The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by m-9542430, 2021-06-20 11:44:36

BOLA BALING

E-BULLETIN

CARTA
ORGANISASI





RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN

Kuiz tentang Ogos Gerko Maya atas Talian AJK dan PIKeBM
Kemahiran Bola Baling Guru Penasihat
September Gerko Maya atas Talian PIKeBM
Penilaian Gerko Oktober Gerko Maya atas Talian AJK dan PIKeBM
Januari Guru Penasihat PIKeBM
Mesyuarat AJK Baru Februari Padang Sekolah PIKeBM
2021 Mac Padang Sekolah AJK dan PIKeBM
Aktiviti Suai Kenal April Padang Sekolah Guru Penasihat PIKeBM
Mei Padang Sekolah PIKeBM
Latihan Teknik Bola Jun Padang Sekolah AJK dan PIKeBM
baling Padang Sekolah Guru Penasihat
Latihan Teknik Bola
baling AJK dan
Latihan Teknik Bola Guru Penasihat
baling
Latihan Teknik Bola AJK dan
baling Guru Penasihat
Latihan Teknik Bola
AJK dan
Guru Penasihat

AJK dan
Guru Penasihat

AJK dan

TARIKH AKTIVITI OGOS
2020-JUN 2021

TARIKH AKTIVITI LOKASI
29/08/2020 Google Meet
10/10/2020 Gerko Maya Ke-6 Google Meet
11/10/2020 Block C
20/02/2021 Hari Sukan Negara Google Meet

13/03/2021 Penilaian Gerko Kawasan Rumah
Gerko Maya ke- Masing-masing
10/04/2021 2(Mesyuarat Agung
24/04/2021 Tahunan Rumah Sukan Google Meet
19/06/2021 Google Meet
26/06/2021 Gerko Maya ke-3 Google Meet
10/07/2021 (Kejohanan Merentas Google Meet
31/07/2021 Desa) Google Meet
14/08/2021 Google Meet
28/08/2021 Gerko Maya ke-4 Google Meet
Gerko Maya ke-5 Google Meet

Gerko Maya ke-6

Gerko Maya ke-7

Gerko Maya ke-8

Gerko Maya ke-9

Gerko Maya ke 10

Gerko Maya ke-
11(Penilaian Gerko
Tingkatan 5&Mesyuarat

GAMBAR-GAMBAR
AKTIVITI





BOLA BALING

Bola baling (juga dikenali sebagai bola baling berpasukan, bola
baling Eropah atau bola baling Olimpiialah sukan berpasukan di
mana dua pasukan yang terdiri daripada tujuh pemain setiap pasukan
(enam pemain gelanggang luar dan penjaga gawang) menghantar

bola menggunakan tangan mereka dengan tujuan untuk
membalingnya ke dalam gawang pasukan lain. Perlawanan yang

piawai terdiri daripada dua masa 30 minit, dan pasukan yang
menjaringkan lebih banyak gol menang.

PENGENALAN

• Bola Baling boleh dimainkan sama ada di
dalam atau luar dewan. Peralatan yang
diperlukan adalah tidak banyak. Apa yang
diperlukan ialah padang atau gelanggang
(tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan
14 orang pemain (tujuh orang sepasukan). Dua
orang pengadil diperlukan untuk mengawal
permainan.

GELANGGANG BOLA BALING DAN UKURAN PADANG/GELANGGANG
(KAWASAN PERMAINAN)
Permukaan gelanggang mestilah keras dan rata. Gelanggang yang

digunakan boleh merupakan gelanggang berumput di padang terbuka atau
gelanggang bersimen atau berparket di dalam dewan yang tertutup.
Gelanggang permainan berbentuk segiempat bujur, 40 meter panjang di
garisan tepi dan 20 meter lebar di garisan gol. Gelanggang permainan
dibahagikan kepada dua bahagian yang sama luas oleh satu garisan tengah.
Setiap kawasan gol mengandungi satu garisan kawasan go yang berjejari 6
meter dari tepi dalam tiang gol. Garisan balingan percuma adalah putus-
putus dan berjejari 9 meter dari tepi dalam tiang gol. Panjang garisan
penalti ialah 1 meter dan berjarak 7 meter dari tengah garisan gol. Panjang

garisan penjaga gol pula ialah 15 cm dan jaraknya dari tengah garisan gol
ialah 4 meter. Di dua garisan tepi, terdapat dua garisan pertukaran pemain
dengan panjang 15 cm dan jaraknya dari garisan tengah ialah 4.5 meter.
Semua garisan dalam gelanggang perlu ditandakan secara jelas dengan
ukuran selebar 5 cm.

