KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KELANTAN
Berpandukan Kertas 2 SPM
Figura (Manusia)
Figura (Haiwan)
Landskap
Fantasi/ Imiginasi
Alam Benda
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
SPM
JAWATAN KUASA PANITIA DAERAH EDISI
PENDIDIKAN SENI VISUAL
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Terbitan 2022
@ Kementerian Pendidikan Malaysia
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi
dan isi kandungan modul ini dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa-apa jua sama ada secara
elektronik, fotokopi , mekanikal, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis
daripada Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Disediakan oleh:
Unit Sains Sosial
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
Isi Kandungan MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Rukun Negara........................................ 01 17 - 28Tugasan 1 - 3 ............................................
Falsafah Pendidikan Kebangsaan........... 02 29FIGURA HAIWAN..................................................
Kata Pengantar..................................... 03 30 - 35Tugasan 1-3 ........................................
Pengenalan ......................................... 04 36LANDSKAP ...........................................................
Penghargaan ....................................... 05 37 - 42Tugasan 1-3 ...........................................
Format Instrumen dan Jenis Media .......... 06 43FANTASI / IMIGINASI ............................................
07 44 - 47Tugasan 1-3 ............................................
FIGURA MANUSIA ................................... 08. 48ALAM BENDA .......................................................
Pengenalan Asas Figura ........................... 09 49 - 54Tugasan 1-3 .............................................
10
Kadar Banding ....................................... 11
Aksi Figura Lelaki .................................. 12
Aksi Figura Perempuan ......................... 13
Aksi Figura Kanak-Kanak ...................... 14
Proses Melakar Figura............................ 15
Lukisan Mata .......................................... 16
Lukisan Hidung.........................................
Lukisan Mulut ...........................................
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Rukun Negara
BAHAWASANYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung cita-cita hendak:
Mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya;
Memelihara cara hidup demokratik;
Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama;
Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak;
Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden.
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita t
ersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN
1
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu
secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap k
eharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
Sumber : Akta Pendidikan 1996 ( Akta 550)
Definisi Kurikulum Kebangsaan
Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi
semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan untuk membantu perkembangan seseorang
murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkatkan nilai moral
yang diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan
Sumber : Akta Pendidikan 1996 [Peraturan-peraturan (Kurikulum Kebangsaan) Pendidikan 1997]
2
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Kata Pengantar
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada-Nya atas segala kenikmatan yang diperoleh
juga atas kebersamaan dan komitmen semua pihak dalam menghasilkan Model Pendidikan Seni Visual
Kertas 2 bagi mata pelajaran Pendidikan Seni Visual untuk kegunaan murid-murid yang akan menduduki
SPM pada tahun semasa.
Terbukti, berkat kesungguhan dan keikhlasan dalam satu pasukan, maka penghasilan modul dapat
direalisasikan hasil idea, pengalaman dan kepakaran guru-guru rujukan PSV seluruh negeri Kelantan yang terdiri
daripada barisan guru cemerlang dan jurulatih utama. Ucapan penghargaan kepada semua pegawai Unit Sains
Sosial, Sektor Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan kerana turut sama menyuntik, merangsang
dan menyediakan paltform terbaik dalam menghasilkan modul ini yang insya-Allah akan melonjakkan peningkatan
mata pelajaran Pendidikan Seni Visual dalam peeperiksaan SPM nanti.
Kreativiti serta inovasi guru amat penting dalam menyuburkan kesedaran dan kefahaman agar murid-murid
teruja dan bersemangat untuk menggunakan ini kerana pastinya hasil latihan secara berterusan akan menjadi
pemangkin kepada peningkatan peratus lulus dan Gred Purata Mata Pelajaran dalam SPM nanti.
Akhir sekali, ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua guru di negeri Kelantan khasnya kerana
sentiasa ada kebersamaan denganJabatan Pendidikan khususnya Sektor Pembelajaran. Semoga para guru
dapat mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran dengan kebijaksanaan dan mampu mewujudkan iklim
pembelajaran yang harmonis selaras dengan matlamat “ Memacu Pembelajaran, PendidikanCemerlang.”
Sekian, terima kasih
MOHD HASSANY BIN HASHIM P.S.K, A.S.K.
