisme dalam diri masyarakat melalui media file mini, dalam hal ini pengarah
memainkan peranan yang penting dalam mencorak jalan cerita atau naratif dalam
sebuah filem yang mampu membuai perasaan penonton. Pada era ini, masyarakat kita
sudah mampu memilih, memuji, dan mengagung karya kreatif seorang pengarah yang
sentiasa melahirkan pelbagai fahaman dan pemikiran dalam hasil seni mereka iaitu
sebuah filem box-office.
Tema
Filem ini mengisahkan tentang Leftenan Komander Arman Anwar, seorang anggota
Pasukan Khas Laut (PASKAL) iaitu pasukan elit Tentera Laut Diraja Malaysia. Namun
ibunya tidak merestui pekerjaannya kerana ayahnya juga seorang ahli PASKAL yang
telah terkorban semasa menjalankan tugas. Apabila rakan sepasukannya terkorban dan
seorang lagi diberhentikan, Arman membuat keputusan untuk berhenti. Namun, dia
terhimpit dengan misi terakhir yang perlu diselesaikan.
Objektif
• Untuk dijadikan iktibar semangat juang wira negara kepada masyarakat
terutama anak muda zaman sekarang.
• Untuk mengenang jasa wira-wira negara yang gugur semasa mempertahankan
negara
Watak/Perwatakan
1) Hairul Azreen sebagai Arman
Hairul Azreen memegang watak sebagai Arman yang merupakan seorang anak
tunggal bekas anggota Paskal dan ayahnya telah terkorban ketika mengikuti pasukan
Paskal dalam misi keamanan. Hal ini demikian menjadi satu punca dan dorongan yang
membuat Arman untuk mengikuti dan berminat dalam menjadi salah seorang anggota
Paskal kerana dia ingin mengetahui punca kematian ayahnya. Perwatakan Arman ini
adalah seorang yang setia kawan, namun sebagaimana yang kita teliti bukan mudah
untuk membawa watak sebagai ketenteraan seperti yang dibawa oleh watak Hairul
Azreen ini, beliau sendiri mengakuinya bukan mudah dan telah menyatakan bahawa
beliau telah mengambil kelas lakonan sebelum melangkah ke set pengambaran. Namun
beliau gagahi juga untuk mengambil watak tersebut untuk menjayakan seorang watak
wira Negara. Hal ini kita dapat melihat betapa gigih dan beliau telah berjaya menghayati
watak yang diberikan sehingga dapat mendambat hati penonton file mini.
2) Ammar sebagai Jeb
Watak Ammar dalam file mini pula menjadi watak antagonis yang menceburui Arman
sebagai sepasukan dengannya dalam Paskal sehingga dia telah melakukan keputusan
yang melulu dalam menjalankan tugas di Angolia sehingga mengorbankan rakan
seperjuangan mereka iaitu Joshua. Perwatakan Ammar sebagai Jeb adalah seorang yang
panas baran dan juga seorang yang mahupun ganjaran dengan apa yang dilakukannya
tanpa ikhlas sehinggakan dia dibutakan dengan kekayaan yang diberikan oleh Rusdy
sebagai ketua lanun dan dia juga merupakan musuh utama kepada watak Arman.
3) Jasmine Chin sebagai Lily
Jasmine Chin yang memegang watak sebagai Lily dan isteri kepada Joshua dan
mempunyai seorang anak lelaki. Lily juga seorang wanita yang bekerja di sebuah
pelantar minyak dan dia juga rapat dengan Armand an juga ibu Arman setelah
pemergian suaminya Joshua dalam misi keamanan di Angolia. Perwatakan Lily adalah
seorang wanita yang lemah lembut dan baik hati. Watak Lily menonjolkan apabila
adegannya menjadi mangsa dan tebusan untuk memerangkap dan melemahkan Arman
yang dirancang oleh Jeb iaitu Ammar.
Latar Tempat
Terdapat beberapa lokasi tempat yang menjadi lokasi pengambaran untuk filem Paskal
ini, lokasi yang dipilih ini juga menjadi satu daya tarikan untuk para penonton menjadi
kagum akan hasil filem ini. Melalui kajian pengkaji dengan memerhati melalui
penontonan tersebut mendapati filem Paskal ini membuat pengambaran di beberapa
buah negeri di Malaysia seperti negeri di bawah bayu Sabah dan juga Negara luar.
Plot/ sinopsis filem Paskal
Sinopsis Filem PASKAL The Movie Leftenan Komander Arman Anuar TLDM adalah
seorang pegawai PASKAL yang mempunyai sejarah perkhidmatan yang cemerlang .