BOLA
Bola harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah
berwarna yang tidak terlalu keras. Berat dan lilitan bola untuk setiap
kategori pemain adalah seperti berikut :
1. Lelaki dan remaja lelaki (16 tahun ke atas) Bola saiz 3. Berat antara 425 g
sehingga 475 g. Lilitan antara 58 cm hingga 60 cm.
2. Wanita dan remaja perempuan (14 tahun ke atas) dan remaja lelaki (12
tahun sehingga 16 tahun) Bola saiz 2. Berat antara 325 g hingga 375 g.
Lilitan antara 54 cm hingga 56 cm

3. Remaja perempuan (8 tahun hingga 14 tahun) dan remaja lelaki (8 tahun hingga 12
tahun) Bola saiz 1. Berat antara 290 g hingga 330 g. Lilitan antara 50 cm hingga 52 cm.

Biasanya, dua biji bola yang telah diperiksa dan disahkan oleh pengadil akan
disediakan bagi setiap perlawanan. Bola yang digunakan dalam sesuatu perlawanan
tidak boleh ditukar ganti kecuali dengan sebab-sebab tertentu. Di peringkat
antarabangsa, hanya bola yang ditandakan dengan logo IHF (Kesatuan Bola Baling
Antarabangsa) dibenarkan dalam sesuatu pertandingan.

TIANG GOL
Tiang gol perlu diletakkan di tengah-tengah garisan
gol. Tiang gol terdiri daripada dua batang tiang tegak
yang panjangnya 3 meter dan tingginya 2 meter.
Kedua-dua tiang ini disambungkan oleh sebatang
palang empat segi yang panjangnya 3.16 meter. Tiang
gol diperbuat daripada kayu atau bahan sintetik yang

serupa dan dicat dengan warna yang sama dengan
ukuran 28 cm. Di bahagian lain tiang gol dan palang
ialah 8 cm.

PEMAIN DAN PAKAIAN
Pakaian untuk pemain lelaki dan pemain perempuan terdiri
daripada baju lengan pendek atau panjang, seluar pendek,
stoking dan kasut biasa atau but. Semua pemain gelanggang
hendaklah berpakaian serupa (seragam) kecuali penjaga gol
yang perlu memakai warna pakaian yang berlainan daripada
pemain lain dalam pasukannya dan pemain pasukan lawan.
Pemakaian segala alat yang dianggap berbahaya kepada
pemain-pemain adalah tidak dibenarkan. Setiap pasukan Bola
Baling perlu terdiri daripada 12 orang pemain, iaitu 10 orang
pemain gelanggang dan dua orang penjaga gol. Pemain-pemain
dibenarkan memakai jersi bernombor antara 1 orang hingga 20.
No 1, 12 dan 16 dikhaskan untuk penjaga gol sahaja manakala
nombor-nombor lain adalah untuk pemain-pemain gelanggang.

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN BOLA
BALING
1. Berlari
2. Melompat
3. Hantaran bola
4. Menyambut bola
5. Menggocek bola dengan tangan
6. Mengadang
7. Menjaring
8. Menjaga gol

Di dalam blog ini, saya akan
menerangkan hanya 3 sahaja kemahiran
asas dalam Bola Baling dan prinsip sains

yang berkaitan dengan kemahiran
tersebut.

3 kemahiran asas tersebut ialah :
1. Hantaran bola

2. Menangkap bola
3. Menjaring

1.KEMAHIRAN PERTAMA :
HANTARAN BOLADalam
permainan Bola Baling terdapat
beberapa cara penghantaran
bola yang sama dengan cara-
cara yang digunakan dalam
permainan bola keranjang dan
bola jaring. Jenis hantaran yang
biasa digunakan adalah seperti
berikut :

2.a) Hantaran bahu
3.b) Hantaran lantun
4.c) Hantaran aras dada
5.d) Hantaran lompat
6.e) Hantaran sisi

1.PRINSIP ASAS HANTARAN
BOLAKeberkesanan sesuatu
hantaran bola oleh seorang
pemain bola dilihat dari sejauh
mana hantaran itu memenuhi
prinsip-prinsip asas yang
berikut:

2.a) Suai-masa (timing) – bilakah
bola patut dilepaskan?

