The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izzahshaarani, 2023-04-08 17:22:22

E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022

E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022

E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN EDISI KE-2 KALI INI MEMBAWAKAN SOROTAN PERISTIWA, PENCAPAIAN, PROGRAM DAN INFO TERBARU DARI UNIT KEUSAHAWANAN E-BULETIN EDISI 2 2022 U N I T K E U S A H A W A N A N P O L I T E K N I K N I L A I


ISI KANDUNGAN DARI MEJA PENGARANG PENCAPAIAN SEPANJANG 2022 AKTIVITI SEPANJANG 2022 INFO TAMBAHAN E-BULIETIN UNIT KEUSAHAWANAN POLITEKNIK NILAI EDISI 2022 SIDANG REDAKSI


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua. Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan berkat dan limpah kurnianya, E-Buletin Unit Keusahawanan Politeknik Nilai 2022 berjaya diterbitkan setelah sekian lama. E-Buletin ini merupakan keluaran edisi ke-2 oleh Unit Keusahawanan Politeknik Nilai. E-Buletin Keusahawanan ini merupakan salah satu medium merangkumkan perjalanan aktiviti dan sorotan kejayaan Unit Keusahawanan bagi tahun 2022. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada sidang redaksi, penyumbang artikel dan mereka yang terlibat secara langsung dan tidak lansung dalam penerbitan E-Buletin Keusahawanan ini. SUZANA BINTI ITHNAIN KETUA UNIT KEUSAHAWANAN POLITEKNIK NILAI Dari Meja Pengarang UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 01


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Taklimat Keusahawanan kepada pelajar baru sesi 2 2021/2022 telah diadakan pada 3/3/2022 di Dewan Sri Putra Politeknik Nilai. Para pelajar baru telah diberi pendedahan berkenaan unit keusahawanan dan program keusahawanan yang dijalankan di Politeknik Nilai. Dalam sesi taklimat ini juga telah dijalankan kuiz ringkas berkenaan Unit Keusahawanan Politeknik Nilai. Hadiah kepada pemenang kuiz telah disampaikan oleh Puan Suzana Binti Ithnaian, Ketua Unit Keusahawanan Politeknik Nilai. Tahniah dan selamat datang diucapkan kepada pelajar-pelajar baru! UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 02


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Tahniah di atas penganjuran program tersebut oleh Jabatan Agroteknologi dan BioIndustri (JAB) dan Unit Keusahawanan PNS. Terdapat pelbagai produk inkubator keusahawanan yang dipamerkan dan dibuka untuk jualan seperti tanaman hiasan, sayuran, cendawan kukur produk makanan dan banyak lagi. Program ini dilaksanakan sebagai usaha menghasilkan pelajar berciri keusahawan dan berniaga di dalam kampus. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 03


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 En. Mohd Saifuddin Ahmad pengasas Inkubator NFT Smart Kits Politeknik Nilai dijemput untuk menjadi salah seorang penceramah berkenaan Asas Pengenalan Tanah dan Tanaman Kaedah NFT. Beliau mambawa bersama seorang graduan Muhammad Aidil Kamalbahrin dan seorang pelajar Politeknik Nilai, Syafiqah Mohamad Ariff sebagai fasilitator. Program ini telah dianjurkan oleh Pertubuhan Gerak Tani Negeri Johor dan Usahasama Jabatan Pertanian Daerah Batu Pahat Peringkat Parlimen Batu Pahat. Program yang berlangsung selama 2 hari ini telah melihat sambutan Produk NFT Smart Kits sangat memberangsangkan dan keseluruhan set yang dibawa telah habis dijual kepada peserta program tersebut. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 04


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Pada 21 Mac 2023 telah diadakan sesi perkongsian ini telah melibatkan penyelaras inkubator keusahawanan Jabatan Agroteknologi dan Bio-industri. Sesi perkongsian telah disampaikan oleh Encik Saifuddin bin Ahmad, penyelaras Inkubator Keusahawanan NFT SMART KIT. Sesi kali ini juga telah dihadiri oleh Lar. Dr Fara Diba Binti Badrul Hisham, Ketua Jabatan Agroteknologi dan Bio-industri dan Pn Suzana Binti Ithnain, Ketua Unit Keusahawanan. Diharap perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua penyelaras inkubator. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 05


