The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by GARLICLIB, 2023-09-08 00:04:37

Antologi cerpen

Antologi cerpen

Syurga di hu uj ng desa A N T O L O G I C E R P E N K U M P U L A N P E N U L I S B A R U


ANTOLOGI CERPEN SYURGADI HUJUNGDESA


ANTOLOGI CERPEN SYURGADI HUJUNGDESA Atirah A., Hazwani, Aina Aqilah, Huda Harisah


1 C E R P E N 1 SYURGA DI HUJUNG DESA C E R P E N 4 C E R P E N 3 C E R P E N 2 SEHELAI RAMBUT PENGEMIS TUA AKU DAN IMPIANKU D E D I K A S I K A T A P E N G A N T A R P R A K A T A P E N D A H U L U A N P E N G H A R G A A N E P I L O G K A T A S E S U D A H K E S I M P U L A N P O S T S C R I P T 611816171415 IIIIII IVV


Alhamdulillah, dengan limpah dan izin-Nya, buku Antologi Cerpen Kumpulan Penulis Baru berjaya disiapkan. Teristimewa buat ayahanda, bonda dan adik-beradik yang disayangi, yang sentiasa mendoakan kejayaan kami agar menjadi insan yang berguna kepada bangsa serta banyak mengorbankan masa tenaga dan wang demi anak-anak mu ini. Iringan doa daripada kami, semoga hidup ayah dan bonda mendapat keberkatan-Nya. Untuk pensyarah, Ts. Mudiana Mokhsin yang banyak berjasa dalam mengajar dan memberikan sokongan kearah kejayaan ini. Semoga Allah membalas segala jasa bakti yang dicurahkan. Terima kasih, Dr ! Untuk sahabat seperjuangan dari Universiti Teknologi Mara Shah Alam yang sentiasa memberi sokongan, dorongan dan semangat yang tidak berbelah bagi kepada kami. Pengorbanan dan budi kalian semuua menjadi sumber inspirasi danaspirasi untuk mencapai cita-cita pada masa akan datang. i


Segala puji syukur kami panjatkan kehadrat Tuhan Yang Maha Esa. Berkat limpah kurnia-Nya kami dapat menyelesaikan penulisan Antologi Cerpen ini. Dalam penyusunan Antologi Cerpen ini, penulis telah berusaha semaksimal mungkin sesuai dengan kemampuan penulis. Namun sebagai manusia biasa, penulis tidak luput dari kesalahan dan kekhilafan baik dari segi teknik penulisan mahupun tatabahasa. Buku ini berisikan kompilasi cerita pendek yang ditulis oleh mahasiswi Universiti Teknologi Mara. Diharapkan buku ini dapat menjadi sumber inspirasi dan penambah wawasan bagi pembacanya. Penulis menyedari bahawa buku ini masih jauh dari kata "sempurna" , oleh kerana itu, penulis mengharapkan kritikan dan saran yang bersifat membangun untuk perbaikan di masa yang akan datang. Akhir kata, penulis mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh pihak yang memainkan peranan dalam penulisan buku ini. ii


Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya buku ini dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan. Buku ini mengandungi empat buah cerpen yang berlainan tema, kesan, watak, mood dan gaya. Ekoran itu, pembaca dapat mempelajari pelbagai teknik penceritaan melalui buku ini. Tambahan pula, pembaca dapat memahami cerpen yang disampaikan ekoran gaya bahasa yang ringkas. Semasa menyediakan buku ini, pelbagai cabaran dan rintangan yang perlu dihadapi oleh para penulis dalam menghasilkan sebuah buku yang mantap dari segi isi penyampaiannya. Antara cabaran yang dihadapi ialah kekangan masa ekoran keempat-empat penulis merupakan pelajar tahun akhir. Namun, buku ini dapat disiapkan kerana para penulis memberikan komitmen tinggi di sepanjang penghasilan buku ini. Tiada gading yang tak retak. Selagi buatan manusia dan makhluk, tentu ciptaannya pasti berkekurangan. Oleh itu, kami sebagai para penulis menerima dengan hati terbuka jika terdapat sebarang pandangan dan ulasan yang membina terhadap buku ini. Wallahu’alam. iii


Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya dapat kami dapat menghasilkan antologi cerpen ini jayanya. Pertama sekali kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) kerana menyediakan kemudahan seperti perpustakaan bagi memudahkan kami mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan. Sekalung terima kasih kami ucapkan kepada Dr Mudiana Mokhsin yang telah banyak memberi tunjuk ajar serta penerangan yang sempurna kepada kami dari awal lagi sehinggalah dalam proses menyiapkan buku ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibu bapa kami yang banyak memberi sokongan serta dorongan dan dalam penghasilan buku ini. Tanpa sokongan dan dorongan kalian mungkin tidak dapat kami menghasilkan buku ini dengan sempurna. Malah, jutaan terima kasih juga kepada rakan- rakan seperjuangan yang sama-sama bertungkus-lumus dan bertukar-tukar idea dalam memastikan buku dapat dihasilkan dengan baik. Terima kasih juga diucapkan kepada mereka atas idea-idea yang diberikan yang membantu para penulis mengatasi writer’s block. Selain itu juga, harapan kami agar dapat memberi manfaat kepada diri kami sendiri serta kepada pembaca agar kita sama-sama menghargai karya sastera negara kita yang tidak kurang hebatnya dengan karya oleh penulis negara luar. iv