Timbalan Pengarah Pendidikan
Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan
3
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Pengenalan
Kurikukum Standard Sekolah Menengah (KSSM) telah dilaksanakan secara berperingkat mulai tahun 2017 menggantikan KBSM yang dilaksanakan
sejak tahun 1989 bagi memenuhi hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Sejajar dengan
perubahan ini, Modul Pendidikan Seni Visual yang memfokuskan kepada teknik menjawab kertas 2 telah dibina bagi membantu guru- guru Pendidikan
Seni Visual serta murid-murid menengah atas untuk menjawab soalan bagi kertas ini.
Modul ini dibina bagi memenuhi keperluan murid-murid mendapat markah yang tinggi bagi subjek Penddiikan Seni Visual memandangkan kertas 2 ini
menyumbang kepada 50 markah dalam peperiksaan SPM. Modul ini telah memberi perincian kepada setiap tema yang biasa diuji di dalam peperiksaan
agar murid-murid dapat diberi pencerahan tentang cara membuat interpretasi terhadap soalan, membuat gubahan berdasarkan kehendak tugasan,
menggunakan teknik yang betul serta menghasilkan karya yang baik menepati pemarkahan yang telah ditetapkan.
Guru-guru PSV disaran untuk meneliti modul ini serta melaksanakan latihan bersama-sama murid sebagai proses meningkatkan kemahiran murid dalam
penghasilan karya. Guru-guru juga perlu menjadikan modul ini sebagai pencetus idea dalam mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif
dalam kalangan murid serta mengaplikasikan pengetahuan sedia ada dalam mengolah idea yang lebih kreatif. Semoga modul ini dapat memberi panduan
kepada guru-guru Pendidikan Seni Visual dalam melaksanakan PdPc serta membantu murid-murid menengah atas untuk memperoleh markah yang
cemerlang dalam kertas 2 bagi subjek Pendidikan Seni Visual .
4
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Sekalung Penghargaan kepada:
Encik Mohd Hassany bin Hashim P.S.K, A.S.K ( Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembelajaran )
Encik Sazali Bin Ibrahim ( Ketua Penolong Pengarah Kanan, Unit Sains Sosial)
Encik Hassan Helmin Bin Yaacob (Penolong Pengarah, Unit Sains Sosial)
Encik Zulkifli Husain ( GKSS, SMK TIP 2)
Encik Suhaidin Mohd Zain ( GKSS, SMK Sultan Yahya Petra2)
Puan Normaliza Harun (GKSS, SMK Kuala Balah)
Puan Asmah Muhamad (GKSS,SMK Hamzah 2)
Encik Azman Omar (GKSS,SMK Meranti)
Puan Khalijah Hassan (GKSS, SMUA Darul Iman)
Encik Ahmad Ridhuan Mohamad (GKSS, SMK Tanjung Mas)
YM Tuan Abdullah Sanusi Tuan Ismail (GKSS,SMK Sering)
Barisan Jurulatih PSV Kelantan:
Puan Nik Anita Ahmad (SMK Hamzah 2)
Encik Rozaiman Mohd Noor (SMK Zainab 2 )
Puan Zuliyana Mohd Ghani (SMK Belimbing)
Puan Nur Hamizah Abdullah (SMK Tendong)
Puan Suzi Yusoff (SMK Paloh)
Encik Mohd Aspurani Ismail (SMK Sultan Yahya Petra 1)
Puan Salhafiza Jusoh ( SMK Puteri Saadong)
Puan Nurfarahin Mazlam (SMK Kg Laut)
Encik Dazuki Mohamad (SMK Puteri)
Puan Kamarul Akmal Juhari (SMK Kubang Kerian)
Puan Darliz Jenal ( SMK Penambang)
Encik Muhammad Naem Kamaruddin (SMK Jeli 2)
Puan Norniekarfini Mohamad Kila (SMK Padang Pak Amat)
5
FORMAT INSTRUMEN PEPERIKSAAN SPM MULAI TAHUN 2021 MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL (2611) MEDIA YANG BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENJAWAB SOALAN KERTAS 2
Kertas 2 (2611/2) PENDIDIKAN SENI VISUAL TINGKATAN 4 DAN 5
Ujian Melukis MEDIA KERING
Amali MEDIA BASAH
6 Soalan ( Jawab 1 Soalan)
6
50 markah
50
3 Jam
Kognitif Psikomotor Nilai
Mengetahui Imitasi
Mengaplikasi Ketepatan
Menilai Naturalisasi
Memahami Manipulasi
Menganalisis Ártikulasi
Mencipta
Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran dalam DSKP KSSM
Mengikut Piawai
Holistik
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
figura
Manusia
7
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
figura
Manusia
Apa itu Lukisan Figuratif?