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Pada 21 Mac 2023 telah diadakan taklimat yang melibatkan pelajar semester 1 Diploma Hortikultur Lanskap dan Diploma Bioteknologi ini telah dihadiri oleh Ketua Jabatan Agroteknologi dan Bio-industri LAr Dr Fara Diba binti Badrul Hisham dan juga pensyarah inkubator keusahawan JAB. Melalui taklimat ini, pelajar telah didedahkan mengenai pengenalan kepada inkubator keusahawanan yang terdapat di JAB, aktiviti dan program yang dijalankan serta produk-produk yang telah berjaya dihasilkan. Dalam taklimat ini juga ketua jabatan menyampaikan hasrat untuk mewujudkan program pelapis dalam pelaksanaan inkubator keusahawanan di jabatan dalam memupuk ciri-ciri keusahawanan di kalangan pelajar. Melalui taklimat ini juga penyelaras-penyelaras inkubator turut memberi peluang kepada pelajar semester 1 yang berminat untuk menyertai inkubator keusahawanan. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 06


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Bertempat di Courtyard Jabatan Agroteknologi dan Bio-industri, pada 15 April 2022 telah diadakan Bazar Usahawan JAB yang telah berlangsung dengan jayanya bermula pada jam 2.30 - 5.00 petang. Pelbagai jualan seperti makanan, minuman, buahbuahan serta tanaman hiasan dan herba dijual di bazar tersebut. Bazar usahawan ini telah menghimpunkan peniaga-peniaga yang terdiri daripada pelajar dan juga peniaga jemputan luar. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 07


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Pada 20 Mei 2022, Unit Keusahawanan PNS telah menganjurkan Program Webinar Copywriting in Online Platform pada 20 Mei 2022. Webinar ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Norulhisyam Hassan, Master Trainer for Digital Entrepreneurship/eUsahawan TVET, MDEC. Program ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan berhubung copywriting dalam platform perniagaan secara atas talian kepada pelajar MPU22012 Entrepreneurship dari program Diploma Pengurusan Peruncitan, Diploma Sistem Maklumat Perniagaan, Diploma Kewangan dan Perbankan Islam dan Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan serta pelajar DPU30013 Digital Entrepreneurship dari Diploma Pengurusan Logistik dan Rantaian Bekalan. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 08


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Pada 21 Mei 2022, telah diadakan satu webinar perniagaan bagi pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM). Program ini dianjurkan oleh Unit Keusahawanan, Politeknik Nilai dengan kerjasama Penyelaras Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM). Webinar ini telah dihadiri oleh pelajar kelas DKM 4A, DEM 4A dan beberapa pelajar Jabatan Perdagangan. Penceramah jemputan adalah En. Mohd Norulhisyam Hassan yang merupakan seorang Master Trainer INSKEN dalam bidang pemasaran digital. Bengkel ini bertujuan untuk memberi tambah nilai kemahiran kepada pelajar dari segi pengetahuan dan kemahiran berkenaan pemasaran secara dalam talian menggunakan medium Shopee. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 09


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Pada 21 Mei 2022, telah diadakan satu kursus penanaman cendawan yang telah dianjurkan oleh inkubator cendawan yang diketuai oleh Puan Hazwani binti Husain dari Jabatan Agroteknologi dan Bio-industri (JAB). Kursus yang disampaikan oleh Ts. Dr. Azhar Mohamad dari Agensi Nuklear Malaysia ini telah membuka mata pelajarpelajar tentang teknologi terkini penanaman cendawan. Kursus ini turut menggalakkan pelajar untuk menceburi industri cendawan dari aspek keusahawanan. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 10


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Pada 26 Mei 2022, telah diadakan Bengkel Online Marketing bagi kursus MPU22012 Entrepreneurshio. Program ini dianjurkan oleh Unit Keusahawanan PNS dengan kerjasama Penyelaras Kursus MPU22012 Entrepreneurship Jabatan Agroteknologi dan Bio-industri. Bengkel ini telah dihadiri oleh pelajar Semester 2 Program Diploma Bioteknologi dan pelajar Semester 3 Program Diploma Hortikultur Landskap. Penceramah jemputan adalah Pn. Rozita Halina binti Rosli yang merupakan seorang Subject Matter Expert (SME) Digital Entrepreneurship. Bengkel ini bertujuan untuk memberi tambah nilai kemahiran kepada pelajar dari segi pengetahuan dan kemahiran berkenaan pemasaran secara dalam talian menggunakan medium Facebook, Instagram dan WhatsApp. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 11


