SMK (P) SULTAN IBRAHIM JOHOR BAHRU
KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 3 2021
TAJUK :
AMALAN KITAR SEMULA DI TAMAN SRI PULAI PERDANA JOHOR
BAHRU
NAMA : NUR FATIN NABILA BINTI MOHAMAD AZLI
TINGKATAN : 3 FUTURIS
NAMA GURU : PUAN NORMALA BINTI HARON
Bil TARIKH/HARI/MASA JADUAL KERJA CATATAN
1. 2/9/2021 - PDPR
PERKARA/AKTIVITI
Khamis - Saya menerima taklimat dari - Sendiri
8.30-9.30 - Sendiri
guru geografi iaitu cikgu - PDPR
2/9/2021 Normala melalui medium
Khamis google meet. - Sendiri
20.45-22.00 malam - Guru menerangkan bagaimana
untuk menjalankan kajian
3. 3/9/2021 lapangan geografi secara atas
Jumaat talian.
21.00-22.00 malam - Guru memberitahu tajuk kerja
lapangan iaitu kajian tentang
4. 6/9/2021 amalan kitar semula di
Isnin Kawasan tempat tinggal anda.
8.00-9.00 pagi - Tempoh kajian adalah sehingga
15 oktober.
5. 6/9/2021
Isnin - Saya membina jadual kerja dan
1.00-1.30 tengah hari membuat pengagihan kerja
- Saya juga belajar membuat
google form melalui youtube.
- Saya membuat format kerja
lapangan saya.
- Saya membina goggle form
borang soal selidik.
- Guru menerangkan tentang
cara untuk membina soalan di
di dalam google form.
- Guru menerangkan tentang
cara menulis konsep/takrifan
melalui medium google meet.
- Guru memberitahu supaya
membuat konsep/takrifan
semasa cuti.
- Saya mengedit kesalahan ejaan
dan memperkemaskan google
form yang telah dibina sebelum
dihantar kepada guru untuk
menyemak.
- Saya menghantar google form
boring soal selidik kepada
responden dengan
menggunakan medium
penghantaran telegram dan
whatsapp
6. 10/9/2021 - Saya membuat konsep dan - Sendiri
Jumaat takrifan berdasarkan sumber - PDPR
9.30-10.50 pagi daripada Wikipedia. - Sendiri
- Sendiri
7. 20/9/2021 - Saya membuat semakan jadual - PDPR
Rabu kerja di Microsoft word
10.00-11.40 pagi - PDPR
- Guru menerangkan bagaimana
8. 20/9/2021 untuk membuat pendahuluan. - PDPR
Rabu
15.00-16.30 petang - Saya membuat penghargaan
dan kemudian membuat
9. 23/9/2021 pendahuluan berdasarkan
Khamis maklumat yang saya dapat.
9.00-10.00 pagi
- Guru menerangkan tentang
10. 4/10/2021 cara untuk membina
Isnin pendahuluan.
8.00-9.00 pagi
- Guru berpesan supaya selalu
11. 7/10/2021 kemas kini jadual kerja setiap
Khamis masa.
8.30-9.30 pagi
- Guru menerangkan cara untuk
12. 8/10/2021 menghuraikan kaedah kajian.
Sabtu
14.00-1530 tengah - Guru menunjukkan cara untuk
hari membina jadual dan graf
13. 11/10/2021 - Saya mengemaskini jadual
Isnin kerja.
8.00-9.00 pagi
- Saya membina graf
14 12/10/2021
Selasa - guru menerangkan tentang
14.00-15.30 petang proses pada akhir kajian ini.
- Saya menulis hasil kajian yang - sendiri
saya dapati.
- saya membuat penulisan - TUTORIAL
laporan kajian - Sendiri
- guru berpesan supaya semak
semula semua kerja yg perlu
dibuat untuk penulisan Laporan
kajian
- Membuat penulisan terakhir
iaitu hasil kajian
- Saya membuat rumusan
tentang tajuk kajian saya.