Cerpen ialah sepatah akronim (singkatan dua patah perkataan) yang dibentuk daripada kata cerita dan pendek. 'Cer' daripada kata 'cerpen' dan 'pen' daripada 'pendek' . Dalam bahasa Inggeris, karya sastera genre ini dinamai short story. Cerpen adalah cerita dengan watak yang lebih sedikit dan memfokuskan pada satu kejadian utama. Cerpen adalah bentuk sastera pendek. Ia tidak dicirikan oleh banyak watak, yang merupakan ciri novel. Karakter utama cerpen, tentu saja, disokong oleh beberapa watak lain yang menambah pentingnya cerpen. Oleh itu, mudah bagi pembaca untuk mengingat watak-watak yang muncul dalam cerpen. Buku ini merupakan antologi cerpen hasil buah fikiran empat penulis baru yang merupakan mahasiswi di Universiti Teknologi Mara (UiTM). Para penulis bersepakat untuk menghasilkan antologi cerpen dengan harapan anak muda, khususnya mahasiswamahasiswi akan lebih menghargai karya sastera di negara tercinta. Para penulis juga bersepakat menghasilkan karya ini dengan harapan dapat memupuk minat para pembaca kepada karya sastera yang dihasilkan oleh penulis tempatan. v


. “Mak, dah siap ke?” jerit Sofia sambil membetulkan tudungnya. Pakaiannya ringkas sahaja, blouse chiffon berwarna biru dan tudung bawal cotton hitam yang di selempang biasa. Biasa, sama seperti harihari yang dilaluinya. Sofia terus mencapai kunci kereta apabila melihat susuk tubuh ibunya melepasi ruang biliknya. Usai mengunci pintu rumahnya, sebuah kereta Proton Myvi meluncur laju ke kota. Jam di dashboard kereta menunjukkan angka sembilan tepat ketika mereka sampai di parking lot Hospital Sultanah Zahirah. Sofia memimpin emaknya menuju ke tempat biasa untuk temujanji. Hospital itu bagai rumah keduanya sejak emaknya sakit teruk. Bahkan Sofia dapat menghafal selok belok hospital itu dan setiap perubahan hospital itu dapat dikesan olehnya. Dia mengambil satu kerusi roda di situ dan terus menyorong kerusi roda yang dinaiki ibunya ke bahagian klinik. Sementara menunggu nombor giliran ibunya dipanggil, Sofia merenung wajah tua di sebelahnya itu. Garis di muka itu bagai contengan anak kecil. Banyak. Mungkin dia banyak memikirkan hal anak-anak yang pelbagai ragam ketika usia mudanya. Lagi-lagi kerenah Saiful, abang sulungnya yang kini bekerja sebagai pegawai polis di ibu kota. Tidak pernah terdetik di hati Sofia yang abang Saiful yang sangat nakal sehingga sering dirotan ayahnya akan menjadi seorang yang tegas sebegitu. 1 CERPEN 1 S Y U R G A D I H U J U N G D E S A