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Program ini adalah bersempena Program Malaysia Agroculture, Horticulture and Agrotourism (MAHA) 2022 yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan kerjasama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Malaysia (MAFI) bermula pada 4-14 Ogos 2022 di Malaysia Agro Exposition Park (MAEPS) Serdang. Politeknik Nilai telah mengadakan pameran, educational talk dan demonstrasi produk-produk inovasi berkonsepkan TVET seperti Biogas Formation & IoT Transfer, Anaerobic Digester dan Smart Agro Monitoring. Seramai 11 orang pensyarah dan 8 orang pelajar terlibat dalam program tersebut. Pameran Agro-Youth Politeknik Nilai telah dilawati oleh YB Tan Sri Datuk Seri Panglima TPr Annuar Hj Musa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan beliau berminat dengan produk Smart NFT Kit yang sangat praktikal dan mampu milik untuk semua golongan. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 12


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 13


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Pada 4 Ogos 2022, sempena Program Kursus Asas PRS Bongsu telah dijalankan satu sesi lawatan pelajar Tingkatan 1 dan 2 dari SMK Desa Cempaka dan SMK Nilai Impian ke Makmal CADCAM dan Bengkel NFT JKM di bawah anjuran Unit Pengurusan Psikologi (UPPsi) dan PRS HEP. Pelajar telah dibawa melawat sekitar makmal CADCAM dan diberi penerangan oleh beberapa pegawai dan penyelia. Pelajar juga telah ditunjukkan dengan model NFT Smart Kit sebagai alternatif produk pertanian terkini yang telah berada di pasaran. Pelajar juga digalakkan untuk belajar menanam sendiri sayur-sayuran dan mencari kemahiran dalam kaedah pertanian moden. Dalam sesi lawatan ini, En. Mohd Saifuddin Ahmad telah menunjukkan teknologi IoT mampu memudahkan petani / peladang hari ini untuk mendapatkan hasil tanaman yang lebih baik dan mengurangkan tenaga kerja sedia ada. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 14


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Pada 17 Ogos 2022, telah diadakan Taklimat Keusahawanan sempena Minggu Suai Kenal Pelajar Baru bagi Sesi 1 2022/2023. Slot taklimat ke-2 ini diisi oleh Unit Keusahawanan PNS di mana Pn. Seri Nian Akmad telah memberikan penerangan dan huraian tentang fungsi unit dalam mencari serta mencungkil bakat pelajar-pelajar PNS serta memupuk minat mereka di dalam bidang usahawan. Satu kuiz ringkas berkenaan unit keusahawan juga telah diadakan kepada pelajar dan hadiah telah disampaikan oleh Puan Mastura Mamat pegawai keusahawanan dari Unit Keusahawanan PNS. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 15


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Pada 19 Ogos 2022, Inkubator Keusahawanan NFT Smart Kit telah menerima lawatan dari Sekolah Tahfiz Mithali Khalifah yang ingin melihat sendiri bagaimana proses pembuatan set NFT hidroponik dilakukan. Seramai 24 orang pelajar bersama 4 orang guru pengiring telah mengikuti sesi taklimat yang disampaikan oleh En. Mohd Saifuddin Ahmad. Apa yang lebih menarik pada sesi lawatan kali ini, pihak NFT Smart Kit telah memperkenalkan model terbaru iaitu Smart Agri Monitoring (StiGv.1) yang mengaplikasikan teknologi IoT sebagai sebahagian dari program pemodenan sektor pertanian yang bakal diperkenalkan pada komuniti. Pada akhir sesi lawatan, penyampaian cenderahati telah disampaikan kepada pihak sekolah sebagai kenangkenangan. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 16