Beliau telah mengetuai pasukan menyelamat ketika kapal MV Bunga Laurel dirampas
lanun Somalia di Teluk Aden . Beliau juga seorang wira negara dalam misi pengaman
PBB di Angola . Tetapi bagaimana seseorang itu menjadi seorang wira ? Apakah
pengorbanan yang perlu dilakukan dan apa bagaimana pula pandangan ahli keluarga
dan masyarakat terhadap mereka yang dipanggil wira ini?
Arman terpaksa memilih antara berkhidmat untuk negara dan menjaga ibunya Khadijah
yang sakit . Setelah Arman kehilangan bapa tercinta kerana terkorban semasa berjuang
untuk negara, Khadijah mula gusar dan tidak bersetuju dengan keputusan Arman yang
ingin mengikut jejak langkah arwah suaminya untuk menjadi seorang tentera . Beliau
sentiasa bimbang akan keselamatan anaknya dan kemungkinan dia akan kehilangan
Arman dan dia perlu mengebumikan anaknya sebelum dirinya. Di kubur tentera yang
sama dia pernah mengebumikan suaminya.
Bagi Arman pula , beliau rasa bersalah terpaksa meninggalkan ibu kerana tugas dan juga
apabila melihat Lily , balu sahabatnya yang kehilangan suami dan kini meneruskan
kehidupan demi anaknya yang masih kecil . Konflik yang dihadapinya membuat beliau
mengambil keputusan untuk memohon ditukarkan ke tugasan di pangkalan dan tidak
lagi aktif di lapangan .
Namun,seolah-olah Arman cuba untuk lari dari masa lampaunya kembali menghantui
Arman apabila berjumpa dengan Jeb , bekas anggota PASKAL yang telah diberhentikan
dalam tugas terakhirnya sebagai pengendali lapangan . Pertemuan mereka berakhir
dengan amaran Jeb , yang kini seorang pembunuh upahan ,iaitu acaman terhadap
terhadap Lily dan anaknya jika Arman memilih untuk tetap menjadi anggota TLDM
supaya Arman tidak menghalangnya . Arman semestinya tidak boleh berdiam diri
kerana beliau dapat rasakan Jeb sedang merancang sesuatu yang mengancam
keselamatan negara .
Siasatan Arman menunjukkan Jeb ingin merampas sebuah pelantar minyak ,walaupun
siasatan Arman terbukti agak lambat, di mana Lily sedang bekerja . Beliau terus
mengumpul rakan-rakan PASKAL yang lain untuk misi yang mungkin menjadi yang
terakhir buat Arman .
Impak
PASKAL The Movie berjaya membuka mata anak muda untuk menceburi bidang
pertahanan negara.
Filem ini sendiri memberi kesedaran kepada segenap lapisan masyarakat untuk
menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang negara. PASKAL The Movie berkisarkan
mengenai kisah kejayaan anggota elit Pasukan Khas Laut (PASKAL), Tentera Laut Diraja
Malaysia dalam Misi Pengaman PBB di Angola pada 1998 dan misi merampas kapal
dagang daripada lanun Somalia di Teluk Aden pada 2011.
Diinspirasikan dari kisah benar, filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Ammar Alfian,
Hafizul Kamal, Taufiq Hanafi, Gambit Saifullah, Theeban G, Henley Hii, Jasmine Suraya
Chin dan ramai lagi. Filem ini dijadikan sebagai asas dalam menarik lebih ramai minat
belia untuk menyertai dalam bidang pertahanan negara.
Katanya, filem itu sememangnya memberi penghargaan kepada tentera laut dan
meningkatkan nilai patriotisme dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Selain itu, watak utama filem tersebut,Hairul Azreen pula berharap seluruh anak muda
di Malaysia menjadikan filem ini sebagai pemangkin semangat untuk menyertai bidang
kententeraan dan pertahanan negara.
Sinematografi di dalam filem ini juga bakal membuatkan mata anda terpukau
menyaksikan keindahan pemandangan sekitar Semporna, Labuan, Kota Kinabalu dan
Turki. Setiap adegan filem ini juga diperkuatkan dengan susunan muzik skor yang kemas
bagi memberi sentuhan rasa kepada penonton untuk lebih menghayati keindahan dan
kehebatan filem ini. Elemen drama, persahabatan dan kekeluargaan yang diwujudkan di
dalam filem ini juga pasti meninggalkan kesan yang mendalam kepada anda seusai
selesai menonton filem ini di panggung wayang nanti. Menarik untuk diliihat bagaimana
babak melibatkan Arman dan ibunya yang pasti membuat anda berasa resah dan mati
akal jika berada di kedudukannya. Juga menarik untuk dilihat bagaimana hubungan
persahabatan dan kasih sayang yang dibina oleh anggota Paskal ini dimana nilai
setiakawan mereka begitu hebat dan menjadikan nilai-nilai ini wajar dilihat dan diambil
sebagai faktor tambah di dalam diri anda selepas ini.
