BAB 6 : EMPLOYABILITY AND CAREER
DEVELOPMENT
PENGENALAN
Industri pelancongan dan hospitaliti merupakan salah satu segmen ekonomi Malaysia yang
kian pesat berkembang. Perluasan dan pertumbuhan produk pelancongan yang meningkat
telah mencipta peluang kerjaya yang luas, bertujuan memenuhi keperluan pelanggan di tahap
yang unggul dan berkualiti tinggi. Mereka yang bekerja dan terlibat dalam industri ini
haruslah sentiasa kompeten; tidak hanya dalam kemahiran teknikal malah dalam kemahiran
interpersonal.
DEMOGRAFI DAN PERUBAHAN SOSIOEKONOMI
Trend Perubahan dan Pertumbuhan Penduduk Malaysia Fenomena dan corak
pertumbuhan semulajadi penduduk di Malaysia telah berubah disebabkan oleh
migrasi di sekitar tahun 1911 dan 1931 kepada pertambahan semulajadi yang
disebabkan oleh perbezaan diantara fertiliti dan mortaliti sekitar tahun 1931 hingga
sekitar tahun 1989 ( Hairi Abdullah, 1989 ).
DEMOGRAFI adalah satu pengkajian tentang kependudukan manusia, terutama
fertiliti (kelahiran), mortality (kematian) perkahwinan dan migrasi. Demografi
melibatkan pengkajian yang saintifik tentang saiz, penyebaran ruang dan komposisi
dan bagaimana ketiga-tiga komponen ini berubah mengikut masa. Terdapat pelbagai
definisi demografi yang dikeluarkan oleh ahli-ahli demografi seperti Hawthorn,
Bouge dan Hauser & Duncan. Walaubagaimanapun, kesemua definisi ini menyetujui
bahawa pada asasnya demografi ialah pengkajian yang saintifik dan statistikal tentang
fertiliti, mortaliti serta migrasi dan bagaimana komponen ini berubah mengikut masa
serta mempengaruhi saiz dan taburan kependudukan manusia. Ahli demografi
biasanya mementingkan statistik tentang fertiliti, mortaliti dan migrasi kerana ketiga-
tiga pemboleh ubah ini ialah komponen yang melibatkan perubahan kependudukan.
Komponen ini diukur melalui kadar kelahiran, kematian dan perpindahan penduduk
yang menentukan saiz kependudukan, komposisi umur dan bagaimana sesuatu
kependudukan itu berkembang.
Saiz kependudukkan , kadar perubahannya, komposisi umur, aras fertiliti dan
mortaliti yang dapat disebut sebagai pembolehubah demografi amat penting kepada
sesebuah negara kerana pemboleh ubah ini mempengaruhi faktor sosial, ekonomi,
politik dan faktor lain. pemboleh ubah demografi ini amat penting terutama dalam
perancangan pembangunan, pendidikan, kesihatan, infrastruktur, dan aspek sosial
yang lain.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TREND
Trend ataupun perspektif di dalam industri ini boleh dikatakan bergantung kepada beberapa
faktor iaitu: -
i. Kemajuan teknologi
- Perkembangan teknologi yang mendadak sejak kebelakangan ini telah
menyebabkan beberapa perubahan kepada gaya atau budaya kerja di dalam
industri hospitaliti. Contohnya pelbagai perisian komputer yang membantu
aktiviti harian Front Office Department. Teknologi juga membantu
industri perhotelan memasarkan produk yang terdapat di dalam sesuatu
hotel itu. Dengan menggunakan laman web, pihak hotel boleh
mendapatkan tempahan bilik terus dari pelanggan yang inginkan bilik.
Trend terkini industri perhotelan ialah setiap bilik telah dilengkapkan
dengan komputer dan kemudahan internet
- Industri perkhidmatan makanan juga menampakkan perkembangan yang
sama di mana pasaran mereka berkembang dengan menggunakan laman
web sama seperti industri perhotelan.
ii. Perubahan cara hidup (life styles)
- Masyarakat sekarang kebanyakkannya sudah mula dine out. Dining out
atau makan di luar, merupakan trend yang sangat popular di kalangan
keluarga moden. Pendapatan per kapita yang tinggi dan ibubapa yang
bekerja menyebabkan perkara ini berlaku. Selain daripada itu pelbagai
perkhidmatan makanan telah ditawarkan oleh pihak industri memudahkan
lagi orang ramai mencari makan diluar rumah mereka.
- Ilmu pengetahuan yang tinggi - dengan adanya kemudahan internet,
masyarakat sekarang lebih mudah mendapatkan maklumat yang mereka
inginkan pada bila-bila masa. Mereka lebih peka tentang kesihatan dan
kebersihan. Orang ramai sudah mula mengambil berat mengenai apa yang
mereka makan dan pakai. Mereka sanggup membayar harga yang lebih
untuk menjamin kualiti pemakanan dan pakaian mereka.
iii. Permintaan pelanggan
- Trend masakini dan mungkin akan berkekalan untuk masa hadapan adalah
permintaan pelanggan kepada convenience food iaitu makanan yang telah
siap di dalam tin atau plastik. Contoh yang mungkin paling adalah pes
(paste) perencah di dalam paket. Ibubapa yang bekerja mungkin tidak
mempunyai masa yang banyak selepas balik kerja. Maka itu dengan
menggunakan pes segera (perencah segera), mereka menjimatkan masa
mereka dan tidak perlu bersusah payah memotong bahan masakan dari
asasnya.
