The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Kajian Kes Sejarah bab 3 iaitu Konflik Dunia dan Pendudukan jepun di Negara Kita Tingkatan 4

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by intan aleeya, 2021-07-29 02:23:55

Kajian Kes Sejarah Tingkatan 4 Bab 3

Kajian Kes Sejarah bab 3 iaitu Konflik Dunia dan Pendudukan jepun di Negara Kita Tingkatan 4

Keywords: Kajian kes sejarah tingkatan 4

KAJIAN KES

BAB 3: KONFLIK
DUNIA DAN

PENDUDUKAN
JEPUN DI

NEGARA KITA

NAMA: INTAN FARAH ALEEYA BINTI EZMI AZRILL
KELAS: 4 PROTON
NAMA GURU: PN. FARRAH WAHEDA BINTI HASSAN

ISI KANDUNGAN

PENGENALAN

Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik yang meletus pada
tahun 1941 sehingga tahun 1945 juga dikenali sebagai
Perang Pasifik. Pertempuran ini berlaku di Lautan Pasifik,
Tanah Besar Asia dan Kepulauan Asia Tenggara. Perang
Pasifik ini berpunca daripada kemunculan Jepun sebagai
kuasa tentera di Asia yang menjalankan imperialisme di
rantau Asia Pasifik.

Pernyataan Masalah Sumber: Wikipedia

Kemunculan Jepun sebagai
kuasa ketenteraan di Asia yang
menjalankan dasar imperialisme
membawa kepada berlakunya
Perang Dunia Kedua.

(a) Nyatakan dasar peluasan kuasa Jepun

(b) Huraikan secara kronolgi bermulanya
Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik

(c) Jelaskan faktor kedatangan Jepun di
negara kita

(d) Nyatakan dasar pendudukan Jepun di
negara kita

(e)Huraikan perjuangan rakyat menentang
Jepun

Objektif Kajian

Objektif bagi Kajian Kes Sejarah tentang Konflik Dunia
dan Pendudukan Jepun di Negara Kita ialah:

a) Mengetahui dasar peluasan kuasa Jepun
b) Memahami kronologi bermulanya Perang Dunia
Kedua di Asia Pasifik.
c) Memahami faktor kedatangan Jepun di negara kita
d) Mengetahui dasar pendudukan Jepun di negara kita
e) Mengkaji tentang perjuangan rakyat menentang Jepun

Kaedah Kajian

1.Kaedah Rujukan
Saya telah membuat beberapa rujukan melalui pencarian
di internet dan bahan bacaan seperti buku teks Sejarah
Tingkatan 4 dan laman sesawang bagi mendapatkan
fakta yang sahih dan tepat.

2.Kaedah Internet
Saya telah merujuk laman web Wikipedia.com telah
untuk menambah bahan kajian seperti fakta dan
gambar- gambar untuk dijadikan rujukan tambahan
dalam tugasan sejarah ini.

3.Kaedah tunjuk ajar Guru
Bimbingan dan tunjuk ajar dari Guru Sejarah saya, Pn.
Farrah Waheda Binti Hassan telah banyak membantu
saya dalam menyiapkan kajian kes Sejarah ini.

(a) Nyatakan dasar peluasan kuasa Jepun

Dasar peluasan kuasa Jepun berkait dengan keperluan
perindustrian, pengaruh golongan tentera dan
mewujudkan orde baharu Asia. Dasar peluasan kuasa
Jepun tersebut ialah keperluan perindustrian. Pada akhir
abad ke-19, Jepun sebagai sebuah kuasa industri
berusaha mengurangkan pergantungan kepada negara
Barat untuk mendapatkan bahan mentah. Jepun
memerlukan wilayah yang dapat membekalkan bahan
mentah dan menjadi kawasan pasaran bagi
mengembangkan lagi perindustrian. Seterusnya,
pengaruh golongan tentera. Pada abad ke-20, Jepun
mempunyai angkatan tentera paling moden di Asia.
Jepun semakin agresif apabila golongan tentera
menguasai politik pada tahun 1932. Golongan tentera
berpendapat bahawa masalah ekonomi Jepun boleh
diselesaikan menerusi penaklukan kawasan yang kaya
dengan bahan mentah dan boleh menjadi kawsan
pasaran. Pada Oktober 1941, Jeneral Hideki Tojo menjadi
Perdana Menteri Jepun dan mengheret Jepun ke kancah
peperangan. Akhir sekali, orde baharu Asia. Orde baharu
bermaksud rancangan Jepun untuk menyingkirkan kuasa
imperialisme Barat di Asia dan menganjurkan
perkongsian kuasa serta kekayaan yang lebih adil dalam
kalangan negara di Asia. Di bawah pengaruh tentera,
dasar luar Jepun terarah kepada matlamat mengembara
kuasa, mewujudkan kebebsan ekonomi dan menentang
imperialisme Barat.

