The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LIM LI XIN Moe, 2023-10-22 08:42:20

PSVK 1084 E-PORTFOLIO

PSVK 1084 E-PORTFOLIO

PSVK 1084 E-PORTFOLIO DISEDIAKAN OLEH: LIM LI XIN PENSYARAH: PN. SALZURIAWANI BINTI RIDZWAN


PENGHARGAAN Setinggi-tingginya penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah PSVK 1084 Asas Lukisan, Puan Salzuriawani Binti Ridzwan kerana memberikan segala tunjuk ajar dan galakan sepanjang melakukan projek e-portfolio ini. Selain itu, ucapan terima kasih juga ditunjukkan kepada kedua-dua ibu bapa yang saya hormati selama-lamanya. Mereka sentiasa memberikan dorongan, galakan dan sokongan sehingga saya menyelesaikan kerja ini. Di samping itu, ribuan penghargaan saya juga ingin ucapkan kepada rakan-rakan sekalian yang telah saling bantu-mambantu untuk menjayakan kerja kursus ini. Akhir sekali, saya amat bersyukur dengan mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya spanjang masa menjalankan tugasan e-portfolio PSVK 1084.


01 02 05 06 KONSEP DAN JENIS LUKISAN LANDSKAP KOMPOSISI DAN REKA LETAK SUMBER IDEA & HAL BENDA YANG DIPILIH LAKARAN PERKEMBANGAN IDEA HASIL AKHIR MEDIA DAN TEKNIK DALAM LUKISAN LANDSKAP RUJUKAN 03 04 PENGHARGAAN ISI KANDUNGAN SOALAN TUGASAN ISI KANDUNGAN


SOALAN TUGASAN


Perkataan Landskap berasal dari Bahasa Belanda, iaitu landschap yang memberikan pengertian sebidang tanah pertanian. Lukisan landskap merupakan sebuah lukisan yang memberikan tumpuan dan keutamaan dalam menggambarkan alam semula jadi di sekeliling persekitaran. Misalnya, lukisan yang mengandungi unsur pemandangan bukit-bukau, tumbuh-tumbuhan, tasik dan lautan. Sehubungan dengan itu, hasil struktur binaan buatan manusia juga boleh dikategorikan sebagai landskap. Lukisan landskap mulai berkembang di Barat lebih kurang zaman seribu tahun dahulu dan kemudian mencenderung pesat dengan penggunaan gaya seni aliran Impresionisme. Karya lukisan landskap boleh dihasilkan menggunakan pelbagai media seperti pensil, arang, cat air, pastel dan lain-lain. 1.0 KONSEP LUKISAN LANDSKAP


Lukisan landskap realistik bermaksud sebuah lukisan seni pemandangan yang dihasilkan melalui proses peniruan alam semula jadi persekitaran yang sebenar. Lukisan landskap tersebut bersifat realisme dan gambaran objek adalah tepat dengan alam nyata. Tambahannya, lukisan landskap realistik menekankan kepada perspektif dan sering menggunakan aliran seni naturalisme. Dalam hasilan lukisan landskap realistik ini, pelukis-pelukis akan mengutamakan kepada kemiripan lukisan dengan imej pemandangan yang sebenar. JENIS LUKISAN LANDSKAP LUKISAN LANDSKAP REALISTIK


Lukisan landskap abstrak adalah berbeza malahan melawan dengan konsep lukisan landskap realistik, iaitu lebih menekan kepada lukisan pemandangan yang tidak benar, bebas dan bersifat khayalan. ]Dalam bentuk seni abstrak, artis tidak terbatas terhadap objek atau imej landskap yang asal, manakala dapat bebas menghasilkan karya landskap dengan menambahkan imaginasi serta kreativiti sendiri. Lukisan landskap abstrak dicetuskan mengikut aliran seni kubisme dan kesan seni pop yang menggunakan sekatan warna yang cerah, terang dan kontras. LUKISAN LANDSKAP ABSTRAK


Pada awal tahun 1860-an, lukisan aliran gaya moden impresionisme berkembang dan mencenderung di negara Perancis. Lukisan landskap impresionis menekankan penggunaan kesan pencahayaan dan warna yang terang dan cerah. Lukisan landskap ini istimewa dengan fokus lukisan yang berkaburan dan tidak begitu detail berbanding dengan lukisan realistik. Namun, tanggapan ataupun impresi melalui gambaran adalah jelas dan halus. LUKISAN LANDSKAP INTERPRESIONIS