3.b) Ketepatan – adakah bola
ditujukan kepada sasarannya?

4.c) Arah – ke manakah bola
dihantar supaya permainan
menjadi positif?

5.d) Kekuatan – sekuat manakah
bola patut di baling dalam
situasi yang dihadapi oleh
pemain supaya sesuai dengan
jarak dan kedudukan pemain

PRINSIP SAINS DALAM HANTARAN
Dalam kemahiran hantaran, prinsip sains yang berkaitan ialah sistem tuas. Tuas ialah
suatu struktur yang teguh yang diengselkan pada satu titik dan daya diaplikasikan
kepada kedua-dua titik lain (Hay,1985). Tuas tubuh badan adalah penting untuk
menghasilkan pergerakan yang berkesan terutama ketika membuat hantaran di
dalam permainan Bola Baling. Kemahiran hantaran bola berkait rapat dengan sistem
tuas kelas ketiga. Hal ini disebabkan salah satu fungsi tuas yang berikut:
a) Ia membolehkan rintangan yang lebih besar dari kuasa yang diaplikasikan diatasi.
b) Untuk menambahkan kelajuan sesuatu halangan atau rintangan yang bergerak
atau menambahkan jarak pergerakan sesuatu rintangan. Konsep – konsep Penting
dalam Sistem Tuas
1. Daya – usaha di mana otot menghasilkan daya.
2. Beban/rintangan – sebarang objek yang digerakkan atau anggota-anggota badan
itu sendiri.
3. Paksi/fulkrum – sendi
4. Lengan daya dan lengan beban.
a) Lengan daya (LD) yang lebih panjang membolehkan beban yang lebih diangkat.
b) Lengan beban (LB) yang lebih panjang membolehkan kelajuan yang lebih
dihasilkan.

Kesimpulannya, sistem tuas membolehkan pemain membuat
hantaran menggunakan daya yang terdapat di lengannya. Apabila
bola berada di tapak tangan pemain, lengan menjadi daya kepada
bola tersebut untuk bergerak manakala siku sebagai fulkrum atau
sendi yang berfungsi untuk menggerakkan bola tersebut. Oleh itu,
jika lengan mengenakan daya yang kuat ke atas bola tersebut maka
bola itu akan bergerak dalam kelajuan yang tinggi dan menyebabkan
hantaran bola itu berlaku dengan cepat.

KEMAHIRAN KEDUA : MENANGKAP BOLA
Prinsip utama dalam menangkap bola adalah mengawal, mematikan kelajuan bola, memegangnya
dengan baik dan terus mengawalnya dengan menggunakan kedua-dua belah tangan yang
berkedudukan relaks. Pelbagai cara tangkapan boleh dilakukan dengan paling penting ialah setiap
tangkapan hendaklah dilakukan dengan tepat tanpa mengira kelajuan atau jenis hantaran yang
dibuat oleh rakan. Bagaimanapun, tangkapan yang tepat dan betul bermula daripada lontaran atau
hantaran yang tepat atau sempurna.
Untuk menangkap bola dengan tepat dalam apa jua keadaan dan situasi permainan, seorang pemain
mestilah memberikan perhatian pada faktor-faktor berikut:
1. Penglihatan pemain hendaklah fokus pada bola dan penghantarnya.
2. Kedua-dua belah tangan direntangkan dan dijulurkan ke arah bola.
3. Tangan dan jari hendaklah dalam kedudukan terbuka semasa membuat tangkapan. Ibu jari
berfungsi sebagai penahan bola.
4. Setelah berjaya ditangkap, bola hendaklah dirapatkan ke dada dalam kedudukan yang selamat.
5. Kedudukan sebelah kaki hendaklah ke depan dan harus berjarak seluas bahu dengan kaki
belakang.
6. Sepanjang pergerakan untuk menangkap bola, pemain hendaklah berada dalam kedudukan
seimbang.
7. Bola yang diterima berada di atas pinggang perlu ditangkap dengan tangan terbuka dan jari-jari
menunjuk ke atas dengan ibu jari membentuk W di belakang bola. Untuk bola yang berada di bawah
pinggang, tangan diterbalikkan dan bola disentuh hanya pada jari. Untuk menangkap bola terlalu
rendah, satu kaki dikeluarkan ke depan, lalu lutut membengkok dan tangan terbalik. Pemain perlu
berupaya menangkap pelbagai hantaran seperti hantaran tinggi, hantaran rendah dan hantaran sisi
sama ada dalam kedudukan bergerak atau statik.

