The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by LEE SHU TENG, 2019-05-31 02:08:59

EBOOK Ekonomi Percukaian

Bab 6.1.1 - 6.1.4

BAB 6.1.1-6.1.4

EBOOK EKONOMI
PERCUKAIAN

LEE SHU TENG
A164541

PENSYARAH: PN. NORAIN

6.1.1 Nisbah cukai (NH)

NH =

NH = Nisbah cukai
H = Peratus hasil cukai
KNK = Keluaran negara kasar

NH akan berubah apabila H / KNK / kedua-dua sekali dengan kadar
perubahan yang berbeza.
Jika kadar perubahan tersebut adalah sama, NH akan malar.
Hasil cukai telah bertambah dengan kadar yang lebih cepat daripada KNK,
menjadikan NH naik.
Hinrichs (1966) menunjukkan bahawa perhubungan positif antara bahagian
hasil kerajaaan dengan tingkat pembangunan ekonomi hanya bermakna
apabila NH dikira di kalangan negara maju dan negara membangun.
Perhubungan tersebut tidak bermakna di kalangan negara maju sahaja atau
negara membangun sahaja.
Chelliah (1975) menunjukkan bahawa NH naik bagi dua pertiga negara yang
disenaraikan antara tempoh 1953-1955 dan 1966-1968.



= kadar pertambahan hasil cukai mestilah lebih besar daripada

= kadar pertambahan KNK.

(H/ KNK)  NH

Perubahan hasil cukai (H) terhadap perubahan KNK (KNK) mestilah lebih
besar daripada NH
Nisbah (H/ KNK) dikenali sebagai kecenderungan mencukai sut (KCS)
NH dikenali sebagai kecenderungan mencukai purata (KCP)

KCS  KCP untuk syarat kenaikan NH
Jika syarat ini dibahagikan kepada KCP, maka KCS/KCP  1. KCS/KCP

bersamaan dengan keanjalan cukai ( ), dengan keanjalan hasil cukai ialah
kadar perubahan cukai akibat daripada kadar perubahan KNK.

= (H/H)/ (KNK/KNK)
= (H/KNK) × (KNK/H)
= (H/KNK)/ (H/KNK)

Rajah 6.1 menunjukkan perhubungan antara H dengan KNK yang
digambarkan oleh NH, KCS dan KCP.

6.1.2 Perubahan Komposisi dan Saiz Cukai

Perubahan komposisi, saiz dan kadar pertumbuhan asas cukai memerlukan
perubahan kadar dan bentuk cukai supaya jurang antara belanjawan dengan
hasil tidak keterlaluan.
Cukai penggunaan = cukai import, cukai eksais, cukai jualan
Cukai pendapatan = cukai pendapatan sendirian, cukai pendapatan syarikat
Pada peringkat awal pembangunan ekonomi, negara membangun banyak
bergantung pada cukai penggunaan.
Jadual 6.1 membuktikan bahawa cukai penggunaan telah menyumbang kira-
kira dua pertiga daripada hasil cukai bagi negara berpendapatan per kapita
kurang daripada AS$500 setahun.

Chelliah et al. (1975, 197) telah mengkaji struktur cukai di 43 buah negara
membangun.
Mereka mendapati bahawa cukai penggunaan merupakan komposisi terbesar
iaitu 56% daripada komposisi hasil cukai negara tersebut.
Cukai penggunaan dikenakan terhadap penggunaan barang mewah dan akan
membawa kesan:

Mengurangkan penggunaan barang tersebut yang kebanyakannya
diimport.
Meningkatkan tabungan untuk pembangunan ekonomi
Membolehkan pertukaran asing digunakan untuk membeli barang
modal yang perlu