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Program ini dianjurkan oleh Politeknik Nilai bersama Politeknik METrO Johor Bahru (PMJB) dan Bahagian Ambilan & Pembangunan Pelajar, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (BAPP, JPPKK). Program ini berlangsung mulai 23-25 Ogos 2022 bertempat di Bangi Golf Resort, Selangor. Program ini berkonsepkan pertandingan yang bermula pada bulan Jun sehingga bulan Oktober 2022. Ianya bertujuan untuk melahirkan usahawan pelajar semasa dalam pengajian dan memberi pendedahan terhadap strategi pemasaran. Peserta pertandingan COMPETE @MOHE'22 ini melibatkan pelajar daripada Universiti Awam, Politeknik dan Kolej Komuniti. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 17


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 18


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Pada 19 September 2022, telah diadakan program New Breed Marketing Entrepreur oleh FAMA dengan kerjasama Unit Keusahawanan Politeknik Nilai. Program yang telah disertai oleh pelajar keusahawanan MPU22012 Entrepreuership ini dimulakan dengan lawatan ke Kodai.my serta penerangan berkenaan projek eduhub@PNS. Seterusnya para peserta telah mengikuti 2 modul iaitu Modul 1: Agrobazaar Online dan Modul 2: Pemasaran Digital NBME. Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pn. Habibah binti Sulaiman, Pengarah Kanan Bahagian Pembangunan Modal Insan FAMA turut serta Tuan Pengarah Politeknik Nilai, Haji Wan Zulkifly bin Wan Zakaria, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Shuharzi bin Md. Salleh, Pn. Suzana binti Ithnain, Ketua Unit Keusahawanan, pegawai-pegawai FAMA serta para pensyarah Politeknik Nilai. PAGE| 19


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Pada 27-29 September 2022, seramai 6 orang pelajar Inkubator Keusahawanan Nursery dengan produk tanaman strawberi dan monstera, Inkubator Keusahawanan Cendawan dengan produk Mee Cendawan Sizzling Segera dan Keusahawanan Sabun dan Mooncake telah menyertai pameran keusahawanan sempena Festival Agro Makanan dan Bioteknologi 2022 (FAMB 2022) anjuran bersama Bahagian Kurikulum JPPKK dan Politeknik Jeli Kelantan (PJK). Seramai 12 orang pelajar JAB dan 3 pensyarah termasuk Ketua Jabatan JAB menyertai Festival kali ini. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 20


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Pada 30 September hingga 2 Oktober 2022, bersempena dengan Majlis Konvokesyen Politeknik Nilai kali ke-10, telah diadakan Festival Konvokesyen Politeknik Nilai ke-10 (FESKOP10). Jawatankuasa penganjuran FESKOP10 dengan kerjasama Unit Keusahawanan Politeknik Nilai telah menganjurkan pelbagai aktiviti dan acara antaranya gerai jualan, permainan rakyat, sukan bersama komuniti, pertandingan mewarna, persembahan Malam Gema PNS dan banyak lagi. Majlis Perasmian FESKOP10 telah disempurnakan oleh Pengarah Politeknik Nilai Tuan Haji Wan Zulkifly bin Wan Zakaria. Aktiviti dan acara yang diadakan di sekitar Politeknik Nilai bersempena dengan FESKOP10 ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pengunjung dan juga komuniti setempat. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 21


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 22


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Program Business Opportunity Carnival telah diadakan di tapak Festival Konvokesyen Politeknik Nilai Kali Ke-10 (FESKOP10) pada 30 September 2022 bagi memeriahkan lagi FESKOP10 . Pelbagai aktiviti menarik seperti jualan, Pertandingan Business Pitcing, Top Sales, Usahawan Kreatif dan Best Challenge (Business Product) juga mendengar ceramah bertajuk 'Menerokai Dunia Perniagaan Digital' bersempena Majlis Konvokesyen Politeknik Nilai Kali Ke-10 pada 30 September 2022 (Jumaat) di Tapak FESKOP10 bermula jam 7.30 pagi hingga 1.00 petang. Pelajar yang mengambil kursus keusahawanan semester ini telah terlibat dalam program ini dengan mengetengahkan pelbagai jenis produk. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 23