CARA MENANGKAP BOLA
1. Dengan kedua-dua belah tangan – bola aras muka Apabila
hendak menangkap bola setinggi aras muka, pemain seboleh-
bolehnya hendaklah berada di belakang hala pergerakan bola
itu. Kedua-dua belah tangan dihulur secara lurus ke hadapan
untuk menangkap bola. Sebaik sahaja ditangkap bola
hendaklah dibawa dekat badan untuk kawalan yang lebih baik.
2. Dengan kedua-dua belah tangan – bola rendah Untuk
menangkap bola rendah pemain perlu merendahkan badannya
dan kedua-dua belah tangan dihulur untuk menerima bola yang
menuju kepadanya. Jari-jari menghala ke bawah semasa
menangkap bola.

3. Menangkap bola dengan sebelah tangan Cara ini hanya
dapat dilakukan dalam situasi apabila penerima bola tidak
menghadapi tekanan atau gangguan daripada pihak lawan
semasa hantaran dibuat. Penerima hendaklah memperhatikan
bola sehingga dapat ditangkapnya. Untuk kawalan bola yang
kemas, keseluruhan tapak tangan yang menangkap bola
hendaklah berada di belakang bola.
4. Menangkap bola tinggi Jika perlu pemain hendaklah
melompat untuk menangkap bola hantaran tinggi. Faktor yang
sangat penting dalam situasi ini adalah lompatan hendaklah
dibuat pada masa yang tepat. Kedua-dua belah tangan dihulur
ke atas untuk menangkap bola. Sebaik sahaja mendarat, bola
hendaklah dibawa rapat ke badan supaya dapat mengawalnya
dengan lebih kemas.

KESALAHAN-KESALAHAN MENANGKAP BOLA
1. Memegang bola menggunakan jari dan tidak
menggunakan tapak tangan.
2. Tangan yang dijulurkan ke depan berada terlalu

rendah dan tidak pula berada terlalu jauh di belakang.
3. Tidak menggunakan pergelangan tangan.
4. Genggaman yang tidak kemas.
5. Tangkapan yang salah dan tidak mengikut situasi
permainan.

SAINS DALAM MENANGKAP BOLA
Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains yang berkaitan ialah Hukum
pertama Newton iaitu Hukum Inersia. Inersia ialah suatu objek yang tidak bergerak
akan berada di dalam keadaan itu kecuali diganggu oleh daya luar. Jika bergerak, ia
akan bergerak terus dalam arah yang sama dan dalam garisan lurus melainkan jika
diganggu oleh daya luar.
Konsep – konsep Penting dalam Inersia
1. Otot – otot besar menghasilkan daya lebih berbanding dengan otot – otot kecil.
2. Sedikit daya diperlukan untuk mengekalkan kelajuan dan arah (momentum)
objek yang sedang bergerak. 3. Daya yang lebih perlu untuk menghentikan objek
yang berat dan bergerak cepat (menyerap momentum)

Dalam kemahiran menangkap bola, tangan dihulur keluar ketika menangkap bola
dan tangan ditarik ke dada bagi menyerap inersia yang terdapat pada bola tersebut.
Perkara ini dilakukan supaya tangkapan bola itu menjadi kemas dan bola tidak
mudah terlepas apabila bola berada di tangan pemain. Hal in juga dapat
mengelakkan berlakunya kecederaan terhadap pemain ketika bola ditangkap.

