SINOPSIS
Alisa merupakan seorang kanak-kanak perempuan yang riang dan suka bermain di Hutan Magika. 1
Hutan tersebut diberi nama sebagai ‘Hutan Magika’ kerana tumbuh-tumbuhan di situ mempunyai pelbagai warna dan corak yang menarik serta bunga-bunga yang bersinar dan boleh dibuat sebagai ubat-ubatan yang mujarab. 2
Bukan itu sahaja, haiwan-haiwan di situ juga jinak dengan Alisa. Mereka sentiasa menerima kehadiran Alisa. 3
Seekor monyet yang besar bergayut dari dahan ke dahan dengan gembira apabila melihat kehadiran Alisa. Lalu, monyet itu memberikan sekuntum bunga yang cantik kepada Alisa tanda persahabatan mereka. 4
Hutan Magika telah menjadi rumah kedua buat Alisa. Kanak-kanak perempuan itu selesa dan suka berada di hutan tersebut. Alisa juga dapat memahami perasaan haiwan-haiwan di situ. 5
Dari jauh, kelihatan seekor harimau yang gagah dan perkasa menuju ke Alisa dengan membawa sebuah kain kelabu. Dia berasa hairan tentang isi yang ada di dalam kain tersebut. Apabila harimau berada di hadapan Alisa, harimau tersebut melepaskan kain itu. 6
Mata Alisa membesar dan dia gembira apabila melihat banyak makanan dan buahbuahan yang lazat. Terdapat pisang, epal, anggur, dan sebagainya. Rupa-rupanya, harimau tersebut mempelawa Alisa untuk makan makanan daripada Hutan Magika. 7
Tidak ketinggalan juga, seekor burung helang yang besar membawa sebuah bekas air untuk Alisa. Bekas tersebut mempunyai air yang manis untuk Alisa minum. 8
Alisa berterima kasih kepada semua haiwanhaiwan di situ kerana telah melayannya dengan baik. 9
Tiba-tiba, sekumpulan burung terbang di langit dengan keadaan yang huru-hara. Alisa merasakan ada perkara buruk yang akan berlaku. Kemudian, dia melihat pula haiwanhaiwan di situ berlari ke arahnya. 10
Alisa mula berasa hairan dan panik apabila melihat gelagat haiwan-haiwan tersebut. Alisa berlari ke arah sebatang pokok tua yang tinggi dan besar untuk berlindung. 11
Seekor kancil memberitahu kepada Alisa bahawa terdapat sekumpulan pembalak haram datang untuk merosakkan Hutan Magika. 12
Bayang-bayang manusia mula muncul dari celah-celah hutan. Alisa terkejut apabila melihat sekumpulan pembalak haram membawa kapak dan gergaji. 13
Alisa marah dan cuba untuk menghalau mereka. Namun, kumpulan pembalak itu ketawa dan mengendahkannya. Alisa geram lalu dia berlari ke arah salah seorang pembalak dan menggigit kakinya. 14
Lelaki tersebut mengerang kesakitan lalu mencampakkan Alisa. Hal ini menyebabkan Alisa pengsan dan tidak menyedarkan diri. 15
Tanpa melengahkan masa, kumpulan pembalak mula menangkap haiwan-haiwan di situ. 16
Haiwan-haiwan yang lemah dan kecil berada di dalam ketakutan dan menjerit meminta tolong. 17
Keadaan di situ menjadi getir. Alisa yang pengsan tadi mula tersedar dan merayu untuk menghentikan aktiviti pembalakan haram. Namun, rayuan Alisa tidak berjaya. 18
Tiba-tiba, ngauman yang kuat dan garang bergema di hutan tersebut. Alisa dan kumpulan pembalak haram berasa takut. 19
Muncul seekor musang putih berekor tujuh daripada sebatang pokok tua yang besar dan tinggi itu. Kesemua haiwan menunduk tanda menghormati musang tersebut. 20
Musang itu mula mengaum dengan kuat sehingga membuatkan pembalak-pembalak itu melarikan diri lintang pungkang. 21
Alisa yang melihat kejadian itu berasa gembira kerana Hutan Magika dapat diselamatkan. Pandangan Alisa beralih kepada musang dan ia menyambut pandangan Alisa dengan wajah yang tenang. Alisa dapat mengetahui bahawa musang tersebut merupakan penjaga Hutan Magika. 22
Musang putih berekor tujuh berterima kasih kepada Alisa kerana telah menghormati dan menjaga alam sekitar di hutan itu. Lalu, ia menghadiahkan Alisa seutas rantai leher yang cantik. Jika Alisa berada di dalam bahaya, dia boleh menggunakan rantai itu. 23
Alisa berterima kasih kepada penjaga hutan kerana telah melindunginya dan juga Hutan Magika. Mereka meraikan kemenangan bersama-sama dan hidup dengan bahagia. 24
PENGAJARAN Kita perlu menjaga alam sekitar dengan tidak memusnahkannya. 1. 2. Kita perlu menghormati alam dan tempat yang lama. 3. Kita perlu menyayangi tidak kira pada manusia, haiwan, ataupun tumbuhan. PENGAJARAN Kita perlu menjaga alam sekitar dengan tidak memusnahkannya. 1. 2. Kita perlu menghormati alam dan tempat yang lama. 3. Kita perlu menyayangi tidak kira pada manusia, haiwan, ataupun tumbuhan.