Fikirannya menerawang ke waktu mereka masih anak-anak kecil, ketika ayah mereka masih ada dan ibunya masih sihat. Saiful pernah memecahkan pasu kesayangan ibu ketika bermain bola di halaman rumah bersama rakanrakannya. Waktu itu ibu sedang merewang di rumah jiran jadi abang Saiful cepat-cepat membuang pasu itu. Aku dan Sara hanya terkekek-kekek ketawa melihat telatahnya yang risau dimarahi ibu. Wajahnya pucat, hampir menangis. Akhirnya dia tetap dimarahi ibu kerana Sara, si bongsu mengadu kepada ayah ibu pada malam itu. Sekarang Sara sedang melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda di sebuah universiti terkemuka di Malaysia. Selepas pembedahan ibu, mereka sering pulang ke kampung untuk bergilir-gilir menjaga ibu. "115 bilik 2!" jerit seorang jururawat di corong mikrofon. “Jom, ibu” , ujarku setelah menjegil nombor giliran yang kupegang. Gelagat jururawat yang kehulu-kehilir memeriahkan suasana di situ. Jauh di sudut hati Sofia, dia iri pada mereka. Dia terpaksa menolak tawaran menjadi seorang jururawat di Hospital Avisenna, sebuah hospital swasta di Shah Alam kerana keadaan ibunya sangat teruk. Sara ketika itu sedang menjalani peperiksaan akhir semester dan Saiful sedang bertugas di Sarawak. Jadi, dia terpaksa membuat pilihan. Antara syurganya dan cita-cita, dia memilih syurga. “Keadaan ibu awak, Puan Mariam makin baik.” ujar doktor yang kukira berusia separuh abad itu. Dr Affendi. Aku melirik ke arah tanda namanya. “ Ya, saya sering memantau paras hemoglobin dan gula ibu. Saya juga pastikan ibu mengambil Meglitinides untuk meningkatkan pembuatan insulin di dalam badan.” balas Sofia yakin. Di sini satu-satunya tempat yang membolehkannya bercakap soal bidang perubatan. Sedikit sebanyak dia dapat melepaskan rindu terhadap bidang itu. “ Boleh saya tanya, cik kerja apa?” ujar Dr Affendi lagi. “ Oh, saya menguruskan kebun pusaka ayah dan jual kudapan buatan sendiri secara online.” jawab Sofia. “Saya graduan bidang kejururawatan. Lepas belajar, tiba-tiba mak sakit teruk. Tak sampai hati kerja tinggalkan mak.” tambah Sofia lagi beserta gelak ketawa kecil. Barang kali dia terpegun melihat seorang gadis kampung becok berbicara tentang bidang perubatan. “Saya doakan segala urusan cik dipermudahkan. Penyakit tiga serangkai dan alzheimer. ” nada suara Dr Affendi semakin tenggelam. Mungkin dia memikirkan nasib Sofia. Usai itu, dia memberi preskripsi ubat lalu Sofia dan ibunya terus ke kaunter ubat dan pulang ke rumah. Setelah pulang, Sofia segera menyediakan makan tengah hari. Masak gulai ikan tongkol menjadi kebiasaan mereka. Bukannya Sofia tidak mahir memasak lauk lain. Tapi lauk itu merupakan kegemaran ibunya sejak dulu lagi. 2


“Ibu, mari makan”. Dia menyendok nasi ke dalam pinggan kaca dengan berhati-hati. “Nak, nanti simpan sikit lauk untuk suami makcik ya. Nanti dia balik bila sekolah habis.” suara tua ibu memecahkan suasana sunyi. “Ya, ibu.” jawab Sofia ringkas. Pada awalnya, dia sering mengingatkan ibu pada realiti. Ayah sudah lama meninggal. Ayah kemalangan selepas pulang mengajar ketika Sofia masih di bangku sekolah lagi. Mungkin, keadaan kesihatan ibu yang buruk kerana dia dulu terlalu bekerja keras membesarkan mereka tiga beradik seorang diri. Sofia juga sering menceritakan ibu perihal mereka tiga beradik dengan harapan ibunya sedikit-sebanyak akan mengingati mereka. Sayangnya, usahanya gagal. Ibu masih menganggap mereka sebagai orang asing. Pernah sekali, Sara pulang ke rumah ketika cuti semester. Dia menunjukkan foto-foto mereka sekeluarga kepada ibu. Mungkin dia terlalu mendesak ibu sehinggakan ibu menangis ketakutan. Sejak itu, Sofia tidak terlalu memaksa ibu mengingati masa lalu. Tapi, dalam diam Sofia rindu ibu memanggilnya dengan panggilan Kak Ngah. Selesai makan, Sofia bersiapsiap untuk ke kebun. Kebun sekangkang kera itu tidaklah memberikan hasil yang banyak. Tapi cukup untuk mereka berdua. Lagi pula, Abang Saiful tidak pernah lupa memasukkan wang ke dalam bank akaun setiap bulan. Syukur, wang bukan masalah terbesar mereka. “Sofia!” panggil Mak Leha. Wanita yang berbadan gempal itu merupakan ibu saudaranya. Lamunan Sofia terhenti disebabkan suara kasarnya ditambah bunyi tapak kakinya yang semakin mendekat. “Jangan lupa hujung minggu ni, datang rumah. Ada buat makan-makan sikit sempena pertunangan Hajar.” ujarnya gembira. “Insyallah, Mak Leha.” Wajah Mak Leha tiba-tiba kelihatan muram. Mak Leha merupakan adik bongsu ayah. Dia seorang wanita yang berperwatakan kasar, tapi sangatlah baik. Dia antara orang yang membangkang keputusan Sofia untuk melupakan impiannya dan pulang ke kampung untuk menjaga ibu. Bahkan dia pernah menawarkan dirinya untuk menjaga ibunya. “Kenapa Mak Leha?” tanya Sofia apabila dia semakin mendiamkan diri. “Mak Leha nampak ibu kamu makin sihat. Kamu mintalah kerja lagi di hospital abi..avi..”. Ketawa Sofia pecah melihat gelagat Mak Leha yang cuba menyebut nama hospital itu. “Avisenna la.. Tak apalah, Mak Leha. Saya seronok duduk dengan ibu. Hari-hari boleh sembang” balas Sofia. “Hajar tu, muda tiga tahun dari kamu. Bulan sepuluh nanti nak kahwin dah. Kamu? Kahwin pun tidak, kerja stabil pun tak”. Katanya perlahan. Sofia tersenyum nipis mendengar ayat itu. “Tak semua orang cita-citanya sama. Sekarang saya nak jaga ibu elok-elok. Sebelum dia pergi.” suaranya sedikit serak. 3