Lukisan Figuratif menumpukan kepada kajian dan lukisan tubuh badan
manusia atau haiwan. Bagi menghasilkan lukisan figuratif, pelukis perlu
memahami anatomi manusia terlebih dahulu sebelum dapat melukis
dengan baik. Melukis figuratif antara kemahiran yang agak sukar kerana
pelukis perlu faham dari segi kadar bandingan, posisi,dan
gerak aksi manusia bagi menghasilkan lukisan yang
tepat. Untuk mencapai kemahiran melukis figura,
seseorang itu memerlukan kesabaran dan
masa yang lama.Ia juga memerlukan
pemerhatian yang tajam. Salah satu
cara untuk menghasilkan lukisan
figuratif yang baik adalah dengan
membuat latihan secara berterusan.
8
Apa itu Kadar Banding? MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Kadar Banding adalah nisbah bahagian-bahagian tubuh manusia atau sesuatu figura
objek. Kadar Banding penting apabila menghasilkan sesebuah karya agar setiap Manusia
bahagian atau objek yang disusun/ digubah adalah berkaitan antara satu sama
lain dalam satu situasi yang sama. Kadar Banding yang tepat, akan mewujudkan Secara amnya, rangka wanita terdiri daripada tulang yang lebih ringan dan kecil
nisbah keemasan. Ia juga akan mewujudkan harmoni dan imbangan dalam berbanding lelaki. Ciri khas kerangka wanita adalah mempunyai pelvis yang lebih
sesebuah karya. luas dan bulat berbanding lelaki. Manakala ciri khas bagi bayi dan kanak-kanak pula,
adalah bahagian kepala lebih besar jika dibandingkan dengan tubuh badannya.
Ia akan berubah apabila kanak-kanak itu meningkat dewasa.
Perbandingan antara figura lelaki,
wanita dan kanak=kanak
9
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
AKSI FIGURA LELAKI figura
Manusia
Lukisan Figuratif biasanya dipengaruhi oleh anatomi tubuh manusia itu sendiri, perspektif dan sudut pandangan
serta jenis aksi yang dilakukan oleh figura tersebut.
Contoh pelbagai aksi
figura lelaki
10
AKSI FIGURA WANITA MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
figura
Manusia
Contoh pelbagai aksi
figura wanita
Lukisan Figuratif wanita kelihatan lebih kecil jika dibandingkan dengan figura lelaki.
11
AKSI FIGURA KANAK-KANAK MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
figura
Manusia
Bahagian atas figura kanak-kanak biasanya sedikit Contoh pelbagai aksi
besar jika dibandingkan dengan bahagian bawah figura kanak-kanak
tubuh badannya.
12
PROSES MELAKAR FIGURA MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
figura
Manusia
Membuat Lakaran Menimbulkan Membuat perincian
Asas (Rangka Asas) bentuk asas pada figiura
figura manusia
13
LUKISAN MATA MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
figura
Manusia
Cara Melukis Mata
12 3 4
Mata Lelaki
Mata Perempuan
14
LUKISAN HIDUNG MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Cara Melukis Hidung
figura
Manusia
15
LUKISAN MULUT MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
figura
Manusia
12 Cara Melukis Mulut
3
4
Contoh Lukisan Mulut Wanita / Perempuan Contoh Lukisan Mulut Lelaki
16
TUGASAN 1: MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Seorang lelaki tua yang memakai semutar di kepala sedang mengupas kelapa dengan figura
menggunakan alat pengupas kelapa. Berhampirannya kelihatan beberapa biji kelapa Manusia
yang belum dikupas.