Keutmaan terhadap cukai penggunaan akanmengurangkan
penggunaan cukai pendapatan
Mengelakkan kesan buruk terhadap galakan bagi tabungan dan
pelaburan.
Cukai import dikenakan dan akan membawa kesan:
Menghalang import barang mewah
Membolehkan pertukaran asing digunakan bagi tujuan pembangunan
negara
Menambahkan tabungan
Pembentukan modal dan pengeluaran dalam negeri
Cukai jualan dikenakan untuk menambahkan sumber hasil selain cukai import
dan mengatasi kelemahan cukai eksais
Cukai pendapatan mempunyai kebaikan:
Merupakan sumber potensi hasil yang besar apabila pendapatan
bertambah, hasil bertambah dengan automatic.
Dapat mengaut sebahagian harta dan pendapatan golongan kaya di
sesebuah negara itu.
Mempengaruhi bagaimana pendapatan dibelanjakan
Cukai pendapatan persendirian dikenakan dengan jumlah bayaran
disesuaikan dengan penndapatan benar atau pendapatan anggaran
Hasil cukai tersebut lebih tinggi daripada pungutan lain yang dikenakan
kepada seluruh penduduk dan bebannya lebih setara.
Kemungkinan berlakunya kesan disinsentif akan kurang
Cukai pendapatan pensendirian yang berasaskan cukai anggaran akan
menggalakkan kegiatan ekonomi.
Kelemahan cukai pendapatan persendirian:
Penilaian mungkin tidak setara
Di kawasan bandar susah untuk memastikan semua keluarga akan
membayar cukai
Cukai pendapatan syarikat mendapat hasil semasa daripada keuntungan
syarikat apabila keuntungan itu tidak dibayar sebagai dividen atau dibayar
kepada pemegang saham asing.
Kebaikan cukai pendapatan syarikat:
Sumber hasil yang besar kepada kerajaan
Boleh digunakan bagi mempengaruhi pelaburan mengikut pola yang
dianggap penting kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara
Untuk menarik pelaburan swasta terutama pelaburan asing, kebanyakan
negara membangun memberi galakan atau konsesi cukai.
Galakan – kredit pelaburan dan kelepasan cukai
Konsesi cukai dapat mengurangkan beban cukai syarikat pada peringkat awal
pertubuhan syarikat itu.

Konsesi cukai dapat mempengaruhi pola pelaburan dengan memberi insentif
ini hanya bagi pelaburan dalam industri yang diutamakan.
Pendekatan untuk menentukan kepentingan cukai:

Melihat kadar sumbangan satu-satu jenis cukai kepada jumlah cukai

/H, i = 1, …, n

Memberi perbandingan yang jelas dalam pola pencukaian antara
negara tanpa mengira angka mutlak tingkat jumlah cukai yang dicukai

Melihat nisbah sesuatu jenis cukai itu kepada KNK

/KNK, i = 1, …, n

Meninjau sumbangan sesuatu jenis cukai itu kepada KNK
Apabila KNK bertambah, jumlah hasil cukai turut bertambah.
Kadar pertambahan H > kadar pertambahan KNK kerana keanjalan cukai
adalah positif
Pola perubahan apabila KNK naik

1. Pergantungan pada cukai perdagangan antarabangsa beralir kepada
cukai kegiatan dalam negeri
Hasil pungutan cukai perdagangan antarabangsa telah berkurangan
Pungutan cukai tempatan telah bertambah
Keadaan tersebut disebabkan oleh kegiatan ekonomi dalaman
bertambah jika dibandingkan dengan masa KNK masih rendah
Pembangunan ekonomi secara relatif kecil ketika KNK rendah
Ini menyebabkan negara bergantung pada cukai eksport dan import,
bahagian import dan eksport dalam KNK meningkat.
Keanjalan permintaan terhadap import dan eksport yang rendah
membolehkan hasil yang banyak dipungut daripada cukai tersebut.