Sejujurnya, dia sering membayangkan kehidupannya jika ibu tidak sakit. Dia yang bersiap ke hospital dengan uniform jururawat. Dia yang melayan pelbagai kerenah pesakit. Tapi, apakan daya. Biarlah dia menjadi ‘jururawat’ untuk ibunya sahaja ketika ini. “Bukan apa, Mak Leha kesian dengan kamu. Tapi kamu memang keras kepala. Memang anak Harun!” tambah Mak Leha. Sofia tersenyum mendengar nama arwah ayah. Ayah dan Mak Leha sangat rapat. Jadi Sofia faham, dia memberi nasihat atas rasa tanggungjawab. Hari sudah lewat petang. Sofia memasukkan barangnya ke dalam totebag. Mak Leha sudah lama meninggalkannya tapi dia masih memikirkan kata-kata Mak Leha tadi. Biasanya, dia akan bergegas pulang ke rumah. Tapi hari ini, Sofia mengambil keputusan untuk mengambil angin seketika. Dia menunggang motosikal tanpa hala tuju. Suasana kampung sedikit sebanyak mendamaikan jiwanya yang kusut. Kanak-kanak kecil yang bermain riang. Pokok-pokok berwarna-warni yang menghiasi halaman masing-masing. Jauh berbeza dengan suasana bandar yang hanya dipenuhi bangunan-bangunan besar. Sofia mengeluh kecil. Mungkin dirinya sedang memujuk hatinya. Tiba-tiba, langit semakin gelap menandakan sekejap lagi akan hujan. Bunyi guruh pula berdentam-dentum. Sofia basah kuyup di atas motosikal itu. Dia agak menyesal tidak pulang terus ke rumah tadi. Dia juga memikirkan ibunya yang keseorangan di rumah. Lalu, dia menekan pedal minyak supaya bergerak lebih laju dan sampai ke rumah dengan lebih cepat. Ketika di selekoh, sebuah kereta keluar secara mendadak. Sofia yang terkejut terus membelokkan motosikalnya ke kiri. Namun, keadaan jalan raya yang licin menyukarkannya. Dalam sekelip mata, dia terbaring di atas jalan raya. Totebag entah terpelanting ke mana. Yang dia ingat hanyalah suara orangorang sekeliling yang menjerit minta tolong. “ Ada orang kemalangan!”. Penglihatannya semakin gelap. Sofia terus tidak sedarkan diri. Bunyi ambulans yang bingit mengejutkan Puan Mariam. Dia menunggu kepulangan orang asing yang sering menjaganya. Gadis itu terlalu sibuk menjaga dirinya. Walaupun dia kerap lupa, tetapi ekoran rutin hidupnya yang sama. Dia sedikit sebanyak mengingati hal-hal yang disekelilingnya. Contohnya, gadis itu akan pulang sebelum maghrib setiap hari. Hati kecil Puan Mariam semakin bimbang. Gadis itu sering memanggilnya ibu. Benarkah dia ibunya? Adakah perasaan bimbang yang dirasainya sekarang adalah naluri keibuannya yang menandakan sesuatu tidak elok telah berlaku? 4


Puan Mariam panik. Mak Leha membawanya ke hospital pada malam itu. Sepanjang perjalanan, Mak Leha hanya menangis dan menyuruhnya sabar. Mereka menunggu dan terus menunggu hingga jam menunjukkan 3 pagi. Seorang pemuda berbadan Sasa dan seorang gadis kecil molek tiba-tiba menerpa ke arahnya. Mereka berdua meraung di bahunya. "Ibu..Kak Ngah ibu.." rintih gadis kecil tadi. Wajahnya seiras dengan wajah gadis yang sering menjaganya. Mungkin, mereka ialah anak-anakku juga. Kemudian, mereka sekeluarga dipanggil untuk masuk ke wad. Kesemua mereka menangis melihat keadaan Sofia. Badannya dipenuhi balutan. Luka di kepalanya agak dalam. Namun, dia sudah sedarkan diri. Mulutnya terkumat-kamit memanggil ibunya. Puan Mariam mendekati Sofia lalu mengusap lembut kepalanya. "Kak Ngah sakit ke?" Ujarnya lembut. Air mata Sofia mengalir laju. Adakah ibunya ingat tentangnya? "Masa kamu kecil, kamu pernah jatuh naik basikal. Luka di kepala macam ni. Ibu dah ingat kamu.." jelas Puan Mariam teresak-esak. Akhirnya, impiannya untuk mendengar ibunya menyebut namanya tercapai. Sofia menghadiahkan senyuman terakhir kepada ibunya sebelum dia tidur untuk selama-lamanya. ***************************************************************** Sara menyeka air matanya. Setiap kali sebelum tidur, anak saudaranya, Sophia akan memintanya untuk menceritakan tentang arwah kakaknya. "Acik..lepas tu macam mana dengan nenek?" Tanya Sophia. "Nenek tinggal dengan ayah kamu, sebelum kamu ada. Ayah ada upah jururawat jaga nenek. Jururawat tula ibu kamu sekarang!". Kata-kata Sara mengundang tawa Sophia. "Seronokla ibu, jumpa nenek!". Sara terdiam seketika, fikirannya jauh memikirkan kakaknya. Seorang yang sanggup melepaskan segalanya demi ibu mereka. Lamunan dia terhenti apabila Sophia memeluknya erat. "Acik, tadi ustazah cakap, Kita kena jaga ibu elok-elok sebab syurga di bawah kaki ibu." Walaupun baru berumur 8 tahun, Sophia sangatlah matang dan petah berbicara. "Kalau macam tu, dulu syurga Acik dekat rumah nenekla. " Sara ketawa mendengar kata-kata Sophia. "Ya.. rumah nenek di hujung desa.. Jadi, situ ada syurga kami." ujar Sara perlahan sambil membayangkan wajah-wajah insan yang disayangi yang terlebih dahulu di jemput ilahi. 5