- Perkhidmatan penghantaran oleh syarikat perkhidmatan makanan sudah
menampakkan pertumbuhan yang memberansangkan. Syarikat makanan
segera seperti Pizza Hut, Domino’s Pizza dan McDonalds sudah
menjalankan operasi penghantaran ke rumah.
iv. Perubahan ekonomi
- Keadaan ekonomi juga boleh mempengaruhi trend sesuatu tempat atau
negeri. Ekonomi yang baik dan stabil boleh meransangkan dan
menggalakkan orang ramai berbelanja. Misalannya jika ramai rakyat
Malaysia bekerja dan mendapat gaji yang baik, mereka akan berbelanja
untuk menikmati hasil dari titik peluh mereka. Mereka akan membeli baju,
makanan dan mungkin melancung ke daerah lain untuk beristirehat
bersama keluarga mereka. Secara tidak langsung perubahan ini akan
menggalakkan pertumbuhan industri hospitaliti lain yang menampung
permintaan yang datang dari pengguna.
- Keadaaan ekonomi yang tidak baik pula, akan menyebabkan pengguna
akan berjimat cermat dan tidak akan membelanjakan duit mereka dengan
banyak. Trend untuk melancong mungkin akan berkurangan dan industri
yang bersangkutan dengan hospitaliti mungkin akan tidak bertahan lama.
PERSPEKTIF INDUSTRI HOSPITALITI PADA MASA HADAPAN
Industri Hospitaliti sentiasa bergantung kepada para pelanggan untuk berjaya dan terus
berjaya di dalam sesuatu perniagaan. Oleh itu untuk menarik ramai pelanggan, pihak industri
perlulah peka dengan keadaan semasa dan keadaan masa hadapan supaya tidak ketinggallan
di dalam persaingan untuk mendapat pelanggan supaya perniagaan yang diceburi berjaya
seperti yang dirancang. Pihak industri mestilah bijak mengatur perancangan dengan
memikirkan strategi pemasaran yang mengikuti perkembangan masa atau trendy. Pihak
industri, perlulah sensitif dengan kehendak pelanggan yang sentiasa berubah-ubah dari
semasa ke semasa.
Kita akan membincangkan beberapa trend atau perspektif yang mungkin akan berlaku pada
masa hadapan di dalam topik ini. Kita akan mulakan dengan isu-isu yang jelas dan rapat
dengan industri hospitaliti dahulu dan diikuti dengan isu-isu sosial yang lebih luas pada
kemudiannya.
Berikut adalah isu-isu yang akan dibincangkan mengenai industri hospitaliti dan juga
pelancongan.
Pembahagian pasaran di dalam perkhidmatan hospitaliti.
Syarikat hospitaliti sudah mula menukar strategi mereka dengan menjadikan perkhidmatan
mereka kepada 2 bahagian yang utama; Syarikat yang mempunyai perkhidmatan yang
terhad dan syarikat yang beroperasi berdasar perkhidmatan intensif.
Contohnya di dalam industri penginapan (hotel dan motel), kebanyakan perkhidmatan
sekarang boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu perkhidmatan yang terhad (limited
service) dan perkhidmatan yang penuh (full service). Kategori ini wujud walaupun terdapat
hotel yang dikategorikan mengikut harga yang diiklankan (budget, dua bintang, tiga bintang,
empat dan lima bintang.)
Untuk syarikat perkhidmatan makanan pula, syarikat makanan yang berbentuk francias
seperti Mc Donald’s, Kentucky Fried Chicken, Auntie Anne’s, Kedai roti Seasons, Deli
France, Pizza Hut, Kenny roger’s Roast Chicken, Dominos Pizza dan Burger King
merupakan tempat makan yang paling popular di kalangan masyarakat masakini.
Pertumbuhan yang mungkin paling nyata untuk syarikat pemakanan adalah mengenai
perkhidmatan Delivery (penghantaran ke rumah) yang dimajukan oleh syarikat yang
menyediakan pizza. Sekarang, syarikat makanan lain, sudah mula mengikut trend ini dan ia
menampakkan pertumbuhan yang bagus.
Cepat…cepat..cepat
…. hantar lambat …
nanti duit tak dapat
….
Persaingan yang bertambah sengit.
Industri penginapan sekarang bukan menawarkan harga yang sangat kompetitif dengan
value-added service. Value-added service bermaksud perkhidmatan yang diberi oleh
sesuatu pihak pengurusan perniagaan kepada pelanggan lebih dari harga bayaran yang
dikenakan. Ini bertujuan untuk menarik lagi ramai pelanggan. Contohnya jika seseorang itu
menginap di sesuatu hotel itu, pihak pengurusan akan menawarkan sarapan pagi dan
kegunaan semua kemudahan (kolam renang, gimnasium) dengan percuma.