Jepun mewujudkan orde baharu dia Asia Timur yang
merangkumi Jepun, Korea, China dan Manchuria ke
dalam satu blok ekonomi. Orde tersebut kemudiannya
dikembangkan ke seluruh Asia.

Jeneral Hideki Tojo

Sumber: Wikipedia

(b) Huraikan secara kronologi bermulanya

Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik.

Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik bermula apabila
Jepun menyerang Tanah Melayu dan Pearl Harbour,
Hawaii, iaitu pangkalan tentera laut Amerika Syarikat di
Pasifik. Pada 8 Disember 1941, Jepun mendarat di Pantai
Kuala Pak Amat yang terletak di antara Pantai Sabak-
Pantai Badang, Kota Bharu, Kelantan. Jepun juga
menyerang Pearl Harbour pada hari yang sama.10
Disember 1941, Jepun mendarat di Pulau Guam. Jepun
menguasai Miri pada 16 Disember 1941. Pendaratan
Jepun yang pertama di Filipina berlaku pada 22 Disember
1941. Pulau Wake jatuh selepas serangan kedua Jepun
pada 23 Disember 1941. Seterusnya, Hong Kong
menyerah kalah pada 25 Disember 1941. Pada 2 Januari
1942, Jepun menakluk Burma. 19 Januari 1942, Jepun
menguasai Sandakan. Pada 15 Februari 1942, Singapura
dikalahkan. Jepun mengebom Darwin pada 19 Februari
1942, pertempuran di Laut Jawa, Jepun mengalahkan
tentera bersekutu dan pada 28 Februari 1942, Jepun
menyerang Jawa.

Kronologi bermulanya Perang Dunia Kedua di
Asia Pasifik.

8 DIS. 1941 Pendaratan Jepun di Kelantan. Jepun mendarat
di Kuala Pak Amat yang terletak di antara Pantai
8 DIS. 1941 Sabak-Pantai Badang, Kota Bharu, Kelantan pada 2.15 pagi
10 DIS. 1941 Jepun menyerang Pearl Harbour, Hawaii pada 3:25 pagi
16 DIS. 1941
22 DIS. 1941 Jepun mendarat di Pulau Guam
23 DIS. 1941
25 DIS. 1941 Jepun menguasai Miri
2 JAN. 1942
2 JAN. 1942 Pendaratan pertama Jepun di Filipina

Pulau Wake jatuh selepas serangan kedua Jepun

Hong Kong menyerah kalah

Manila dikalahkan

Jepun menakluk Burma

19 JAN. 1942 Jepun menguasai Sandakan
15 FEB. 1942
19 FEB. 1942 Singapura dikalahkan
27 FEB. 1942
28 FEB. 1942 Jepun mengebom Darwin

Pertempuran di Laut Jawa, Jepun mengalahkan
tentera bersekutu
Jepun menyerang Jawa

(c) Jelaskan faktor kedatangan Jepun di

negara kita

Kedatangan Jepun ke negara kita bertujuan bagi
memenuhi keperluan ekonomi dan kepentingan
strategik ketenteraan akibat sekatan ekonomi yang
dikenakan oleh pihak Bersekutu terhadap Jepun. Faktor
kedatangan Jepun di negara kita ialah eksploitasi sumber
bahan mentah. Jepun ingin mengeksploitasi kekayaan
bahan mentah di negara kita untuk keperluan
perindustrian ekoran Pembaharuan Meiji dan operasi
ketenteraan Jepun. Tanah Melayu merupakan pengeluar
utama bijih timah dan getah di dunia, selain
menghasilkan emas, bijih besi, arang batu dan bauksit.
Pendudukan Jepun terhadap negara kita merupakan
sebahagian daripada rancangan menjayakan
pembentukan kawasan Lingkungan Sekemakmuran Asia
Timur Raya untuk mengukuhkan ekonomi Jepun.
Seterusnya, kepentingan strategik ketenteraan.
Kedudukan yang strategik negara kita sesuai untuk
ketenteraan Jepun. Di hujung Semenanjung Tanah
Melayu terletak pangkalan tentera laut British, iaitu
Singapura. Penguasaan terhadap pangkalan tentera laut
tersebut penting untuk membuka laluan penguasaan
Jepun terhadao telaga minyak di Sumatera. Penguasaan
terhadap Pulau Borneo pula penting untuk menjayakan
operasi penaklukan tentera Jepun di Pulau Jawa.