Setiap pagi ibu dan ayah Jaeki keluar mencari rezeki dan pulang pada waktu senja. Tinggal lah Jaeki berseorangan di rumah. Suatu hari, ketika dia sedang bermain sendirian di ruangan bawah rumah, dia terlihat sesuatu yang aneh diselimuti oleh kain putih. Dengan langkah yang kecil, dia perlahan-lahan mendekati tempat tersebut. Jaeki menarik kain putih itu dengan perlahan dan akhirnya menghembus nafas lega kerana ternyata ianya hanya sebuah cermin usang berukiran kayu yang sangat unik di sekeliling cermin tersebut. Jaeki melihat refleksi dirinya di cermin dan tertanya-tanya mengapa dia tidak mempunyai rambut seperti orang lain. Jaeki pun mengambil keputusan untuk keluar mencari rambut yang sesuai untuknya. Dalam perjalanan, dia terjumpa sang burung yang sedang hinggap di dahan pokok. Lalu dia pun bertanya “ wahai burung, boleh tak saya pinjam bulu awak? ” Burung pun menjawab “ okay, boleh budak kecil!.” Tetapi bulu burung itu terlalu keras dan ia tidak kelihatan baik pada kepala budak itu. Jaeki memutuskan untuk menyambung perjalanannya. Pada dalam perjalanannya, dia bertemu sang angsa. Dia pun memutuskan untuk meminjam bulu angsa untuk dijadikan rambut. Tetapi malangnya, bulu angsa itu terlalu panas dan menyebabkan dia berpeluh. Jaeki memutuskan untuk berhenti memakai bulu angsa tersebut. Dia merasa sangat sedih kerana tidak dapat mencari rambut yang sesuai untuknya. Jadi dia pun pulang kembali ke rumah dengan perasaan yang sedih dan hiba. S E H E L A I R AMB U T CERPEN 2 6


Setelah siang berganti malam, ibu bapanya pulang dari bekerja. Jaeki berhasrat untuk bertanya kepada ibunya tentang persoalan yang sentiasa berlegar dalam fikirannya. Jaeki pun bertanya “ Wahai ibu, kenapa Jaeki hanya mempunyai sehelai rambut dan tidak tumbuhtumbuh setelah Jaeki lahir?”. Akhirnya, dengan perasan yang hiba ibunya pun mula bercerita. “Sebenarnya ketika ibu mengandungkan kamu, ibu selalu menyikat rambut di hadapan cermin yang diberikan oleh moyang kamu. Ibu sentiasa bersikap bongkak dan angkuh terhadap orang lain kerana mempunyai rambut yang sangat cantik dan lebat. Suatu hari, di hadapan cermin tersebut ibu berkata alangkah indahnya jikalau keturunanku mempunyai rambut ikal mayang seperti ibu pasti anakku akan dipandang gah oleh semua orang.” Jaeki bertanya, “ adakah cermin yang di bawah rumah itu maksud ibu?” ya, kata ibunya. Rupa-rupanya cermin itu merupakan cermin ajaib dan tersembunyi suatu misteri disebaliknya. Ibu disumpah kerana bersikap sombong dan angkuh di atas kelebihan yang diberikan. Sebab itulah ibu membungkus cermin itu dengan kain putih agar tiada orang akan melihatnya. Akhirnya, ibunya insaf dan berjanji agar sentiasa berbuat baik dan tidak bersikap riak dengan apa jua kelebihan yang diberikan. Jaeki berkata-kata di dalam hati “ walaupun aku tidak mempunyai rambut yang lebat, malah aku tetap ada sehelai rambut yang kelihatan sempurna”. Jaeki mendapat keyakinan dan dia memutuskan untuk menyukai rambut tunggalnya yang kelihatan sesuai untuknya. Mereka sekeluarga bersetuju untuk kembali ke rumah asal mereka dan hidup dalam masyarakat serta komuniti. Kanak-kanak lelaki itu hidup bahagia selama-lamanya, menjaga sehelai rambutnya dengan baik. 7