Semutar
Gambarkan suasana tersebut dari jarak dekat dengan memberikan penekanan
kepada komposisi, aksi, ruang dan jalinan. Lelaki Tua
INTEPRETASI : Alat Pengupas
Kelapa
Bagi menjawab soalan ini, pelajar harus memastikan perkara-perkara
penting yang harus dilukis semasa membuat gubahan karya. Antaranya
ialah:
i. Lelaki tua
ii. semutar di kepala
iii. aksi mengupas kelapa
iv. alat pengupas kelapa
v. beberapa biji buah kelapa yang belum dikupas
Lakaran Pelbagai Aksi
Lelaki Tua Mengupas
Kelapa
17
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
figura
Manusia
GUBAHAN:
Pelajar boleh membuat beberapa lakaran dengan menekankan kepada komposisi dan aksi pada lukisan figura yang ingin dihasilkan.
Pelajar juga perlu memastikan pecahan ruang, imbangan subjek dalam ruang dan pemilihan sudut pandangan adalah tepat semasa membuat gubahan.
Gubahan 1 Gubahan 2 Gubahan 3
Subjek utama berada Subjek utama berada Subjek utama berada
di sebelah kiri kertas lukisan di tengah-tengah kertas lukisan di sebelah kiri kertas lukisan
(Imbangan Tidak Simetri) ((Imbangan Tidak Simetri)
18
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
figura
Manusia
WARNA & TEKNIK:
Dalam proses mewarna, pelajar harus menekankan kepada teknik mewarna yang sesuai. Pemilihan warna yang sesuai juga penting untuk
menimbulkan suasana dan mood yang diinginkan. Dalam proses mewarna ini juga, pelajar perlu mewujudkan kesan jalinan, bentuk, ton dan
ruang yang baik.
Proses Awal (30 minit)
- Lapisan pertama
- Tumpuan kepada bahagian
latar belakang
- Teknik Cat Air
- Basah Atas Basah
Proses Melakar (10-15 minit)
19
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
figura
Manusia
Lapisan kedua (40 minit) Kemasan Akhir
- Teknik Basah atas Kering (1 jam 15 minit)
- Proses perincian
& kering atas kering bagi setiap imej /subjek
- menghasilkan ton yang dihasilkan.
- menimbulkan bentuk - Teknik kering atas
kering
*Pelajar boleh menggunakan media campuran
lain, misalnya pensl warna, art pen dan sebagainya.
20
TUGASAN 2: MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Di sebuah rumah kayu, kelihatan seorang remaja perempuan duduk di muka pintu figura
sambil membaca sebuah buku sambil ditemani adik lelakinya yang sedang bermain Manusia
dengan kereta mainan.
Lakaran Pelbagai Aksi
Gambarkan suasana tersebut dari jarak dekat dengan memberikan remaja perempuan
penekanan kepada komposisi, aksi, ruang dan jalinan. yang sedang
duduk membaca
INTEPRETASI : buku
Berdasarkan soalan ini, pelajar perlu memastikan perkara-perkara buku
penting yang harus dilukis semasa membuat gubahan karya. Antaranya
ialah: Lakaran Pelbagai Aksi
Kanak-kanak
i. remaja perempuan sedang duduk membaca
ii. buku Bermain Kereta
iii. muka pintu Mainan
iv. adik lelaki bermain kereta mainan
v. latar rumah kayu
kereta
mainan
21
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
figura
Manusia
Gubahan 1
Subjek utama berada Subjek utama berada
pada bahagian tengah di sebelah kiri kertas lukisan
kertas lukisan
(Imbangan Simetri) (Imbangan Tidak Simetri)
Subjek utama berada GUBAHAN:
di sebelah kanan kertas lukisan a. Pelajar boleh membuat beberapa lakaran
(Imbangan Tidak Simetri)
dengan menekankan kepada komposisi dan aksi
pada lukisan figura yang ingin dihasilkan.
b. Pelajar juga perlu memastikan pecahan ruang,
imbangan subjek dalam ruang dan pemilihan
sudut pandangan adalah tepat semasa
membuat gubahan.
22
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
figura
Manusia
WARNA & TEKNIK:
Dalam proses mewarna, pelajar harus menekankan kepada teknik
mewarna yang sesuai. Pemilihan warna yang sesuai juga penting untuk
menimbulkan suasana dan mood yang diinginkan. Dalam proses mewarna
ini juga, pelajar perlu mewujudkan kesan jalinan, bentuk, ton dan
ruang yang baik.
