The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by panitiasaga2020, 2020-04-09 19:35:58

KAD FORMULA SEJARAH

KAD FORMULA SEJARAH

OLEH: HANITA BINTI LADJAHARUN & SHAMSUDDIN FRANS

KAD FORMULA SEJARAH merupakan sekeping kad yang mempunyai tiga bahagian yang terdiri dari Easy Body KBAT, IMPAK dan E-
WACANA. Pada mulanya, KAD FORMULA SEJARAH dihasilkan untuk membantu murid menjawab soalan KBAT Sejarah SPM khususnya
Kertas 2 dan Kertas 3. Kini, kad ini juga sesuai digunakan oleh murid tingkatan 1 hingga 5. Berdasarkan analisis terhadap soalan-soalan SPM,
guru mendapati terdapat kekerapan soalan yang boleh menerima jawapan yang lebih kurang sama. Oleh itu guru telah menyusun dan
membahagikan jawapan berkaitan kepada dua kumpulan yang utama iaitu Easy Body KBAT dan IMPAK. Kedua-dua kumpulan jawapan ini
terdiri dari fakta atau kata kunci yang ringkas sebagai panduan untuk murid menulis jawapan. Bagi memudahkan lagi murid menulis ayat yang
lengkap dan tersusun, guru telah menghasilkan satu bahagian lagi kumpulan jawapan iaitu E-WACANA yang terdiri dari senarai wacana yang
boleh digunakan menghasilkan jawapan yang kemas dan tersusun.

Easy Body KBAT merupakan jawapan yang dihasilkan berdasarkan anggota badan. Murid hanya perlu mengaitkan anggota badan dengan fakta
atau kata kunci yang bersesuaian untuk menghasilkan jawapan. Contohnya, kepala atau otak dikaitakan dengan pemikiran kreatif, inovatif, kritis,
rasional, matang dan positif. Berdasarkan perkataan-perkataan tersebut murid boleh membuat ayat lengkap untuk menhasilkan jawapan.
Contohnya:

SPM 2008
Soalan 9
(c) Apakah peranan generasi muda Malaysia dalam memajukan ekonomi negara. (4M)
Peranan generasi muda Malaysia dalam memajukan ekonomi negara ialah berfikir secara kritis dan kreatif bagi menghasilkan produk baru
tanpa bergantung terhadap produk luar negara. Contohnya, ... (berikan contoh yang sesuai)

SPM 2009
Soalan 2
(e) Pada pandangan anda, apakah iktibar dari Zaman Renaissance untuk kemajuan negara. (2M)
Iktibar dari Zaman Renaissance ialah kita hendaklah berfikir secara kritis dan kreatif bagi menghasilkan produk baru tanpa bergantung
terhadap produk luar negara. Contohnya, ... (berikan contoh yang sesuai)

IMPAK merupakan fakta atau kata kunci yang sesuai untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan kepentingan, kebaikan, manfaat,
penghayatan dan kesan. Jika soalan berkaitan memerlukan kesan negatif atau buruk murid perlu menggunakan fakta atau kata kunci yang sama
tetapi perlu mengubahsuai ayat agar sesuai dengan keperluan soalan. Contohnya: Perlembagaan sangat penting bagi sesebuah negara untuk
menjamin keamanan yang berterusan. Jika soalan meminta murid memberikan kesan buruk atau negatif ialah Sekiranya masyarakat tidak
menghormati dan mematuhi perlembagaan maka keamanan negara akan terjejas. Oleh itu, dengan kata kunci yang sama murid boleh
menghasilkan jawapan impak positif atau impak negatif bergantung kepada kehendak soalan.

SPM 2009
Soalan 1

(e) Pada pandangan anda, apakah kepentingan undang-undang dalam kehidupan manusia. (2 Markah)
Pada pandangan saya, kepentingan undang-undang dalam kehidupan manusia ialah menjamin keselamatan negara agar masyarakat hidup
aman tanpa jenayah seperti pembunuhan dan rompakan.

SPM 2015
Soalan 2
(d) Mengapakah Pakatan Murni penting dalam pembentukan negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat?
Pakatan Murni penting dalam pembentukan negara dan bangsa Malaysia yang berdaulat bagi menjamin perpaduan masyarakat yang
berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan India agar sentiasa bertolak ansur.

SPM 2018
Soalan 7
(a) Mengapakah perpaduan bangsa diberikan keutamaan? (4m)
Perpaduan bangsa diberikan keutamaan bagi menjamin kestabilan politik agar negara mampu mencapai kemajuan dalam pelbagai bidang
seperti pendidikan.

E-WACANA akan membolehkan murid membuat jawapan esei yang lebih tersusun. Contohnya:

Soalan: Nyatakan syarat-syarat menjadi khalifah.

Jawapan: Antara syarat menjadi khalifah ialah calon mestilah lelaki. Selain itu, calon khalifah mestilah beragama Islam. Di samping itu,
calon juga hendaklah berpengetahuan luas tentang Islam. Seterusnya, calon khalifah juga hendaklah mempunyai akhlak yang baik. Akhir
sekali, calon mestilah sanggup melaksanakan hukum Allah SWT.
.


Click to View FlipBook Version