HAL BENDA: KAPAL LAYAR ATAS LAUT 2.0 SUMBER IDEA & HAL BENDA YANG DIPILIH 01. 03. 02. 04. DIPILIH


PENGOLAHAN IDEA 1 3.0 LAKARAN PERKEMBANGAN IDEA PENGOLAHAN IDEA 2 DIPILIH


PENGOLAHAN IDEA 3 PENGOLAHAN IDEA 4 3.0 LAKARAN PERKEMBANGAN IDEA


4.0 MEDIA DAN TEKNIK 01. PENSEL 02. ARANG 03. PEN Pensel dibuat daripada arang dan tanah liat. Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel.Teknik yang dapat dibuat dengan menggunakan media pensel ialah teknik garisan, teknik gosokan, teknik titik, teknik lorekan, dan teknik campuran. Arang asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar dan media yang tertua sekali. Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yang maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat. Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam. Pen memberi kesan lorekan yang berbeza. Setiap mata mempunyai ketebalan berbeza. Makin besar nombor, makin tebal mata pen. Teknik yang dapat dibuat dengan menggunakan media pen ialah teknik garisan, teknik gosokan, teknik titik, teknik lorekan dan teknik campuran. MEDIA YANG DIGUNAKAN:


TEKNIK YANG DIGUNAKAN: Gosokan adalah satu proses pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan yang lain dengan cara menggosok di atas permukaan yang hendak dipindahkan. Penggunaan pensel dan pensel warna akan memberikan kesan jalinan yang halus.Jalinan yang dihasilkan daripada kapur dan pastel adalah bahan rapuh dan tidak kekal lama.Krayon memberikan kesan tebal dan nyata apabila diaplikasikan ke atas jalinan.Penggunaan arang dalam aktiviti gosokan akan menghasilkan jalinan yang mudah rosak.Hasil jalinan dari aktiviti gosokan boleh disimpan dengan baik apabila menggunakan semburan pemati warna ke atas jalinan tersebut. TEKNIK GOSOKAN


TEKNIK YANG DIGUNAKAN: Garisan merupakan unsur seni yang paling asas.Ia ialah kesan cantuman satu titik-titik yang bersambungan atau yang mempunyai jarak-jarak tertentu merentasi sesuatu kawasan hingga terbentuknya sesuatu objek atau imej.Contoh garisan ialah garisan selari,garisan silang pangkah,garisan berbulu,garisan beralun,garisan kontor dan garisan berserabut.Media kering yang digunakan untuk menghasilkan lukisan garisan ialah pen,pensel,pensel warna. TEKNIK GARISAN/ HATCHING


TEKNIK YANG DIGUNAKAN: Garisan silang pangkah ini merupakan penyilangan antara dua atau lebih garisan. Garisan ini mendalamkan nilai ton yang kuat dan penghasilan bayang-bayang. Teknik ini mengkaryakan tekstur dengan kepelbagaian pada tahap bergantung kepada sudut dan ruang yang perspektif. Garisan silang pangkah menunjukkan sifat garisannya yang kasar. TEKNIK SILANG PANGKAH/ CROSS HATCHING


5.0 KOMPOSISI DAN REKA LETAK DIPILIH


6.0 HASIL AKHIR Hasil akhir lukisan kapal layar tersebut menggunakan media pensil. Antara teknik yang digunakan termasuklah teknik gosokan, teknik garisan dan teknik silang pangkah.


RUJUKAN Munes Thagam. ([email protected]). (2020, November 5). Media Lukisan.Blog. https://kbmunes1301.blogspot.com/2020/11/media-kering-lukisan.html Ayien,Inaz,Dora (2010, April 12). Definisi Gosokan.Blog. https://berusdankrayonkami.blogspot.com/2010/04/definisi-gosokan.html Beth Gersh-Nesic. (2023). Apakah Lukisan Landskap? https://ms.eferrit.com/apakah-lukisan-landskap/ Fine Art.([email protected]). ( 2022, May 30). The Different Types Of Landscape Paintings. Blog. https://www.fineart.pub/types-of-landscape-paintings/ 13 Anindita Sarah Firdausa & Serafica Gischa. (2022, 11 Ogos ). Aliran Impresionisme : Pengertian, Ciri-ciri, dan Tokohnya. Kompas.com. https://www.kompas.com/skola/read/2022/08/11/170000669/aliran-impresionisme-pengertian-ciri-ciri-dan-tokohnya?page=all Gamal Thabroni. (2022). Impresionisme: Pengertian, Ciri, Tokoh, Contoh, Karya & Analisis. https://serupa.id/impresionisme/ azlanadam (@WordPress.com). (2012, Februari 20). APA ITU LUKISAN ABSTRAK. Blog. https://azlanadam.wordpress.com/2012/02/20/apa-itu-lukisan-abstrak-apa-itu-lukisan-abstrak/


Click to View FlipBook Version