Proses Melakar (10-15 minit)
Proses Awal (30 minit)
- Lapisan pertama
- Tumpuan kepada bahagian
latar belakang
- Teknik Cat Air
(Basah Atas Basah)
23
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
figura
Manusia
Lapisan kedua (40 minit)
- Teknik Basah atas Kering
& kering atas kering
- menghasilkan ton
- menimbulkan bentuk
Kemasan Akhir
(1 jam 15 minit)
- Proses perincian
bagi setiap imej /subjek
yang dihasilkan.
- Teknik kering atas
kering
*Pelajar boleh menggunakan media campuran
lain, misalnya pensel warna, art pen dan sebagainya.
24
TUGASAN 3: MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Dua orang kanak-kanak sedang membina istana pasir di tepi pantai. Kelihatan figura
beberapa peralatan yang digunakan untuk membina istana pasir berhampiran Manusia
mereka.
Peralatan membina
Gambarkan suasana tersebut dari jarak dekat dengan memberikan istana pasir
penekanan kepada komposisi, aksi, ruang dan jalinan.
Lakaran Pelbagai Aksi
INTEPRETASI : Kanak-kanak membina
Bagi menjawab soalan ini, pelajar perlu memahami kehendak soalan dan Istana Pasir
imej yang perlu ada di dalam gubahan karya yang ingin dihasilkan. Antaranya
ialah: 25
i. Dua orang kanak-kanak sedang membina
istana pasir ( pelajar bebas memilih sama
ada ingin melukis kanak-kanak lelaki atau
perempuan, atau kedua-duanya)
ii. peralatan membina istana pasir
iii. istana pasir
iv. latar tepi pantai
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
figura
Manusia
Gubahan 1 Gubahan 2
Subjek utama berada Subjek utama berada
pada bahagian tengah pada bahagian tengah
kertas lukisan kertas lukisan
(Imbangan Simetri) (Imbangan Simetri)
Subjek utama berada GUBAHAN:
pada bahagian tengah
a. Pelajar boleh membuat beberapa lakaran
kertas lukisan
(Imbangan Simetri) dengan menekankan kepada komposisi dan aksi
pada lukisan figura yang ingin dihasilkan.
b. Pelajar juga perlu memastikan pecahan ruang,
imbangan subjek dalam ruang dan pemilihan
sudut pandangan adalah tepat semasa
Gubahan 3 membuat gubahan. 26
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
figura
Manusia
WARNA & TEKNIK:
Dalam proses mewarna, pelajar harus menekankan kepada teknik
mewarna yang sesuai. Pemilihan warna yang sesuai juga penting untuk
menimbulkan suasana dan mood yang diinginkan. Dalam proses mewarna
ini juga, pelajar perlu mewujudkan kesan jalinan, bentuk, ton dan
ruang yang baik.
Proses Melakar (10-15 minit)
Proses Awal (30 minit)
- Lapisan pertama
- Tumpuan kepada bahagian
latar belakang
- Teknik Cat Air
(Basah Atas Basah)
27
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
figura
Manusia
Lapisan kedua (40 minit)
- Teknik Basah atas Kering
& kering atas kering
- menghasilkan ton
- menimbulkan bentuk
Kemasan Akhir
(1 jam 15 minit)
- Proses perincian
bagi setiap imej /subjek
yang dihasilkan.
- Teknik kering atas
kering
*Pelajar boleh menggunakan media campuran
lain, misalnya pensel warna, art pen dan sebagainya.
28
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
figura
Haiwan
29
TUGASAN 1 MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Kelihatan beberapa ekor burung yang sedang makan buah betik yang sudah masak. figura
Haiwan
Gambarkan suasana tersebut dari jarak dekat dengan memberikan
penekanan kepada komposisi, aksi, ruang dan jalinan. Proses Melakar (10-15 minit)
INTEPRETASI :
Bagi menjawab soalan ini, pelajar harus memastikan perkara-perkara
penting yang harus dilukis semasa membuat gubahan karya. Antaranya
ialah:
i. Beberapa ekor burung ( lebih daripada satu burung)
ii. buah betik yang sudah masak
iii. aksi burung makan buah betik
30
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
figura
Haiwan
Proses Awal (30 minit) Lapisan kedua (40 minit)
- Lapisan pertama - Teknik Basah atas Kering
- Tumpuan kepada bahagian & kering atas kering
latar belakang - menghasilkan ton
- menimbulkan bentuk
- Teknik Cat Air
(Basah Atas Basah)
Kemasan Akhir
(1 jam 15 minit)
- Proses perincian
bagi setiap imej /subjek
yang dihasilkan.
