The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

pergerakan meteriod, asteriod dan komet

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by asmahanimmustapa, 2021-10-25 00:01:14

BAB 13 SAINS TINGKATAN 2-B

pergerakan meteriod, asteriod dan komet

Keywords: sains

Pergerakan Meteoroid

• Meteoroid merupakan serpihan batu dan logam kecil yang
terapung di ruang angkasa dan bergerak di ruang angkasa.

• Bergerak secara bebas tanpa orbitnya sendiri
• Saiz dan jisim yang lebih kecil
• Lebih mudah dipengaruhi oleh daya tarikan graviti planet,

bulan dan objek lain di sekelilingnya.

Pergerakan Meteoroid

• Meteoroid memasuki atmosfera Bumi, meteoroid disebut
sebagai meteor.

• Geseran molekul antara udara dengan meteor menghasilkan
haba sehingga terbakar dan terhasil coretan cahaya.

Pergerakan Meteoroid

• Pancuran meteor berlaku
apabila meteor memasuki
Bumi dengan banyak pada
satu masa.

Pergerakan Meteoroid

• Kebiasaannya, meteor akan habis terbakar sebelum sampai ke
Bumi.

• Ada juga meteor yang dapat sampai ke Bumi.
• Meteor ini disebut sebagai meteorit.

Meteorit Hoba
- Meteorit paling

besar di dunia
- Dijumpa di

Namibia

Pergerakan Meteoroid

• Kawah terbentuk akibat daripada hentaman meteorid kira-kira
50 000 tahun dahulu di Arizona, Amerika Syarikat.

• Diameternya kira-kira 1.2 km.

Pergerakan Asteroid

• Asteroid bergerak dengan kelajuan purata 25 km s-1.
• Kebanyakan asteroid berada di dalam lingkaran asteroid.
• Terdapat juga orbit asteroid yang berada di luar lingkaran

asteroid seperti Apollo, Amor dan Aten.

Pergerakan Asteroid

• Orbit-orbit yang berada di luar
lingkaran asteroid ini boleh
berhampiran atau bersilang dengan
orbit Bumi.

• Perlanggaran boleh berlaku antara
asteroid dengan Bumi pada titik
persilangan atau lintasan
berhampiran orbit bumi dan orbit
asteroid.

Pergerakan Asteroid

• Perlanggaran dengan asteroid yang besar boleh menyebabkan
kemusnahan hidupan di Bumi.

Pergerakan Komet

• Komet bergerak pada julat kelajuan antara 10 hingga 70 km s-1.
• Kebanyakan komet berasal dari lingkaran Kuiper dan awan Oort.
• Apabila komet menghampiri Matahari, komet semakin laju, mencair

dan kelihatan seperti berekor panjang.

Pergerakan Komet

• Ekor komet sentiasa dalam keadaan menjauhi Matahari
disebabkan tiupan angin suria dari Matahari.

Pergerakan Komet

• Tarikan graviti planet luar yang kuat menyebabkan komet
mudah terkeluar dari orbitnya.

• Komet yang terkeluar dari orbit berisiko untuk berlanggar
dengan Bumi dalam kelajuan yang tinggi.

Jumpa
lagi…


Click to View FlipBook Version