KELAS PdPR SAINS TAHUN 3
Disediakan oleh Cg. Rosuliana
Kelas makanan
Makanan adalah keperluan yang menjamin pertumbuhan dan
kesinambungan hidup kita. Makanan boleh dikelaskan kepada tujuh
kumpulan yang mempunyai kepentingan kepada tubuh badan agar kita
sentiasa kekal sihat.
7 Kelas Makanan tersebut ialah:
1. Karbohidrat
2. Protein
3. Lemak
4. Vitamin
5. Mineral
6. Pelawas / Serat
7. Air
FUNGSI KELAS –KELAS MAKANAN :
Rajah 1
1. Protein seperti daging, ayam, ikan, udang dan susu
membantu dalam tumbesaran badan.
2. Karbohidrat seperti nasi, kentang, bijirin dan roti
memberi tenaga kepada badan kita.
3. Vitamin seperti buah-buahan dan sayur-sayuran
menjaga kesihatan badan kita.
4. Mineral seperti sayur-sayuran, makanan laut, garam dan keju
menjaga kesihatan badan kita.
5. Lemak seperti mentega dan minyak memanaskan badan kita.
6. Air seperti mineral dan jus mengawal suhu badan kita.
7. Pelawas seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mencegah sembelit.
Makanan seimbang ialah makanan yang mengandungi semua
kelas makanan dalam jumlah yang mencukupi dalam kadar
yang betul.
Makan makanan tidak seimbang boleh menyebabkan masalah kesihatan. Oleh itu,
kita perlu merancang makanan yang kita makan supaya seimbang mengikut
saranan Piramid Makanan Malaysia.
Aras 1: Makan secukupnya seperti nasi, mi, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian.
Aras 2: Makan banyak seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
Aras 3: Makan sederhana seperti ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan
produk tenusu.
Aras 4: Makan sedikit seperti lemak, minyak, garam dan gula.
Kesan pengambilan makanan yang tidak
seimbang
Menghidapi pelbagai penyakit.
lemak/minyak terlalu banyak dalam makanan
menyebabkan obesiti.
Gula atau makanan manis yang terlalu banyak boleh
menyebabkan pereputan gigi.
Kekurangan pelawas boleh menyebabkan sembelit.
Latihan
Sekian …terima kasih