- Teknik kering atas
kering
31
TUGASAN 2 MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Di bawah sepohon pokok yang mempunyai akar berselirat, terdapat beberapa ekor kala jengking
sedang merayap di celah-celah dedaun kering. figura
Haiwan
Gambarkan suasana tersebut dari jarak dekat dengan memberikan
penekanan kepada komposisi, aksi, ruang dan jalinan. Proses Melakar (10-15 minit)
INTEPRETASI :
Bagi menjawab soalan ini, pelajar harus memastikan perkara-perkara
penting yang harus dilukis semasa membuat gubahan karya. Antaranya
ialah:
i. Bahagian bawah pokok yang mempunyai akar berselirat
ii. beberapa ekor kala jengking
iii. daun-daun kering
32
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
figura
Haiwan
Proses Awal (30 minit) Lapisan kedua (40 minit)
- Lapisan pertama - Teknik Basah atas Kering
- Tumpuan kepada bahagian & kering atas kering
latar belakang - menghasilkan ton
- menimbulkan bentuk
- Teknik Cat Air
(Basah Atas Basah)
Kemasan Akhir
(1 jam 15 minit)
- Proses perincian
bagi setiap imej /subjek
yang dihasilkan.
- Teknik kering atas
kering
33
TUGASAN 3 MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Di dalam sebuah akuarium terdapat beberapa ekor ikan laga yang berwarna-warni dengan aksi yang menarik. figura
Di dalamnya juga terdapat batu dan pokok-pokok hiasan yang cantik. Haiwan
Gambarkan suasana tersebut dari jarak dekat dengan memberikan
penekanan kepada komposisi, aksi, ruang dan jalinan.
INTEPRETASI :
Bagi menjawab soalan ini, pelajar harus memastikan perkara-perkara
penting yang harus dilukis semasa membuat gubahan karya. Antaranya
ialah:
i. Akuarium (Jarak dekat )
ii. aksi beberapa ekor kikan laga yang berwarna warni
iii. batu dan pokok hiasan yang cantik
Proses Melakar (10-15 minit)
34
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
figura
Haiwan
Proses Awal (30 minit) Lapisan kedua (40 minit)
- Lapisan pertama - Teknik Basah atas Kering
- Tumpuan kepada bahagian & kering atas kering
latar belakang - menghasilkan ton
- menimbulkan bentuk
- Teknik Cat Air
(Basah Atas Basah)
Kemasan Akhir
(1 jam 15 minit)
- Proses perincian
bagi setiap imej /subjek
yang dihasilkan.
- Teknik kering atas
kering
35
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Landskap
36
TUGASAN 1 MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Di sebuah taman mini, terdapat laluan anak tangga batu yang menghala ke atas taman. Landskap
Dibawahnya terdapat kolam dan di sekeliling tangga tersebut dipenuhi dengan batuan pelbagai saiz,
tumbuhan dan pokok. 37
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada ruang, perspektif
dan bentuk.
INTEPRETASI :
Bagi menjawab soalan ini, pelajar harus memastikan perkara-perkara
penting yang harus dilukis semasa membuat gubahan karya. Antaranya
ialah:
i. Sebuah taman mini
ii. laluan anak tangga berbatu
iii. kolam
iv. batu pelbagai saiz di sekeliling tangga
v. tumbuhan dan pokok
Proses Melakar (10-15 minit)
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Landskap
Proses Melakar Proses Mewarna
( Lukisan yang siap untuk diwarnakan) ( penekanan kepada teknik mewarna)
38
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Landskap
TUGASAN 2
Pada waktu senja, kelihatan ombak memukul pantai. Terdapat batu-batuan di bahagian kiri
pesisir pantai, rimbunan tumbuhan renek dihadapan dan beberapa batang pokok kelapa.
Gambarkan suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada ruang, jalinan,
bentuk dan warna.