Jika, bilik yang diinapi itu mahal harganya (hotel 5 bintang), pihak hotel mungkin akan
memberi perkhidmatan yang lebih personalised dan eksklusif. Perkhidmatan itu mungkin
merangkumi; butler service , airport transfer, kelab eksekutif, express reservation dan
check out . Ini semua adalah bertujuan untuk menarik pelanggan tersebut agar datang
kembali menginap di hotel yang berkenaan.
Beratnya beg
nie… batu
ke?… besi ke?
dalam nie…
Keselamatan
Secara amnya, ramai pelanggan ingin tinggal atau melawat sesuatu tempat yang selamat.
Peristiwa serangan pengganas keatas tempat-tempat yang berkepentingan politik atau orang-
perorangan yang memusuhi sesuatu negara, telah menyebabkab industri pelancongan
terutamanya sekali industri penerbangan jatuh merosot sehingga beberapa syarikat
penerbangan telah ‘menggulung tikar’. Ini adalah dari akibat ramai orang takut tentang
keselamatan mereka dan orang yang mereka sayangi. Tindakan beberapa negara mengetatkan
kemasukan pelancong juga tidak akan menggalakkan pertumbuhan industri pelancongan dan
hospitaliti.
Di dalam persekitaran hotel pula, pihak pengurusan mestilah dapat menjamin keselamatan
pelanggan dan harta mereka juga.
Jika kita lihat dengan lebih mendalam, isu keselamatan ini boleh dijadikan suatu komoditi
yang menguntungkan pihak pengurusan hotel. Ramai pelanggan masakini sanggup
membayar lebih dari harga standard hanya demi untuk menjaga keselamatan dan
ketenteraman mereka di mana pihak hotel wajib mengadakan perkhidmatan berikut.
Awas… akulah
pengawal keselamatan
yang akan menjaga mu
kerana .. duit mu …
adalah duit ku jua.
Kebersihan makanan
Insiden yang disebabkan oleh keracunan makanan telah banyak mendapat liputan dari pihak
akhbar. Jika pihak pengurusan restoran tidak menjaga kebersihan makanan mereka, reputasi
mereka mungkin akan tercemar dan susah untuk orang ramai untuk mempercayai mereka
lagi. Ini akan menyebabkan sesuatu perniagaan itu akan rugi.
PELUANG KERJAYA
Secara amnya, industri hospitaliti merupakan suatu industri perkhidmatan yang memerlukan
ramai para profesional yang mahir. Oleh kerana, banyak institusi pengajian tinggi telah
menubuhkan fakulti atau sekolah Hospitaliti dan Pelancongan untuk melahirkan para graduan
yang lebih ketrampilan untuk meninggikan lagi mutu profesionlisme di negara ini. Para
graduan ini diharap dapat memajukan lagi industri hospitaliti dengan menyumbang idea-idea
atau konsep yang baru dan berinovatif.
Di peringkat sekolah pula, pihak Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan subjek
katering untuk pelajar sekolah menengah. Ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada
pelajar mengenai kerjaya di dalam industri hospitaliti. Seterusnya ia diharapkan dapat
menimbulkan minat kepada kerjaya di dalam industri ini.
Selain daripada itu, pihak industri juga memberi kemudahan on the job training kepada
sesiapa yang berminat untuk mendapat pengalaman bekerja secara terus. Contohnya di
industri perhotelan, pihak pengurusan selalunya akan memperkenalkan skim apprentice
untuk bakal chef dan management training untuk pekerja mereka yang ingin menceburkan
diri ke pengurusan yang lebih tinggi di dalam pengurusan hotel.
Permintaan yang amat menggalakkan telah menyebabkan banyak institusi hospitaliti di
buka dan berkembangan dengan pesatnya. Galakkan kerajaan mempromosikan Malaysia
sebagai destinasi utama pelancongan adalah untuk memperkembangkan industri ini .
Usaha iini telah mula menampakkan hasilnya. Ramai pelancung telah berkujung ke negara
ini akibat dari promosi tersebut. Contoh promosi itu adalah seperti berikut:
i. Malaysia Mega Sale
ii. Cuti Cuti Malaysia – program untuk menggalakkan pelancongan domestik
iii. Citra warna Malaysia – program menggalakkan pelancung asing datang ke
Malaysia.
Peluang pekerjaan terbuka luas kepada sesiapa yang berminat untuk menceburi bidang ini.
Bukan saja industri hospitaliti (penginapan dan makanan) dan pelancongan tetapi industri
sampingan seperti pusat membeli belah, industri kraf tangan (batik, songkit, hasil tembaga,
labu sayung), industri kampung (keropok lekor, kerepek, budu, cencaluk, gula melaka,
belancan, ikan masin, minyak gamat) juga akan berkembangan.