“Ikram gunakan duit tu untuk membeli komik ya?” sergah Puan Liza. “ Tak, Ikram gunakan duit tu untuk sedekahkan pada pengemis tua di kaki lima bangunan pasar raya tu, ” jelas Ikram. Dia menyedari kehadiran pengemis itu sejak dua hari yang lalu setiap kali pulang dari sekolah. “ Ikram kesian tengok makcik tu. Badannya kurus, wajahnya pucat, baju dan kain batiknya lusuh. Ujar Ikram sedih. “Baiklah kalau begitu esok Ikram bawa ibu berjumpa dengan pengemis tua tersebut, ” pinta Puan Liza. Ikram tersenyum. Dia segera mengangguk kepalanya tanda setuju. Keesokannya, Ikram membawa ibu pergi berjumpa dengan pengemis tua yang dimaksudkannya itu. Malangnya, pengemis itu tidak kelihatan. Puas dicari sekitar kaki lima bangunan kedai pasar raya itu., namun masih gagal menjumpainya. “Mananya? Ikram kata pengemis itu ada di sini, ” Puan Liza mula berasa sangsi. “Tapi selalunya makcik itu memang ada di sini.” Hati Ikram bimbang, sekiranya ibu menuduh dia berbohong. "Ikram jangan main-main dengan ibu. Kalau Ikram berbohong, tahulah apa hukuman yang akan ibu beri nanti, " gertak Puan Liza. CERPEN 3 P E N G EMI S T U A Setibanya Ikram di rumah, Dia telah disoal oleh ibuny tentang wang saku yang diberi oleh ibu sebelum ke sekolah. “Habis tu?” soal Puan Liza lagi. Namun ikram masih tidak menjawab persoalan ibunya itu. Ini membuatkan Puan Liza buntu. “Sebenarnya duit yang ibu bagi tu Ikram dah…” Ikram tergagapgagap menjawab soalan ibunya itu. 8


"Tapi ibu..." Belum sempat Ikram meneruskan kata katanya, kedengaran bunyi dentuman yang amat kuat dari arah jalan raya berdekatan. Bunyi itu mengejutkan mereka. Dari jauh kelihatan sebuah kereta Proton Waja dan seorang perempuan tua sedang terbaring di atas jalan raya. "Ya Allah, ada kemalanganlah. Mari kita pergi tengok." Tanpa membuang masa, Puan Liza dan Ikram bergegas menuju ke tempat kejadian. Dalam sekelip mata, orang ramai datang memberi pertolongan Puan Liza dan Ikram menyelit di celah-celah khalayak untuk melihat keadaan mangsa. "Eh, inilah makcik pengemis yang Ikram cakap tu ibu." Jerit Ikram sebaik melihat sekujur tubuh yang terbaring lemah, sambil mengerang kesakitan. Darah agak banyak mengalir di bahagian kepalanya. Puan Liza terkedu seketika. Dia merenung lama wajah makcik tua itu Jantungnya tiba-tiba berdegup kencang. Hatinya menjadi sebak dan pilu. Air mata lantas berjuraian membasahi pipinya. "Mardhiah, bangun Mardhiah!" Jerit Puan Liza sambil meluru mendapatkan pengemis tua yang sudah tidak sedarkan diri itu. Orang ramai kelihatan terpinga-pinga. Ikram pula panik dengan situasi yang tidak disangka-sangka itu. Dia semakin tidak mengerti apa yang telah terjadi. ************************************************************* Di hospital, Puan Liza kelihatan begitu sedih berada di sisi pengemis tua yang sedang terbaring lemah di atas katil. Ikram turut berasa sedih. Dia sudah faham apa yang telah berlaku. Ibu telah menceritakan segalagalanya. Pada mulanya, Ikram sangat terkejut dan sukar hendak menerima hakikat. Tapi akhirnya Ikram pasrah setelah ibu mengemukakan beberapa bukti. Rupa-rupanya pengemis tua itu adalah ibu kandung Ikram. Sepuluh tahun yang lalu, ketika menetap di sebuah negeri di Pantai Timur, Puan Mardhiah yang hidup sebatang kara telah mengamanahkan pada Puan Liza agar menjaga Ikram. Ini kerana dia sedang mengalami kesulitan hidup. Apatah lagi ketika itu, Puan Liza tidak memiliki anak. Lantas Puan Liza bersetuju. 9