INTEPRETASI :
Bagi menjawab soalan ini, pelajar harus memastikan perkara-perkara
penting yang harus dilukis semasa membuat gubahan karya. Antaranya
ialah:
i. Waktu senja Pembahagian komposisi
ii. ombak
iii. batu-batuan di persisir pantai
iv. pokok kelapa
v. rimbunan tumbuhan renek
Proses Membuat Gubahan
39
LadoirpeimsciipnMsgOuDeUmlLitPd,EosNleDoIdDrIKdsAiiNat maSEmNnIeoVtIn,ScuUAomLn(mKsEeyRcTnAteSibt2uh)er
Landskap
( Lakaran yang siap untuk diwarnakan) Proses Mewarna
( penekanan kepada teknik mewarna)
40
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Landskap
TUGASAN 3
Suasana pada suatu petang yang indah dan damai di suatu lorong.
Kelihatan beberapa batang pokok yang daunnya bewarna-warni.
Rumput memenuhi ruang persekitaran kawasan tersebut.
Kelihatan bayang pokok memenuhi ruang pada lorong tersebut.
Gambarkan situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan
kepada bentuk, jalinan dan perspektif.
INTEPRETASI : Lakaran Awal
Bagi menjawab soalan ini, pelajar harus memastikan perkara-perkara
penting yang harus dilukis semasa membuat gubahan karya. Antaranya
ialah:
i. Waktu petang
ii. suatu lorong
iii. beberapa batang pokok (daun berwarna-warni)
iv. rumput
v. bayang pokok
Proses Membuat Gubahan 41
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Landskap
( Lakaran yang siap untuk diwarnakan) Proses Mewarna
( penekanan kepada teknik mewarna)
42
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Fantasi
Imiginasi
43
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Apa itu Fantasi ?
‘yang tidak dibatasi oleh kenyataan, angan-angan, khayalan’ Fantasi
1. Menggambarkan subjek atau peristiwa yang tidak realistik, mistik, mitos, atau cerita rakyat – dan gaya, yang Imiginasi
representatif dan naturalistik,
2. Bersifat bukan abstrak
3. Khayalan, keadaan mimpi, ramalan dan yang luar biasa,
4. Catan fantasi adalah sebuah karya yang merujuk kepada aliran Surealisme iaitu karya yang bersifat penerokaan
alam di bawah sedar serta fantasi dimana bentukan iemj secara ‘absurd’ (mustahil, tidak masuk akal, bertentangan
dengan fikiran yang waras) dihasilkan dalam suasana ‘realist (nyata – tak perlukan kreativiti tinggi, perlukan daya pemerhatian yang tinggi).
TUGASAN 1
Anda menyaksikan satu pertarungan makhluk asing di angkasa lepas.Makhluk asing tersebut merupakan makhluk yang kelihatan mengerikan
namun tidak mempunyai kaki dan mempunyai senjata seperti sengat kala jengking.
Gambarkan situasi pertarungan tersebut dengan menekankan bentuk, warna dan ruang
Proses Melakar dan Membuat Gubahan Hasil yang siap diwarnakan
( penekanan kepada teknik mewarna)
Penggunaan warna panas bersesuaian dengan aksi pertarungan
yang mengerikan.
44
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
TUGASAN 2 Fantasi
Imiginasi
Sewaktu bersiar-siar di sebuah Kawasan yang lapang, anda terlihat sebuah istana tersergam indah terbina di atas sebuah pulau batu terapung
di awangan.Istana tersebut kelihatan cantik dengan mempunyai landskap di sekelilingnya.
Gambarkan situasi tersebut dengan menekankan aspek bentuk, jalinan dan ruang.
Gambaran Istana di atas sebuah pulau terapung Hasil yang siap diwarnakan
. ( penekanan kepada teknik mewarna)
.
415
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Fantasi
Imiginasi
TUGASAN 3
Kelihatan seorang adiwira yang memegang sebilah pedang panjang sedang berdiri
di hadapan sebuah istana yang tersergam indah
Gambarkan situasi tersebut dengan menekankan aspek bentuk, jalinan dan ruang.
Proses Melakar Gambar Adiwira
Lakaran Sebuah Istana 46
MODUL PENDIDIKAN SENI VISUAL(KERTAS 2)
Fantasi
Imiginasi
Dua subjek utama yang perlu digabungkan
untuk menghasilkan satu gubahan yang menarik
Gubahan yang siap diwarnakan
47