- Saya menulis senarai rujukan
pada laporan kajian saya
15. 13/10/2021 - Saya membuat kemasan pada - Sendiri
Rabu laporan kajian saya supaya - Sendiri
15.00-16.00 petang Nampak lebih menarik
16. 14/10/2021 - Saya menyemak semula supaya
Khamis tidak ada pembetulan pada
14.00 petang laporan kajian saya
- Saya mengemaskini dan
menghantar tugasan melalui
medium google classroom
ISI KANDUNGAN HALAMAN
BIL PERKARA 6
1. PENGHARGAAN 6
2. PENDAHULUAN 7
3. OBJEKTIF KAJIAN 7
8
4. KAWASAN KAJIAN 9
i. Graf kajian tentang kepentingan kitar semula 10
ii. Graf kajian tentang masalah yang dapat diperhatikan oleh penduduk
iii. Graf kajian tentang langkah untuk mengatasi masalah dalam
melaksanakan kitar semula
5. KAEDAH KAJIAN 11
i. Kaedah pemerhatian
ii. Kaedah temu bual
iii. Kaedah soal selidik
iv. Kaedah rujukan
6. HASIL KAJIAN 12
i. Konsep kitar semula 12
ii. Kepentingan kitar semula 12
- mewujudkan persekitaran yang lebih sihat
- dapat mengurangkan pencemaran 13
- dapat menyelamatkan hutan
iii. Masalah / halangan kitar semula 13
- kurang pusat pengumpulan kitar semula berhampiran
- sikap penduduk
- pencemaran bau Ketika pengutipan sampah
iv. Langkah untuk mengatasi masalah perlaksanaan amalan kitar
- kempen
- pendidikan
- Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan
7. RUMUSAN 14
14
8. RUJUKAN
i. Buku
ii. Orang sumber
iii. Internet
9. LAMPIRAN 15
PENGHARGAAN
Saya sangat bersyukur kerana dapat menuapkan kerja lapangan geografi tingkatan 3 ini. Pertama
sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru besar SMK (P) Sultan Ibrahim iaitu
Puan Hajah Rosliza binti Taib kerana telah memberi kebenaran untuk menjalankan kerja lapangan ini
. Tidak lupa juga kepada guru geografi saya, iaitu Puan Normala yang telah banyak memberikan
tunjuk ajar dan dorongan sepanjang kajian ini dilaksanakan. Beliau juga telah memberikan keyakinan
kepada saya untuk menjayakan kajian ini.
Ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada ibu bapa saya iaitu Encik Mohamad Azli bin Ali dan
Puan Norazli bt. Abd hamid kerana banyak memberikan sokongan dan nasihat kepada saya untuk
tidak berputus asa menyiapkan kajian lapangan ini. Tidak lupa buat kepada rakan saya iaitu Najwa
Najihah bt. Reme yang telah membantu saya untuk memahami dan membina soalan pada google
form.
Akhir sekali, saya mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada penduduk di Kawasan Taman
Sri Pulai Perdana 8/1 yang telah sudi mengisi borang soal selidik yang disediakan dalam bentuk
google form dan memberikan Kerjasama yang baik sepanjang tempoh pelaksanaan kajian lapangan
ini .
PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kajian tentang ‘Amalan kitar semula di taman sri pulai perdana,skudai, johor
bahru’ sebagai tajuk kajian saya. Hal ini kerana kitar semula merupakan satu amalan penting yang
perlu dititikberatkan oleh semua pihak di negara kita. Di samping itu, di tempat tinggal saya iaitu di
taman sri pulai perdana pihak berkuasa tempatan telah meletakkan sangkar kitar semula di satu
tempat. Jadi, penduduk di Kawasan rumah saya dapat buang di tempat yang sepatutunya. Selain itu,
setiap bulan , akan ada lori yang datang untuk mengumpulkan barang terpakai untuk dibawa ke
tempat kitar semula. Saya diberi tempoh sehingga 15 oktober untuk menyiapkan kajian ini. Kerja-
kerja penulisan laporan dijalankan pada waktu pengajaran dan pembelajaran geografi di rumah
(PdPR).
OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kajian lapangan di taman sri pulai perdana ini bertujuan untuk :
i. Menyatakan konsep kitar semula dengan tepat.
ii. Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula di kawasan tempat tinggal saya.
iii. Mengenal pasti masalah dalam menjalankan kitar semula di Kawasan rumah saya
iv. Mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan
kitar semula di Kawasan tempat tinggal saya.