KEMAHIRAN KETIGA : MENJARING BOLA
Bola baling ialah sukan yang berkisar tentang menjaringkan gol. Sudah tentu
pemain dan penonton akan berasa puas hati dan gembira apabila gol berjaya

dihasilkan, terutamanya jika hasil gol itu dianggap menarik. Dianggarkan purata
jumlah gol yang mampu dijaringkan dalam suatu permainan bola baling adalah
40 gol. Maka, bola baling merupakan permainan yang banyak menghasilkan gol.
Walaupun kemahiran menjaringkan gol dijangkakan dapat dilakukan oleh semua
pemain kecuali penjaga gol, namun kelebihan dari segi keupayaan perlu ada
pada pemain barisan belakang yang sememangnya ditugaskan menjaringkan gol.
Manakala pemain-pemain lain lebih bertanggungjawab dalam mengatur dan
melaksanakan taktik dan strategi permainan agar bola dapat disampaikan
kepada barisan belakang yang akan menjaringkan bola.

Kekuatan, kelajuan ketepatan sasaran dan masa adalah antara kualiti utama yang
perlu ada pada pemain bola baling, terutamanya mereka yang ditugaskan
mendapatkan gol. Pemain-pemain juga diharapkan mempunyai ketangkasan
pemikiran dan tindakan, bijak merebut peluang, bijak memintas, tahan lasak dan
tidak mudah berputus asa.

PRINSIP – PRINSIP UTAMA
Umumnya, terdapat beberapa prinsip utama dalam
kemahiran menjaringkan gol dalam permainan bola

baling. Antaranya ialah:
1. Pemain mempunyai keyakinan diri pada setiap

pemain.
2. Pemain dapat mengawal imbangan dan pergerakan

dalam tempoh permainan.
3. Pemain memberikan penumpuan sepenuhnya pada

gerakan yang hendak dilaksanakan.
4. Pemain mengikut lajak.

5. Pemain bijak mengarah dan menepati sasaran
tertentu.

6. Pemain cekap menilai ruang kosong dan
kedudukan penjaga gol.

JENIS JARINGAN
Jaringan dari Atas Kepala Jaringan dari atas kepala ialah jaringan yang

biasa dan mudah dilakukan, serta mudah pula untuk mendapatkan
gol. Jaringan ini juga paling disukai oleh pemain-pemain baru.

Jaringan ini boleh dilakukan oleh pemain dalam kedudukan statik dan
kedudukan bergerak atau berlari.

Teknik melakukan jaringan dari atas kepala adalah:
1. Pemain bergerak satu langkah ke depan.

2. Pemain meletakkan berat badan pada kaki kiri sambil kaki kanan
membengkok.

3. Tangan pemain yang memegang bola dibengkokkan sedikit dan
dibawa ke belakang kepala pada aras bahu.

4. Satu lonjakan dilakukan oleh pemain sambil tangan yang
memegang bola diluruskan ke atas kepala dan membalingnya kuat ke

arah sasaran.
5. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak selepas

membuat hantaran.

Jaringan dari Bawah Lengan
Umumnya, jaringan ini kurang berkesan untuk menghasilkan gol.
Namun, ia boleh dilakukan apabila pemain lawan terdiri daripada
pemain yang berbadan tinggi. Kadang-kadang, pertahanan tinggi

kurang memberikan perhatian pada kawalan atau pertahanan
rendah. Bola selalunya diarahkan ke sudut bawah gol pihak lawan.

Teknik melakukan jaringan dari bawah lengan ini adalah seperti
berikut:

1. Pemain mengambil satu langkah ke depan dengan kaki kiri. Kaki
kanan dibengkokkan sambil bola dibawa ke belakang bawah atas

bahu.
2. Tangan pemain yang memegang bola diluruskan sambil kaki

kanannya melangkah ke depan dan seterusnya bola dilontar
dengan kuat ke sasaran.

3. Kaki kiri pemain diletakkan ke belakang dan tangan kanan
dilepaskan.

Jaringan Lompat
Teknik jaringan lompat adalah hampir sama dengan jaringan dari atas
kepala, tetapi perkara yang terpenting adalah dalam jaringan lompat
ialah pemain perlu bergerak tiga langkah ke depan sebelum membuat
jaringan. Walaupun ia agak sukar dilakukan, terutamanya bagi pemain-

pemain baru, namun jika sudah mahir, ia merupakan jaringan yang
berbahaya. Hal ini terjadi kerana dalam kebanyakan perlawanan,

banyak gol diperoleh daripada jaringan ini. Jaringan ini sering
dilakukan selepas serangan pantas. Biasanya, jaringan daripada
lompatan dibuat apabila posisi bola berada di puncak lompatan.