Nilai Murni
✓ Menghargai pengorbanan wira negara
- Filem ini sendiri memberi kesedaran kepada segenap lapisan masyarakat untuk
menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang negara.
✓ Semangat Patriotik
- Watak didalam cerita ini adalah perwira-wira yang sanggup berkorban nyawa
demi keamanan dan kesejahteraan negara.
✓ Berpegang teguh kepada prinsip diri
- Arman tetap berpegang teguh pada prinsip dirinya iaitu ingin menjadi seorang
tentera seperti ayahnya walaupun ibunya melarang Arman kerana sentiasa
bimbang akan keselamatan anaknya dan kemungkinan dia akan kehilangan
Arman seperti suaminya.
Ulasan
Paskal mungkin merupakan sebuah filem yang lain daripada yang lain. Ianya pertama
kali dalam sejarah, kita diperlihatkan dengan aset ketenteraan yang sebenar dalam
sebuah filem yang padat dengan aksi. Memang aku boleh katakan, aset ketenteraan kita
hebat. Tidak dinafikan.Sebelum bercerita lanjut mengenai Paskal, Filem ini mempunyai
plot penceritaan Paskal dibina dengan mencantumkan dia tragedi kisah benar. Dua kisah
benar ini diselitkan dengan setting yang fiksyen dan kemudiannya diselitkan supaya fit
dengan watak dan juga twist.Menonton Paskal ibarat menonton tiga episod siri tv mega
yang berbayar. Episod pertama, lanun Somalia, episod kedua, konflik Hairul Azreen, dan
episod tiga lanun Filipina.Paskal memang filem yang cukup memuaskan. Namun, Paskal
bukanlah sebuah filem yang cukup sempurna untuk menjadikan ianya sebuah filem aksi
ketenteraan yang mengagumkan. Tapi, untuk taraf dan kualiti masa sekarang, Paskal
boleh dikira gah.
Selepas ini kemungkinan besar filem Paskal akan turut mengisi slot di saluran televisyen
tempatan pada tahun-tahun akan datang tambah-tambah sewaktu tibanya Hari
Merdeka atau Hari Malaysia selepas sering sering kali kita disogokkan dengan filem-
filem bergenre patriotik yang lain seperti Sarjan Hassan, Bukit Kepong dan Leftenan
Adnan saban tahun. Filem-filem yang disebutkan tadi sering kali diulang tayang apabila
tibanya hari-hari bersejarah negara dan ramai dari kalangan anda sendiri juga sering
bersungut inginkan filem-filem tempatan bersifat patriotik dihasilkan oleh syarikat
produksi tempatan. Pengarah filem ini, Adrian Teh yang sebelum ini pernah
menerbitkan filem Ice Kacang Puppy Love pada tahun 2010 yang merupakan sebuah
filem bahasa Mandarin tempatan pertama yang berjaya menembusi pasaran luar negara
seperti China sekali lagi berjaya membuktikan magisnya di dalam menghasilkan filem
Paskal The Movie dan sekaligus menghilangkan kehausan para peminat filem tempatan
yang mendambakan filem aksi berjiwa patriotik seperti Paskal ini.
Beberapa perkara yang dapat kami pelajari dan fahami adalah teamwork didalam
pasukan PASKAL. Tiada siapa yang bertindak sendirian dalam menjayakan sesuatu . Ada
ketua,ada pembantu, ada yang bawa peralatan dan senjata berat dan yang handal
menembak.Ini merupakan sebuah kejayaan pasukan bukannya bersendirian dengan ego
kita sendiri. Selain itu, filem PASKAL juga harus mendapatkan pujian untuk semua
barisan pelakon yang Berjaya menjiwai watak sebagai anggota pasukan PASKAL
sekaligus memperlihatkan pergorbanan sebenar PASKAL yang tidak diketahui
ramai.Tidak hairanlah kesemua barisan pelakon bertungkus lumus untuk menjayakan
filem ini.