Namun akibat berasa terlalu sayangkan Ikram, Puan Liza secara senyapsenyap telah melarikan Ikram jauh ke Selatan tanah air tempat tinggal mereka kini. Puan Liza bimbang andai Puan Mardhiah mahu mengambil semula Ikram daripada jagaannya. Namun dunia ini terlalu kecil. Puan Liza tidak menyangka, takdir telah menemukan mereka dengan cara begini. "Liza minta maaf Dhiah. Selama ini Liza telah memisahkan Ikram dengan Dhiah. Liza sedar, Liza tidak sepatutnya memisahkan seorang anak dengan ibu kandungnya. Liza berdosa." Rintih Puan Liza dalam sendu. "Ibu, bangunlah. Ini Ikram, anak kandung ibu." Bisik Ikram ke telinga pengemis tua itu. Beberapa minit kemudian, kelihatan jari-jemari pengemis tua itu bergerak-gerak. Matanya dibuka perlahan-lahan. Melihatkan keadaan itu, Puan Liza dan Ikram saling bertukar senyuman. "Ibu bangga mempunyai anak yang tinggi nilai pekertinya. Kalau tidak kerana sikap Ikram yang prihatin, sudah tentu sampai sekarang Ikram masih belum tahu siapa ibu kandung Ikram yang sebenar. Malah ibu pula akan terus menanggung dosa, " ucap Puan Liza. Bagi Ikram pula, dia benar-benar tidak menyangka, pengemis tua yang dibantunya sebelum ini adalah ibu kandungnya sendir 10


Dari mana aku boleh mendapatkan wang itu. Selama ini aku belajar dengan tekun bahkan sangat tekun. Aku selalu berdoa kepada tuhan agar impianku ini menjadi kenyataan. Aku ingin melihat kedua orang tuaku bangga dengan apa yang aku capai. Aku yakin suatu saat nanti, yang entah bila datangnya aku mampu membuat ibu dan ayahku tersenyum melihatku mengenakan jubah konvokesyen. Setahun berjalan begitu cepat, tak terasa sekarang aku sedang di tingkatan 5 Sekolah Menengah. Inilah saatnya, semua yang aku usahakan beberapa tahun lamanya akan ku perjuangkan sepenuhnya agar impianku menjadi kenyataan. Setiap hari aku mempelajari ilmuilmu yang belum aku mahir dan akan aku ulang segala apa yang guruku ajar dari pagi hingga malam. Hari berganti hari, bahkan bulan sudah berganti bulan. Kini, soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia sudah di depan mataku. Aku membaca doa terlebih dahulu. Lalu, aku menjawab soalan-soalan itu dengan hati-hati supaya aku mendapat hasil yang maksimum. A K U D A N IMP I A N K U C E R P E N 4 Impian terbesarku adalah untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terkemuka dalam jurusan kedoktoran. Ya, jurusan yang paling banyak peminatnya dan paling mahal tentunya. Mungkin orang di luar sana sudah memiliki wang yang cukup untuk memasuki jurusan ini. Itulah yang terkadang membuat aku kehilangan kepercayaan diri. Untuk membeli seragam sekolah yang baru saja aku memikir berkali-kali apalagi memiliki tabungan sebanyak itu. 11


Hari di mana yang aku impikan tiba, aku sangat berpuas hati dengan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia aku. Aku memutuskan untuk mengikuti temuduga memasuki universiti yang aku impikan. Di rumah, ibu selalu menasihatiku agar memperbanyakkan solat tahajud dan berdoa yang terbaik untuk keputusan temuduga nanti. Dan akhirnya, setelah menunggu hampir sebulan lamanya, keputusan temuduga untuk memasuki universiti impian aku keluar. Perasaan sedih, marah, hancur, kecewa menyelubungi aku. Ya, aku tidak diterima masuk ke universiti tersebut padahal ini impian terbesarku. Semua yang aku sudah lakukan bertahun-tahun lalu rasanya sia-sia. Nak, kamu tidak boleh menyalahkan takdir- Ujar ibuku, yang melihat aku menangis di bilik. Tapi ibu, aku sudah bersusah payah, aku sudah berusaha sebaik mungkin, apakah kerana kita dari keluarga yang kurang mampu ? Makanya, aku tidak diterima masuk ke sana- jawabku marah. Bukan begitu nak, Allah telah berikan rezeki kepada hamba-hambaNya dan mungkin sekarang bukan rezekimu. Tetap semangat ya- ucap ibu untuk menenangkan aku. Ya ibu, aku minta maaf ya. Aku belum mampu membahagiakan ibu dan ayah- ucapku. Sudah ya, belum rezekimubalas ibu. Kerana ucapan ibu, aku akhirnya tersedar dan aku bangkit kembali dan memikirkan yang baik-baik. Mungkin ini bukan jalanku, mungkin ini bukan rezekiku. Aku tetap berdoa agar Allah memberikanku jalan yang terbaik nantinya. Dari kejadian ini, aku belajar bahawa tidak diterima bukan bererti masa depan aku terhenti sampai di sini. Aku berusaha untuk bangkit menemukan jati diriku yang sesungguhnya. Pada petang hari itu, ditemani senja dengan secawan teh, aku menulis semua perasaan keatas kertas dan pena. Lalu, berulang kali aku membacanya. Aku merasa bahawa diriku memiliki bakat dalam bidang penulisan. Ah, bagaimana kalau menulis novel sahaja- jerit batinku. Aku mengirimkan novel tulisanku kepada penerbit buku. Beberapa bulan diperlukan kerana untuk menerbitkan sebuah buku memerlukan banyak proses. Akhirnya, aku menerima khabar bahawa penerbit tu suka dengan penulisan aku. 12