Teknik dalam jaringan lompat adalah seperti berikut:
1. Pemain bergerak sebaik-baiknya tiga langkah ke garisan gol. Ketika

ini pemain memegang bola dengan kedua-dua belah tangan.
2. Di luar garisan gol, pemain akan melonjak tinggi ke kawasan gol

sambil membuat jaringan dengan menggunakan sebelah tangan
seperti cara jaringan dari atas kepala. Arah yang dituju ialah satu

daripada empat penjuru gol pihak lawan.
3. Pemain akan mendarat dalam kawasan gol selepas bola dilontarkan.

4. Tangan dan badan pemain hendaklah mengikut lajak.

Jaringan pada Aras Paha
Jaringan ini agak berkesan dalam menghasilkan gol.
Namun, ia memerlukan latihan yang lama. Pemain yang
menerima bola, memegangnya pada kedudukan aras paha,

dan dengan serta-merta terus membuat jaringan. Gerakan
dalam jaringan ini amat pantas. Arah tujuan bola daripada
jaringan ini amat sukar ditentukan oleh penjaga gol atau
pemain pertahanan. Cara jaringannya ialah pemain berlari

pantas ke kawasan gold an membengkokkan lututnya

sehingga bola berada di bawah lengan lawan. Dengan
pantas, pemain ini membuat jaringan yang ditujukan ke
sebarang bahagian di bawah palang pintu gol pihak lawan.

Jaringan Sisi
Selain daripada membuat jaringan tinggi atau rendah
untuk menewaskan pertahanan lawan, penjaring juga

boleh membuat jaringan daripada sisi pemain yang
mengawal. Pemain tangan kanan berpura-pura
membuat jaringan pada arah kiri pemain lawan.
Secara tiba-tiba , dia akan mengangkat kaki
kanannya, menggerakkan badannya ke kiri dan
berdiri pada kaki kiri. Apabila mendarat di sisi,

pemain berkenaan memusingkan sedikit badan dan
bahunya, membawa bola lebih rendah lalu membuat
jaringan di bawah lengan pemain lawan. Jaringan ini

lebih berkesan jika dilakukan secara mengejut.

Jaringan Junam dan Jaringan Jatuh
Walaupun dianggap berbahaya dan sukar dilakukan terutama oleh
pemain-pemain baru, jaringan junam jika dilakukan dengan baik,

hasilnya amat menarik, khasnya pada aksi dan gerakannya. Ia
selalunya dilakukan dalam kawasan balingan percuma. Jaringan

dari arah kedua-dua tepi kawasan memerlukan pemain
membungkukkan badan supaya dapat membesarkan lagi sudut

jaringan.
Teknik melakukan jaringan junam adalah seperti berikut:

1. Pemain berada di luar garisan kawasan gol.
2. Dengan menggunakan kaki kiri, pemain melonjakkan badannya

ke udara menuju ke kawasan gol.
3. Semasa melonjak, pemain membuat jaringan ke sasaran, iaitu

jaringan dibuat semasa berada di udara sebelum mendarat.
4. Pemain mendarat dengan mempertahankan badan
menggunakan tangan atau menggulingkan tangan.

Jaringan Penalti
Jaringan penalti dibuat dari garisan 7 meter. Jaringan ini

terhad mengikut undang-undang penting, iaitu kaki
penjaring tidak boleh terkena atau melepasi garisan
balingan. Jaringan hendaklah dilakukan dalam masa 3 saat

selepas pengadil meniupkan wisel.
Teknik dalam melakukan jaringan penalti adalah seperti

berikut:
1. Pemain berada di tempat penalti bersama-sama dengan
bola. Pandangan hendaklah fokus pada penjaga gol untuk

memperhatikan kemungkinan pergerakan yang bakal
dilakukan.