KAWASAN KAJIAN
Saya memilih Taman Sri Pulai Perdana Johor Bahru sebagai Kawasan kajian saya. Taman sri pulai
perdana merupakan salah satu daripada taman yang terletak di Skudai. Saya memilih taman Sri Pulai
Perdana sebagai Kawasan kajian saya kerana saya tinggal di Kawasan ini. Hal ini akan memudahkan
saya untuk mengumpul maklumat yang diperlukan dalam kajian ini.
Peta menunjukkan Kawasan kajian di Taman Sri Pulai Perdana
JADUAL : KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TEMPATAN – KAJIAN KEPENTINGAN KITAR SEMULA
KEPENTINGAN KITAR SEMULA BILANGAN RESPONDEN (ORANG)
9
MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG LEBIH SIHAT 7
DAPAT MENGURANGKAN PENCEMARAN
DAPAT MENYELAMATKAN HUTAN 5
21
JUMLAH
KEPENTINGAN KITAR SEMULA
10
9
MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG LEBIH SIHAT
8
DAPAT MENGURANGKAN PENCEMARAN
7
DAPAT MENYELAMATKAN HUTAN
6
5
4
3
2
1
0
KEPENTINGAN KITAR
SEMULA
SUMBER : BORANG SOAL SELIDIK - GOOGLE FORM
JADUAL : KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TEMPATAN – KAJIAN MASALAH YANG DAPAT DIPERHATIKAN
OLEH PENDUDUK
MASALAH YANG DAPAT DIPERHATIKAN OLEH BILANGAN RESPONDEN
PENDUDUK (ORANG)
6
KURANG PUSAT PENGUMPULAN KITAR SEMULA
BERHAMPIRAN RUMAH 3
SIKAP PENDUDUK
8
PENCEMARAN BAU KETIKA PENGUTIPAN SAMPAH 17
JUMLAH
MASALAH YANG DAPAT DIPERHATIKAN OLEH
PENDUDUK
7 KURANG PUSAT PENGUMPULAN KITAR SEMULA
BERHAMPIRAN RUMAH
6 SIKAP PENDUDUK
5 PENCEMARAN BAU KETIKA PENGUTIPAN SAMPAH
4
3
2
1
0
MASALAH YANG DAPAT
DIPERHATIKAN OLEH
PENDUDUK
SUMBER : BORANG SOAL SELIDIK – GOOGLE FORM
JADUAL : KAJIAN LAPANGAN GEOGRAFI TEMPATAN – KAJIAN LANGKAH UNTUK MENGATASI
MASALAH DALAM MELAKSANAKAN KITAR SEMULA
LANGKAH UNTUK MENGATASI BILANGAN RESPONDEN
MASALAH DALAM MELAKSANAKAN (ORANG)
KITAR SEMULA 4
6
KEMPEN 5
7
PENDIDIKAN
22
KERJASAMA DENGAN PIHAK BERKUASA
MELETAKKAN TONG KITAR SEMULA DI SEMUA
TEMPAT
JUMLAH
LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH DALAM
MELAKSANAKAN KITAR SEMULA
8
KEMPEN
7
PENDIDIKAN
6 KERJASAMA DENGAN PIHAK BERKUASA
MELETAKKAN TONG KITAR SEMULA DI SEMUA TEMPAT
5
4
3
2
1
0
LANGKAH UNTUK MENGATSI
MASALAH DALAM
MELAKSANAKAN KITAR
SEMULA
SUMBER : BORANG SOAL SELIDIK – GOOGLE FORM
KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian, saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk
memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci. Oleh itu, saya telah menggunakan 4
kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut adalah kaedah yang saya gunakan :
v. Kaedah pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian untuk mengenal pasti amalan kitar semula yang terdapat
di Kawasan tempat tinggal saya iaitu di taman sri pulai perdana.
vi. Kaedah temu bual
Saya telah menemu bual Puan Norazli bt. Abd hamid secara lisan. Temu bual ini dijalankan
kerana beliau lebih berpengalaman dan lebih tahu tentang keadaan taman sri pulai perdana.
vii. Kaedah soal selidik
Saya juga telah menyediakan 10 borang soal selidik dengan menggunakan google form yang
perlu diisi oleh 10 oeang responden di taman sri pulai perdana. Borang ini telah saya
edarkan untuk mengetahui bagaimana mereka mengamalkan kitar semula.
viii. Kaedah rujukan
Saya telah membuat rujukan di perpustakaan maya atau digital kerana kita tidak boleh ke
perpustakaan disebabkan oleh perintah kawalan pergerakan. Selain itu, saya juga telah
mencari bahan melalui buku teks dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat
tambahan mengenai amalan kitar semula.