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Program ini telah berlangsung di Dewan Sri Putra, Politeknik Nilai pada 3 Oktober 2022 yang melibatkan penceramah-penceramah hebat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Koperasi Co-Op Bank Malaysia Berhad dan Shopee Malaysia. Program ini telah disempurnakan perasmiannya oleh Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merangkap Pengerusi SSM. Program yang mensasarkan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) seramai 500 orang ini bertujuan untuk memberi kemahiran peserta dengan selok belok perniagaan melalui penerapan nilai-nilai perniagaan yang lebih komperehensif dan praktikal. Dalam majlis perasmian program ini juga Politeknik Nilai telah menerima Agihan Wakalah Zakat Korporat bernilai RM7500, manakala Kolej Komuniti Jempol, Giatmara Negeri Sembilan dan Politeknik Port DIckson menerima sebanyak RM5000. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 24


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Inkubator Keusahawanan NFT Smart KIt telah membawa cabaran Polyskills tahun 2022 setelah 2 tahun menunggu. Dua peserta dari apprentice 5 NFT Smart Kit hari ini berentap bagi membuktikan kemahiran mereka dalam merekabentuk dan menyiapkan projek akuaponik bagi salah satu kategori yang dipertandingkan di Polyskills kali ini. Tahun ini Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) dan Politeknik METro Johor Bahru (PMJB) telah menjadi penganjur bersama bagi pelbagai kategori yang dipertandingkan. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 25


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 IJabatan Agroteknologi dan Bio-Industri (JAB) dengan kerjasama Unit Keusahawanan Politeknik Nilai telah mengadakan Program Bazar Usahawan JAB pada 17 Oktober 2022 di pekarangan JAB bermula jam 12.00 tengah hari hingga 5.00 petang. Pelbagai makanan dan minuman dijual di gerai-gerai yang disediakan. Tuan Pengarah Politeknik Nilai, Haji Wan Zulkifly Wan Zakaria turut bersama memeriahkan program tersebut. Program ini juga menyokong Kempen PNS Tanpa Plastik Sekali Guna iaitu menggunakan bekas makanan terbiodegradasi (biodegradable). UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 26


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Politeknik Melaka telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan Kursus Rekabentuk Grafik Zon Melaka dan Negeri Sembilan yang berlansung pada 16-18 Oktober 2022. Program ini adalah merupakan latihan yang dilaksanakan kepada 30 peserta terpilih yang terdiri daripada pelajar semester akhir politeknik dan kolej komuniti zon Melaka dan Negeri Sembilan. Program ini bertujuan untuk mengembangkan dan mempromosikan produk perniagaan pelajar melalui platform digital. Politeknik Nilai telah menghantar 5 orang pelajar dari Jabatan Perdagangan dan Jabatan Agroteknologi dan Bio-industri bagi mengikuti kursus ini. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 27


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Celcom Siswapreneur@Google Bootcamp 2022 yang telah berlansung pada 29-30 Oktober 2022 ini merupakan inisiatif lanjutan Celcom Axiata Berhad dengan kerjasama Google. Inisiatif ini adalah selaras dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan lebih ramai usahawan dikalangan pelajar yang berfokuskan inovasi dan digital yang kompetetif dan berjaya. Penyertaan program ini adalah terbukan kepada IPTA dan juga IPTS, Politeknik dan Kolej Komuniti bagi mengikuti kursus yang diiktiraf Google dimana peserta diberi pengetahuan dan pendedahan mengenai ilmu keusahawanan digital dan teknologi. Peserta juga telah didedahkan dengan program bual bicara di ana para usahawan berjaya berkongsi pengalaman mereka. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 28


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Pada 20 Oktober 2022 yang lalu telah diadakan majlis perasmiaan penutup COMPETE@MOHE'22) bertempat di Hotel Amari Johor Bahru. Acara penyampaian hadiah bagi pertandingan ini telah disempurnakan oleh Pn. Norisma Mohd Ismail, Setiausaha Bahagian, Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pengajian Tinggi. Program ini turut dijayakan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan antaranya TEKUN Nasional, SME Corp. Sdn. Bhd, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Holistic Lab Sdn. Bhd, A Plus DT Group Sdn. Bhd. dan HA Southern Global Sdn. Bhd. Politeknik Nilai telah memenangi PERAK menerusi Nurul Anis Mohd Hata dan 2 GANGSA menerusi Farah Nur Idayu Fadzil Muhamad dan Siti Nabiha Mohd Yazid. Tahniah dan syabas kepada pelajar yang terlibat juga kepada mentor mereka iaitu Pn. Nur Aliyah Azizi dan Pn. Hazwani Husain. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 29