Cadangan
Filem ini pasti akan membuatkan anda puas menyaksikan watak protagonis, antagonis
dan tritagonis yang berjaya memberikan sepenuh penghayatan, emosi, gerak tubuh dan
reaksi wajah yang cukup hebat. Watak protagonis Arman berjaya dipersembahkan
dengan cukup baik sekali oleh Hairul Azreen yang pasti bakal membuatkan anda
terpesona dan percaya bahawa apa yang anda tonton di layar itu ialah Arman dan
bukannya Hairul. Susuk tubuhnya yang sasa dan sangat cantik begitu menghidupkan sisi
maskulin watak Arman tersebut. Tidak dilupakan juga dengan watak Jeb iaitu watak
antagonis yang bijak dibawa oleh pelakon Ammar Alfian dengan gayanya tersendiri yang
jelas sekali kelihatan seolah-olah itu adalah keperibadiannya yang asli. Anda pasti akan
menyumpah melihat sisi angkuh watak ini. Hairul dan Ammar berjaya memberikan
kombinasi dan persefahaman yang menarik kepada watak-watak mereka sekaligus
memberikan kekuatan kepada naratif filem ini untuk bertahan dengan aura positif
selama 115 minit tanpa gagal.
Jika sebelum ini anda merupakan salah seorang penonton yang suka memperlekehkan
filem-filem tempatan yang kebanyakkan lebih gemar bermain atau menyuap penonton
tempatan dengan 'elemen komersial wajib' seperti seram, hantu, cinta, lawak bodoh
dan sebagainya. Namun,filem ini pasti akan membunuh persepsi anda dan menjadi
kewajiban anda untuk ditonton kerana filem Paskal dipenuhi dengan pelbagai babak
aksi yang berkualiti antarabangsa dan pasti membuatkan dua biji mata anda terpegun
tidak berkelip-kelip dan secara tidak langsung menyebabkan mulut anda terlopong
menganga seolah-olah tidak percaya ini adalah hasil kerja anak tempatan Malaysia.
Diperkuatkan lagi dengan elemen kekeluargaan dan sedikit unsur humor yang berjaya
memberi pengertian yang jelas buat anda dalam memahami lagi maksud sebenar ayat
'Antara Negara Dan Keluarga' yang menghiasi treler dan poster filem Paskal ini. Jangan
risau kerana filem ini tidak mempunyai adegan atau babak-babak cinta anak orang kaya
yang lepas tamat belajar perlu menggantikan jawatan bapa mereka sebagai CEO syarikat
yang untung berbilion Ringgit Malaysia dalam setahun. Filem ini jauh lebih bernilai dan
mempunyai harga diri yang tersangat tinggi daripada itu.
Menariknya filem Paskal ini kerana ia berjaya mengangkat kisah benar yang
membuatkan anda bakal teruja bermula pada pengenalan awal filem ini lagi iaitu kisah
Ops Fajar berkenaan pasukan Paskal yang terlibat di dalam merampas semula kapal
dagang MT Bunga Laurel daripada serangan lanun Somalia yang berlaku di Teluk Aden
pada tahun 2011. Selain itu juga paparan terhadap misi hebat anggota Paskal yang
terlibat di dalam Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Angola
pada tahun 1998 pasti bakal membuatkan jiwa anda tersentuh dan silap-silap boleh
membuatkan air mata anda bercucuran gugur melihatkan babak-babak yang
menyedihkan itu. Jika anda tidak percaya atau masih ragu-ragu, sila tonton dan hayati
kisah-kisah yang wujud di dalam filem Paskal ini. Nescaya anda mampu mengubah
tanggapan anda terhadap filem tempatan selepas ini.
Kesimpulan
Berdasarkan filem PASKAL, ia memberi kesedaran kepada segenap lapisan masyarakat
untuk menghargai jasa dan pengorbanan para pejuang negara. Selain itu, filem PASKAL
juga menjadi pemangkin semangat kepada anak muda untuk menyertai bidang
ketenteraan dan pertahanan negara. Selain itu, kita juga perlu sadar apa sahaja
pekerjaan kita hari ini adalah untuk negara dan keluarga, kita mungkin berada di luar
rumah,jauh dari keluarga ,jarang bersua muka ataupun setiap hari menjaga keluarga.
Tugas setiap pekerjaan adalah berlainan tetapi tujuan kita semua adalah
sama.Seterusnya, dalam kita menikmati waktu dan momen Bersama orang tersayang,
kita perlu mengetahui ada wira anak bangsa yang sedang berjuang demi kesejahteraan
negara tercinta.Kita harus berbangga kerana memiliki angkatan yang sangat tinggi mutu
disiplin, berwibawa dan diiktiraf sama ada diperingkat negara mahupun pada peringkat
antarabangsa.