2. Pemain melakukan jaringan pada sebarang sudut gol
pihak lawan.

3. Jika penjaga gol ke depan, pemain menggunakan teknik
membuat jaringan melambung untuk menjaring.
4. Pemain melakukannya mengikut lajak.

Jaringan Lambung
Jaringan lambung (lob) digunakan untuk menewaskan

penjaga gol yang telah bergerak ke depan golnya.
Umumnya, terdapat 3 situasi berlakunya keadaan

begini, iaitu:
1. Apabila penjaga gol berada jauh di depan golnya
dengan tujuan mengecilkan sudut pemain lawan

daripada lontaran penalti.
2. Apabila penjaga gol meluru ke depan untuk
menandingi pemain lawan yang memperoleh bola

untuk membuat jaringan.
3. Apabila penjaga gol keluar untuk mengecilkan
sudut terhadap pemain lawan ketika terjadi serangan

pantas.

Jaringan Voli
Jaringan Voli adalah sama dengan jaringan

lompat.
Teknik melakukan jaringan Voli adalah seperti

berikut:
1. Jaringan ini dimulakan dengan pemain

melompat ke arah bola hantaran.
2. Semasa melompat, pemain menangkap bola

dengan kedua-dua belah tangan.

3. Pemain membuat jaringan sebelum mendarat.

PRINSIP SAINS DALAM KEMAHIRAN MENJARING
Dalam kemahiran menjaring Bola Baling, terdapat dua prinsip
sains yang terlibat. Prinsip sains yang pertama ialah sistem tuas
manakala prinsip sains yang kedua ialah daya. Sistem tuas
diaplikasikan ketika tangan dihayun ke udara untuk menjaring
manakala daya diaplikasikan ketika kaki membuat lajak dan
melompat ketika hendak membuat jaringan bola. Ketika
membuat jaringan, tuas dan daya memainkan peranan penting
kerana salah satu fungsi tuas dan daya adalah untuk menambah
kelajuan suatu beban atau halangan atau menambahkan jarak
pergerakan sesuatu rintangan.
Penerangan tentang Prinsip Sains yang terlibat:

4. Seorang pemain dibenarkan: · Menahan,
menangkap, membaling, melontar atau

memukul bola dengan apa cara pun dengan
tangan, lengan, kepala, p1. Ketika membuat

jaringan, tangan dihayun tinggi ke udara untuk
dilepaskan ke kawasan gol. Semasa hal ini

terjadi, sistem tuas kelas ketiga diaplikasikan di
mana bola sebagai beban, siku sebagai fulkrum
dan lengan sebagai daya yang akan dikenakan

ke atas bola. Lengan memberikan daya yang
kuat ke atas bola supaya bola dapat ditujukan

tepat ke sasaran.

2. Semasa hendak menjaringkan bola, kaki akan
bergerak 3 langkah ke hadapan untuk

memberikan lajak kerana pada ketika ini, daya
akan diaplikasikan ke atas kaki dan memberikan

daya yang kuat supaya bola dapat bergerak
dengan lebih cepat ke arah sasaran dengan
tepat. Ikut lajak penting dalam kemahiran
menjaring. Ikut lajak merujuk kepada unjuran
pergerakan yang telah dimulakan. Kelajuan
terakhir objek berkadar terus kepada jumlah
masa daya diaplikasikan. Ikut lajak memastikan
daya menggerakkan tubuh badan digunakan
dengan sepenuhnya. Pendeknya, ikut lajak
memastikan pelepasan objek berlaku bersama
dengan pergerakan momentum maksimum
tangan. Jika ikut lajak tidak dilakukan, maka
daya yang diberi kepada objek adalah kurang.

LATIHAN ANSUR MAJU
Jaringan Lompat

a) Berlari dan melonjak atas sebelah kaki.
b) Berlari, melonjak dan mengangkat sebelah tangan ke atas
(jika kaki kiri melonjak, angkat tangan kanan) c) Seperti latihan

(b) sambil melonjak bahu kiri menghala ke sasaran (gol).
Tangan kanan (bengkok sedikit) dihayun ke hadapan dari

belakang bahu.
d) Ulang latihan (a), (b) dan (c) dengan memegang bola tanpa

melemparkannya.
e) Latihan berpasangan – berlari, melonjak dan melempar bola

kepada kawan di hadapan.
f) Latihan dengan tentangan pasif oleh seorang pengawal

(latihan ini memerlukan 3 orang).
g) Latihan menjaring dengan tentangan aktif (seorang menjaga

gol).