E-BULETIN UNIT KEUSAHAWANAN 2022 Inkubator keusahawanan NFT Smart Kit Politeknik Nilai telah mewakili Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) di dalam Pertandingan Usahawan Inovasi Piala Menteri Pengajian Tinggi 2022 baru-baru ini. Mempertaruhkan produk NFT Smart Kit dan Smart Urban Farming Monitoring (SUFmVr.1), pasukan NFT Smart Kit telah berjaya ke peringkat separuh akhir iaitu 10 kumpulan terbaik dari 30 penyertaan dari seluruh IPTA/S seluruh Malaysia. Pasukan NFT Smart Kit melalui mentor En. Mohd Saifuddin Hj. Ahmad telah membawa 5 orang pelajar apprentice 4 dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal iaitu Nur Fardhilah Firdaus binti Zulkefli, Nur Syamimi binti Mohd Azlan, Nur Maizatul Syafiqah binti Zamani, Mohamad Rafiqi Rusyaidi bin Mohamed Azali dan Khairuiman Mahamud bin Khairuzaman. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 30


AGROPRENEUR MUDA I N F O T A M B A H A N Geran Agropreneur Muda (GAM) adalah bantuan daripada kerajaan kepada Agropreneur Muda bagi membantu mereka meminimakan impak kewangan dalam menjalankan perniagaan. Geran ini diberi dalam bentuk barangan (nilai maksima RM20,000.00 per individu) dan ianya tidak perlu dibayar balik. Hasil dan impak pemberian geran diharap dapat memberi kesan jangkamasa panjang pada perniagaan dan faedah ekonomi kepada penerima geran. Geran Agropreneur Muda (GAM) TIGA (3) JENISBANTUAN YANG DITAWARKAN BAGI PROGRAM INI MELIPUTI: Pakej Pembiayaan dengan kadar keuntungan sebanyak dua peratus (2%) setahun bagi pembesaran projek pertanian yang telah beroperasi sekurang-kurangnya satu (1) tahun dengan had maksimum pembiayaan daripada agensi pembiaya seperti berikut: TEKUN Nasional – Sehingga RM 50,000 bagi setiap projek Agrobank – RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi setiap projek Khidmat secara intensif yang bersesuaian melalui program-program yang akan dilaksanakan oleh Jabatan/Agensi atau Syarikat yang dilantik oleh MAFI berkaitan dengan projek yang dijalankan. Individu yang berkelayakan berpendapatan kurang RM5,000.00 sebulan dan berumur antara 18 - 40 tahun. Pembiayaan Khidmat nasihat teknikal dan latihan Kumpulan Sasar UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 31


Visi & Misi Visi "Untuk menjadi e-dagang yang aktif dan mampan bagi produk pertanian yang dibina di atas kekuatan masyarakat tempatan, serantau dan global." Misi "Menyediakan infrastruktur edagang bertaraf dunia dan operasi untuk memberi luang pasaran baru dan mampan bagi produk agro melalui pertumbuhan komuniti atas talian dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat tani dan masyarakat." AGROBAZAAR ONLINE F A M A AGROBAZAAR ONLINE Platform pemasaran maya produk pertanian dan agro-makanan yang menemukan pengeluar, pengilang, pembekal dan pengguna. Luang pasaran baru dan mampan bagi produk pertanian dan agromakanan dengan mewujudkan komuniti atas talian untuk meningkatkan kualiti hidup masyarakat tani. Komponen utama : Latihan, Khidmat Sokongan, Platform Perdagangan, Pembangunan Komuniti, Rantaian Nilai Perniagaan Atas Talian dan Luar Talian. UNI T K EUSAHAWANAN POL I T E KNI K NI LAI PAGE| 32


KETUA PENGARANG Suzana binti Ithnain (Ketua Unit Keusahawanan) SIDANG REDAKSI E-BULETIN PENAUNG Tn. Hj. Wan Zulkifly bin Wan Zakaria (Pengarah Politeknik Nilai) Editor Nurul Izzah binti Shaarani Editor Seri Nian binti Akmad Editor Idayazra binti Suri Editor Mastura binti Mamat


Click to View FlipBook Version