The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENDEKATAN DAN AKTIVITI YANG SESUAI KEPADA KANAK-KANAK

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NissLiyana, 2022-09-18 01:20:01

PENGLIBATAN IBU BAPA

PENDEKATAN DAN AKTIVITI YANG SESUAI KEPADA KANAK-KANAK

ANIS JULIYANA BT MOHD PILUS
PID20290

DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK SECARA
ISLAMIK

PENGLIBATAN IBU BAPA DAN KOMUNITI
AAK2183

PENSYARAH:
CIK SITI NURULAIN BINTI MOHD YUSOFF
JABATAN PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN INSAN

FAKULTI PENGAJIAN ISLAM

PENGENALAN PENGLIBATAN
IBU BAPA

• Penglibatan ibu bapa dalam pendidikan awal kanak-kanak
perlu disokong oleh pelbagai pihak khususnya pendidik,
ibu bapa dan komuniti. Sokongan ini merupakan satu
konsep yang membantu pencapaian segala keperluan dan
kejayaan kanak-kanak.

• Ibu bapa juga mampu meningkatkan kualiti program
pendidikan awal kanak-kanak kerana ibu bapa adalah
orang yang menyediakan keperluan asas, penjagaan, kasih
sayang, sokongan dan perlindungan.

• Terdapat kajian membuktikan bahawa ada kaitan antara
penglibatan ibu bapa dengan kejayaan dan pencapaian
kanak-kanak kerana ibu bapa mereka adalah insan yang
paling dipercayai oleh kanak-kanak.

PENGLIBATAN IBU BAPA DAN
ASPEK PERKEMBANGAN

Penglibatan ibu bapa sangat berkait rapat dengan
aspek perkembangan kanak-kanak. Ini kerana
penglibatan ibu bapa mampu membantu kanak-kanak
dari perkembangan fizikal, bahasa, sosial dan juga
emosi.

Ibu bapa yang terlibat memberi kerjasama dalam setiap
aktiviti kanak-kanak mampu untuk memberikan
keyakinan dan kepercayaan kepada anak mereka sekali
gus mampu membantu anak mereka untuk yakin
terhadap perkembangan fizikal, sosial dan emosi.

PENDEKATAN Terdapat beberapa pendekatan dan aktiviti
DAN AKTIVITI yang sesuai dilaksanakan dan dipraktikkan
oleh ibu bapa dalam meransang potensi
kanak-kanak. Pendekatan ini boleh
dilakukan dengan cara bercerita, bermain,
bernyanyi dan sebaginya.

Antara pendekatan aktiviti yang sesuai ialah:

➢ Berkhemah dan berkelah
➢ Bercucuk tanam
➢ Memasak
➢ Beriadah di taman permainan
➢ Bermandi manda di pantai atau
sungai

AKTIVITI
BERKHEMAH

dan
BERKELAH

PERKEMBANGAN KOGNITIF

Aktiviti berkhemah dan berkelah dapat membantu
perkembangan kognitif kerana berkhemah dan berkelah

terhubung dengan alam semula jadi.
Alam semula jadi dapat membantu kanak-kanak melihat

alam sekitar dan membina pemikiran mereka.
Aktiviti ini akan memberikan pengalaman baru kepada
kanak-kanak seperti pengalaman tidur di dalam khemah

dan tidak beralaskan tilam tebal.
Aktiviti ini juga akan membantu perkembangan intelek

serta mental kanak-kanak.

PERKEMBANGAN FIZIKAL

Aktiviti ini sangat membantu perkembangan fizikal kanak-
kanak.

• Ia sangat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak
adalah kerana aktiviti ini memerlukan pergerakan yang
banyak seperti memasang khemah, membentang tikar,
bermain dan banyak lagi.

• Sekiranya kanak-kanak bermain bola ketika waktu berkelah ia
akan membantu perkembangan fizikal mereka kerana mereka
perlu berlari dan menangkap bola tersebut.
• Perbuatan berlari dan menangkap ini akan membantu
menguatkan otot kanak-kanak yang sedang membesar.

PERKEMBANGAN SOSIAL

❑ Aktiviti berkhemah dan berkelah ini dapat
membantu perkembangan sosial kanak-kanak

Membantu perkembangan kerana perlu berjumpa dengan masyarakat.
sosial kerana perlu: berjumpa dengan masyarakat akan
memberikan keyakinan kepada diri kanak-

* berjumpa masyarakat kanak untuk berhadapan dengan masyarakat
* berada di tempat awam pada masa akan datang.
* perlu berinteraksi ❑ Berkhemah dan berkelah adalah aktiviti yang
dilakukan di tempat awam seperti panai dan
dengan orang sekeliling sungai. Sekiranya kanak-kanak bermandi

manda ataupun bermain bola mereka pasti

berinteraksi dengan orang yang ada di

sekeliling mereka sama ada untuk meminta
bantuan ataupun berkenalan.

PERKEMBANGAN EMOSI

Aktiviti ini dikatakan mampu untuk membantu perkembangan
emosi kanak-kanak kerana aktiviti ini melibatkan masyarakat dan

juga alam semula jadi.

• Alam semula jadi mampu untuk memberikan emosi yang baik
kepada setiap insan kerana alam semula jadi mempunyai
keindahan dan kedamaian yang luar biasa.

• Berjumpa dan berkenalan dengan rakan baru juga akan
membantu memenuhi tangki emosi kanak-kanak. Mereka akan
lebih gembira lagi apabila ibu bapa mereka melakukan aktiviti

bersama seperti berkelah dan berkhemah

• Kanak-kanak akan merasa dihargai dan disayangi oleh ibu bapa
mereka meskipun ibu bapa mereka sibuk bekerja.

PERKEMBANGAN BAHASA

Berkelah dan berkhemah merangsang
perkembangan bahasa kanak-kanak

Aktiviti ini dikatakan mampu meransang perkembangan
bahasa kanak-kanak kerana aktiviti ini memerlukan banyak
percakapan dalam setiap perbuatan.

Contohnya: 1) kanak-kanak teruja kerana gembira dan akan
menunjukkan emosi melalui gelak tawa atupun menjerit.
2) kanak-kanak akan bercakap sekiranya mereka ingin
bermain sesuatu atau meminta sesuatu seprti makanan.
3) kanak-kanak juga akan mula berinteraksi dengan orang
sekeliling sekiranya mereka berminat untuk berkenalan atau
menyapa seperti rakan baru untuk main bersama.

KESIMPULAN

Kesimpulan dari penglibatan dan aktiviti yang sesuai
dilaksanakan oleh ibu bapa kepada anak mereka ialah akan

memberikan impak yang sangat besar terhadap
perkembangan kanak-kanak.

Setiap kanak-kanak mempunyai tahap perkembangan dan
ibu bapa serta pendidiklah yang berperanan menolong
kanak-kanak ini mencapai perkembangan mengikut
peringkat umur mereka.

Ibu bapa perlu bijak mengurus masa supaya dapat
melakukan pelbagai aktiviti dan meluangkan masa dengan

anak mereka.

TERIMA KASIH


Click to View FlipBook Version