Dan saat ini, namaku sudah dikenali oleh ramai orang. Aku sedar bahawa kejayaan setiap orang itu berbeza-beza. Kedua ibu bapaku bangga dengan apa yang telah aku capai saat ini iaitu menjadi penulis terkenal. Aku tidak pernah sangka yang aku akan diundang ke program yang dianjurkan oleh universiti yang dulunya aku impikan. Menjadi sumber inspirasi kepada pelajar di sana. Walaupun aku tidak melanjutkan pelajaran di situ, setidaknya kaki ini pernah berada di tempat impian aku. -TAMAT13


Pengemis tua Puan Liza hairan dengan perubahan sikap Ikram. Lazimnya selepas pulang dari sekolah Ikram riuh menceritakan tentang dunia persekolahan yang dilaluinya hari itu. Tapi kali ini Ikram sebaik sahaja genap enam bulan perkahwinan mereka. Jadi Ikram tidak pernah mendapat kasih sayang seorang bapa. Ikram hanya menggelengkan kepala Sehelai rambut Di sebuah perkampungan yang terletak jauh dari pembangunan pesat, terdapat seorang kanak-kanak lelaki bernama Jaeki tinggal bersama ibu dan ayahnya. Jaeki merupakan seorang kanak-kanak istimewa yang hanya mempunyai sehelai rambut dari sejak dia lahir sehinggalah berumur 6 tahun. Ibu dan ayah Jaeki berasa malu dengan fizikal anaknya dan memutuskan untuk menetap jauh dari masyarakat. Aku dan impianku "Gantunglah cita-citamu setinggi langit, bermimpilah setinggi langit. Jika kelak kau jatuh, engkau akan jatuh diantara bintangbintang". Ya, kata-kata inilah yang terus menjadi pendorong dan penguat hingga saat ini. Nama aku Siti. Aku seorang gadis yang lahir dari keluarga yang serba sederhana. ini, aku sedang belajar di Sekolah Menengah Sultanah Asma. Aku memiliki sebuah impian yang menurutku terlalu besar yang mungkin atau bahkan tidak mungkin aku wujudkan. Tapi, aku yakin aku boleh, aku yakin bahawa apa yang aku mimpikan ini akan menjadi kenyataan Syurga di hujung desa Isnin, 9 Mei. Perlahan-lahan tangan Sofia mencatat tarikh itu di dalam jurnal hariannya. Jurnal biru yang berilustrasikan kucing kelabu dengan pelbagai reaksi comel itu memang amat bermakna baginya. Satu kerana itu hadiah dari teman rapatnya semasa tahun akhir pengajiannya dalam Sarjana Muda Kejururawatan di UiTM. Kedua dia memang pecinta kucing. Senyum Sofia terus mati apabila matanya melirik ke arah jam tangannya 14


- PenulisDalam kehidupan, setiap orang pasti diuji dengan pelbagai masalah, cabaran dan rintangan. Bezanya diri kita dari orang lain adalah cara kita mengendalikannya sama ada dengan cara yang positif atau sebaliknya. Selain itu, sentiasa bersyukur dan hargai orang di sekeliling kita sementara mereka masih hidup. 15


Kesimpulannya, banyak pengajaran dan nilai yang dapat dipelajari melalui antologi cerpen kumpulan penulis baru.Bagi cerpen syurga di hujung desa kita dapat mempelajari dan membaiki diri agar menjadi anak yang taat terhadap ibu dan bapa yang sanggup melepaskan impian demi menjaga ibu bapa yang kurang sihat. Selain itu untuk cerpen sehelai rambut kita perlu menghargai dan bersyukur dengan apa yang kita ada dan tidak boleh bersikap terlu angkuh sehingga menyakiti hati orang lain, Setreusnya dalam cerpen pengemis tua kita perlu membantu golongan yang susah tanpa mengharapkan balasan dan menghormati ibu walaupun bukan mereka yang melahirkan kita. Akhir sekali, sebagai hamba allah kita perlu bersyukur dengan ketentuan hidup yang ditentukan olehnya. Kita tidak boleh berputus asa dan perlu lebih berusaha untuk mengecapi sesuatu. Hal ini dapat dipelajari selepas membaca cerpen aku dan impianku. 16


Sentiasa percaya akan takdir yang telah tertulis walaupun ianya pahit untuk ditelan kerana pasti adanya pelangi yang menunggu. - Penulis - 17


Click to View FlipBook Version