HASIL KAJIAN
Menurut Wikipedia dan buku teks geografi tingkatan 3, Kitar semula adalah proses menukar bahan
buangan menjadi bahan dan objek baru. Ini adalah alternatif untuk pembuangan sampah secara
"konvensional" yang dapat menjimatkan bahan dan membantu menurunkan pelepasan gas rumah
hijau. Kitar semula dapat mencegah pembaziran bahan yang berpotensi berguna dan mengurangkan
pembuangan bahan mentah . Bahan yang dapat dikitar semula merangkumi banyak jenis kaca,
kertas, kadbod, logam, plastik, tayar, tekstil, bateri, dan barangan elektronik. Kompos atau
penggunaan semula sisa biodegradasi yang lain seperti sisa makanan atau kebun juga merupakan
bentuk kitar semula. Bahan yang akan dikitar semula dihantar ke pusat kitar semula isi rumah atau
diambil dari tong curbside (tong kitar semula) , kemudian disusun, dibersihkan, dan diproses ulang
menjadi bahan baru yang ditakdirkan untuk pembuatan produk baru.
Hasil dapatan kajian saya mendapati bahawa setiap minggu Southern Waste Management (SWM)
akan membuat 2 kali kutipan sampah domestik dalam seminggu dan 1 kali kutipan sampah pukal
dalam seminggu. Di rumah , Puan Norazli binti abd hamid telah menggunakan semula barang yang
beliau dapat daripada kenduri kahwin seperti berkas kaca atau plastik.
GAMBAR MENUNJUKKAN PUAN NORAZLI BINTI ABD
HAMID MENGGUNA SEMULA BEKAS KACA.
Kepentingan kitar semula di taman sri pulai perdana
Berdasarkan pelbagai kaedah yang telah saya gunakan dalam kajian ini, saya telah mendapati
beberapa kepentingan kitar semula iaitu :
I. Dapat mewujudkan persekitaran yang lebih sihat
Sebanyak 90% daripada responden bersetuju bahawa kitar semula dapat mewujudkan
persekitaran yang lebih sihat. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang
dibuang dan seterusnya dapat mewujudkan persekitaran yang lebih sihat.
II. Dapat mengurangkan pencemaran
Kitar semula sangat penting kerana dapat mengurangkan pencemaran yang berpunca
daripada sampah sarap yang dibuang oleh penduduk. Melalui borang soal selidik yang
dijalankan, sebanyak 70% daripada responden berpendapat bahawa kitar semula dapat
mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh sisa pepejal seperti kertas, plastik, kotak
dan aluminium.
III. Dapat menyelamatkan hutan
Sebanyak 40% daripada responden berpendapat bahawa kitar semula dapat menyelamatkan
hutan. Kitar semula dapat menyelematkan hutan kerana untuk menghasilkan satu tan
kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Oleh yang demikian, mengitar semula
kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang.
Masalah amalan kitar semula di taman sri pulai perdana
I. Kurang pusat pengumpulan kitar semula berhampiran rumah
Sebanyak 60% daripada responden bersetuju bahawa kurang pusat pengumpulan kitar
semula berhampiran taman sri pulai perdana. Jadi, penduduk penduduk membuat
keputusan untuk tidak mengumpulkan barangan yang boleh dikitar semula di rumah.
Keadaan ini sememangnya perlu penduduk elakkan.
II. Sikap penduduk
Melaui pemerhatian saya dan pemerhatian responden pada borang soal selidik, sikap
segelintir penduduk yang tidak mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakkan plastik
yang boleh dikitar semula dibuang terus ke dalam tong sampah tanpa mengasingkannya.
Keadaan ini perlu penduduk elakkan supaya tidak berlaku pencemaran.
III. Pencemaran bau ketika pengutipan sampah
Kebanyakan semasa proses pengutipan sampah, pekerja tidak melakukan dengan kemas.
Terdapat sisa cecair yang keluar daripada sampah sekali gus mengeluarkan bau yang tidak
menyenangkan.