2. Pergantungan pada cukai kepala beralih kepada cukai pendapatan
dalam kumpulan cukai langsung
Kecekapan pentadbiran cukai bertambah yang membolehkan
pungutan cukai yang teratur
Peratus tenaga buruh dalam pasarn bertambah dan pendapatan
mereka lebih mudah diketahui

6.1.3 PENENTU NISBAH CUKAI

H/KNK = ƒ(Y/N; X + M/KNK; darjah pengewangan; G/KNK; inflasi; komposisi eksport;
 KNK/KNK)

Y/N = Pendapatan per kapita
X = Eksport
M = Import
G= Perbelanjaan kerajaan
 KNK = Perubahan KNK
Faktor mempengaruhi NH seperti di atas.
Pendapatan per kapita mempunyai pertalian yang positif [f’ (Y/N) > 0] dengan
NH.
Hinrichs (1966) mengatakan bahawa terdapat perhubungan kuat yang positif
antara NH dengan pendapatan per kapita bagi negara yang mempunyai
pendapatan per kapita antara AS$300 – AS$750 manakala darjah
keterbukaan ekonomi adalah penting untuk menentukan NH bagi negara
membangun yang mempunyai pendapatan per kapita kurang daripada
AS$300.
Pendapatan per kapita penting untuk menentukan NH kerana kenaikan
pendapatan per kapita menjamin adanya tingkat pendapatan minimum yang
boleh dicukai.
Keupayaan boleh cukai yang tinggi akan memudahkan pemungutan hasil.
Pendapatan per kapita dapat mengukur dana wang tersedia yang dapat
dicukai.
Darjah keterbukaan ekonomi adalah penting untuk menentukan NH bagi
negara membangun kerana punca hasil yang penting bagi kebanyakan negara
berkenaan berasaskan sektor perdagangan luar.
Lebih besar sektor perdagangan luar, lebih tinggi lagi kemungkinan darjah
pengewangan, lebih banyak lagi pengeluaran tananman kontan, lebih besar
lagi unit pengurusan dan lebih luas lagi pembandaran dan perindustrian.
Perbelanjaan kerajaan juga penting untuk menentukan NH kerana kenaikan
perbelanjaan memerlukan sumber seperti hasil cukai untuk membiayainya.
Fungsi yang menggabungkan pendapatan per kapita, darjah keterbukaan
ekonomi dan perbelanjaan kerajaan,

Ĥ/KNK = + Ŷ/N + (X ̂ M)/KNK + Ĝ/KNK.
Dengan , , , > 0 dan nilai , , sangat bererti.

6.1.4 DAYA CUKAI

NH sebenar = NH yang dihitung daripada jumlah data yang ada pada satu
tingkat KNK yang diberi
NH potensi = kadar NH yang dapat dicapai oleh sesebuah negara pada
sesuatu tingkat KNK yang diberi
Nisbah antara NH sebenar dan NH potensi:

( )
)
α=

(

=

dengannya α bernilai positif, α > 0. Jika α < 1, cukai sebenar yang dipungut
adalah besar. Jika α > 1, cukai sebenar yang dipungut adalah kecil.

Kelemahan:
Satu pengukur yang statik
Hanya mengambil kira bahagian penawaran sahaja iaitu daya
membayar dan daya memungut
Tidak mengambil kira bahagian permintaan seperti berapa banyak
boleh dicukai

Soalan perbincangan

Berikut merupakan maklumat berkaitan negara AA:

Hasil cukai, H (RM juta) Keluaran Negara Kasar, KNK (RM juta)

Asal: 4,000 Asal: 40,000
Baru: 8,000 Baru: 60,000

Kira nilai keanjalan cukai dan berikan maksudnya.

 H=

=1

 KNK=

= 0.5
= (H/KNK) × (KNK/H)
= (1/0.5) × (60000/8000)
= 2 × 7.5
= 15

Apabila KCS > KCP, > 1.
- Apabila KNK bertambah sebanyak 1%, hasil cukai akan bertambah sebanyak

15 %.


Click to View FlipBook Version