Jaringan – jaringan Lain
a) Latihan membaling pundi kacang, bola sofbol,

bola baling antara 2 orang.
b) Latihan membaling bola ke sasaran (tanda di

dinding) melalui gelung.
c) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara

berdiri)
d) Latihan melempar bola ke pintu gol (cara

bergerak 3 langkah)
e) Ulang latihan (c) dan (d) dengan tentangan

penjaga gol.

10 PERATURAN ASAS PERMAINAN BOLA BALING
1. Satu pasukan mengandungi 12 orang pemain.
Semasa permainan 7 orang bermain dan 5 orang

sebagai pemain simpanan. Pergantian pemain boleh
dilakukan bila – bila masa dalam permainan.
2. Permainan diadili oleh 2 pengadil.
3. Permainan dimulakan dengan satu balingan
permulaan oleh pasukan yang memilih untuk

membuat permulaan. Balingan dibuat di garisan
tengah.

aha atau lututnya. · Memegang bola untuk selama 3
saat sebelum membuat balingan atau hantaran. ·
Melantunkan bola berterusan dari satu tempat ke
tempat lain dalam kawasan permainan yang
ditetapkan.
5. Pemain-pemain kecuali penjaga gol, tidak
dibenarkan masuk ke dalam kawasan gol.

6. Apabila penjaga gol keluar kawasan golnya dia akan
dianggap sebagai seorang pemain padang.

7. Jika bola keluar garisan tepi permainandisambung
semula dengan satu balingan ke dalam oleh pasukan

yang tidak mengeluarkan bola itu.
8. Semasa balingan percuma, balingan mula atau
balingan ke dalam dilakukan, pihak lawan hendaklah
sekurang – kurangnya 3 meter dari pembaling.
9. Satu balingan penalti akan diberi kepada pihak

lawan jika seorang pemain itu menghantar bola kepada
penjaga golnya yang berada dalam kawasan gol.

10. Gol boleh dinyaringkan dari mana-mana balingan

REFLEKSI
Bola Baling merupakan salah satu permainan padang yang terdapat di

Malaysia ini. Mengikut sejarahnya, Bola Baling (handball berasal
daripada Eropah. Bola Baling boleh dimainkan sama ada di dalam atau
luar dewan. Peralatan yang diperlukan dalam Bola baling adalah tidak

banyak. Peralatan yang diperlukan ialah padang atau gelanggang
(tertutup atau terbuka), sebiji bola baling dan 14 orang pemain (tujuh

orang sepasukan). Dua orang pengadil diperlukan untuk mengawal
permainan.

Kemahiran asas yang terdapat dalam Bola Baling ialah berlari,
melompat, hantaran bola, menangkap bola, menggocek bola dengan
tangan, mengadang, menjaring dan menjaga gol. Setiap kemahiran asas
ini mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan ke dalamnya. Sebagai

contoh, dalam kemahiran hantaran bola, prinsip sains yang
diaplikasikan ialah sistem tuas di mana bola sebagai beban, lengan

sebagai daya dan siku sebagai fulkrum.

Dalam kemahiran menangkap bola, prinsip sains
yang diaplikasikan ialah Hukum Newton

Pertama iaitu Inersia. Cara penangkapan bola
mestilah betul untuk mengurangkan inersia bola

bagi mengelakkan kecederaan berlaku. Selain
itu, prinsip sains yang diaplikasikan dalam

kemahiran menjaring ialah sistem tuas dan daya.
Sistem tuas diaplikasikan ketika bola diayunkan
oleh tangan manakala daya diaplikasikan ketika

kaki mengikut lajak yang diperlukan untuk
memberikan daya yang kuat. Setiap kemahiran

mempunyai prinsip sains yang diaplikasikan
supaya kemahiran tersebut dapat

dipertingkatkan lagi dan bagi mengelakkan

kecederaan berlaku kepada pemain.

THE END

GROUP MEMBER:
JESSICA BOO (A19)


Click to View FlipBook Version