Langkah-langkah untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula di Kawasan taman
sri pulai perdana.
Cadangan untuk mengatasi masalah perlaksanaan amalan kitar semula di taman sri pulai perdana
ialah :
I. Kempen
Dengan mengadakan kempen kitar semula atau program gotong royong di Kawasan
kejiranan dapat memupuk sikap untuk mengitar semula. Untuk menguruskan sampah,
penduduk perlulah mengasingkan sampah mengikut kategori seperti kaca, plastic, kertas
dan lain lain. Hal ini boleh membantu pihak yang terlibat untuk mengitar semula bahan-
bahan yang dibuang dan dapat mengelakkan pembaziran.
II. Pendidikan
Pihak sekolah di sekolah juga boleh memberi galakan kepada murid untuk melaksanakan
amalan kitar semula. Selain itu, guru-guru boleh mengadakan pertandingan seperti
pertandingan membina rumah daripada barang-barang kitar semula yanga ada di rumah.
Dengan ini, guru dapat menarik minat pelajar untuk mengamalkan kitar semula.
III. Kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan
Penduduk boleh membuat cadangan kepada pihak berkuasa tempatan untuk menyediakan
lebih banyak pusat pengumpulan kitar semula berdekatan dengan taman sri pulai perdana.
Perkara ini sememangnya penting supaya penduduk lebih peka dengan tidak membuuang
bahan yang boleh dikitar semula sekali gus dapat mengelakkan pembaziran.
RUMUSAN
Melalui kajian yang saya jalankan, saya dapat mengetahui banyak pengetahuan saperti kepentingan
kitar semula dan lain-lain. Dengan mengamalkan kitar semula, kita dapat mengurangkan masalah
pencemaran dan juga dapat mewujudkan persekitaran yang lebih sihat tanpa sebarang penyakit.
Dalam menjalankan kitar semula, pelbagai masalah sudah dikenal pasti di taman sri pulai perdana
melalui boring soal selidik yang saya edarkan. Antaranya ialah kurang pusat pengumpulan kitar
semula berdekatan , sikap penduduk yang mengambil perkara ini sambal lewa dan pencemaran bau
yang disebabkan oleh sisa cecair yang keluar ketika mengambil sampah di tong yang disediakan.
Pelbagai Langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah tersebut. Antaranya dengan
mengadakan kempen kitar semula . Selain itu, pihak sekolah juga boleh menerapkan tentang
kepentingan kitar semula sewaktu pembelajaran dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan.
Kesimpulannya, amalan kitar semula sememangnya penting bagi memastikan alam sekitar sentiasa
terjaga. Oleh itu, kita hendaklah bersama-sama memainkan peranan masing-masing agar amalan
kitar semula ini dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.
RUJUKAN
BUKU :
Abdul Aziz bin Abdul Rahman, Lim Jin Choon dan Ratnam Karuppiah Servai, 2003, Buku
Teks Geografi Tingkatan 2, Kuala Lumpur, Percetakan Rina Sdn. Bhd.
Khaw Ah Seng, Habibah Hj Lateh, Tan Koh Lim, 2004, Buku Teks Geografi Tingkatan 3, Ipoh, PTS
Publications & Distributors Sdn. Bhd
ORANG SUMBER :
ENCIK MOHAMAD AZLI BIN ALI , 49 tahun , no 95 jalan pulai perdana 8/1 taman sri pulai perdana.
PUAN NORAZLI BINTI ABD HAMID, 42 tahun , no 95 jalan pulai perdana 8/1 taman sri pulai perdana.
INTERNET :
https://anyflip.com/zdwrj/gzkr/basic
https://swm-environment.com/bm/sisa-pukal-swm-environment-kutip-sekali-seminggu-
mengikut-jadual-perlu-diikat-dan-diletakkan-dengan-baik/index.html
https://www.ipendidikan.my/kepentingan-kitar-semula.html
LAMPIRAN
BORANG SOAL SELIDIK
GAMBAR MENUNJUKKAN BERKAS KACA YANG DIGUNA SEMULA OLEH PUAN NORAZLI BINTI ABD
HAMID
GAMBAR MENUNJUKKAN LORI UNTUK MENGUTIP SAMPAH DI TAMAN SRI PULAI PERDANA
SEBANYAK 2 MINGGU SEKALI.