Jepun menngunakan Sumber:
propaganda seperti sejarahmgcm.files.w
ordpress.com
penggunaan slogan "
Semangat Asia" dan

"Asia untuk Orang
Asia"

(d) Nyatakan dasar pendudukan Jepun di

negara kita.

Dasar pendudukan Jepun di negara kita dapat difahami
melalui dasar pentadbiran, ekonomi dan sosial. Terdapat
tiga dasar di dalam Dasar Pentadbiran iaitu pertama,
Pentadbiran Tentera Jepun. Tentera Jepun
memperkenalkan Pemerintahan Tentera Tanah Melayu.
Pada April 1944, Tanah Melayu dan Sumatera ditadbir
secara berasingan. Sumatera diletakkan di bawah
pentadbiran tentera Jepun ke-25 yang berpusat di Bukti
Tinggi, Sumatera. Tanah Melayu pula ditadbir oleh
pasukan tentera Jepun ke-29 yang berpusat di Taiping,
Perak. Singapura diasingkan pentadbiran dari Tanah
Melayu yang dikenali sebagai Malai Baru. Negeri Melayu,
Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu dipindahkan di
bawah pentadbiran kerajaan Thailand. Kedua, Dasar
terhadap Raja-raja Melayu. Pentadbiran tentera Jepun
mengikitiraf kedudukan Raja-raja Melayu sebagai ketua
dalam hal ehwal agama Islam dan adat Melayu serta
diberikan bayaran pencen seperti sebelum perang. Akhir
sekali, Dasar terhadap Kepimpinan Tempatan. Peluang
kenaikan pangkat diberikan oleh pentadbiran tentera
Jepun kepada pemimpin tempatan yang berpendidikan
dan berpengalaman ke jawatan yang lebih tinggi.
Seterusnya, Dasar Ekonomi. Akibat kemelesetan
ekonomi, pentadbiran tentera Jepun melaksanakan
sistem ekonomi kawalan.

Rancangan Pengeluaran Lima Tahun dan Jawatankuasa

Penyelidikan Bhan diperkenalkan untuk mengawalkan

selia pelupusan barangan dan membuat penyelidikan

kegunaan baharu bagi sumber tempatan. Rancangan

Perindustrian Lima Tahun pula diperkenalkan untuk

membangunkan industri tempatan dan memastikan

penggunaan optimum daripada peralatan dan

kemudahan sedia ada. Akhir sekali, Dasar Sosial. Dari

aspek pendidikan, Jepun bertindak menutup sekolah

Inggeris dan Cina. Jepun memperkenalkan sistem

persekolahan Jepun untuk membentuk semangat

persaudaraan sejagat, mencapai teknologi industri,

meningkatkan disiplin dan menerapkan nilai Jepun.

Ordinan Kawalan Barangan dan Bahan Penting

diperkenalkan oleh Pentadbiran tentera Jepun bagi

mengawal bekalan barangan akibat kekurangan

makanan. Catuan makanan dikuatkuasakan untuk

mengawal penjualan barangan keperluan asas seperti

beras, garam dan gula. Mata wang Jepun yang dikenali
sebagai "wang pokok pisang",
Sumber: - Ia dicetak tanpa kawalan dan
commons.wikimedia.org menyebabkan inflasi berlaku
kerana terlalu banyak wang tetapi
kekurangan barangan di pasaran

Penbentukan Sumber: Wikiwand
pentadbiran tentera

Jepun di Borneo
Utara pada Ogos

1942

(e) Huraikan perjuangan rakyat menentang

Jepun.