Affendi, N. R. N. M. (2011). Pembentukan Emosi Kanak-Kanak Melalui Bahan Bacaan Sastera: Moulding Children's Emotion Through Literature Reading Materials. Jurnal Pengajian Melayu (Jomas), 22(1), 66-89. Http://Borneojournal.Um.Edu.My/Index.Php/ Jpm/Article/View/9651. Ali, T. I. M. T. M., Mamat, M., & Junaidi, R. (2020). Kearifan Tempatan Dalam Kulit Buku Sastera Kanak-Kanak Terpilih Terbitan Pts. Jurnal Peradaban Melayu, 15, 22-37. Http://Ojs.Upsi.Edu.My/Index.Php/Jpm/Artic le/View/4252. Amat, A. B. (2021). Hubungan Etnik Di Sabah: Satu Kajian Terhadap Cerpen-Cerpen Terpilih Penulis Sabah: Ethnic Relation In Sabah: An Observation In Selected Sabahan Short Stories. Pendeta, 12(2), 44-54. Http://Ojs.Upsi.Edu.My/Index.Php/Pendeta/ Article/View/5423.
Arumugam, K., Ali, R. M., & Deng, P. A. (2021). Pageturners Dalam Buku Cerita Bergambar Kanak-Kanak. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 9(1), 69-82. Http://Rumpunjurnal.Com/Jurnal/Index.Php /Rumpun/Article/View/143. Ayob, O., Chin, R., & Hassan, T. R. R. (2020). Analisis Dakwah Dalam Cerpen-Cerpen Terpilih Rejab Fi. Rumpun Jurnal Persuratan Melayu, 8(2), 49-59. Http://Rumpunjurnal.Com/Jurnal/Index.Php /Rumpun/Article/View/131. Aziz, S.A. & Hamid, S.H.A. (2021). Modul Penulisan Kreatif Sajak Cerpen Novel Filem. Persatuan Karyawan Pulau Pinang. Harmita, S., & Zulminiati, Z. (2023). Pengaruh Buku Cerita Sumbang Makan Dalam Budaya Minangkabau Terhadap Karakter Disiplin Di Taman Kanak-Kanak Hauriyah Halum. Jurnal Pendidikan Tambusai, 7(3), 23561-23569. Https://Www.Jptam.Org/Index.Php/Jptam/A rticle/View/10359.
Hasan, M.H. (2021). Perkembangan KanakKanak. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Isa, Z. M., Mustafa, M. C., Shamsudin, I. D., Bacotang, J., & Piragasam, G. A. G. (2021). Aktiviti Sokongan Bagi Perkembangan Bahasa Dan Komunikasi Kanak-Kanak: Support Activities For Development Of Child Language And Communication. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 10(2), 27-34. Http://Ojs.Upsi.Edu.My/Index.Php/Jpak/Arti cle/View/4095. Jaafar, J.L.S. (2002). Psikologi Kanak-Kanak & Remaja. Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mahmood, A.A.H. (2013). Penulisan Cerpen Dan Novel. Persatuan Seniman Dan Penulis Kelantan. Rahmat, H. (2006). Peranan Dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak. Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Sulaiman, N., & Amat, A. (2023). Wanita Dalam Cerpen Wadah 1986-1990: Suatu Perspektif Feminis. Jurnal Gendang Alam (Ga), 13(2). Https://Jurcon.Ums.Edu.My/Ojums/Index.Php/Ga /Article/View/4744. Thambu, N., & Jamil, Z. (2020). Pengalaman Mendengar Dan Membaca Buku Cerita Moral Sebagai Pemangkin Kecerdasan Visual-Ruang Kanak-Kanak Prasekolah: Moral Storytelling And Story Reading Experience As A Catalyst For Preschool Children's Visual-Spatial Intelligence. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9(1), 1-13. Http://Ojs.Upsi.Edu.My/Index.Php/Jpak/Article/V iew/2983. Timin, N.H.Y.N. & Ahmed, N. (2016). Menulis Buku Pertama. Dua Penulis Plt. Zalmi, R. Y., & Mahyuddin, N. (2021). Analisis Kesantunan Berbahasa Anak Pada Buku Cerita Bergambar Di Taman Kanak-Kanak. Jurnal Golden Age, 5(2), 482-492. Http://EJournal.Hamzanwadi.Ac.Id/Index.Php/Jga/Article /View/3957/0.
BUKU CERITA KANAK-KANAK DISEDIAKAN OLEH MUHAMMAD IRFAN