Perjuangan rakyat menentang Jepun disebabkan oleh
pemerintahan tentera Jepun yang kejam dan
kesengsaraan hidup yang dihadapi oleh rakyat. Batallion
Kedua Rejimen Askar Melayu bersama-sama dengan
pasukan tentera British terlibat pendaratan tentera
Jepun di Kelantan. Leftenan Jenral A.E. Percival, Panglima
Pemerintah Tentera British di Tanah Melayu menyifatkan
semangat juang yang ditunjukkan oleh Rejimen Askar
Melayu sebagai contoh keteguhan dan ketahanan yang
menjadi suatu tradisi yang masyhur dan inspirasi kepada
generasi akan datang. Malaysian People's Anti-Japanese
Army (MPAJA) ditubuhkan selepas Part Komunis Malaya
(PKM) bersetuju mewujudkan pasukan sukarela dilatih
oleh British dalam kegiatan penentangan terhadap
tentera Jepun. Malaysian Peopla's Anti-Japanese Army
(MPAJA) merupakan anti-Jepun yang terbesar di Tanah
Melayu. Kerjasama MPAJA dan Force 136 pada bulan
Disember 1943 yang mewakili tentera British telah
mengadakan perjanjian kerjasam untuk melawan tentera
Jepun. MPAJA memperoleh pelbagai bantuan seperti
senjata, ubat-ubatan, kewangan dan latihan ketenteraan
daripada tentera British. Gerila Cina daripada Pati
Kuomintang (PKM) yang dikuasai oleh nasionalis
menetang tentera Jepun di utara Tanah Melayu, iaitu
Hulu Perak dan Kelantan. Mereka telah tubuhkan
Overseas Chinese Anti-Japanese Army (OCAJA) dikenali
sebagai Tentera Bintang Satu. Gerila KMT bersetuju

untuk bekerjasama dengan MPAJA. British menubuhkan
South East Asia Command (S E A C) yang berpusat di Sri
Lanak dan membentuk unit khas, iaitu Force 136.
Anggota Force 136 telah mendapat latihan di Sri Lanka
dan India. Kemudian, dihantar ke Tanah Melayu melalui
kapal selam atau melalui payung terjun dari kapal
terbang bertujuan mendapatkan sokongan orang
Melayu.

yBPaeennrSgtdaebemlaeraanrpgRMuoesPrjaiAmtJdeAin

Sumber: Google

Kapal selam Sumber: Google
Belanda yang
membawa anggota
Force 135 rahsia
dari Sri Lanka ke
Tanah Melayu

Penentangan Indidvidu oleh Gurchan Singh dan Sybil
Kathigasu turut digerakkan. Gurchan Singh
menngerakkan penentangan terhadap pendudukan
tentera Jepun dengan cara menyebarkan risalah dan
propaganda menggunakan nama sasaran "Lion of
Malaya". Risalah untuk memberitahu tentang fakta
sebenar perang itu diedarkan secara teratur dan
berkesan. Sybil Kathigasu, jururawat yang terkenal
dengan keberanian dan kecekalan membantu mangsa
perang dan gerila anti-Jepun di Perak. Semasa
pendudukan Jepun, Sybil dan suaminya, Dr. Abdon
Clement Kathigasu memberikan bantuan ubat-ubatan
dan perkhidmatan perubatan semasa gerila anti-Jepun.
Sybil juga menyembunyikan radio dan dan berkongsi
maklumat yang diperoleh daripada siaran radio British
dengan gerila anti-Jepun. Apabila kegiatan pasangan itu
terbongkar, Sybil dan suaminya ditangkap oleh tentera
Jepun dan penyeksaan tentera Jepun menyebabkan
kematian suaminya. Setelah tentera Jepun menyerah
kalah Sybil dibebaskan dan diterbangkan ke Britain untuk
menerima rawatan perubatan. Beliau dianugerahi Pingat
King George di Istana Buckingham oleh Raja George VI
kerana keberanian beliau.

Gurchan Singh,
anggota polis

sebelum
pendudukan Jepun

Sybil Sumber: The Lion of Malaya
Kathigasu

Sumber:Google

SUMBER RUJUKAN

Pengenalan,
Dasar peluasan kuasa Jepun,
Kronolgi bermulanya Perang Dunia Kedua di Asia Pasifik,
Faktor kedatngan Jepun di negara kita,
Dasar pendudukan Jepun di negara kita,
Perjuangan rakyat menentang Jepun,
Ridzuan bin Hassan, Sharifah Afidah binti Syed Hamid, Muslimin bin Fadzil,
Subramaniam a/l Raman, 2019. Sejarah Tingkatan 4, Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka.

Sekian itu sahaja daripada saya.

Terima kasih.


Click to View FlipBook Version